Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044

1,504 views
1,343 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,504
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
71
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAJUK KAJIAN : FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE (FROG) DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH. PENDAHULUAN Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam Abad ke21,sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Penyediaan sedemikian merupakan keperluan yang wajib ada pada pelajar-pelajar selaras dan sejajar dengan kehendak keperluan tersebut. Bagi merancang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk masa hadapan, mereka perlu merancang dan memikirkan bermula dari sekarang. Untuk memenuhi dan menyahut cabaran tersebut, institusi-institusi berkenaan perlu menukar „paradigmanya‟, dari hanya melahirkan pelajar yang hanya berkemahiran tertentu kepada pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah serta dapat membuat sesuatu keputusan dengan baik dan bernas. Kemahiran sedemikian adalah merupakan proses pembelajaran seumur hidup, yang mana pembelajaran tersebut perlu dipelajari dengan pelbagai kaedah sama ada secara penyertaan atau dengan kaedah pembelajaran tersendiri pelajar-pelajar itu sendiri. Secara tradisi, kaedah pembelajaran rata-rata lebih menjurus antara guru dan pelajar. Kaedah ini amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut, guru menjadi sumber ilmu atau sebagai „input‟ kepada pelajar. Kini, kaedah pembelajaran sedemikian sudah tidak begitu sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukar kepada guru sebagai fasilitator dan pengurus dalam bidang pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Dalam pada itu, sikap pelajar-pelajar itu sendiri perlu juga berubah dari pelajar yang „pasif‟ kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifatsifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan. 1
  2. 2. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Keperluan tersebut bukan sahaja dapat melatih dan membolehkan pelajar-pelajar sentiasa mengambil bahagian dengan cara yang tersendiri, tidak terlalu mengharapkan orang lain, tetapi dapat belajar me lalui pengalaman tersendiri. Berdasarkan fakta tersebut, „Internet‟ adalah merupakan alat yang sangat “sinonim” atau berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle (1992) secara ringkas mendefinasikan bahawa kepandaian dan kemampuan sesorang itu memperolehi maklumat membolehkan ia dapat;  menambah ilmu pengetahuan  mengenal pasti dan mendapat tahu dengan tepat sumber maklumat  mengetahui bagaimana maklumat yang terkandung dalam sumber tersebut diperolehi  menilai kualiti maklumat yang diperolehi  tahu menguruskan maklumat tersebut dan  dapat menggunakan maklumat secara efektif Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Justeru itu, World Wide Web (WWW), mengharapkan Internet supaya sekolah dan institutsi-institusi pengajian dapat memperbanyakkan “LamanWeb”nya. “LamanWeb” sedemikian bukan sahaja boleh berguna untuk pelanggan berinteraksi di antara satu sama lain, tetapi juga berguna untuk dijadikan bahan dalam penyediaan ”hardware” dan “software”. Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang dapat dirangkaikan bersama, dapat menjadi penyumbang dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak hairanlah dengan 2
  3. 3. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS teknologi terkini yang semakin maju, generasi akan datang dan masa kini telah boleh melayari Laman Web berteknologi “3 Demesi”, di mana “sofware” yang dipanggil “Virtual Learning Enviroment (VLE)”digunakan. “Software” ini diambil melalui program yang boleh disambungkan kepada Laman Web ke Layar Utama dari Pengkalan Data (Data Base) dan rangkaian utama – Kementerian Pelajaran Malaysia. Hutchinson (1996) percaya LamanWeb sedemikian boleh menjadikan sesebuah institusi dalam situasi yang sebenar dan dapat memperkenalkan institusi atau sekolah tersebut dalam “Cyberspace” (Duniasiber). Dalam hal yang demikian, sistem persekolahan dan institusi-institusi yang ada di masa kini dan akan datang, semestinya perlu bersungguh-sungguh dalam menjayakan pelumbaan “Dunia Bermaklumat” (Information Age) ini. Ini termasuklah menstrukturkan semula proses pembelajaran dengan melihat kepada penggunaan dalam dunia nyata, menukar peraturan di mana guru atau pengajar yang hanya boleh mengajar subjek-subjek tertentu kepada fasilitator-fasilitator yang aktif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini dan berwawasan. Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap berjaya, ia perlu penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah dikebanyakkan negara-negara membangun di dunia, guru-guru sekolah tersebut lazimnya telah menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai “Alat Bantu Mengajar”. Namun begitu, bagi negara sedang membangun seperti Malaysia tidak juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolahsekolah keseluruh negara beberapa tahun lepas dan dijangka pada tahun 2010 semua sekolah di negara ini akan menerapkan pembelajaran berkonsepkan sekolah “Bistari”, di mana pengajaran dan pembelajarannya berteraskan IT dan ICT. “Menjadikan “Sekolah Bistari” adalah merupakan perancangan yang telah dirancang dalam akandiperkenalkan sistem keseluruh pendidikan negara, 3 negara bukan kita. hanya Sekolah untuk Bistari keperluan
