Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Akta Orang-Orang Papa
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Akta Orang-Orang Papa

  • 766 views
Published

 

Published in Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
766
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
16
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183] Nama ahli kumpulan :  Nurul Atirah bt Abd Rahim 110441 STU 339 UNDANG-UNDANG UNTUK PEKERJA SOSIAL
  • 2. Orang papa terdiri daripada pengemis dan kutu rayau dilihat sebagai salah satu masalah sosial yang semakin meningkat pada masa kini. Kefungsian sosial orang-orang papa perlu dipertingkatkan agar mereka mampu berfungsi dengan baik dalam masyarakat. Oleh itu, Kerja Sosial sangat berkait rapat dengan Akta Orang-Orang Papa kerana pekerja sosial mampu bertindak sebagai pemangkin kepada kefungsian sosial orang-orang papa. Pengenalan……
  • 3. orang papa seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi tempat itu tau hingga menimbulkan kacau ganggu. seseorang peleseran yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak mengemis , yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
  • 4.  apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong kepada pemberian sedekah, sama ada terdapat atau tidak terdapat apa-apa perbuatan berpura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan dan sebagainya. Mengemis
  • 5. AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 (AKTA 183) TUJUAN: Akta orang-orang papa 1977 diwujudkan bagi mengurangkan kejadian-kejadian seperti mengemis, kutu rayau dan sebagainya  Menjaga dan memulihkan orang papa dan mengawal kutu rayau.  Terdapat 16 peruntukan di dalam Akta 183.
  • 6. Seksyen 1 – Tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Seksyen 2 – Tafsiran Seksyen 3 – Kuasa bagi mengehendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan Seksyen 4 – Masuk secara sukarela ke Rumah Kebajikan Seksyen 5 – Menteri boleh menubuhkan Rumah Kebajikan Seksyen 6 – Lembaga Pelawat SEKSYEN-SEKSYEN
  • 7. Seksyen 7 – Kaedah-kaedah bagi mengurus Rumah Kebajikan Seksyen 8 – Dilepaskan dari Rumah Kebajikan Seksyen 9 – Orang yang tinggal di Rumah Kebajikan boleh dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai.  Seksyen 10 – Orang yang tinggal di Rumah Kebajikan boleh dihantar ke hospital Seksyen 11 – Penalti Seksyen 12 – Menangkap orang papa yang lari Seksyen 13 – Memendekkan tempoh tinggal  Seksyen 14 – Pemansuhan Seksyen 15 – Peruntukan peralihan Seksyen 16 – Penyeliaan setelah dilepaskan
  • 8. Seksyen 2 Orang papa bermaksud:- Orang yang mengemis di tempat awam dan mungkin menyebabkan kebimbangan terhadap orang lain yang mengunjungi tempat awam tersebut atau menimbulkan kekacauan; atau Pelesir (kutu rayau), sama ada mengemis atau tidak, tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan. Contoh: Orang yang tidak mempunyai hala tujuan.
  • 9. Kuasa bagi mengehendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan: Secara amnya, seksyen ini memperuntukkan mengenai:  Pegawai berkuasa tempatan yang boleh bertindak apabila menerima kuasa yang diberikan  sewajarnya secara bertulis oleh PBT  dan bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah  JKMM; atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat, untuk menyelamatkan orang papa dan mengemukakan ke hadapan Majistret dalam tempoh 24 jam. Seksyen 3 –
  • 10.  Jika orang papa tidak mahu diambil atau memberikan tentangan, boleh meminta pertolongan daripada pegawai polis. Pegawai polis wajib untuk membantu pegawai.  Jika orang tersebut dipercayai sebagai orang papa, maka Majistret boleh memerintahkan orang tersebut dimasukkan ke rumah kebajikan sementara menunggu laporan disiapkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM)  PKM hendaklah menyiapkan laporan dalam tempoh satu bulan untuk dikemukakan kepada Majistret.
  • 11. Jika Majistret Dalam Kamar berpuas hati bahawa orang itu adalah orang papa, maka boleh memerintahkan orang itu tinggal di Rumah Kebajikan tidak melebihi tiga (3) tahun.  Walau bagaimanapun, Majistret boleh melanjutkan tempoh Tersebut tetapi tidak melebihi tiga (3) tahun jika berpuas hati dengan laporan PKM.
  • 12. Penguasa bertanggungjawab menjaga orang papa yang telah dimasukkan ke rumah kebajikan sama ada secara sementara atau tetap. Nota: Seksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana orang yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • 13.  Orang papa boleh memohon secara sukarela untuk dimasukkan ke rumah kebajikan dengan syarat sekiranya diterima masuk dia akan patuh kepada segala undang-undang yang berkaitan.  Menteri boleh menubuhkan rumah kebajikan melalui pemberitahuan dalam Warta.  Menteri boleh melantik penguasa bagi menguruskan rumah kebajikan
  • 14. Seksyen 6  Lembaga Pelawat boleh dilantik oleh Menteri di setiap rumah kebajikan bagi:  melaksanakan kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan  memberikan nasihat dan syor kepada Ketua Pengarah mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Pengarah. Seksyen 7  Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi: -Mengawal selia pengurusan rumah kebajikan; -Penerimaan masuk orang ke dalamnya; -Menjaga, mengawal, mendisiplinkan dan memulihkan penghuni; -Menetapkan penubuhan dan fungsi lembaga pelawat; dan -Bagi menguatkuasakan akta ini.
