Tugasan 2 ekspresi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tugasan 2 ekspresi

on

  • 6,536 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,536
Views on SlideShare
6,536
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
161
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan 2 ekspresi Tugasan 2 ekspresi Document Transcript

  • TUGASAN 2 – KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK KUMPULAN UPSI-A03 ( A112PJJ ) PENSYARAH PROFESOR DATO DR AMINAH BINTI AYOB NAMA NO. ID NO. TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807 019-7166070 801204-14-5448 019-51737761
  • ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman1.0 Pengenalan 3-42.0 Tema 43.0 Rasional aktiviti yang dilakukan 4-54.0 Latar belakang aktiviti yang bakal dilaksanakan 5-11 4.1 Matlamat Persembahan Murid (Boria) 4.2 Selayang Pandang Persembahan Boria 4.3 Pelaksanaan Persembahan Boria 4.4 Teknik Persembahan 4.5 Skrip Lagu Boria 4.5.1 Mesej di sebalik lirik lagu dan sketsa Boria 4.6 Skrip Sketsa Boria5.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Aktiviti Boria dan Pertandingan Melukis Mural 126.0 Pertandingan Melukis Mural 13-16 6.1 Pengenalan 6.2 Tujuan Pertandingan Melukis Mural 6.3 Rasional Aktiviti Pertandingan Melukis Mural 6.4 Pelaksanaan Aktiviti 6.5 Anggaran Kos Perbelanjaan 6.6 Atur Cara Majlis Sambutan Hari Anti Dadah7.0 Unsur-Unsur Kreativiti dalam Aktiviti Murid 17-19 7.1 Persembahan Boria 7.2 Pertandingan Melukis Mural8.0 Unsur-Unsur Nilai dalam aktiviti murid 19-21 8.1 Memupuk Nilai Jati Diri 8.2 Seni Lukisan Penyambung Generasi Warisan 8.3 Pembentukan Komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid 8.4 Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika Kesenian 8.5 Menerapkan nilai positif kendiri murid 8.6 Memupuk Nilai Kasih Sayang9.0 Kesimpulan 21-23 Bibliografi 242
  • 1.0 Pengenalan Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan“Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telahdiberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program PendidikanPencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran Utama program ialah kepada murid, guru,kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pihak sekolah akan merancang aktiviti yang sudah pastinyaakan melibatkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping untukmengeratkan hubungan antara semua pihak yang menjayakan sambutan hari merdeka.Justeru, pelbagai bidang seni kreatif akan menjadi wacana bagi menjayakan setiap aktivitisambutan Hari Anti Dadah Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahanKementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokongSambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadahamat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan denganancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahayadadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain itu,menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang inisebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruhdemi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbangkepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti danmasyarakat. Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat PendidikanPencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah BebasDadah” menjelang 2013. Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Anti Dadah”merupakan kaedah terbaik penerapan nilai murni dalam diri murid. Malahan, program inidijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya dadah kepadamereka serta menanamkan budaya membenci dadah dalam kalangan murid-murid. Inimerupakan antara langkah pencegahan yang terbaik bagi menyahut seruan kerajaansupaya membenci dadah kerana dadah telah terbukti memusnahkan pemuda-pemudiharapan negara pada hari ini.3
  • Ironinya, apa yang penting dalam konteks sambutan hari Anti Dadah ialah setiap guruakan berusaha untuk melaksanakan aktiviti seni kreatif dengan berkesan agar matlamatsambutan Hari Anti Dadah dapat disalurkan dengan berkesan kepada murid sekolah sertamasyarakat setempat. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang berattentang pentingnya dijalin hubungan rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supayawujudnya kesefahaman dan perpaduan kaum dalam kalangan mereka. Berkonsepkanpenglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan peralatan, penggemblengan tenaga dankepakaran menjadi aspirasi dalam usaha untuk menjayakan aktiviti yang dilaksanakan semasasambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. 