• Like
Pengenalan kepada blog v2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Pengenalan kepada blog v2

  • 345 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
345
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
19
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Pembangunan Blog 1PENGENALAN KEPADA BLOGDefinisi BlogBlog merupakan suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet. Catatanyang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan,dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalamblog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemaskini blog disebut blogging.Individu yang melakukan blogging disebut dengan blogger (blogawan).Kepentingan BlogDengan adanya blog, seseorang dapat bertukar-tukar maklumat tentang sesuatuperkara yang mereka tahu dan mendapat maklumbalas daripada ulasan-ulasan yangdiberikan oleh pembaca blog. Oleh itu, catatan yang dilakukan dapat dikongsi olehsesiapa sahaja yang melawat ke blog anda.Blog juga sering menjadi salah satu sumber rujukan utama untuk mengetahui berita-berita semasa secara rasmi atau tidak. Ia juga menjadi medan atau tempat seseorangmemperkenalkan diri dan juga produk mereka.Faedah Penghasilan Blog1. Kewujudan blog secara pesat telah menyebabkan banyak perkara yang telah diutarakan (fakta sahih atau tidak) dan secara tidak langsung dapat membantu pengguna blog bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat dan memperoleh maklumbalas tentang sesuatu perkara secara positif. Keupayaan menilai sesuatu perkara itu amat pening bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.2. Blog boleh menjadi tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila masa sahaja.
  • 2. Pembangunan Blog 23. Blog mampu memupuk budaya berfikir dan membaca serta pencernaan minda yang lebih meluas. Ia meingkatkan kreativiti kepada blogawan dalam membentuk karaktor diri dan blog serta persekitaran blog yang dihasilkan.4. Seseorang blogawan dapat mempelajari teknik menulis yang lebih baik dari masa ke masa, ia berkembang bersama pemikiran. Ia mampu memperbaiki corak penulisan seseorang dan memperkembangkan teknik menulis yang lebih matang. Blog juga mampu menajamkan lagi teknik penulisan seseorang dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif.5. Blog juga mampu menjadi senjata serangan pena kepada individu yang berniat tidak baik kepada seseorang atau sesebuah kumpulan tertentu. Serangan peribadi adalah suatu budaya yang perlu dielakkan dalam menulis catatan bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif.Ciri-ciri Sesebuah Blog1. Blog tidak mengklasifikasikan helaian halaman melalui sistem indeks muka surat yang berfungsi menyusun kesemua catatan secara berturutan seperti mana kebiadaan yang terdapat di dalam sesebuah laman web.2. Blog menggunakan sistem penyusunan kesemua catatan lama melalui kaedah susunan mengikut tarikh, bulan dan tahun serta kaedah pelabelan. Setiap catatan dapat dilabelkan dengan apa sahaja perkataan. Sistem label membolehkan kesemua catatan dapat dipaparkan mengikut label yang diberi.3. Setiap catatan mempunyai ciri-ciri seperti tarikh dan masa catatan yang dikirim, penulis catatan, ruangan ulasan bagi pembaca, tajuk blog dan label setiap catatan.4. Catatan terkini akan diletakkan sebelum catatan terdahulu. Susunan ini menggunakan kaedah susunan kronologi. Catatan terbaru akan berada paling teratas di dalam semua catatan yang dibuat.
  • 3. Pembangunan Blog 3Contoh- contoh Penggunaan BlogBerikut adalah beberapa contoh penggunaan blog yang popular pada masa kini. • Online diary / online journal / personal blog – Blog pribadi, tentang seseorang • Political Blog – Blog berkaitan politik • Travel Blog – Blog berkategorikan travelling, atau panduan travelling • Fashion Blog – Blog mengenai fashion • Music Blog – Blog tentang muzik • Education Blog – Blog tentang pendidikan Rajah 1: Blog pribadi Rajah 2: Blog Perniagaan
  • 4. Pembangunan Blog 4 Rajah 3: Blog pendidikan
  • 5. Pembangunan Blog 5MENGHASILKAN BLOG SENDIRIPenciptaan BlogGoogle Blogger telah dipilih sebagai platform untuk penciptaan akaun blog untuk modulini. Google Blogger dipilih kerana ia mempunyai tahap keselamatan data yang bolehdipercayai serta menawarkan perkhidmatan secara percuma tanpa had simpanan data.Google Blogger juga mempunyai fungsi editor yang mudah dan senang untukdikendalikan dan amat sesuai untuk seseorang blogawan.Google Blogger boleh dilayari melalui dua URL (uniform resource locator) iaitu: i. http://www.blogger.com ii. http://www.blogspot.comGoogle Blogger menyediakan tiga langkah mudah untuk menghasilkan bloh secaramudah dan cepat. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah: 1. Menghasilkan akaun Blogger (akaun google). 2. Menamakan blog. 3. Memilih templat yang sesuai untuk blog.Langkah-langkah Penciptaan Blog Baru1. Untuk menghasilkan blog baru, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka laman web Google Blogger. Rajah 4 menunjukkan antaramuka laman web Google Blogger.
