TUGASAN 1 (KPT6044/6043)

  • 185 views
Uploaded on

TUGASAN 1 bagi kursus KPT6044/6043: ringkasan jurnal yang ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik

TUGASAN 1 bagi kursus KPT6044/6043: ringkasan jurnal yang ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
185
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
5
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. NURUL HUDA BINTI FADZIL M20121000158 KPT 6044/6043PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 : ANALISIS JURNALKESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK(AWARENESS, EVALUATION AND ACCEPTANCE OF E-LEARNING AMONG THE UNIVERSITY’S ACADEMIC STAFF) NAMA : NURUL HUDA BINTI FADZIL NO.MATRIK : M20121000158 SEMESTER : SEMESTER 1 2012/2013 KUMPULAN :A NAMA PENSYARAH: DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR
  • 2. NURUL HUDA BINTI FADZIL M20121000158BIL. BUTIRAN MUKA SURAT1. 1.0 PERSOALAN 12. 2.0 KAEDAH KAJIAN 13. 3.0 DAPATAN KAJIAN 2-3 3.1 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Responden 3.2 Tahap Kefahaman Responden Terhadap Konsep e- Pembelajaran di USM 3.3 Tahap Kefahaman Responden Mengenai Tanggungjawab sebagai Ahli Akademik yang perlu Melaksanakan e- Pembelajaran di USM 3.3.1 Tahap Kefahaman Responden 3.3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan e-Pembelajaran4. BIBLIOGRAFI 4
  • 3. NURUL HUDA BINTI FADZIL M201210001581.0 PERSOALAN Secara umum, kajian ini yang digunakan dalam melihat amalan e-pembelajaran yang digunakan dalam kalangan ahli akademik USM. Berikut merupakan persoalan kajian jurnal ini: 1.1 Adakah wujud kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran? 1.2 Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik? 1.3 Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran?2.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kajian tinjauan. Kajian ini turut menggunakan kaedah non- probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif, yang bertujuan untuk memberi gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajian terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian. Sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang
  • 4. NURUL HUDA BINTI FADZIL M20121000158 diperoleh ditukar kepada pemboleh ubah seperti yang terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. 13.0 DAPATAN KAJIAN3.1 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Responden Sebanyak 19 soalan telah diajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap pelaksanaan e- pembelajaran mempunyai hubungan yang berkait rapat. Manakala kesediaan pembelajaran arahan kendiri berada tahap sederhana.3.2 Tahap Kefahaman Responden Terhadap Konsep e-Pembelajaran di USM Tahap kefahaman responden tentang konsep e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar, salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT, memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan internet atau rangkaian internet serta membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah. Kaedah pembelajaran melalui e-pembelajaran juga membolehkan pendidikan disampaikan kepada lebih ramai pelajar tanpa batasan jarak dan pembelajaran yang berterusan.3.3 Tahap Kefahaman Responden Mengenai Tanggungjawab sebagai Ahli Akademik yang perlu Melaksanakan e-Pembelajaran di USM Dapatan kajian tahap kefahaman responden mengenai tanggungjawab mereka sebagai ahli akademik yang perlu melaksanakan e-pembelajaran di USM. Secara umum,
  • 5. NURUL HUDA BINTI FADZIL M20121000158 kebanyakan responden bersetuju dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan.3.3.1 Tahap Kefahaman Responden Berdasarkan dapatan yang diperoleh tentang tahap kefahaman responden terhadap e- pembelajaran, majoriti bersetuju dengan penyataan-penyataan yang dikemukakan oleh pengkaji. Selain itu, nilai-nilai min yang diperoleh juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap e- pembelajaran yang dilaksanakan di USM. 23.3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan e-Pembelajaran Taburan responden terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi ahli akademik di USM untuk melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan didapati responden bersetuju bahawa 12 faktor yang dikemukakan mempengaruhi mereka untuk melaksanakan e- pembelajaran.
  • 6. NURUL HUDA BINTI FADZIL M20121000158 3BibliografiRubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e- Pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik. Diperoleh pada Oktober 4, 2012 daripada http://journalarticle.ukm.my/215/1/1.pdf
  • 7. NURUL HUDA BINTI FADZIL M201210001584