Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah

4,276 views
4,046 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,276
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
293
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah

  1. 1. KEPIMPINAN BERETIKA DALAM ORGANISASI SEKOLAH: CABARAN DAN KEMUNGKINAN 1. KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI Kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang berbeza. Pertama, menurut Yaakob (1989) kepimpinan perlu melibatkan orang lain. Dalam erti kata lain subordinat atau pengikut. Ini berikutan kesediaan subordinat menerima arahan dari pemimpin, para kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan dapat diwujudkan. Kedua, kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota kumpulan. Ini bermaksud bahawa pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah anggota kumpulannya. Ketiga, kepimpinan boleh didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubahsikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Dalam erti kata lain, kepimpinan tidak dapat dipisahkan daripada subordinat dan pandangan subordinat perlu dilihat dan dinilai untuk mendapatkan keputusan yang menyeluruh dan berkesan. Sebagai seorang pemimpin terdapat tiga pendekatan utama dalam cirri-ciri kepimpinan iaitu, sifat, perilaku dan luar jangkaan. Ciri pertama adalah gabungan-gabungan sifat-sifat. Manakala ciri kedua pula adalah 1
  2. 2. perilaku-perilaku perseorangan yang dikaitkan dengan kepimpinan yang efektif. Kedua-dua ciri ini mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mengandaikan bahawa individu-individu yang mempunyai sifat-sifat atau perilaku-perilaku yang bersesuaian akan muncul sebagai pemimpin dalam apa pun situasi kumpulan di mana mereka berada (Hizam, Jaafar dan Zafir, 2000). Pemikiran dan penyelidikan semasa akan lebih condong kepada pendekatan yang ketiga, iaitu ciri situasi tentang kepimpinan. Ciri ini mengandaikan bahawa keadaan-keadaan yang menentukan keberkesanan pemimpin berbeza mengikut situasi seperti mengikut tugas-tugas yang akan disempurnakan, kemahiran dan jangkaan para subordinat, persekitaran organisasi, pengalaman-pengalaman lalu pemimpin dan para subordinat dan seterusnya (Hizam, Jaafar dan Zafir, 2000). Menurut Ab. Aziz (2003) seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Tanggapan ini telah melahirkan kepimpinan, yang mencuba menetapkan faktor-faktor situasi yang menentukan bagaimana efektifnya sesuatu gaya kepimpinan. Kecemerlangan kepimpinan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya 2
  3. 3. banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan organisasi. Bertolak dari kepercayaan sedemikian, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor swasta dan sektor awam baik di negara maju atau negara membangun. 2. ETIKA DAN KEPIMPINAN BERKESAN Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan dapat membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan. Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi (Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003). Wilhelm (1996) menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai karakter teras bagi seorang pemimpin berkesan. Seterusnya beliau menambah, kepimpinan 3
  4. 4. tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hitler. Kebelakangan ini minat untuk mewujud dan membangunkan kepimpinan beretika dalam organisasi semakin meningkat. Selain daripada kesan positif terhadap organisasi, keruntuhan etika di peringkat pengurusan boleh menyebabkan organisasi atau negara menanggung kos yang besar. Walaupun berbagai definisi diberikan mengenai etika tetapi tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa semuanya bertumpu kepada satu pemahaman iaitu etika adalah sesuatu yang berkait dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul. Kanungo (2001) mengatakan seseorang yang mahu menjadi pemimpin yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Beliau juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh mendatangkan keburukan pada orang lain. Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethic yang membawa konotasi sebagai sikap atau adaptasi sesuatu golongan. Mackinnon (2001) mendefinisikan etika sebagai daripada kajian moral yang mengkaji perlakuan yang benar. Kebelakangan ini penyelidik dalam bidang organisasi juga mencadangkan agar perhatian yang lebih diberikan kepada mendefinisikan integriti. Brown, Trevino kepimpinan beretika sebagai dan Harrison keupayaan (2005) pemimpin mempamerkan atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan 4
