Laporan rph sn, sistem 4 mat
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
326
On Slideshare
326
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Tajuk : 4MAT LESSON AHLI KUMPULAN : NURMAZNI BINTI A.RAHIM ( DB 100308 ) SUHANTHI A/P G.MANI ( DB 100773 ) SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN ( DB100921 ) ROSHALIZA BINTI RAHMAT ( DB 100017 ) ANNALETCHUMI A/P RAJANDRAN ( DB100730 ) NAGESHVARAN A/L S.VELUSAMY ( DB 100729 ) UNTUK PERHATIAN : EN. GHAZALLY SPAHAT
  • 2. SISTEM 4MAT: MENGAJAR KEPADA GAYA-GAYA PEMBELAJARAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN Pendahuluan Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun 1980. Model ini dicipta berdasarkan dapatan-dapatan penyelidikan dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance) otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni dan gerakan/tarian. Apabila guru-guru memahami Sistem 4Mat, sikap mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran akan berubah, khususnya mereka akan menyedari dan menghargai : Berbagai jenis kecerdasan Berbagai gaya pembelajaran Berbagai aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan Berbagai kaedah mengajar yang sesuai untuk sesuatu gaya pembelajaran Bagaimana Manusia Belajar Penyelidikan Dr. David Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar, iaitu cara mengamati (perceive) dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman. Mengamati Konkrit Boleh berubah ke tempat yang kita suka Abstrak Memproses Aktif Reflektif Boleh berubah ke tempat yang kita suka (a) Cara mengamati : Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita suka mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan cara konkrit, iaitu dengan menggunakan deria. Ada juga di antara kita suka mengamati sesuatu dengan cara abstrak , iaitu dengan memikir, membuat analisis dan membuat taakulan.
  • 3. Kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara konkrit dan kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam suatu kontinum (continuum) dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit. Mereka yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak. Kedua-dua jenis pengamatan, iaitu konkrit dan abstrak adalah sama penting dan sama nilainya. Kedua-duanya juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pembelajaran yang berkesan ialah daripada konkrit kepada abstrak. Kebanyakan guru di sekolah tidak menghargai cara konkrit, kecuali dengan pelajar-pelajar yang muda dan guru-guru mereka lebih suka menggunakan cara abstrak. Cara abstrak ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka berfikir dan membuat analisis tetapi mengecewakan pelajar-pelajar yang suka menggunakan deria mereka untuk belajar. (b) Cara Memproses : Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman (iaitu bagaimana kita membuatkan maklumat dan pengalaman sebagai pengalaman diri sendiri) dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita yang suka belajar dengan membuat atau mencuba sesuatu secara aktif. Ada juga diantara kita yang suka belajar secara melihat apa yang berlaku dan memikir semula tentangnya. (reflektif). Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman dalam satu kontinum dari penglibatan aktif kepada reflektif. Mereka yang suka membuat atau mencuba sesuatu lebih suka belajar secara aktif. Mereka yang suka melihat dan memikir semula tentang sesuatu lebih suka belajar secara reflektif. Kedua-dua jenis pemprosesan, iaitu aktif dan reflektif adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap jenis pemprosesan itu juga mempunyai ciri-ciri kebaikan dan keburukan. Ada guru-guru di sekolah meminta pelajar-pelajarnya melihat, mendengar dan memikir sahaja. Pendekatan reflektif ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir tetapi mengecewakan segolongan pelajar yang suka mencuba atau membuat sesuatu dengan diri sendiri.
