Konsep sukan rekreasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Konsep sukan rekreasi

  • 9,454 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
9,454
On Slideshare
9,454
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
383
Comments
1
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. NAMA KAD PENGENALAN NO MATRIK / TELEFONNURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448 D20102040807019-71660701QGJ 3033 – SUKAN SEPANJANG HAYATQGJ 3033 – SUKAN SEPANJANG HAYATTAJUK TUGASANKERTAS KONSEPTAJUK TUGASANKERTAS KONSEPGROUPUPSI 06PENSYARAHEN.MEGAT NASURUDDIN BIN AHMAD
  • 2. Isi KandunganBil Perkara Halaman1.0 Pengenalan1.1Sejarah Perkembangan Awal Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi diMalaysia3-52.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia 5-73.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 7-84.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam kurikulum diMalaysia.8-105.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam pembangunandomain psikomotor, kognitif, dan afektif murid10-126.0 Jenis-jenis Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 137.0 Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi yang realistic dan mempudilaksanakan di sekolah7.1 Perkhemahan14-168.0 Kajian dan Tinjauan terhadap bagaimana Sukan Sepanjang Hayat danRekreasi yang dilaksanakan di luar negara16-189.0 Kesimpulan 19Brosure Perkhemahan Realistik SK Sungai Lalang 20-21Rujukan 221.0 Pengenalan2
  • 3. Kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti tentang konsep aktiviti sukan sepanjang hayat danrekreasi secara terperinci sebagai satu aktiviti sukan yang dapat dilaksanakan di peringkatsekolah. Tinjaun kajian yang dilaksakanakan adalah merangkumi beberapa aspek pentingkhususnya dari perspektif sejarah awal perkembangan aktiviti sukan sepanjang hayat danrekreasi di Malaysia, konsep dan definisi sukan sepanjang hayat, kepentingan sukan dalammempengaruhi domain afektif, kognitif serta psikomotor murid serta pelaksanaan aktiviti sukansepanjang hayat dan rekreasi yang realistik di peringkat sekolah.Secara amnya, sukan sepanjang hayat dan rekreasi menjadi salah satu komponen pentingdalam sukatan Pendidikan Jasmani. Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membinadan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukanrekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslahmengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mulamelibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkantubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hiduptidak sihat seperti merokok.Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka denganberinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi.Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakanmereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasamadan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi. Malahan, sukan sepanjang hayat dan rekreasimemainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segijasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan sepanjang hayat danrekreasi sewajarnya diselaraskan dengan kurikulum di sekolah dalam memantapkan sistempendidikan yang cemerlang.1.1 Sejarah perkembangan awal sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia.Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi sebenarnya telah bermula seawal tamadunmanusia. Aktiviti yang dahulunya diamalkan untuk tujuan peperangan (menunggang kuda,memanah dan berlawan pedang), mengisi masa senggang (sepak takraw, memancing danberenang) dan kehidupan seharian (berkhemah, mendaki dan berenang) kini telah3
  • 4. diadaptasikan dalam dunia moden sebaga iaktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yangpopular (Iskandar, Y., & Kaeh, A. R.:1978).Di Malaysia, sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah mula berkembang sekitar tahun 1922,Sultan Idris Training College (SITC dan kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris,UPSI) telah ditubuhkan dan kurikulum pendidikan jasmani dan kesihatan diperkenalkan. Sejakitu, aktiviti pembelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi terus berkembang mekar dalamsistem persekolahan dan menjadi sebahagian elemen penting dalam kehidupan masyarakatMalaysia. Selepas merdeka, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi semakin meningkatpopular. Diskriminasi yang terlaksana sewaktu zaman penjajahan telah berjayadi hapuskan dansemua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukansepanjang hayat dan rekreasi. Pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysiatelah diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah ditubuhkan seawal 1953di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil penubuhan kementerian ini, Malaysia telahmenghantar kontinjen olimpiknya yang pertama di Olimpik Melbourne.Senarionya, matlamat utama penubuhan kementerian ini ialah untuk menggalakkan budayahidup sihat sekaligus mengatasi masalah berkaitan kesihatan dan sosial dalam kalanganmasyarakat. Pada 15 Mei 1964, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah ditubuhkansecara rasminya bagi menyebar luas dan membangunkan sukan di Malaysia. Menyedarikepentingan sukan berprestasi tinggi dan kemampuan atlet Malaysia untuk bertanding diperingkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Sukan Negara pada tahun1971.Fokus utama Majlis Sukan Negara ialah untuk membangunkan sukan berprestasi tinggi agaratlet Malaysia mampu bersaing dan meraih kejuaraan di peringkat dunia. Selain itu, Majlisini juga berfungsi penting dalam melobi penganjuran pelbagai sukan antarabangsa yangberprestij di Malaysia. Antaranya ialah Sukan Komanwel 1998 yang telah dianjurkan di KualaLumpur dan disertai oleh lebih 140 negara. Bagi menggalakkan pembangunan sukan diperingkat akar umbi, pihak Kementerian Pelajaran telah menubuhkan beberapa sekolah sukandi seluruh negara. Antara sekolah terawal ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil yang ditubuhkan padatahun 1996. Matlamat utama penubuhan sekolah ini ialah untuk memberikan pendidikan sukanyang sistematik kepada bakal atlet negara seterusnya membangunkan potensi atlet merekaagar dapat menggegar di arena antarabangsa.Selain itu, penubuhan beberapa NGO sukan4
