Asgnmnt koku final

  • 10,844 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
10,844
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
6
Likes
35

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KERJA KURSUSCMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK. NAMA PELAJAR NURHAFIZAH BINTI AJLAN NO. ID D20102040807 801204-14-5448 KUMPULAN EL- A04 PENSYARAH DR. AZALI BIN RAHMAT 1
  • 2. KELAB PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SENTA Pertandingan Mereka cipta Kad Ucapan Gergasi Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat SekolahSEBELUM PERTANDINGAN DIJALANKAN1.0 Pengenalan Mereka cipta adalah salah satu cabang seni dan budaya dalam penghasilan senikreatif. Ia perlu sentiasa dipelihara dan diperkembangkan setiap masa. Ternyatainstitusi pendidikan perlu memainkan peranan penting untuk memberi galakan kepadamurid-murid yang meminati bidang seni visual. Ironinya, pendidikan Seni Visualmempunyai potensi masa depan yang baik untuk murid di samping memupukkeperibadian yang halus, mulia dan mencintai keindahan serta menghargai keunikankejadian alam ciptaan Tuhan. Sementelahan pula, pertandingan yang diadakan adalahbertujuan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara murid-murid sekolah rendahdi samping untuk menanam perasaan cinta akan kesenian dan mewujudkan perasaaningin mencuba menghasilkan sebuah karya kreatif. Malahan, melalui aktiviti merekacipta dapat mencungkil bakat kreativiti dalam diri mereka. Ternyata aktiviti ini banyak mendatangkan kesan yang positif terhadapperkembangan kognitif murid-murid di samping memberi pendedahan kepada muriduntuk untuk menggunakan kreativiti masing-masing di samping memupuk minat yangmendalam di dalam mata pelajaran pendidikan seni visual. Di samping itu juga, iamampu untuk menerapkan nilai pelbagai pengetahuan serta mengukur kemampuandalam aspek mereka corak dan mencipta sesuatu dengan menggunakan kreativitisendiri dengan pelbagai bahan. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum akanmemberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membina perkembangan mental danfizikal serta seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mengeratkan 2
  • 3. silaturahim antara peserta dan guru yang terlibat, lebih-lebih lagi ciptaan khas buat gurusempena sambutan Hari Guru. Pembabitan dalam pertandingan seperti ini penting bagimengimbangi pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kemahiran insaniahmelalui kemahiran berfikir serta penjanaan idea yang kreatif. Selain itu, peraduanbertemakan Hari Guru dapat memupuk rasa tanggungjawab dan hormat sertakerjasama yang tinggi dalam diri pelajar terhadap golongan pendidik yang banyakberjasa, khususnya guru yang mendidik mereka di sekolah ini.2.0 TEMAGURU INSAN TERISTIMEWA merupakan tema yang dipilih bagi menjayakanpertandingan Merekacipta Kad Gergasi Ucapan hari Guru. Ini merupakan satu carabagi murid-murid untuk meluahkan perasaan sayang dengan pelbagai idea yang kreatif.Malah, apa yang penting dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk meluahkan ideakreatif mereka.3.0 SasaranSemua murid tahun 3 sehingga tahun 6 menyertai pertandingan tersebut dalamkumpulan atau secara individu.4.0 Objektif 4.1 Meningkatkan kemahiran kreativiti dalam kalangan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. 4.2 Menyuntik semangat dan keyakinan dalam diri para peserta untuk melahirkan idea-idea kretif yang berteraskan nilai-nilai hidup yang positif, mampan serta mempunyai jati diri yang teguh dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar melalui slot motivasi diri. 4.3 Memupuk sikap saling bekerjasama antara para peserta dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif 4.4 Melahirkan perasaan menghargai dalam kalangan peserta terhadap guru mereka melalui penghasilan kad yang kreatif 4.5 Mewujudkan satu hubungan yang erat dalam kalangan guru, murid-murid, kakitangan sekolah dan pekerja serta pihak PIBG di samping meningkatkan 3
  • 4. toleransi serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara mereka.5.0 Tujuan pertandingan mereka cipta kad Ucapan Gergasi Hari Guru adalah untuk: 5.1 memberi pendedahan kepada murid untuk lebih berminat dalam aktiviti seni kreatif 5.2 bentuk kreativiti murid dalam menggunakan IQ mereka terhadap rekaan dan ciptaan mereka sendiri 5.3 meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif 5.4 mewujudkan persaingan yang sihat antara peserta yang terlibat 5.5meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif 5.6 menggalakkan semangat perkongsian idea di kalangan murid-murid6.0 Pelaksanaan Aktiviti: Penyertaan terbuka kepada semua murid tahun 3 sehingga tahun 6 SKKampung Senta sama ada secara kumpulan atau secara individu khususnya Ahli KelabPSV. Peserta kumpulan adalah seramai 4 orang dari pelbagai tahun dan pelbagaikaum. Syarat sebegini adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama antarapelbagai kaum. Ini sudah pastinya akan mewujudkan hubungan yang mesra antaramereka. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Pendidikan Seni Visual dengankerjasama Panitia Seni Visual. Peserta diberi masa selama seminggu untukmenyiapkan kad ucapan gergasi Hari Guru sebelum tamat tempohnya pada 15 Mei2012. Hal ini demikian kerana setiap hasil karya murid akan dipamerkan di sudut dewansemasa pelancaran sambutan Hari Guru. Jawatankuasa kerja bagi menguruskan aktivitipertandingan ini telah dilantik di bawah naungan penasihatnya iaitu Guru Besar. 4
