KPT 6044 tugasan 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
302
On Slideshare
287
From Embeds
15
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
2
Comments
0
Likes
0

Embeds 15

http://cikgunuurul.wordpress.com 15

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN: KEBERKESANAN PROGRAM ZOOM-A DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK) PELAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT (U). NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR NAMA PELAJAR: NUURUL JAMILAH BINTI MOHAMMED ASARI M20121000509 TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2013
  • 2. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT 1.0 Pendahuluan 2 2.0 Latar Belakang Kajian 2 3.0 Kajian Literatur 3 4.0 Objektif Kajian 4 5.0 Pernyataan Masalah 4 6.0 Sasaran Kajian 5 7.0 Metodologi Kajian 7.1 Rekabentuk Kajian 5 7.2 Instrumen Kajian 5 8.0 Kaedah Mengutip Data 6 9.0 Tinjauan Awal 6 10.0 Pelaksanaan Kajian 7 11.0 Dapatan Kajian 11.1 Pemerhatian Laporan 8 11.2 Temubual Pelajar 9 11.3 Temubual Guru 10 12.0 Perbincangan 12.1 Refleksi 11 12.2 Cadangan 12 RUJUKAN 1
  • 3. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 1.0 Pendahuluan Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah program Zoom- A secara atas talian dapat meningkatkan pembelajaran akses kendiri pelajar. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK membolehkan murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui PAK. Program Zoom-A ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan internet yang dirancang dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Program ini dilihat sesuai dengan kehendak PAK. Program Zoom-A merupakan gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Zoom-A adalah aplikasi berbayar yang perlu dilanggan oleh pelajar dan guru. Yuran langganan Zoom A ialah RM10 sahaja setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. Tempoh langganan tamat pada 31 Disember setiap tahun. Kajian ini juga cuba untuk mengetahui keberkesanan program ini serta mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penggunaan para guru dan pelajar terhadap program ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U) ( SKSSU ). Responden kajian ini terdiri daripada 4 orang guru dan 15 orang pelajar yang mempunyai aras kemahiran yang berbeza. Dapatan awal kajian menunjukkan 100% responden mengatakan bahawa program Zoom-A merupakan portal PAK yang menarik dan berkesan. Dapatan ini diperoleh melalui pemerhatian dan temubual ke atas pelajar dan guru. Berdasarkan temubual guru, secara purata berpendapat bahawa program Zoom- A boleh membantu dalam PAK. 2.0 Latar Belakang Kajian Aplikasi Zoom-A mula digunakan di SKSSU pada tahun 2007 dan masih digunakan sehingga kini. Terdapat 138 akaun pelajar dan 10 orang guru yang menggunakannya secara aktif bagi tahun ini. Walaupun bilangan ini masih sedikit berbanding bilangan keseluruhan guru dan murid, namun aplikasi ini memberi kesan yang baik terhadap PAK pelajar. Aplikasi ini kebanyakannya digunakan oleh pelajar tahap dua iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. 2
  • 4. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Soalan-soalan yang terdapat di dalam portal ini digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran di seluruh Malaysia melalui Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan OneTouch Education sebagai pembangunnya. Aplikasi ini menekankan kepada empat matapelajarn teras peperiksaan UPSR iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain daripada itu, soalan-soalan di sini dikumpul dan diklasifikasikan dalam 3 aras kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Di antara ciri-ciri paling menarik kaedah ujian ini ialah pelajar boleh menjalankan ujian kendiri tanpa guru, boleh memilih ujian berasaskan topik atau klon, boleh mengatur sendiri masa latihan, kertas jawapan diperiksa oleh sistem dan memberikan keputusan ujian yang telah dibuat, dapat merekodkan markah ujian dengan sistematik, dapat mengulangkaji dan menjalani ujian latih tubi tanpa had dan mempelajari kaedah mendapatkan jawapan yang betul melalui huraian jawapan secara atas talian selepas jawapan tersebut disemak. Ciri-ciri ini menjadikan Zoom-A amat berkesan untuk membantu pelajar menjalankan aktiviti ujian kendiri secara latih tubi. Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada program Zoom-A ini menjadikan ia sebagai pilihan guru-guru di SKSSU untuk menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar ( BBM ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ). Pihak sekolah juga menyokong usaha guru ini dengan menyediakan satu jadual waktu penggunaan makmal komputer terutamanya kepada kelas peperiksaan bagi memastikan semua pelajar berpeluang menggunakan program pembelajaran akses kendiri ini. Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan akaun khas bagi pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk membuka akaun sendiri. 3.0 Kajian Literatur Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Menurut kajian Losinin bin Johalin (2009), mendapati bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif, minat dan motivasi yang tinggi terhadap program ZoomA. Guru berpendapat bahawa Program Zoom- A sangat membantu dalam PAK. 3
  • 5. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 4.0 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana program Zoom-A membantu dalam proses penilaian kendiri pelajar sama ada di sekolah atau di rumah dari segi keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut: 4.1 Mengetahui sejauhmanakah tahap penggunaan pelajar tehadap program Zoom-A dalam meningkatkan tahap Pembelajaran Akses Kendiri. 4.2 Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripada pelbagai opsyen terhadap program Zoom-A dengan menggunakan instrumen temubual. 5.0 Pernyataan Masalah Mulai Tahun 2003 kadar penggunaan peralatan ICT dan internet dalam proses PdP di sekolah terus meningkat. Pemasangan perkakasan Schoolnet di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah memudahkan pihak sekolah, guru serta pelajar mendapatkan maklumat di hujung jari. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan web dan CDRI menjadi lebih berkesan. Berdasarkan pengalaman pengkaji, beberapa isu boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan kemudahan ICT ini. Antaranya ialah kekerapan penggunaan, sebab-sebab penggunaan dan PdP berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran. Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley). Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze , seorang pujangga dan ahli falsafah cina; ‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’. Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan internet dalam memastikan keberkesanan media pembelajaran. Justeru, ia perlu dimanfaatkan khususnya oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. 4
  • 6. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 6.0 Sasaran Kajian Kajian ini telah dijalankan ke atas 15 orang pelajar dengan ciri-ciri starata dari segi tahun pembelajaran (Tahun 6) dan aras kemahiran. Pemilihan starata boleh meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian sebagaimana pendapat Anastasi (1982:125) . Para pelajar diambil dari 3 kumpulan pelbagai aras kemahiran seperti berikut:a) Murid Prestasi Tinggi - 5 orang b) Murid Prestasi Sederhana - 5 orang c) Murid Prestasi Rendah - 5 orang Responden guru pula terdiri daripada 4 orang guru daripada empat matapelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Responden guru diberikan instrumen temubual. 7.0 Metodologi Kajian 7.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kualitatif. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian berbentuk kualitatif kerana ia sesuai dengan kajian yang ingin dijalankan dari segi jangka masa kajian, kos kajian, lokasi kajian di sekolah sendiri, dan sampel kajian yang sedikit. 7.2 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual dan pemerhatian. Temu bual dilakukan ke atas pelajar dan guru yang dipilih. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. Manakala pemerhatian pula, dilakukan semasa proses PdP di dalam makmal komputer dan penggunaan Zoom-A di rumah serta laporan penggunaan di dalam akaun Zoom-A sekolah dan pelajar sendiri. 5