  4. 4. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MultimediaSuper Corridor (MSC) atau Koridor Raya Multimedia, tetapi untuk keperluangenerasi Malaysia akan datang, supaya menjadi lebih kreatif dan inovatifselaras dengan perkembangan teknologi terkini dan mampu mngikutiperkembangan teknologi globalisasi yang semakin pesat” Dato’ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia (MSC, 1997) Di Malaysia, sekolah Bistari tidak hanya dikategorikan sebagai kaedah pengenalan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran teknologi terkini yang dianggap sebagai masih baru, tetapi ianya lebih kepada memperkenalkan bagaimana kaedah dan sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan seoptimum mungkin. Antara matlamat sekolah Bistari juga, ingin menjadikan salah sebuah sekolah sebagai keperluan masyarakat yang boleh menjana minda tenaga kerja masa akan datang, dengan berkonsepkan kaedah pembelajaran terkini yang berdaya saing. PENYATAAN MASALAH Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar biasanya kurang diberi penekanan oleh kebanyakan guru. Secara tradisi, ramai guru yang mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai perbezaan individu dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara belajar, tumpuan dan sebagainya. Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting dalam pengajaran. Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimanapun, sejauh mana guru-guru di sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada tidaklah di ketahui. Menurut Anderson dan Ronald E (1987) dalam Chin Sak Fatt (1993) , kebanyakan guru tidak menggunakan komputer di sekolah mereka. Inilah yang menjadi persoalan dan tanda tanya penyelidik untuk membuat kajian ini. 4
  5. 5. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin mencabar. Golongan guru seolah-olah dituntut untuk menyahut cabaran negara di mana pada bahu merekalah terpikul tanggungjawab untuk melaksanakan dan menjayakan segala rancangan pendidikan negara bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi agar impian negara untuk mencapai Wawasan 2020 menjadi kenyataan. Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal kerap kali diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap „fobia‟ atau takut komputer serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk melihat faktorfaktor yang mungkin mempengaruhi penggunaan komputer khususnya VLE FROG di kalangan guru Sekolah Menengah. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan VLE FROG di kalangan guru sekolah menengah dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan perkhidmatan tersebut. Berikut adalah di antara objektif-objektif khusus kajian ini :1. Mengenalpasti adakah faktor umur mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. 2. Mengenalpasti adakah faktor minat dalam ICT mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. 3. Mengenalpasti adakah faktor kemudahan mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. 5
  6. 6. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS HIPOTESIS KAJIAN H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor umur dengan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor minat dalam ICT dengan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor kemudahan dengan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. KAJIAN LITERATURE Komputer merupakan kemudahan asas yang diperlukan bagi melayari laman web pendidikan. Kini komputer menjadi satu keperluan asas bagi manusia terutamanya terlibat dalam sistem pendidikan. Namun masih ada juga segelintir guru yang mahir komputer tetapi belum bersedia untuk menggunakan komputer. Menurut Jamaluddin Badasah (2003), masih ramai guru yang tidak pernah menggunakan Internet dan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka ketinggalan dari arus perdana pendidikan. Mengikut Crow dan Crow (1980), sikap merupakan faktor yang penting dan akan memberi kemungkinan besar untuk pencapaian yang berjaya atau juga kegagalan dalam hidup. Sikap adalah penggerak penting kepada tingkahlaku dan mempengaruhi semua nilai kemanusiaan. Mengikut Sharifah Alawiyah Al Sagof (1984), dalam kajiannya menyatakan bahawa sikap adalah sebagai satu keadaan di mana seseorang individu mudah dipengaruhi untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu idea atau kejadian. Kajian Marcoulides (1998), menyatakan terdapat dua sikap terhadap komputer iaitu sikap positif dan sikap negatif. Sikap positif ialah sikap yang sukakan komputer, rasa yakin terhadap komputer dan menghargai kegunaan komputer. Juanna Risah Bt. Sa‟ sri, (2003) telah membuat kajian terhadap 160 orang guru daripada tiga buah sekolah menengah yang dipilih mewakili tiga daerah di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. 6