  • 5. Menerusi peraduan ini, murid dilatih melahirkan rasa terima kasih kepada gurudengan coretan indah, ucapan puitis atau sajak, selain menggunakan kreativitimenghasilkan karya yang tinggi nilai seninya. Kebanyakan murid digalakkanmenghantar penyertaan yang dihias dengan kreatif menggunakan bunga, daun, riben,album gambar dan rempah yang selalu digunakan dalam masakan seperti kulit kayumanis, bunga cengkih serta bunga lawang sebagai hiasan. Menerusi aktiviti seumpamaini murid-murid berpeluang menyatakan perasaan kasih sayang dan terima kasihmereka terhadap guru-guru dengan melukis berpandukan kemahiran ICT serta menulisungkapan-ungkapan yang baik dan menarik bagi menggambarkan rasa penghargaanterhadap jasa baik dan pengorbanan guru. Inilah cara terbaik bagi murid-murid meluahkan perasaan mereka melalui hasillukisan menerusi penggunaan ICT, di samping menggalakkan penguasaan kemahiranICT dalam kalangan murid yang akhirnya berupaya menjadikan generasi kita sebagaigenerasi yang maju dan membangun dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam konteksini, aspek pembangunan modal insan seharusnya digabungkan dengan nilai-nilai yangbaik. Oleh yang demikian, usaha menganjurkan Pertandingan Melukis dan Reka CiptaKad Ucapan Hari Guru ini telah menepati apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Murid-murid sememangnya perlu diberi bimbingan berterusan agar mereka sentiasamenghormati guru-guru bukan sahaja sewaktu mereka bersekolah, tetapi juga semasamereka sudah tamat persekolahan. Pihak sekolah juga menawarkan hadiah berbentukhamper alatan tulis kepada para pemenang. Hadiah pertama paling menarik ialahsebuah Kamus Dewan. Hadiah-hadiah tersebut telah dipamerkan sepanjang minggusebelum Hari Guru dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan dalam kalanganmuird-murid. Murid-murid juga akan lebih bersemangat untuk menyiapkan karya kreatifmereka.Apa yang penting dalam menghasilkan karya tersebut. Murid juga perlumenyediakan laporan tentang proses menyiapkan karya seni tersebut. Dalam laporan tersebut perlu disenaraikan beberapa item penting seperti lakaranreka cipta, senarai bahan yang digunakan termasuk harga barangan tersebut, prosespembuatan dari awal sehingga akhir dan menyenaraikan rakan-rakan serta guru-guruyang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Ini bertujuan mendorong mereka untuk 5
  • 6. merancang dengan cara yang tersusun sebelum menyiapkan sesuatu karya. Setiaplaporan mereka akan didokumentasikan dan turut dipamerkan. Setiap karya yangdihasilkan oleh murid akan dipamerkan di sudut dewan pada perayaan Hari Guru.Karya tersebut akan menjadi inspirasi kepada murid lain untuk menyertai sebarangpertandingan di sekolah. Peri pentingnya pameran karya murid ini ialah dapatmeningkatkan motivasi yang tinggi kepada para peserta dan berasa lebih yakin untukmengorak langkah dalam bidang reka cipta sama ada di peringkat sekolah mahupun diperingkat negeri.7.0 Beberapa syarat dan peraturan pertandingan mereka cipta telah ditetapkanseperti berikut:> Dibuka kepada semua pelajar dari tahun 3 hinggalah ke tahun 6.> Untuk menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ahli keluarga serta rakan-rakanberbilang kaum, pelajar-pelajar dibenarkan dan digalakkan membentuk kumpulan yangterdiri daripada 4 orang pelbagai tahun dan kaum.> Kad yang dihasilkan mestilah ditandangani oleh ibu atau penjaga sebelum diserahkepada jawatan kuasa pertandingan.> Murid bebas menggunakan apa sahaja medium sebagai kad ucapan danmenggunakan apa jua bentuk kreativiti.> Murid-murid juga dikehendaki menghasilkan sama ada sajak, pantun, kata-kata puitisuntuk mengenang jasa guru di dalam kad yang dihasilkan.> Kad yang telah siap bolehlah dihantar kepada Puan Haliza Binti Jelani, selakupenyelaras Program Hari Guru di SK Kampung Senta 2012.> Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.> Kad mestilah dihantar sebelum atau pada tarikh 15 Mei 2012, sebarang kad yangdihantar lewat tidak akan diterima.> Murid-murid juga hendaklah menulis nama dan kelas di belakang kad tersebut. 6
  • 7. > Kad gergasi tersebut haruslah menepati tema dan memenuhi syarat-syaratpertandingan.> Murid juga digalakkan menggunakan aplikasi ICT dalam menghasilkan kad ucapangergasi.> Murid diminta menulis laporan tentang penghasilan kad gergasi Hari Guru8.0 Anggaran kos perbelanjaan untuk Pertandingan Mencipta Kad Hari Guru. Kedudukan Hadiah Bilangan Harga 1 Berupa Sebuah Kamus 1 RM 60.00 Dewan dan hamper RM 30.00 2 Hamper 1 RM 25.00 3 Hamper 1 RM 20.00 10 hadiah saguhati Hamper 10 RM 100.00 RM 235.009.0 Anggaran Kos Belanjawan Pertandingan Mencipta Kad Hari Guru BIL. ITEM KUANTITI HARGA 1. Buku Program/Brosur 40 RM 8.00 2. Siaraya 1 Set x 2 hari RM 200.00 3. Hadiah Tempat pertama – RM RM 235.00 90.00 Tempat kedua – RM 25.00 Tempat ketiga – RM 20.00 Hamper - RM 100.00 4. Air mineral 2 kotak x 24 RM 48.00 5. Lain-lain RM 9.00 5. JUMLAH KESELURUHAN RM 500.00 7
