Migrasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Migrasi

on

  • 3,019 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,019
Views on SlideShare
3,019
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
17
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

 Migrasi Migrasi Document Transcript

  • Kajian Geografi Tempatan 2010 Tema : Petempatan dan Perkembangannya Faktor yang mempengaruhi migrasi
  • Objektif Kajian Berikut adalah objektif yang ditentukan dalam menjalankan kerja kursus ini. a) Mendefinisikan dan menghuraikan konsep migrasi penduduk. b) Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk. c) Membuat rumusan keseluruhan termasuk penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
  • Kawasan Kajian Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya. Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit, West Country Estate yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat
  • oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat. Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan loronglorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga telah dibahagikan kepada 16 Seksyen. Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada
  • pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.
  • Kaedah Kajian Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan bagi menyiapkan kajian ini : a) Pemerhatian Pemerhatian terhadap ciri kawasan kajian dari segi pembangunan di kawasan persekitaran serta kemajuannnya. Pemerhatian terhadap kepadatan penduduk dan kawasan perumahan serta jenis kemudahan yang terdapat di kawasan persekitaran. b) Temu bual dan soal selidik Menemu bual dan memberi borang soal selidik kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kawasan kajian. c) Rujukan
  • Pengumpulan yang berkaitan tajuk kajian peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Pengumpulan maklumat melalui internet / laman web. Rujukan dibuat kepada buku teks geografi tingkatan 2.
  • Hasil Kajian Migrasi penduduk ialah perpindahan atau penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman. Migrasi antarabangsa ialah penghijrahan dari sesebuah negara ke negara yang lain. Migarasi dalaman pula ialah perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan sesebuah negara sama ada perpindahan tempat tinggal secara sementara atau kekal. Bandar Baru Bangi merupakan salah satu penempatan yang giat dan pesat membangun di Selangor. Ia juga adalah salah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tinggi. Dalam kajian saya, memandangkan Bandar Baru Bangi adalah satu penempatan yang agak padat, pola migrasi penduduk menunjukkan perpindahan dari bandar ke bandar dan perpindahan dari luar bandar ke bandar.
  • Pola migrasi dari bandar ke bandar dalam kajian saya menunjukkan penduduk berhijrah kerana disebabkan peluang pekerjaan, kemudahan asas yang baik dan lengkap dan mengikut keluarga berpindah ke Bandar Baru Bangi. Dari pemerhatian saya, pusat institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia juga mendorong pergerakan penduduk yang terdiri daripada pelajar. Pola migrasi dari luar bandar ke bandar pula dipengaruhi oleh kemudahan asas di Bandar Baru Bangi dan peluang pekerjaan yang terdapat di sini atau kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan kajian. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di kawasan kajian adalah peluang pekerjaan yang banyak, kemudahankemudahan asas yang lengkap, pusat pendidikan yang baik untuk pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran.
  • Perkembangan kegiatan ekonomi dan sosial telah menjadikan Bandar Baru Bangi berkembang dari sebuah kawasan perumahan biasa kepada satu kawasan perumahan elit yang pesat dengan aktivitiaktiviti komersial, industri dan sosial. Sebagai contoh, banyak kedai, pasaraya, restoren telah dibuka menawarkan pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk. Saya berasa amat bertuah kerana kawasan ini berada berdekatan dengan kawasan sekolah saya. Saya yakin dengan peluang pekerjaan yang banyak, masa hadapan generasi muda di Bandar Baru Bangi akan lebih terjamin.
  • Bandar Baru Bangi merupakan satu kawasan yang membangun dengan cepat. Di sini bukan sahaja mempunyai kemudahankemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta jalanraya tetapi kemudahan infrastruktur, pusat pendidikan, pusat perubatan dan komersial yang canggih. Ini mendorong migrasi penduduk ke Bandar Baru Bangi. Memandangkan saya bersekolah di Bandar Baru Bangi sudah 2 tahun, saya bersyukur bersekolah di sini kerana kawasan persekitarannya yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang canggih dan sistem jalanraya yang cekap yang memudahkan saya pergi dan balik dan sekolah.
  • Bandar Baru Bangi merupakan salah satu pusat pendidikan di Negeri Selangor dengan adanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Ini mendorong migrasi terutama dikalangan pelajar-pelajar yang akan tinggal Bandar Baru Bangi secara sementara untuk tempoh yang singkat. Selain daripada itu, kawasan ini mempunyai sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai prestasi dan disiplin yang baik contohnya SMK Jalan Empat yang telah dinobatkan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Oleh itu, saya beruntung kerana bersekolah di tempat yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan juga
  • mempunyai pilihan universiti yang banyak untuk melanjutkan pelajaran kelak. Dasar dan pentadbiran kerajaan yang sentiasa prihatin tentang keselesaan penduduk juga mendorong migrasi penduduk ke Bandar Baru Bangi. Kerajaan juga banyak member tumpuan pembangunan di kawasan ini dengan menjaga persekitaran di Bandar Baru Bangi sebagai kawasan perumahan yang selesa, harmoni dan baik. Kerajaan juga berusaha menjadikannya sebagai pusat ekonomi, sosial dan komersial yang pesat membangun. Saya berasa berasa bertuah kerana negara ini dipimpin oleh kerajaan yang prihatin terhadap keselesaan dan kemudahan rakyat. Oleh itu, saya amat berterima kasih dan menghargai usaha-usaha kerajaan ini.
  • Rumusan Secara rumusannya, pola migrasi di Bandar Baru Bangi kebanyakannya melibatkan migrasi bandar ke bandar dan luar bandar ke bandar. Kemudahan asas yang lengkap dan moden, peluang pekerjaan yang luas, mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran telah banyak mempengaruhi migrasi ke Bandar Baru Bangi. Dengan adanya migrasi, ia berjaya mewujudkan masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Saya bangga menjadi anak Malaysia yang hidup dalam komuniti “Satu Malaysia” yang maju dalam suasana aman dan harmoni. Migrasi penduduk telah menaik tarafkan hidup penduduk. Saya berterima kasih di atas usaha-usaha kerajaan menjadikan Bandar Baru Bangi kawasan yang pesat membangun yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk di di sini.
  • Rujukan 1. Buku teks Buku Teks KBSM Geografi Tingkatan 2 oleh Chong Mui Sen dan Azizan bin Hj Abu Samah 2. Buku rujukan Bab 9 dalam buku rujukan “Explorasi Geografi” tingkatan 2 terbitan Oxford Fajar oleh Mohammad Ismail dan Shamshiah Ahmad. Bab 25 dalam buku rujukan geografi Nexus PMR tingkatan 1,2,3 terbitan Sasbadi oleh Chong Mui Sen 3. Laman web Laman web : http:// www. mycen.com.my/map/bandar baru bangi. Htlm Laman web : http:// www.ms.wikipedia .org/wiki/bandarbarubangi