  • 7. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 8.0 Kaedah Mengutip Data Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit maka pemerhatian dan temubual digunakan. Untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar, pemerhatian dilakukan ke atas laporan penggunaan Zoom-A yang diperolehi melalui akaun pelajar. Manakala analisis dari instrumen temu bual dibuat dalam bentuk laporan. Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek objektiviti dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul ( Marshal & Rossman, 1989 ). Cara ini merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri mesej ( Marshal & Rossman, 1989 ) atau tema-tema tertentu ( Metcalf, 1985). 9.0 Tinjauan awal 9.1 Proses pembelajaran kendiri pelajar amat penting untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan. Guru dilihat sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di rumah pula, pendidikan bermula dengan lebih efisien dengan adanya penglibatan dan pemantauan ibu bapa. PAK berbantukan komputer dan internet telah dikenalpasti boleh dilaksanakan baik di sekolah mahu pun di rumah. Selain daripada kaedah ini memang menarik minat pelajar, jika ia digunakan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh, ia lebih berkesan dan menjimatkan kos. 9.2 Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat beberapa tinjauan tentang pembelajaran asas kendiri ( Personel Based Learning ) berasaskan internet. Walaupun bidang ICT dalam pendidikan semakin berkembang, namun kebanyakan guru masih suka menggunakan cara tradisional iaitu chalk and talk. Bentuk latihan yang disediakan adalah lembaran kerja, buku latihan, edisi Didik dan sebagainya. Bagaimanapun, kapasiti soalan agak terbatas dan dokumentasi gerak kerja tidak disediakan. Namun, Zoom-A merupakan satu bahan interaktif yang menarik dan mesra pengguna. Selepas Portal Zoom-A dilancarkan, pelajar dan guru mula menggunakannya sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. 9.3 Pengkaji telah membuat tinjauan terhadap Portal Zoom-A melalui Penjelajahan Web ( Web Explore ). Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati terdapat ciriciri yang baik dan efisien di dalam portal tersebut dan sangat sesuai digunakan 6
  • 8. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB oleh guru dan pelajar. Apatah lagi dengan adanya kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) dan Mobile Broadband . Kemudahan internet bukan lagi satu persoalan yang besar. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet dan komputer di rumah, pihak sekolah telah mengambil langkah dengan membuka makmal komputer pada hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pelajar menggunakan kemudahan yang ada. 10.0 Pelaksanaan Kajian Secara khususnya, kajian ini dilakukan untuk menyiapkan tugasan KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web iaitu menjalankan satu kajian tinjauan pelbagai aspek dalam amalan penggunaan media elektronik atau web di institusi pendidikan anda semasa. Oleh itu, kajian ini secara serius mula dilakukan sejak lebih kurang tiga bulan lalu. Namun secara amnya, pengkaji telah melakukan pemerhatian dan kajian ketika program Zoom-A ini mula diperkenalkan di SKSSU. Dalam masa yang sama, pengkaji mengajar kelas peperiksaan pada ketika itu dan program ini dilihat banyak membantu proses PdP terutamanya sebagai latih tubi kepada pelajar. Sepertimana yang telah kita maklum, murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR memerlukan lebih banyak latihan berbanding tahun 1 hingga 5. Oleh itu, guru tidak hanya boleh bergantung kepada buku latihan semata-mata dan set ujian yang diberikan oleh guru. Zoom-A dilihat sebagai BBM yang dapat meningkatkan PAK pelajar. Pengkaji mula mengumpul maklumat dengan membuat pemerhatian ke atas laporan penggunaan melalui akaun Zoom-A sekolah. Seterusnya, pengkaji membuat sedikit temu bual bersama pelajar. Di samping itu, pengkaji memantau pelaksanaan program ini di sekolah. Guru-guru juga ditemu bual bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan penggunaan program Zoom-A dalam proses PdP mereka. Kesemua guru memberikan kerjasama yang sangat baik. 7
