SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________
UJIAN PENINGKATAN PRESTASI 2013
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
SET 2 011
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
JPN PERAK
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
SULIT 2 011
011 SULIT
Soalan 1 - 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Majlis Perbandaran Ipoh akan mengambil tindakan terhadap ____________ yang
berniaga tanpa lesen.
A penjaja
B pembeli
C peladang
D pemandu
2 Kanak-kanak itu menangis. ____________ kehilangan ibunya.
A Aku
B Dia
C Saya
D Mereka
3 Kereta yang terlanggar pembahagi jalan itu telah ____________ ke dalam gaung.
A tersungkur
B terbenam
C terjunam
D terperosok
4 Daun-daun yang ______________ sesuai dijadikan baja untuk tanam-tanaman.
A gembur
B lembut
C rapuh
D reput
5 Pekerja lelaki itu ditugaskan untuk membersihkan tandas murid yang berbau
____________ itu.
A masam
B hapak
C hanyir
D haring
6 Pak Daud melakukan kerja menyisip atap ............................ menunggu padi menguning.
A ketika
B sambil
C sementara
D apabila
7 Puan Alia berasa risau kerana anaknya banyak ____________ dalam pelajaran.
A tertinggal
B ditinggalkan
C ketinggalan
D tertinggal
SULIT 3 011
011 SULIT
8 Beberapa ____________ cendawan busut telah tumbuh di bawah pokok kelapa sawit
itu.
A kaki
B tangkai
C kuntum
D batang
9 Amin sedang _____________ peta dengan menggunakan kertas yang nipis.
A mengecap
B menekap
C menulis
D meniru
10 Serbuk pencuci yang mahal harganya itu dapat menanggalkan segala __________.
A kotoran
B dikotori
C kekotoran
D mengotorkan
11 Ramai ____________ yang mendaftar untuk menyertai pertandingan memasak.
A bebudak
B lelaki
C tetangga
D tetamu
12 Usahlah menuduh secara ____________ jika kita tidak mempunyai bukti yang kukuh.
A bidan terjun
B hentam keromo
C serkap jarang
D tangkap muat
13 Sazali tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. __________, dia tetap berusaha
untuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
A Selain itu
B Di samping itu
C Namun begitu
D Tambahan pula
14 ____________ murid Tahun 6 Angsana akan menyertai lawatan ke Pulau Pangkor.
A Semua
B Setengah
C beberapa
D Sepuluh
SULIT 4 011
011 SULIT
15 Emak menjemput jiran-jiran kami masuk ke ____________ rumah.
A luar
B tepi
C dalam
D seberang
16 Air perigi berdekatan rumah Pak Ali sangat sejuk macam ____________ .
A ais
B hujan
C malam
D embun
17 Sebelum menjawat sesuatu jawatan, kita perlulah menghadiri ____________ terlebih
dahulu.
A temu duga
B janji temu
C temu ramah
D temu bual
18 Pembohongannya ___________ ketara sekali sehingga semua orang tidak
mempercayainya lagi.
A amat
B benar
C sekali
D nian
19 Pengawal diraja segera membuka ____________ untuk memayungi Sultan Muzaffar Syah
daripada panas terik.
A kaus
B iram-iram
C mahkota
D tengkolok
20 Kerepek pisang itu dikunyah lumat-lumat supaya mudah dicerna.
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
A dimakan
B ditelan
C diserap
D dihadam
SULIT 5 011
011 SULIT
21 Wajah Mak Munah suram apabila mendapat panggilan telefon itu.
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
A sedih
B ceria
C pudar
D girang
22 Sebelum kedatangan bulan Ramadan, penduduk Kampung Sungai Tiram
_______________kerana selalu bergotong-royong membersihkan kawasan kampung.
A bagai duri dalam daging
B bagai aur dengan tebing
C bagai pahat dengan penukul
D bagai menatang minyak yang penuh
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah Arif membeli novel yang bertajuk “Ombak Rindu” itu?
A Novel “Ombak Rindu” itu berharga lebih kurang RM 29.90.
B Arif membeli novel”Ombak Rindu” di Pustaka Dian, Teluk Intan.
C Novel “Ombak Rindu” dibeli oleh Ariff untuk dihadiahkan kepada kakak
kesayangannya itu.
D Arif telah membeli novel “Ombak Rindu” itu pada bulan lepas.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Orangnya berbadan besar tegap dan agak tinggi.
A Bagaimanakah rupa lelaki itu?
B Siapakh yang berbadan tegap dan tinggi?
C Adakah orang itu berbadan tegap dan tinggi?
D Bagaimanakah keadaan fizikal orang itu?
Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Hampir setiap hari akhbar-akhbar tempatan memaparkan masalah remaja dan keruntuhan
moral.
A Masalah remaja dan keruntuhan moral dipaparkan di dada akhbar hampir setiap hari.
B Remaja memaparkan masalah keruntuhan moral di dada akhbar hampir setiap hari.
C Setiap hari masalah remaja dan keruntuhan moral dipaparkan di akhbar-akhbar
tempatan.
D Setiap akhbar tempatan memaparkan masalah remaja dan keruntuhan moral pada
