Refleksi kurikulum final
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Refleksi kurikulum final

  • 3,048 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
3,048
On Slideshare
3,048
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
69
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. TUGASAN 1 – REFLEKSI ( 5 UNIT )KRP 3013 – KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH KUMPULAN UPSI A03( A112PJJ ) PENSYARAH ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF NAMA NO. ID NO. TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807 019-7166070 801204-14-5448 019-5173776 REFLEKSI UNIT 11
  • 2. TAJUK : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUMA. RINGKASAN UNITUnit ini menerangkan tentang jenis-jenis dan proses pentaksiran yang digunakan sebagaipenilaian di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kini, Malaysia sedangmengalami transformasi pendidikan secara besar-besaran di mana Kurikulum SekolahRendah ( KSSR ) telah diperkenalkan di mana Pentaksiran Berasaskan Sekolah diciptabagi menilai perkembangan prestasi murid-murid bermula daripada Tahun 1 ( 2011 ) danTahun 2 ( 2012 ). Beberapa instrumen pemantauan dan dokumen standard penilaiandiedarkan kepada semua guru yang terlibat sebagai rujukan atau panduan untuk gurumenilai setiap murid di dalam bilik darjah. Dokumen standard tersebut dihasilkanberlandaskan kepada sistem ‘banding’ di mana murid-murid mestilah mencapai tahap‘band’ yang ditentukan di dalam dokumen tersebut melalui hasil kerja murid-murid mahupun perkembangan fizikal yang ditunjukkan. Lembaran-lembaran kerja atau aktiviti yangdibuat merupakan ‘eviden’ atau bukti kepada kemahiran yang telah dikuasai oleh muridtersebut. Perkara-perkara tersebut amat penting bagi melengkapkan dokumentasiperkembangan murid-murid secara individu sehingga tamat persekolahan di peringkatsekolah rendah.Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu pentaksiranautentik dan portfolio. Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang kurang memberipenekanan kepada penggunaan kertas malah boleh diperolehi melalui pemerhatianseperti latiham amali atau praktikal.Manakala pentaksiran berportfoli merupakan satu bentuk pentaksiaran kepada koleksihasil kerja murid yang releven dengan pbjektif matapelajaran. Ianya digunakan sebagairekod atau dokumentasi kepada pencapaian murid di dalam pembelajaran.Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat diikuti dengan memeberi nilaiprestasi kepada maklumat tersebut. Terdapat banyak perbezaan di anatara penilaian didalam KBSR dan KSSR. Antaranya ialah penilaian KBSR lebih bersifat formatif dansumatif dan bersifat ‘exam-oriented’ iaituberfokus kepada ujian bulanan ( formatif ) danujian rasmi seperti UPSR ( sumatif ). Tetapi, di dalam KSSR, pendidikan lebih bersifat‘mastery learning’ di mana standard kompetensi murid-murid telah ditentukan dan disasar
  • 3. agar mencapai standard tersebut dan ianya bersifat ansur maju iaitu prosesperkembangan prestasi bermula daripada ‘band 1’ sehingga ‘band 7. Ini menunjukkanbahawa penilaian di dalam KSSR lebih berfokus dan bersifat individu yang mana ianyamembantu guru-guru mengenal murid-murid dan mengenalpasti potensi diri murid itusendiri.B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT1. Pentaksiran – Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumatdan memberi nilai kepada maklumat tersebut.2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) - Pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laoran oleh guru yang membabitkan pihak ibu bapa, murid, guru dan organisasi luar.3. Standard Prestasi - Satu penyataan generik tentang aras pencapaian pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang ditulis secara holistic ( band )