  • 9. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 11.0 Laporan Kajian 11.1 Pemerhatian Laporan Jika dilihat daripada laporan penggunaan yang diperolehi dari akaun setiap sampel, didapati bahawa setiap pelajar secara purata ada menggunakan program Zoom-A dalam tempoh seminggu sebagai bahan latih tubi mereka samada semasa di rumah mahupun di sekolah. Laporan ini diperhatikan selama tempoh dua bulan. Pengkaji mendapati sepanjang tempoh itu, pelajar paling kerap menggunakannya pada bulan pertama iaitu bulan September kerana pada masa ini, pelajar bakal menghadapi peperiksaan UPSR dan penggunaanya lebih kerap semasa di rumah berbanding di sekolah. Namun perbezaannya tidak ketara. Namun, pada bulan kedua kekerapan pelajar lebih banyak semasa di sekolah kerana guru masih menggunakannya dalam proses PdP walaupun peperiksaan telah tamat. Ini kerana program tersebut digunakan sebagai salah satu bahan dalam Program Selepas UPSR. Walaubagaimanapun, kekerapan penggunaan merosot semasa di rumah pada bulan Oktober. Ini mungkin kerana pelajar sudah tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana peperiksaan UPSR sudah berakhir. Jadual di bawah menunjukkan kekerapan penggunaan program Zoom-A oleh sampel. Berdasarkan jadual di bawah, kekerapan penggunaan lebih banyak pada bulan September berbanding bulan Oktober. Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Zoom-A Kekerapan Bil. Kumpulan Pelajar September Oktober Sekolah Rumah Sekolah Rumah 1. Pelajar Prestasi Tinggi 20 21 27 15 2. Pelajar Prestasi Sederhana 20 23 19 8 3. Pelajar Prestasi Lemah 17 16 17 4 57 59 53 27 Jumlah Berdasarkan jadual di atas, kumpulan pelajar prestasi tinggi mencatatkan lebih penggunaan, diikuti pelajar prestasi sederhana dan pelajar prestasi lemah. 8
  • 10. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Faktor aras kemahiran mungkin mempengaruhi serba sedikit kekerapan penggunaan. Pelajar prestasi tinggi lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan mampu menyelesaikan ujian dengan cepat. Begitu juga pelajar prestasi sederhana. Pelajar prestasi lemah memerlukan lebih bimbingan dalam mempelajari sesuatu. Apa yang berlaku di SKSSU berdasarkan temubual bersama pelajar prestasi lemah ini, guru mereka akan memberikan huraian secara terperinci apa yang telah mereka jawab di dalam apa jua ujian yang dilakukan. 11.2 Temubual Pelajar Hasil daripada temubual yang dilakukan ke atas 15 orang pelajar yang dipilih, mendapati secara purata pelajar menggunakan program Zoom-A ini samada di sekolah mahupun di rumah. Walaubagaimanapun, kekerapan penggunaannya adalah berbeza. Daripada 15 orang pelajar berkenaan, 5 daripadanya adalah pelajar yang cemerlang 5 lagi pelajar aras sederhana dan 5 daripadanya pelajar yang lemah. Hampir kesemua pelajar menggunakan Zoom-A seperti yang diarahkan guru. Di samping itu, pelajar turut membuat ujian selain daripada yang diarahkan oleh guru. Cuma, bilangan ujian yang dibuat adalah berbeza. Pelajar yang prestasi tinggi lebih kerap membuat Zoom-A berbanding pelajar yang lemah. Pelajar yang sederhana pula, ada yang membuat Zoom-A kadangkala menyamai bilangan pelajar prestasi tinggi dan ada juga yang menyamai pelajar lemah. Berdasarkan temubual, ia disebakan oleh sikap mereka yang tidak serius dalam pembelajaran dan mereka lebih suka permainan interaktif. Mereka juga adakalanya adalah pelajar yang berpotensi cemerlang, namun atas sikap ibu bapa yang tidak mengutamakan aspek pembelajaran menjadikan prestasi mereka sederhana. Ibu bapa lebih banyak memberi kebebasan kepada mereka. Begitu juga alasan segelintir pelajar yang lemah. Namun, ada di antara pelajar lemah ini yang membuat ujian Zoom-A, tetapi oleh kerana aras kemahiran mereka lemah, ujian yang dibuat agak mengambil masa dan mereka tidak dapat membuat ujian Zoom-A dengan lebih banyak. Bagi pelajar prestasi tinggi pula, mereka memang gemar membuat Zoom-A kerana mereka sukakan pembelajaran secara interaktif dan gembira apabila melihat hasil ujian yang dibuat. 9