setiap hari.
SULIT 6 011
011 SULIT
26 Ibu berkata,”Adik, jangan bermain di situ, bahaya.”
A Ibu melarang adik bermain di situ kerana berbahaya.
B Ibu menasihati adik yang bermain di situ kerana berbahaya.
C Ibu menyuruh adik menjauhi tempat itu kerana berbahaya.
D Ibu meminta adik pergi bermain di tempat lain kerana tempat itu berbahaya.
Soalan 27 - 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27 I Hatinya hambar untuk menulis cerpen lagi.
II Minuman yang disediakan oleh adik tadi rasanya sangat hambar.
III Persembahan penyanyi itu agak hambar pada malam ini.
IV Kata-kata jurujual itu telah hambar keyakinannya untuk terus membeli barangan
tersebut.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
28 I Kelas yang sempit itu tidak mampu menampung murid yang ramai.
II Ali cuba menampungkan badannya di dalam sungai dengan menggunakan
pelampung.
III Walaupun hanya bapa tiri, Brahim sanggup menampung segala perbelanjaan
Borhan di universiti.
IV Ibu sedang menampung baju adik yang koyak.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
Soalan 29 – 30
Pilih ayat yang betul.
29 I Pakaian seragam pengawas itu amat kemas.
II Sungai itu paling dalam sekali.
III Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh.
IV Bangunan ibu pejabat polis yang baharu itu amat tinggi.
A
B
C
D
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
SULIT 7 011
011 SULIT
30 I Separuh penduduk itu bekerja sebagai nelayan.
II Semua kanak-kanak gemar akan gula-gula.
III Budak-budak itu diarah berhenti bermain bila hari hujan.
IV Baju yang dipakai oleh pengantin itu dibuat daripada sutera.
A
B
C
D
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Soalan 31 - 35
Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah dianggotai oleh 45
orang ahli dan tiga orang guru penasihat. Ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid tahap dua.
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada tahun 2011.
Bermula pada 25 Januari 2011, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir
Puteh telah mengambil inisiatif mendirikan perpustakaan mini di sebuah pondok bacaan
berhampiran dengan kantin sekolah. Ahli-ahli dan guru-guru penasihat telah bergotong-royong
menyediakan rak-rak dan almari untuk menempatkan bahan bacaan seperti buku cerita, majalah,
buku skrap dan akhbar tulisan jawi.
Dengan adanya perpustakaan mini ini, murid-murid telah mendapat manfaat pada waktu
rehat untuk menambah ilmu pengetahuan selain meningkatkan kecekapan berbahasa.
Perpustakaan mini ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid.
Pada pertengahan bulan Februari 2011, satu pertandingan membaca telah dilancarkan oleh
Guru Besar. Pertandingan tersebut berlangsung hingga penghujung bulan Oktober 2011 dan
pengadilan dibuat berdasarkan jumlah rekod bacaan yang paling tinggi. Persatuan Bahasa
Malaysia bertanggungjawab mengelolakan pertandingan berkenaan. Seramai lima orang murid
yang paling aktif membaca buku telah menerima hadiah dan sijil penghargaan daripada Guru
Besar pada majlis perhimpunan mingguan.
Pada 6 Jun 2011, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh mengambil
bahagian dalam program pengumpulan buku-buku bacaan sempena hari terbuka sekolah.
Persatuan Bahasa Malaysia bertindak mengumpul buku-buku terpakai yang disumbangkan oleh
ibu bapa. Sebanyak 804 buah buku pelbagai judul berjaya dikumpulkan dan diagihkan kepada
perpustakaan dan pondok bacaan.
Pada 16 Julai 2011 pula, semua ahli persatuan dan guru penasihat mengadakan lawatan ke
Muzium Pasir Salak. Lawatan ini amat bermanfaat kepada ahli-ahli kerana pelbagai artifak
sejarah dapat dilihat di muzium ini. Sebelum pulang, ahli-ahli rombongan menonton tayangan
video tentang sejarah Pasir Salak. Lawatan ini telah membuka mata ahli tentang pentingnya
mengetahui dan menghargai sejarah tanah air.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-50, Persatuan Bahasa
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kajian Tempatan telah mengelolakan program sambutan
Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Pertandingan mencipta bendera, nyanyian lagu patrotik,
mendeklamasikan sajak serta menulis esei telah diadakan. Murid-murid tahap satu turut
SULIT 8 011
011 SULIT
mengambil bahagian dalam program ini.
Bagaimanapun, beberapa aktiviti persatuan seperti lawatan ke ibu kota, program muhibah
dan peraduan mengarang tidak dapat dijalankan oleh pihak persatuan kerana kekangan masa.
Laporan disediakan oleh, 20 OKTOBER 2011
Nur Hayati
(NUR HAYATI BINTI ABU)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh.
