Tugasan 2 kanak2 khas
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tugasan 2 kanak2 khas

on

  • 16,690 views

 

Statistics

Views

Total Views
16,690
Views on SlideShare
16,690
Embed Views
0

Actions

Likes
14
Downloads
875
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan 2 kanak2 khas Tugasan 2 kanak2 khas Document Transcript

  • TUGASAN 2 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS KUMPULAN UPSI-A03 ( A112PJJ ) PENSYARAH PUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMAD NAMA NO. ID NO. TELEFONNURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807 019-7166070 801204-14-5448 019-5173776 1
  • ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman1.0 Konsep Keperluan Khas 32.0 Jenis-jenis kecacatan 4-8 2.1 Kanak-kanak Bermasalah 2.2 Kanak-kanak Autisme 2.3 Masalah Autisme3.0 Masalah Sampingan Autisme 8-94.0 Pakar-pakar terlibat dalam menangani Autisme 10-11 4.1 Mendiagnostik Autisme 4.2 Perkhidmatan untuk kanak-kanak Autisme5.0 Pelan Tindakan Membantu Kanak-kanak Austisme 9-12 5.1 Pendekatan Guru 5.2 Intervensi LEAP 5.3 Floor Time 5.4 TEACCH 5.5 Kelas Transisi 5.6 Program Sekolah di rumah6.0 Masalah Penglihatan 14-14 6.1 Konsep Masalah Penglihatan 6.2 Amplypio (Mata Malas)7.0 Masalah Sampingan masalah penglihatan 14-168.0 Pakar-pakar terlibat dalam menangani masalah penglihatan 16-20 8.1 Tip Ujian Ketajaman Penglihatan9.0 Pelan Tindakan 20-21 9.1 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian 9.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 9.3 Strategi Pembelajaran dan Intergrasi Kelas10.0 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebagai 21 tindakan pembelajaran yang lebih berkesan.11.0 Kesimpulan 22-23 Bibliografi 23 2
  • 1.0 Konsep keperluan khas Perbezaan kognitif, sosial, emosi dan rohani dalam kanak-kanak di dalam sesebuahbilik darjah merupakan perkara biasa. Namun demikian, kadang kala seseorang guru akanberhadapan dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara serta tidak mengikuti norma-norma perkembangan kanak-kanak yang normal seperti keupayaan kognitif, fizikal yang terhad,kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Malahan, kanak-kanak ini juga menghadapimasalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah pintar cerdas dan masalah pembelajaran.Secara amnya, kanak-kanak ini juga dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas Menurut Mahmood Nazar (2000), kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanakistimewa ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasankeupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidupbermasyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Manakala McDonnell (1995) pulamengklasifikasikan pelajar-pelajar yang berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa inikepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatanderia serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Terdapat juga dalam kalangan kanak-kanak ini mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkahlaku. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripadamurid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan,bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003dalam Sheila & Samsilah 2006). Berdasarkan definisi berkeperluan khas bolehlah dirumuskanbahawa kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yangmempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran danpembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa. 3
  • 2.0 Jenis-jenis keperluan khas (kecacatan utama kes yang diperhatikan)2.1 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengangguproses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsiankanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan sosial), penguasaanbahasa lisan (pertuturan) dan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik.Secara umumnya, kanak-kanak ini boleh dikenal pasti melalui beberapa cara. Biasanya, kriteriayang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami kanak-kanak tersebut berbandingdengan kejayaan mereka. Kadang-kadang cara seseorang itu bertutur, cara dia memberisebaba atau alasan apabila disoal, cara dia menerangkan sesuatu, gerak gerinya dan jugakebersihan dirinya dijadikan kriteria untuk guru-guru mengesan kanak-kanak istimewa ini. Secara umumnya, kriteria yang digunakan ialah tahap ekpekstasi atau harapan yangpatut dicapai oleh seseorang pelajar pada sesuatu peringkat umur. Ekpesktasi ini pulaberasaskan norma-norma tahap pencapaaian pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosisosial dan intelek bagi majoriti kanak-kanak. Lazimnya, golongan ini mempunyai atau mencapaipertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek secara perlahan danamat berbeza dengan kanak-kanak normal. Justeru, kanak-kanak bermasalah pembelajaran inimemerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalahyang mereka hadapi agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermaknabersama keluarga dan masyarakat sekeliling. 2.2 Kanak-kanak Autisme Autisme atau autistik adalah satu kategori ketidakupayaan atau suatu gangguanperkembangan interaksi sosial dan komunikasi, gangguan deria pola bermain dan perilakuterbatas serta berulang. Tanda-tanda ini semuanya dimulai sebelum anak berusia dua atau tigatahun. Dalam konteks ini, Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang palingsukar untuk memahami. Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insidenadalah lebih kurang 5 - 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalamisindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. 4
