SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
NOTA TAMBAHAN


                          SUKU KATA


DEFINISI

      Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai
satu puncak kelantangan.          Puncak kelantangan ialah nilai
kelantangan bunyi yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi
vokal dalam suku kata Melayu. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib
ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendiri, misalnya
[a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonan
sebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau
selepasnya, mislanya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, atau
didahului dan diikuti oleh bunyi konsonan, misalnya, [a] dalam kata
[taŋ + ga] ‘tangga.’


STRUKTUR

Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasa
Melayu ialah (K)V(K). Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsur
wajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakan
NUKLUS dan dalam penulisan struktur, unsur V tidak dikurung.

Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal atau
nuklus. Supaya penulisan bunyi konsonan tidak berulang, maka
bunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonan
yang membuka suku kata ini dipanggil ONSET seperti bunyi [k]
dalam kata [ka+ki]. Konsonan yang hadir selepas vokal pula
menutup suku kata. Konsonan yang menutup suku kata ini
dipanggil KODA seperti bunyi [s] dalam kata [as+li]. Oleh sebab
itu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan,
adalah seperti berikut:
SUKU KATA




             ONSET         NUKLUS          KODA


Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari
(pembahagian kepada ‘dua’), maka struktur suku kata dapat
dilahirkan sebagai berikut:


                      SUKU KATA




                ONSET                         RIMA




                                 NUKLUS               KODA

Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam suku
kata, dengan onset dan koda tidak wajib, maka struktur suku kata
dapat dinyatakan dengan kependekan O (dikurung) sebagai onset,
N sebagai nuklus (tidak dikurung) dan K sebagai koda (dikurung),
supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut:

                (O)N(K)


Berdasarkan rajah di atas, menurut pembahagian binari, maka
struktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut:



                                                               2
SK



               O                      R




                            N                    K


Untuk tujuan peperiksaan, keempat-empat           istilah ini akan
digunakan jika soalan tentang suku kata keluar. Malahan, dalam
penentuan fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus dan Koda)
akan digunakan. Dengan kata lain, istilah konsonan dan vokal
tidak digunakan dalam analisis fonemik.


                         VOKAL SEKUNDER
                          (Secondary Vowel)


Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer, seperti
lapan vokal bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [⊃] dan [ə].
Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokal
primer dari segi bentuk bibir yang terlibat.

   (1)    Bila bentuk bibir tak bundar untuk mengeluarkan bunyi [i]
          dijadikan bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu namanya
          ialah “vokal depan sempit bundar”.

   (2)    Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e]
          dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang
          terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah “vokal depan
          separuh sempit bundar.”

   (3)    Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan
          bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah
          [œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.”



                                                                         3
(4)     Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u]
        dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang
        terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak
        bundar.”

(5)     Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit
        bundar [o] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal
        sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal
        belakang separuh sempit tak bundar.”

(6)     Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan
        tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil
        ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar.”




      Depan Bundar       Belakang Tak Bundar

      ___________          _____________

           ü   y                    ï
      ___________          _____________

           ö                        ë
      ___________          _____________

           œ                        ^
      ___________          _____________

           œ                        α
      ___________          _____________




                                                                4
KONSEP PENGELUARAN BUNYI

Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria:

  (1)   Bahagian lidah: depan; tengah; belakang.

  (2)   Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh sempit; separuh
        luas; luas.

  (3)   Keadaan lelangit lembut:

        (a)     Diangkat untuk semua vokal oral;
        (b)     Diturunkan untuk semua yang disengaukan.

  (4)   (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer:

        (a)     bundar untuk vokal belakang
        (b)     tak bunda untuk vokal depan

        (2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder:

              (a) bundar untuk vokal depan
              (b) tak bundar untuk vokal belakang

  (5)   Pita suara:      Bergetar   kerana    semua    vokal   adalah
        bersuara


Untuk pengeluaran bunyi KONSONAN, perhatikan kriteria berikut:

  (1)   Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi, ke gusi, ke lelangit
        keras, ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita
        suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir; [t],[d] = bunyi gusi;
        [h] bunyi glotis; [k], [g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb.

  (2)   Cara pengeluaran = bentuk arus udara, Misalnya,
        tersekat → sekatan. Misalnya: semua bunyi letupan:
        [p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?]



                                                                      5
tersempit → sempitan. Misalnya: semua            bunyi
   geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb.

   (3)   Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara; kalau
         bergetar → bersuara; Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau
         tak bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x].


                         FITUR DISTINGTIF

DEFINISI

Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai
artikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawa
sebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih
sifat atau fitur dapat membezakan fonem. Itu sebabnya istilah
distingtif digunakan, kerana distingtif bermaksud membezakan
makna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari segi
fitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi
tak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini
membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, dari
segi     pengeluaran,    atau    artikulasi, fitur [+  bersuara]
menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza
daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+
bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+
bersuara] daripada /p/ [- bersuara].

Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat.
Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan dua-
bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. Bunyi [t,d] dihasilkan di
daerah gusi (alveolum), maka kedua-dua bunyi itu ditandai dengan
fitur [+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [k,g] terhasil di
daerah lelangit lembut, maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan
nama fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya fonem /k,g/ memiliki
fitur [+velar]. Bunyi [j] yang dihasilkan di daerah lelangit keras, ia
ditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah fonologi bagi maksud
lelangit keras. Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu
dengan nama fiturnya dalam fonologi:

Nama daerah artkulasi           Nama fitur

dua-bibir                             [+bilabial]
bibir-gigi                            [+labio-dental]


                                                                        6
gigi                                       [+ dental]
gusi                                 [+alveolar]
lelangit keras                       [+palatal]
lelangit lembut                      [+velar]
glotis                               [+glotal]

Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur dibuat mengikut
pembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fitur
untuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya dinamakan [+afrikat];
jika geseran, nama fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, nama
fiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandai
oleh fitur [-nasal]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ ditandai dengan
fitur [+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/ memiliki fitur
[+plosif,+velar,+bersuara]; konsonan [f] memiliki fitur [+labio-
dental, +frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal,
+ alveolar, + bersuara].

Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyi
konsonan, maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal,
manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik]. Ini kerana fitur
[+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik], atau
konsonan [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ mempunyai fitur
[-vokalik, +plosif, +bilabial, +tak bersuara].

Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidak
tulen. Konsonan tulen terdiri daripada konsonan letupan [+plosif],
letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif]. Konsonan tulen memiliki
fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik,
+plosif, +velar, + bersuara], manakala konsonan /t/ memiliki fitur [-
vokalik, +plosif, +alveolar, - +bersuara]. Konsonan liquida yang
terdiri daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus udara tidak
mengalami sekatan, atau sempitan, tetapi membenarkan udara
mengalir keluar, maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur
[+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran /w,j/ tidak tergolong
kepada mana-mana vokal mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [-
vokalik, -konsonantal].

Semua vokal ditandai dengan fitur [-konsonantal, +vokalik]. Oleh
sebab itu, vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana bila
udaranya sempit, lidah diangkat tinggi. Fitur tinggi ditandai dengan
fitur [-Rendah], kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan
[+Rendah].



                                                                      7
TAJUK KERJA KURSUS
                     BBM 3202



(a)        Pilih   SATU     daripada     tajuk-tajuk   yang
           disenaraikan di bawah ini.

(b)        Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan
           perkara-perkara yang berikut di tempat yang
           sesuai:

      i. definisi
      ii. sifat
      iii. lambang fonetik/fonemik
      iv. faktor/syarat/keadaan
      v. penyebaran dalam kata
      vi. contoh-contoh yang tepat
      vii. gambarajah (di mana sesuai)


      TAJUK KERJA KURSUS

      1.      “Bunyi-bunyi vokal” dalam dialek Kelantan,
              dialek Pahang atau dialek Terengganu dari
              segi   cara   pengeluaran,   simbol    dan
              penyebarannya berbentuk transkripsi fonetik
              dalam kata

      2.      “Cara-cara menghasilkan bunyi letupan dan
              letusan (mesti ada rajah), perbezaan dan
              persamaan antara kedua-dua jenis tersebut.

      3.      “Suku kata dalam kata-kata dialek anda di
              semenanjung, atau mana-mana bahasa di
              Sabah atau Sarawak.

      4.      Fonetik Akustik.




                                                          8
5.    Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa
               atau dialek di Malaysia, atau salah satu
               bahasa di Sabah atau Sarawak.

         6.    Ciri suprasegmental dalam salah satu dialek
               atau salah satu bahasa di Sabah atau
               Sarawak.

         7.    Peranan fonologi dalam sistem Ejaan Baru
               Melayu.


               PENILAIAN KERJA KURSUS

1.   Markah maksimum       untuk kerja kursus ialah      30
     daripada 100 (30%).

2.   Huraian mestilah asli, yakni berbentuk pengolahan
     bahan atau sumber bacaan.

3.   Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan
     markah maksimumnya 20 sahaja, yakni bukan 30.

4.   Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga
     sumber.

5.   Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak
     Jauh UPM selewat-lewatnya sehari/tarikh sebelum
     tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun.

6.   Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu,
     markah maksimum untuk penilaian ialah 15 (15%)
     sahaja. Dan jika diserahkan sebelum tarikh
     peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja.

7.   Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh
     peperiksaan tidak akan diterima lagi, kerana tindakan
     menerimanya adalah salah dari segi peraturan
     peperiksaan universiti.


              PEPERIKSAAN PERTENGAHAN



                                                           9
1. Penilaian sebanyak 30%.

2. Berbentuk Ujian Objektif sebanyak 30 soalan.

3. Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang
   fonetik.