  • 8. 10.0 Jawatankuasa Pelaksana Mereka Cipta Kad Ucapan Gergasi Penasihat: Puan Noral Aishah binti Harun Guru Besar SK Bukit Selambau Pengerusi : Encik Ku Rizwan bin Ku Ibrahim Pengarah Projek : Pn. Siti Sarah binti Sulaiman Ketua Guru Pertandingan Reka Cipta En. Wan Nazri bin Wan Abdul Rahman Bendahari En. Muhammad Uzair bin Mohamad FekriAJK Penetapan Syarat Pertandingan dan Pemilihan Pemenang Encik Zubir bin Mat Isa Encik Norzali Kamaruddin Encik Abdul Rani bin Talib AJK Pameran dan Hadiah Puan Sarina binti Che Lah Puan NorAziah binti Muin Puan Masyhitah binti Rashid AJK Kerja 8
  • 9. Semua guru Kelab Pendidikan Panitia Seni Visual 11.0 Tentatif Program Pertandingan Kad Ucapan Gergasi sempena sambutan Hari Guru Tarikh: 9 Mei 2012(Rabu)8.00 pagi -Pelancaran Mereka Cipta Kad Ucapan Gergasi Sempena Sambutan Hari Guru - Guru Kelab PSV memberi taklimat tentang aktiviti mereka cipta kad Hari Guru - Guru Kelab PSV meminta murid memberi nama untuk menyertai pertandingan sama ada secara kumpulan dan individu11.00 pagi - Murid mendaftar untuk penyertaan Tarikh :16 Mei 2011(Rabu)8.00-12.00 - Sambutan Perayaan Hari Guru12.00 tgh hari : Pameran Kad Ucapan Gergasi – Semua penyertaan dipamerkan12.0 Penutup Program yang dilaksanakan diharapkan akan mencapai objektif dengankerjasama dari semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program untukkecemerlangan pendidikan murid-murid. Ironinya, melalui program sebegini setiapmurid dapat mengembangkan bakat kreativiti yang ada dalam diri mereka di sampingdapat meningkatkan keyakinan belajar dalam diri mereka. Ternyata, bukanlah sesuatuyang sukar untuk memupuk minat dan bakat dalam diri mereka terhadap pendidikanseni visual, justeru sekolah merupakan saluran terbaik untuk murid-murid menghasilkankreativiti mereka. 9
  • 10. 13.0 Pelan Perancangan Program CARTA GANTT JADUAL GERAK KERJA AKTIVITI PERTANDINGAN MEREKACIPTA KAD UCAPAN GERGASI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU BULAN BIL. AKTIVITI APRIL MEI 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5MINIT CURAI 1. Kemuka kertas kerja XNama mesyuarat : Mesyuarat Progran Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Gergasi sempena sambutanhari Guru Mesyuarat Jawatankuasa Induk 2. Peringkat SK Kampung Senta X 3. Mesyuarat Jawatankuasa KerjaPengerusi Majlis : Pn. Siti Sarah binti Sulaiman X 4. Pelaksanaan AktivitiTarikh : 20 April 2012/ Tempat : SK Kampung Senta / Masa : 2.30 petang XKehadiran : GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum serta AJK yang terlibat 5. Dokumentasi XAgenda :-1. 6. Membincangkan dan membentangkan bidang tugasX X X X Pertandingan Penilaian Berkala jawatankuasa X X X X X X Tempat : SK Kampung Senta / Tarikh : 9 Mei 2012 / 16 Mei 2012Hari/Masa : Rabu 8.00 pagi –11 pagi (9 Mei 2012)/ 8.00 -12 tengah hari (16 Mei 2012) 1.1 Borang pendaftaran peserta hendaklah dihantar pada 9 Mei 2012, ke meja urusetia selepas taklimat dan pelancaran Merekacipta Kad Ucapan Gergasi. 1.2 Perlantikan hakim– 3 orang guru.14.0 Lampiran2. Pemberitahuan Pertandingan :-(1) Minit Mesyuarat Curai2.1 Taklimat pertandingan akan diadakan pada 9 Mei 2012 di Dewan Terbuka SK Kampung Senta.Mesyuarat Program Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Gergasi sempena2.2 Hal lain:-Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kampung Senta a) Taklimat hakim akan diadakan di Bilik Mesyuarat pada 10 Mei 2012 pada jamAnjuran Kelab Seni Visual 2.30 petang.20 April 2012setakat hari ini, b) Penyertaan - Di SK Kampung Senta 16 penyertaan berkumpulan dan 6 penyertaan individuMesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.Disediakan oleh, 10En. Wan Nazri bin Wan Abdul RahmanKetua Guru Pertandingan Reka Cipta
  • 11. Semua AJK Pelaksana Tuan/Puan/Cik, MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN MEREKACIPTA KAD UCAPAN GERGASI Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk ; 2. Mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut; Tarikh : 20 April 2012 Masa : 2.30 petang Tempat:Bilik Mesyuarat SK Kampung Senta 3. Agenda Mesyuarat; 3.1 Membincangkan dan membentangkan bidang tugas jawatankuasa Pertandingan 3.2 Pemberitahuan PertandinganII) Surat panggilan Mesyuarat 4. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah (NORAL AISHAH BINTI HARUN) Guru Besar 11 Sekolah Kebangsaan Kampung Senta
  • 12. SEMASA PELAKSANAAN PERTANDINGANSituasi TentatifPelaksanaan Program Pertandingan Mereka Cipta Kad Gergasi Hari Guru Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan mereka cipta kad Hari Guru..Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmuyang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudahmulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. 12
