Peers pj final
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Peers pj final

on

  • 3,635 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,635
Views on SlideShare
3,635
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
137
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Peers pj final Document Transcript

  • 1. QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL NAMA Nurhafizah Binti Ajlan D20102040807 801204145448 KUMPULAN UPSI 01 PENSYARAH Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman1.0 Pengenalan 2-32.0 Rasional 43.0 Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) 4-6 dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan • Peranan guru dalam mengaplikasi model PEER yang berkesan • Membentuk Kesejahteraan keluarga4.0 Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif 7-8 murid 4.1 Kognitif 4.2 Psikomotor 4.3 Afektif Rujukan 9 2
  • 3. Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangankognitif, psikomotor dan afektif murid.1.0 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif danSosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolahmenengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosialdiajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulumpelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral danPendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dariTahun 1 hingga Tingkatan 5. Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajardalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpukepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik darisemasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab,membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat sertamenghindari tingkah laku berisiko. Ironinya, bukanlah tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilahseks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuhtahun yang baru menjengah alam persekolahan. Ia menuntut corak pemikiran yang lebihterbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk. Dalam konteks ini, Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasisecara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-muriddarjah satu.Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkanpengisian pendidikan yang bersifat holistik. Ternyata, KSSR telah memfokuskan 4M iaitumembaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah denganmenerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskansebagai PEERS. Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaanpemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta diasingkandaripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, matapelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali 3
  • 4. seminggu untuk pelajar sekolah rendah. Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan denganmemperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu. Menurut Ketua PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang, pembahagian kandungandalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75 peratus untuk PEERS, 15 peratusberkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus akan diajarkan teknik pertolongan cemasdan keselamatan. Antara objektif-objektif PEERS ialah:• RASIONAL • Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. • Pendidikan dan pengetahuan ini membantu pembentukan individu yang bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala sosial yang semakin meningkat.• Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan danmembentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta keintimansesama individu. Justeru, pengetahuan yang dibekalkan itu akan mencakupi pengetahuan darisegi biologi, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian serta tidak hanya berfokus isu seksualsemata-mata. Pembahagian dan pengisian dari sudut kepentingan pengisian dalam PEERSpula, pengetahuan yang diberi akan dipecahkan kepada dua tahap berdasarkan peringkat umur 4
  • 5. murid-murid sekolah rendah. Tahap satu melibatkan pelajar darjah satu hingga tiga dan skoputama dalam PEERS akan mengajarkan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan,tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusanperasaan dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat. Manakalan,pelajar darjah empat hingga enam yang dikategorikan dalam tahap dua akan diajar mengenaiperubahan fizikal, pengurusan konflik, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatandiri, risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan, jangkitan penyakit seksual dan kemahiranmengatakan ‘tidak’ kepada rokok, dadah dan alkohol. Terdapat enam perkara akan ditekankandalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang bakal dilaksanakan di semua jenis sekolahrendah seluruh negara nanti. Perkara-perkara tersebut adalah kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan,kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan serta pencegahanpenyakit. Ironinya, tidak ada kekeliruan berhubung istilah mata pelajaran seks yang bakal diajarkerana pendekatan yang digunakan bukan tertumpu pada elemen seksual semata-matasebaliknya berkonsepkan kehidupan kanak-kanak itu sendiri. PEERS memberi kesedaran danmembantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial,menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentangkesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yangbertanggungjawab pada masa kini serta masa depan. PEERS turut memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan mental dan emosiseperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan,kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga. Turut diajar langkah keselamatan diridi rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak,gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orangperlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Ini penting kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dalam menjaga hal ehwal keselamatan diri. • Peranan guru dalam mengaplikasi model PEERS yang berkesan Modul pengajaran guru ini akan membantu guru-guru berkomunikasi dengan lebihefektif dan interaktif bersama pelajar serta membimbing pendidik menyediakan alat bantumengajar secara kreatif sama ada secara digital mahupun bercetak. Dalam pada itu, guru-gurujuga akan menjalani sesi orientasi bersama jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian bagimenyalurkan pengetahuan yang tepat kepada pelajar kelak. PEERS mungkin boleh diajar oleh 5
