• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH
 

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

on

  • 3,746 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,746
Views on SlideShare
3,640
Embed Views
106

Actions

Likes
2
Downloads
54
Comments
0

2 Embeds 106

http://www.shahrilkhairi.com 63
http://www.weebly.com 43

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Document Transcript

    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDINGRUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Nur Shuhada Binti Hanapi Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah shuhada@psis.edu.my Shahril Khairi Bin Abdul Shukor Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah shahrilkhairi@psis.edu.my AbstrakRumah Melayu tradisional di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dimana setiap komponenrumah dihasilkan mengikut rencah adat dan disulami pemahaman masyarakat terhadapagama Islam. Antara proses pertukangan yang berkaitrapat di antara unsur keagamaan danadat dapat dikesan melalui cara pembentukan ruang dalaman rumah, upacara dalam memilihtapak, kiraan tempoh masa yang bersesuaian untuk mendiri tapak asas dan beberapa contohmelibatkan aktiviti masyarakatMelayu itu sendiri. Seni pertukangan kayu dalam pembinaanrumahMelayu tradisional ini telah dimartabatkan untukmenjadi salah satu warisan terpentingkepada negara bagi masyarakat tempatan melalui pengiktirafan Rumah Penghulu Abu Semanoleh Badan Warisan Malaysia (BWM). Bermula dengan kehalusan perincian kerawangberasaskan flora pada papan cantik sehinggalah ke segenap pelusuk binaan rumah tradisionalMelayu ini menjadikan ia karya agung yang penuh dengan nilai-nilai estetik tanpamengabaikan fungsi ruang dan binaan.Tanpa disedari, rahsia pertukangan rumah Melayutradisional ini bukanhanya sekadar merujuk kepada seni ukiran semata-mata, malahan teknikpenghasilan komponen struktur utama, komponen bukaan seperti tingkap dan pintu turutbersandarkan kepada adat dan juga kepercayaan keagamaan yang kuat.Oleh yangdemikian, kajian ini dikhususkan kepada keunikan teknik dalam pembuatan komponen paneldinding bagi rumah Melayu tradisional yang direka dengan menerapkan fahaman ajaranagama Islam. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar senibina, golonganpengkajibinaan tradisionalMelayu dan juga masyarakat umum tentang fungsi serta kelebihanyang wujud pada komponen panel dinding rumah Melayu tradisional. Selain itu, hasil kajian inidapatmemperlihatkan perspektif yang berbeza dan mampu memberi impak positif kepadagenerasi tanahair untuk mendokong dan mempertahankan warisan Melayu tradisional.01 PENGENALAN Seringkali seni pertukangan rumah Melayu tradisional tertumpu kepada abstrakiaitu pengkategorianruang dalaman rumah dan jenis kepelbagaian bumbungmengikut negeri masing-masing. Unsur-unsur estetik seperti ukiran kerawang padapapan meleh, papan kembung, kekisi tingkap dan sebagainya dianggap elemenutama yang ditonjolkan oleh rumah Melayu tradisional. Bagi masyarakat umum hari ini,tidak lengkap penjenamaan rumah Melayu tradisional sekiranya tidak mempunyai 1