2.0 Tema: Tema Sekolahku Bebas Daripada Dadah adalah pemangkin ke arah usaha untuk menjauhidadah musuh negara yang bermula di peringkat sekolah. Dalam konteks ini, pendedahan awalyang dilakukan akan dapat membantu murid-murid mengenal pasti bahaya dadah yang bolehmengancam nyawa mereka. Murid-murid perlu kebal dengan maklumat yang diberi agarmereka dapat mengelakkan ancaman bahaya dadah. Tidak dapat dinafikan bahawa golonganini menjadi sasaran untuk terlibat. Setiap aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat membantumurid agar tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Faktor utama yang menentukan kejayaanProgram Pendidikan Pencegahan Dadah sangat bergantung kepada komitmen murid-muridsendiri. Komitmen murid menghayati segala nilai murni sepanjang berada di bangku sekolahmerupakan benteng yang ampuh bagi memerangi najis dadah. Pelaksanaan aktiviti-aktivitipendidikan bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turutmembuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan. 3.0 Rasional aktiviti yang dilakukan Rasional program sambutan ini diadakan bertujuan agar wujud kesedaran dalamkalagan kanak-kanak betapa bahayanya dadah kepada mereka. Melalui program sebegini,segala maklumat dapat disalurkan kepada mereka dengan lebih berkesan. Malah aktivitipersembahan yang diadakan sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai murni kepada merekauntuk menjauhi dadah iaitu musuh utama negara kita. Akiviti persembahan merupakan salahsatu kaedah yang dilakukan agar murid memahami bahaya dadah.4
  • Bagi memeriahkan sambutan hari Anti Dadah, jawatankuasa persembahan telahmerancang untuk menganjurkan beberapa aktiviti bertujuan menjayakan program sambutanHari Anti Dadah. Selain menyemaikan nilai murni dalam diri murid-murid, murid-murid dapatbelajar tentang teknik persembahan daripada guru-guru yang berpengalaman. Dua aktiviti yangbakal dijalankan semasa sambutan hari kemerdekaan ialah persembahan boria danpertandingan melukis mural anti dadah. Apa yang penting, kedua-dua aktiviti ini sudah pastinyaakan menyemarakkan lagi sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. Ini mendorong merekauntuk berlatih dengan lebih gigih agar dapat melaksanakan persembahan dengan jayanya.Sudah pastinya ini akan membentuk sikap murid-murid menjadi lebih berdisplin dan rajin dalammerealisasikan impian. Apa yang paling penting, guru berjaya mengaplikasikan kemahiranmurid dalam seni kreatif untuk menjayakan setiap persembahan yang diadakan di sampingmenerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid untuk menjadi insan yang cemerlang, kreatif daninovatif. Ironinya, aktiviti sebegini dapat meningkatkan keyakinan murid serta motivasi muriduntuk lebih berjaya. Tambahan pula, murid merupakan aset dan sumber tenaga manusia untukmasa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasinegara. Sementelahan pula, murid adalah golongan yang mempunyai potensi untukdibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yangdinamik dan progresif. Signifikasinya, aktiviti persembahan dalam kalangan murid dapatmembentuk kekuatan dalaman para murid seperti daya juang, ketahanan dankeyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui aktivitipersembahan guru yang dilaksanakan dengan terancang dan bersepadu. Dalam pada itu,kreativiti murid sudah pastinya dapat dibangunkan melalui kemahiran yang diluahkan dalambentuk persembahan boria dan pertandingan melukis mural.4.0 Latar belakang Persembahan Murid (Boria) 4.1 Matlamat Persembahan Boria 4.1.1 meningkatkan keyakinan murid untuk melakukan persembahan boria bersama rakan-rakan di samping melatih mereka agar lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan.5
  • 4.1.2 Mendedahkan kepelbagaian kebudayaan kepada murid-murid sekolah rendah untuk diaplikasikan dalam persembahan mereka seperti persembahan boria yang hanya didominasi oleh masyarakat Pulau Pinang. 4.1.3 Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama dalam satu kumpulan persembahan. 4.1.4 Mendorong guru untuk mendidik serta membimbing dengan lebih gigih. 4.1.5 Menerapkan nilai murni dalam diri peserta dalam usaha mengekalkan warisan budaya Malaysia 4.1.6 Memupuk perpaduan antara kaum dalam persembahan boria apabila kaum lain turut diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan aktiviti persembahan ini. 4.2 Selayang Pandang Persembahan Boria Secara umumnya, persembahan boria menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonanatau sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yangdikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boriatidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawairama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alatmuzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebihbanyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antaraalat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang,akordion, harmonika dan lain-lain (Sumber Laman Web Warisan Boria). 4.3 Pelaksanaan Persembahan Boria Mesyuarat pelaksanaan program Hari Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakansebanyak 2 kali dengan penglibatan semua guru. Dalam mesyuarat pertama yang diadakanuntuk melaksanakan program Hari Anti Dadah, dua aktiviti telah dipilih hasil perbincanganbersama iaitu persembahan boria dan juga pertandingan melukis mural. Ironinya, menjadiharapan semua guru agar aktiviti yang diadakan dapat menyemaikan nilai-nilai murni dalamkalangan peserta. Malahan, apa yang penting generasi muda khususnya murid-murid sekolahjuga berpeluang untuk menceburi aktiviti yang menguji kemahiran dan keyakinan murid ketika6