  7. 7. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Dapatan kajian adalah tentang sikap dan kompetensi terhadap penggunaan ICT di kalangan guru sekolah menengah di Melaka. Dalam kajiannya menunjukkan guru mempunyai sikap positif (80%) yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Dalam kajian tersebut juga menunjukkan 55% guru bersetuju mereka berasa seronok menggunakan peralatan baru dalam pengajaran dan 55.6% daripada mereka percaya komputer merupakan sesuatu yang bernilai tinggi yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Penerimaan komputer dalam pendidikan oleh guru merupakan sesuatu yang boleh dianggap perlu dalam pelaksanaan perubahan paradigma pendidikan ini. Kajian Laslie Taib (1997) di Sekolah Teknik, Kota Tinggi, Johor merangkumi 60 orang guru. Keseluruhan guru di tempat kajian tersebut bersikap positif terhadap penggunaan komputer di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan 95% guru merasakan PBK menarik perhatian mereka, 95% guru minat sekiranya diberi peluang berkursus tentang penggunaan komputer dan 86.6% guru merasakan mereka perlu mempunyai komputer peribadi di rumah. Kajian-kajian luar negeri yang melibatkan penggunaan komputer telah banyak dijalankan bagi melihat kepentingannya dalam pendidikan. Kajian- kajian tersebut menunjukkan bahawa komputer dan Internet merupakan satu cara untuk meningkatkan percambahan idea dan juga untuk meningkatkan sumber maklumat (Mitra et. al., 1999). Menurut John (1992), komputer boleh digunakan untuk mengajar semua mata pelajaran dan bukan tertumpu kepada mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja. Dengan ini, terpulang kepada guru itu sendiri sama ada ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran atau tidak. Kajian Jamaluddin Badasah (2003), menyatakan kesediaan dan sikap guru itu adalah penting dan akan mempengaruhi dunia pendidikan kini yang semakin pesat berkembang. Dengan konsep penggunaan pelbagai bahan media melalui Internet merupakan salah satu pendekatan baru yang berkesan untuk proses P&P di dalam kelas. Malah menurutnya, ada pendapat yang menyatakan bahawa perasaan fobia dan malas untuk menyesuaikan diri dengan dunia siber akan mendatangkan kesan negatif kepada dunia pendidikan kerana 7
  8. 8. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Teknologi bergerak terlalu pantas dan jesteru itu beliau berkata guru seharusnya mempunyai pendekatan terbuka dan percaya bahawa ilmu adalah milik sejagat. Menyedari kepentingan hakikat ini, maka kerajaan Malaysia telah meletakkan matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia mencapai taraf sebagai sekolah Bestari (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997). Sekolah Bestari ini akan berteraskan kapada penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan. Ini merupakan satu perubahan yang besar terhadap sistem pendidikan negara dan ini selaras dengan hasrat negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara membangun menjelang tahun 2020. Implikasi daripada hasrat negara, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan swasta banyak memberikan perkhidmatan ke arah menjayakannya.Usaha mempertingkatkan penguasaan kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan sebagai bukti bahawa penggunaan komputer amatlah penting dan banyak memberikan manfaat kepada manusia.Dalam bidang pendidikan pula khususnya di sekolah, ternyata Teknologi Komputer dapat memberikan banyak faedah. Manfaat penggunaan komputer dapat dilaksanakan dalam 3 aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan juga memudahkan pengurusan maklumat di kalangan guru-guru di sekolah (Fiskie, 1991). Ketiga-tiga aspek ini jika diaplikasikan bersama boleh menghasilkan suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap dan teratur (Fiske 1991). 8
  9. 9. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan termasuk menguji hipotesis. Secara ringkasnya, metodologi adalah kaedah sesuatu kajian itu dijalankan. Setiap kajian memerlukan maklumat daripada dapatan kajian yang dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kajian dan penyelidikan dapat dilakukan ke atas sampel dalam populasi tertentu dalam bentuk soal selidik, temuduga dan sebagainya. Setiap kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada responden sudah semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara aspek yang perlu diambilkira merangkumi kaedah dan reka bentuk penyelidikan, instrumen penyelidikan, sampel dan populasi, teknik pengolahan dan analisis data yang tepat agar kajian yang dihasilkan bermutu dan berkualiti. Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrumen kajian, populasi dan sampel, dan kajian rintis. RekaBentuk Kajian Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kaedah kuantitatif jenis tinjauan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kg. Pasir Puteh, Ipoh Perak. Menurut Mohd. Majid Konting (2000), kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubahpembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Menurut Azam (2000), kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapat maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian tingkah laku mereka. Dalam tinjauan ini, data-data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh penyelidik sendiri di tempat kajian. Penggunaan soal selidik digunakan kerana dapat menghasilkan itemitem yang konsisten serta boleh dipercayai. 9