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHelemen dekorasi dalam bentuk dan corak kerawang yang sarat pada sesebuah rumahMelayu tradisional tersebut. Walaubagaimanapun, komponen fizikal bukan strukturseperti dinding, tingkap dan pintu juga mempunyai penceritaan serta makna tersendirijika dihayati dengan sebenar-benar tentang kaedah ataupun teknik pertukangannya.Kajian ini akan mengulas dengan lebih lanjut tentang prinsip Islamik yang diterapkanpada teknik rekabentuk pertukangan komponen panel dinding rumah Melayutradisional Kedah.SKOP KAJIAN Rumah Melayu Tradisional Fizikal Abstrak (ruang) Komponen Komponen - Anjung Struktur Bukan Struktur - Serambi - Rumah ibu - Kelak Anak - Tiang Seri - Pelantar ELEMEN ELEMEN ESTETIK - Rasuk - Selang SENIBINA - Jenang - Dapur - Tunjuk langit - Belebas - Jemuran - Dinding - Kepala cicak - Tetupai - Tingkap - Lebah bergantung - Gelegar - Pintu - Papan cantik - Kasau - Bumbung - Pemeleh - Alang - Tangga - Kekisi - Gegulung - Tebar Layar - Kepala pintuGambarajah 1.0menunjukkan tumpuan skop kajian kepada pertukangan dinding bagi komponen bukan struktur02 SOROTAN KAJIAN Kajian-kajian berkenaan dinding rumah Melayu tradisional sebelum ini lebihtertumpu kepada jenis-jenis dinding seperti: i. Dinding Tindih Kasih ii. Dinding Janda Berhias iii. Dinding Kelarai 2
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Gambar 2.1 Dinding Janda Berhias Sumber : Mohd Sabrizaa Abd Rashid Gambar 2.0Keratan dinding Tindih Kasih Sumber : Zulkifli Hanafi Gambar 2.2 Dinding Kelarai Sumber : Mohd Sabrizaa Abd Rashid Berdasarkan gambar 2.1 dan 2.2, dapat diperhatikan bahawa perbezaanbahan untuk bahagian dinding telah digunakan seperti papan kayu meranti untukdinding jenis Janda Berhias manakala dinding Kelarai menggunakan anyaman buluhdan bercorak (Mohd Sabrizaa, 2011). Walaupun begitu, persamaan kedua-duanyamemiliki bingkai panel atau kerangka yang memegang papan kembung (JandaBerhias) dan anyaman buluh (Kelarai). Komponen panel pada dinding rumah Melayutradisional ini juga telah menjadi asas pertukangan yang dapat di kenalpasti diDaerahBandar Baharu, Kedah. Sebagai contoh, Rumah Penghulu Abu Seman yang kiniberada di Jalan Stonor, Kuala Lumpur telah dibaikpulih oleh Badan Warisan Malaysia(BWM). Rumah berusia 90 tahun tersebut diambil dari tapak sebenar dari KampungSungai Kechil Ulu, Bandar Baharu, Kedah. Begitu juga dengan Rumah Tok Su yang dibuka untuk tatapan umum olehLembaga Muzium Kedah di Alor Setar sebenarnya diambil dari Kampung PermatangKerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah. Rumah tersebut dipercayai telah berusia hampir80 tahun dan jika diteliti komponen dinding bagi kedua-dua rumah tersebut, dapatdiperhatikan bahawa wujud persamaan dimana rekabentuk dinding dibina denganmenggunakan asas bingkai panel dan dilekapkan ke bahagian struktur tiang sekaliguskelihatan menutup tiang dari bahagian luar. 3
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHGambar 2.3Pandangan ke sudut anjung rumah Penghulu Abu SemanSumber : Ng ShannonGambar 2.4Pandangansudut sisi antara bahagian hadapan dan kiri rumah Tok SuSumber : Qiaq 4
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH03 OBJEKTIF KAJIAN Mendalami dengan lebih mendalam tentang teknik pertukangan panel dinding yang terdapat pada rumah Melayu tradisional Kedah Menghubungkaitkanteknik pertukangan dinding rumah Melayu tradisional dengan pengaruh fahaman Islam Menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada pertukangan panel dinding rumah Melayu tradisional04 KEPENTINGAN KAJIAN Rumah Melayu tradisional ini sebenarnya terlalu rumit untuk dikaji dalam tempohmasa yang singkat, dan terlalu luas bidang pengatahuan yang diperlukan untukmenghurai faktor-faktor kemungkinan di atas rasional binaan, ukiran, pertukangan,adat resam dan sebagainya. Sebagai langkah permulaan mengenal dengan lebihmendalam susur galur warisan bangsa ini, tidaklah ia dilaksanakan tanpa tujuan yangpositif. Kajian yang dijalankan ini dapat membantu golongan pelajar senibina dalammelaksanakan tugasan berkenaan