31 Berapa programkah yang telah dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Pasir
Puteh pada 2011?
A Lima
B Enam
C Tujuh
D Lapan
32 Apakah tujuan perpustakaan mini diwujudkan oleh persatuan ini?
A Untuk memberi peluang kepada mereka menambah koleksi bahan bacaan
B Untuk memberi ruang kepada murid memanfaatkan masa pada waktu rehat
C Untuk menggalakkan murid membaca buku kerana pertandingan membaca turut
dijalankan
D Untuk menggalakkan ibu bapa menderma buku
33 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A Tidak semua ahli persatuan menyertai lawatan ke Muzium Pasir Salak.
B Kunjungan ahli persatuan ke Muzium Pasir Salak adalah untuk menyaksikan
tayangan video.
C Keputusan pertandingan membaca belum lagi diumumkan lagi diumumkan ketika
laporan ini disediakan.
D Ahli-ahli Persatuan Kajian Tempatan turut membantu menjayakan program sambutan
bulan kemerdakaan ke-50.
34 Berdasarkan laporan, ahli-ahli persatuan ini boleh dikatakan
A Aktif mengelolakan pelbagai program di sekolah
B Aktif membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasir Tengah
C Bijak memanfaatkan masa pada waktu lapang
D Gemar mengadakan program lawatan
35 Perkataan membuka mata dalam petikan bermaksud
A menyedarkan
B mengingatkan
C mencelikkan
D menjelaskan
SULIT 9 011
011 SULIT
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2011. Tahun ini amat bermakna bagiku
kerana aku sudah melangkah ke tahap dua. Kalau pada tahun lepas aku belajar di sebelah
petang, tetapi tahun ini suasana itu sudah berubah. Aku harus bangun awal setiap hari
persekolahan. Jika lambat, alamat aku akan ketingalan bas sekolah.
Suasana pada hari pertama persekolahan, seperti tahun-tahun sebelumnya, agak sibuk.
Guru-guru kelas sibuk melayan ibu bapa yang datang ke kelas untuk membayar yuran
persekolahan anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang membeli buku-buku alat tulis dan
pakaian sukan untuk anak-anak mereka di koperasi sekolah. Ayahku sudah menjelaskan yuran
sekolahku dan membeli buku-buku serta alat tulis yang aku perlukan dua hari lalu.
Ketika hendak mengeluarkan botol air minumanku, aku disapa oleh Aida, Hasimah,
Asyikin, Wana dan Huda, rakan-rakan sekelasku pada tahun lepas. Aida menghulurkan
sekeping kuih yang baru dibelinya kepadaku. Kami pun makan bersama-sama. Kami berbual
mesra dan saling bertanyakan khabar. Kami diberitahu oleh Cikgu Saiful pada hari
persekolahan pada tahun lepas, bahawa aku dan Hasimah sahaja yang berjaya ke kelas
Bestari manakala rakan-rakan yang lain berada di kelas Bijak.
Hal ini berikutan keputusan peperiksaan kami yang baik pada tahun lepas. Walaupun
tidak sekelas lagi, kami tetap bersahabat karib seperti biasa. Tidak sedikit pun ada perasaan
bongkak pada diriku. Bermacam-macam gelagat murid boleh dilihat pada pagi ini. Ada yang
berwajah muram, ada yang yang ketawa terkekeh-kekeh dan ada yang masih takut-takut
memasuki perkarangan sekolah. Ada juga yang ditemani ibu bapa mereka dan tidak kurang
juga yang menangis. Mungkin tempoh cuti panjang menyebabkan sebahagian murid belum
bersemangat untuk ke sekolah. Sehari dua lagi tentu mereka akan seronok. Berbeza dengan
diriku.
Ring! Kedengaran bunyi loceng. Aku dan rakanku mencapai beg masing-masing dan
bergegas ke tapak perhimpunan. Kebiasaannya, perhimpunan akan diadakan sebelum murid-
murid masuk ke kelas masing-masing. Nampaknya, hari pertama persekolahanku kini, bermula.
36 Berdasarkan cerita, di manakah kemungkinan penulis berada sebelum loceng berbunyi?
A Di tepi padang
B Di kedai buku
C Di dalam kelas
D Di kantin sekolah
37 Berapakah usia penulis?
A Sembilan tahun
B Sepuluh tahun
C Sebelas tahun
D Dua belas tahun
SULIT 10 011
011 SULIT
38 Apakah aktiviti yang tidak digambarkan oleh penulis pada pagi itu?
A Kesibukan ibu bapa membeli buku-buku dan alat tulis
B Kesibukan guru yang melayan ibu bapa yang membayar yuran
C Ada murid yang menangis dan ada yang takut-takut hendak ke sekolah
D Murid-murid beratur di tapak perhimpunan
39 Frasa berbeza dengan diriku bermaksud
A Penulis berasa takut-takut hendak ke sekolah.
B Penulis gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lamanya.
C Penulis masih merasai keseronokan bercuti
D Penulis begitu bersemangat untuk ke sekolah.
40 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang penulis.
A Penulis mempunyai banyak kawan.
B Hanya penulis yang berjaya ke Kelas Bestari.
C Penulis sudah membayar yuran persekolahannya.
D Penulis gembira apabila sesi persekolahannya bermula.
KERTAS SOALAN TAMAT

