Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
124
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
5
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________ UJIAN PENINGKATAN PRESTASI 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK SET 1 011 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. JPN PERAK Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
  • 2. SULIT 2 011 011 SULIT Soalan 1 - 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan di bawah. 1 __________ Majlis Restu Ilmu Sekolah Kebangsaan Seri Makmur itu mengumumkan ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah. A Jurubahasa B Juruhebah C Jurucakap D Juruacara Gambar 1 2 Penduduk Kampung Sentosa sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan ____________ sultan hujung minggu ini. A beta B hamba C tuanku D baginda 3 Amran ____________ air kopi itu perlahan-lahan kerana masih panas. A menghisap B menghirup C menelan D menjilat 4 Sebelum meninggalkan kaunter pembayaran, Imran mengira dengan __________ baki wang yang dipulangkan kepadanya agar tidak berlaku kesilapan. A rapi B teliti C kemas D senang 5 Penculik itu ____________ amat membuat penyamaran sehingga menyulitkan pihak berkuasa memberkasnya. A licik B ligat C lincah D handal 6 Maisarah bukan sahaja cantik, ____________ berbudi bahasa. A dan B tetapi C namun D malahan
  • 3. SULIT 3 011 011 SULIT 7 Shazwani makan ____________ roti dan ____________ susu sebagai alas perut. A sebuah … semangkuk B sekeping … segelas C sekeping … sesudu D sebuku … segelas 8 Monyet-monyet itu telah melarikan dua ___________pisang ke atas se___________ pokok rambutan. A sisir ... pohon B biji ... batang C sikat ... dahan D tandan ... ranting 9 Pentadbir sekolah perlu _____________ program-program kecemerlangan sekolah supaya visi dan misi sekolah tercapai. A mengemas kini B menguatkuasakan C melipatgandakan D menambah baik 10 Komik berbahasa Jepun itu ___________ ke dalam bahasa Melayu oleh seorang penulis terkenal. A terjemahan B diterjemahkan C penterjemahan D menterjemahkan 11 Kak Suria menangis ____________ apabila mendapat berita ayahnya kemalangan. A tersedu-sedu B terhinggut-hinggut C teragak-agak D terjerit-jerit 12 Semua murid ____________ ketika guru besar berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan. A memerah otak B berpeluk tubuh C bermandi peluh D memasang telinga 13 Abdul Manap berkebolehan berpidato.__________, dia telah dipilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat zon. A Walau bagaimanapun B Namun demikian C Tambahan pula D Oleh sebab itu
  • 4. SULIT 4 011 011 SULIT 14 Rashid ke bandar dengan ____________ orang rakannya. A kedua B seluruh C setengah D beberapa 15 Anak jiran di ____________ rumah Mak Jah semuanya sudah bekerja. A samping B sebelah C luar D sisi Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah. 16 Ahli Kelab Kembara ____________ mendaki Gunung Tahan. A sedang B pernah C akan D telah 17 Setelah disuruh berkali-kali, barulah fail-fail itu ________________ oleh pekerjanya yang pemalas itu. A dikemas kini B diguna pakai C diurus selia D diubah suai 18 Jurulatih Malaysia ___________ yakin bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke pertandingan akhir. A betul B amat C benar D sekali 19 Laksamana Hang Tuah sanggup mencari penawar kerana Sultan Mansur Syah sedang ____________ . A murka B bertakhta C bersiram D gering
  • 5. SULIT 5 011 011 SULIT 20 Aida bukan sahaja pandai bermain piano malahan pandai mencipta lagu juga. Pilih perkataaan seerti bagi malahan. A mahupun B bahkan C lantas D seterusnya 21 Datuk mengorek lubang sampah di belakang rumah, semalam. Pilih perkataan berlawan bagi mengorek. A menurap B menimbus C menambak D menggali 22 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul. A Jujur dan amanah ialah sifat yang terpuji. B Cita-cita adik saya adalah menjadi seorang peguam. C Kereta mainan itu adalah untuk anak saudara saya. D Cerita misteri yang dikarangkan itu adalah rekaan semata-mata. 23 Di manakah kemalangan jalan raya itu berlaku? A Kemalangan jalan raya itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut memandu melebihi had laju. B Kemalangan jalan raya itu berlaku berhampiran dengan kawasan yang padat penduduknya. C Kemalangan jalan raya itu berlaku kerana pemandu lori itu gagal membrek dengan sempurna. D Kemalangan jalan raya itu dapat ditangani sekiranya pengguna jalan raya berhemah ketika memandu di jalan raya. 24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Seingat saya, saya melawat Putrajaya setahun yang lalu. A Bilakah kamu melawat Putrajaya? B Bilakah kamu akan melawat Putrajaya? C Pernahkah kamu melawat Putrajaya? D Adakah kamu turut melawat Putrajaya?