  • 4. Gaya-gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran bergantung kepada kombinasi cara mengamati dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan cara memproses menghasilkan empat jenis gaya pembelajaran yang dihuraikan di bawah. Jenis 1: Pelajar-pelajar jenis ini adalah imaginative dan kreatif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari makna dan sebab-sebab mempelajari maklumat itu. Mereka belajar dengan mendengar dan berkongsi idea-idea. Mereka perlu melibatkan diri dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka suka menyoal “Mengapa?”. Pengalaman Konkrit Intuitif Dinamik Imaginatif Kreatif 4 1 3 Ujikaji Aktif 2 Pemerhatian Reflektif Teori Analisis Praktik Konsepsi Abstrak Jenis 2: Pelajar-pelajar jenis ini bersifat teori dan analisis. Mereka mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari fakta-fakta untuk menjelaskan konsep-konsep dan mereka belajar dengan memikir tentang idea-idea. Mereka perlu pendapat pakar-pakar dan mereka suka membuat analisis tentang sesuatu maklumat. Mereka suka menyoal „Apa dia?‟. Jenis 3: Pelajar-pelajar jenis ini bersifat praktik. Mereka mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan maklumat itu dan mereka belajar dengan menguji teori untuk mengetahui kegunaannya. Mereka perlu mengetahui bagaimana sesuatu benda berfungsi dan suka membuat atau mencuba dengan diri sendiri untuk menambahkan pengalamannya. Mereka suka menyoal „Bagaiamanakah ia berfungsi?‟
  • 5. Jenis 4: Pelajar-pelajar jenis ini adalah dinamik dan intuitif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan yang belum diketahui untuk sesuatu maklumat. Mereka belajar secara cubajaya dan penemuan sendiri. Mereka perlu mengetahui apa yang boleh direka bentuk dengan maklumat itu dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka suka menyoal “Apakah kegunaan baru yang saya boleh cipta?” Seseorang pelajar mungkin belajar dengan keempat-empat jenis gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran yang paling disukai oleh seseorang pelajar itu akan menjadi jenis gaya pembelajarannya. Ini bererti gaya pembelajarannya mungkin Jenis 1,2,3, atau 4. Keempat-empat gaya pembelajaran adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap gaya pembelajaran mempunyai ciri-ciri kekuatan dan kelemahan. Kebanyakan sistem pengajaran di sekolah ialah guru-gurunya mengajar pelajar-pelajar yang suka belajar dengan gaya pembelajaran Jenis 2 (Teori dan Analisis) dan Jenis 3 (Praktik). Guru-guru tersebut mengabaikan pelajar-pelajar yang suka belajar dengan gaya pembelajaran Jenis 1 (Imaginatif dan Kreatif) dan Jenis 4 (Dinamik dan Intuitif). Amalan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut, menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir semula (Jenis 2) dan yang suka membuat latihan atau ujikaji (Jenis 3). Akan tetapi amalan itu mengecewakan pelajar-pelajar yang suka berinteraksi dengan orang lain dan suka mencari makna atau sebab mengenai suatu maklumat (Jenis 1). Situasi ini juga akan mengecewakan pelajar-pelajar yang suka mencari kegunaan baru daripada sesuatu maklumat itu untuk dikongsi dengan orang lain (Jenis 4). Pengaruh Otak Kiri dan Kanan Penyelidik-penyelidik otak manusia telah mendapati: Kedua-dua hemisfira otak (otak kiri dan otak kanan) berbeza dalam memproses maklumat dan pengalaman. Seseorang individu lebih suka memproses maklumat dan pengalaman sama ada dengan otak kirinya atau dengan otak kanannya. Kedua-dua belah otak (otak kiri dan kanan) adalah sama penting.
  • 6. Perbezaan utama di antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman adalah seperti di bawah: Otak Kiri Rasional Lisan Analisis Lurus (Linear) Pasif / Menerima Terancang dan berstruktur Bukan gerakan Pengiraan Penulisan Melihat bahagian-bahagian Teori Mengawal Perasaan Bunyi Bahasa Otak Kanan Intuitif Penglihatan / Ruangan Sinstesis Bulatan Interaktif Bersesuaian dan Spontan Gerakan / Tarian Pola, model, bentuk lukisan Melihat perhubungan dan keseluruhan Amalan Bebas dengan perasaan Bunyi semulajadi, muzik Aktiviti-aktiviti yang dipercayai diproses terutamanya di Otak Kiri adalah seperti berikut:Menyurih Melukis carta Melukis graf Memberi contoh Menyalin nota Menilai secara objektif Menyenarai dan mengkategorikan Mengira Memberi bukti Mengingat semula fakta atau konsep Membaca serta membuat analisis Melapor Segala bentuk analisis Rasional Melihat bahagian-bahagian Memberi sifat perbezaan Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik Mendengar bunyi bahasa
  • 7. Aktiviti-aktiviti yang dipercayai diproses terutamanya di Otak Kanan adalah seperti berikut:Membuat pola atau corak Memeta fikiran Sumbangsaran atau percambahan pemikiran Menggambarkan semua bentuk sajak Semua bentuk seni Mendengar, melihat, menggerak Analogy Mencipa, mereka bentuk Main peranan Simulasi Drama kreatif Penulisan kreatif Gerakan, tarian Membaca serta membuat sintesis Segala bentuk sintesis Geometri Demonstrasi Membuat ujikaji Bentuk Semua aktiviti intuitif Ukiran Lakaran Member sifat-sifat persamaan Melihat perhubungn dan keseluruhan Menilai secara subjektif Melukis Fotografi Mendengar bunyi semulajadi Mendengar muzik, mencipta lagu