  • Trend pendidikan masa kini menggalakan murid autisme ditempatkan belajar bersamamurid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada muridautistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat disekolah Kebiasaannya, sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelakidibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kannerpada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepashampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak diketahui lagiwalaupun ada bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman, 1981). Menurut Power (1989) tingkah laku anak dengan autisme adalah adanya 6 gangguaniaitu interaksi sosial, komunikasi (Bahasa dan Pertuturan), perilaku, pola bermain, gangguansensori motor iaitu motor kasar dan motor halus dan kategori gangguan keenam ialahperkembangan terlambat atau tidak normal. Hakikatnya, kanak-kanak autisme seringmenimbulkan kekeliruan bagi penjagaannya kerana mereka kelihatan normal tetapimemaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapanyang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yangserius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dankomunikasi (Rujukan Laman Web).2.3 Masalah Autisme a. Masalah komunikasi. Seseorang kanak-kanak autisma biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasaseperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahappenggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya ,jika seseorang bertanya "sudah makan? ", dia menjawab "sudah makan". Jika ditanya "sudahminum ?" , dia jawab "sudah minum ". Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia tidakpandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "takmahu minum "dan sebagainya. b. Suka bersendirian. Masalah paling ketara ialah kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kebolehanberinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri.Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai,dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat 5
  • gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta dan bisu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh dan berlainan daripadakanak -kanak biasa. Kanak-kanak autisme biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jamlamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itudiambil, dialihkan atau hilang. Kebanyakan kana -kanak autistik akan menunjukkan tingkah lakuyang bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan, menjengkit-jengkitkankakinya apabila berjalan, memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat-alat permainanseperti mangkuk-mangkuk plastik serta mengumpul batu-batu, bermain suis lampu dansebagainya . Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dansosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian, didapati hampir30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanakyang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi, anak mereka tidak sukadidukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanyasudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibuyang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dari usia sembilan bulan ke atas sudah gemarmengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak-kanak autistik jarangberbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak autistik yang didapati normal perkembanganmereka tetapi mula menunjukkan ciri-ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakansudah boleh bercakap seperti kanak-kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang samasekali. Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanak autismeada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran merekalebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialamikanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usahamenggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autistiksukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secaralangsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang suka mencederakan dirimenandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurangdaripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan.Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan. Jika selesa berbahasaInggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa juga dan ibu bapa disaranmenggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan mereka. Ini penting dalam 6
  • mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism dan memudahkan komunikasi ketika merekaberada bersama masyarakat. c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan Kanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahumenerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta seringmenunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda keretamainan berpusing. Mereka juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Contohnyamereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan menunjukkanperlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan sering menunjukkan pergerakan yangpelik dan serta melakukannya berulang-ulang. d. Masalah tingkah lakuMasalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu; i. Suka mengasingkan diri. Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yangterlampau dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yangtidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akan dicederakan oleh kanak-kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat untuk mencederakan sesiapa. ii. Kumpulan pasifKanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahamikeadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanyaterbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah laku merekabersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku di sekeliling mereka.Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka. iii. Tidak tahu bersosial 7
  • Oleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya tidaktahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan kemampuandirinya untuk berinteraksi dengan orang lain. iv. Aktif tetapi berperangai pelikKanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya merekadiejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli, tetap dengansikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan.3.0 Masalah sampingan kanak-kanak Autisme Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungansosial dan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama adadipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Malahan,pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksiyang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentangmata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkanmasalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaanmuka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan denganorang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yangdigelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggupmenggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkanbadan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang lainiaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak autisme inikeluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar diperoleh keranatumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli belah,bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatirkalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan. Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untukmemastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekanorang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini seringmenyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar 8
  • mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yangmemerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik-beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka. Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak terlepasdaripadamasalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawandatang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebihsering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan inimungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya ada juga jiranyang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan memberi komen yangmembina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang berkeperluan khas malah adajuga yang mengambik kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut. Realtinya inilahyang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu untuk berhadapan dengan dunia luar. Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha merekamencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugatkestabilan rumah tangga mereka. Tetap , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasanganyang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetapmempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu bapa amnya perlu ada rasakebertanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala-galanyadan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat kestabilan rumah tanggamereka. Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripadapenjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluargayang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu.Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik sertabijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh sebab itu,penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang 9
  • terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya.Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.4.0 Pakar terlibat dalam menangani isu Austisme 4.1 Mendiagnostik Autisme Jika kanak-kanak memperlihatkan beberapa gejala di atas segera hubungi ahli psikologi,doktor pakar perkembangan kanak-kanak, psikitaris kanak-kanak atau neurologis autistik.Penaksiran akan dilakukan untuk segera melalui terapi-terapi terstruktur. Maka peluangperubahan ke arah tingkah laku normal akan dilakukan. Malahan, pakar-pakar yang berkaitandengan autistik hendaklah berperanan sebagai pembantu dalam memastikan anak autistikdapat diagnos dan dipulihkan di samping mendapat kerjasama yang jitu daripada semualapisan masyarakat. Kerjasama ini akan dapat membantu anak-anak autistik membesar danberkembang mengikut potensi diri seperti anak-anak biasa sebayanya serta memberi peluangkepadanya untuk berjaya. 4.2 Perkhidmatan untuk Kanak-kanak Autisme (Services for young children with autism) Program pendidikan berstruktur dan pengurusan di peringkat awal umur bolehberperanan meningkatkan kefungsian apabila dewasa kelak (Howlin, 1997). Pakar akanmengenal pasti dan mendiagnosis autisme di peringkat awal lagi menyediakan ruang kepadaperkhidmatan yang bersesuaian yang menghasilkan prognosis yang lebih baik. Intervensi lebihawal boleh mengurangkan halangan atau menghadkan penempatan murid. Bimbingan tingkahlaku yang intensif dan berterusan kepada kanak-kanak misalnya dapat memberi kesanperubahan yang cukup ketara. (Smith, Etkeseth, Klevstrand, and Lovaas, 1997). 15% berjayamengurus diri apabila dewasa dan 15-20% mampu berfungsi dengan baik (Sparrow, 1997). 10
