Kritik jurnal

2,682 views
2,536 views

Published on

TUGASAN KRITIK JURNAL - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELETRONIK DAN WEB

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,682
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
117
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kritik jurnal

  1. 1. FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web KPT 6044 ASSESSMENT OF CRITIQUE JOURNAL e-Pembelajaran BY : NORZILAWATI BINTI ISMAIL (M20122001379) FOR : DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT
  2. 2. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI ASSESSMENT OF CRITIQUE JOURNAL NAMA : NORZILAWATI BT ISMAIL MATRIKS : M20122001379 TITLE : e-LEARNING, ONLINE LEARNING DAN DISTANCE LEARNING ENVIRONMENTS : ARE THEY THE SAME? AUTHOR : JOI L. MOORE, University of Missouri, USA CAMILLE DICKSON-DEANE, University of Missouri, USA KRISTA GALYEN, University of Missouri, USA SUMBER : Journal of Internet and Higher Education (Bil 2 – 2011) 1. Tajuk : e-Learning, Online Learning and Distance Learning i. Tajuk kajian mempunyai gambaran yang jelas mengenai keseluruhan kajian seperti ‘apa yang hendak dikaji’ dan fokus kajian tentang ‘siapa yang hendak dikaji’ juga jelas. ii. Tajuk kajian jelas menyatakan bahawa populasi kajian jelas ditujukan kepada pelbagai golongan dari sekurang-kurangnya empat benua dan negara iaitu Eropah, Asia, Amerika Utara dan Australia. iii. Tajuk kajian tidak mempunyai makna yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan tidak mempunyai makna yang putar belit atau mempunyai maksud yang lain serta jelas difahami mengapa dan untuk apa kajian dijalankan. 2. Pernyataan Masalah i. Pembolehubah adalah mengenai perbezaan mahupun persamaan dalam ketiga-tiga jenis pembelajaran. Dalam kajian ini telah dikenal pasti dan dibahagikan kepada pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Dalam kajian yang dijalankan pembolehubah bersandar adalah jenis pembelajaran iaitu e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian dan pembelajaran jarak jauh manakala pembolehubah 2
  3. 3. tidak bersandar adalah mengkaji perbezaan, persamaan dan ciri-ciri yang membezakan sistem pembelajaran tersebut. ii. Kerangka kajian dikembangkan dalam kajian ini melalui pembolehubah yang ditetapkan melalui faktor-faktor yang dinilai seperti jangkaan, persepsi dan ciri-ciri dalam persekitaran dalam pembelajaran. iii. Pernyataan masalah dalam kajian juga jelas dinyatakan dimana terdapat evolusi dalam sistem pembelajaran seawal 1960an lagi namun tidak digunakan secara global dan penggunaannya yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa menyebabkan pemahaman dan penggunaannya tidak seiring terutamanya mengikut negara mahupun benua. iv. Rasional tentang kajian ini dijalankan juga jelas dinyatakan dimana hasil kajian dapat mengetahui tentang penggunaan terminologi secara konsisten, perbezaan dalam jangkaan dan persepsi terhadap sistem pembelajaran e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian dan pembelajaran jarak jauh. 3. Kajian Literatur i. Kajian-kajian lepas yang digunakan adalah daripada kajian Harasim L. pada tahun 2000 bertajuk “Shift Happens: Online Education as a New Paradigm in Learning, The Internet and Higher Education” yang memetik bentuk pembelajaran dalam talian mempunyai sejarahnya tersendiri namun istilah yang digunakan tidaklah seperti yang terdapat pada masa kini. Kajian lain menyebut para pengkaji menggunakan sepenuhnya istilah-istilah tertentu dalam kemunculan teknologi terkini namun maish mempunyai kesukaran sekiranya ciri-ciri pembelajaran itu sendiri tidak dapat dikenal pasti menurut Phipps dan Merisotis melalui kajiannya bertajuk “What‟s the Difference? A Review of Contemporary Research on the Effectiveness of Distance Learning in Higher Education” pada tahun 1999. Antara kajian lepas yang diketengahkan oleh pengkaji adalah Dede C. pada tahun 1996 melalui kajiannya yang bertajuk “The Evolution of Distance Education: Emerging Technologies and Distributed Learning dimana Dede jelas menyatakan perbandingan dalam kaedah pengajaran antara pembelajaran tradisi atau dengan kemunculan sistem pembelajaran jarak jauh memberikan peluang yang lebih meluas. 3