  • 5. seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Persatuan BolaSepak Malaysia, Persekutuan Hoki Malaysia dan Majlis Rekreasi Luar Malaysia telahmemeriahkan lagi pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia. NGO initelah berusaha keras dan bekerjasama erat dengan KBS dan MSN bagi melahirkan atletternama Malaysia. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, AzizulHasni,Safee Salee dan Shalin Zulkifli. Selain itu, NGO ini menggalakkan pembangunan sukansepanjang hayat dan rekreasi melalui penganjuran pelbagai bengkel, kursus dan kejohananmassa samada di peringkat kebangsaan mahu pun akar umbi.2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan RekreasiSukan sepanjang hayat dan rekreasi sering dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang memerlukankemahiran pergerakan motor serta kecergasan fizikal, mental dan emosi yang baik. Dalamkonteks ini, sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga dilihat sebagai satu institusi sosial yangberpengaruh dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat, cergas,bersemangat kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Ironinya, membudayakan sukanrekreasi perlu dibentuk dari peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmupendidikan sukan telah bermula dibangku sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmanidan kegiatan kokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukanbertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengansempurna. Kesempurnaan mendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan ilmukonten dan pedagogi guru dalam bidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani.Senarionya, Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang tersenarai dalam jadualwaktu sekolah pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Subjek ini penting keranapelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal mereka sekaligusmenjana pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. AspekJERIS ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara kerana hasrat Negara mahu melahirkanmodal insan kelas pertama yang bukan sahaja bernas idea fikirannya tetapi juga aktif dalambidang kokurikulum dan pandai bergaul. Hal ini menunjukkan Pendidikan Jasmani merupakansubjek yang penting .Aspek jasmani penting bagi seorang pelajar kerana hakikatnya, seorang pelajar yang sihatmampu menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas lantaran dia mempunyai badan yang sihat. Didalam Pendidikan Jasmani, bukan aspek jasmani sahaja yang ditekankan kerana pelajar jugabelajar menguruskan stress, menajamkan fikiran, bergaul dengan rakan-rakan dan masyarakat5
  • 6. serta menerapkan elemen-elemen rohani mengikut kepercayaan masing-masing. Realitinya,sukan rekreasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani.Menurut Mohd Salleh Aman (2004), sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikansebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai(pasif). Dalam konteks ini, rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanyadilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandinganatau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Aktiviti sukan sepanjang hayat banyakdiaplikasikan di dalam kurikulum pendidikan Jasmani bersesuaian dengan aspirasi visi danmatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga dititikberatkankepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagaiaktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagimerealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelaspertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya parapelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkankeadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat. Sekiranya murid sentiasamengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapatmengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosialbersama rakan sebaya. Signifikasinya, apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukanrekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana muriddapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu muridtersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasimaka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasamarah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasidia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untukmenyelesaikan masalahnya. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiransosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaumtanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangatkekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukanrekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidaklangsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di6