  • 4.3 Peranan pakar kaunseling dalam menangani kanak-kanak autistik Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yangditakrifkan sebagai ‘Sindrom Autistik’ merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaianyang komprehensif perlu dijalankan. Ini memerlukan riwayat yang teperinci dan pemeriksaanfizikal serta menilai perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukanuntuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan mengendalikan rawatan anak sepertiyang telah disyorkan oleh para profesional di klinik. Ini memerlukan kesabaran, pengorbananmasa, tenaga dan kewangan. Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai danperhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan. Setiap kanak-kanak autistik memerlukan program rawatan tersendiri memandangkankepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yangmemerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapipemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan.Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan dibekalkan alat pendengaran serta terapimanakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanakkanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang bolehmemberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteramserta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantumereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehandan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu dikikis. Redalahdengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakanprogram pemulihan. Matlamat rawatan bersama kaunseling adalah supaya kanak-kanak iniboleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usahameningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan. Dalamkonteks ini, dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agarsesuai dengan usia serta keadaan . Ironinya, bimbingan pakar kaunseling dalam membantu ibu bapa juga adalah pentinguntuk meningkatkan keyakinan ibu bapa dalam menangani anak hiperaktif. Pencegahanamatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibu bapa perlu sedar akan betapa 11
  • pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakit-penyakit kepada zuriat mereka. Sewajarnya mereka perlu menimbulkan kekhuatiran merekatentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesikaunseling dengan para profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifatcemas dan was-was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif, SindromDown, Autisme, kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh anak orang lain. Apa yangpenting ialah dapatkan penjelasan dan kaunseling dari para profesional yang arif. Hal inidemikian kerana dengan ilmu, sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat, justifikasinyakeadaan sebegini dapatlah dihindarkan.5.0 Pelan Tindakan untuk membantu kanak-kanak Autisme 5.1 Pendekatan Pengajaran guru Seseorang guru boleh menggunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambaruntuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Padaperingkat awal, seseorang guru perlu menggunakan bantuan visual selama satu hingga duaminggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolahderia visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajardengan mudah. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai masalah dalam memberi tumpuanterhadap pengajaran guru. Guru perlu mendidik murid cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beraturmengikut susunan (how to takes turn). Guru juga perlu menggunakan cara hubungankomunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakanpandangan mata (eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenangdan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembalikepada cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. 12
  • Alunan muzik adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan positif murid-murid autisma. Justeru, alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun sepertidi dalam kelas khas adalah penting bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yangmudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit downand turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan danmeniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktissetiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat. Guru juga boleh menggunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikansesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supayakanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap,kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya ‘dalam kiraan lima kitaakan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. 5.2 Intervensi LEAP (Learning Experience and Alternative Program for preschooler and parents) Intervensi LEAP menggabungkan Developmentally Appropriate Practice (DAP) dantehnik ABA dalam sebuah program inklusif. Teori pembelajaran yang berbeza digabungkanuntuk membentuk kerangka konsep. Kaedah ini ada kelebihan dan kekurangan pada kanak-kanak autistik. Model LEAP menggunakan teknik pengajaran reinforcement dan kawalanstimuli. Asasnya adalah; Semua kanak-kanak mendapat faedah ruang lingkupnya. Kanak-kanak autistik semakinsembuh jika intervensi berlaku konsisten di rumah, sekolah, atau masyarakat. Keberhasilansemakin besar jika ibu bapa dan guru bekerja bersama-sama. Kanak-kanak autistik salingbelajar dari rakan sebaya mereka. Intervensi haruslah bersifat terancang, sistematik danindividual. Kanak-kakak yang memerlukan perhatian khusus dan yang normal akan mendapatkeuntungan dari kegiatan yang mencerminkan DAP. 13