  10. 10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Instrumen Kajian Instrumen kajian ini merupakan satu borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B dalam Bahasa Melayu. Data bagi kajian ini diperolehi daripada soalan yang disediakan dalam borang tersebut. Penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana kaedah ini lebih sesuai dan lazimnya dianggap popular serta menepati kehendak kaedah dalam penyelidikan. Hal ini kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Selain dari itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana. Penyelidik mengagih dan mengumpul borang soal selidik kepada responden sendiri kerana sampel yang digunakan terdiri daripada rakan sekerja. Rasional penyelidik menggunakan instrumen soal selidik dalam penyelidikan ini adalah kerana kaedah temubual tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana penyelidik menggunakan populasi sampel yang ramai iaitu, sebanyak 100 orang responden. Dalam kajian ini, diharap penyelidik dapat maklumat daripada data-data yang dikumpul, bagi menyokong atau menolak penyelidikan tersebut, khususnya dalam menentukan faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE (Frog) dalam kalangan guru-guru di Sekolah Menengah Kg Pasir Puteh, Ipoh. Soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat peribadi atau latar belakang responden manakala. bahagian B digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE (FROG) dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kg Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Taburan item bagi setiap konstruk mengikut bahagian telah diringkaskan dalam Jadual 1 seperti berikut : 10
  11. 11. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Jadual 1: Pecahan Item Soal Selidik BAHAGIAN ITEM A (Latar Belakang Responden) 5 B (Faktor yang Mempengaruhi Pengunaan VLE Frog) a) b) c) Pengetahuan Minat Kemudahan 1- 5 1 – 10 1 - 15 Penyelidik menggunakan 5 skala likert bagi meminta responden untuk menjawab soal selidik bagi kajian ini. Mengikut soalan skala responden akan memberi maklum balas dan menunjukkan darjah bersetuju ataupun tidak bersetuju. Lima skala likert yang digunakan dalam kajian terdiri daripada: 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju Penyelidik tidak menggunakan skala lebih daripada 5 kerana pilihan yang terlalu banyak akan mengelirukan responden dalam membuat pilihan yang tepat. 11
  12. 12. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Responden akan sukar membezakan pilihan jawapan yang diberikan apabila banyak pilihan yang disediakan. Populasi dan Sampel Kajian Beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang memenuhi spesifikasi. Dalam pensampelan penyelidik mengenal pasti dan mendefinasikan populasi yang disampel secara spesifik terlebih dahulu. Hal ini kerana, penyelidik mungkin tidak mempunyai masa atau kos bagi mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi. Maka, penyelidik perlu memilih populasi yang benar-benar mewakili sampel. Misalnya, dalam kajian ini penyelidik memilih 92 orang guru daripada 120 orang guru yang berkhidmat di sekolah yang menjadi tempat kajian dijalankan. Jumlah guru di sekolah tersebut adalah seramai 120 orang. Rasional penyelidik meilih sampel seramai 92 orang adalah berdasarkan Jadual Krejcie, R. V and Morgan D. W. Menurut Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970), bilangan sampel yang perlu diambil bagi populasi N=120 adalah bersamaan dengan 92 orang. Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W di bawah menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi. (Krejcie, R. V and Morgan D.W. Determining sampel size For Research Education and Psychological Measurement, 1970, 30,607=610.) N S 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80 10 14 19 24 28 32 36 40 44 48 52 56 59 63 66 12