  • 4. C. PANDANGAN/KOMENTARPada pandangan saya, kewujudan KSSR merupakan satu perubahan yang amat baikkerana elemen penilaian bersifat holistic amat diberi penekanan dan perkembanganprestasi murid dapat diberi perhatian dengan lebih serius dan spesifik. Ini kerana,sistem KSSR menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi dan memberipeluan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis.Namun, sistem dokumentasi secara ‘online’ bagi PBS sedikit sebanyak memberi impakatau kesan yang boleh menganggu proses penilaian yang dijalankan. Sebagai contoh,sistem sppbs yang meminta guru-guru mengisi maklumat penilaian perkembanganmurid-murid pada setiap bulan memerlukan masa yang panjang berikutan kesesakansistem sppbs itu sendiri di dalam sistem ‘online’. Dalam masa yang sama, guru-gurujuga perlu melengkapkan dokumentasi untuk diletakkan di dalam fail peribadi murid itusendiri.Secara kesimpulannya, sistem penilaian yang terdapat di dalam KSSR adalah amatbaik walau pun terdapat sedikit kekangan atau halangan dalam proses melaksanakanpenilaian tersebut. REFLEKSI UNIT 9
  • 5. TAJUK : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANA. RINGKASAN ISI UNITUnit ini menerangkan tentang kepelbagaian bahan pengajaran dan pembelajaranyangtelah disediakan untuk guru dalam membantu melicinkan proses pengajaran dampembelajaran di dalam bilik darjah di mana bahan-bahan tersebut mempunyai rasionalyang tersendiri. Terdapat beberap kategori bahan pengajaran dan pembelajaran yangdiberikan iaitu bahan bercetak, CD ROM/DVD ROM, internet dan bahan siaran daripadaradio dan televisyen.Setiap jenis bahan pengajaran tersebut mempunyai rasional yang berbeza. Denganmenggunakan bahan bercetak seperti surat khabar, majalah dan buku teks, murid-murid dapat meningkatkan keupayaan membaca dan menganalisis apa yang telahdibaca supaya mendapat pembacaan bermakna. Bahan CD ROM, DVD ROM pulaberupaya menarik minat murid-murid. Ini kerana, menurut teori perkembangan kognitifPiaget, pada tahap umur tertentu, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Menurut beliau,pembelajaran akan lebih berkesan jika sesuatu pengetahuan, kemahiran atau pun nilaiyang disampaikan itu adalah dalam bentuk konkrit atau yang reality dan boleh dilihatoleh murid.Sejajar dengan kepentingan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah, beberapa garis panduan diwujudkan bagi menghasilkan bahan yangbermutu. A ntaranya ialah pemilihan bahan yang bersesuain dengan objektifpengajaran/pembelajaran, praktikal digunakan ( mudah dibawa/disimpan ), menarikminat murid tanpa mengganggu pfokus murid-murid, mudah dibina/diperbaiki, maujud,bersifat pelbagai dan juga selaras dengan nilai serta budaya yang ada.Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga melibatkan beberapa pihakyang penting seperti pihak sekolah, panitia matapelajaran, guru Pusat Sumber Sekolah,guru mata pelajaran dan turut tidak dilupakan ialah guru kelas di sekolah.Ini bagi menjamin ketelusan dan kebolehpercayaan bahan tersebut dalam membantuguru-guru di dalam bilik darjah dan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT
  • 6. 1. Bahan pengajaran- bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk2. Bahan pembelajaran- bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran3. Bahan bercetak- bahan yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran contohnya ialahmodul, buku teks, buku latihan dan aktiviti, buku sumber, buku rujukan dan sebagainya.C. PANDANGAN/KOMENTARPada pandangan saya, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah amatbaik kerana ianya amat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.Ia juga merupakan satu pendekatan atau kaedah untuk memudahkan murid-muridmembuat generalisasi dan menjana idea yang diperolehi dengan bantuan isi kandunagdan gambarajah yang terdapat di dalam CD ROM/DVD ROM yang lebih bersifat konkritdan sterusnya bersifat animasi yang mampu menarik minat murid-murid.Apa yang diperlukan ialah pengurusan stok bahan pengajaran dan pembelajaran yangdiedarkan agar ianya dapat digunakan oleh setiap lapisan tenaga pengajar di sekolah.Pengurusan stok yang bersifat sistematik amat diperlukan bagi mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.