More Related Content

What's hot

What's hot (18)

Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
5 a 011 fasa 1 set a
5 a 011 fasa 1 set a5 a 011 fasa 1 set a
5 a 011 fasa 1 set a
 
Bm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahamanBm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahaman
 
011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9
 
Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013
 
Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1
 
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
 
Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3
 
Soalan UPSR (pemahaman)
Soalan UPSR (pemahaman)Soalan UPSR (pemahaman)
Soalan UPSR (pemahaman)
 
Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
100609523 percubaan-upsr-bm-penulisan-melaka-2012
100609523 percubaan-upsr-bm-penulisan-melaka-2012100609523 percubaan-upsr-bm-penulisan-melaka-2012
100609523 percubaan-upsr-bm-penulisan-melaka-2012
 
A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
 
Modul pemahaman sjk
Modul pemahaman sjkModul pemahaman sjk
Modul pemahaman sjk
 

Viewers also liked

De tai nghien cuu web bang opencart
De tai nghien cuu web bang opencartDe tai nghien cuu web bang opencart
De tai nghien cuu web bang opencartPhu Van
 
Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)
Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)
Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)Paras Dairy
 
Pp đồ án opencart
Pp đồ án opencartPp đồ án opencart
Pp đồ án opencartPhu Van
 
Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...
Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...
Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...Alberto Conconi
 
Shilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax Method
Shilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax MethodShilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax Method
Shilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax MethodShilpan Steelcast Pvt. Ltd.
 

Viewers also liked (9)

Rubix Organisation
Rubix OrganisationRubix Organisation
Rubix Organisation
 
Cells
CellsCells
Cells
 
De tai nghien cuu web bang opencart
De tai nghien cuu web bang opencartDe tai nghien cuu web bang opencart
De tai nghien cuu web bang opencart
 
CATALAGO DE SERGENSI S.A.C.
CATALAGO DE SERGENSI S.A.C.CATALAGO DE SERGENSI S.A.C.
CATALAGO DE SERGENSI S.A.C.
 