  • berhadapan dengan audien. Melalui mesyuarat tersebut, dua buah Ahli Jawatankuasa Kerjatelah dibentuk untuk melancarkan setiap aktiviti. Dalam konteks ini, persembahan boria menjadi wadah dalam menyampaikan saluranbermesej kepada penonton tentang peristiwa-peristiwa penting tentang bahaya dadah kepadamasyarakat. AJK guru persembahan boria bekerjasama dengan murid untuk menyiapkan liriklagu dan teks sketsa tentang kepentingan mengamalkan hidup sihat tanpa dadah. Apa yangmenarik dalam persembahan boria ini apabila guru telah membuka peluang kepada muridberlainan kaum untuk menyertai persembahan ini. Pelaksanaan misi Kementerian PelajaranMalaysia sudah pastinya tercapai untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalamkalangan murid sekolah melalui aktiviti persembahan yang dilaksanakan. Para peserta yang dipilih dalam kalangan murid perempuan tahun enam dan lima terdiridaripada 20-30 orang murid termasuk peserta skesta (lawak jenaka). Pelakon Sketsa seramai10 orang iaitu 2 orang memegang watak rakan baik, 3 orang murid memegang watak utamasebagai rakan penagih dadah dan 5 orang watak tambahan sebagai guru, guru besar dan muriddi sekolah. Sketsa berlatar belakangkan situasi persekolahan antara murid dan guru. Sketsabertajuk Jangan Kawan Dadah Bahaya yang mengisahkan seorang rakan yang berusahamembantu rakannya yang hampir terjebak dengan bahaya dadah. Masa persembahan selama15 minit untuk persembahan sketsa dan 10 minit untuk persembahan nyanyian. Latihan dibuatsetiap petang selama 1 jam setengah dibawah bimbingan Puan Syarifa Norniza dan PuanNorsiti. Pemilihan peserta dan latihan murid telah diadakan seawal 3 minggu sebelumpersembahan kemuncak sambutan Hari Anti Dadah. Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada lagu vokal dan tarianyang berulang-ulang. Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang penyanyi, iaitu seramai20 orang peserta. Peserta korus juga menari dan mereka ini digelar kelasi atau sailor,sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali sebagai tukang karang. Tukang karangini berdiri di pentas di hadapan mikrofon, manakala korus mengkehendaki penari berdiriberbaris-berbaris di belakang tukang karang. Bahagian kedua persembahan boria ini bermuladengan muzik instrumental oleh pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu yangberasaskan irama dan rentak cha-cha, rhumba atau tarian popular Barat yang lain. Serentakdengan muzik insrumental ini tukang karang menyanyikan senikata rangkap pertama. Rangkapini berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima tertentu yang tetap misalnya rangkap7
  • pertama dengan skema a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b dan seterusnya.Misalnya:Assalamualaikum kami ucapkan,Kepada anda semua rakan dan taulan;Boria Anti Dadah Kami Persembahkan,Agar Semua mendapat tauladan.EE..HAA!!! 4.4 Teknik Persembahan Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang diiringi oleh minus one yang disediakanoleh guru dan pada waktu yang sama korus/penari mula bergerak dengan langkah-langkahtarian tertentu. Korus/penari biasanya akan bergerak serentak. Apabila tukang karang selesaimenyanyikan rangkap pertama, korus akan mengulangi seni kata dan melodi rangkap itu sambilmenari mengikut rentak lagu. Selepas itu, tukang karang akan menyanyi rangkap kedua pulasementara korus, penari terus menari. Tukang karang dan korus/penari berselang-seli beginisehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan. Tema seni kata semua rangkap bertumpu kepada temautama cerita persembahan boria iaitu Jangan Kawan, Dadah Bahaya. Peranan Tukang Karang adalah penting dalam menyampaikan lagu. Tukang Karangbukan sahaja dipilih berdasarkan suaranya yang merdu tetapi apa yang lebih penting ialahmahir menyampaikan lagu. Hal ini demikian kerana seorang tukang karang yang baik mestiberupaya membawakan lagu dengan sempurna, lantang dan terang. Keupayaannya untukmemilih perkataan yang sesuai terutama untuk memuji perasmi jemputan adalah sesuatu yangsangat diharapkan untuk memancing derma yang lebih. Sebab inilah tukang karang menjadinadi penggerak untuk sesebuah kumpulan boria. Pakaian tukang karang juga agak istimewadaripada ahli-ahli lain dalam kumpulan. Guru mereka khas pakaian tukang karang agarkelihatan menarik dan memukau para penonton.8
  • Guru persembahan telah menyediakan Hand – Props yang akan digunakan semasa persembahan dan bersesuaian serta tidak mengganggu gerak tari. Contoh props yang sesuai digunakan adalah payung yang dihias, bendera, bunga manggar dan alatan ringan yang lain seperti gendang dan sebagainya. Dalam konteks penyediaan bahan, guru dan murid-murid bekerjasama menyiapkan props yang dihias agar kelihatan lebih menarik. Kepelbagaian warna digunakan untuk menjadikan prop dengan lebih ceria dan cantik. Pakaian semasa persembahan adalah berdasarkan kepada kreativiti guru dan yang paling penting adalah bersopan serta sesuai dengan lagu, tema dan jalan cerita persembahan sketsa dan rangkap boria itu sendiri. Guru persembahan dibantu oleh guru muzik menyediakan material untuk kostum yang berunsurkan budaya Malaysia pelbagai kaum. Perhiasan kepala (head gear) turut digunakan bersesuaian dengan persembahan boria seperti tarbus, songkok dan hiasan lain yang bersesuaian. Manakala Sailor dan Tukang Karang berpakaian sama konsep tetapi Tukang Karang digalakkan memakai pakaian yang lebih menonjol. Sailor akan memegang props semasa persembahan asalkan tidak mengganggu pergerakan tarian manakala Tukang Karang harus memegang tongkat kerana ianya adalah identiti Tukang Karang persembahan Boria Pulau Pinang dengan gerakan memusing-musing tongkat pada ketika yang sesuai. 