TUGASAN 3 KPT6044
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

TUGASAN 3 KPT6044

on

  • 455 views

 

Statistics

Views

Total Views
455
Views on SlideShare
452
Embed Views
3

Actions

Likes
0
Downloads
4
Comments
0

1 Embed 3

http://nurulmazni.wordpress.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

TUGASAN 3 KPT6044 TUGASAN 3 KPT6044 Document Transcript

  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB SEMESTER 1 SESI 2013/ 2014 TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN GROUP FACEBOOK: SK TAMAN PALMA KAMUNTING TAIPING PERAK DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH DISEDIAKAN UNTUK: DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR DISEDIAKAN OLEH: NURUL MAZNI BINTI JAMALUDDIN (M20121000486) 0
  • PENGENALAN Pada awal pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya dikatakan adalah sebagai alat yang menghubungkan seseorang dengan individu yang lain. Fungsi laman jaringan sosial ini kemudiannya telah dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri terbaru seperti menyediakan ruangan sembang, membolehkan pengguna mengemaskini status, menghantar mesej dan menghasilkan avatar atau gambar animasi. Menurut Ritcher & Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial adalah untuk mengurus identiti (identity management), mencari pakar (expert finding), menyedari konteks (context awareness), mengurus kenalan (contact management) dan menukar maklumat (exchange). Peningkatan dan penambahbaikan menjadikan laman jaringan sosial semakin popular dalam kalangan pengguna. Facebook mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang pelajar di Universiti Harvard. Pada awal pengenalan Facebook, hanya pelajar Universiti Harvard yang mempunyai e-mel pelajar (edu.email address) sahaja boleh mendaftar sebagai pengguna. Selepas dua minggu pertama diperkenalkan kepada umum, seramai 4300 pelajar mendaftar sebagai pengguna Facebook. Populariti laman web Facebook kemudiannya berkembang ke serata dunia. Kini, jumlah pengguna berdaftar semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai 124 juta orang pengguna berdaftar pada tahun 2008 (Bumgarner, 2007). Peningkatan jumlah pengguna berdaftar ini telah menghasilkan 1.6 bilion akaun dilawati oleh pengguna Facebook setiap hari. 1
  • Facebook juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Satu survey mengenai laman jaringan sosial yang paling popular di Malaysia oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta orang. Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini secara bahawa Facebook merupakan laman sosial tidak langsung menggambarkan yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman sosial ini. Kajian-kajian lepas mendapati tujuan atau motif menggunakan Facebook adalah untuk mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, (Sheldon, 2008) mendedahkan diri, dan mencari maklumat (Ishii, 2008; Sejrup, 2009). Namun, pada masa yang sama terdapat juga golongan yang menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21. PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Facebook merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan guru. Pada masa kini, laman sosial seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah 2
  • cara mengajar dalam usaha mencapai tahap pengajaran yang berkesan. Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam pengajaran mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepada murid-murid. Untuk melakukan pengajaran melalui facebook, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan, guru perlu menambah pelajarpelajarnya sebagai rakan. Seterusnya, barulah guru boleh melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guru boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapan awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini mengukuhkan kefahaman pelajar. Dalam pengajaran guru boleh melakukan aktiviti pelbagai aktiviti seperti menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam pengajaran guru. 3
  • Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni satu dunia pembelajaran yang baharu baginya. Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab olehpelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalansoalan latihan dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing, pastilah pelajar- pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik untuk menjadi yang terbaik. Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja atau jawapan pilihan yang bakaldimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di Facebook. Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar, video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman webyang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan 4
  • cara ini, guru boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkanapa yang terdapat dalam laman tersebut. Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan teman-teman sosial yang lain. ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH & GROUP FACEBOOK Griffiths (1959) dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan bahawa pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner (1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumbersumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Sekolah sebagai institusi pendidikan tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai 5
  • warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individuindividu menikmati kehidupan yang baik. Oleh hal yang demikian, perkembangan Facebook hari ini dengan kewujudan aplikasi „Group Facebook‟ menjadi satu alternatif yang menarik untuk dinikmati oleh organisasi sekolah. Facebook dilihat mampu memberikan kelebihan yang berganda kepada penggunanya sekiranya digunakan secara bijak dan berhemah. Malah, aplikasi ini turut membantu dalam proses pentadbiran dan pengurusan organisasi sekolah secara formal mahupun tidak. Pembudayaan dalam pentadbiran yang sihat mampu merangsang kecekapan dalam pengurusan organisasi yang melibatkan tenaga kerja manusia pelbagai ragam. Faktor kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi ini daripada pengunjung awam juga tidak perlu dipertikaikan apabila privasi Group Facebook ini boleh ditetapkan. Aplikasi iniboleh mengehad kelompok individu yang berkepentingan dalam organisasi sahaja, terlibat dalam ruangannya. Oleh itu, maklumat-maklumat dan sebarang perkongsian dalam organisasi dapat dipelihara daripada penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat gelagat penggunaan Group Facebook: SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan di sekolah. Gelagat yang dirujuk melihat pada penglibatan ahliahlinya, tujuan penggunaan, maklumat yang disampaikan menerusi medium ini dan impak yang terhasil daripada penubuhannya. 6