  4. 4. ii. Terdapat hubungan signifikan yang jelas antara kajian yang lepas yang diambil dengan kajian yang dijalankan. Pengkaji menggunakan sumber seperti jurnal, artikel dan buku dalam menjalankan kajian ini. 4. Hipotesis i. Dalam jurnal ini terdapat hipotesis, rumusan masalah, dan tujuan penelitian yang dinyatakan secara konsisten. ii. Hipotesis yang digunakan dalam kajian ini mengikut apa yang telah dinyatakan dalam pernyataan masalah iaitu melalui faktor-faktor yang dinilai seperti jangkaan, persepsi dan ciri-ciri dalam persekitaran dalam pembelajaran. 5. Subjek i. Populasi dalam jurnal ini adalah seramai 43 orang peserta dari empat buah benua iaitu Eropah, Asia, Amerika Utara dan Australia dan juga negara yang tidak dinyatakan. ii. Kaedah yang digunakan dalam memilih sampel kajian juga dinyatakan melalui pemilihan peserta melalui sesi persidangan dengan meletakkan poster dan membuat sesi perbincangan atas talian. iii. Populasi peserta yang terlibat berkemungkinan terdiri daripada peserta yang menggunakan salah satu sistem pembelajaran yang dikaji dan sangat sesuai dijadikan sampel kajian. 6. Prosedur i. Perlakuan dalam pengumpulan data dalam kajian ini sudah digambarkan dengan jelas. Prosedur menyatakan kaedah kajian yang digunakan seperti jumlah item yang digunakan, kaedah soal selidik yang digunakan dan sebagainya. ii. Prosedur yang digunakan telah menjelaskan istilah operasi yang berkait rapat dengan pembolehubah tidak bersandar. iii. Prosedur yang melibatkan kawalan kesahan dalaman (control of internal validity) terdapat dalam kajian yang dijalankan seperti pengaruh dalam pembolehubah seperti penggunaan terminologi secara konsisten, perbezaan dalam jangkaan dan persepsi terhadap sistem pembelajaran e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian dan 4
  5. 5. pembelajaran jarak jauh namun masih tidak mencukupi dimana tidak dinyatakan dengan jelas pengaruh dalaman yang menyebabkan kajian dijalankan. iv. Prosedur yang melibatkan kawalan kesahan luaran (control of external validity) terdapat dalam kajian yang dijalankan dan ia mencukupi di mana hasil kajian yang boleh diaplikasikan dengan dunia sebenar seperti faktor-faktor yang dinilai seperti jangkaan, persepsi dan ciri-ciri dalam persekitaran dalam pembelajaran. 7. Instrumen i. Dalam kajian yang dinyatakan, maklumat tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrument yang digunakan dalam maklumat turut dibekalkan. ii. Instrumen yang dihuraikan dalam kajian ini menggunakan satu soalan „open-ended‟ dan lapan soalan berserta pilihan dan mencukupi dimana merangkumi keseluruhan keperluan kajian. iii. Di dalam kajian yang dijalankan, instrumen yang digunakan dalam penggunaan istilah operasi berkenaan dengan perkataan yang berkaitan dengan kajian telah dinyatakan dengan jelas. 