  5. 5. yang diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Beliau juga mempromosikan tingkah laku tersebut kepada subordinat atau pengikut melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan usaha peneguhan dan juga dalam proses membuat keputusan. Mereka juga mengatakan bahawa selain daripada komponen yang disebutkan di atas, pemimpin yang beretika juga adalah telus dan terlibat dengan komunikasi terbuka di samping memberi ganjaran dan mempromosi tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja. Dalam penulisan mengenai kepimpinan beretika, sifat yang sering dikaitkan adalah mengambil berat tentang orang lain, boleh diharap, setia, berani, bertanggungjawab, berjimat cermat, sabar dan lain-lain (Bass 1990; House & Howell 1992; Howell & Avolio 1992). Seterusnya Andre dan Velasquez (1992) membuat kesimpulan mengenai perkara ini dengan mengatakan etika sebenarnya merujuk kepada satu piawai yang mempunyai asas yang kukuh mengenai apa yang baik dan buruk yang memandu manusia mengenai apa yang boleh atau perlu dilakukan. Biasanya ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti kejujuran, sikap belas kasihan dan kesetiaan. Etika dalam konteks organisasi bermaksud mengartikulasikan apa yang betul dan salah. Etika juga boleh dianggap sebagai garis panduan tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi. 5
  6. 6. Etika dalam konteks organisasi bermaksud mengartikulasikan apa yang betul dan salah. Etika juga boleh dianggap sebagai garis panduan tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi. Aspek etika dalam kepimpinan organisasi dicerminkan melalui berbagai fungsi organisasi iaitu pembangunan sumber manusia dalam organisasi, penggunaan sumber organisasi yang sesuai dan berkesan, penyediaan kualiti hidup/kerja dalam organisasi, polisi organisasi yang berkesan dan perkhidmatan pelanggan di luar dan dalam organisasi yang berkesan. Dalam dunia hari ini yang sangat pantas berubah, etika bukan sahaja melibatkan pemilihan antara yang betul dan salah, tetapi juga pilihan antara dua yang betul atau di antara tidak terlalu betul dan tidak terlalu salah. Etika dan isu-isu etika sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras mana-mana organisasi. Dalam latar organisasi juga, tingkah laku beretika dalam menjalankan tugas sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan agama yang dilakukan secara sukarela tanpa mengharap sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan perkara-perkara berkaitan dengan etika kurang diberi perhatian serius. Sebenarnya soal etika memberi kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Organisasi yang berorientasikan tahap etika yang tinggi mendapat banyak faedah dari tindakan tersebut. 3. KEPENTINGAN ETIKA DALAM ORGANISASI SEKOLAH 6
  7. 7. Etika merupakan teras utama di dalam kita membentuk pemimpin pendidikan yang berakauntibiliti. Pemimpin pendidikan merupakan "role model' kepada para pelajar dan pendidik kerana mereka dianggap sebagai golongan yang telah mendapat kepercayaan dan tanggungjawab untuk mentadbir sesebuah organisasi rnilik kerajaan. Oleh itu, mereka haruslah memastikan bahawa kepercayaan serta tanggungjawab yang diamanahkan itu dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Sebenamya, penekanan yang lebih kepada etika dalam perkhidmatan kerajaan ialah dengan memastikan konsep tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion itu dilaksanakan dengan sejujur mungkin dan setiap anggota kerajaan yang memikul tanggungjawab itu akan memastikan setiap perjalanan dan pengurusan dijalankan dengan lancar dan berkesan (Mohd Tap et al, 1999). Ilmu etika menerangkan perlakuan yang benar berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang dikuasai guru. Secara tidak langsung, etika memberikan kesan intrinsik dan ekstrinsik kepada individu yang diambil tindakan serta teladan kepada guru-guru lain bahkan etika juga membantu membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang diwartakan dan diterima sebulat suara oleh ahli organisasi sekolah. Kesinambungannya, etika akan membantu pengurus pendidikan meneliti keputusan iaitu dengan memikirkan sebab dan akibat sesuatu keputusan dan tindakan yang akan 7
  8. 8. dilaksanakan nanti serta memberikan penjelasan bahawa sesuatu tindakan itu ialah untuk kebaikan bersama bukan kemahuan individu. Mematuhi syarat perlantikan sewaktu mula menjadi guru sebenarnya merupakan perjanjian kita dengan kerajaan untuk memberikan perkhidrnatan yang terbaik kepada pihak pelanggan kita iaitu pihak ibu bapa dan pelajar. Kita berikrar untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk pihak pelanggan. Oleh itu, kita juga perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diarnanahkan oleh pegawai yang lebih tinggi pangkatnya dan tidak ketinggalan kepada pelanggan kita. Sebenarnya, perlantikan yang kita tandatangani itu adalah perjanjian memegang amanah agar memberikan layanan yang terbaik. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: a. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. b. guru Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan untuk membolehkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain iaitu 8