4.5 Skrip Lagu BoriaAssalamualaikum kami ucapkan,Kepada anda semua rakan dan Taulan; Jangan bermain ditengahariBoria Anti dadah kami Persembahkan, Terik mentari pasti tak tahanAgar semua mendapat Tauladan. Pujukan teman-teman kita jauhi Jika najis dadah menjadi pilihanBanyak bermain terasa letihTumpuan diberi pada pelajaran Wahai dadah kau sungguh durjanaMari kawan-kawan dengar celoteh Jangan sekali kita mencubaBoria SKDK buat persembahan Nikmatnya hanya untuk sementara Apa yang pasti hidup meranaUntuk berjaya bukanlah mudah AMBOIRajin berusaha membaca buku UlangWahai teman-teman jauhi dadahPasti hidupmu sejahtera selaluUlang 9
  • Para pengedar mencari mangsa Pasti terjebak jika kita terleka Hidup bagai bangkai yang bernyawa; Musnah Negara Musnahlah Agama. Ulang Berakhir sudah ini persembahan, Salah dan silap harap dimaafkan, Celoteh ini sekadar pedoman; Ambil iktibar selamatkan wawasan. PEEIIWET 4.5.1 Mesej di sebalik Lirik Lagu dan Skrip Sketsa Lagu boria dan skrip persembahan sketsa ini merupakan ilham daripada Encik AbdulRani bin Harun digubah oleh Puan Syarifah Norniza binti Syed Othman agar bersesuaiandengan persembahan peringkat sekolah rendah. Tambahan, Puan Syarifah Norniza binti SyedOthman merupakan jurulatih pertandingan boria peringkat sekolah-sekolah rendah di NegeriKedah. Rangkap boria ini dihasilkan bersama para peserta yang terlibat dalam persembahanboria. Mesej yang ingin disampaikan adalah tentang bahaya dadah kepada generasi cilik.Mereka juga perlu sedar bahawa amalan merokok adalah punca utama kepada masalah dadah.Justeru perkara sebegini perlu dielakkan sementelahan pula ramai murid-murid sekolah pada10
  • masa kini terjebak dengan gejala merokok. Semasa persembahan lakonan, beberapa modeldicipta agar murid tahu apa fungsi model-model itu dengan bahaya dadah. Model-model sepertipunting rokok, kubur, model dadah dan model picagari menjadi daya penarik kepada parapenonton. Ini memantapkan lagi persembahan sketsa dan juga persembahan boria. Apa yangpaling penting dalam penghasilan rangkap boria ialah ditamatkan dengan ucapan terima kasih,pengunduran diri, memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh ataumengguris perasaan penonton. Ironinya, rangkap boria diselitkan dengan nilai dan pengajaranyang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang nilai kemasyarakatanyang perlu diamalkan agar kita dapat hidup dalam kerukunan dan keamanan. 4.6 SKRIP SKETSA BORIASuatu petang yang cerah, Roslan dalam perjalanan untuk menghadiri kegiatan ko-kurikulumyang diadakan di sekolahnya. Dalam perjalanan tersebut, seorang pemuda yang tidakdikenali menghampiri lalu menyapanya Taib : Adik hendak pergi ke mana? Roslan : Saya hendak pergi ke sekolah. Taib : Adik boleh tolong abang tak? Roslan : Tolong apa bang? Saya hendak ke sekolah ini. Taib : Boleh tolong berikan bungkusan ini tak? Roslan : Kepada siapa bang? Taib : Abang Nazri, penjual air di depan sekolah adik itu. Roslan : Tidak bolehlah bang. Saya hendak cepat. Kalau lambat nanti cikgu Rokiza marah. Taib : Bolehlah dik. Tolong abang. Nanti abang bagi upahnya.Roslan pun mengambil bungkusan tersebut.Suasana di sekolah Roslan : Kawan-kawan, hari ini aku akan belanja kamu semua. Raju : Wah, Roslan, banyaknya kau bawa makanan hari ini! Cheong : Betullah. Mana kau dapat duit untuk membeli makanan sebanyak ini?Roslan berasa gembira mendengar kata-kata daripada kawan-kawannya. Dengan rasabangga, Roslan menunjukkan beberapa keping wang kertas RM10 kepada kawan-kawannya.Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka sedang diperhatikan oleh Cikgu Rokiza, GuruPenolong Kanan Ko-Kurikulum. Cikgu Rokiza memanggil Roslan dan kawan-kawannya. Cikgu Rokiza : Hei, kamu! Mengapa kamu masih tidak masuk ke kelas lagi? Mari sini.Roslan dan kawan-kawannya berasa takut. Dengan perasaan takut dan serba salah, Roslanmenceritakan segala-galanya kepada Cikgu Rokiza. Curiga dengan cerita tersebut, CikguRokiza meminta Roslan menyerahkan barang yang dimaksudkan kepadanya. Cikgu Rokizasegera membuka bungkusan tersebut dan mendapati terkandung pelbagai jenis pil yangberwarna-warni. Cikgu Rokiza telah berbincang dengan Guru Besar dan mereka bersetujuuntuk menghubungi pihak polis cawangan Narkotik.Tidak lama kemudian, pihak polis pun sampai ke sekolah. Pihak polis telah membuatpemeriksaan ke atas barang yang dibawa oleh Roslan tadi. Cikgu Rokiza : Roslan, adakah awak tahu apakah kandungan bungkusan yang awak bawa tadi? Roslan : Saya tidak tahu cikgu. Saya hanya membawa bungkusan ini sahaja. Cikgu Rokiza : Bungkusan tadi itu sebenarnya mengandungi dadah. Mujur awak belum menyerahkan bungkusan tersebut.11 Roslan : Saya minta maaf cikgu. Saya benar-benar tidak tahu. Cikgu Rokiza : Lain kali, awak perlu berhati-hati. Jangan mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali dan awak juga tidak boleh menerima pemberian orang sesuka hati. Kamu perlu tahu kesan dadah kepada kamu.