  • 5.3 Pelan Tindakan Pendekatan Floor Time: Pendekatan Floor Time berdasarkan pada teori perkembangan interaktif yangmengatakan bahwa perkembangan ketrampilan kognitif dalam 4 atau 5 tahun pertamakehidupan didasarkan pada emosi dan relationship (Greenspan & Wieder 1997a). Jadihubungan pengaruh dan interaksi merupakan komponen utama dalam teori dan praktik modelini. Greenspan mengembangkan suatu pendekatan perkembangan terintegrasi untuk intervensianak yang mempunyai kesukaran (severe) dalam berhubungan (relationship) danberkomunikasi, dan teknik intervensi interaktif yang sistematik inilah yang disebut Floor Time.Kerangka konsep program ini ialah pentingnya relationship, enam acuan (milestone) sosialyang spesifik dan teori hipotetikal tentang autistik. 5.4 Pelan Tindakan Pendekatan TEACCH (Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children) TEACCH merupakan program nasional di North Carolina USA, yang menangani autistik,secara bersistem dan tindakan yang bebas. Program TEACCH menyediakan tindakan yangberkesinambungan untuk individu, keluarga dan lembaga tindakan untuk kanak-kanak autistik.Tindakan dalam program ini termasuk diagnosa, terapi, rundingan, kerjasama denganmasyarakat sekitar, keperluan hidup dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan keluargayang spesifik.Para pelapis dalam program TEACCH perlu memiliki pengetahuan dalamberbagai bidang termasuk, speech pathology, kumpulan kemasyarakatan, intervensi terkini,pendidikan khas dan psikologi. Konsep pembelajaran dari model TEACCH berdasarkan tingkahlaku, perkembangan dan dari sudut pandang teori ekologi, yang berhubungan erat dengan teoridasar autisme. 5.5 Kelas transisi Kanak-kanak belajar secara intensif dan berstruktur. Hal ini demikian kerana ia adalahkelas persiapan dan pengenalan kepada pengajaran dengan kurikulum sekolah biasa, tetapimelalui cara pengajaran yang berbeza di mana kelas kecil dengan jumlah guru yang besar, 14
  • dibantu dengan alat audio visual, interaksi yang jelas, padat dan konsisten. Selain itu, bentukkurikulum dari berbagai bidang ilmu psikologi, pedagogi, speech patologist, terapis, guru danibu bapa dan sukarelawan. Dalam pada itu, perlu disediakan tempat khusus (special unit)apabila kanak-kanak memerlukan terapi, Malahan, pihak sekolah misalnya perlu mempunyaiProgram Pendidikan Individu sesuai dengan kemampuannya. Ironinya, pengidap autistik perludidampingi oleh seorang terapis yang berfungsi sebagai guru pembimbing khas (GPK).Tugasnya ialah membantu guru kelas jika diperlukan, sehingga proses pengajaran dapatberjalan lancar tanpa gangguan. 5.6 Program Sekolah Di rumah (Homeschooling Program) Kanak-kanak autistik yang non verbal, kerencatan mental, masalah psikmotor danauditory sebaiknya diberi kesempatan ikut serta dalam Program Sekolah Di rumah. Melaluibimbingan para guru dan terapis serta kerjasama yang baik dengan ibu bapa serta orang-orangdisekitarnya, potensi anak dapat dikembangkan. Kerjasama ini merupakan cara terbaik untukmengeneralisasi program dan membentuk hubungan yang positif antara keluarga danmasyarakat. Kerjasama ini memberi kesempatan untuk mendapat persamaan pendidikan yangsetara dengan sekolah biasa untuk bidang yang ia kuasai6.0 Masalah penglihatan 6.1 Konsep permasalahan penglihatan Kanak-kanak cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadarkecekapan penglihatan antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan berbanding dengankanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanak-kanak cacat penglihatan dalam beberapa jenis iaitu kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh,rabun malam, rabun warna, katarak, amblypio dan juling. Antara punca cacat penglihatan ialahkesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun kerosakan saraf optik atau menghidappenyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya. Dalam konteks ini, kecacatanpenglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. Kanak-kanak cacat penglihatansudah pastinya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat. Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanakyang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Pada masa lampau, kanak- 15
  • kanak bermasalah penglihatan dianggap sebagai murid-murid yang mengalami kecacatan.Mereka dianggap sebagai individu yang tidak boleh memberi apa-apa sumbangan kepada dirisendiri, keluarga dan masyarakat. Kanak- kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurangmampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalahkepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akanmenjejaskan pembelajarannya. Kebanyakan daripada kanak-kanak ini boleh dan mestidipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai. 6.2 Amblyopia (Mata Malas) Amblyopia atau mata malas adalah keadaan di mana ketajaman penglihatan tidakmencapai tahap 6/6 dengan preskripsi cermin mata terbaik tanpa ada sebab-sebab patologilain. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun yang menjadi sebab utama berlakunyaamblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidakterfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan.Dalam keadaan ini pembetulan kerabunan perlu dibuat secepat mungkin agar amblyopia tidakberlaku. Amblyopia boleh terjadi sekiranya seseorang kanak kanak lewat mendapatkan rawatanterhadap masalah kerabunan. Ini terjadi kerana berlaku halangan terhadap perkembanganfungsi penglihatan apabila seseorang kanak kanak rabun. Amblyopia juga disebut sebagaimata malas. Ini kerana mata yang rabun, terutama dalam kes kuasa mata yang tidak samaantara mata kiri dan mata kanan, hanya satu mata yang digunakan untuk melihat sesuatuobjek. Akibatnya, tiada rangsangan cahaya pada mata yang tinggi kuasa rabunnya. Inimenyebabkan mata tersebut tidak memfokus pada objek yang hendak dilihat. Jadi, sistemfungsi penglihatannya tidak berkembang. Apabila ini terjadi, keadaan binokular pesakit tidakberkembang dan mata akan menjadi juling. Kejulingan juga menjadi faktor penting terjadinya mata malas. Kejulingan menyebabkanpaksi penglihatan berubah dan cahaya tidak terfokus pada FOVEA iaitu titik peka pada retinadan boleh juga menyebabkan amblyopia. Pembetulan masalah penglihatan perlu dilakukansebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem penglihatan berkembang dengannormal. Bagi kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata kasar, pemeriksaan pertamaterhadap kesihatan mata harus dilakukan ketika berumur empat tahun atau ketika mulamemasuki tadika. Ujian menyeluruh terhadap mata perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatanmata, bukan sekadar menguji tahap penglihatan atau tahap kerabunan sahaja. Malahan, ramai 16
  • antara kita tidak mengetahui bahawa kejulingan pada kanak-kanak boleh terjadi akibat rabunterutamanya kerabunan yang berlaku sebelum kanak-kanak berumur empat tahun. Sekiranya tahap kerabunan antara kedua-dua mata tidak sama, mata yang lebih rabunberkemungkinan besar akan juling. Ini kerana imej kabur dari mata tersebut tidak akanditafsirkan oleh otak dan akibatnya mata tersebut tidak akan menumpu pada objek yang hendakdilihat. Lama-kelamaan mata tersebut akan juling. Sistem penglihatan pada mata yang lebihrabun itu tidak akan berkembang dan akan menjadi amblyopia sekiranya tidak dibetulkan dariawal. Selalunya rabun jauh pada kanak-kanak akan menyebabkan juling keluar (exotropia)manakala rabun dekat akan menyebabkan juling ke dalam (esotropia). Kebanyakan kes juling yang terjadi secara begini boleh dibetulkan sekiranya pesakittersebut mendapat pemeriksaan mata awal dan mendapat preskripsi cermin mata yangsempurna dengan kaedah kaedah rawatan Ortoptik yang sesuai, kes kes kejulingan yangsecara begini boleh di atasi.Perkhidmatan Optometri yang profesional selalunya terdapatperkhidmatan rawatan Ortoptik terhadap masalah amblyopia dan kejulingan mata.7.0 Masalah Sampingan Masalah Penglihatan Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini ialah mereka tidak boleh menerokapersekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atasperkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah danperhatian yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru danrakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhaddalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannyadengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah mata. Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas. Input visual yangdilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objekyang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsidengan baik. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata ataumenutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosokmata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata merah dan membengkak. Kanak-kanak juga 17
  • sering mengadu pening kepala dan loya. Malahan, apabila kanak-kanak ini akan memegangbuku bukur terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka. Penglihatan kanak-kanak yang kabur ini sebenarnya mengganggu perkembangan otak.Hal ini demikian kerana input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkankanak-kanak mengenali pelbagai jenis objek akan mengganggu pembelajaran kanak-kanaksehingga menyebabkkan kanak-kanak itu tidak dapat mengenali objek yang dilihat keranabahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berkembang dan berfungsidengan baik. Dalam konteks ini, kanak-kanak dengan masalah ini hanya boleh mengenali objekyang besar dan ini akan mengganggu proses pembelajaran terutamanya kebolehan menulisdan membaca. Dalam pada itu, guru terpaksa mengambil masa yang agak lama untukpembelajaran kanak-kanak yang bermasalah penglihatan dalam menguasai sesuatukemahiran. Malahan, kanak-kanak yang cacat penglihatan turut mengalami masalah pembelajaranyang agak serius kerana pertumbuhan deria pancaindera mengalami masalah yang seterusnyasedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah adasegelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan lambat yang dikategorikansebagai multiple handicap.8.0 Pakar-pakar yang terlibat dalam menangani masalah penglihatan Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatanterutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screeningdiperlukan untuk mengesan keadaan ini. Apabila ambliopia disyaki, pakar mata akan mengujitahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksakan untukmengesan apa- apa penyakit. Rawatan bergantung kepada masalah yang menyebabkanambliopia. Jikalau ianya disebabkan oleh rabun, perskripsi cermin mata akan diberi untukmembetulkan penglihatan. Kalau sebelah mata lebih lemah penglihatannya, oklusi mata akandilakukan untuk mata yang lebih baik beberapa jam sehari untuk mengalakkan mata lemah itudigunakan lebih dan menghindari otak daripada membatalkan imej itu. Kalau penyakit katarakatau kelopak mata kuyu juga terlibat, pembedahan mungkin juga diperlukan. Tidak kira apayang menyebabkan ambliopia ini, ianya sangat mustahak untuk rawatan diberi dengan segerasupaya otak kanak-kanak boleh belajar cara yang betul untuk melihat benda. 18