  • 13. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betulmengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. MenurutLowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang palingkonflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang senisebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di kalanganpelajar berlaku peringkat ini. Murid yang lemah akan mengalami masalah yangdinyatakan tadi. Justeru adalah penting bagi guru menjadi pembimbing agar setiapproses pembuatan rekaan berjalan dengan lancar. Murid yang lemah juga perlu diberi peluang untuk menyertai pertandingan seperti inidengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap kebolehan mereka.Justeru, syarat penyertaan telah menetapkan agar para peserta mendapat bimbinganguru dan ibu bapa serta bekerja dalam satu kumpulan.Sekiranya dibimbing dan diberipenerangan yang betul, kemungkinan minat mereka akan bertambah terhadap seni.Dalam menghasilkan karya seni, mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal danberminat dengan subjek seni itu. Secara keseluruhannya, pengajaran yangberkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu murid dalammeningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepadamurid membuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan dan sebagainya.Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi, di sampingdapat merangsang deria murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan denganlebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebihmenyeronokan dan kondusif malah dapat meningkatkan interaksi antara mereka.Ternyata, pertandingan seperti ini dapat menerap nilai-nilai murni dalam diri murid.Tentatif Program Pertandingan Kad Ucapan Gergasi sempena sambutan HariGuru Tarikh: 9 Mei 2012(Rabu) Pelancaran merekacipta kad ucapan Gergasi sempena sambutan Hari Gurubermula seawal 7.30 pagi di dataran perhimpunan SK Kampung Senta. Majlis 13
  • 14. pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi Majlis. Semua guru danmurid hadir berada di tapak perhimpunan untuk mendengar ucapan perasmianpelancaran oleh guru besar selaku Penaung bagi program Pertandingan Kad UcapanGergasi sempena sambutan Hari Guru.Aktiviti 1Ucapan Perasmian Guru Besar Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru, murid dan para peserta kemajlis pelancaran Program Pertandingan Kad Ucapan Gergasi sempena sambutan HariGuru peringkat sekolah. Beliau menyatakan perasaan bangga terhadap usaha semuaguru dan murid untuk menjayakan salah satu program Hari Guru. Harapan beliau agarpertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Seni Visual mendapat reaksi positif darisemua pihak khususnya murid-murid SK Kampung Senta. Beliau berpendapat inilahmasanya murid-murid mengembangkan bakat kreativiti dalam diri mereka sebagaipenghargaan mereka terhadap guru-guru mereka. Guru besar turut menyatakanperasaan bangga terhadap setiap murid yang akan menyertai program tersebut keranasikap berani dan keyakinan yang tinggi untuk menghasilkan idea yang cukup kreatif. Ucapan perasmian pelancaran program oleh guru besar 14
  • 15. Beliau turut menyarankan agar setiap peserta tidak mudah berputus asa dalammenyiapkan kad ucapan dengan harapan setiap guru akan membimbing murid-muriduntuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Apa yang pasti, kalah atau menang dalampertandingan bukanlah percaturan yang penting dalam sesuatu yang pertandingantetapi apa yang lebih penting ialah idea kreatif yang lahir dari minda murid-murid.Aktiviti keduaGuru Kelab PSV memberi taklimat tentang aktiviti mereka cipta kad Hari GuruGuru Panitia Kelab PSV memberi taklimat tentang pertandingan yang diadakan kepadamurid-murid SK Kampung Senta di dewan terbuka. Beliau turut menyatakan bahawaterdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh para peserta. Penerangan tentangsyarat tersebut akan ditampal pada papan kenyataan. Para peserta yang telahmendaftarkan diri boleh merujuk pada syarat-syarat yang telah dipamerkan. Parapeserta diberi masa seminggu untuk menyiapkan hasil kreativiti mereka. Guru KelabPSV meminta murid memberi nama untuk menyertai pertandingan sama ada secarakumpulan dan individu. Murid diberi masa untuk memilih ahli kumpulan mereka. Muriddimaklumkan agar menyerahkan hasil kerja mereka selewat-lewatnya 15 Mei 2012untuk diadili.Aktiviti ketiga 15
  • 16. Murid mendaftar untuk penyertaan pada pukul 11.00 pagi. 3 orang guru terlibat sebagaiAJK Pendaftaran.Aktiviti keempatProses menyiapkan tugasan bermula 9 Mei – 15 Mei. Antara beberapa gambar yangdiambil semasa proses menyiapkan tugasan. Pelbagai teknik seni digunakan dalammenghasilkan idea mereka yang kreatif. Perbincangan kumpulan Mula melukis AktivitiMenggambar dan Mencorak pada hasil seni untuk rekaan kad hari Guru 16
  • 17. Menggunakan Teknik Mencorak dengan lilin dan anyamanTEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Tarikh :16 Mei 2011(Rabu)Aktiviti 18.00-12.00 - Sambutan Perayaan Hari GuruSkrip Pengerusi Majlis sempena sambutan Hari GuruBerbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Yang Dipertua PIBG SK Kampung Senta,Yang Berusaha Puan Noral Aishah binti Harun Guru Besar SK Kampung Senta, En. KuRizwan bin Ku Ibrahim, Penolong kanan Pentadbiran, En. Amran bin Ibrahim, 17