  • 6. SULIT 6 011 011 SULIT Soalan 25 - 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25 Kesilapan Mahali menjaringkan gol sendiri membawa padah kepada pasukannya. A Pasukannya membawa padah apabila menjaringkan gol sendiri. B Gol sendiri yang dijaringkan oleh Mahali membawa padah kepada pasukannya. C Padah yang dibawa oleh Mahali menyebabkan pasukannya menjaringkan gol sendiri. D Pasukannya menjaringkan gol kerana kesilapan Mahali. 26 Pada minggu lepas, ramai orang telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. A Majlis perkahwinan sepupu saya yang telah diadakan pada minggu lepas telah dihadiri oleh ramai orang. B Saya dan orang ramai telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya pada minggu lepas. C Pada minggu lepas, majlis perkahwinan sepupu saya telah menghadiri ramai orang. D Ramai sepupu saya telah menghadiri perkahwinan saya pada minggu lepas. Soalan 27 – 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27 I Banyak orang yang menarik akan keperibadiannya itu. II Perbarisan lintas hormat itu telah menarik perhatian ibu bapa yang hadir. III Anggota penyelamat menarik beberapa orang mangsa yang lemas ke tepi sungai. IV Majikan itu menawarkan imbuhan yang menarik kepada pekerjanya yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. A B C D I dan II II dan IV I, II dan III II, III dan IV 28 I Kakak sedang menuntut di luar negeri. II Pemuda itu menuntut ganti rugi daripada majikannya. III Salleh menuntut sekilo tepung di kedai itu. IV Pekerja-pekerja itu menuntut kenaikan gaji. A I dan II B II dan IV C I, II dan IV D I, III dan IV
  • 7. SULIT 7 011 011 SULIT Soalan 29 - 30 Pilih ayat yang betul. 29 I Kamus dwibahasa yang baharu itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. II Pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan menuju ke bandar. III Perabot-perabot yang dijual di Kedai Guan Lee Hin itu sungguh amat murah. IV Encik Jamsari dan keluarganya berada di Pulau Langkawi hanya tiga hari sahaja. A B C D I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV 30 I Sila jangan petik bunga di taman itu. II Amalan bersarapan adalah baik untuk kesihatan. III Setengah rakyat negara ini tidak minat bersukan. IV Dia ingin melanjutkan pelajaran ke universiti apabila dewasa nanti. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV
  • 8. SULIT 8 011 011 SULIT Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Buah durian, rambutan, langsat, manggis, cempedak, pisang dan betik adalah antara buah tempatan yang popular. Buah-buahan di negara kita setanding dengan buah-buahan import. Buah-buahan ini enak dan berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Orang ramai suka makan buah-buahan tempatan. Selain rasanya yang sedap dan manis, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sama ada di pasar, pasar raya, pasar malam, pasar tani atau di tepi-tepi jalan. Harganya pula lebih murah berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Ada buah-buahan yang bermusim dan tidak bermusim. Buah durian, rambutan, manggis dan cempedak tergolong dalam kumpulan buah bermusim. Buah nangka, betik, pisang, jambu dan limau pula buah tidak bermusim. Kita dapat makan buah-buahan tidak bermusim sepanjang masa. Kini, buah-buahan tempatan ditanam secara meluas sama ada di dusun, ladang dan di belakang rumah dengan pelbagai kaedah. Penanaman buah-buahan secara moden dan berteknologi tinggi dapat menghasilkan buah-buahan yang bermutu untuk tujuan pasaran tempatan dan eksport. Dorongan yang kuat daripada pihak Jabatan Pertanian, MARDI dan FAMA telah mengubah hala tuju industri penanaman buah-buahan tempatan. Penemuan dan penciptaan baka-baka baharu buah-buahan yang bermutu tinggi seperti durian, limau, pisang, mempelam dan duku membolehkan buah-buahan tempatan dieksport ke luar negara. Buah- buahan ini dieksport ke negara Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Hal ini secara langsung membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Berbalik kepada khasiat buah-buahan tempatan, telah terbukti bahawa buah-buahan di negara kita kaya dengan pelbagai vitamin dan zat untuk merangsang pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan seimbang. Buah-buahan seperti limau, pisang, mangga, betik, ciku dan jambu batu mengandungi serat, vitamin C, potassium dan kalium yang tinggi. Oleh sebab itulah, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan melalui kempen “Makanlah Buah-buahan Tempatan”. Di samping itu, untuk meningkatkan penanaman dan pengeluaran buah-buahan tempatan secara besar-besaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyambut baik kempen ini dan bersama-sama memastikan buah-buahan tempatan terus mewah untuk dinikmati sampai bila-bila. 31 Mengapakah orang ramai suka makan buah-buahan tempatan? A Buah-buahan tempatan ditanam secara meluas. B Buah-buahan tempatan berkhasiat dan rasanya enak. C Harga buah-buahan tempatan setanding dengan buah-buahan yang diimport. D Buah-buahan tempatan lebih berkhasiat daripada buah-buahan yang diimport. 32 Apakah yang menyebabkan buah-buahan tempatan sekarang lebih bermutu berbanding dahulu? A Ditanam dengan banyak di ladang. B Khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan. C Permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara. D Kaedah penanaman yang menggunakan teknologi terkini.