  • 7. sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah. Sukan danrekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air;berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua aktiviti. Konsep sukan rekreasi adalahsosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi inimemberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akanmenyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab antara mereka. Selain itu, ia jugamemberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Iniakan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikanpeluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yangtelah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Malahan, konsep sukan rekreasi ini jugamembentuk seseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi inimempunyai fungsi di mana dapat membantu dalam pembentukan personaliti, pembangunaninsan, pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan,sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan. Nyata, jelaslah bahawa sukansepanjang hayat dan rekreasi mendokong konsep yang jelas dan memberi manfaat kepadaorang ramai.3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan RekreasiMenurut Ford (1981), sukan sepanjang hayat dan rekreasi merujuk kepada sukan rekreasimerupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yangbertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia jugamerangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap Hammerman Etal (1985)pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pastipengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian(Guttmann, A. 1996).. Dalam konteks ini, rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang padamasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Sukansepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Ianya tidak berfokuskan pertandinganmalahan dilaksanakan sebagai medium riadah dan sosialisasi. Matlamat utamanya ialah untukmengekalkan kecergasan, mengelakkan risiko penyakit sedentari dan medium mengisi masalapang. Antara aktiviti ciri-ciri utama sukan sepanjang hayat ialah ia dilaksanakan pada masasenggang, intensiti aktivitinya agak ringan dan bergantung kepada keupayaan individu yangmelaksanakannya, kurang berfokuskan pertandingan, boleh dilaksanakan secara individumahupun berkumpulan Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep sukan sepanjang7
  • 8. hayat mulaitahun 1983 melalui pelancaran program Malaysia Cergas. Melalui program ini,pihakkerajaan telah menyalurkan sejumlah besar peruntukan kewangan kepada jabatan kerajaandan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan massa sepertiaktiviti kecergasan fizikal, sukan-sukan baru dan aktiviti rekreasi dan riadah. Secara umumnyaaktiviti sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu:4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam kurikulum sekolahTerdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertamadalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu, jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Pendidikanjasmani penting kerana terdapat berbagai-bagai faedah dapat diperolehi dalam subjek iniantaranya :i. Pelajar cergas dan sihatPelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakan-rakannyayang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluhakibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang.Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti ‘skipping’ atau ‘jump rope’ dapat8
  • 9. menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar denganlebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadimodal insan kelas pertama.ii. Pelajar dapat menangani tekananPembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajar-pelajar akanmerasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketikasubjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain dipadang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itudengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkanmemandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yangmenyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria dapat mengatasimasalah tekanan dan kemurungan dalam diri mereka serta mampu membuat keputusan yangtepat dalam kehidupan seharian mereka.iii. Meningkat kemahiran bersosialKemahiran bersosial merupakan kemahiran yang tidak dipelajari secara bertulis keranakemahiran ini memerlukan individu tersebut berinteraksi secara lansung dengan masyarakatsekelilingnya. Pelajar yang mampu bersosial dengan baik , mempunyai self-esteem yang tinggikerana pelajar tersebut berani dan tidak gentar dengan orang lain. Melalui subjek SukanRekreasi, pelajar perlu berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain kerana terdapatbanyak aktiviti yang memerlukan kerjasama. Setiap individu bertanggungjawab menjagakepentingan kawan-kawan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkankemahiran bersosial mereka. Kini, terdapat ramai anak mudak yang mengamalkan sosial bebasdan sosial liar. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka merosakkan diri sendiri. Makaguru di sekolah wajib mengajarkan pelajar kaedah yang sesuai untuk bersosial dengan baik.Sebagai contoh, pelajar yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah perlu membantu rakan-rakan mereka yang cedera dan dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri, mereka perlubekerjasama untuk menyelamatkan rakan mereka. Tanpa kemahiran komunikasi dan sosial yanbaik, ahli-ahli dalam persatuan itu tidak dapat bekerjasama dan mungkin mencetuskanpergaduhan. Disebabkan itulah, kemahiran bersosial ini penting.9
