HARTA DALAM ISLAM

16,831 views
16,311 views

Published on

Published in: Economy & Finance
3 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
16,831
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
408
Comments
3
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

HARTA DALAM ISLAM

  1. 1. 1 1.0 DEFINISI HARTA MENURUT ISLAM 1 Dalam Islam, mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah. Ia merupakan keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunkan harta dengan baik dan bijaksana. Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya. Di samping2 mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan mempunyai arah tuju yang jelas. Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni selain menyeru agar menjadikan kehidupan dapat memberi menfaat kepada orang lain. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat ” 1 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam 2 Sholahuddin, Asas-Asas Ekonomi Islam, Jakarta:PT. Raja Grafindo Persada, 2007.
  2. 2. 2 3 Menurut Imam Hanafi, harta ialah sesuatu yang diingini manusia dan boleh disimpan lama. Manakala menurut Imam Syafi‟I dan Imam Hanbali, harta merupakan sesuatu benda yang dianggap harta jika ada nilai komersial padanya sama ada ia dalam bentuk barang atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya ia dicerobohi. 4 Dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar manusia supaya mempuyai status sosial dan ekonomi yang baik. 3 http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb uat_perancangan_harta.pdf 4 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam/
  3. 3. 3 2.0 CIRI-CIRI HARTA MENURUT ISLAM 5 Melalui takrifan oleh Imam Hanafi, Imam Syafi‟i dan Imam Hanbali, untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta, ianya memerlukan beberapa ciri seperti mempunyai nilai sama ada bentuk fizikal atau manfaat. Selain itu, ia hendaklah sesuatu yang halal dan tidak najis menurut syarak serta ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki. Jika sesuatu itu tidak boleh dimiliki dan dikuasai seperti ikan yang masih di laut dan burung di udara, maka ia tidak lagi dianggap sebagai harta. Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh manfaatkan secara langsung seperti tanah, bangunan, rumah dan kereta. Harta juga merupakan sesuatu yang belum kita miliki tetapi berkemungkinan untuk memilikinya seperti ikan di sungai dan laut, mutiara di lautan, during di udara dan haiwan di dalam hutan. Harta itu mesti mempunyai benda yang wujud. Selain itu, harta itu dapat dijadikan sebagai harta, dapat disimpan untuk waktu yang tertentu atau waktu yang lama dan boleh digunakan di waktu memerlukan, an boleh digunakan oeh sebhagian atau masyarakat umum. Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan syarak. Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi Islam dalam Islam. Harta ialah sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dimanfaatkan seperti cahaya matahari tidak dianggap harta. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta. 5 http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb uat_perancangan_harta.pdf
  4. 4. 4 3.0 KONSEP HARTA MENURUT PANDANGAN ISLAM 6 Wang, harta kekayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar mencari dan mengumpul harta dari sumber yang halal memandangkan dunia ia adalah kebun bagi menuai hasil untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat. Firman Allah yang bermaksud: “Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.” ( Surah Al-Ankabut : 17 ) Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara‟ akan membawa keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat. “Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.” ( Surah al-Qashah : 77 ) Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan amanah yang mesti diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketentuan syara‟. Pemilik hakiki harta dan kekayaan adalah Allah swt. Harta yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber, perbelanjaan serta penggunaannya. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : 6 http://pislampsas.blogspot.com/2009/01/konsep-harta-dalam-islam.html
  5. 5. 5 “ Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat adalah harta kekayaan.” ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi ) 7 Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititikberatkan dalam Islam. Ia haruslah berasal dari sumber yang halal, sama ada harta itu merupakan pendapatan, simpanan mahu pun warisan. Segala sumber rezeki yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan segala pemberian Allah kepada manusia adalah haram. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkanya masuk neraka.” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ) Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang umatnya dari melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana merupakan sesuatu yang ideal dalam Islam. Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan dibenarkan oleh syara‟. Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh memudaratkan orang lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud memudartkan ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun daripada hartanaya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara‟. Firman Allah s.w.t. dalam bermaksud: 7 http://duniamuslim.my/konsep-harta-menurut-islam/
