MOU BKP UPSI

634 views

Published on

Published in: Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
634
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

MOU BKP UPSI

  1. 1. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN BAHAGIAN MAJALAH JABATAN PENERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MENGENAI MELAKSANAKAN, MENINGKATKAN DAN MEMBUAT PENILAIAN PROGRAM PERSEMBAHAN BONEKA SEBAGAI BAHAN PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN DIKALANGAN KANAK-KANAK MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini telah dibuat pada ……………… 2014 1
  2. 2. Di ANTARA BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (selepas ini dirujuk sebagai “BKPKKM”) dan mempunyai alamat di Aras 5 Blok E-10, Parcel 1, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 52590 Putrajaya, Malaysia di satu pihak, DAN Jabatan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (“JAPKKUPSI”) (selepas ini dirujuk sebagai dan mempunyai alamat PD 7, Aras Bawah, Blok 10, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim 35900 Perak Darul Ridzuan di satu pihak yang lain. BKPKKM dan JAPKKUPSI selepas ini akan dirujuk sebagai “Pihak” secara berasingan dan “Pihak-pihak” secara kolektif. 2
  3. 3. BAHAWASANYA A. BKPKKM ialah salah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan kesihatan pergigian rakyat Malaysia termasuk merancang, mengatur, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian untuk rakyat Malaysia berhasrat untuk menjadikan persembahan boneka sebagai bahan promosi kesihatan pergigin yang berkesan untuk kumpulan sasar kanak-kanak. B. Hasrat tersebut adalau untuk melaksanakan, meningkatkan dan membuat penilaian Program Persembahan Boneka Sebagai Bahan Promosi Kesihatan Pergigian Dikalangan Kanak-Kanak. C. Bagi mencapai hasrat tersebut, BKPKKM bercadang untuk bekerjasama dengan JAPKKUPSI untuk melaksanakan, meningkatkan dan membuat penilaian Program Persembahan Boneka Sebagai Bahan Promosi Kesihatan Pergigian Dikalangan Kanak-Kanak. D. Pihak-pihak dengan ini akan pada setiap masa untuk kepentingan bersama berusaha untuk memastikan kejayaan Memorandum Persefahaman ini. E. Pihak-pihak yang memasuki Memorandum Persefahaman ini hendaklah mengesahkan niat masing-masing bagi mewujudkan asas kerjasama dan usahasama antara pihak-pihak berdasarkan kepada terma-terma yang terkandung di dalam Memorandum Persefahaman ini. 3
  4. 4. ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJU SEPERTI YANG BERIKUT:- ARTIKEL 1 TUJUAN Tertakluk kepada Undang-Undang kepada prinsip-prinsip menggalakkan ekuiti usahasama, Malaysia dan polisi-polisi, dan berdasarkan dan persalingan, dan Pihak-pihak dengan ini dalam usaha untuk bersetuju bahawa Memorandum Persefahaman ini akan bertindak sebagai rangka kerja am bagi usahasama didalam melaksanakan, meningkatkan dan membuat penilaian Program Persembahan Boneka Sebagai Bahan Promosi Kesihatan Pergigian Dikalangan Kanak-Kanak. ARTIKEL 2 PELAKSANAAN 2.1 Pihak-pihak kepada Memorandum Persefahaman ini bersetuju:- a) untuk membuat kajian keberkesanan persembahan boneka digunakan sebagai bahan promosi kesihatan pergigian dan memberikan syor penambaikan program tersebut; 4
  5. 5. b) untuk membuat modul kesihatan pergigian bagi tujuan persembahan boneka sebagai bahan promosi kesihatan pergigian untuk kanak-kanak prasekolah dan anak kecil (toddler); c) untuk menjalankan kursus dan bengkel kepada anggota jabatan kesihatan pergigian negeri-negeri, guru-guru tadika dan prasekolah yang akan menggunakan persembahan boneka sebagai bahan promosi kesihatan pergigian; dan d) untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan, rujukan dan kajian yang berkaitan dengan penggunaan persembahan boneka dalam mempromosikan kesihatan pergigian. ARTIKEL 3 DANA BAGI AKTIVITI Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, setiap Pihak hendaklah menanggung sendiri segala kos dan perbelanjaan. Sehubungan dengan ini, Pihak-pihak boleh menggunakan sumber yang sedia ada di organisasi masing-masing dan/atau memperolehi bantuan kewangan daripada agensi-agensi penderma. 5
  6. 6. ARTIKEL 4 PERLINDUNGAN HAK HARTA INTELEK 4.1 Perlindungan hak-hak harta intelek hendaklah dikuatkuasakan menurut undang-undang dan peraturan Malaysia. 4.2 Sebarang penggunaan nama, logo dan/atau lambang rasmi BKPKKM atau JAPKKUPSI dalam hal yang berkenaan, pada sebarang terbitan, dokumen dan/atau kertas kerja adalah dilarang tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang satu lagi. 4.3 Tanpa menyentuh mana-mana perkara di dalam perenggan 4.1 di atas, semua maklumat, makluman, kepakaran termasuk semua reka bentuk, pelanpelan, taksiran, kajian semula, analisis, penyelesaian, keputusan, penemuan, pembangunan dan penambahbaikan berkaitan dengan sebarang proses dan/atau produk yang dicapai atau dibangunkan – i. secara bersama oleh Pihak-pihak, atau apa-apa hasil penyelidikan atau bahan yang diperolehi secara bersama, akan dimiliki secara bersama di antara Pihakpihak atau mengikut terma yang telah dipersetujui bersama; dan ii. secara bersendirian dan berasingan oleh BKPKKM atau JAPKKUPSI, atau apa-apa hasil penyelidikan dan bahan yang diperolehi secara bersendirian atau 6