  • 18. Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kananKokurikulum Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru-guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.[2] Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi keranadengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untukkita sama-sama berkumpul di Dewan Terbuka SK Kampung Senta ini bagi meraikanSambutan hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2012.Selasih mekar di tengah desa;Mencelah sama kembang melati,Guru Pembina Negara Bangsa;Menabur ilmu berkhidmat bakti.Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekadserta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruansebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.[3] PERSEMBAHAN GURU{1} Memulakan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput danmempersilakan semua guru untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Lagu Kami GuruMalaysia. Dipersilakan............Sama-samalah kita dengarkanlah alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan laguGURU MALAYSIA....... 18
  • 19. {2}Sebelum guru-guru mengambil tempat duduk..dijemput Yang berbahagia Tuan GuruBesar untuk memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Badan Pengawas dibawah pimpinan Cikgu Noraini binti Othman. Dipersilakan..........................Terima kasih kepada Tuan Guru Besar.Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU.{3}Berburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepalang ajarBagai bunga kembang tak jadi.Seterusnya, dijemput rakan seperjuangan, Pn Che Faridah bt Che Isa untukbergandingan mendeklamasikan sajak bersama saya untuk semua guruDi SK Kampung Senta……………… Terima kasih diucapkan kepada Pn. Che Faridah.[4] PERSEMBAHAN PELAJAR:{1}Seterusnya kita perdengarkan pula palutan kata ’berdikirlah pulok’ persembahan dikirbarat yang akan dipersembahkan oleh murid-murid yang mewakili Kelab MuzikSekolah, dipersilakan............Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir itu tadi.{2}Persembahan seterusnya, pendeklamasian sajak bersambungan dengan IramaNasyid dari kumpulan Unit Beruniform Puteri Islam dengan lagu ____________Dipersilakan. 19
  • 20. ................Terima kasih kepada kumpulan Puteri Islam.{3} seterusnya dijemput kumpulan mewakili Kelab Bahasa Inggeris untukmenyampaikan Musical Poem berjudul Wonderfull Teacher Dipersilakan..........................Terima kasih diucapkan kepada Kelab Bahasa Inggeris..................Demikian tadi berakhirnya persembahan dari murid-murid yang mewakili setiap kelab,persatuan dan unit beruniform di bawah pimpinan guru-guru terhebat. Terima kasihsekalung budi diucapkan kepada semua yang menjayakan persembahan itu tadi.Untuk makluman semua hadirin, setiap kelab, unit beruniform serta persatuanmempunyai persembahan yang istimewa untuk menjayakan program sambutanhari Guru. Saat yang dinantikan ialah pameran Merekacipta Kad Ucapan GergasiHari Guru yang dianjurkan oleh Kelab Seni Visual akan diadakan selepaspenyampaian hadiah. Kami guru-guru berasa amat terharu kerana setiap pesertabegitu kreatif dalam menghasilkan idea kreatif yang cukup menarik. Guru Besarbegitu berbangga dengan pencapaian para peserta. Tahniah diucapkan.[5] PENYAMPAIAN HADIAHGuru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acarapertandingan memasak, permainan dan sukaneka hari guru, hadiah cabutan bertuahdan paling istimewa ialah hadiah bagi pertandingan merekacipta kad ucapan gergasiHari guru.{1}Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Wan Pauzi binWan Mohd, GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, En. Amran binIbrahim, GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 20
  • 21. Dipersilakan.{2} Majlis dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu yangterlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru yang penuh gilang-gemilang. Sebelummajlis bersurai, ingin saya maklumkan bahawa pameran akan diadakan, semua hadirinbolehlah menjamu mata melihat hasil-hasil kreatif dari murid-murid dalam pertandinganmerekacipta kad ucapan gergasi Hari Guru.Aktiviti KeduaUpacara penutupan majlis Sambutan Hari Guru diraikan dengan penuh meriah di manaacara pameran Kad Ucapan Gergasi mendapat pujian oleh para ibu bapa, wakil PIBG,murid-murid dan semua guru. Rata-rata melahirkan perasaan bangga atas komitmensemua para peserta termasuk guru bimbingan mereka. Sebelum tamat waktupersekolahan, murid-murid diminta berkumpul untuk mendengar ucapan penghargaandaripada guru besar. Guru besar melahirkan perasaan bangga atas komitmen setiap persatuan, kelabdan unit beruniform dalam menjayakan setiap aktiviti sempena sambutan perayaan HariGuru Peringkat Sekolah. Malah, beliau turut melahirkan perasaan gembira keranaprogram merekacipta kad ucapan hari guru mendapat sambutan yang menggalakkandaripada semua pihak. Beliau berharap program ini akan diteruskan untuk tahunhadapan agar lebih ramai lagi murid yang dapat menonjolkan bakat dalam bidanglukisan. Kemahiran murid dalam bidang seni visual adalah penting adalah seiringdengan matlamat pendidikan negara. beliau mengucapkan terima kasih usaha KelabSeni Visual yang menyemarakkan lagi Hari Guru melalui pertandingan rekacipta. Beliauturut menyampaikan penghargaan terima kasih kepada setiap warga sekolah yangterlibat dalam menjayakan program hari Guru._____________________________________________________________________ 21