  9. 9. guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. d. Kod etika yang dalam bentuk dokumen dan usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. e. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. f. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Kepentingan etika kepada pengurus pendidikan secara tidak langsung akan mendidik atau menanamkan sifat ingin mengangani masalah etika yang jika tidak dibendung akan berleluasa terutamanya di dalam sektor pendidikan. Konsep etika diselitkan atau menjadi sebahagian daripada topik perbincangan dan silibus dalam melatih bakal pernimpin pendidikan pada masa akan datang agar pemimpin pendidikan akan dapat membuat pertirnbangan secara beretika untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah 9
  10. 10. untuk organisasi. Starratt (1994), menjelaskan bahawa setiap tindakan atau keputusan yang diambil mesti memberikan kelebihan atau faedah semua ahli di dalam organisasi berkenaan. Antara kelebihannya ialah : a. ia sebenarnya banyak menolong pemimpin pendidikan untuk membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang mungkin diambil seperti yang telah dibincangkan. b. pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa atau 'why' sesuatu perkara tersebut berlaku. Contohnya pelanggaran disiplin pelajar berkait rapat dengan etika. Greenfield (1997), menjelaskan bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pengurus akan disokong oleh pihak guru. Beliau mengkaji tuntutan seperti ini akan mengurangkan lagi dilema yang berpunca daripada konflik pihak pengurus dengan guru. c. menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat melayan atau memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian dengan konsep etika antara pelanggan dengan pengurus pendidikan. d. menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif untuk melahirkan insan yang kamil. Konsep ini menggangap guru sebagai 'role model' dan guru menganggap pengurus sebagai 'role model' mereka. Starrat (1994), menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab pengurus untuk membentuk institusi yang beretika. 10
  11. 11. Semua organisasi di dunia berhasrat menjadi sebuah organisasi yang bersih serta ikhlas dalam memenuhi kehendak pelanggannya sarna ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Sektor pendidikan merupakan sektor yang terpenting dalam membentuk etika dalam kalangan pegawainya kerana ia berperanan melahirkan golongan pewaris pada masa akan datang. Guru-guru merupakan "role-model", contoh dan teladan kepada golongan ini. Apakah yang akan berlaku jika "role-model" didapati melanggar peraturan atau melanggar etika? Mungkinkah akan hilang rasa hormat pada seseorang guru? Keberkesanan perkhidmatan yang diberi menggambarkan mutu serta penghasilan pada masa akan datang. Jika lemah perkhidmatan yang diberikan maka lemahlah prestasi atau penghasilan kerja graduan yang memperolehi ilmu daripada kita. 4. TINGKAH LAKU TIDAK BERETIKA Guru Besar diminta membela diri : "M.Gopalan , Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil didapati bersalah oleh Mahkamah Syeksen setelah melakukan kesalahan pecah amanah terhadap tiga keping cek berjumlah RM3,305.40 kepunyaan seorang guru kontrak sekolah itu ". Jika dilihat senario di atas, ia memperlihatkan kes pecah amanah yang melibatkan seorang pengurus serta pentadbir pendidikan yang diamanahkan oleh negara untuk menjalankan serta menguruskan hal ehwal pendidikan 11
  12. 12. negara. Persoalannya sekarang, mengapa penyalahgunaan ini berlaku? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyekat perlakuan ini daripada berleluasa serta jika senario yang berlaku di atas tidak dibendung, pelajar dan pendidik akan hilang kepercayaan kepada pernimpin pendidikan. Untuk memahami peri mustahaknya kepimpinan beretika, kita patut memahami tindakan atau tingkah laku tidak beretika yang menular dalam organisasi. Memang banyak contoh-contoh perbuatan tidak beretika dilakukan oleh pegawai tinggi dalam organisasi yang akhirnya memberi kesan dan menjejaskan nama baik organisasi. Antaranya ialah terlibat dengan rasuah dan salah guna kewangan, pecah amanah, memanipulasi atau salah guna tenaga kerja dan lain-lain sumber untuk kepentingan peribadi, bersikap tidak konsisten. membantu dan menyokong amalan yang salah, merendahkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran, terlalu mengawal dan menyekat kreativiti dan kebebasan pekerja, bersikap bakhil dalam membentuk dan melaksanakan tindakan berkaitan kebajikan dan kualiti hidup pekerja. Menurut Pekeliling Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam, seseorang pegawai itu ditegah daripada bersubahat dengan musuh negara membocorkan rahsia kerajaan, memperkecil-kecilkan dasar serta memburuk-burukkan serta tindakan kerajaan, menganggotai pertubuhan yang mengancam keselamatan negara (anasir-anisir subversif), 12