8. Data Analisis i. Dapatan statistik kajian yang dihuraikan dengan terperinci dalam membuat rumusan secara keseluruhan. Setiap item dinilai satu persatu dengan baik oleh pengkaji. ii. Hipotesis awal yang dijangka menunjukkan penggunaan terminologi secara konsisten, perbezaan dalam jangkaan dan persepsi terhadap sistem pembelajaran epembelajaran, pembelajaran dalam talian dan pembelajaran jarak jauh yang berbeza antara benua-benua yang terlibat menepati 50 peratus jangkaan pengkaji manakala hasil kajian mendapati terdapat juga peserta yang melabelkan pembelajaran jarak jauh sebagai satu kaedah yang sudah lama. Soal selidik yang digunakan sangat sesuai dalam menguji hipotesis tersebut. iii. Setiap item yang terdapat dalam statistik kajian bukan sahaja dihuraikan satu persatu malah turut dijumlahkan mengikut kategori dan dinilai dengan baik. iv. Statistik data yang digunakan sangat sesuai dengan kajian yang dijalankan. Kadar pengukuran tidak meletakkan jawapan peserta kepada setuju dan tidak setuju sematamata malah turut diberi pilihan seperti membuat penilaian sendiri. 5
  6. 6. 9. Hasil Kajian i. Hasil kajian berjaya menjawab semua hipotesis awal yang dirangka, biarpun tidak menepati 100 peratus seperti penggunaan terminologi secara konsisten, perbezaan dalam jangkaan dan persepsi terhadap sistem pembelajaran e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian dan pembelajaran jarak jauh namun ini membuktikan terdapat persetujuan dalam meletakkan perbezaan dalam ciri-ciri pembelajaran yang dikaji. ii. Keseluruhan statistik dapatan kajian dihuraikan dengan tepat. iii. Hasil dapatan kajian juga di huraikan dari satu item ke item yang lain. iv. Jadual dan item yang dianalisis dihuraikan mengikut tajuk seperti yang terkandung dalam objektif dan persoalan kajian. 10. Perbincangan i. Hasil kajian telah ditakrifkan dengan jelas mengikut kehendak kajian. ii. Implikasi yang ingin disampaikan dalam kajian turut dinyatakan dengan jelas dan hasil kajian menepati ciri-ciri tersebut. iii. Implikasi yang terkandung dalam dapatan kajian menepati 50 peratus kehendak dalam hipotesis awal dan tidak berdasarkan kepada jangkaan pengkaji. iv. Aplikasi yang sesuai tidak dinyatakan dengan jelas dalam kajian ini. v. Aplikasi yang dijangkakan tidak mengikut 100 peratus dapatan kajian pada kali ini seperti pengkaji menjangkakan peserta dari setiap benua menggunakan istilah yang sama mahupun sistem pembelajaran yang sama. vi. Terdapat hubungkait diantara dapatan kajian dengan teori awal yang ditunjukkan namun dapatan kajian tidak memenuhi kehendak item yang dibincangkan 100 peratus. vii. Pengkaji tidak menyatakan dengan jelas cadangan untuk kajian dimasa akan datang tapi jelas menyatakan bahawa berharap hasil kajian beliau memberi implikasi kepada pihak tertentu. 11. Kesimpulan 6
  7. 7. i. Kesimpulan berkenaan dengan dapatan kajian jelas dinyatakan dalam kajian ini. ii. Kesimpulan yang dinyatakan dalam kajian pada kali ini sangat jelas dan berkait rapat 100 peratus dengan dapatan kajian. iii. Pengkaji berjaya mengelakkan mencapai kesimpulan yang tidak secara terus berdasarkan kepada hasil kajian. 12. Rumusan i. Rumusan yang dinyatakan dalam kajian pada kali ini sangat jelas, tepat dan lengkap di mana pengkaji tahu apa yang dikaji dan dapatan kajian boleh membawa perubahan jangkaan dan persepsi masyarakat tentang sistem pembelajaran yang semakin berkembang maju. REFERENCES 1. https://scholar.vt.edu/access/content/group/5deb92b5-10f3-49db-adeb-7294847f1ebc/eLearning%20Scott%20Midkiff.pdf 2. http://www.bpkpenabur.or.id/files/Hal.8597%20Meningkatkan%20Mutu%20Pendidikan%20melalui%20E-learning.pdf 3. http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/MODEL%20PEMBELAJARAN%20eLEARNING%20UNTUK%20MENINGKATKAN%20KUALITAS%20PENDIDIKAN.pdf 4. http://jurnal.upi.edu/penelitian-pendidikan/view/556/pengembangan-model-pembelajaran--elearning-untuk-meningkatkan-kualitas-proses-dan-hasil-belajar-mahasiswa-pada-matakuliah-energi-dan-konversi.html 5. http://www.aace.org/pubs/ijel/ 6. http://www.english.heacademy.ac.uk/explore/resources/technology/journals.php 7. http://www.eurodl.org/materials/contrib/2013/Mavroidis_et_al.pdf 7

×