  6. 6. 6 “Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan” ( Surah Al-Israa : 27 ) Harta adalah milik Allah. Implikasi daripada harta milik Allah ialah manusia tidak boleh memiliki harta secara mutlak. Pemerintah dibolehkan untuk membuat peraturan berhubung dengan penggunaan harta serta berhak menarik balik harta individu jika mempunyai kepentingan untuk masyarakat dan orang ramai selain mengehadkan hak milik individu demi kepentingan masyarakat. 8 Manusia hanya berperanan sebagai pemegang amanah. Mereka tidak boleh mengganggu hak milik orang lain. Jika diberi keizinan oleh yang berhak, mereka juga tidak boleh untuk bertindak mengambil kesempatan ke atas yang berhak tersebut. Manusia juga mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperoleh dan dibelanjakan. Manusia menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak. Selain itu, harta adalah sebagai ujian daripada Allah kepada manusia dan manusia bertanggungjawab untuk menggunakan harta ke jalan Allah. Semua kekayaan yang ada dimuka bumi adalah untuk manusia bagi menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Kita harus ingat akan peringatan dari Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi ini adalah akibat tangan manusia yang sering menggunakan harta mereka ke jalan yang tidak diredhai Allah. Harta yang diberikan kepada manusia tidak sama bilangannya antara satu dengan yang lain. Ini bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya selain menyuruh untuk manusia supaya lebih kuat berusaha. Manusia juga perlu mengakui inilah realiti kehidupan di mana masing-masing saling perlu memerlukan dalam menjalani kehidupan di dunia untuk 8 Majalah Pengasuh KONSEP HARTA MENURUT ISLAM oleh Al-Faqir Ilallah, Mohd. Rumaizuddin Ghazali
  7. 7. 7 mencari redha Allah di akhirat kelak. Ini akan mewujudkan budaya saling membantu dan tolong menolong. Manakala syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri daripada orang kaya. Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidakcukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri, sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alasan.
  8. 8. 8 4.0 JENIS-JENIS HARTA DALAM ISLAM 4.1 HARTA MUTAQAWWAM DAN GHAIR MUTAQAYYAM Harta Mutaqawwam ialah harta bernilai manakala Harta Ghair Mutaqawwam ialah harta tidak bernilai atau juga digolong sebagai harta halal dan harta haram. 9 Harta yang bernilai iaitu harta mutaqawwam ialah harta yang diiktiraf pemilikannya oleh syarak. Namun pengiktirafan ini hanya akan wujud sekiranya harta tersebut melepasi dua syarat asasnya iaitu harta tersenut dimiliki oleh pemiliknya secara sah dan harta tersebut juga boleh dimanfaatkan dalam keadaan biasa menurut hokum syarak kecuali dalam keadaan darurat. Harta tidak bernilai atau harta ghair mutaqawwam pula ialah harta yang tidak diikitiraf pemilikannya oleh syarak. Harta tersebut juga belum dimiliki sepenuhnya seperti burung di udara atau penggunaannya tidak dibenarkan oleh syarak dalam keadaan biasa seperti arak, barangan curi dan daging babi. Impak kepada pembahagian ini ialah dalam masalah kontrak jual beli dari sudut sah atau tidak, harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat kontrak contohnya babi, arak dan biawak. Manakala daripada segi ganti rugi, jika berlaku kerosakan, semua harta yang tidak bernilai adalah tidak diikitiraf pemilikannya. Oleh itu, sesiapa yang merosakkan harta ini tidak perlu untuk membayar pampasan. 9 Wahbah al-Zuhaili (1984) Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr
  9. 9. 9 4.2 HARTA MITHLY DAN HARTA QIMMI 10 Harta mithly ialah harta serupa dan harta qimmiy adalah harta seharga. Harta mithly atau serupa ialah harga yang mudah untuk didapati seumpamanya di pasaran dan tidak ada sebarnag perbezaan padanya yang boleh dikesan. Dengan kata lain, harta mithly ialah harta yang mempunyai persamaan dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. Harta ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu barang yang disukat seperti gandum dan padi, barang yang ditimbang seperti kapas dan besi, barang dikira yang mempunyai bentuk sama seperti telur dan kelapa dan terakhir ialah barang yang diukur mengikut meter, ela, depa dan lain-lain ukuran. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak. Manakala harta qimmi atau harta serupa ialah harta yang mempunyai ciri-ciri khusus yang menjadi penentu kepada nilai harganya sama ada terdiri daripada barang yang sukar untuk didapati di pasaran atau terdapat di pasaran tetapi harganya adalah berbeza. Atau dengan kata lain, harta qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika terdapat persamaan, ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara dan tidak boleh diterima oleh semua pihak. 11 Impak pembahagian bagi harta mithly ialah jika merosakkan harta ini maka perlu membayar ganti rugi iaitu dengan yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan dari segi nilai dan barangnya. Manakala jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesame mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas hata mithly sahaja. Bagi harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan daripada ahli syarikat. Jika harta qimmi dirosakkan, cukup sekadar membayarnya dengan kadar harga yang sama dengan barang yang telah dirosakkan tersebut. 10 Paizah Ismail (1995) Asas-Asas Muamalat dalam Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 11 Munir, Abdul, Harta Dalam Perspektif Al Quran, Disertasi UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, 2006