  13. 13. menguruskan perniagaan dalam waktu pejabat dan memberi keutamaan kepada saudara-mara atau rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya, menguruskan tender atau sebutharga sedangkan pegawai tidak mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender atau sebutharga terdiri daripada saudara-maranya, berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah. Seseorang pegawai juga dikira tidak beretika sekiranya dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah, berjudi di pejabat atau waktu bertugas, disabitkan kesalahan jenayah atau mahkamah syariah, kesusahan berat kerana hutang, menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi, melakukan gangguan seksual, menjalankan hubungan sulit dengan isteri atau suami orang, gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan bersistematik, gagal memantau kerja pegawai bawahan, mengemukakan tuntutan perjalanan palsu, tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, tidak mengetik kad perakam waktu, mengetik kad perakam waktu pegawai lain, mengambil cuti sewaktu perkhidmatan sangat diperlukan dan meminta orang kenamaan untuk mengunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan pangkatnya. 13
  14. 14. Dalam konteks pendidikan atau sekolah , mengamalkan sikap pilih kasih sesama guru-guru, menjalankan sesuatu perlakuan atau perbuatan yang memberikan keuntungan kepada peribadi ketika bekerja, tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai, etika dan norma sesebuah negara dan tingkahlaku yang bertentangan dengan etika serta moral sesebuah masyarakat, self-centered dan menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri adalah tergolong dalam kumpulan tingkah laku yang tidak beretika. Secara tidak langsung, sektor pendidikan mengajar etika kepada pelajar atau pelanggan namun penekanan agak longgar dan ia perlu diberikan penekanan terutamanya dalam kalangan pentadbir dan pemimpin pendidikan. Amnya, etika dan pendidikan mempunyai konsep yang selari iaitu untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek perlu bermula daripada sekolah yang mempraktikkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5. CABARAN DAN KEMUNGKINAN Etika begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi menghasilkan pendidik serta pentadbir dan pengurus yang berkualiti yang dapat menerapkan ilmu pengurusan mereka. Art (1994), mengkaji masalah yang begitu berleluasa terutamanya dalam keadaan yang materialistik kerana manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan kemewahan. Muhamad Ruslan (2001), menyatakan beberapa faktor yang 14
  15. 15. menyebabkan manusia akan melakukan perkara-perkara yang akan menyimpang daripada etika profesionalisme ialah : a. apabila ada peluang untuk melakukannya. b. ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan hidup secara materialistik. c. kurangnya penghayatan nilai etika serta agama. d. kurangnya penyeliaan pegawai atasan. e. kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan pelaksanaan kerja. Profesionalisme guru agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak media massa tentang kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung menggugat ketokohan seseorang guru daripada pandangan masyarakat. Namun, jika dikaji secara mendalam, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan terjadinya perkara ini iaitu : a. tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang. b. untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan. c. menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum. d. kepentingan kewangan. e. kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan. f. sering berkelakuan yang melanggar undang-undang. g. dipengaruhi oleh golongan luar bidang . 15
  16. 16. h. rasa kecewa dengan organisasi sama ada kerana prestasi atau kerana tidak dinaikkan pangkat. Perlakuan yang tidak beretika itu sebenarnya berpunca daripada aspek niat atau pun kemahuan seseorang untuk memperoleh kemewahan untuk kesenangan diri. Namun, perlakuan tidak beretika juga boleh berpunca daripada faktor dalaman atau dimensi di dalam organisasi itu sendiri. Calabrese dan Roberts (2001), menyenaraikan beberapa faktor dalaman sesebuah organisasi tersebut yang boleh menyumbang kepada perlakuan yang tidak beretika iaitu: a. Stuktur organisasi yang kompleks dan banyak hiraki akan menyebabkan pekerja akan cepat merasa bosan kerana terlalu banyak peraturan yang harus dipatuhi. b. Bentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih mementingkan rakan akan menyebabkan guru lain merasa bosan dengan sikap pengurusan serta sikap pihak pengurusan tidak mengambil kira "human factor" atau perasaan kakitangan. c. Dominasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak pengurusan dan kumpulannya akan menyebabkan rasa hormat pihak kakitangan kepada 16