  • 5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN AKTIVITI BORIA DAN PERTANDINGAN MELUKIS MURALPENGERUSI : EN OTHMAN BIN MD ALI PJK (GURU BESAR SKKS)TIMB.PENGERUSI : PN HASNAH A/P BAH SHADAT (GURU KANAN HEM)NAIB PENGERUSI : EN MOHD MAHADHIR BIN MOHD SHAFIE (GURU KANAN KO-KURIKULUM)SETIAUSAHA : PN NURHAFIZAH BINTI AJLANNAIB SETIAUSAHA : CIK HINTHUMATHY A/P KALIAPPAN PENGURUS PROJEK PERSEMBAHAN BORIA : PUAN NURHAFIZAH BINTI AJLAN PERTANDINGAN MURAL : PUAN NOOR A/P DOLLAH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERSEMBAHAN BORIA : PUAN NURHAFIZAH BINTI AJLAN PUAN NUR ALINA SYUHADA BINTI AB RAHIM PERTANDINGAN MELUKIS MURAL EN AMIRUDDIN BAKI BIN HASHIM PJK EN NOR ARIFF BIN ISMAIL12
  • 6.0 Pertandingan Melukis Mural 6.1 Pengenalan Program Projek Khas pertandingan Melukis Mural ini adalah satu projek untuk memberiilmu kepada murid secara santai dan berseronok tetapi memberikan impak yang sangat besarkepada iman pelajar dan pengaruh kata-kata tersebut adalah satu pendekatan untuk mendekatipelajar dan di samping pendedahan tentang bahaya rokok,dadah dan sekutunya. Pertandingan ini dijalankan dengan melukis mural di dindind-dinding, bangunan sekolahseperti lorong-lorong antara bangunan sekolah, tangga dan kawasan sekolah yang mana iamerupakan tempat murid-murid dan guru-guru lalu-lalang. Mural ini dilakukan murid-murid dandibantu oleh guru-guru yang mahir dalam lukisan atau mural. Dengan ini penyebaran maklumatmengenai bahaya dadah akan dapat disebar di samping dapat memupuk persaingan yang sihatdalam kalangan murid. Ternyata aktiviti pertandingan melukis mural adalah sebagai satu inisiatifsekolah ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadahseterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping mencungkil bakat kreatifdalam kalangan murid.6.2 Tujuan pertandingan melukis mural adalah untuk:6.2.1 meningkatkan pengetahuan kemahiran melukis yang bertema di samping mencungkil serta mengasah bakat seni lukis dalam kalangan kanak-kanak6.2.2 memberi pendedahan kepada murid untuk lebih berminat dalam aktiviti seni kreatif serta menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti pertandingan6.2.3 membentuk kreativiti murid dalam menggunakan IQ mereka terhadap rekaan dan ciptaan mereka sendiri.6.2.4 meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif di samping mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.6.2.5 meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif.13
  • 6.3 Rasional aktiviti pertandingan melukis mural Pertandingan melukis mural adalah salah satu cabang seni dan budaya dalampenghasilan seni kreatif. Ia perlu sentiasa dipelihara dan diperkembangkan setiap masa.Ternyata institusi pendidikan perlu memainkan peranan penting untuk memberi galakan kepadamurid-murid yang meminati bidang seni visual. Ironinya, pendidikan Seni Visual mempunyaipotensi masa depan yang baik untuk murid di samping memupuk keperibadian yang halus,mulia dan mencintai keindahan serta menghargai keunikan kejadian alam ciptaan Tuhan.Sementelahan pula, pertandingan yang diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkanpersaingan yang sihat antara murid-murid sekolah rendah di samping untuk menanamperasaan cinta akan kesenian dan mewujudkan perasaan ingin mencuba menghasilkan sebuahkarya kreatif. Malahan, melalui aktiviti mereka cipta dapat mencungkil bakat kreativiti dalam dirimereka. Ternyata aktiviti ini banyak mendatangkan kesan yang positif terhadap perkembangankognitif murid-murid di samping memberi pendedahan kepada murid untuk untuk menggunakankreativiti masing-masing di samping memupuk minat yang mendalam di dalam mata pelajaranpendidikan seni visual. Di samping itu juga, ia mampu untuk menerapkan nilai pelbagaipengetahuan serta mengukur kemampuan dalam aspek mereka corak dan mencipta sesuatudengan menggunakan kreativiti sendiri dengan pelbagai bahan. Penglibatan murid dalam aktivitikokurikulum akan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membina perkembanganmental dan juga seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mengeratkansilaturahim antara peserta dan guru yang terlibat.6.4 Pelaksanaan Aktiviti: Penyertaan terbuka kepada semua murid SK Sungai Lalang dari tahun 1 sehinggatahun 6 di bawah bimbingan setiap guru. Penyertaan adalah berdasarkan kepada pembentukankumpulan 5 sehingga 6 orang. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Sivik danKewarganegaan dengan kerjasama Panitia Seni Visual. Para peserta akan diberi taklimat14
  • pertandingan sebelum pertandingan bermula. Pertandingan melukis mural diadakan selama 2minggu bermula dari 18 Jun sehingga 29 Jun 2012. 3 karya terbaik dari setiap tahun sebagaipemenang. Jawatankuasa kerja bagi menguruskan aktiviti pertandingan ini telah dilantik dibawah naungan penasihatnya iaitu Guru Besar. Pihak sekolah juga menawarkan hadiah yangmenarik kepada para pemenang. Lukisan mural di dinding sudah pastinya akan menjadiinspirasi kepada murid lain untuk menyertai sebarang pertandingan di sekolah. Peri pentingnyakarya murid ini ialah dapat meningkatkan motivasi yang tinggi kepada para peserta dan berasalebih yakin untuk mengorak langkah dalam bidang seni lukisan sama ada di peringkat sekolahmahupun di peringkat negeri.6.5 Anggaran Kos Perbelanjaan untuk Pertandingan Melukis Mural. Kedudukan Bilangan Harga 1 6 RM 20.00 RM 120.00 2 6 RM 10.00 RM 60.00 3 6 RM 8.00 RM 24.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 224.00 6.6 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTI DADAH Atur cara Majlis 18 -29 Jun : Pertandingan Mural 1 Julai 2012 (Pelancaran)7.30 pg : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis7.35 pg : Bacaan Doa7.45 pg : Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) & AJK OPS PPDa.8.10 pg : Ucapan Guru Kanan Hem8.20 pg :Ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia8.40pg : Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah Kebangasaan. (GB SKTD)8.40 pg :Bacaan Ikrar Anti Dadah8.45 pg :Sketsa dan Boria “Jangan Kawan, Dadah Bahaya”15