  • 6. Pembangunan Blog 6 Rajah 4: Antaramuka Google Blogger2. Untuk mencipta blog, sila klik pada butang ’Create a Blog’3. Selepas butang tersebut diklik, antaramuka seperti di dalam Rajah 5 akan dipaparkan. Pengguna yang telah mempunyai akaun google, langkah untuk pendaftaran blog dipendekkan iaitu anda hanya perlu rakam masuk (sign in) ke akaun google. Manakala, pengguna yang masih tidak mempunyai sebarang akaun dari perkhidmatan google. Perlu mengikuti langkah-langkah seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.
  • 7. Pembangunan Blog 7 Rakah 5: Antaramuka penciptaan akaun Google i. Alamat e-mel (Email Address) Alamat e-mel yang sudah wujud. Mesti mempunyai akaun e-mel dari penyedia e- mel. Anda akan menggunakan alamat e-mel ini untuk log masuk ke dalam akaun Google Blogger atau servis lain yang disediakan oleh google.
  • 8. Pembangunan Blog 8 ii. Taip semula alamat e-mel (Retype email address) Taip semula alamat e-mel untuk mengelakkan kesalahan ejaan untuk alamat e- mel yang diberi. Fungsi ini penting untuk memastikan semua maklumat dapat dihantar ke alamat e-mel yang betul iii. Masukkan kata laluan (Create a password) Kata laluan haruslah tidak kurang daripada 8 aksara. Kata laluan yang mempunyai kombinasi angka dan huruf adalah amat digalakkan untuk memungkinkan ia selamat dari diteka oleh oleh yang tidak bertanggungjawab. iv. Taip semula kata laluan (Retype passwrod) Taip semula kata laluan bagi memastikan kata laluan yang dimasukkan adalah sama dengan apa yang anda taip sebelum ini. v. Papar nama (Display name) Memaparkan nama bagi identiti blog anda. Nama ini akan dipaparkan pada setiap bahagian catatan kiriman anda. vi. Notifikasi e-mel (Email notification) Anda boleh memilih samada untuk menanda atau tidak pada ruangan ini. Jika anda pilih untuk menanda pada kotak yang disediakan, ini bermakna anda akan diberikan e-mel notifikasi berkaitan dengan pengumuman, servis, serta maklumat-maklumat terkini yang lain. vii. Tarikh lahir (Birthday) Anda perlu memasukkan tarikh lahir anda di ruangan ini mengikut format yang disediakan. viii. Pengesahan perkataan (Word verification) Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk menukar paparan aksara.
  • 9. Pembangunan Blog 9 ix. Penerimaan terma syarat (Acceptance on terms) Anda perlu menanda pada bahagian ini untuk menentukan bahawa anda telah bersetuju dengan terma dan peraturan yang ditetapkan. Sila klik pada bahagian ’Syarat Perkhidmatan’ untuk mengetahui terma dan peraturan yang ditetapkan.4. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’ untuk melakukan langkah seterusnya.5. Apabila butang ’continue’ telah diklik, antaramuka untuk memberikan nama kepada blog seperti di dalam Rajah 6 akan dipaparkan. Rajah 6: Antaramuka untuk menetapkan nama blog. i. Tajuk blog (Blog title) Cipta tajuk untuk blog anda. Tajuk blog akan menjadi identiti blog anda dan akan dipaparkan pada blog anda serta di dalam profil blog anda.
  • 10. Pembangunan Blog 10 ii. Alamat blog (URL) (Blog address (URL)) Cipta alamat URL untuk blog anda sendiri. Nama bagi alamat URL blog anda akan menjadi sub-domain kepada alamat blogspot.com. Alamat anda seharusnya tidak mempunyai ruangan kosong di antara 2 perkataan, serta pastikan ia diletakkan bersama tanda sengkang ’-’ atau ’_’. Tips: Alamat URL yang bersifat unik akan senang diidngati. iii. Pengesahan perkataan (Word verification) Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk menukar paparan aksara.6. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.7. Apabila butang ’continue’ telah diklik, maka anda akan dipaparkan antaramuka untuk memilih templat yang sesuai untuk blog yang dihasilkan (seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 7).