  • Menurut doktor Dr Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi dariPusat Pengajian Sains Perubatan USM Kampus Kelantan kanak-kanak yang mengalamigejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruholeh doktor pakar mata. Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat danmengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas. Malahan, kanak-kanak yang mengalamimasalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasarefraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawaioptometris yang terlatih. Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yangdiperlukan oleh para pesakit. Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin matabagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka. Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagimemastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yangoptimum. Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mataselepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusimata di rumah. Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untukmerawat gejala mata malas. Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyaitahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas. Rawatan inimemakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakanmata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut. Rawatanoklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yangtinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yangmalas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi. Pesakityang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalanirawatan yang sewajarnya terlebih dahulu. Selepas menjalani rawatan yang khusus untukmasalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakansecara sistematik. Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikutjadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata. Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mataakan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit. Rawatan oklusibiasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit. 8.1 Tip ujian ketajaman penglihatan 19
  • Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaranbayi. Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mulamengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objekbesar ketika berumur empat bulan. Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan danakan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun. Beberapa ujianpenglihatan boleh dilakukan di rumah oleh ibu bapa bagi menilai tahap penglihatan anak-anakdan untuk mengesan sebarang masalah penglihatan.a. Ujian penglihatan cahaya – Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan.b. Menggunakan mainan yang sederhana besar – Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi. Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.c. Menggunakan gula-gula manik – Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula- gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza.d. Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.9.0 Pelan Tindakan bagi membantu masalah cacat penglihatan (amblypio) 9.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang bersesuaian 20
  • Kaedah penyampaian dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluankanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal.Namun demikian yang membezakan adalah pendekatan dan kaedah dalam P&P iaitu murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagiyang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program inijuga disediakan dalam 2 jenis iaitu di sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi programintegrasi). Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yangsesuai dengan ketidakupayaan mereka. Justeru, masa mereka di sekolah adalah masa yangamat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimunkan kesan kecacatanterhadap keupayaan mereka. Guru perlu menggunakan perkhidmatan sokongan apabilakurikulum dimodifikasi dan dan dipermudahkan. Sokongan yang diperlukan ialah khidmatbacaan, masa tambahan, kantar pembesar (magnifier) atau tulisn cetakan font saiz besar.Modifikasi terhadap kurikulum boleh dijalankan dengan membuat adaptasi terhadap kurikulum.Adaptasi yang dijalankan perlulah dirancang terlebih dahulu untuk mengelakkan kecekapanberkomunikasi serta bertujuan untuk meningkatkan keazaman diri dalam kalangan pelajar.9.2 Penggunaan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar yang sesuai Pelajar yang rabun menggunakan medium tulisan cetakan manakala pelajar yang butamenggunakan medium tulisan braille. Walaupun kanak-kanak ini rabun menggunakan tulisancetakan, tetapi pengubahsuaian dari segi saiz tulisan, penggunaan alat bantu seperti kantapembesar dan pencahayaan yang sesuai perlu dipertimbangkan semasa pengajaran di dalamatau di bilik darjah. Guru juga berperanan dalam menyediakan alat bantu mengajar yangberkesan agar mereka dapat mengikut pengajaran guru. Guru sewajarnya ingat perkara asasuntuk membolehkan pelajar ini berdikari ialah dengan penggunaan bahan bacaan yangpelbagai untuk mendapatkan maklumat seperti bahan bercetak, bacaan audio dan bacaanbraille. Penempatan pelajar yang mengalami masalah pengglihatan secara berasinganmemerlukan kurikulum alternatif yang memfokuskan kepada kemahiran hidup. Penggunaanperalatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyaibaki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberidi samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu. 21