  • 8. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka haruslah dihargai. Mereka adalah bersistematik dan berdisiplin. Mereka menyelesaikan masalah dengan melibatkan bahagian-bahagian dan memikir secara logik. Mereka adalah sangat baik dalam bertutur, menulis, mengira dan menganalisis. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka juga harus dihargai. Mereka adalah kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihatnya secara keseluruhan dan intuitif. Mereka suka berinteraksi dengan orang lain dan suka melibatkan diri dalam segala bentuk gerakan atau tarian. Mereka adalah sangat baik dalam melukis, mereka bentuk, membuat kesimpulan, dan di dalam hal perhubungan manusia. Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan kanan mempunyai dua kumpulan ciri-ciri tersebut di atas. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dipercayai memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti yang hanya diproses oleh otak kiri. Ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, kita hendaklah membantu pelajar-pelajar mengembangkan otak kiri dan otak kanan mereka. Dengan membuat demikian, mereka bolehlah berfikir secara logik dan secara intuitif iaitu boleh menganalisa dan mensintesis, bersistematik atau berstruktur dan boleh menyesuaikan diri serta boleh mengkritik dan mencipta, malah boleh menulis, mengira dan melukis dan dilengkapi dengan sikap yang berdisiplin dan suka berinteraksi serta melibatkan ciri-ciri lain. Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran dengan Menggunakan Sistem 4MAT Dr. Bernice McCarthy telah mencipta satu sistem mengajar yang berkesan dan boleh diamalkan. RPH yang diberi mengambil kira keempat-empat gaya pembelajaran dan aktivitiaktivi yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan. Dengan menggunakan sistem ini, seseorang pelajar yang sangat suka belajar dengan gaya pembelajarannya dapat juga belajar dengan gaya pembelajaran yang lain. Tambahan pula, pelajar itu yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti otak kiri dapat juga belajar dengan aktiviti-aktiviti otak kanan.
  • 9. FASA CADANGAN AKTIVITI 1. Persediaan Pemerhatian Indikator amalan: 1.1.1 Penggunaan deria. 1.1.2 Pemerhatian menyeluruh Analisis Indikator amalan: 1.2.1 Membuat banding beza. 1. Murid memerhatikan gambar – gambar yang ditayangkan. 2. Murid menyatakan keadaan gambar sama ada terang atau gelap. 3. Murid menyatakan sumber cahaya yang mereka ketahui melalui pengalaman sedia ada. Contoh soalan : 1. Apakah yang kamu lihat pada gambar tersebut? CATATAN KPS : Memerhati, Membuat inferens. KBKK : Membuat gambaran mental Gaya pembelajaran : Quadrant 1, Right ( Divergen ) 2.Berdasarkan pengalaman kamu, cuba nyatakan mengapakah situasi itu berlaku? 3.Nyatakan daripada mana kita mendapat cahaya? Sebelum mengajar konsep-konsep yang baru kepada pelajar-pelajar, seseorang guru haruslah member pengalaman konkrit kepada mereka. Ini akan membantu mereka memahami dengan lebih jelas konsep-konsep yang abstrak. Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Guru haruslah membimbing dan merangsang mereka. Q1- Aktiviti Otak Kanan: Guru perlulah mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah mengajar atau aktiviti yang boleh digunakan ialah simulasi, main peranan, lakonan, kerja kumpulan, menonton video tentang satu peristiwa, melihat benda-benda, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan. 2. Imaginasi Penjanaan Idea Indikator amalan 2.1.1Menghasilkan idea baru 2.1.2Menghasilan idea secara berterusan. Sintesis Idea 1. Murid dibekalkan dengan lampu suluh, plastik lutsinar dan kad manila. 2. Murid diterangkan tentang langkah-langkah menjalankan eksperimen. 3. Murid menjalankan eksperimen dalam kumpulan dengan menyuluh objek-objek tertentu dan melihat bayang- KPS : Memerhati, Berkomunikasi, Meramal, Mendefinisi secara operasi, Mengeksperimen. KBKK : Menghubungkaitkan, Meramalkan,
  • 10. Indikator amalan 2.2.2Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik. bayang yang akan dihasilkan. 4. Murid menyampaikan idea baru melalui sesi sumbangsaran dan pemerhatian. Menjanakan idea. Gaya pembelajaran : Quadrant 3, Right ( Divergent ) Contoh soalan : 1.Apakah yang dapat anda perhatikan apabila : a. menyuluh plastik lutsinar. b. menyuluh kad manila. 2.Namakan objek yang boleh mengeluarkan cahaya. 3.Nyatakan objek yang menghalang cahaya bagi membentuk bayangbayang. 4.Adakah bayang-bayang akan terbentuk tanpa sumber cahaya? Selepas pelajar-pelajar mendapat pengalaman konkrit, fakta-fakta dan konsep-konsep diajar kepada mereka. Fakta dan konsep itu perlu dijelaskan satu demi satu dan dikaitkan dengan pengalaman konkrit untuk memudahkan pemahaman fakta atau konsep itu. Tugas guru ialah untuk mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah tradisional. Guru perlu juga membimbing dan merangsang mereka. Q3- (Aktiviti Otak Kanan) : Setelah pelajar-pelajar memikir semula dan menganalisa pengalaman konkrit itu, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka kepada konsep yang perlu diajar. Aktiviti yang boleh digunakan ialah perbincangan, soal jawab, penerangan, atau aktiviti lain yang dapat melihat perhubungan diantara pengalaman konkrit dengan konsep yang abstrak. 3. Perkembangan Penambahbaikan Indikator amalan 3.1.1Menokok tambah idea Menilai KPS : 1. Murid dibawa keluar dari Memerhati, Makmal Sains untuk melihat Berkomunikasi, bentuk bayang-bayang Mengeksperimen. mereka sendiri. KBKK : 2. Murid juga bebas memilih Menjanakan idea, lima objek (seperti kotak Menghubungkaitkan.