  • 7. REFLEKSI UNIT 2TAJUK : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSRA. RINGKASAN ISI UNITUnit ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum sekolah rendah yangbermula daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. Setiap kurikulum yang adamempunyai perbezaanya tersendiri.Antara perbezaan di antara KLSR, KBSR dan KSSR ialah daripada segi reka bentuknyadi mana KBSR berasaskan kepada 3 M iaitu membaca, menulis, mengira, manakalaKLSR pula berasaskan kepada hafalan dan KSSR pula berasaskan kepada 6 tunjangiaitu komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, perkembangan fizikan dan estetika, Sainsdan Teknologi, Ketrampilan Diri dan modular serta kemahiran menaakul.Selain daripada itu, jika dilihat pada aspek sukatan pelajaran, KLSR lebih menekankankepada peperiksaan di mana sukatannya bersifat static, KBSR pula menggunakansukatan dan huraian sukatan pelajaran sebagai rujukan kepada guru. Namun, di dalamKSSR, aspek dokumen standard kandungan menjadi penekanan dan penting untukdiberi perhatian untuk melihat perkembangan prestasi murid-murid.Jika dilihat daripada segi kemahiran berfikir pula, KLSR menekankan kurangmenekankan pemikiran yang bersifat ‘complicated’ dan kurang berkembang keranalebih berpusat kepada guru, KBSR pula menekankan kepada elemen kemahiran berfikirsecara kreatif dan kritis kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid di manamurid-murid perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatupermasalahan dan ianya dapat menguji minda murid-murid. KSSR pula menekankankepada elemen kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan teknologi maklumat ICTsecara eksplisit. Ini sejajar dengan perkembangan global dan pesat yang berlaku didunia yang memerlukan murid-murid lebih bersedia untuk memajukan sistempendidikan di Malaysia.
  • 8. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT1. Kurikiulum standard- kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standardpembelajaran dan sebagainya.2. Standard kandungan- pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukandalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dannilai.3. Standard pembelajaran- satu penetapan criteria atau petunjuk ( indicator ) pembelajaran dan pencapaian yangboleh diukur bagi setiap standard kandunganC. PANDANGAN/KOMENTARBerdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah merasai sistemKBSR dan KSSR, saya berpendapat bahawa sistem KSSR merupakan satu sistemyang telah dipermudahkan kerana terdapat integrasi elemen-elemen sepertikeusahawanan, kreativiti, Sains dan Teknologi yang mana ianya merupakanpenggabungjalinan yang amat ideal. Aktiviti yang dijalankan lebih bersifat focus danspesifik di mana setiap murid mempunyai indicator tersendiri yang mana ianyamerupakan item penting bagi mendapatkan laporan prestasi perkembangan murid-murid pada setiap bulan seterusnya pada tahun akhir alam persekolahan peringkatsekolah rendah. Laporan ini merupakan satu penilaian buat murid-murid yang amatpenting sebagai landasan atau ‘bench mark’ kepada guru di peringkat sekolahmenengah.Selain daripada itu, KSSR masih menekankan aspek berpusatkan murid di mana gurumasih merupakan seorang fasilitator kepada murid-murid dengan hanya memberibimbingan yang sewajarnya dan apa yang lebih penting, murid-murid mencuba untukmenjayakan proses pembelajaran tersebut.
  • 9. REFLEKSI UNIT 7A. RINGKASAN ISI UNITUnit ini membincangkan tentang konsep dan proses pengajaran dan pembelajaran ,proses serta mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bolehdigunakan di sekolah rendah.Konsep pengajaran dan pembelajaran itu sendiri menunjukkan bahawa ianya salingberhubung kait di anatara satu sama lain. Perubahan persepsi bahawa guru merupakanmedium utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu konsepyang tidak sesuai kerana di dalam sistem pendidikan yang baru iaitu KSSR, ditekankanbahawa guru hanyalah fasilitator dan pembimbing kepada murid-murid. Fasilitatorbermaksud pembantu atau pemudah cara kepada sesuatu proses pengajaran danpembelajaran yang berlangsung.Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai teori yang bolehdiaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian di bilik darjah. Sebagaicontoh, teori Behaviourisme, Kognitif dan tidak lupa juga teori Konstruktivisme.Di dalam teori behaviourisme, ia menekankan kepada penguasaan isi pelajaran melaluiproses pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrensik. Bagi teori Konstruktivisme pula,ia menekankan kepada murid-murid agar focus kepada proses pembinaan ilmupengetahuan di mana proses inkuiri yang tinggi diperlukan bagi mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.Selain daripada itu, proses pembelajaran itu sendiri berkait rapat dengan pengalamsedia ada yang ada pada murid-murid dan ianya penting untuk dihubgkait denganproses pembelajaran yang baru agar dapat membuat satu generalisasi atau menjanainde/konsep baru terhadap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Pemindahan dantransformasi maklumat akan menggalakkan pemikiran yang kritis dan meningkatkankemahiran menaakul bagi murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bersesuaian dengan teori Howard Gardner yang telah memperkenalkan TeoriKepelbagaian Kecerdasan di mana beliau menyangkal sama sekali akan pendapatbahawa faktor kecerdasan murid sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid.