  7. 7. berasingan oleh BKPKKM atau JAPKKUPSI, hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh salah satu pihak tersebut. ARTIKEL 5 KERAHSIAAN 5.1 Pihak-pihak hendaklah berakujanji untuk menjaga kerahsiaan dokumen, maklumat dan lain-lain data yang diterima atau disalurkan kepada pihak lain sepanjang tempoh masa berkuatkuasanya Memorandum Persefahaman ini atau lain-lain perjanjian yang dibuat menurut Memorandum Persefahaman ini. 5.2 Pihak-pihak bersetuju agar peruntukan Artikel ini hendaklah mengikat sepanjang tempoh masa yang telah dipersetujui antara Pihak-pihak meskipun Memorandum Persefahaman ini ditamatkan. ARTIKEL 6 NOTIS Sebarang notis dikomunikasikan dan bentuk kepada komunikasi pihak-pihak yang hendaklah hendak dihantar diserahkan kepada atau Pihak berkenaan ke alamat yang dinyatakan di bawah ini sama ada secara pos, faks 7
  8. 8. atau melalui tangan dan notis tersebut hendaklah disifatkan telah diterima oleh penerima setelah notis tersebut diakuterima oleh Pihak-pihak. Alamat BKPKKM : - Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 5 Blok E-10, Parcel 1, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 52590 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia Tel : ……………. Faksimili:………. Alamat JAPKKUPSI : - Ketua Jabatan Jabatan Awal Pendidikan Kanak-Kanak PD 7, Aras Bawah, Blok 10, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim 35900 Perak Darul Ridzuan Malaysia Tel : ……………. Faksimili:………. 8
  9. 9. ARTIKEL 7 PINDAAN 7.1 Salah satu Pihak adalah dibolehkan untuk memohon secara bertulis untuk semakan semula, pindaan atau ubah suaian kandungan Memorandum Persefahaman ini. 7.2 Sebarang semakan semula, pindaan atau ubah suaian dan hendaklah dipersetujui bersama oleh Pihak-pihak dan persetujuan tersebut hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dan selepas dari ini akan menjadi sebahagian daripada Memorandum Persefahaman ini. 7.3 Setiap semakan semula, pindaan atau ubah suaian hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang dipersetujui oleh Pihak-pihak yang terlibat. 7.4 Sebarang semakan semula, pindaan atau ubah suaian hendaklah tidak memprejudiskan hak-hak dan obligasi-obligasi yang wujud daripada atau berdasarkan kepada Memorandum Persefahaman ini sebelum atau pada tarikh semakan semula, pindaan atau ubah suaian dibuat. 9
  10. 10. ARTIKEL 8 PENGGANTUNGAN Pihak-pihak adalah berhak atas dasar keselamatan negara, kepentingan nasional, pihak awam atau kesihatan awam untuk menggantung sementara, sama ada semua atau sebahagian pelaksanaan kepada Memorandum Persefahaman ini yang mana penggantungan tersebut hendaklah berkuatkuasa secara serta-merta setelah Pihak yang lagi satu menerima notis bertulis berhubung perkara di atas. ARTIKEL 9 PENYELESAIAN PERTIKAIAN Sebarang perbezaan atau pertikaian di antara Pihak-pihak yang wujud akibat daripada interpretasi atau pelaksanaan atau pemakaian mana-mana peruntukan Memorandum Persefahaman ini hendaklah diselesaikan secara baik melalui rundingan atau perbincangan di antara Pihak-pihak tanpa perlu merujuk kepada pihak ketiga. 10
  11. 11. ARTIKEL 10 TEMPOH MASA Memorandum Persefahaman ini akan berkuatkuasa selama DUA (2) tahun dari tarikh Memorandum Persefahaman ini ditandatangani. Semua akujanji yang diberikan akan sah sepanjang tempoh DUA (2) tahun tertakluk kepada kajian semula dan ubah suaian seperti yang telah dipersetujui bersama. ARTIKEL 11 PEMBATALAN Salah satu pihak kepada Memorandum Persefahaman ini adalah dibenarkan untuk menamatkan Memorandum Persefahaman ini dengan memberi TIGA (3) bulan notis kepada Pihak yang lagi satu sebelum penamatan dibuat. Tiada sebarang penalti yang akan dikenakan sekiranya berlaku penamatan. (RUANGAN INI DIBIARKAN 11 KOSONG)
  12. 12. BAGI MENYAKSIKAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini Pihak-pihak dengan ini melalui wakil-wakil yang dibenarkan menurunkan tandatangan pada Memorandum Persefahaman ini. Bagi BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA:DR KHAIRIYAH BINTI ABD MUTTALIB ] Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian ] Kementerian Kesihatan Malaysia ]………………………………….. Di hadapan:NAMA XXXXX ] Jawatan Xxxxxxx ] ]………………………………….. Bagi JABATAN AWAL PENDIDIKAN KANAK-KANAK, FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : DR NORDIN BIN MAMAT ] Ketua Jabatan ] Pendidikan Awal Kanak-kanak ]………………………………….. Di hadapan:NAMA XXXXX ] Jawatan Xxxxxxx ] ]………………………………….. 12

×