topik binaan berasaskan kayu dan secara tidaklangsung juga mendidik masyarakat umum untuk lebih menghargai keunggulansenibina warisan yang perlu dimartabatkan. Bagi golongan pensyarah berkaitansenibina atau tamadun Melayu, kajian ini dapat dijadikan rujukan untuk diketengahkanlagi dengan kajian yang lebih mendalam. Penulisan ilmiah bagi pengetahuanmelibatkan pertukangan alam Melayu perlu digandakan supaya generasi masahadapan sentiasa mengetahui perkara berkaitan warisan turun-temurun.05 SIMBOLIK ISLAMIK DALAM PERTUKANGAN PANEL DINDINGPembungkusan Tulang oleh Otot dan Kulit "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah ituKami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kamijadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta YangPaling Baik" (Al Quran, Al Mukminun :14) Rekabentuk panel dinding pada rumah Melayu tradisional yang menutupibahagian tiang seolah-olah memberi suatu gambaran tersirat yang perlu dikaji.Sepertimana hikmah kejadian manusia menyebut tentang pembungkusan tulang olehotot dan bagaimana lumrahnya tulang manusia tersembunyi oleh kulit, begitulahsepertinya pertukangan yang bersifat menutupi struktur tiang dan membaluti denganpanel dinding dibahagian luar. Bagi tukang rumah zaman dahulu, membina rumahbukanlah untuk merosakkan alam atau mengubah sesuatu yang sedia ada, tetapimembina rumah sepertimana mengikut hukum alam, berperingkat dan sebagaisimbolik kepada ayat tersebut, maka dinding rumah menutupi bahagian tiangnya. 5
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHTempat Tinggal yang Mudah Dipindahkan“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggaldan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah(tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana)semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagikamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakasrumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”(AlQuran, An-Nahl : 80) Merujuk kepada ayat 80 surah An-Nahl, dapat difahami bahawa tempat tinggalyang baik adalah yang mudah untuk dipindahkan binaannya dan dipasang semula dimana tempat yang diingini. Komponen panel rumah tersebut boleh dibuka sehinggamenjadi komponen-komponen kecil yang boleh diangkut atau dibawa denganmudah. Rumah yang memiliki teknik binaan menggunakan panel dinding ini telahterbukti berjaya dibuka untuk dipindahkan dan dipasang semula di tempat lain iaituRumah Penghulu Abu Seman dipasang semula di Jalan Stonor, Kuala Lumpur danRumah Tok Su dipasang semula di Alor Setar dimana kedua-duanya di ambil darikawasan Bandar Baharu, Kedah.Penggunaan sistem tanggam untuk komponen strukturadalah menjadi kebiasaan bagi rumah Melayu tradisional. Apabila empunya rumahberniat untuk berpindah atau rumahnya dibeli oleh orang lain, mereka mudah untukmembuka dan memasangnya semula. Gambar 5.0Rumah Tok Che Ah masih menyimpan ruang Ibu yang asal dan dinding panel seperti rumah Penghulu 6 Abu Seman dan rumah Tok Su
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH06 TEKNIK PEMASANGAN DINDING PANEL TRADISIONAL MELAYU Rumah pusaka Tok Che Ah tidak lagi memiliki ruang dalaman seperti rumahtradisional dahulu, cuma yang masih tinggal adalah ruang Ibu yang merangkumi ruanganjung hadapan. Walaupun hanya sekadar rumah Ibu, teknik pertukangannya sangatbermakna dan bercirikan rumah Melayu tradisional asli. Tambahan pula, rumah TokChe Ah terletak di daerah Bandar Baharu, Kedah dimana berada di lingkungankawasan yang sama dengan rumah Penghulu Abu Seman dan rumah Tok Su. Usiarumah Ibu ini dijangka melebihi 70 tahun. Tanpa