Your SlideShare is downloading. ×
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-

11,576
views

Published on


1 Comment
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
11,576
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
796
Comments
1
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TZ10103TOPIK 2: PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR__________________________________________________HASIL PEMBELAJARANDi akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat; 1. Menjelaskan kronologi perkembangan kurikulum bermula daripada Kurikulum Lama Sekolah rendah (KLSR) hingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Mengetahui faktor-faktor penyebab perubahan sesuatu kurikulum. 3. Menghuraikan implikasi perubahan kurikulum dari aspek pembangunan murid murid sejajar dengan perkembangan globalisasi.PENGENALAN Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadipetunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikutarus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduanbagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukandirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancangdengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan DasarPendidikan Kebangsaan. "…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatankokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsurkebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengansepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam danmempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." (Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] UMS
  • 2. TZ10103Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira keadaan dankehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidangkurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains,kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi keperluan dalam sistemmasyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahapyang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah. Pendidikan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran kendiri, perhubungan dengan individuserta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yangtinggi. Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikanmemperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapankurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungankurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar.Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkankurikulum kepada para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebihterperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistempendidikan di negara kita.2.1 SEJARAH KURIKULUM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAHPendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama SekolahRendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Denganitu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajahInggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi jugatelah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan jugakurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum BaruSekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduandalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuatmenyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). UMS
  • 3. TZ10103Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yangdiperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu.2.1.1 Kronologi Perubahan Kurikulum Sekolah RendahKurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapaikemerdekaan hasil daripada Ordinan Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak(1956). Laporan ini menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnyamembentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah – sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru – guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan2.1.2 Laporan Rahman Talib (1960)Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yangdikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaranketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuanuntuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan UMS
  • 4. TZ10103dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran(1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa perubahan dan pindaanyang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu; 1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma 2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. 3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. 4. Murid naik darjah secara otomatik 5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. 6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.2.1.3 Laporan Hussein Onn (1971) " Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah- sekolah aliran Inggeris”. (Laporan Hussein Onn, 1971)Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaranketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar PendidikanNegara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanakdalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliranMelayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasakedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasaantarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkanpembangunan negara. UMS
  • 5. TZ10103 “ Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua”. (Laporan Hussein Onn, 1971)Secara amnya, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikankepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan TahapKetiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistempendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pulamerupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama.Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbuldalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistempendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik,menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasianpendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakanpengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembanganekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan DasarEkonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberisumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yangtercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamatpendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuaidengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkantragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. UMS
  • 6. TZ101032.1.4 Jawatankuasa Kabinet (1979)Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhankaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru,1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasarpendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara danmemajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dannegara.Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ialahMenteri Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkanaspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui FalsafahPendidikan Negara pada tahun 1988. Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 adalah seperti berikut; 1. Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) 2. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini 3. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia 4. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional 5. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun 6. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhanImplikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripadamasyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telahmula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolahrendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajarandalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkahtertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikanpenegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentukberdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendahhendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitubidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu UMS
  • 7. TZ10103sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar(Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitukemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusiadan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar,pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diriindividu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikanjasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hinggatahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yangditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajibdipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistempendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) jugadiperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya, berdasarkan LaporanJawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepadaperpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turutditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunankemanusiaan. Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendahsemakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi danpengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu SukatanPelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992dan mula dilaksanakan di beberapa buahsekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yangterdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujudkesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumiaspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran dibilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum. UMS
  • 8. TZ10103Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut: (a) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa dipertingkatkan, serta memupuk nilai murni (b) Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik) (c) Kadar pemgembangan murid adalah mengikut individu (d) Kebolehan minat dan keperluan murid yang pelbagai diambil kira.2.1.5 Akta Pendidikan (1996)Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telahdigantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (KementerianPendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamatpendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat danwarganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi : “ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebihmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “ FIKIR! Penerokaan Lanjutan 1. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan semakan semula Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1982 yang membawa kepada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 1989. UMS
  • 9. TZ10103 REKA BENTUK KURIKULUM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH KOMUNIKASI Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira) MURID MANUSIA DENGAN ALAM PERKEMBANGAN DIRI SEKELILINGNYA INDIVIDU Kerohanian, Nilai dan Sikap Kesenian dan Rekreasi Kemanusiaan dan Muzik Persekitaran Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Jasmani Pendidikan Moral Kemahiran Hidup Pendidikan Sivik & (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)UMS
  • 10. TZ10103Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yangbaharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapabuah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum,2000). Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan pelbagai modul pembelajaran telahdisediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai alternatif membantu guru-gurumemahami dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.Antara modul tersebut ialah (a) Modul Akses Pembelajaran Kendiri (b) Belajar Cara Belajar (c) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (d) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (e) Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran (f) Pembelajaran Secara Kontruktivisme (g) Pembelajaran Secara Kontekstual (h) Pembelajaran Masteri (i) Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan PembelajaranSehubungan dengan itu, sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran bagi semuamata pelajaran KBSR edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian PendidikanMalaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi Huraian SukatanPelajaran pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi setiapTahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian PendidikanMalaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). UMS