  • 11. Pembangunan Blog 11 Rajah 7: Antaramuka untuk memilih templat.8. Anda boleh memilih mana-mana templat mengikut citarasa masing-masing. Setelah templat telah dipilih, sila klik pada butang ’comtinue’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.9. Paparan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8 akan dipaparkan apabila anda menekan butang ’continue’. Ini bermakna, blog anda telah berjaya dihasilkan dan anda boleh memulakan aktiviti ’blogging’ sekarang.
  • 12. Pembangunan Blog 12 Rajah 8: Antaramuka blog yang telah berjaya dicipta.
  • 13. Pembangunan Blog 13Memulakan Catatan BaruUntuk memulakan catatan baru, klik pada pautan ’Catatan Baru’ (’New Post’) yangterdapat pada hadapan papan pemuka. Antaramuka seperti Rajah 9 akan dipaparkan. 1 5 2 3 4 6 7 Rajah 9: Antamuka untuk memulakan catatan baru 1. Tajuk (Title) Masukkan tajuk catatan baru anda. Ia akan dipaparkan pada bahagian atas setiap catatan. 2. Senarai alatan mudah guna (Option tools) Alatan bantuan yang dapat digunakan untuk memudahkan anda membuat catatan. 3. Medan catatan Ruang untuk anda membuat catatan pada blog.
  • 14. Pembangunan Blog 14 4. Label Melabelkan catatan. Ia digunakan untuk memudahkan pengasingan setiap catatan mengikut kategori. Ia boleh dianggap sebagai kata kunci untuk setiap catatan. 5. Edit HTML Berfungsi bagi penambahan sebarang kod HTML atau JavaScript. Kod-kod HTML dapat digunakan sebagai fungsi tambahan yang mungkin tiada pada senaraian alatan mudah guna yang disediakan oleh blogger.com. 6. Butang ’TERBITKAN CATATAN’ (PUBLISH POST) Klik butang ini untuk menerbitkan catatan anda. 7. Butang ‘SIMPAN SEKARANG’ (SAVE NOW) Butang ini berfungsi untuk menyimpan catatan tanpa menerbitkannya. Catatan tidak akan disiarkan selagi ia tidak diterbitkan. Fungsi simpan catatan juga dilakukan secara automatik oleh blogger.com bagi mengelakkan kehilangan data semasa menghasilkan catatan.
  • 15. Pembangunan Blog 15Susun Atur BlogFungsi lain yang terdapat di dalam Papan Pemuka ialah tetapan susun atur(customize). Di dalam struktur susun atur ini akan mengandungi 4 pecahan tetapanutama seperti berikut: i. Elemen laman (Page elements) Opsyen penyusunan reka letak laman. Rajah 10: Antaramuka Elemen Laman Rajah 10 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai elemen laman pada blog yang dihasilkan. Elemen Laman membenarkan setiap elemen pada bahagian blog diubahsuai kedudukan dan diatur mengikut keperluan semasa. Anda boleh menggunakan teknik ’tarik dan lepas’ untuk menyusun kedudukan elemen tersebut.
  • 16. Pembangunan Blog 16 ii. Fon dan warna (Fonts and colors) Menentukan jenis dan warna fon bagi keseluruhan blog. Rajah 11: Antaramuka untuk menetukan jenis dan warna fon. Rajah 11 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai jenis dan warna pada blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk memilih jenis dan warna fon mengikut citarasa masing-masing. Blogger.com akan menggunakan jenis dan warna fon lalai mengikut templat yang telah dipilih sekiranya anda tidak melakukan sebarang perubahan pada bahagian ini. iii. Edit HTML Mengubahsuai kod-kod HTML serta meletakkan kod-kod HTML tambahan kepada templat.
  • 17. Pembangunan Blog 17 Rajah 12: Antaramuka untuk melakukan pengubahsuaian pada kod HTML Rajah 12 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai kod HTML pada blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk menambah kod-kod HTML dan juga kod JavaScript yang baru pada blog anda. Bahagian ini juga amat berguna sekiranya anda ingin memasukkan templat blog yang tidak terdapat di dalam senarai templat yang disediakan oleh blogger.com. Selain itu, bahagian ini juga amat berguna untuk anda memasukkan fungsi-fungsi widget tambahan ke dalam blog anda.
  • 18. Pembangunan Blog 18 iv. Pilih templat baru (Pick new template) Memilih templat lalai yang disediakan oleh blogger.com. Rajah 13: Antaramuka untuk menukar templat untuk blog yang dihasilkan. Rajah 13 menunjukkan antaramuka untuk anda menukar templat untuk blog yang telah dihasilkan. Anda hanya perlu memilih templat yang bersesuaian dan ia boleh dilakukan berulang kali.