diduga, pada November 2011 telahberlaku ribut petir yang menumbangkan sebatang pokok kelapa yang telah menimparuang anjung rumah tersebut. Kesannya, alang panjang sisi kanan telah patah, paneldinding anjung sisi kanan juga pecah.Gambar 6.0RumahTok Che Ah sehari selepas kejadian ditimpa pokok kelapa Setelah diteliti, komponen dinding tersebut masih boleh digunakan dan perlusedikit rawatan. Kerja memasang semula panel dinding ini memerlukan tempoh masayang singkat dan tanpa perlu kemahiran tinggi. Dengan mengetahui langkah yangtepat untuk mula memasang dan tidak melangkaui diantara satu akan memudahkankerja-kerja pemasangan.Langkah-langkah pemasangan dinding panel bagi rumahMelayu tradisional ini seperti ilustrasi berikut. 7
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Ilustrasi Pemasangan Panel Dinding 1 2 3 4Ilustrasi langkah-langkah memasang panel dinding: 1. Memasang kayu jenang yang telah ditebuk dan dilarik parit untuk tanggam. 2. Memasang bingkai dan tingkap terlebih dahulu. 3. Menaikkan kayu panel pada bahagian hujung jenang sebagai penamat bingkai panel keseluruhan. 4. Memasang papan kembung yang berada diantara tingkap dan kayu panel tepi. 8
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH 5 6 7 85. memasang kayu lintang(horizontal stud) dan kayu tegak(vertical stud) untuk membahagi kepingan papan dinding.6. Memasang kepingan papan dan dinding disusun ke atas.7. Memasang kekisi kerawang pada bahagian atas tingkap.8. Memasang kayu jenang atas untuk menutup keseluruhan panel dinding. 9
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHAlbum Rentetan Proses Pemasangan Panel DindingRUJUKAN 1 2 3 4 5 10
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH 6 7 1. Jenang tingkap bahagian bawah. 2. Dinding yang belum dipasang. 3. Pemasangan bingkai tingkap yang telah siap. 4. Pemasangan papan kembung dan kayu lintang. 5. Cara memasang kayu lintang . 6. Papan dinding dipasang dari atas dan disusun. 7. Memasang kekisi kerawang pada bahagian atas tingkap.PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Secara umumnya, teknik pertukangan komponen panel dinding rumah Melayutradisional Kedah kelihatan seperti dinding yang mudah untuk dipasang namun iamemerlukan kerja keras penukang rumah untuk memastikan setiap komponen diukur,dipotong dan ditebuk dengan sempurna dan tepat supaya proses pemasanganmudah dan berjalan lancar. Dengan mengkaji dinding jenis panel ini juga membukamata pembina rumah, arkitek untuk melaksana inovasi berdasarkan kepakaran tukangterdahulu supaya dapat diterapkan dengan lebih baik pengetahuan yang diwariskankepada kita. Sebagai mengakhiri kata, mengenang kembali resmi tukang yangmengamalkan konsep ‘membuat kerja sehingga sudah’ perlu kita praktik sebagaipegangan dimana dengan cara itulah disiplin serta tanggungjawab kita dapatdipupuk, dalam memastikan amanah kita terlaksana. 11
    • KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAHRUJUKAN1.Loo, Ruby & Lee, Chris. 1998. Arrival of the International Style. In: The Encyclopedia Of Malaysia Architecture, Chen Voon Fee. (ed). Archipelago Press.2.Mohd Tajuddin Rasdi. 1998. Developing a Modern Malaysian Architecture. Dlm. The Encyclopedia Of Malaysia Architecture, Chen Voon Fee. (ed). Kuala Lumpur: Archipelago Press.3.Abdul Halim Nasir. 1985. Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia. Loyal Press Sdn Bhd.4.Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.5.Norhaiza Noodin, Inovasi : Hubungkait Seni Ukir Kayu Dalam Masyarakat, Konvensyen Inovasi Kraf Kebangsaan 2004, Hotel Prince, Kuala Lumpur, 28 Feb. 2005. 12