  13. 13. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 85 90 95 100 110 120 130 70 73 76 80 86 92 97 Nota: N ialah saiz populasi, S ialah saiz sampel. Dengan itu, penyelidik telah memilih seramai 92 orang guru sebagai sampel kajian daripada populasi yang diambil. Ini bermakna sejumlah guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah tersebut. Persampelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Ia merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan menggambarkan keseluruhan populasi. Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data. Bagi tujuan kajian ini sampel dipilih daripada kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah SKM Kg Pasir Puteh, Ipoh, Perak.. Mereka terdiri dari berbagai bidang seperti sains tulen, sains kemanusian, teknik dan vokasional dan sebagainya. Keseluruhan sampel yang dipilih bagi kajian ini ialah 92 orang guru sahaja. Kajian ini akan dijalankan ke atas 92 orang guru Sekolah Menengah Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada sampel kajian untuk diisi dan akan dikumpul semula selepas 3 hari. Rasional penyelidik menjadikan 92 orang guru sebagai sampel adalah kerana penyelidik dapat membuat penapisan sebelum data-data yang dikumpul itu dibuat analisa. Hal ini kerana, penyelidik tidak perlu risau jika ada dalam kalangan responden yang dianggap tidak releven dan memberikan jawapan yang tidak sahih, penyelidik dapat membuat tapisan kerana masih mempunyai banyak sampel. Jika sampel yang dipilih sangat sedikit dan wujud keadaan yang memaksa penyelidik membuat tapisan, penyelidik akan mengalami masalah ketidakcukupan sampel dan hal ini akan mengakibatkan keputusan data kajian diragui. 13
  14. 14. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang akan digunakan sebagai alat kajian ini. Apabila masa kajian melalui tahap perancangan dan sampai ke tahap soal selidik dibina. Banyak usaha dan wang dilaburkan. Kajian rintis soal selidik pada tahap ini adalah berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang lain yang masih wujud dalam soal selidik. Soalan-soalan kajian ini adalah berlandaskan kepada contoh-contoh soal selidik terdahulu yang pernah digunakan bagi tujuan kajian yang hampir sama. Sebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di Sekolah Menengah Tronoh, Perak yang bukan sebagai sampel dalam kajian penyelidik. Ini bertepatan dengan kenyataan daripada Mohamad Najid (1999) yang berpendapat saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai antara enam hingga sembilan orang untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan. Para responden adalah terdiri daripada kalangan guru yang meliputi pelbagai bidang pengajaran dan pemilihan telah dilakukan secara rawak mudah. PERBINCANGAN Secara keseluruhannya guru didapati mempunyai pengetahuan dalam kemahiran asas ICT pada tahap tinggi.Pengoperasian asas komputer serta penggunaanpemprosesan perkataandidapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji.Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoritiguru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka 14
  15. 15. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS sangat mahir menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada,dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaranseperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran. Majoriti guru-guru bersetuju dengan penggunaan frog vle kerana bagai mereka ia merupakan perubahan terkini dalam system pendidikan. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Ini bermasud mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi.Namun, masih terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini.Keadaan ini adalah satu kerugian kepada guru tersebutkeranasemua aplikasi ini dapat membantu guru menjadikan pengajaran Penggunaanaplikasi mereka hamparan bertambah elektronik menarik sememangnya dan berkesan. memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002;Drier, 2001). Aplikasi frog vle bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai pendidikanyang positif seperti kreatifdan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama antarasatu sama lain,disamping meningkatkan kemahiran koloberasi dengan rakan.Atas kesedaran dan minat mereka menjadikan aplikasi frog vle ini berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah. Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan dengan enggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003)yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi 15
  16. 16. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Internet.Ini berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi berperantara komputer sudah semakin menjadi kelazimankepada sebahagian besar guru terutamanya golongan muda.Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang videodan chat. Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana pada masa ini terdapat semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan telesidang secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta latihan berkaitan penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti JabatanPelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah. Faktor latihan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran dalam kalangan guru(Rosnaini & Mohd Arif, 2010;Norizan,2003;Wong,2002). Agak berbeza dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004)pengintegrasian ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi frog vle untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad lalu.Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. KESIMPULAN Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaanproses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap.Guru yang menguasai kemahiran ICT dan aplikasi frog vle dijangka akan dapat memaksimakan kelebihan yang ada pada teknologi untukmenjadikan pengajaran lebih menarik, interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar semua guru mempunyai kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikankejayaan pelaksanaan program teknologi di sekolah. 16