  • 11. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 11.3 Temubual Guru Berdasarkan hasil temubual ke atas 4 orang guru yang mengajar tahun 6, mendapati bahawa guru menggunakan program Zoom-A sebagai latih tubi kepada pelajar. Ini kerana, guru perlu kreatif dalam menjalankan proses PdP bagi memastikan proses tersebut menarik dan berkesan dan pembelajaran interaktif merupakan satu aktiviti yang menarik. Tambahan pula dengan kemudahan yang ada di sekolah seperti makmal komputer dan akses internet. Guru-guru yang dipilih adalah guru bagi empat matapelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru ini adalah guru yang mengajar kelas yang pelajar berprestasi tinggi iaitu kelas pertama, sederhana dari kelas kedua dan lemah, murid kelas yang ketiga. Dua orang guru adalah guru mengajar kelas pelajar berprestasi tinggi dan satu masing-masing dari kelas sederhana dan lemah. Hasil temubual bersama guru Matematik yang mengajar kelas pertama, guru akan membawa pelajar menggunakan program Zoom-A sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan akan memberikan latihan dalam program tersebut kepada pelajar untuk dilakukan di rumah dengan pemantauan ibu bapa. Beliau juga mengatakan bahawa, pelajarnya gemar membuat latihan di dalam program tersebut dan mereka akan bersaing di antara satu sama lain dalam menyiapkan ujian yang diberi. Ini merupakan sikap positif yang berjaya disemai dalam diri pelajarnya melalui program Zoom-A berkenaan. Guru berikutnya ialah guru Bahasa Inggeris yang mengajar kelas pertama. Beliau menggunakan program Zoom-A bersama-sama pelajar-pelajarnya sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini bagi memberi peluang kepada pelajarnya menggunakan pembelajaran interaktif. Bagi memastikan pelajarnya membuat PAK di rumah dengan pemantauan ibu bapa, beliau akan memberikan tugasan mengikut topik yang diberi di dalam program tersebut. Ia juga bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. “Menggunakan Zoom-A, pelajar-pelajar saya berasa selesa dan sekaligus membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam matapelajaran Bahasa Malaysia”. Begitulah antara hasil temubual bersama guru Bahasa Malaysia yang mengajar kelas kedua. Beliau berpendapat program Zoom-A membantu 10
  • 12. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB mempelbagaikan sumber pembelajaran interaktif bagi pelajar-pelajarnya. Beliau menggunakan program Zoom-A secara purata satu hingga dua kali sebulan. Seterusnya bagi guru keempat yang ditembual, beliau turut menggunakan program Zoom-A bersama pelajarnya. Namun tidak sekerap kelas pertama dan kedua. Beliau ialah seorang guru Sains. Oleh kerana matapelajaran Sains hanya ada 5 waktu seminggu, beliau secara purata menggunakan program Zoom-A dua kali dalam tiga bulan. Beliau jarang memberikan ujian melalui Zoom-A kerana tidak semua murid dari kelasnya mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah. Walaubagaimanapun, beliau berpendapat bahawa program Zoom-A adalah satu program yang bagus. 12.0 Perbincangan 12.1 Refleksi Sesungguhnya program Zoom-A secara sendirinya mempunyai kekuatan tersendiri. Ia dapat membantu pelajar membuat PAK. Programnya juga mudah dikendalikan malahan oleh pelajar sendiri. Ia juga berupaya memupuk sikap berdikari di kalangan pelajar. Di samping itu, guru dapat meningkatkan keberkesanan PdP seterusnya membantu mencapai objektif yang hendak dicapai. Program ini juga sejajar dengan perkembangan ICT dalam bidang pendidikan. Yuran langganan yang murah dan sistem yang mudah dikendalikan menjadikan ia mampu diperolehi oleh pelajar terutamanya pelajar di SKSSU yang merupakan pelajar kategori luar bandar. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakannya. Kekangan masa dan bebanan kerja yang dihadapi oleh guru menjadikan program ini tidak dapat digunakan semaksimum mungkin. Bukan itu sahaja, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan bilangan komputer tidak dapat menampung keperluan pelajar. Oleh itu, langkah yang diambil oleh guru adalah dengan mengarahkan pelajar berkongsi komputer. Ini menyebabkan pelajar tidak secara langsung belajar sendiri, malahan bersama kawan. Bukan itu sahaja, bilangan kelas yang banyak di SKSSU, menjadikan kemudahan makmal komputer tidak dapat digunakan dengan lebih kerap. Namun, langkah mengatasi telah 11