  • 10. iv. Membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajarSukan Rekreasi mampu membina sahsiah diri pelajar cemerlang. Tidak dinafikan, PendidikanSivik dan Kewarganegaraan juga menerapkan nila-nilai murni dalam diri seorang pelajar.Namun, Sukan Rekreasi juga mampu melakukan perkara yang sama untuk membangunkanperibadi mulia seorang pelajar. Kelab-kelab permainan di sekolah acapkali menganjurkanpertandingan seperti pertandingan bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Sudah menjadi adatpermainan, ada menang dan ada kalah. Kumpulan yang kalah perlu belajar menerimakekalahan dan belajar daripada kumpulan yang menang. Perkara ini mampu mematangkanpelajar agar mereka tidak terlalu kecewa jika jatuh, namun mereka harus berdiri dan membaikikesilapan diri. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan dapat diperoleh. Sesuatukumpulan perlu bersatu-padu untuk menewaskan pihak lawan. Pelajar akan menjadi lebihbertanggungjawab demi kumpulan mereka, bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Hal inisecara tidak lansung dapat memastikan pelajar tersebut memperoleh nilai-nilai murni.Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yangmengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagaimatapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan jugadi Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).5.0 Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunan domainpsikomotor, kognitif dan afektif muridi. Aspek KognitifSukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah penting dalam pembangunan kognitif yangmelibatkan beberapa aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikirserta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsanganpemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,pengamatan dan pengukuhan. Hal ini demikian kerana sukan sepanjang hayat dan rekreasi iniberperanan dalam membimbing kemahiran kognitif murid dalam menginterprestasikankemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti.Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya seperti perkhemahan, abseiling sertaflying fox sudah pastinya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan denganberkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara10
  • 11. melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahamandan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepadapelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Malahan, pengetahuantentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik,berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatanfizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaianmasalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikanluar (Salehudin, J. 2009)..ii. Aspek AfektifMatlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar khususnya sukan sepanjanghayat dan rekreasi pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiranbersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai danpembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasidengan orang lain. Dalam konteks ini, sukan sepanjang hayat memberi sumbangan terhadapperkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketikamenjalankan setiap aktiviti sukan sepanjang hayat.Sukan sepanjang hayat dan rekreasi perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong oranglain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yangberguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpinserta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Memang tidak dapat dinafikan bahawaemosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melaluipenglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti sukan sepanjang hayat danrekreasi peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.Dalam pada itu, sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah suatu medium yang dapatmembantu dalam pembangunan sosial. Ironinya, pendidikan Jasmani akan menolong individumenyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurnadan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamatsosial.iii. Aspek Kemahiran PsikomotorAspek Psikomotor dalam melaksanakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi memberi tumpuankepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan11
  • 12. beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot,ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Ini bermakna kesesuaian aspek ini perlu difokusselepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalamPendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepadapelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagimemenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulumyang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telahmengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikanseseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankantentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan,kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorangditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalamkurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebihsihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan danpenerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupanseharian. Realitinya Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepadaproses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arahpertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikianPendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang memberi penekananterhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arahpertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajarlebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalankesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.12