BROCHURE DE SERGENSI S.A.C.
BROCHURE DE SERGENSI S.A.C.BROCHURE DE SERGENSI S.A.C.
BROCHURE DE SERGENSI S.A.C.
 
Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)
Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)
Paras Dairy Product Catalogue(www.parasdairy.com)
 
Pp đồ án opencart
Pp đồ án opencartPp đồ án opencart
Pp đồ án opencart
 
Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...
Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...
Distretti 2041-20412 - Manuale Rotarct: Presidente, Vice-Presidente, Prefetto...
 
Shilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax Method
Shilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax MethodShilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax Method
Shilpan Steelcast Pvt. Ltd. - Steel & Alloy Steel Casting by Lost Wax Method
 

Similar to BAHASA MELAYU

Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Ruslaili Ibrahim
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 
Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011lidman
 
Bm k1 obj tahun 4
Bm k1 obj tahun 4Bm k1 obj tahun 4
Bm k1 obj tahun 4Shika Nara
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 editSELVAM PERUMAL
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)sktjj1
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)sktjj1
 
Soalan BM Pemahaman Tahun5
Soalan BM Pemahaman Tahun5Soalan BM Pemahaman Tahun5
Soalan BM Pemahaman Tahun5kaymah
 
Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru
Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaruPemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru
Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaruharison64
 

Similar to BAHASA MELAYU (20)

Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Kertas i -pemahaman
Kertas i -pemahamanKertas i -pemahaman
Kertas i -pemahaman
 
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
 
Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011
 
Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2
 
Bm k1 obj tahun 4
Bm k1 obj tahun 4Bm k1 obj tahun 4
Bm k1 obj tahun 4
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 edit
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08
 
Bm kertas 1 copy
Bm kertas 1   copyBm kertas 1   copy
Bm kertas 1 copy
 
Soalan BM Pemahaman Tahun5
Soalan BM Pemahaman Tahun5Soalan BM Pemahaman Tahun5
Soalan BM Pemahaman Tahun5
 
Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru
Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaruPemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru
Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru
 