  • 15. Seksyen 8  Penguasa boleh melepaskan penghuni sekiranya: -Berpuas hati penghuni telah mendapat pekerjaan yang sesuai untuk menguruskan dirinya; atau -Terdapat orang yang mahu dan berkebolehan untuk menjaga dan menanggung penghuni tersebut. Seksyen 9  Penghuni boleh menyertai apa-apa aktiviti yang membolehkan penghuni tersebut mendapatkan pekerjaan di luar atau memberi sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut. “Penghuni rumah kebajikan dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti atau program yang bersesuaian
  • 16. 9. (1) Penghuni di sesuatu rumah kebajikan adalah dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti atau program yang bersesuaian, yang bertujuan untuk- (a) menyediakan penghuni itu untuk suatu pekerjaan di luar rumah kebajikan itu; atau (b) membolehkan penghuni itu memberi sumbangan kepada penyenggaraannya dalam rumah kebajikan; atau (c) memulihkan kesihatan dan jasmani penghuni itu. (2) Bagi maksud seksyen ini, penghuni juga adalah dikehendaki untuk mengikuti apa-apa pogram atau terapi kaunseling yang ditetapkan dari masa ke masa bagi memulihkan penghuni itu supaya dapat diserapkan semula ke dalam masyarakat.”.
  • 17. Seksyen 10 Penghuni boleh dihantar ke hospital jika memerlukan rawatan. 10. (1) Seseorang penghuni di sesuatu rumah kebajikan boleh pada bila-bila masa dibawa ke hadapan seorang pegawai perubatan, atau dihantar ke hospital atau institusi perubatan yang lain bagi pemeriksaan perubatan atau rawatan, atau pemeriksaan kesihatan. (2) Sekiranya pegawai perubatan berpendapat bahawa kemasukkan penghuni ke hospital atau institusi perubatan adalah perlu bagi tujuan penjagaan perubatan atau rawatan, pegawai perubatan tersebut hendaklah mengarahkan penghuni untuk kemasukan ke hospital atau institusi perubatan itu.
  • 18. Seksyen 11  Peruntukan ini memperuntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang mana sekiranya dilakukan dan apabila disabitkan, dihantar ke satu rumah kebajikan atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan. Kesalahan-kesalahan tersebut adalah: -tidak mahu diambil atau memberi tentangan kepada pengambilannya oleh pegawai kebajikan masyarakat; -Lari dari pegawai kebajikan masyarakat atau pegawai yang diberi kuasa secara wajarnya oleh KP; -Meninggalkan rumah kebajikan tanpa kebenaran penguasa; atau -Tidak kembali ke rumah kebajikan setelah dibenarkan meninggalkan rumah kebajikan tersebut tanpa sebab munasabah apabila telah tamat masa yang ditentukan
  • 19. Seksyen 12  Orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 11, boleh ditangkap oleh pegawai polis tanpa waran. Seksyen 13  Menteri boleh :- -memendekkan tempoh tinggal -melepaskan mana-mana orang di rumah kebajikan. Nota: Menteri boleh berbuat demikian sekiranya ianya adalah adil dan patut untuk berbuat demikian Seksyen 16  Sekiranya penghuni dilepaskan dari rumah kebajikan, penghuni hendaklah diletakkan di bawah penyeliaan pegawai kebajikan masyarakat selama tempoh tidak melebihi 1 tahun.
  • 20. Peranan Pekerja Sosial • Membincangkan Akta Orang–Orang Papa 1977, terdapat pelbagai peranan yang boleh dimainkan secara efektif dalam proses memberikan bantuan kepada golongan papa (kutu rayau, pengemis, orang papa) seperti mana yang telah termaktub dalam Akta Orang –Orang Papa 1977. •Sebagai pekerja sosial, proses pertolongan yang akan diusahakan adalah untuk membantu indivindu dan masyarakat memperbaiki, memulihkan atau mempertingkatkan kehidupan mereka.
  • 21. 1. Pekerja Kes -menghubungkan klien(orang papa) dengan pekerja sosial dalam menyelesaikan masalah mereka, hidup sebagai orang papa. - Siasatan permohonan - Prinsip Kerja Kes. - Kemahiran: - Temu bual / Temu ramah - Mendengar - Empati. - Rakaman/Laporan
  • 22. 3. Empowerer (memperkasa) -meningkatkan kefungsian sosial mereka dan cuba mempengaruhi mereka untuk membaiki keadaan kehidupan melalui organisasi dan pembelaan. 4. Enabler (penggalak) -menjadi agen membantu klien atau orang papa mengenalpasti kekuatan dan sumber-sumber yang sedia ada pada diri klien tersebut. 5. Pemudah Cara -membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya, tetapi dengan kerjasama dan tindakan daripada klien itu sendiri.