  • 10. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT1. Kaedah kelas- Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawalpembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas.2. Konstruktivisme- teori yang menekankan aspek inkuiri dan penemuan di mana memerlukan daya fikiryang tinggi dan pembelajaran adalah berasaskan inkuiri penemuan/meneroka.C. PENDAPAT/KOMENTARPada pendapat saya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu bergantungkepada jenis aktiviti yang dijalankan, dan kaedah pembelajaran yang digunakan didalam bilik darjah. Sebagai contoh, kadangkala kaedah kumpulan lebih sesuaiberbanding kaedah individu kerana melalu kaedah kumpulan, murid-murid dapatberinteraksi di antara satu sama lain di dalam kumpulan dan sekaligus ianya dapatmembina nilai sahsiah yang tinggi iaitu sikap kerjasama sesama ahli kumpulan tersebut.Ini membuktikan bahawa kewujudan sistem/kurikulum yang terkini amat baik dan patutditeruskan bagi mendapat impak pengajaran dan pembelajaran yang positif danoptimum. REFLEKSI UNIT 4
  • 11. TAJUK : ORGANISASI KURIKULM SEKOLAH RENDAHA. RINGKASAN ISI UNITUnit ini menerangkan tentang tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikanperingkat rendah serta cara-cara bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR danKSSR dilakukan.Sebagaimana yang kita ketahui, pembentukan sesebuah kurikulum itu memakan masayang lama. Sebagai contoh, di dalam seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, mengatakanbahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh masaselama 6 tahun. Kenyataan yang termaktub di dalam akta tersebut membuktikanbahawa pembentukan kurikulum memerlukan masa dan organisasi tertentu bagimelancarkan perjalanan pembentukannya. Ianya boleh diorganisasikan mengikutpenyusunan vertical yang mana ianya melibatkan urutan serta kesinambungan danpenyusunan secara horizontal melibatkan liputan, skop dan imbangan.Tidak lupa juga, aspek-aspek penting yang turut diberi perhatian yang serius dalampelaksanaan KBSR dan KSSR. Sebagai contoh, fokus utama adalah kepada 3M iaitumembaca, menulis dan mengira dan tambahan kemahiran berdasarkan KSSR iaitukemahiran menaakul menjadikan fokus utama kurikulum iaitu 4M.Secara ringkasnya, KSSR diorganisasikan berdasarkan 3 bentuk modul iaitu ModulTeras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Selain daripada berfokus kepada subjek teras atau wajib iaitu Bahasa Malaysia, BahasaInggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, subjek-subjek elektif sepertiKemahiran Hidup, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, PendidikanMoral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya.Setiap subjek teras dan elektif mempunyai pemberatan yang sama dan hanya berbezadaripada segi peruntukkan masa yang diberikan.B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT
  • 12. 1. Mata Pelajaran teras- mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan2. Mata pelajaran wajib- mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah3. Mata pelajaran elektif- Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah4. Modul- mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti intuk dikuasaioleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.C. PANDANGAN/KOMENTARPada pendapat saya, setiap subjek mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kitatidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek teras dan wajib malah subjek elektifjuga harus diberi penekanan yang serius. Sebagai contoh, Kementerian PelajaranMalaysia akan melaksanakan satu dasar yang baru iaitu meletakkan subjek Sejarahsebagai salah satu syarat untuk lulus SPM. Secara rasionalnya, ianya amat baik keranasecara tidak langsung ia akan menjadikan murid-murid semakin berminat untukmempelajari sejarah atau asal usul yang berkaitan dengan isi kandungan pendidikan diMalaysia.Subjek elektif juga penting untuk membantu pembentukan sahsiah murid-murid sejajardengan isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid-murid yangseimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana subjekPendidikan Moral dan Pendidikan Islam amat menekankan pembentukan sahsiah mahupun akhlak yang tinggi bagi memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentinganpendidikan di dalam mahu pun di luar bilik darjah.
  • 13. BIBLIOGRAFISufean Hussin. ( 2004 ) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia ( Edisi Kedua ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1980 ). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahagian Perkembangan Kurikulum ( 2010 ). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.