Bm pem thn4
Bm pem thn4Bm pem thn4
Bm pem thn4
 
Pemahamanset1
Pemahamanset1Pemahamanset1
Pemahamanset1
 

BAHASA MELAYU

  • 1. Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________ UJIAN PENINGKATAN PRESTASI 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SET 2 011 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. JPN PERAK Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
  • 2. SULIT 2 011 011 SULIT Soalan 1 - 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Majlis Perbandaran Ipoh akan mengambil tindakan terhadap ____________ yang berniaga tanpa lesen. A penjaja B pembeli C peladang D pemandu 2 Kanak-kanak itu menangis. ____________ kehilangan ibunya. A Aku B Dia C Saya D Mereka 3 Kereta yang terlanggar pembahagi jalan itu telah ____________ ke dalam gaung. A tersungkur B terbenam C terjunam D terperosok 4 Daun-daun yang ______________ sesuai dijadikan baja untuk tanam-tanaman. A gembur B lembut C rapuh D reput 5 Pekerja lelaki itu ditugaskan untuk membersihkan tandas murid yang berbau ____________ itu. A masam B hapak C hanyir D haring 6 Pak Daud melakukan kerja menyisip atap ............................ menunggu padi menguning. A ketika B sambil C sementara D apabila 7 Puan Alia berasa risau kerana anaknya banyak ____________ dalam pelajaran. A tertinggal B ditinggalkan C ketinggalan D tertinggal
  • 3. SULIT 3 011 011 SULIT 8 Beberapa ____________ cendawan busut telah tumbuh di bawah pokok kelapa sawit itu. A kaki B tangkai C kuntum D batang 9 Amin sedang _____________ peta dengan menggunakan kertas yang nipis. A mengecap B menekap C menulis D meniru 10 Serbuk pencuci yang mahal harganya itu dapat menanggalkan segala __________. A kotoran B dikotori C kekotoran D mengotorkan 11 Ramai ____________ yang mendaftar untuk menyertai pertandingan memasak. A bebudak B lelaki C tetangga D tetamu 12 Usahlah menuduh secara ____________ jika kita tidak mempunyai bukti yang kukuh. A bidan terjun B hentam keromo C serkap jarang D tangkap muat 13 Sazali tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. __________, dia tetap berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. A Selain itu B Di samping itu C Namun begitu D Tambahan pula 14 ____________ murid Tahun 6 Angsana akan menyertai lawatan ke Pulau Pangkor. A Semua B Setengah C beberapa D Sepuluh
  • 4. SULIT 4 011 011 SULIT 15 Emak menjemput jiran-jiran kami masuk ke ____________ rumah. A luar B tepi C dalam D seberang 16 Air perigi berdekatan rumah Pak Ali sangat sejuk macam ____________ . A ais B hujan C malam D embun 17 Sebelum menjawat sesuatu jawatan, kita perlulah menghadiri ____________ terlebih dahulu. A temu duga B janji temu C temu ramah D temu bual 18 Pembohongannya ___________ ketara sekali sehingga semua orang tidak mempercayainya lagi. A amat B benar C sekali D nian 19 Pengawal diraja segera membuka ____________ untuk memayungi Sultan Muzaffar Syah daripada panas terik. A kaus B iram-iram C mahkota D tengkolok 20 Kerepek pisang itu dikunyah lumat-lumat supaya mudah dicerna. Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. A dimakan B ditelan C diserap D dihadam
  • 5. SULIT 5 011 011 SULIT 21 Wajah Mak Munah suram apabila mendapat panggilan telefon itu. Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. A sedih B ceria C pudar D girang 22 Sebelum kedatangan bulan Ramadan, penduduk Kampung Sungai Tiram _______________kerana selalu bergotong-royong membersihkan kawasan kampung. A bagai duri dalam daging B bagai aur dengan tebing C bagai pahat dengan penukul D bagai menatang minyak yang penuh 23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah Arif membeli novel yang bertajuk “Ombak Rindu” itu? A Novel “Ombak Rindu” itu berharga lebih kurang RM 29.90. B Arif membeli novel”Ombak Rindu” di Pustaka Dian, Teluk Intan. C Novel “Ombak Rindu” dibeli oleh Ariff untuk dihadiahkan kepada kakak kesayangannya itu. D Arif telah membeli novel “Ombak Rindu” itu pada bulan lepas. 24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Orangnya berbadan besar tegap dan agak tinggi. A Bagaimanakah rupa lelaki itu? B Siapakh yang berbadan tegap dan tinggi? C Adakah orang itu berbadan tegap dan tinggi? D Bagaimanakah keadaan fizikal orang itu? Soalan 25 dan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25 Hampir setiap hari akhbar-akhbar tempatan memaparkan masalah remaja dan keruntuhan moral. A Masalah remaja dan keruntuhan moral dipaparkan di dada akhbar hampir setiap hari. B Remaja memaparkan masalah keruntuhan moral di dada akhbar hampir setiap hari. C Setiap hari masalah remaja dan keruntuhan moral dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan. D Setiap akhbar tempatan memaparkan masalah remaja dan keruntuhan moral pada setiap hari.