  • 6. guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistemreproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikanoleh individu yang benar-benar arif. Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitanbidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antarapelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahirsepenuhnya. Pelajar juga kemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutantentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidik bakal teruji. Ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr.Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh serta dipandangdari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam bidang ini adalah langkahyang murni. Oleh itu, Khaizil menyarankan agar penyampaian yang betul oleh warga pendidikamat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi.Para guru perlu dilatih semula kerana mereka seolah-olah tidak yakin dan kurang pengetahuantentang kaedah yang sesuai dengan peringkat umur pelajar Ibu bapa perlu memainkan perananutama dalam memantau perkembangan sikap dan perilaku anak-anak. Guru-guru pula harusmenyalurkan pengetahuan tentang dunia seksualiti ini menerusi pendekatan berarahkekeluargaan. Justifikasinya, wujud hubungan yang erat antara guru, ibu bapa dan kementerianpendidikan dalam melaksanakan PEER dengan berkesan selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelektualdan rohani. • Membentuk Kesejahteraan keluarga Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Ironinya dalammembentuk kesejahteraankeluarga, sesebuah keluarga seharusnya mengamalkan cara hidupsihat sudah pastinya akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatanreproduktif yang lebih baik. Sementelahan pula, Setiap ahli keluarga mempunyai keperluanreproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepadagenerasi muda. Malah, setiap keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-halkesihatan reproduktif bagi membolehkan setiap anggota keluarga dapat membuat keputusandan tindakan yang bijak. Hal ini penting kerana setiap anggota keluarga mempunyai peranandalam mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Keluargayang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera. 6
  • 7. • Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dankerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokuskepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan padaTahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan,tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidakselamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Adalah menjadihasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnyamerealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dankerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anakdengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. 4.1 Kognitif Lawrence Kohlberg (1984) membina satu model perkembangan moral berasaskan TeoriPiaget (1932) yang menghuraikan bahawa perkembagan moral adalah ditentukan olehperkembangan kognitif. Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individumempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat kognitifnya. Dalam konteks ini,kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahapperkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perludilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawabdalam menangani situasi berisiko. Murid-murid seawal usia 7 tahun dilatih untuk meningkatkankemahiran daya berfikir agar mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang betul atau salah. Halini demikian kerana, kanak-kanak seusia 7 tahun merupakan ancaman terhadap ancamankeselamatan. Apa yang lebih penting murid dapat bertindak pantas dalam menjagakeselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Ini juga akanmeningkat pengetahuan mereka dari segi pelaksanaan akta perlindungan bagi kanak-kanak,gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancamanorang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancamanserta kecemasan. • Psikomotor 7
  • 8. Psikomotor melibatkan perkembangan diri seseorang individu dari aspek pergerakantubuh badan. Ini amat berkaitan dengan perbuatan seseorang individu dalam menjalinhubungan. Domain psikomotor dalam konsep PEERS adalah berkait rapat dengan kemahiranseseorang individu. Apa yang lebih penting, PEER dapat memberi implikasi positif terhadapkeupayaan dan kemahiran seseorang individu untuk menangani pengaruh dalaman serta luaranyang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam konteks perkembangan kanak-kanak, kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mulamasuk ke peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya.PEERS sudah pastinya dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan perkembanganke peringkat baharu. Dalam konteks ini, kejayaan dalam melakukan sesuatu perkaramendorong mereka untuk mengulanginya, manakala kalau mereka gagal dalam melakukansesuatu perkara akan mengundang kekecewaan dan seterusnya mereka tidak akanmelakukannya lagi. Ternyata, sekiranya tanpa bimbingan yang berkesan, sudah pastinyamereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam kehidupan.Justeru, bermula dari satu tahun 1, PEERS telah diterapkan dalam KSSR Pendidikan Kesihatandengan objektif-objektif yang ditetapkan. • Afektif Kesan perkembangan afektif individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai danpembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial atau bergaul pula melibatkan interaksi dan corakkomunikasi dengan orang lain. kanak-kanak amnya perlu didedahkan dengan kemahiranbersosial serta etiket perhubungan sama ada dengan rakan sejantina ataupun berlainan jantina.Hal ini demikian penting kerana mereka akan mengetahui tentang batas-batas pergaulan dalamperhubungan sosial. PEERS dapat membantu mereka untuk mengenali perbezaan antara lelakidan perempuan serta fungsi setiap tubuh badan mereka yang berlainan jantina. Ini secara tidaklangsung mendidik mereka untuk menjaga keselamatan diri mereka. Bukan sahaja aspekperhubungan yang perlu dititikberatkan, malah hubungan mereka dengan keadaan persekitaranmereka. Ironinya, persekitaran yang bersih menjamin kesihatan diri mereka. PEERS turutmenekankan aspek kawalan emosi dan stress, ini dapat membantu kanak-kanak khususnyagolongan remaja daripada gejala yang tidak sihat. Pengurusan tekanan stress dapatmengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedahuntuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh 8
  • 9. dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkanseseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedahuntuk menangani stress. Justeru, penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberipengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untukmengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurnaRujukanEsah Sulaiman (2003) Modul Pengajaran Asas Pedagogi, Cetak Ratu Sdn. Bhd. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012) Tahun 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.Mok Soon Sang (2003) Potensi Manusia: Teori Pelbagai Kecerdasan dan Kecerdasan Emosi,Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya .Rujukan Laman Webwww. bharian.com.my/bharian/articles/PEERS 9