  • 9.15 pg :Nyanyian lagu Anti Dadah9.30 pg :Ceramah Anti Dadah10.30pg :Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan Mural10.30 pg :Penutup Dibuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hinggalah ke Tahun 6 di bawahBeberapa syarat dan peraturan pertandingan melukis mural telah ditetapkan seperti berikut: bimbingan setiap guru. Peralatan melukis mural disediakan oleh Panitia Seni Visual. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Lukisan mural hendaklah berkaitan dengan tajuk dalam usaha untuk menonjolkan bahaya dadah. Antara kata-kata yang terdapat pada mural tersebut adalah: 1 MALAYSIA BANTERAS DADAH APA YANG INDAH TIDAK SELALU BAIK, TETAPI APA YANG BAIK SELALU INDAH MASYARAKAT MADANI BEBAS DADAH MEMBESAR TANPA DADAH DADAH ITU NAJIS, NAJIS ITU KOTOR JAUHI ROKOK, MUSUHI DADAH UNTUK BERJAYA SAYA MESTI BERUBAH HIDUP CERIA TANPA DADAH DADAH PEMBUNUH KEMANTAPAN IMAN, BENTENG KUKUH NENOLAK DADAH DADAH DURJANA KAU PENGHANCUR BANGSA DATANG TANPA ROKOK, PULANG TAK NAK ROKOK CERIAKAN HIDUP ANDA TANPA DADAH SEKOLAH BEBAS DADAH 2O1216
  • 7.0 Unsur-Unsur Kreativiti Dalam Aktiviti Murid 7.1 Persembahan Boria Sudah pastinya boria menjadi persembahan yang dinantikan oleh setiap penontonsemasa sambutan perayaan di sekolah. Terdapat pelbagai unsur terdapat dalam boria sepertisketsa, nyanyian, lawak jenaka dan tarian yang menjadikan persembahan ini lebih kreatif.Malahan penghasilan rangkap pantun juga mempunyai unsur kreativitinya tersendiri. Rangkappantunnya lebih menjurus kepada isu-isu yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Memangtidak dapat dinafikan bahawa boria kini menjadi satu persembahan yang diminati oleh setiapmurid. Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa danterkini. Namun demikian untuk pendidikan, boria lebih bersandarkan kepada tema yangditetapkan. Ini jelas menunjukan, boria juga merupakan satu medium hiburan yang mempunyaimesej dan sensitiviti tersendiri. Apabila lakonan berakhir, muzik, nyanyian serta tarian akanmenyusul bagi melengkapkan persembahan. Ketua penyanyi di dalam boria atau lebih dikenalisebagai tukang karang akan masuk ke pentas sambil memusingkan baton dan jugamendahului kelas penari dan penyanyi latar. Manakala para kelasi pula akan menari serentakdan seragam dengan langkah - langkah tertentu mengikut formaliti langkah tari boria yangsememangnya telah ditetapkan. Pola lantainya adalah ditentukan oleh sesebuah kumpulanboria dengan kreativiti tersendiri. (Rujukan Laman Web). Unsur kreativiti juga dapat dilihat dalam rangkap borio di mana setiap baris berakhirdengan unsur yang sama iaitu a,a,a,a. Penghasilan rangkap boria ini meningkatkan kemahiranmurid berfikir untuk membina setiap rangkap boria menepati tema yang ditetapkan. Malahan,unsur-unsur jenaka dapat diselitkan di dalam setiap rangkap tersebut. Rangkap yang dihasilkandi dalam boria jelas membuktikan betapa kreatifnya murid dan ini menjelaskan kepada semuamasyarakat bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dalam menghasilkan sesuatu karyaseperti yang dinyatakan oleh Gardner dalam teorinya. Murid-murid juga berpeluang untuk membantu guru menyiapkan prop dan pakaian untukboria. Murid-murid juga dapat meneroka laman web untuk mencari maklumat tentang boria.Malahan murid dapat belajar untuk membina gerakan dan tarian berdasarkan kreativiti mereka.17
  • Justeru, persembahan boria bukan sahaja membantu murid meningkatkan daya kreativitimereka sebaliknya menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk menghasilkan idea yang lebihkreatif. Sewajarnya, boria di peringkat sekolah bukan sahaja dijadikan sebagai persembahansebaliknya diterapkan dalam mata pelajaran muzik. Murid-murid akan didedahkan denganpelbagai ilmu tentang boria seperti sejarah, gerakan dan tarian yang ada dalam persembahanboria. Sudah pastinya warisan boria akan dikekalkan dan dipelihara dalam kesenian dankebudayaan di Malaysia. Malahan, bukan sahaja negeri Pulau Pinang mendominasi boria,sebaliknya boria akan diperluaskan ke serata negeri sehingga ke negeri Johor. Ternyata, senipersembahan boria ini membantu guru untuk memupuk kreativiti dalam kalangan kalanganmurid. Dengan dorongan dan sokongan, pihak sekolah sudah pastinya akan sentiasa memberimurid-murid galakan dan sokongan supaya murid-murid lebih kreatif dan inovatif. Ironinya, “Dalam pendidikan, murid-murid tidak hanya menerima pengetahuansemata-mata, tetapi mereka seharusnya dapat dengan jelas , objektif, kreatif , rasionaldalam semua situasi.” Tuntasnya penggunaan irama dalam boria juga perlu didedahkandalam pengajaran dan pembelajaran muzik supaya dapat menarik minat murid-murid untukmenyertai aktiviti yang dijalankan. (Mohd Azhar Abdul Hamid:2004). Sementelahan pula iniakan menjadikan murid lebih aktif serta kreatif dalam melakukan aktiviti yang dirancang olehguru khususnya dalam bidang muzik. Di samping itu, murid juga berpeluang mencipta aktivitidan pergerakan sendiri. 7.2 Pertandingan Melukis Mural Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan melukis mural sempena hari antidadah. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalammempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan.Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubungdengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alatdan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yangdilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajarsecara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukandalam penghasilan seni pada masa akan datang.18