  • 13. 6.0 Jenis-jenis Sukan Sepanjang Hayat dan RekreasiTerdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.Rekreasi AktifRekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu, kebaikan dan sumbangannya terhadap gayahidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untukmemastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama,aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebihsegar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepadamodal insan kelas pertama kepada Negara.Rekreasi pasifSeringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasifmerupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Walaupun rekreasiini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan jugakerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk ‘windowshopping’ , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenangkan diri di tempat kerjamahupun di rumah.Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif13
  • 14. 7.0 Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakandi sekolah .7.1 PerkhemahanPerkhemahan merupakan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi darat yang amat digemariramai. Secara umumnya aktiviti perkhemahan melibatkan pelajar berkhemah dan bermalam diluar bilik darjah terutamanya di alam semula jadi. Memang tidak dapat dinafikan bahawaperkhemahan merupakan aktiviti wajib yang diadakan di peringkat sekolah. Namun demikian,dalam merealisasikan perkhemahan yang realistik selaras dengan matlamat utama sukansepanjang hayat dan rekreasi, pelaksana program seharusnya lebih mempunyai idea yangcukup menarik agar perkhemahan menjadi salah satu sukan rekreasi yang paling realistik.Antara matlamat utama aktiviti perkhemahan dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolahialah untuk:Perkhemahan di sekolah kerap diamalkan oleh badan beruniform seperti Pengakap, BulanSabit Merah dan Tunas Puteri. Kebanyakan badan ini melaksanakan program perkhemahansecara tradisional dengan penggunaan teknologi yang amat minima. Selalunya, peserta akanbermalam di dalam khemah, memasak makanan sendiri, dilatih membina gajet dan merancangkraf perkhemahan dan melaksanakan pelbagai aktiviti mencabar seperti kawad kaki,orienteering, rentas halangan, berbasikal dan lain-lain lagi. Ternyata, terdapat pelbagai aktiviti14
  • 15. yang menarik dapat dilaksanakan dalam aktiviti perkhemahan seperti jungle tracking, foxabseiling serta pelbagai aktiviti yang mencabar.Rasional pelaksanaan pendidikan konservasi aktiviti perkhemahan di peringkat sekolaha. Sukan sepanjang hayatdan rekreasi merupakan sukan yang dilaksanakan sebagaiaktiviti yangterancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuanpertandingan tetapi untuk memperoleh ketenangan minda dan merehatkan badan sertamempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikankonservasi dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satuusaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabilamereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.b. Murid melalui sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat dipupuk amalan memeliharadan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi inijuga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita danramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkansungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yangberada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alamsekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius. Selain itu,pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat rekrasi juga menjadi alat utamauntuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikapmereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.Pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnyasesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikapgenerasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalammenjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkanmasalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok barusupaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.c. Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi turut dilingkari beberapa jenis aktiviti lasakyang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktivitiini dapat memupuk keyakinandiri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikutadalah contoh beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi.i. Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalamprogram rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitivitikeselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru15