  • 22. Selepas pertandingan selesai dijalankan, satu laporan pelaksanaanprogram/pertandingan dihasilkan bagi menghuraikan keberkesanan atau impak hasildaripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.6.0 LAPORAN DOKUMENTASI PELAKSANAAN PROGAM MEREKACIPTA KADUCAPAN GERGASILaporan Jawatankuasa KerjaMesyuarat Post Mortem dilaksanakan seminggu selepas sambutan Perayaan hariGuru. Guru Besar menyampaikan penghargaan terima kasih kepada semua AJK yangbertungkus lumus dalam menjayakan setiap aktiviti sempena sambutan perayaan HariGuru Peringkat Sekolah. Beliau menyatakan aktiviti seperti ini akan diadakan padasetiap tahun kerana memberi impak yang positif terutamanya kepada semua murid.Guru besar meminta setiausaha untuk menyediakan surat penghargaan terima kasihkepada setiap individu yang terlibat dalam menjayakan program sambutan Hari Guru.Ketua projek Pertandingan Rekacipta melahirkan ucapan terima kasih atas penglibatansemua pihak dalam menjayakan program Merekacipta Kad Ucapan Gergasi. Beliautidak menyangka ramai yang berminat sehingga murid tahun 1 berminat untukmenyertai pertandingan tersebut. Berdasarkan penilaian beliau, terdapat beberapapenambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Antaranya iaitu pertandingan ini akandibuka kepada 2 kategori iaitu tahap 1 (tahun 1-3) dan tahap 2 (tahun 4-6). Rata-ratapeserta kumpulan kurang melibatkan murid-murid tahun 3. Banyak penyertaan individuyang terdiri daripada murid-murid tahun 3 yang sudah pastinya hasil karya merekamendapat sentuhan ibu bapa mahupun guru. Ketua Projek mengingatkan kembalibahawa penyertaan lebih kepada idea individu tersendiri.Ketua Guru Pertandingan Rekacipta dan juri yang dilantik turut mencadangkanpenyertaan lebih terbuka kepada penyertaan setiap kelas. Setiap kelas menghantarwakil masing-masing. Melalui penyertaan ini ternyata wujud persaingan yang sengitantara kelas. Malah, tempoh masa menghasilkan karya seni dilanjutkan selama 2 22
  • 23. minggu agar pelbagai estetika yang lebih kreatif menghiasi kad ucapan. Kebanyakanpenyertaan lebih kepada penggunaan komputer pada kad ucapan peserta. Pesertakurang menggunakan bahan-bahan kreatif seperti bahan terbuang ataupun rempahratus seperti yang dinyatakan dalam syarat penyertaan.Bendahari melaporkan laporan kewangan di mana, belanjawan menepati apa yangdirancang. Hadiah disediakan menepati jumlah peserta yang menang. Bendaharimenyatakan dalam belanjawan tidak disediakan hadiah saguhati untuk para juri.Bendahari turut memaklumkan bahawa pihak PIBG sudi membiayai hadiah untuk parajuri dan juga jamuan makan untuk para pemenang serta AJK dalam anggaran RM300.00. Guru Besar memaklumkan Kelab Koperasi sekolah akan menyumbangsebanyak RM 150.00 dalam jamuan tersebut. Bendahari turut menyatakan hamperalatan sekolah adalah sesuatu yang positif dan pastinya akan menjadi perangsangkepada setiap murid sekolah.7.0 Penilaian Sepanjang Pelaksanaan Program7.1 Kekuatan> Komitmen pihak pentadbiran dalam merancang dan melaksana aktiviti yangdijalankan.> Mempunyai guru dan staf sokongan yang mahir dan berpengalaman dalammengendalikan sepanjang pelaksanaan aktiviti.> Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan serta menunjukkan minat yangmendalam.> Kerjasama murid-murid dalam menjalankan aktiviti dan berjalan dengan lancar.> Penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan dan galakan kepada para pesertauntuk menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif7.2 KELEMAHAN: 23
  • 24. > Murid yang menyertai kurang kemahiran dalam seni visual, masih mengharappertolongan ibu bapa dan para guru untuk menyiapkan tugasan.> Para peserta tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.> Kurang kerjasama daripada guru sewaktu pameran yang dijalankan khususnya dariaspek kawalan murid.8.0 STRATEGI ATAU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN> Mengadakan taklimat agihan tugas kepada guru-guru yang terlibat dengan tersusunsupaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.> Galakkan guru menghadiri kursus dalam mengendalikan sesuatu program atau majlispada masa akan datang.> Sentiasa wujudkan hubungan dan suasana kerja yang harmoni dalam kalangan guru.> Galakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum pada masa akan datang> Taklimat yang lengkap agar murid mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan.> Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori untuk mendapatkan sambutandaripada semua pihak.9.0 Justifikasi Pelaksanaan Program Ironinya, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum PSV sudah pastinya dapatdapat memberi bimbingan kepada guru-guru di sekolah untuk mewujudkan idea-ideakreatif para pelajar. Setiap guru PSV dapat kenal pasti punca dapat mendorong danmerangsang pelajar memahami isi pengajaran khususnya dalam menghasilkan sesuatuyang kreatif dan inovatif. Ternyata Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan danmemberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti.Pelajar yang berpeluang menyertai pertandingan ini sudah pastinya akanlebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkaryadan mempunyai sikap positif. Hal ini demikian kerana mereka dapat meluahkan ideadan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolahsepatutnya tidak meminggirkan Kelab Pendidikan Seni Visual di sekolahsebaliknya berusaha untuk menarik lebih ramai murid menyertai Kelab Pendidikan Seni 24
  • 25. Visual. Hal ini kerana aktiviti seni dalam pendidikan melalui penyertaanpelajar mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan danberdaya maju.Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan melalui Kelab PendidikanSeni Viasul murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yangdiajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka. Dalam kaedah pengajaraninkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapankepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untukmelahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikaluntuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembangdan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebayadan guru. Ternyata, Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV)bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis atau pereka semata-mata,sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudaya khususnyamempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan pekaterhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek pendidikan bersepadu matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan penubuhan Kelab PSV bertujuanuntuk membolehkan murid-murid menyedari, memahami dan menghargaiperanan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadianalam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalamindustri pembuatan dan rekaan, sumbangannya dalam bidang keusahawanandan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budayakebangsaan, bidang komunikasi, rekreasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian.10. Refleksi Pelaksanaan Program Pertandingan Merekacipta Kad GergasiSempena Sambutan hari Guru 25
  • 26. Pihak pengurusan Kelab Pendidikan Seni Visual telah merangka sebuahprogram sempena sambutan Hari Guru. Seorang peserta telah mencadangkanmerekacipta kad gergasi sempena sambutan hari guru dengan tujuan untukmenghargai jasa guru. malahan terdapat juga beberapa cadangan lain sepertipertandingan melukis mural, menghias taman angkat dan pertandingan seni lukis.Namun seramai 32 orang murid bersetuju dengan pertandingan merekacipta kadgergasi sempena sambutan hari guru. Seterusnya, Guru Kelab Pendidikan Seni Visualmenyiapkan satu kertas kerja bagi melaksanakan projek tersebut. Setelah berbincangbersama Panitia Seni Visual, kertas kerja tersebut telah dihantar kepada Guru BesarSK Kampung Senta. Beliau amat bersetuju dengan cetusan idea pertandinganmerekacipta kad gergasi. Beliau turut mencadangkan agar pertandingan ini terbukakepada semua murid. Hal ini demikian kerana setiap murid mempunyai pelbagai ideauntuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Apa yang menarik minat Guru Penasihat Kelab Pendidikan Seni Visual ialahapabila guru besar turut mencadangkan agar hadiah dipamerkan agar membangkitkankeinginan murid untuk menyertai pertandingan tersebut. Seterusnya, JawatankuasaPelaksana Program telah ditubuhkan dengan kerjasama ahli kelab Pendidikan SeniVisual. Sebanyak 2 kali mesyuarat telah diadakan bersama guru besar dan ajk yangterlibat bagi memastikan program tersebut dilaksanakan dengan jayanya. Guru-guruKelab Pendidikan Seni Visual turut berbincang untuk menyediakan syarat-syaratpenyertaan dan juga borang penyertaan. Pada 9 Mei 2012, pendaftaran telah dibukakepada murid. Sebanyak 16 penyertaan berkumpulan dan juga 6 penyertaan individuditerima semasa pendaftaran.Peserta turut diberi taklimat oleh Puan Siti Sarah tentang syarat penyertaan yang perludipatuhi oleh murid. Apa yang penting, penglibatan pelbagai kaum adalah bonuskepada para peserta. Namun demikian, SK Kampung Senta majoritinya adalah muridmelayu maka ini merupakan satu kelemahan dalam pelaksanaan program ini. Untukpenambahbaikan pelaksanaan program ini, murid digalakkan menghasilkan karya yangberunsurkan perpaduan. Justeru, mengikut syarat penyertaan, murid diberi masaselama seminggu untuk menyiapkan kad ucapan tersebut. Para peserta juga diberi 26