  • 23. 6. Pendidik/Guru -memberikan informasi-informasi tertentu untuk digunakan oleh klien, seperti memberikan maklumat berkaitan perkara- perkara yang boleh meiningkatkan penyelesaian masalah mereka. 7. Mediator -pekerja sosial sebagai orang tengah berusaha untuk menyelesaikan permasalahan atau sebarang konflik di antara sistem klien daripada pihak lain contoh seperti organisasi, orang luar dan sebgainya.
  • 24. Masalah-masalah :  Rakyat Malaysia terlalu bermurah hati dan mudah simpati dengan mereka yang mengemis, ini telah menyebabkan dan menggalakkan ramai yang mengambil kesempatan untuk menjadikan aktiviti mengemis punca pendapatan .  Peminta sedekah seperti ini melakukan kerja 'lebih masa' kerana mereka tahu ramai orang simpati melihat keadaan mereka.  Kesempatan itu diambil untuk terus memintasedekah walaupun menerima bantuan kerajaan.
  • 25.  Terdapat juga peminta sedekah dan gelandangan yang ditahan itu menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  Untuk membanteras gejala pengemis iaitu dengan mengubah sikap masyarakat awam ,ini kerana selagi ada orang menawarkan (memberi) selagi itu pengemis semakin menjadi-jadi.  Jika tiada yang memberi tiada yang mengemis dan oleh yang demikian kita kena sedarkan orang ramai untuk tidak begitu mudah memberi.
  • 26. Sikap pemurah rakyat negara ini merupakan antara punca utama kenapa lebih ramai yang terlibat dengan aktiviti meminta derma sehingga ada yang menjadikannya sebagai satu kerjaya yang menguntungkan. Terdapat sindiket di mana ada antara mereka yang menggunakan golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) untuk meraih pendapatan
  • 27. Terdapat juga pengemis yang kononnya berpura-pura membalut tangan atau kaki seolah-olah menggambarkan mereka cacat dan tidak berupaya berkerja menjadikan `profesion' mengemis sebagai kerjaya yang haram. Sikap golongan itu sendiri iaitu tidak berminat untuk bekerja, mereka lebih selesa dengan kehidupan sebegitu kerana tidak perlu memikirkan soal mencari makanan dengan mengemis.
  • 28. CADANGAN-CADANGAN…. 1)Mewujudkan skuad sukarela untuk selamatkan Orang Papa dengan kerja sama Majlis Perbandaran. 2)Selain JKM, badan –badan NGO perlu aktif menubuhkan pusat jagaan dan pemulihan bagi golongan yang terpinggir seperti orang papa. 3)Meminda Akta Orang Papa 1977 bagi menghukum pengemis palsu yang menipu orang ramai
  • 29. 3) Operasi menyelamatkan orang papa perlu dijalankan setiap hari supaya orang papa ini tidak berani untuk lepak atau mengemis di tempat yang tertentu. 4) Orang papa yang diserahkan kepada ahli keluarga atau dibebaskan dari Pusat jagaan perlu di awasi supaya mereka tidak kembali menjadi pengemis. 5) Mencadangkan hukuman berat diambil terhadap pengemis berulang, pengemis palsu dan warga asing yang masih berterusan mengemis di negara ini.
  • 30. KELEBIHAN AKTA • Memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan jagaan dan perlindungan yang lebih terjamin. • Memberi peluang kepada orang papa untuk menjalani pemulihan dan dapat mengubah kehidupan mereka setelah bebas dari Pusat Perlindungan.
  • 31. •Dapat mengeratkan perhubungan antara orang papayang ditangkap dengan ahli keluarga mereka. •Kemasukan secara sukarela orang papa ke rumah kebajikan memudahkan sesi intervensi dilaksanakan. • Membantu orang papa untuk mendapatkan pekerjaan oleh Pegawai JKM • Arahan menempatkan orang papa yang ditangkap di rumah kebajikan sementara menunggu keputusan majistret.
  • 32. KEKURANGAN AKTA  Seseorang itu tidak boleh tinggal lebih dari tempoh tiga tahun, tetapi boleh memendekkan tempoh tersebut sekiranya seseorang itu boleh hidup berdikari.  Kemudahan yang di sediakan oleh pihak yang bertanggungjawab akan menyebabkan kebergantungan orang papa ini terhadap jabatan.  Golongan ini juga diberi bantuan setiap bulan, kerenah birokrasi menyebabkan wang lambat diterima.
  • 33.  Akta Orang papa 1977 adalah merupakan akta yang penting dalam negara kita bagi menangani masalah pengemis dan homeless  Akta ini membantu orang papa dalam mengembalikan kefungsian sosial mereka melalui pihak yang diberi tanggungjawab.  Sebagai pekerja sosial pelbagai peranan dapat dimainkan untuk membantu golongan ini asalkan PS mengaplikasikan kemahiran dan mempunyai pengetahuan.  Walau bagaimanapun setiap perkara yang dilaksanakan mempunyai kekuatan dan kelemahan serta memerlukan penelitian dan cadangan dalam penambahbaikan. KESIMPULAN
  • 34. Thank you