  17. 17. pihak pengurusan akan berkurangan dan pihak pengurusan menganggap mereka mempunyai kuasa untuk memerintah dan bukan untuk berkhidmat. d. Pengabaian kepada kebajikan menyebabkan guru kurang hormat kepada pemimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan. Ini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika itu berpunca daripada pelbagai aspek. Pengurus dan pentadbir pendidikan perlu menjadikan diri mereka contoh kepada guru lain agar mementingkan aspek etika di dalam kepimpinan yang dijalankan di sekolah. Pemimpin yang dihormati ialah pemimpin yang dapat beretika dari segi sahsiah dan perbuatan. Faktor lain yang menyumbang kepada perlakuan tidak beretika ini ialah dalam kalangan guru atau pemimpin pendidikan itu sendiri yang merasa keliru perbezaan antara etika dengan undang-undang yang digunapakai dalam sektor pendidikan. Oleh itu, penelitian seterusnya perlu melihat perbezaan antara kedua konsep tersebut. Sebagai seorang pengurus pendidikan, sudah menjadi tanggungjawab untuk mengurangkan jurang di antara pengurus dengan pihak guru. Kajian Projek Kepimpinan yang ditaja oleh Yayasan Kellogg (1997) melihat kepimpinan pada abad ke 21 menekankan beberapa konsep yang perlu diberikan perhatian terutamanya oleh pemimpin pendidikan pada masa kini : 17
  18. 18. a. mencipta persekitaran yang membantu serta dan menggalakkan kakitangan supaya berkembang, membangun serta hidup di dalam aman dan damai b. mementingkan keharmonian persekitaran yang rnemberikan ketenangan untuk generasi akan datang c. menghasilkan komuniti yang saling bertoleransi antara satu sama lain dan berkongsi tanggungjawab iaitu setiap orang bertanggungjawab, rnementingkan kebajikan dan menghorrnati orang lain. Tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan konflik antara pengurus dengan guru ialah: a. pengurus sendiri mesti mengamalkan perlakuan yang beretika contohnya datang awal sama seperti guru-guru atau pegawai yang lain b. menekankan konsep penyayang, mengambil berat dalam menjalankan dan mengagihkan tugasan kepada kakitangan. Pihak sekolah sering menekankan konsep masyarakat penyayang kepada pelajar. Konsep penyayang sebenarnya berakar umbi daripada pengagihan serta pemupukan nilai murni daripada pemimpin pendidikan kepada pendidik, barulah ia berkesinambungan kepada para pelajar c. berani menegur, mengkritik dan memberikan pandangan yang bernas tentang sesuatu tindakan yang melanggar etika perkhidmatan 18
  19. 19. d. pengurus juga hendaklah melihat kesan-kesan yang akan dialami oleh kakitangan akibat daripada perlakuan tersebut. Untuk terus berjaya dalam persekitaran yang serba mencabar ini, organisasi perlu memberi perhatian kepada isu-isu penting seperti kualiti, persaingan, keberkesanan kos dan lain-lain isu yang berkaitan. Perubahan dalam organisasi hanya berlaku bila ianya datang daripada pengurusan atasan dan bila adanya budaya yang mengizinkan. Sebab itu, kerangka etika yang boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi mempunyai unsurunsur nilai yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing. Sichel (1993) mencadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan sekolah yang beretika iaitu pihak pengurusan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa etika yang berperanan bukan untuk membuat undang-undang atau menentukan guru mematuhi undang-undang tetapi sebagai badan menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar peraturan. Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak langsung dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir dengan guru serta ia juga dapat mengurangkan konflikyang dihadapi di antara pentadbir dengan guru. Sergiovanni (1992) mengkaji sekolah yang boleh diklasifikasikan berkesan merupakan sekolah yang mempunyai perjanjian (covenant) yang mementingkan nilai-nilai dan etika yang cemerlang. Pengurus pendidikan harus mempraktikkan apa yang 19
  20. 20. dipersetujui antara guru dengan pihak pengurusan. Gardner (1995) menjelaskan lagi cadangan untuk melahirkan sekolah yang beretika ialah melalui kepimpinan yang beretika serta memperlihatkan teladan serta "role- model" untuk diikuti oleh semua guru dan kakitangan. Richardson et al. (1992) mendapati bahawa kejujuran adalah perkara pokok hubungan antara pengurus dengan pihak guru. Pengurus juga hendaklah bertanggungjawab terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan bukan hanya menuding jari kepada guru yang melakukan kesilapan malah mencari cara untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Pendapat dan saranan di atas sebenarnya mempunyai kesetaraan dengan konsep mewujudkan sekolah beretika yang mempunyai nilai-nilai murni . Starrat (1994) menggariskan tiga perkara utama yang perlu diteliti oleh pihak pemimpin pendidikan. Beliau mengkategorikan tiga dimensi utama tunjang konsep sekolah beretika iaitu: a. Dimensi etika mengambilberat Etika ini menekankan konsep yang mementingkan hubungan di dalam organisasi. Guru hendaklah mengambil berat tentang pelajar dan seseorang pemimpin pendidikan mestilah mengambilberat kebajikan guru. b. Dimensi etika keadilan Etika ini menekankan layanan yang adil oleh pihak pengurus kepada guru dan guru kepada pelajar. Kebajikan ini dapat merangkumi konsep 20