  • 9.3 Strategi pembelajaran dan intergrasi kelas Strategi pembelajaran dan intergrasi kelas dapat membentuk proses sosialisasi murid.Walaupun begitu, pertautan ini akan menjadi lebih menarik dan efektif jika aktiviti yangdijalankan itu dapat disertakan dengan aktiviti fizikal seperti pendidikan jasmani.Penggabungjalinan aktiviti pembelajaran dengan aktiviti fizikal akan dapat merangsangperkembangan sosial yang lebih baik dan ia akan dipelajari secara semulajadi tanpamemerlukan penstrukturan pembelajaran. Pengekalan sesuatu tingkah laku yang diingini jugadapat diperkukuhkan melalui aktiviti ini. Guru perlu kreatif dalam menjalankan sesuatu aktiviti sebagai contoh penggunaan objekmaujud perlu diutamakan semasa pengajaran. Selain penggunaan rajah timbul untukmenambahkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep. Murid perlu diberi peluang merasaisendiri sesuatu situasi agar kefahaman yang ada dapat diperkukuhkan. Seterusnyamemantapkan lagi pemahaman perseptual mereka. Hanya latihan yang berulang kali dapatmembantu kanak-kanak cacat penglihatan ini memahami sesuatu konsep itu selainbersandarkan kepada umur mereka.10.0 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebagai tindakan pembelajaran yang lebih berkesan. Peranan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan di bilik darjahuntuk pelajar amblypio merupakan satu tindakan yang sistematik dengan matlamat utamanyaagar pelajar-pelajar ini belajar seiring dengan pelajar normal dan tidak ketinggalan dalampelajaran. Dalam konteks ini, guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyaisaiz yang besar dan sesuai atau bahan audio untuk membantu pelajaran pelajar amblypio.Dalam pada itu, seseorang guru yang kreatif boleh menyediakan bahan bacaan yang jelas,kreatif. Misalnya, hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakangkertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat yang dalam satu muka surat. Apa yang paling penting, semasa menulis pada papan hitam, guru boleh menyebutsecara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Sudah pastinya pengalamankanak-kanak ini diperluaskan dengan memberi aktiviti hand-on. Malah, untuk pengajaran yanglebih berkesan maka seseorang guru perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjahyang seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan 22
  • justifikasinya, pelajar yang mengalami masalah penglihatan dapat memberi akses yang mudahberada di dalam bahan-bahan pembelajaran.11.0 Kesimpulan Perkembangan kanak-kanak, awal remaja dan remaja yang mengalami masalahpembelajaran seperti autistik dan kecacatan penglihatan merupakan suatu perkara yangseharusnya menjadi agenda utama di dalam pendidikan di sekolah. Peranan guru dan ibu bapaamat diperlukan bagi membentuk sahsiah diri murid agar sejajar dengan perkembanganmereka. Membentuk keyakinan bagi murid yang berkeperluan khas memerlukan pelbagaimodul yang efektif dan percubaan yang tidak terbatas. Guru dan ibu bapa harus kreatif danberpengetahuan dalam membantu mereka bersosialisasi. Kekurangan dari ini akan memberiimpak yang negatif kepada emosi mereka dan seterusnya akan menjejaskan pencapaiankognitif mereka. Secara umumnya, semua kanak-kanak merupakan aset yang paling bernilai kepadanegara. Potensi mereka dapat dibangunkan untuk memberi sumbangan bagi memajukan sertamemakmurkan negara. Ini termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka jugamempunyai peranan yang penting dalam membangunkan negara. Justeru, kecacatan yangdialami tidak boleh dijadikan sebagai batasan dan alasan yang menyekat perkembangan diridan potensi mereka seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting, semua pihak perlubekerjasama dalam menangani isu kanak-kanak berkeperluan khas agar mereka diberi peluanguntuk menikmati hidup yang sempurna seperti insan lain. Tuntasnya, mereka perlu dibantuuntuk mendapatkan pendidikan yang diperlukan supaya dapat menjalani kehidupan yangsempurna seperti kanak-kanak lain. 23
  • Bibliografi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. 1998. Susunan oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book. Servis. Dr Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi dari Pusat Pengajian. Penjagaan Mata dan Kesihatan Mata. Sains Perubatan USM Kampus Kelantan Shahrin Ismail 1997. Deria Penglihatan: Penjagaan dan Rawatan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia Laman Web http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-228429.html http://www/scribd.com/doc/27262979/Menangani-Masalah-Anak-Hiperaktif Rawatan penglihatan kanak-kanak Afakia Oleh Dr. Haliza Abdul Mutalib [img] http://www/utusan.com.my/pix/2006/0709/Utusan Malaysia/Kesihatan/kn_ 02 big.jpg][/img] http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/pengamatan-penglihatan/ 24
  • http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdf 25