Your SlideShare is downloading. ×
Refleksi trends n issue full
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Refleksi trends n issue full

2,726

Published on

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,726
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
85
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

• 1. TAJUK 1: PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR.
ISI PENTING:

• Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas R. Detwyler 1985 ialah satu unit politik dalam suatu petempatan yang mempunyai gabungan antara tempat dengan penghuni dan mempunyai pelbagai fungsi.
• 2. Antara faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar ialah ibu bapa. Di luar Bandar, golongan ibu bapa mempunyai pengharapan yang rendah terhadap anak – anak mereka berbanding ibu bapa di Bandar yang sentiasa menggalakkan anak – anak mereka untuk terus maju dalam pelajaran.
• 3. Untuk menangani masalah ini ibu bapa dan masyarakat setempat terutamanya di luar Bandar harus mengubah persepsi dan sentiasa menggalakkan anak – anak mereka untuk terus belajar.
• 4. Pengurusan sekolah dan organisasi bilik darjah penting dalam menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek matematik.
• 5. Seorang guru yang cemerlang harus kreatif untuk menangani masalah dengan mencari alternative yang lebih baik dan berkesan kea rah memupuk minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
SOALAN:

• Adakah betul yang dikatakan Matematik adalah suatu kemahiran dalam pengiraan?
• 6. Dari ketiga – tiga definisi Bandar, apakah yang kamu boleh maksudkan sebagai Bandar?
• 7. Bagaimanakah Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia membezakan sekolah Bandar dan luar Bandar?
• 8. Adakah penggunaan ifrastruktur bilik darjah seperti computer, LCD dan sebagainya mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam Matematik?
• 9. Apakah langkah yang seharusnya seorang guru lakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran yang diajarnya terutamanya Matematik?
• 10. Apakah langkah yang perlu dibuat untuk mengubah persepsi ibu bapa di luar Bandar terhadap pendidikan?
TAJUK 2: PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK LELAKI DAN PEREMPUAN.
ISI PENTING:

• Murid perempuan adalah lebih baik dalam melakukan tugasan dan penghafalan fakta.
• 11. Perbezaan pencapaian anatara lelaki dan perempuan semakin besar apabila umur semakin meningkat. Pencapaian perempuan adalah lebih tinggi.
• 12. Antara factor penyebab perbezaan pencapaian ini adalah pelajar, guru, ibu bapa dan persekitaran.
• 13. Daripada analisis sikap pelajar, murid lelaki dan perempuan memberikan persepsi yang tinggi terhadap matematik (23.67 dan 26.51). persepsi ini termasuklah pandangan positif terhadap matematik (perempuan lebih tinggi), kesedaran matematik adalah satu mata pelajaran wajib syarat kemasukan ke university dan pengaplikasian matematik dalam kehidupan seharian.
• 14. Murid lelaki dan perempuan mempunayai persepsi terhadap guru yang tinggi (24.93 murid lelaki dan 26.78 murid perempuan). Ini bermakna pandangan pelajar terhadap guru dari aspek kaedah pengajaran, penampilan dan perhatian guru adalah tinggi. Ini mempengaruhi keinginan pelajar untuk mempelajari matematik.
SOALAN:

• Daripada keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, apakah yang dapat disimpulkan mengenai pencapaian murid lelaki dan perempuan?
• 15. Apakah teknik pengajaran yang berkesan untuk menarik minat pelajar supaya dapat mempelajari dan memahami matematik?
• 16. Mengapakah dikatakan ibu bapa mempunyai pengharapan yang lebih tinggi kepada anak perempuan berbanding lelaki?
• 17. Adakah bilangan pelajar lelaki yang kurang daripada pelajar perempuan menyebabkan pencapaian lelaki adalah lebih rendah daripada perempuan? Apa alasan anda?
• 18. Ada pendapat mengatakan apabila pelajar lelaki diasingkan daripada pelajar perempuan, pencapaian pelajar lelaki adalah tinggi. Pelajar lelaki dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dengan baik dan mampu mendapat pencapaian yang tinggi. Sejauh manakah keberkesanan teknik pembelajaran ini dan apakah rasionalnya kepada pelajar lelaki?
TAJUK 3: PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK ANTARA SK DAN SJKC
ISI PENTING:

• SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah – sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia.
• 19. SJKC pula merupakan lanjutan sekolah vernacular, berasaskan kaum cina di Malaysia. Asalnya sekolah ini dibiayai oleh masyarakat cina dan pentadbiran british. Namun kini sekolah jenis ini dibiayai sepenuhnya oleh kementerian pelajaran Malaysia dan dikira sebagai sekolah bantuan kerajaan.
• 20. Pencapaian matematik di SJKC adalah lebih baik berbanding di SK. Ini disokong dengan laporan KPM mengenai prestasi kebangsaan UPSR bagi tahun 1990 dan 2000.
• 21. Kelebihan waktu yang diberikan oleh kerajaan kepada SJKC untuk mengajar mata pelajaran matematik menyebab pencapaian pelajar di SJKC adalah lebih baik daripada SK.
• 22. SJKC memperaktikkan P&P yang lebih berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat. Ini dapat dilihat apabila pelajar diberikan kerja rumah yang banyak.
• 23. Guru – guru di SK perlu menggunakan buku kerja tambahan sepertimana yang digunakan di SJKC untuk memnudahkan pengajaran dan menjimatkan masa. Pembelajaran pelajar juga akan menjadi lebih efektif.
SOALAN:

• Kebanyakan SJKC adalah berada di Bandar manakala SK terdapat di Bandar dan luar Bandar. Adakah ini yang menyebabkan pencapaian di SKJC adalah lebih tinggi? Kenapa?
• 24. Apakah yang menyebabkan perbezaan waktu untuk mata pelajaran matematik di SK dan SJKC?
• 25. Apakah rasionalnya KPM memberikan waktu yang lebih (180 minit seminggu) kepada SJKC untuk mengajar mata pelajaran matematik?
• 26. Masyarakat cina kebanyakannya terdiri daripada golongan pertengahan dan berpendidikan. Mengapakah ini menjadi factor penyumbang kepada tahap pencapaian?
• 27. SJKC masih menggunakan teknik pengajaran cara lama dan banyak memberikan latih tubi kepada pelajarnya. Sejauh manakah keberkesanan teknik ini kepada tahap pencapaian pelajar. Adakah teknik ini juga sesuai diajar oleh pelajar pada peringkat sekolah menengah dan apakah kesannya terhadap pencapaian pelajar?
TAJUK 4: STRATEGI PEMBELAJARAN MATEMATIK – KONSTRUKTIVISME VS LATIH TUBI.
ISI PENTING:

• Konsktruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan penegtahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
• 28. Latih tubi ialah pengulangan fakta – fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa  yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan (Mat Lazim Idris, 2010).
• 29. Konstrukvisme memberi kesan yang mendalam terhadap pembelajaran murid. Murid menjadi lebih faham tentang sesuatu topik pengajaran, lebih seronok kerana terlibat secara aktif dan lebih berkemahiran sosial. Selain itu murid menjadi lebih berfikir, yakin dan lebih berkemahiran sosial.
• 30. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula – formula yang penting. Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapkan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.
• 31. Peranan guru adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Dunn (1990) menyatakan kegagalan pelajar bukan disebabkan oeh kurikulum semata – mata tetapi turut dipengaruhi oleh teknik dan pendekatan oleh guru. Minat pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru (Abdul Razak, 1993).
SOALAN:

• Sekiranya dalam kelas tersebut tedapat murid yang pendiam dan senyap, bagaimanakah seorang guru itu menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran?
• 32. Mengapakah talih tubi dikatakan untuk mengukuhkan kemahiran dan bukanya mengukuhkan pemahaman konsep?
• 33. Latih tubi tidak sesuai digunakan untuk soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. Kenapa? Berikan sebabnya.
• 34. Bagaimanakah seorang guru itu menggunakan pendekatan secara konstruktivisme dalam sebuah kelas yang muridnya mempunyai kecerdasan yang pelbagai supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan bermakna?
• 35. Apakah cabaran kepada guru apabila menggunakan pendekatan secara konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran?
TAJUK 5: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH.
ISI PENTING:

• Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip – prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• 36. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek – aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
• 37. Kurikulum sekolah rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu murid yang patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran ialah satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.
• 38. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
• 39. KSSR mengandungi elemen TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). Matlamat Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak – kanak yang akan kekal sepanjang hayat.
SOALAN:

• Apakah relevannya KSSR diperkenalkan bagi menggantikan KBSR?
• 40. Bagaimanakah seorang guru Matematik memastikan fokus pengajaran dan pembelajaran Matematik tercapai dalam kalangan pelajar yang pelbagai kecerdasan?
• 41. Mengapakah KSSR dikatakan lebih baik daripada KBSR? Sekiranya dilihat dari segi perbezaan, tidak terdapat banyak perbezaan yang ketara bagi kedua – dua kurikulum.
• 42. Andainya seseorang guru itu menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran berasaskan modul yang diberikan, bolehkah guru itu mengubahsuai perancangan yang telah ditetapkan seperti dalam modul pengajaran yang disediakan?
• 43. Apakah kesannya kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran apabila KSSR dilaksanakan?
TAJUK 6: PENGGUNAAN ICT DALAM MENGAJAR MATEMATIK (PENGAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN KOMPUTER ATAU PENGAJARAN MATEMATIK TANPA MENGGUNAKAN KOMPUTER).
ISI PENTING:

• Definisi penggunaan ICT dalam p&p matematik ialah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
• 44. Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun hadapannya, iaitu tahun 2003. Sejak itu kerajaan memutuskan untuk menggunakan ICT dalam p&p Sains dan Matematik bagi membantu dan memudahkan guru melaksanakan p&p.
• 45. Contoh pengajaran Matematik yang menggunakan komputer adalah pengajaran yang menggunakan sokongan multimedia seperti CD perisian Maktematik oleh KPM dengan alatan sokongan teknologi yang lain seperti komputer riba, projektor dan skrin papan putih. Contoh perisian adalah Geometer’s Sketchpad.
• 46. Menurut hasil kajian Shaharuddin Md Salleh (2008), pembelajara Matematik dengan menggunakan PBK meninggalkan kesan yang positif yang mana ianya telah memupuk minat, keseronokan dan menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran Matematik. Ia banyak membantu mempertingkatkan pemahaman dan seterusnya pencapaian peperiksaan pelajar.
• 47. Gagne & Briggs dalam Rosenberg (2000) mengatakan komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan dan maklum balas dan peneguhan.
SOALAN:

• Adakah pembelajaran melalui komputer memberi pengaruh yang besar terhadap pencapaian pelajar?
• 48. Sekiranya setiap pelajar dibekalkan dengan kemudahan internet dan komputer, mampukah mereka mendapat skor A dalam matematik? Adakah keciciran pelajar tidak berlaku dalam pembelajaran?
• 49. Bolehkah komputer menggantikan tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran? Mengapa?
• 50. Apakah perisian yang penting yang perlu dipelajari oleh semua pelajar dan guru untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Boleh perisian ini digunakan untuk semua topik pembelajaran dan apakah kelebihannya ia digunakan?
• 51. Bagaimanakah penggunaan ICT secara berfikrah membantu pemahaman pelajar dalam mempelajari matematik?
TAJUK 7: PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK.
ISI PENTING:

• Kalkulator boleh disimpulkan sebagai satu ciptaan teknologi moden untuk mengira dan mendapatkan jawapan dengan tepat dan cepat untuk masalah yang melibatkan operasi matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi, fungsi trigonometri, logaritma dan sebagainya.
• 52. Persepsi negatif pihak yang membangkang penggunaan kalkulator mengatakan pelajar yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir, menjadi terlalu bergantung kepada kalkulator dan tidak berdaya untuk membuat pengiraan sekiranya tiada kalkulator.
• 53. Sebaliknya, penggunaan kalkulator membolehkan pelajar meneroka lebih mendalam bidang matematik, meningkatkan pembelajaran konsep matematik dan merangsang kemahiran berfikir pelajar.
• 54. Penggunaan kalkulator juga tidak menjejaskan kemahiran matematik pelajar kerana pelajar sendiri perlu menginterpretasi masalah, menentukan kaedah yang sesuai digunakan dan memasukkan maklumat yang betul dalam kalkulator.
• 55. Penggunaan kalkulator di sekolah perlu diberi perhatian di mana pelajar harus menguasai kemahiran asas matematik seperti sifir, aritmetik asas dan penyelesaian masalah.
SOALAN:

• Apakah kesannya kepada pelajar yang lemah dalam matematik apabila menggunakan kalkulator?
• 56. Bilakah masa yang sesuai untuk guru membenarkan pelajar menggunakan kalkulator dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran matematik?
• 57. Bolehkan kalkulator digunakan di peringkat sekolah rendah? Apakah implikasinya apabila mereka masih belum menguasai kemahiran dalam aritmetik?
• 58. Bagaimanakah sekiranya seseorang guru matematik itu tidak boleh dalam menggunakan kalkulator dengan cekap?
• 59. Apabila menduduki peperiksaan, pengawas peperiksaan menyuruh pelajar meletakkan penutup kalkulator di bawah meja. Kenapa?
TAJUK 8: PERSIJILAN GURU MATEMATIK (PENGETAHUAN MATH YANG MENDALAM VS PENGETAHUAN MATH + KURSUS PERGURUAN)
ISI PENTING:

• Guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru.
• 60. Profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang pendidikan, undang-undang, senibina, perakaunan dan lain-lain.
• 61. Bidang professional terlakluk kepada kod etika professional di mana ia adalah satu ‘alat kawalan’ sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.
• 62. Terdapat beberapa kursus profesional pendidikan yang perlu diambil sepanjang tempoh pengajian. Kursus –kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
SOALAN:

• Mengapakah terdapat perbezaan kursus bagi pelajar IPTA dan IPG walaupun kedua-duanya mengambil bidang keguruan yang sama?
• 63. Adakah profession keguruan benar-benar wujud di Malaysia? Apakah statusnya?
• 64. Bagaimanakah seorang guru mampu menaikkan martabat guru dan menjadikannya dirinya dihormati?
• 65. Guru pada zaman dahulu dihormati dan disanjungi walaupun tidak mempunyai banyak kemudahan pengajaran dan tidak melalui kursus keguruan. Mengapakah ia sebaliknya berlaku pada masa kini walaupun guru dibekalkan dengan ilmu keguruan?
• 66. Patutkah kerajaan menubuhkan satu badan yang menjaga kualiti guru dimana guru boleh dipecat sekiranya tidak menjalankan tugas dengan baik?