  • Dalam menghasilkan karya seni, mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal danberminat dengan subjek seni itu. Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan senidalam pendidikan sudah pastinya dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diridengan cara memberikan peluang kepada murid untuk membuat kajian, catatan, pemerhatian,penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti danimaginasi, di samping dapat merangsang deria murid untuk memahami pengajaran yangdisampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebihmenyeronokan dan kondusif malah dapat meningkatkan interaksi antara mereka. Justifikasinya, murid yang menyertai aktiviti lukisan dalam suasana keriangan dankeseronokan sudah pastinya bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalamdalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yangtinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lainterhadap dirinya. Oleh sebab itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supayadapat menjami keberkesanannya. Ternyata, aktiviti melukis mural ini dapat meningkatkan danmembuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktivitimelukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensel, pen, pensel warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnyasuka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada prosespembelajaran bagi kanak-kanak.8.0 Unsur Nilai-nilai dalam aktiviti Murid 8.1 Memupuk nilai jati diri Persembahan dikir barat merupakan kesenian dan budaya yang perlu dipelihara agartak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Generasi muda berperanan dalammemelihara kesenian dan kebudayaan ini yang merupakan simbol identiti masyarakat melayu.Ternyata budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuahmasyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalammasyarakatnya. Dalam pada itu, dikir barat juga dapat mempengaruhi penerapan jati diri dalamkalangan murid-murid. Ironinya, mengekalkan kebudayaan supaya ia dikenali dan dihormatibukanlah satu tugas yang mudah. Permuafakatan semua pihak adalah penting dalam usaha19
  • mengembangkan budaya kita di persada antarabangsa. Kita boleh mengesan sesuatu bangsamelalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebihmudah dari mengenali budayanya. Inilah yang diterapkan melalui persembahan kebudayaanyang diadakan di peringkat sekolah. Pendek kata, masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untukmengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahumasyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Justeru, kefahaman dan tanggungjawabini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempatyang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerianpendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Selain apa yang disebutkan tadi,semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang adakepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yangmurni ini. 8.2 Seni Lukisan penyambung generasi warisan Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalurkesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yanglain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usahamencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benihcabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat sesuatu yang lama dari sudutpandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahanparadigma tentang budaya ke Malaysiaan. Seni sebagai disiplin. Seni membenarkan manusiaberfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepadamasyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan,menjulang keberanian, memasyhurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia.Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa denganadanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapatdiperolehi dan dinikmati bersama. Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Denganadanya unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syakwasangka dapat dielakkan. Ironinya, seni juga dapat mendidik kanak-kanak menjadi kreatif dansukakan keceriaan melalui penggunaan warna-warna yang menarik. Tanpa keceriaan warna,maka hidup kanak-kanak menjadi murung dan sepi.20