  21. 21. penyediaan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran. Persekitaran yang kondusif bukan bermakna mencantikkan sekolah dengan bunga-bunga tetapi memberikan dan menambah jumlah buku dan kemudahan perpustakaan, menambah jumlah komputer, akhbar di dalam darjah dan sebagainya yang memberikan keadilan kepada semua pelajar menikmati organisasi pembelajaran. Konsep "peluang belajar" (opportunity to learn) merupakan konsep yang patut ditekankan untuk melahirkan organisasi pembelajaran. c. Dimensi etika kritikan Etika ini mengkehendaki golongan pemimpin pendidikan memikir sejenak bahawa siapakah yang memperolehi keuntungan atau faedah daripada sesuatu program yang diadakan atau dijalankan di sekolah? Siapakah yang patut diberikan keutamaan? Siapakah yang memegang autoriti? Konsep etika kritikan ini mengalakkan perbincangan di kalangan kakitangan serta guru-guru dan secara tidak langsung mengurangkan konflik di antara kakitangan kerana pengurus mementingkan hubungan kemanusiaan. 6. CADANGAN DAN RUMUSAN Pihak pemimpin pendidikan perlu mempunyai piawai atau garis panduan yang boleh diikuti agar mereka tidak lari daripada perlakuan yang tidak beretika. Kellog Foundation (2000) menyenaraikan beberapa dimensi utama etika yang boleh dijadikan garis panduan serta perlakuan yang boleh diikuti 21
  22. 22. oleh pihak pengurusan sekolah dan dimensi itu memberikan penekanan kepada dimensi pengetahuan, dimensi pelaksanaan dan dimensi pencapaian. Melalui dimensi pengetahuan, setiap pengurus serta pemimpin pendidikan hendaklah mempunyai matlamat serta peranan kepimpinannya dalam masyarakat kini dan memberikan tumpuan kepada perlakuan yang bersifat etika. Dimensi pelaksanaan mengambilkira penggunaan etika di dalam membuat keputusan, membawa sekolah ke arah yang berguna kepada masyarakat dan mempunyai rasa bertanggungjawab kepada sebarang perlakuan atau tindakan yang telah dilaksanakan. Manakala, dimensi pencapaian menumpukan kepada memberikan penilaian perlakuan nilai-nilai murni seseorang, menekankan pencapaian yang tinggi tanpa mengenepikan konsep etika, menilai kesan tindakan pentadbiran kepada kakitangan bawahan, menggunakan sumber yang ada untuk kepentingan sekolah dan bukan peribadi, melayan semua orang adil dengan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan mematuhi peraturan serta tanggungjawab yang telah diwartakan. Konsep kontrak sosial yang menjelaskan bahawa penyedia perkhidmatan hendaklah memberikan layanan yang terbaik untuk pelanggan iaitu pelajar. Oleh itu, dalam menjalankan kepimpinan di sekolah, konsep kepimpinan yang utama ialah shared leadership. Shared leadership menekankan beberapa konsep utama iaitu : 22
  23. 23. a. kepimpinan merupakan perkara utama di dalam memperbaiki organisasi dan budaya sekolah. b. kepimpinan melibatkan kepercayaan kepada orang lain. c. guru, kakitangan dan pengurus merupakan keluarga yang saling bekerjasama. d. komuniti mesti dilibatkan sama dalam menjalankan program sekolah. Konsep Shared Leadership menekankan penghasilan keputusan yang bukannya 100 peratus terletak di dalam tangan pengetua atau guru besar. Namun pihak guru, komuniti dan ibu bapa juga mempunyai peranan dalam menjayakan matlamat sekolah atau organisasi. Secara tidak langsung, shared leadership juga memberikan penekanan kepada aspek pengurusan dan perjalanan sekolah yang berkesan. Rebore (2001), menjelaskan konsep utama sekolah yang memenuhi keperluan etika dengan pelanggan kita ialah: a. pihak pengurus perlu memastikan bahawa guru yang diminta untuk mengajar subjek itu bersedia dan sesuai dengan tugasan yang diberikan. b. penilaian prestasi di sekolah hendaklah berdasarkan kepada pencapaian serta kejayaan dan kelayakan yang diperolehi. c. untuk mengelakkan berlaku demotivation dalam kalangan kakitangan, penilaian prestasi harus berlandaskan keadilan dan ciri-ciri objektif. Penilaian prestasi yang beretika juga secara tidak langsung akan mengurangkan konflik di antara guru dengan pihak pengurusan sekolah. 23
  24. 24. d. kesedaran etika amat penting kerana ia akan memperbaiki kelemahan, merefleksi diri sendiri (muhasabah) dan melihat sekolah sebagai tempat pembentukan peribadi yang mulia terhadap pelanggan kita. e. tidak menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh juga dianggap tidak beretika kerana tidak dapat melengkapi perjanjian kita dengan organisasi atau pelanggan. Nilai atau tindakan pemimpin yang terhasil dari kerangka etika yang baik dan dapat membantu organisasi masing-masing adalah seperti berikut: a. Komitmen terhadap kecemerlangan iaitu pemimpin perlu memastikan nilai ini diturunkan ke peringkat bawahan dengan cara pemimpin sendiri menunjukkan komitmen beliau kepada kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukannya. b. Pemimpin sebagai role model - contohnya pemimpin yang meletakkan piawai integriti yang tinggi bagi dirinya akan menjadi role model bagi semua pekerja dalam organisasi. c. Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan - pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima tiga perkara tersebut dengan baik. Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa. d. Menghargai tugas baik /bermutu yang dilaksanakan - ini penting kerana ianya bukan sekadar menggembirakan pekerja yang bermotivasi malah ianya 24