  • KAEDAH KAJIAN Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian ke atas Group Facebook: SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak yang ahlinya terdiri daripada 258 orang termasuk guru, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah. Namun kajian ini dijalankan ke atas ahli dalam kalangan guru seramai 33 orang. Kajian yang dijalankan melihat kepada gelagat pengguna Group Facebook tersebut sepanjang kewujudannya. HASIL TINJAUAN Menerusi pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan Group Facebook yang telah dibangunkan, mendapati aplikasi ini banyak digunakan untuk tujuan hebahan maklumat kepada semua komuniti sekolah tersebut. Hebahan maklumat yang dilakukan adalah tidak berpusat kepada seseorang, malah semua ahli melibatkan diri secara aktif dalam memaklumkan pelbagai perkara yang telah berlaku dan bakal berlaku di sekolah mahupun diluar sekolah. Hal ini kerana setiap guru dan kakitangan sekolah pastinya memikul tugas rasmi masing-masing samada dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Malah, kakitangan ini juga terlibat dengan pertubuhan komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), dan Kelab Guru & Staf Sokongan (KESUMA). Hebahan maklumat melibatkan perkongsian fail, gambar, video rakaman dan aktiviti yang berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah. Hebahan maklumat di Group Facebook ini dilakukan apabila jarak dan waktu menghalang guru-guru untuk 7
  • bersemuka disekolah. Waktu bekerja rasmi di sekolah adalah sekitar 7.20 pagi sehingga 1.20 petang bagi sesi pagi, manakala 1.10 petang sehingga 6.30 petang bagi sesi petang. Manakala waktu mengajar maksimum setiap guru bersama pelajar adalah selama 4 jam. Waktu yang selebihnya pula, dipenuhi dengan pelbagai tugas di luar bilik darjah seperti hal-hal pengurusan fail PBS, pengurusan kelas, jadual waktu ganti, guru bertugas mingguan, pengurusan unit-unit Kokurikulum, HEM & Kokurikulum, pemeriksaan buku latihan pelajar dan sebagainya. Malah, waktu cuti sekolah yang panjang juga menyukarkan hebahan maklumat secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Group Facebook ini dilihat sangat membantu dalam aktiviti hebahan maklumat penting sekolah. Perkongsian fail melibatkan pelbagai bentuk Microsoft Office seperti Word, Powerpoint dan Excel. Pelbagai dokumen telah dikongsi untuk panduan, rujukan dan tindakan guru-guru di sekolah ini. Antara fail yang telah dimuat turun ke Group Facebook ini ialah perkongsian aktiviti, gambar dan video rakaman. Umum sedia maklum bahawa sekolah pastinya menjalankan pelbagai aktiviti untuk merangsang pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Hari Kecemerlangan, Temasya Sukan Sekolah, Program Motivasi, Sambutan Kemerdekaan, Ceramah Keagamaan, Hari Keluarga dan sebagainya. Group Facebook inijuga dijadikan seperti laporan aktiviti yang berlangsung di samping gambar-gambar sebagai bukti dan kenangan kepada warga kakitangan sekolah. Langkah ini dilihat menjadi rutin kepada setiap ahli apabila apa-apa aktiviti berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah yang melibatkan komuniti sekolah tersebut. Selain menjadi sebagai hebahan maklumat, Group Facebook ini juga menjadi landasan sosial antara kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di situ mahupun berpindah ke sekolah 8
  • lain. Dengan kewujudannya, hubungan silaturahim antara kakitangan tidak terputus walaupun jarak dan tugas telah memisahkan. Malah, hubungan yang erat telah terjalin antara kakitangan sekolah seperti sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain. Keakraban ini memberi impak yang besar pada perjalanan tugas di sekolah apabila situasi ini merangsang produktiviti dan keseronokan dalam memberi perkhidmatan yang efektif. Dengan cara ini juga, bekas kakitangan sekolah tidak terlepas dengan setiap perkara yang berlaku di sekolah. Landasan sosial yang terbina ini turut tidak mengabaikan kebajikan semua kakitangan sekolah ini. Semua perihal mengenai berita gembira dan duka kakitangan sekolah tidak terlepas daripada dipaparkan termasuklah berita kelahiran anak, tahap kesihatan yang tidak memuaskan, berita kematian kakitangan mahupun ahli keluarganya, kemalangan dan sebagainya. Dengan berita-berita sebegini, pastinya kebajikan ahli terjaga dengan menjadikan Group Facebook ini sebagai saluran bantuan, nasihat, berita perkembangan dan ucapan tahniah mahupun takziah. Langkah mudah ini mampu memberi sinar kegembiraan kepada setiap kakitangannya. Justeru, pembinaan Group Facebook ini juga dapat menyokong aktiviti Kelab Guru & Staf sokongan sekolah (KESUMA). 9
  • KESIMPULAN Seiring dengan perubahan teknologi hari ini, corak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi seharusnya berubah ke arah yang lebih maju. Organisasi pendidikan disekolah dilihat tidak ketinggalan dalam mengejar pengaplikasian teknologi hari ini. Komuniti pendidik yang mempunyai literasi komputer dan internet yang tinggi seharusnya tidak menghadapi masalah dalam penggunaan Group Facebook yang diutarakan dalam tinjauan ini. Pelbagai tujuan Group Facebook digunakan oleh kelompok organisasi pendidikan bagi kelancaran pengurusan dan pentadbiran di sekolah melalui hebahan maklumat, perkongsian dokumen, memelihara kebajikan dan bersosial sesama ahli dalam organisasi. Malahan, aplikasi ini dilihat melibatkan peringkat atasan organisasi sehingga peringkat bawahan. Hasil daripadanya, mewujudkan perkhidmatan pengurusan organisasi pendidikan. 10 peningkatan dalam produktiviti
  • RUJUKAN Kementrian Pendidikan Malaysia (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum ICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian). Diperoleh: http://pmr.penerangan.gov.my (20 November 2013). Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh: http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (27 November 2013). Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21 (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (27 November 2013). Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian). Diperoleh: http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 (29 November 2013). SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak. URL: https://www.facebook.com/BimbinganDanKaunselingSkTamanPalmaKamunting Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. URL: https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:NMzoHYDK5qEJ:ilmu.edublogs.org/fil es/2011/11/Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah 11