  10. 10. 10 4.3. HARTA MANQUL DAN HARTA GHAIR MANQUL Harta manqul ialah harta alih iaitu sesuatu yang boelh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya ialah buku dan wang. Harta ini juga ialah barang yang boleh ditentukan kadarnya dengan sukatan seperti gandum dan padi serta yang boleh ditimbang iaitu kapas dan besi. Manakala harta ghair manqul atau a‟qar atau juga harta tak alih ialah harta yang mempunyai harga tetap dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. Jika dialih, ia akan merosakkan contohnya ialah bangunan dan tanah. 12 Dalam kesan pembahagiannya, seperti masalah wakaf, para fuqaha bersepakat, boleh mewakafkan harta tak alih. Manakala dalam pewasiatan, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak boleh dapat dielakkan seperti untuk tujuan membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Sebaliknya, harta alih boleh dijual pada bila-bila masa. Dalam hukum Islam, sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih tetapi bagi harta alih maka ia dianggap tidak sah kecuali melalui tempahan atau hutang. Selain itu, seorang yang muglis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun, lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih. Sekiranya tidak cukup, barulah boleh dilelong harta tak alih. Manakala dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah manakala harta harta alih tidak boleh disyufah. 12 Abdul Karim Zaidan (2003) al-Madkhal li Dirasah al-Syari‟ah al-Islamiyyah, Beirut : Muassasah al-Risalah
  11. 11. 11 4.4 HARTA ISTIKMALI DAN HARTA ISTIKHLAKI 13 Harta istikmali ialah harta yang diguna berkali-kali dan yang kekal zatnya selepas digunakan seperti pakaian, kereta dan barang perhiasan. Manakala harta istikhlaki ialah harta yang habis dipakai apabila digunakan seperti minyak, makanan dan minuman. 4.5 HARTA YANG BOLEH DITENTUKAN KADARNYA DAN HARTA YANG TIDAK BOLEH DITENTUKAN KADARNYA Harta yang boleh ditentukan kadarnya ialah seperti buku dan wang iaitu harta yang boleh ditentukan dengan bilanga dan ukuran. Manakala harta yang tidak boleh ditentukan kadarnya ialah harta yang ditentukan dengan sukatan dan timbangan bergantung kepada penerimaan masyarakat atau disebut sebagai uruf seperti di Baghdad dan Khufah, minyak dan madu ditimbang manakala di Andalusia disukat. Contoh bagi harta yang tidak boleh ditentukan kadarnya ialah beras, gula dan tepung. 4.6 HARTA DALAM BENTUK BARANG DAN MANFAAT Harta dalam bentuk barang juga disebut sebagai „ain harta atau fizikal harta. Ini bermaksud, Sesutu yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa seperti rumah dan kereta. Manakala harta dalam bentuk manfaat ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat, dipegang juga dirasa seperti hak menggunakan rumah dan kereta yang bermaksud hanya mendapat manfaat daripada harta tersebut iaitu hak untuk menduduki rumah tersebut bagi rumah yang disewa manakala barang tersebut merupakan milik atau barang pemilik sebenar rumah sewa tersebut. 13 http://caripopo.com/ipk211b02.html
  12. 12. 12 5.0 KEPENTINGAN HARTA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 14 Dalam kehidupan individu, harta adalah sebagai wasilah bagi memenuhi keperluan yang dihajati. Sementara bagi masyarakat dan negara, harta sebagai wasilah atau pemangkin pembangunan dan sumber kekuatan. Islam yang memperakui penguasaan harta ke atas diri manusia, pengaruhnya dalam kehidupan dan disanubari mereka, kerana ia merupakan tenaga yang bekerja dalam kehidupan. Harta dilihat sebagai paksi aktiviti ekonomi dalam masyarakat. Islam sebagai ad-din telah pun mengatur dalam sistem ekonominya cara-cara pemilikan harta serta kaedah membangun dan mengembangkannya. 15 Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kebahagiaan insan di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan sumbangan kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya ialah dengan membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan ibadat atau untuk kemudahan beribadat. Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti ibadat zakat dan haji. Kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan tanpa harta. Contoh kemudahan untuk beribadat pula ialah pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan. Perkara tersebut dianggap sebahagian daripada ibadat kerana tanpanya ibadat tidak dapat dilaksanakan. Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan oleh syarak seperti sedekah dan derma. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang bersifat kebajikan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Sebagai khalifah di muka bumi ini juga, kita telah diamanahkan oleh Allah untuk mencari dan mengembangkan harta untuk kehidupan yang sempurna. 14 Harta intelektual menurut fiqh Islam : Ariff Salleh Rosman, Penerbit UTM, 2002 15 At-Thariqi, Abdullah Abdul Husain, Ekonomi Islam, Prinsip Dasar dan Tujuan, Magistra Insani Press,
  13. 13. 13 6.0 KESIMPULAN Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah. Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harus ditadbir menurut ketentuanNya.

×