  17. 17. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Borang soal selidik Bahagian A: Latarbelakang Demografik 1. Namasekolah :………………………………………………………………… 2. Jantina Lelaki Perempuan 3. Umur Kurang daripada 30 tahun 30 – 39 tahun 40 – 49 tahun Lebih daripada 49 tahun 4. Pengalaman mengajar Kurang daripada 1 tahun 1 – 5 tahun 6 – 10 tahun 11 – 15 tahun 16 – 20 tahun Lebih daripada 20 tahun 5. Kelulusan Akademik Tertinggi Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Ph.D 17
  18. 18. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Bahagian B : Soalan - soalan di bawah ini memerlukan persetujuan anda mengenai Pem penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah . Sila bulatkan respon anda mengikut kepentingan berikut: Sangat tidak setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak pasti Setuju 3 Sangat Setuju 4 5 i.Pengetahuan mengenai VLE Frog 1 Saya mengetahui apa itu VLE Frog melalui internet. 1 2 3 4 5 2 Saya mempunyai akaun VLE Frog di sekolah. 1 2 3 4 5 3 Saya ingat kata laluan VLE Frog yang diberikan oleh sekolah. 1 2 3 4 5 4 Saya pernah menggunakan VLE Frog di universiti. 1 2 3 4 5 5 Saya faham dan cara penggunaan VLE Frog. 1 2 3 4 5 ii.Minat dalam penggunaan VLE Frog 1 Saya menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 2 Saya yakin menggunakan VLE Frog untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah. 1 2 3 4 5 3 Saya pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah dengan menggunakan VLE Frog. 1 2 3 4 5 4 Saya boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan VLE Frog. 1 2 3 4 5 5 Saya yakin menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 6 Saya yakin menggunakan VLE Frog dari rumah. 1 2 3 4 5 7 Saya pasti menggunakan VLE Frog setiap hari di 1 sekolah. Saya kurang yakin menggunakan VLE Frog semasa pengajaran 1 dan pembelajaran. 2 3 4 5 2 3 4 5 8 18
  19. 19. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 9 Saya kurang pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah dengan Frog. 10 1 2 3 4 5 Saya percaya bahawa sistem ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran . iii.Kemudahan menggunakan VLE Frog 1 Saya menggunakan komputer peribadi di rumah. 1 2 3 4 5 2 Saya ada kemudahan internet di rumah. 1 2 3 4 5 3 Saya memberi nota dari rumah melalui VLE Frog. 1 2 3 4 5 4 Saya memberi latihan melalui VLE Frog semasa tiada di sekolah. 1 2 3 4 5 5 Saya mudah menggunakan VLE Frog semasa pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 6 Saya senang membuat pengumuman sekolah melalui Frog 1 2 3 4 5 7 Sekolah mempunyai talian internet. 1 2 3 4 5 8 Sekolah mempunyai talian internet di setiap kelas 1 2 3 4 5 9 Sekolah mempunyai talian internet yang pantas. 1 2 3 4 5 10 Sekolah mempunyai komputer yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran . 1 2 3 4 5 11 Sekolah mempunyai sistem Frog yang stabil. 1 2 3 4 5 12 Sekolah mendapat khidmat bantu dari Frog yang memuaskan. 1 2 3 4 5 13 Sekolah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk VLE Frog. 1 2 3 4 5 14 Sekolah mengadakan bengkel VLE Frog untuk murid-murid. 1 2 3 4 5 15 Sekolah telah memberikan password Frog kepada setiap murid. 1 2 3 4 5 Terima kasih . 19
  20. 20. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS RUJUKAN Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di kalangan Guru-guru sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM. Akker, JV.D., Paul K. (1992) The Integration of Computer Use in Education. International Journal of Educatiopn Research, vol.17,pg. 65. Azizi Yahya et.al (2007) Menguasai Peyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Pub. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Azwan & Rozita (2002).Literasi komputer maklumat & komunikasi (TMK) guru-guru Sekolah Menengah: Satu kajian berbentuk “hand on. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17 yang diadakan pada 17-20 September, Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pp. 206-216. Bakhtiar Mansur (1995), Membina “Empowerment” Pengupayaan dalam pengurusan Pendidikan. Seminar, Pengurusan Pendidikan, IAB. Badrul Hisham Haji Alang (1998).Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PBPK) di Sekolah Menengah http:// motivasiutusan. 4mg.com/kerja 1.html.. Becker, H.J. (1991) How Computer Are used in United States School. Computer in Education Survey Journal Research, Vol 7(4) pg. 385. Ely, D.P (1993) Computer in Schools and Universities in the United States of America. Educational Technology, Vol.33(9), pg 53. Hamzah Hussain (1995). Latihan dalam Perkhidmatan : Satu Kajian mengenai Persepsi, Keberkesanan dan Keperluan Guru di Pahang. Tesis Sarjana UUM. Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jilid (13) 8291. 20

×