Tugasan 3-Kajian Tinjauan

1,490
-1

Published on

Published in: Education
2 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
1,490
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
2
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3-Kajian Tinjauan

  1. 1. TUGASAN 3 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 “KAJIAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH.” Disediakan Oleh: NUR LIYANA BINTI YUSOF M20121000154 Disediakan Untuk: PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
  2. 2. TUGASAN 3 PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH1.1 PengenalanPeranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyaitanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalampengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaankomputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativitipara pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasimenyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat,konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim,2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepadamasyarakat di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend danideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistemdan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusimaklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepadaprofesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untukmempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahanabab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukananjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukanlebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasimaklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagimelahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik danmembangunkan masyarakat dan negara. Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasiguru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. WinstonChurcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untukmengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan
  3. 3. TUGASAN 3pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpulmaklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikisdari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran kearah mendapatkan maklumat. Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputerdalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang manalebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebihmenekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaankomputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas,pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segeramelalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajarandilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam prosespengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senangmenggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yangsesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputermemerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasimenuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan padaperingkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastrukturICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantuperlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengankaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perludieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaranpelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasidan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.
  4. 4. TUGASAN 31.3 Pernyataan MasalahPenggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan ideadan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negaramembangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidangpengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dancabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalanganguru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikapnegatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurangICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT danmultimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranyakajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amatmencabar kerana mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasarmeningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahanera ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalampembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasaripembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah diMalaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICTperlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan danpembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyaikelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripadakomputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dankemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedahpengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepadapenggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumatdan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra
  5. 5. TUGASAN 3pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satuhalaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapatmengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknikjuga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yangterdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakanbanyak kos.1.4 Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti penggunaan ICT dalamproses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah iaitu :- a) Membandingkan kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar. b) Menyenaraikan dan menjelaskan pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah. c) Menjelaskan penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. d) Menjelaskan kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. e) Menjelaskan sikap dan penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer.
  6. 6. TUGASAN 31.5 Persoalan KajianUntuk menangani masalah ini, penyelesaian perlu dikemukakan bagi persoalan yangberikut :- 1) Apakah kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru? 2) Sejauh manakah guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan? 3) Apakah kepentingan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan di sekolah menengah? 4) Apakah kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan di sekolah menengah?
  7. 7. TUGASAN 31.6 Kepentingan KajianPenggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan ideadan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajiantelah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih(Zulkifli dan Raja Maznah, 1994), guru mempunyai sikap dan persepsi yang positifterhadap penggunaan IT dalam pendidikan (Ambigapathy dan Suthagar, 2003), danperanan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah (Downes, 1993). Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, &Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestariatau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ramai penulismenyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektifpembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiriserta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkansimulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satudaripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadappenggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yangpenting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah(1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorangbagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisianmerupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaankomputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa gurumenggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik sertaberkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasidengan ibu bapa serta pelajar.
  8. 8. TUGASAN 3 Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalamkalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkajisikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjauhubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengankomputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar(2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsiyang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetujubahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, dapat dirumuskanpendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positifterhadap pembentukan sikap para guru.1.7 Batasan KajianPenyelidikan mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru sekolah menengah adalah di kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu diSekolah Menengah Methodist dan di Sekolah Menengah Muhibbah. Penyelidikan inimeliputi aspek-aspek seperti sikap guru, peranan ICT dan kekangan / cabaranpenggunaan ICT.Selain itu, penyelidikan ini juga untuk mendapatkan maklumat mengenai ICT dalampendidikan guru dan melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaranpembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Malah peneylidikan inimeliputi bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasiguru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
  9. 9. TUGASAN 31.8 Definisi IstilahGlobalisasia) Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskanoleh kemajuan pesat ICT.b) Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dansebagainya (Abd. Rahim, 2005).Wawasan ICTa) Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yangberdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologimaklumat.ICTa) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputerperibadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnyasoftware.Pengajarana) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaankemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaranberlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
  10. 10. TUGASAN 3tempat dan pada sebarang masa serta embelajaran akan membawa kepada perubahanpada seseorang.b) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuanuntuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau jugaberpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran,perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antarapelajar dengan pelajar.c) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperolehilmu pengetahuan dan menjalani latihan.Literasi Komputera) Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksudmempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinyayang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.b) Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiranseseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepadasituasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskanmaklumat.c) Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luasbukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendaliankomputer.
  11. 11. TUGASAN 3 LAMPIRAN ABorang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 araspersetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut.Rujukan pernyataan:Aras persetujuan SkorSangat Tidak Setuju (STS) 1Tidak Setuju (TS) 2Setuju (S) 3Sangat Setuju (SS) 4Bahagian AHubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu MengajarSTS TS S SSContoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 41. Saya sangat minat belajar Matematik bilaguru menggunakan Bahan Bantu Mengajarsemasa mengajar. 12342. Saya tidak suka belajar Matematik tanpaBahan Bantu Mengajar. 12343. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya gurutidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasamengajar. 12344. Saya merasa seronok belajar Matematikdengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 12345. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar olehguru menjadi motivasi kepada saya untukmengikuti pelajaran Matematik. 1234
  12. 12. TUGASAN 36. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupunguru menggunakan Bahan Bantu Mengajarsemasa mengajar. 12347. Saya berasa seronok belajar Matematik jika gurumenggunakan Bahan Bantu Mengajar 12348. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasapengajaran dapat mengekalkan minat saya padasubjek Matematik. 12349. Minat saya pada Matematik bertambah bila gurumenggunakan Bahan Bantu Mengajar dalampengajarannya. 123410. Saya berminat membuat latihan Matematik yangdisediakan oleh guru pada lembaran kerja. 123411. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh gurutidak langsung menarik minat saya padaMatematik. 123412. Pembelajaran Matematik tidak menarik denganpenggunaan Bahan Bantu Mengajar. 123413. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh gurutelah mendorong minat saya untuk lebih rajinbelajar Matematik. 123414 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarikdengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 123415. Saya minat membuat latihan Matematik yangterdapat dalam buku rujukan selain yang diberioleh guru. 123416. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematikapabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketikamengajar. 1234
  13. 13. TUGASAN 3Bahagian BCiri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh gurusesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 123418. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh gurudapat dilihat dengan jelas. 123419. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh gurumenarik perhatian saya. 123420. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh gurukemas dan mudah digunakan. 1234Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan 1234oleh guru semasa mengajar.Jenis BBM STS TS S SS21. Bahan bercetak 123422. Bahan bukan bercetak 123423. Bahan 3D 123424. Bahan Tayangan 123425. Bahan audio 123426. Bahan video dan komputer 1234*SELAMAT MENJAWAB**TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*

×