  25. 25. memberi perangsang kepada mereka untuk terus bekerja keras dalam mencapai matlamat organisasi. e. Elakkan jalan pintas - membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan usaha keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh. f. Mempertahankan kebenaran. g. Telus dalam semua keputusan dan tindakan. h. Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam organisasi. i. Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan. j. Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi. Faedah kepada organisasi dan kakitangan apabila seseorang pemimpin komited terhadap etika ialah pemimpin dan kakitangan gembira dan berpuas hati, output yang berkualiti dapat dihasilkan atau disampaikan, persaingan yang sihat, mendapat kerjasama daripada pihak yang berurusan kerana adanya kepercayaan, menjadi organisasi yang dihormati dan menjadi kebanggaan negara, mewujudkan identiti yang berbeza dan istimewa dalam pasaran. Kuasa yang mengelakkan dibekalkan dengan pegawai perlu dikawal bagi penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Setiap masa pegawai hendaklah menjaga tingkahlaku dan perbuatan supaya nama baik perkhidmatan awam tidak terjejas, 25
  26. 26. memelihara tingkahlaku bagi mengelakkan syak wasangka orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan tugas, hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Secara jelas, pemimpin yang dihormati merupakan pemimpin yang mementingkan tanggungjawab dan amanah serta mempunyai perwatakan dan keperibadian yang cemerlang agar dapat menjadi model terbaik dalam kalangan guru. Covey (1997), memberikan pandangan bahawa pemimpin yang bermoral ialah pemimpin yang menyenangkan hati orang bawahan ketika berbincang. Pemimpin ini mengamalkan konsep syura iaitu dengan menerima pandangan serta teguran orang lain sesuai dengan konsep shared leadership yang te1ah diperjelaskan di atas. McDermontt dan O'connor (1994) menjelaskan perkara utama yang patut dilakukan oleh pengurus ialah percaya kepada orang lain dan secara tidak langsung ahli kumpulan akan melakukan yang terbaik kerana adanya kepercayaan daripada pihak pemimpin. Pemimpin dilihat sebagai rakan dan bukan sebagai musuh yang sering menjadi konflik. Contohnya pengurus di sekolah mungkin boleh mengambil alih kelas guru jika guru itu tidak dapat hadir atau terpaksa berjumpa dengan ibu bapa. Kuzes dan Posner (1993) melihat bahawa jika kepercayaan hilang daripada pentadbir, maka kejujuran dan keikhlasan di dalam menjalankan tugas juga akan hilang. 26
  27. 27. Dapatlah disimpulkan bahawa, seorang pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga, arkitek dan wira bagi pekerja-pekerjanya. Mereka boleh menyebabkan banyak perbezaan ke atas prestasi pekerja dan organisasi sekiranya mereka mengamalkan kepimpinan beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi mereka akan dihormati dan ianya boleh terus berdiri megah dalam ekonomi yang sentiasa berubah. Di samping itu, pemimpin juga perlu memberi perhatian kepada tindakan-tindakan yang tidak beretika kerana ini akan melemahkan dan merosakkan organisasi. Pemimpin dalam sektor awam terutamanya, memikul tugas yang lebih berat kerana mereka bukan sahaja menjaga kepentingan rakyat tetapi mereka juga bertanggungjawab menjaga imej dan kepentingan negara. 27
  28. 28. BIBLIOGRAFI Ab. Aziz Yusof. 2004. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan. (Edisi Kedua).Petaling Jaya: Prentice Hall. Ab. Aziz Yusof. 2003. Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya: Prentice Hall. Al Ramiah. 1999. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Andre, C. & Velasquez, M. 1992. Ethical relativism, Issues in Ethics, 5(2). (http://www.scu.edu/SCU/Centers/Ethics/publications/iie/v5n2/relativi sm.html) Andersen, J. A. 2002. What we know about leadership and effectiveness? Paper presented at The First International Workshop on Leadership Research, European Institute of Advance Studies in Management (EIASM). Oxford. 16-17 December. Aronson, E. 2001. Integrating leadership styles and ethical perspectives. Canadian Journal of Administrative Sciences. 18: 244-256. Art, B. 1994. Ethics and The Good Life. Belmont: Wadsworth Publishings. 28