  • 9. SULIT 9 011 011 SULIT 33 Penyataan di bawah adalah benar kecuali A Buah-buahan tempatan mengandungi khasiat yang tinggi. B Buah-buahan tempatan banyak diimport dari luar negara. C Buah-buahan tempatan sudah memasuki pasaran luar negara. D Buah-buahan yang tidak bermusim dapat diperoleh sepanjang tahun. 34 Mengapakah kerajaan melancarkan kempen “ Makanlah Buah-buahan Tempatan”? A Untuk meningkatkan pendapatan para petani. B Untuk memberi peluang kepada para petani memasarkan buah-buahan ke luar negara. C Kerana kerajaan telah mencipta baka pokok buah-buahan tempatan yang bermutu tinggi. D Kerana khasiat buah-buahan tempatan yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. 35 Maksud perkataan dorongan dalam petikan ialah A galakan B kemahuan C pegangan D kesungguhan
  • 10. SULIT 10 011 011 SULIT Soalan 36 - 40 Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. IKLAN Hadiah Galakan Penulis Muda Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar Pendahuluan Hadiah Galakkan Penulis Muda dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar dan ditaja oleh Jabatan Pelajaran Perak. Program ini bertujuan untuk menarik minat, mengalakkan dan memberi peluang kepada murid-murid berkarya dan menulis dalam bahasa Melayu. Syarat dan Peraturan 1. Terbuka kepada semua murid sekolah rendah tahap II di Daerah Kuala Kangsar. 2. Karya boleh dalam bentuk rencana, cerpen atau puisi. 3. Karya hendaklah asli, karangan sendiri bukan terjemahan. 4. Karya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu. 5. Karya mestilah ditulis sendiri. 6. Karya yang sama tidak boleh dihantar kepada pihak lain. 7. Karya mestilah belum pernah diterbitkan. 8. Jumlah perkataan bagi rencana dan cerpen antara 300 hingga 500 patah perkataan manakala puisi pula bebas. 9. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Ogos 2011. 10. Penyertaan mestilah dikirim kepada Urus Setia Hadiah Galakan Penulis Muda, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Ganjaran Tiga hadiah utama dan sembilan hadiah sagu hati serta sijil penyertaan akan diberikan kepada penulis karya yang terpilih. 3 hadiah utama : RM 500 setiap satu (satu hadiah setiap bidang) 9 hadiah sagu hati : RM 100 setiap satu.(3 hadiah setiap bidang)
  • 11. SULIT 11 011 011 SULIT 36 Siapakah yang mengadakan pertandingan menulis ini? A Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar B Sekolah-sekolah rendah di Daerah Kuala Kangsar C Urus setia Galakan Penulis Muda D Jabatan Pelajaran Perak 37 Pertandingan Galakan Penulis Muda terbuka kepada A Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 B Murid-murid sekolah di Daerah Kuala Kangsar C Murid-murid sekolah rendah di Daerah Kuala Kangsar D Murid-murid tahap II di Daerah Kuala Kangsar. 38 Apakah matlamat pertandingan menulis ini diadakan? A Mencungkil bakat penulis muda berkarya dalam bahasa Melayu B Melatih murid-murid agar mematuhi syarat-syarat pertandingan C Melatih murid-murid menulis karya yang panjang D Memberi hadiah kepada pemenang pertandingan 39 Katakanlah Zetty memenangi hadiah utama menulis cerpen dan puisi, berapakah jumlah wang yang diterimanya? A RM 200 B RM 500 C RM 600 D RM 1000 40 Di bawah ialah syarat yang diwajibkan untuk menyertai pertandingan kecuali A karya hendaklah tulisan sendiri B karya hendaklah ciptaan sendiri C karya hendaklah ditaip sendiri D dua belas karya akan terpilih memenangi wang tunai KERTAS SOALAN TAMAT