  • 6. SULIT 6 011 011 SULIT 26 Ibu berkata,”Adik, jangan bermain di situ, bahaya.” A Ibu melarang adik bermain di situ kerana berbahaya. B Ibu menasihati adik yang bermain di situ kerana berbahaya. C Ibu menyuruh adik menjauhi tempat itu kerana berbahaya. D Ibu meminta adik pergi bermain di tempat lain kerana tempat itu berbahaya. Soalan 27 - 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27 I Hatinya hambar untuk menulis cerpen lagi. II Minuman yang disediakan oleh adik tadi rasanya sangat hambar. III Persembahan penyanyi itu agak hambar pada malam ini. IV Kata-kata jurujual itu telah hambar keyakinannya untuk terus membeli barangan tersebut. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 28 I Kelas yang sempit itu tidak mampu menampung murid yang ramai. II Ali cuba menampungkan badannya di dalam sungai dengan menggunakan pelampung. III Walaupun hanya bapa tiri, Brahim sanggup menampung segala perbelanjaan Borhan di universiti. IV Ibu sedang menampung baju adik yang koyak. A I dan III B II dan III C I, II dan IV D I, III dan IV Soalan 29 – 30 Pilih ayat yang betul. 29 I Pakaian seragam pengawas itu amat kemas. II Sungai itu paling dalam sekali. III Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh. IV Bangunan ibu pejabat polis yang baharu itu amat tinggi. A B C D I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV
  • 7. SULIT 7 011 011 SULIT 30 I Separuh penduduk itu bekerja sebagai nelayan. II Semua kanak-kanak gemar akan gula-gula. III Budak-budak itu diarah berhenti bermain bila hari hujan. IV Baju yang dipakai oleh pengantin itu dibuat daripada sutera. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV Soalan 31 - 35 Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah dianggotai oleh 45 orang ahli dan tiga orang guru penasihat. Ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid tahap dua. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada tahun 2011. Bermula pada 25 Januari 2011, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah mengambil inisiatif mendirikan perpustakaan mini di sebuah pondok bacaan berhampiran dengan kantin sekolah. Ahli-ahli dan guru-guru penasihat telah bergotong-royong menyediakan rak-rak dan almari untuk menempatkan bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, buku skrap dan akhbar tulisan jawi. Dengan adanya perpustakaan mini ini, murid-murid telah mendapat manfaat pada waktu rehat untuk menambah ilmu pengetahuan selain meningkatkan kecekapan berbahasa. Perpustakaan mini ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Pada pertengahan bulan Februari 2011, satu pertandingan membaca telah dilancarkan oleh Guru Besar. Pertandingan tersebut berlangsung hingga penghujung bulan Oktober 2011 dan pengadilan dibuat berdasarkan jumlah rekod bacaan yang paling tinggi. Persatuan Bahasa Malaysia bertanggungjawab mengelolakan pertandingan berkenaan. Seramai lima orang murid yang paling aktif membaca buku telah menerima hadiah dan sijil penghargaan daripada Guru Besar pada majlis perhimpunan mingguan. Pada 6 Jun 2011, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh mengambil bahagian dalam program pengumpulan buku-buku bacaan sempena hari terbuka sekolah. Persatuan Bahasa Malaysia bertindak mengumpul buku-buku terpakai yang disumbangkan oleh ibu bapa. Sebanyak 804 buah buku pelbagai judul berjaya dikumpulkan dan diagihkan kepada perpustakaan dan pondok bacaan. Pada 16 Julai 2011 pula, semua ahli persatuan dan guru penasihat mengadakan lawatan ke Muzium Pasir Salak. Lawatan ini amat bermanfaat kepada ahli-ahli kerana pelbagai artifak sejarah dapat dilihat di muzium ini. Sebelum pulang, ahli-ahli rombongan menonton tayangan video tentang sejarah Pasir Salak. Lawatan ini telah membuka mata ahli tentang pentingnya mengetahui dan menghargai sejarah tanah air. Bagi memeriahkan lagi sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-50, Persatuan Bahasa Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kajian Tempatan telah mengelolakan program sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Pertandingan mencipta bendera, nyanyian lagu patrotik, mendeklamasikan sajak serta menulis esei telah diadakan. Murid-murid tahap satu turut