  • 16. pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktivitiini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC.HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & RiskControl. HIRARC merupakan satu kaedah di mana setiap hazard dikenal pasti padasekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain.Setiap hazard yang dikenal pasti akan dinilai sejauh mana risiko ke ataskeselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.ii. Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan denganteknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakankemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yangmemerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Pesertaperlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yanglaindengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telahditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunantertentu. Realitinya, aktiviti ini ternyata mencabar serta dapat mempengaruhiperkembangan kemahiran kognitif dalam kalangan murid sekolah. Kemahiranmembaca peta serta menggunakan kompas adalah sesuatu kemahiran yang sukardikuasai, namun dengan bimbingan dan kebolehan guru-guru pakar dalam bidangtersebut, sudah pastinya dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahirantersebut.8.0 Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yangdilaksanakan di sekolah luar negara.a. Sukan bola tampar di Amerika SyarikatPada tahun 1930an Sukan-sukan sepanjang hayat dan rekreasi program-program menjadisebahagian sukan yang penting daripada kehidupan Orang Amerika. Kejohanan Dunia bolatampar telah diadakan di Prague, Czechoslovakia. Pada tahun 1960an teknik-teknik baru dalampermainan ditambah bagi meningkatkan taraf permainan bola tampar, pancang lembut (dink),bersedia melalui (bengkak), pemblokan seberang jaring, dan defensif menyelam dan berguling.Persekutuan antarabangsa, Fédération Internationale de Bola Tampar (FIVB), telah ditubuhkanpada tahun 1947, dan Kejohanan-kejohanan mula diadakan pada tahun 1949 bagi lelaki dan1952 untuk perempuan. Bola tampar telah dimasukan di antara acara permainan Sukan Olimpik16
  • 17. dalam 1964. Bola tampar pantai menjadi satu variasi FIVB-endorsed dalam 1986 dan telahdimasukan bagi acara sukan Olimpik pada tahun 1996 Musim Panas Sukan OlimpikBola tampar telah disampaikan di Padang konvensyen Amerika sebagai satu daripada sukanpaling popular pada masa itu. NCAA telah dipersilakan oleh YMCA untuk membantu dalamsuntingan kaedah-kaedah dan dalam mempromosikan sukan. Bola tampar telah ditambah kesekolah dan kolej pendidikan jasmani dan program-program dalaman.Permainan bola tampardikira dengan mengunakan sistem 21 mata, kemudian ditukar menjadi 15 mata. YMCA yangpertama kalinya telah menganjur kejohanan bola tampar kebangsaan yang telah diadakan diBrooklyn, NY. Sebanyak 27 pasukan daripada 11 negeri-negeri telah menyertainyaKanada pada tahun 1900 merupakan negeri di luar Amerika Syarikat yang pertama menerimasukan bola tampar . Sukan bola tampar sekarang sangat popular di Brazil, seluruh Eropah (dimana terutama Itali, Belanda dan Serbia adalah kuasa-kuasa besar sejak lewat LapanPuluhan), Rusia, negara-negara lain termasuk China dan yang lain Asia, serta AmerikaSyarikat. FIVB memberi anggaran bahawa 1 dalam 6 orang di dunia menyertai pertandinganatau menjadi penonton bola tampar tertutup, bola tampar pantai, atau kawasan belakang rumah(rekreasi) bola tampar. Ternyata sukan bola tampar merupakan sukan sepanjang hayat danrekreasi yang paling popular di sekolah-sekolah luar negara dan kini dikomersialkan sebagaisatu siri pertandingan yang penting dalam sukan dunia.b. Gimnastik berirama atau gimramaGimnastik berirama atau gimrama merupakan satu sukan sepanjang hayat dan rekreasi yangsangat istimewa dan menarik. Sukan tersebut memerlukan kemahiran, kelembutan dankoordinasi tubuh badan yang baik disamping daya mencipta. Gimrama adalah satu disiplinsukan gimnastik yang telah diiktiraf oleh Persukutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Iamerupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimramasebenarnya bermula di Eropah sejak seabad yang lalu. Pada masa itu, ia dianggap sebagaipergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang. Pengasasnya ialahJacques Dalcroze seorang pensyarah berbangsa Swiss. Beliau telah membuka dua buahmaktab perguruan di Switzerland dan memperkenalkan latihan gimrama kepada penuntutnya.Kemudian Rudolph Bode (1881-1970) dan Heinrich medau (1890-1974), kedua-duanya dariJerman telah memperkenalkan gimrama yang menggunakan bola, gelung dan belantan di17
  • 18. sekolah mereka sendiri. Gimnastik berirama moden hanya diiktiraf sebagai sukan hanya padatahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik antarabangsa. Kejohanan Sedunia buat pertama kalitelah berlangsung di Budapest, Hungury tahun 1963. Sejak itu, pertandingan yang sedemikiandiadakan dua tahun sekali. Selain itu, Kejohanan Eropah dan Kejohanan Empat Benua telahdimulakan pada tahun 1978. Gimrama juga telah menerima pengitirafan yang tertinggi apabilatelah dipertandingkan buat pertama kalinya dalam Sukan olimpik di Los Angeles, USA (1984),dan Seoul, Korea (1988).Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama tidakditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah, gimrama telah dimulakan sebagaiaktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpurdibawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan di bawah PersekutuanGimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru-gurudari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor tempatan. Pada tahun1985,Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih dari Australia untukmengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300 orang jurulatih dapat dihasilkan.Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutantelah diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkatkebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruhnegara telah mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnasyang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjayatelah dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEAKuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin. Selainitu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benuauntuk memperoleh pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam KejohananSedunia di Alicante, Sepanyol.18