  • 11. TZ10103Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada DasarPelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yangsangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yangberkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalahmembolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supayamereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkatantarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara umumnya, perubahan besar penggunaanKBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah; (a) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran (b) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian (c) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran (d) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat (e) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan (f) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah. (g) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. FIKIR! Penerokaan Lanjutan 1. Bincangkan kepentingan elemen kesepaduan diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari aspek pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid. UMS
  • 12. TZ101032.1.6 Transformasi Kurikulum Pendidikan ” Proses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah- sekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar,” (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, 2010)Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkanpendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikanmurid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalampemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang samamempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu prosesperubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkanperubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahankeperluan semasa. Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantasimplikasi arus globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan initidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukansekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yangdemikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perluberubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untukmenghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masadepan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini jugadiharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalanganmasyarakat berbilang kaum di negara ini UMS
  • 13. TZ10103 TRANSFORMASI PENDIDIKAN (ELEMEN – ELEMEN PEMBENTUKAN KSSR) BENTUK BAHAN ORGANISASI PENGURUSAN KSSR KANDUNGAN KURIKULUM PERUNTUKAN PENTAKSIRAN MASA PEDAGOGI (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubalberpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskanoleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkanmodal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murniseperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anakbangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensiserta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam KurikulumStandard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selakuMenteri Pelajaran. UMS
  • 14. TZ10103Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semuamata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaranterpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yangdikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akandijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (PusatPerkembangan Kurikulum, 2010). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan danpermintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zamanyang serba maju dan canggih kini. REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa Sains & Teknologi berinteraksi Kerohanian, Sikap & Penguasaan pengetahuan sains, Nilai kemahiran dan sikap saintifik Penghayatan amalan Penguasaan pengetahuan dan agama, kemahiran matematik kepercayaan, sikap Penguasaan pengetahuan dan dan nilai kemahiran berasaskan teknologi Insan seimbang Kemanusiaan Perkembangan Penguasaan ilmu dan Fizikal & Estetika amalan tentang Perkembangan jasmani dan kemasyarakatan dan alam kesihatan untuk kesejahteraan sekitar setempat, negara diri dan global imaginasi, Pemupukan daya imaginasi, Penghayatan semangat kreativiti, bakat dan apresiasi kreativiti, patriotisme dan perpaduan Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti 2 kurikulum dan kokurikulum (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010) UMS
  • 15. TZ10103Berdasarkan rekabentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat terdapat enam tunjangyang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatifdan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyaipenegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluansetiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanankepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yangdimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasapengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilikdarjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa sepertimendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Muriddituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjangkomunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankanaspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yangdihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnyamengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepatiidentiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yangfokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmuyang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjaditeras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluanPendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanyamemahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilaiberkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentangperkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan(sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable andrenewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatansemangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teraskepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanamdalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, UMS
  • 16. TZ10103kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial sepertiPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar. Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satua agendapembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadianberketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri sepertimempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik,rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciriini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan danpenghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerahmahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukankepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktivitisedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukanpengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatankokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagaipemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasratFalsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensimurid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selaridengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidangpembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmudalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid jugaperlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat danapresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasidapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanyapendidikan seni visual da muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk TunjangLiterasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impakcabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan UMS
  • 17. TZ10103ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlumenguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains,kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombordan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu muridmengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dankemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluanguntuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang bolehdiaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasiTeknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa danmasa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internettanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perludigunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat(transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.INSANKSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. StandardKandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan bolehlakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dannilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajarandan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Penekanan adalah elemenyang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dankomunikasi. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktorseperti; ; a) Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. b) Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. c) Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). d) Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. e) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolahBerbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran danHuraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran,sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan RancanganPengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan dengan buku teks. UMS
  • 18. TZ10103Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripadaStandard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran (Exemplar)turutdisediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sertaModul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikanbuku teks. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalamsuatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukurbagi setiap standard kandungan. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-muridsekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknikpengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana iamelibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yangtelah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti daninovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaianperlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdayasaing. Fokus utama KSSR iaah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikapdan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepadapengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks,perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalahberasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.2.2 RUMUSANPerubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulumpendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akandatang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu,penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara denganmewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasinegara ke arah negara maju. UMS
  • 19. TZ10103FIKIR! Penerokaan Lanjutan1. Bincangkan perbandingan antara KBSR dan KSSR dari aspek; a) bentuk b) organisasi c) kandungan d) peruntukan masa e) pedagogi f) pentaksiran g) pengurusan kurikulum h) bahanUMS