  • 27. peluang untuk menggunakan komputer atau aplikasi ICT dalam menyiapkan tugasanmereka. Malahan, untuk mengalakkan penyertaan murid, hadiah dipamerkan di sudutpameran di perpustakaan.Ternyata, respons terhadap pertandingan ini begitu menggalakkan kerana terdapatsebilangan besar ibu bapa murid yang terlibat menghubungi ibu bapa untuk mendapatmaklumat tentang pelaksanaan program ini. Malah, terdapat juga guru-guru yangmembantu murid-murid mereka untuk menyiapkan kad ucapan gergasi. Hasil karyayang diterima cukup membanggakan kerana karya yang dihasilkan oleh para pesertamemang menarik dan membuatkan semua warga sekolah teruja. Pelbagai cetusan ideayang cukup kreatif dapat dilihat melalui hasil karya murid. Ini telah menyebabkan gurubesar mencadangkan agar setiap hasil karya yang diterima perlulah dipamerkan.Terdapat ibu bapa juga turut menghantar karya ana-anak mereka kepada pihaksekolah.Sambutan Hari Guru disambut dengan cukup meriah pada 16 Mei 2012. Setiap gurudiraikan dan ini memberi peluang kepada ahli Kelab Pendidikan Seni Visualterutamanya dalam kalangan murid untuk menyiapkan sudut pameran pertandinganmerekacipta kad ucapan gergasi hari guru. Ahli Kelab PSV bekerjasama dalammenyiapkan sudut pameran. Oleh sebab semua ahli PSV sememangnya kreatif, makasudut pameran menjadi tarikan kepada semua murid sejak awal pagi. Justifikasinya,ramai murid tertarik untuk menyertai kelab PSV khususnya murid tahun 1, 2 dan 3.Pertandingan dimenangi oleh kumpulan murid tahun enam. Hasil karya para pemenangmemang kreatif mereka menerapkan ciri-ciri estetika seni pada hasil karya mereka danapa yang paling menarik ialah kad ucapan mereka menggambarkan perpaduan kaum diMalaysia. Impaknya ialah menyebabkan Guru Besar begitu teruja dengan hasil karyasehinggakan beliau mahukan kad ucapan tersebut dipamerkan di dalam bilik beliauselepas pameran. Ramai ibu bapa yang turut hadir pada hari tersebut untuk melihatpameran hasil karya anak-anak mereka.Ironinya, kekuatan utama kejayaan pelaksanaan program ini adalah kerjasama dankomitmen setiap guru dan ibu bapa dalam memberi sokongan kepada murid-muriduntuk menghasilkan sesuatu idea yang kreatif. Ini bermakna setiap murid mempunyai 27
  • 28. bakat dan kelebihan dalam diri mereka. Justeru ibu bapa serta guru yang perlumengenal pasti bakat dan kelebihan yang ada dalam diri anak murid serta setiap masamemberi sokongan terhadap murid-murid ini untuk terus berkarya. Ternyata, Kelab PSVmemainkan peranan penting sebagai wacana untuk memberi peluang murid-muridberkarya melalui program yang dianjurkan. Program sebegini akan terus diadakanuntuk mengasah bakat terpendam yang dimiliki oleh murid. Apa yang penting, objektifprogram dan juga kelab Pendidikan Seni Visual berjaya dilaksana dengan baik.11. Penerapan Nilai dalam aktiviti MuridMemupuk nilai jati diri Signifikasinya, persembahan yang diadakan sebagai meraikan perayaan HariGuru sudah pastinya dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Pendek kata,masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni,budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakatakan kepentingan nilai seni dan estetika. Justeru, kefahaman dan tanggungjawab iniperlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakantempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihakkementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Selain apayang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahliatau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikansumbangan ke arah cita-cita yang murni ini.Memupuk nilai kasih sayang Pertandingan mereka cipta kad Hari Guru sudah pastinya dapat memupukperasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memangkaya dengan khazanah warisan budaya. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah 28
  • 29. melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus ataumengalami kepupusan. Bukan sahaja warisan seni perlu dikekalkan, tetapi nilai utuhkasih sayang sesama manusia merupakan agenda penting dalam mewujudkanhubungan yang erat. Sebagai contoh, pertandingan mencipta kad Hari Guru adalahsebagai tanda menghargai pengorbanan guru terhadap murid. Kerjasama yang dipupukantara kaum untuk melancarkan perjalanan aktiviti menjadi simbol muhibah yangterjalin antara masyarakat di Malaysia.Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika kesenianMelalui aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah sudah pastinya dapat memupukdan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satukaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cintakepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini, kita melihat beberapa agenda pentingdisambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh pihak sekolahdengan pelbagai bentuk kebudayaan. Program seperti ini wajar diadakan dandipergiatkan lagi. 29
  • 30. Semua AJK Pelaksana 12.0 LampiranTuan/Puan/Cik, Surat Penghargaan Terima KasihSurat Ucapan Penghargaan Terima KasihDengan hormatnya perkara di atas dirujuk ;2. Ucapan Penghargaan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakanprogram perayaan sambutan Hari Guru peringkat SK Kampung Senta bagi tahun 2012.3. Kerjasama dan penglibatan tuan/puan dalam melancarkan program amatlah dihargai dandidahului dengan ucapan terima kasihSekian.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah(NORAL AISHAH BINTI HARUN) 30Guru BesarSekolah Kebangsaan Kampung Senta
  • 31. 31