  • 8. SULIT 8 011 011 SULIT mengambil bahagian dalam program ini. Bagaimanapun, beberapa aktiviti persatuan seperti lawatan ke ibu kota, program muhibah dan peraduan mengarang tidak dapat dijalankan oleh pihak persatuan kerana kekangan masa. Laporan disediakan oleh, 20 OKTOBER 2011 Nur Hayati (NUR HAYATI BINTI ABU) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh. 31 Berapa programkah yang telah dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Pasir Puteh pada 2011? A Lima B Enam C Tujuh D Lapan 32 Apakah tujuan perpustakaan mini diwujudkan oleh persatuan ini? A Untuk memberi peluang kepada mereka menambah koleksi bahan bacaan B Untuk memberi ruang kepada murid memanfaatkan masa pada waktu rehat C Untuk menggalakkan murid membaca buku kerana pertandingan membaca turut dijalankan D Untuk menggalakkan ibu bapa menderma buku 33 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan. A Tidak semua ahli persatuan menyertai lawatan ke Muzium Pasir Salak. B Kunjungan ahli persatuan ke Muzium Pasir Salak adalah untuk menyaksikan tayangan video. C Keputusan pertandingan membaca belum lagi diumumkan lagi diumumkan ketika laporan ini disediakan. D Ahli-ahli Persatuan Kajian Tempatan turut membantu menjayakan program sambutan bulan kemerdakaan ke-50. 34 Berdasarkan laporan, ahli-ahli persatuan ini boleh dikatakan A Aktif mengelolakan pelbagai program di sekolah B Aktif membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasir Tengah C Bijak memanfaatkan masa pada waktu lapang D Gemar mengadakan program lawatan 35 Perkataan membuka mata dalam petikan bermaksud A menyedarkan B mengingatkan C mencelikkan D menjelaskan
  • 9. SULIT 9 011 011 SULIT Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2011. Tahun ini amat bermakna bagiku kerana aku sudah melangkah ke tahap dua. Kalau pada tahun lepas aku belajar di sebelah petang, tetapi tahun ini suasana itu sudah berubah. Aku harus bangun awal setiap hari persekolahan. Jika lambat, alamat aku akan ketingalan bas sekolah. Suasana pada hari pertama persekolahan, seperti tahun-tahun sebelumnya, agak sibuk. Guru-guru kelas sibuk melayan ibu bapa yang datang ke kelas untuk membayar yuran persekolahan anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang membeli buku-buku alat tulis dan pakaian sukan untuk anak-anak mereka di koperasi sekolah. Ayahku sudah menjelaskan yuran sekolahku dan membeli buku-buku serta alat tulis yang aku perlukan dua hari lalu. Ketika hendak mengeluarkan botol air minumanku, aku disapa oleh Aida, Hasimah, Asyikin, Wana dan Huda, rakan-rakan sekelasku pada tahun lepas. Aida menghulurkan sekeping kuih yang baru dibelinya kepadaku. Kami pun makan bersama-sama. Kami berbual mesra dan saling bertanyakan khabar. Kami diberitahu oleh Cikgu Saiful pada hari persekolahan pada tahun lepas, bahawa aku dan Hasimah sahaja yang berjaya ke kelas Bestari manakala rakan-rakan yang lain berada di kelas Bijak. Hal ini berikutan keputusan peperiksaan kami yang baik pada tahun lepas. Walaupun tidak sekelas lagi, kami tetap bersahabat karib seperti biasa. Tidak sedikit pun ada perasaan bongkak pada diriku. Bermacam-macam gelagat murid boleh dilihat pada pagi ini. Ada yang berwajah muram, ada yang yang ketawa terkekeh-kekeh dan ada yang masih takut-takut memasuki perkarangan sekolah. Ada juga yang ditemani ibu bapa mereka dan tidak kurang juga yang menangis. Mungkin tempoh cuti panjang menyebabkan sebahagian murid belum bersemangat untuk ke sekolah. Sehari dua lagi tentu mereka akan seronok. Berbeza dengan diriku. Ring! Kedengaran bunyi loceng. Aku dan rakanku mencapai beg masing-masing dan bergegas ke tapak perhimpunan. Kebiasaannya, perhimpunan akan diadakan sebelum murid- murid masuk ke kelas masing-masing. Nampaknya, hari pertama persekolahanku kini, bermula. 36 Berdasarkan cerita, di manakah kemungkinan penulis berada sebelum loceng berbunyi? A Di tepi padang B Di kedai buku C Di dalam kelas D Di kantin sekolah 37 Berapakah usia penulis? A Sembilan tahun B Sepuluh tahun C Sebelas tahun D Dua belas tahun
  • 10. SULIT 10 011 011 SULIT 38 Apakah aktiviti yang tidak digambarkan oleh penulis pada pagi itu? A Kesibukan ibu bapa membeli buku-buku dan alat tulis B Kesibukan guru yang melayan ibu bapa yang membayar yuran C Ada murid yang menangis dan ada yang takut-takut hendak ke sekolah D Murid-murid beratur di tapak perhimpunan 39 Frasa berbeza dengan diriku bermaksud A Penulis berasa takut-takut hendak ke sekolah. B Penulis gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lamanya. C Penulis masih merasai keseronokan bercuti D Penulis begitu bersemangat untuk ke sekolah. 40 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang penulis. A Penulis mempunyai banyak kawan. B Hanya penulis yang berjaya ke Kelas Bestari. C Penulis sudah membayar yuran persekolahannya. D Penulis gembira apabila sesi persekolahannya bermula. KERTAS SOALAN TAMAT