  • 8.3 Pembentukan komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid Komunikasi yang berkesan memainkan peranan untuk rakyat mendapat maklumatdengan cepat dan tepat supaya dapat bertindak secara positif. Malahan, d mampumenyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang dimainkan olehJuara dan Tukang Karut. Apa yang penting melalui persembahan ini dapat mewujudkaninteraksi dan perhubungan mesra masyarakat umum. Persembahan dikir barat diperingkatsekolah juga dapat menghidupkan dan mencungkil bakat seni dalam kalangan murid-murid disekolah rendah yang bermutu tinggi. Apa yang penting ialah persembahan yang unik ini dikenalidi seantero dunia. 8.4 Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika kesenian Melalui aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah sudah pastinya dapat memupukdan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedahyang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seniboleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.Pada hari ini, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti danperayaan dianjurkan oleh pihak sekolah dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Program sepertiini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatanmasyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakatterhadap aktiviti yang dijalankan itu. 8.5 Menerapkan nilai positif kendiri diri murid Signifikasi yang paling ketara melalui penglibatan murid dalam aktiviti persembahan disekolah ialah dapat meningkatkan positif kendiri murid yang membuatkan murid rasa lebih yakindan berani untuk terlibat serta aktif di sekolah. Inilah cara terbaik bagi murid-murid meluahkanperasaan mereka sayang akan diri mereka daripada bahaya dadah melalui penghasilan karyayang bermutu. Dalam konteks ini, aspek pembangunan modal insan dapat digabungkan dengannilai-nilai yang baik. Oleh yang demikian, usaha menganjurkan Pertandingan Melukis Muralserta persembahan boria anti dadah ini menepati apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Murid-murid sememangnya perlu diberi bimbingan berterusan agar mereka sentiasa sedar tentangkepentingan bahaya dadah bukan sahaja sewaktu mereka bersekolah, tetapi juga semasamereka sudah tamat persekolahan. Apa yang penting, generasi yang bakal mewarisi negara21
  • akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan negara dalam pelbagai aspek. Hal inidemikian kerana, kreativiti dan positif kendiri dalam diri mereka telah mula dibentuk sejak diperingkat sekolah rendah melalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti di sekolah. 8.6 Memupuk nilai kasih sayang Persembahan boria dan juga pertandingan melukis poster sudah pastinya dapatmemupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kitamemang kaya dengan khazanah warisan budaya. Kehidupan moden yang dialami hari ini telahmelupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus ataumengalami kepupusan. Bukan sahaja warisan seni perlu dikekalkan, tetapi nilai utuh kasihsayang sesama manusia merupakan agenda penting dalam mewujudkan hubungan yang erat.Aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan hari anti dadah dapat memberi kesedaran kepadadiri murid betapa pentingnya nilai menghargai nyawa kepada mereka. Kerjasama yang dipupukantara kaum untuk melancarkan perjalanan aktiviti menjadi simbol muhibah yang terjalin antaramasyarakat di Malaysia.9.0 Kesimpulan Realitinya, apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai denganminat dan kebolehan mereka, maka terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhikedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggotakelompok. Dalam konteks ini, murid-murid mahukan diri mereka diterima sebagai anggotakelompok dan pada masa yang sama mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian. Dalamkegiatan Seni Dalam Pendidikan khususnya seni lukisan, keperluan untuk mendapat kasihsayang dan perhatian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberisebaik sahaja mereka mempersembahkan hasil lukisan mereka yang menarik. Dalam hal ini,mereka rasa hasil usaha mereka dihargai oleh guru dan ini dapat meningkatkan motivasimereka untuk belajar. Apa yang lebih penting ialah apabila wujudnya perhubungan yang mesradan erat dengan guru yang pastinya akan mewujudkan suasana yang harmonis di dalam kelas.Signifikasinya, murid akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan menghargai bakat merekayang istimewa.22
  • Ternyata keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan senipergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaransecara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dankreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imejkendiriyang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebihmudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari denganperkembangan diri mereka. Semoga penyertaan mereka dalam aktiviti sekolah dapat memberiimpak positif terhadap perkembangan diri mereka.23
  • BibliografiAbu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books.Gardner, (1990) Art Education and Human Development´ California: The Getty Education InstituteMohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis Skudai : Penerbit Universiti Teknologi MalaysiaNor Anuwar bin Hamat: Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-PendidikanIberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSISukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(2000) Pendidikan Muzik, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.Laman Webhttp://jehan-kreativitidalampendidikanseni.blogspot.com/http://impianmengunung.blogspot.com/2012_03_01_archive.htmlhttp://nafisahlagupuisi.blogspot.com/http://albert-kritikanseni.blogspot.com/http://www.scribd.com/doc/44519340/Pendidikan-Seni-Di-Malaysia24
  • http://farhahsmart89.blogspot.com/2010/01/nurfarhahfadhillahyahoo.html25