Your SlideShare is downloading. ×
Bakhil
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
550
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
5
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SIFAT-SIFAT MAZMUMAH BAKHIL1-PENGENALAN TAJUKDEFINISI: al-syuhh atau bakhil adalah suatu sifat menahan diri dari memberi,meskipun keperluan peribadi telah berjaya dipenuhi Juga bermaksud lokek,tangkai jering,pelit,kikir dan tamak Disebut dalam Surah Al-Lail,ayat ke-8 “Sebaliknya orang yang bakhil(daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.”KAMUS DEWAN: Tidak rela memberikan atau meminjamkan barang kepunyaannya Popular dengan istilah “kedekut”2-DALILAL-QURAN: Firman Allah SWT, “Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil(kedekut) kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil(kedekut) Surah Muhammad,Ayat 037, “Tabiat kamu wahai manusia)Jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda serta mendesak kamu memberikanNya,necsaya kamu kamu akan berlaku bakhil(kedekut),dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu. Surah Al-Furqan,Ayat 067, “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil(kedekut) dan (sebaliknya)perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil )itu. Surah Al-Taubah,Ayat 067, “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan,setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain;mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula mengenggam tangannya(bakhil,kedekut).Mereka telah melupakan(tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan(tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu,merekalah orang-orang yang fasik.
  • 2. HADIS: Maksud Hadis Nabi SAW: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat . Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”(HR Bukhari) Daripada Ali bin Abi Talib RA,Nabi SAW bersabda; Maksudnya: “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.” (Hadis Riwayat Al-Tarmizi)-sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama Baginda. Menurut pandangan yang lain,wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama Baginda. Manakala ketika disebut nama Baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. Sabda Rauslullah SAW: “Orang yang bakhil jauh daripada Allah,jauh daripada manusia,jauh daripada syurga dan dekat dengan neraka. Orang jahil yang dermawan lebih disukai Allah berbanding ahli ibadah yang bakhil;penyakit yang paling kronik adalah bakhil.3-HURAIANKESAN BERSIFAT BAKHIL: Dibenci Allah. Kebencian Allah ini boleh membawa kepada kesempitan dan kesusahan hidup nanti. Menampilkan suatu kebodohan.Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang yang bakhil dan kedekut.Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu,orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan. Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia,terutama dalam kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai dalam kalangan mereka yang sendiri. Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya,bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya,tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Mendapat celaan manusia dan seluruh isi dunia dan mendapat seksaan serta azab daripada Allah SWT di akhirat kelak.
  • 3. CARA MENGELAKKAN BERSIFAT BAKHIL: Selalu mengingati kematian,menginsafi kematian orang lain dan menginsafi bahawa manusia tidak dapat memanafaatkan hartanya,kecuali semasa hidupnya. Kita harus mengurangkan kehendak sendiri, sehingga keiniginan untuk memperoleh harta yang banyak akan berkurangan. Merenungi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang mencela sifat bakhil,memuji sifat dermawan,serta memberi ancaman hukuman bagi orang yang orang yang bakhil. Banyak mengambil iktibar daripada keadaan masyarakat yang bakhil,bagaimana orang menjauhi dan mencela mereka. Sehingga pada saat itu kita akan tahu hakikat perasaan orang lain terhadap diri si bakhil. Kita hendaklah sedar bahawa tidak ada cara lain untuk memanafaatkan harta kita kecuali dengan menginfakkannya ke jalan Allah. Selalu bersifat qonaah akan membuatkan kita tidak memerlukan sesuatu lebih daripada hadnya.Sedangkan menikmati kenikmatan dunia akan membuat kita selalu menginginkan lebih. Keadaan tidak memerlukan kelebihan lebih sempurna daripada keadaan yang selalu memerlukan sesuatu.4-KISAH PENGAJARAN PADA ZAMAN NABI SAWMuhammad Bin Yahya tergolong seorang yang kaya,tetapi kedekut. Kedekutnyatelah mencapai tahap yang maksima iaitu kedekut yang agak luar biasa sehinggateman-teman ramai membuat bidalan mengenainya. Suatu hari seorang lelakimelihat seorang kaum kerabat Muhammad bin Yahya memakai baju yang sudahlusuh dan bertampal. “Apakah Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberimupakaian barang sehelai apabila melihat keadaanmu seperti ini?” tanya lelaki itukepada saudara Muhammad Bin Yahya itu. “Engkau senang sahaja bercakap sepertiini. Demi Allah sekiranya dia mempunyai rumah dari Baghdad hingga keNaubah(negeri Sudan) yang dipenuhi dengan jarum,kemudian datang Nabi Yaakubbersama para Nabi yang lainnya dan juga para malaikat merayu kepada MuhammadBin Yahya agar sudi meminjam sebatang jarum kepada Nabi Yaakub untuk menjahitbaju Nabi Yusuf yang dikatakan koyak di belakangnya akibat ditarik olehZulaikha,nescaya Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberinya pinjam.Bagaimana dia akan memberi saya sehelai pakaian sehelai pakaian secarapercuma?Mustahil!.” Jawab saudara Muhammad Bin Yahya pula.Imam Ghazali menceritakan bahawa seseorang telah bertamu ke rumah temannyayang terkenal bakhil.Sehingga berjam-jam dia bertamu, tapi tidak dihidangkan apa-apa makanan,akibatnya si tetamu berasa lapar. Tiba-tiba si tuan rumah mengambilgitar dan bertanya kepada tetamunya, “lagu apa yang engkau inginkan?”. “ Lagudaging goreng.” Jawab tetamunya.

×