  • 13. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB diambil dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer. Kelas peperiksaan biasanya diberi keutamaan. Selain daripada masalah di atas, capaian akses internet yang adakalanya perlahan membuatkan program tersebut tidak dapat diakses langsung atau sangat perlahan. Masalah ini terjadi kerana, terdapat sebuah Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) di dalam kawasan sekolah. Sekiranya terdapat kursus yang dijalankan di PKG berkenaan, maka akan timbul masalah akses internet. Ini amat mendukacitakan bukan sahaja guru, malahan pelajar-pelajar sendiri. Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang dilakukan ini, program Zoom-A meningkatkan tahap PAK di kalangan pelajar di SKSSU. Program PAK adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya serta rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Walaubagaimanapun, guru yang hanya bertindak sebagai fasilitator sebenarnya masih mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar melaksanakan PAK. Ini dapat dilihat daripada hasil laporan penggunaan Zoom-A oleh pelajar di mana apabila terdapat pemantauan guru iaitu semasa di sekolah dan apabila guru membekalkan ujian yang perlu dilakukan dalam Zoom-A di rumah, didapati bilangan penggunaan tinggi. Ini dapat dilihat pada bulan September semasa di rumah sebanyak 59 kali dan sekolah sebanyak 57 serta Oktober semasa di sekolah sebanyak 53 kali. Bilangan ini tinggi berbanding pada bulan Oktober semasa di rumah dengan hanya sebanyak 27 kali penggunaan. Pada bulan Oktober, guru sudah tidak membekalkan ujian yang perlu diselesaikan kerana ujian hanya dijalankan di sekolah untuk Program Selepas UPSR. 12.2 Cadangan 12.2.1 Menyediakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan bukan sematamata soalan berbentuk klon. Ini pastinya lebih menarik minat guru untuk menggunakannya dalam PdP. Guru tidak lagi perlu membuat salinan yang banyak untuk diberikan kepada murid, malahan guru dan murid 12
  • 14. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB dapat menyemak jawapan dengan lebih cepat dan mendapat huraian jawapan dengan serta merta. Ini dapat menjimatkan masa dan kos. 12.2.2 Program ini boleh diperkembangkan lagi ke peringkat sekolah menengah kerana pada masa ini, program ini hanya terdapat untuk pelajar sekolah rendah. Pengkaji bependapat bahawa program ini akan lebih berkesan bagi pelajar sekolah menengah kerana mereka lebih berupaya untuk melakukan PAK berdasarkan faktor usia dan pengetahuan internet mereka. 12.2.3 Oleh kerana program Zoom-A ini memerlukan kemudahan komputer dan internet, pengkaji mencadangkan agar pihak JKKK menyediakan satu pusat yang ada kemudahan komputer dan internet. Ini kerana, bukan semua ibu bapa mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan terutamanya ibu bapa yang berpendapatan rendah. Usaha ini bersesuaian dengan program Kampung Tanpa Wayar (KTW) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan kampung dan felda. 13
  • 15. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB RUJUKAN Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn. Bhd. Losinin Bin Johalin. 2009. Program Zoom-A: Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Asas Kendiri Pelajar. (atas talian). http://www.scribd.com/doc/36324187/Zoom-A-MeningkatkanKeberkesanan-Pembelajaran-Asas-Kendiri-Pelajar (19 November 2013). Mazlan Junaidi. 2012. Pembelajaran Akses Kendiri. (atas http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/pembelajaran-akses-kendiri.html talian). (19 November 2013). Pembelajaran Interaktif Melalui Internet. (atas talian). http://www.zoom-a.com/ ( 17 November 2013). 14