  29. 29. Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di Malaysia. Batu Caves Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Bass, B.M. 1990. Bass & Stogdill’s Handbook of Leadership. New York: Free Press. Bennis, W., Nanus, B. 1985. Leaders: The Strategies for Taking Charge. New York: Harper & Row. Blanchard, K. & N. V. Peale. 1998. The Power of Ethical Management. New York: University Press. Brown, M. E., Trevino, L. K., & Harrison, D.A. 2005. Ethical leadership: A social learning perspective for construct development and testing. Organizational Behavior & Human Decision Processes. 97: 117-134. Calabrese, R. dan Roberts, W. 2001. Ethics for Principals. Education Digest. 71 (7), 16. Chan Yuen Fook. 2000. Apakah aspek penting dalam latihan kepengetuaan pada abad 21. Kertas Kerja Seminar Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan ke-9. Institut Aminudin Baki. 1-3 Ogos. Ciulla, J. B. 2004. Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis, A. T. Cianciolo, & R. J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks, CA: Sage. Covey, S. 1997. Principle centered leadership. New York: Simon & Schuster. Fiedler, F. E. 1967. A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw-Hill. 29
  30. 30. Frost, D., & Durrant, J. 2002. Teachers as leaders: Exploring the impact of teacher-led development work. School Leadership and Management. 22 (2), 143-161. Gardner, H. 1995. Leading Minds: An Anatomy of Leadership . New York: Basic Books. Greenfield. 1997. R.K. Servant Leadership. New York: Paulist Press. Hasani. 2006. Modal Insan: IPTS Memain Peranan. Utusan Malaysia. Hizam, Jaafar dan Zafir. 2000. Pengantar Pengurusan.Kuala Lumpur: Leeds Publications. House, R.J., & Howell, J. M. 1992. Personality and charismatic leadership. The Leadership Quarterly. 3: 81-108. Howell, J.M., & Avolio, B. J. 1992. The ethics of charismatic leadership: submission or liberation? Academy of Management Executive. 6: 4354. INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. James, A.F. Stoner dan Wankel, C. 1989. Pengurusan . Edisi ketiga. Penterjemah Yaakob Ibrahim. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn Bhd. Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders. Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 257-265. 30
  31. 31. Kellog Foundation. 1997. ISLLC Standards. Michigan. Kellogg Foundation. 2000. Retrospective of K-12. Service-Learning Projects . Denver, Colorado: RMC Research Corporation. Kuzes, J. dan Posner, B. 1993. Credibility: How Leaders Gain and Lose It, Why People Demand It. San Francisco: Jossey Bass. Mohd Tap Salleh et al. 1991. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur. Muhamad Ruslan Salihin. 2000. Kesedaran Etika dan Hubungannya dengan Komitmen Terhadap Organisasi. Kajian kes di kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Kelang. Projek Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Teknologi), Universiti Teknologi Malaysia. Mackinnon, B. 2001. Ethics: Theory and Comtemporary Issues. Stamford: Thompson Learning. McDermontt, C. dan O'connor, M. 1994. Reflections on Ethics Integrity. HR Focus (April 5). Rebore, R.W. 2001. The Ethics of Educational Leadership. Merrill Richardson et. al. 1992. Teacher Perception of Principal Behavior. A paper presented at the annual meeting of the Mid-South Educational Research A ssociation. Knoxville, Tennessee: November. Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 7, Bil 1, Jun 2008. 31
  32. 32. Rosnani Hashim. 1998. Pengurusan pendidikan untuk sekolah daripada perspektif Islam. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan (hlm. 62-63). Sergiovanni, TJ. 1992. Moral Leadership: Getting to the Heart of School Leadership. San Francisco: Jossey-Bass. Shah, Saeeda. 2006. Educational leadership: An Islamic perspective. British Educational Research Journal. 32 (3):363-385. Sichel, B. 1993. Ethics Committees and Teacher Ethics. In Ethics for Professionals in Education: Perspectives for Preparation and Practice. edited by Kenneth Strike dan P. Lance Ternasky. 162-75. New York: Teachers College Press. Starrat, RJ. 1994. Building an Ethical schools: A Practical Response to the Moral Crisis in Schools. London: Falmer Press. Suranna, K. J., & Moss, D. M. 2000. Perceptions of teacher leadership: A case study of Inservice elementary school teachers. Kertas kerja yang dibentangkan dalam mesyuarat tahunan the American Educational Research Association pada 24-28 April, 2000 di New Orleans. Syed Najmuddin Syed Hassan et al. 2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education. 1(2):31-50. Tajul Ariffin Noordin. 2002. Etika keguruan: Suatu analisis menurut paradigma pendidikan bersepadu. Dalam Prosiding Seminar 32
  33. 33. Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Trevino, L. K., Brown, M., & Hartman, L. P. 2003. A qualitative investigation of perceived executive ethical leadership: Perceptions from inside and outside the executive suite. Human Relations. 56: 5-37. Wilhelm, W. 1996. Learning from past leaders. In Hesselbein, F., Goldsmith, M. and Beckhard, R. (eds.). The Leader of the Future, pp. 221-226. San Francisco: Jossey-Bass. Yukl, G. A. 1998. Leadership in Organizations. New York: Prentice-Hall Zaharah Hussin. (2005). Mendidik generasi berakhlak mulia: Fokus peranan guru pendidikan Islam. Masalah Pendidikan. 28: 79-94. 33

×