  • 19. 9.0 KesimpulanIroninya, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positifserta hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskanpengetahuanseseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut.Rekreasidapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktuluanguntuk sesuatu tujuan, iaitu antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap danmental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental. Banyak nilai yang dapatdiperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapatdilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, seseorang yang menyertaiaktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dandisiplin diri. Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentukpersonaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti sebegini jugamenyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Malahan, aktiviti rekreasi bersamakumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain.Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk sikap sosialisasi. Tamsilnya,seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan olehsesebuah pihak dan memberi peluang kepadaseseorang untuk mengenali orang lain yang turutserta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru danpelbagai kepada peserta. Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasiboleh mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaansemasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan masalahseperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara. Secara rumusnya, pelbagai aspek perludiambil kira semasa melakukan sesuatu aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatuaktiviti perlu diberi perhatian sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perludilakukan dengan pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih.Peserta aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi.19
  • 20. 20SK HAJI MAT DAHANPERKHEMAHANREALISTIKTEMA:MENGEKALKAN GAYA HIDUPSIHAT DAN BERANIBERHADAPAN ALAM SEKITARTARIKH : 10 DAN 11 MEI 2013HARI : JUMAAT DAN SABTUTEMPAT : PADANG SK HAJI MATDAHAN PENDANG.AJK KERJAGAJETGuru-guru Pengakap dan Pergerakan PuteriIslamKAIN RENTANGPuan Marziana KassimPENDAFTARAN & YURANPuan Nurhafizah AjlanKESELAMATAN / KAWALAN MURIDEncik Dahlan ZainuddinPENGERUSI PERALATANEncikZainuri YoapKEMBARA MAKLUMAT/JUNGLE TREKKINGEn. Ahmad Kamil b. IsmaiLHADIAH DAN CENDERAMATAPuan Arlina binti AriffinSIARAYA DAN JURUFOTOEncik Ahmad Kamil bin IsmailBUKU PROGRAMPuan Nurhafizah AjlanORIEENTINGPuan Norpishah bt. Abdul ManapFLYING FOXPuan Syarifah Norniza binti Syed OthmanKETUA MASAKAN DAN QUARTER MASTERPuan Norazlina binti Abdul AzizEn. Mohd Nazri bin BaharuddinPENGERUSI PENGINAPANPuan Arlina binti AriffinJEMPUTAN PERASMIPK Kokurikulum & Setiausaha KokurikulumSETINGGI –TINGGIPENGHARGAAN DANTERIMA KASIHKEPADA :ο PPD PENDANGο GURU BESAR SK HAJI MAT DAHANο GURU-GURU DAN KAKITANGANο PIBGο JKKRο IBU BAPABROSURE PERKHEMAHAN REALISTIK SK HAJI MAT DAHAN PENDANG
  • 21. 21• Mencungkil dan menggilap bakat murid-murid dalam aktiviti perkhemahan yangmencabar dan realistik• Meningkatkan pengetahuan dankemahiran murid-murid tentangikhtiar hidup.• Memupuk budaya kerjasama yangmesra dan erat dalam kalangan wargasekolah.• Melatih murid-murid berdisiplin danmematuhi peraturan perkhemahan.• Memberi kesedaran dan keinsafan dalamkalangan murid tentang ciptaan Tuhan.• Memberi keseronokan dan pendedahankepada murid tentang daya kreatifsewaktu berkhemah.• Menguji ketahanan murid dari aspekpembangunan afektif, kognitif danpsikomotor murid.Objektif Atur cara program10 Mei 20138.00 pagi : Pendaftaran murid: Taklimat dan pembahagian kumpulan10.00 pagi : Murid mendirikan khemah dan membinagajet.12.00 tengah hari: Setiap kumpulan dikehendakimenyediakan makanan tengah hari1.00 petang : Persiapan menunaikan solat Jumaat2.30 petang : Murid diberi tugasan untuk menyiapkangajet. Murid dinilai dari aspek kemahirandan kerjasama.4.30 petang : Solat Asar5.00 petang : Aktiviti Flying Fox7.00 petang : Makam Malam dan Solat Maghrib.8.30 malam : Taklimat tentang Ikhtiar Hidup di Hutan.10.00 malam: Tidur11 Mei 20136.00 pagi : Solat Subuh dan Siapsiaga diri7.00 pagi : Sarapan7.30 pagi : Senam Seni (Warming Up)8.30 pagi : Jungle Trekking dan Ikhtiar HidupBeberapa aspek dinilai:1. Kemahiran Berpasukan2. Daya Ketahanan MuridBorang pemarkahan aktivitiperkhemahanAktiviti Aspek dinilai MarkahPertandinganMemasak didalam hutanCita rasa 20Penyediaanbahan10Susun atursajian5PenglibatanMurid10Masa 15Ikhtiar Hidup KerjasamaBerpasukan10KemahiranOrieentering25Ketahananmurid dalammenghadapicabaran10Jungletrekking5Gajet Aplikasiikatan10Kekemasan 10Keunikan 20kerjasama 5Masa 5
  • 22. Rujukan :Guttmann, A. (1996). Games and empires: Modern sports and cultural imperialism.Canada: Columbia Univ PressIskandar, Y., & Kaeh, A. R. (1978). Sejarah Melayu (Edisi Shellabear): Satu perbicaraankritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur: Hanemann Educational Books ( Asia ) Ltd.Nordin, A.B., Abdul Hamid, M.N., Abdul Kadir, R. (2000). Meniti zaman : SITC,MPSI, IPSI,UPSI. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Salehudin, J. (2009). Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds).Selangor: Karisma Publications.Rujukan Laman WebRetrived at : 2April 2013. http://www.scribd.com/doc/129303274/Modul-Sukan-Sepanjang-Hayat-Rekreasi22