  • 11. Indikator amalan 3.2.3Membuat wajaran dengan betul pensel, kasut, cawan plastic, kereta mainan dan lain-lain) untuk melihat bayangbayang yang terhasil dalam kumpulan. 3. (jika cuaca tidak mengizinkan, lampu akan digunakan sebagai sumber cahaya). Gaya pembelajaran : Quadrant 1, Left ( Convergent ) Quadrant 3, Right ( Divergent ) 4. Murid melukis bentuk bayang-bayang yang diperhatikan. 5. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil pemerhatian. Contoh soalan : 1.Bagaimana keadaan di luar ini, terang atau gelap? 2.Adakah bayang-bayang sama dengan bentuk asal objek? 3.Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk? 4.Pernahkah kamu melihat wayang kulit? Apakah yang menyebabkan adanya bayang-bayang patung di hadapan skrin tersebut? Gaya pembelajaran : Quadrant 4, Right ( Divergent ) Selepas pelajar-pelajar membuat latihan dan ujikaji, mereka perlu diberi peluang untuk mencari aplikasi tentang fakta atau konsep yang telah dipelajari dan berkongsi dapatandapatan mereka dengan pelajar lain. Q3- (Aktiviti Otak Kanan) : Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti-aktiviti untuk mereka mencari idea-idea baru atau fakta-fakta tambahan selain dari fakta atau konsep yang telah diajar. Aktiviti mengajar yang boleh dijalankan secara individu atau kumpulan ialah ujikaji, projek, permainan, merancang satu pelan, sumbangsaran, atau aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan.
  • 12. Q4- (Aktiviti Otak Kanan) : Pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji atau pelan bertindak dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah penemuan, cuba jaya, projek, persembahan secara berkumpulan atau individu, main peranan, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan. 1. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Q2- (Aktiviti Otak Kiri) Murid-murid membuat kesimpulan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan. Gaya pembelajaran : Quadrant 2, Left ( Convergent ) : Pelajar-pelajar kemudiannya diberi peluang untuk mereka mencari idea-idea baru untuk membuat kesimpulan atau fakta-fakta tambahan selain daripada fakta atau konsep yang telah diajar. Pentaksiran Murid melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan bagi menilai tahap kefahaman murid-murid. Q4- (Aktiviti Otak Kiri) Gaya pembelajaran : Quadrant 4, Left ( Convergent ) : Selepas pelajar-pelajar diajar fakta atau konsep, guru haruslah memberi latihan-latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan pembelajaran serta menghayati fakta atau konsep yang diajar. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah membuat latihan, latihtubi, kuiz, ujikaji, temuduga atau aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri. Kesimpulan :  Penggunaan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah penting dalam menjayakan pembelajaran.  Guru juga perlu menyayangi para pelajar, mencintai matapelajaran yang diajar, memberi peluang serta melibatkan pelajar-pelajar yang bersifat imaginatif dan kreatif, teori analisis, praktik dan intuitif dinamik.
  • 13.  Pelajar-pelajar juga berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.  Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT .  Terdapat banyak kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.  Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran ialah yang menarik, menyeronokkan serta berpusatkan pelajar. Apa yang diharapkan ialah pelajar-pelajar berminat dengan penyampaian oleh guru seterusnya bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman di sekolah.