                PEPERIKSAAN AKHIR

1. Penilaian 40%.
2. Berbentuk Objektif (40 soalan).
3. Aspek yang disoal ialah bidang fonetik dan fonemik.




                                                         10

More Related Content

What's hot

Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologiepoicikgu
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
pengantar linguistik
pengantar linguistikpengantar linguistik
pengantar linguistikfitri norlida
 
Teori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaTeori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaPhyne Phain
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iifiro HAR
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 

What's hot (20)

Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologi
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Fonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetikFonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetik
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
pengantar linguistik
pengantar linguistikpengantar linguistik
pengantar linguistik
 
Teori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaTeori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertama
 
Sejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistikSejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistik
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 

Similar to Fonetik dan fonologi pjj

Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanMono Manullang
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Hakim Zulkeply
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuZaimah Bakar
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiWatak Bulat
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisHeidy Kaeni
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointiwan7003
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Norzila Nasir
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Norainie Binti Ekan Usunor
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiAdia Nidurasan
 

Similar to Fonetik dan fonologi pjj (20)

Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugis
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdfBMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
 
BAB 4 - FONOLOGI
BAB 4 - FONOLOGIBAB 4 - FONOLOGI
BAB 4 - FONOLOGI
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpoint
 
bunyi2 bahasa
bunyi2 bahasabunyi2 bahasa
bunyi2 bahasa
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
 
Bm mei 2012
Bm mei 2012Bm mei 2012
Bm mei 2012
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 

Fonetik dan fonologi pjj

  • 1. NOTA TAMBAHAN SUKU KATA DEFINISI Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Puncak kelantangan ialah nilai kelantangan bunyi yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi vokal dalam suku kata Melayu. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendiri, misalnya [a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonan sebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau selepasnya, mislanya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, atau didahului dan diikuti oleh bunyi konsonan, misalnya, [a] dalam kata [taŋ + ga] ‘tangga.’ STRUKTUR Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasa Melayu ialah (K)V(K). Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsur wajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakan NUKLUS dan dalam penulisan struktur, unsur V tidak dikurung. Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal atau nuklus. Supaya penulisan bunyi konsonan tidak berulang, maka bunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonan yang membuka suku kata ini dipanggil ONSET seperti bunyi [k] dalam kata [ka+ki]. Konsonan yang hadir selepas vokal pula menutup suku kata. Konsonan yang menutup suku kata ini dipanggil KODA seperti bunyi [s] dalam kata [as+li]. Oleh sebab itu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan, adalah seperti berikut:
  • 2. SUKU KATA ONSET NUKLUS KODA Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari (pembahagian kepada ‘dua’), maka struktur suku kata dapat dilahirkan sebagai berikut: SUKU KATA ONSET RIMA NUKLUS KODA Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam suku kata, dengan onset dan koda tidak wajib, maka struktur suku kata dapat dinyatakan dengan kependekan O (dikurung) sebagai onset, N sebagai nuklus (tidak dikurung) dan K sebagai koda (dikurung), supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut: (O)N(K) Berdasarkan rajah di atas, menurut pembahagian binari, maka struktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut: 2
  • 3. SK O R N K Untuk tujuan peperiksaan, keempat-empat istilah ini akan digunakan jika soalan tentang suku kata keluar. Malahan, dalam penentuan fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus dan Koda) akan digunakan. Dengan kata lain, istilah konsonan dan vokal tidak digunakan dalam analisis fonemik. VOKAL SEKUNDER (Secondary Vowel) Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer, seperti lapan vokal bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [⊃] dan [ə]. Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokal primer dari segi bentuk bibir yang terlibat. (1) Bila bentuk bibir tak bundar untuk mengeluarkan bunyi [i] dijadikan bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu namanya ialah “vokal depan sempit bundar”. (2) Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah “vokal depan separuh sempit bundar.” (3) Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.” 3
  • 4. (4) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak bundar.” (5) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit bundar [o] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal belakang separuh sempit tak bundar.” (6) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar.” Depan Bundar Belakang Tak Bundar ___________ _____________ ü y ï ___________ _____________ ö ë ___________ _____________ œ ^ ___________ _____________ œ α ___________ _____________ 4
  • 5. KONSEP PENGELUARAN BUNYI Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria: (1) Bahagian lidah: depan; tengah; belakang. (2) Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh sempit; separuh luas; luas. (3) Keadaan lelangit lembut: (a) Diangkat untuk semua vokal oral; (b) Diturunkan untuk semua yang disengaukan. (4) (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer: (a) bundar untuk vokal belakang (b) tak bunda untuk vokal depan (2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder: (a) bundar untuk vokal depan (b) tak bundar untuk vokal belakang (5) Pita suara: Bergetar kerana semua vokal adalah bersuara Untuk pengeluaran bunyi KONSONAN, perhatikan kriteria berikut: (1) Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi, ke gusi, ke lelangit keras, ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir; [t],[d] = bunyi gusi; [h] bunyi glotis; [k], [g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb. (2) Cara pengeluaran = bentuk arus udara, Misalnya, tersekat → sekatan. Misalnya: semua bunyi letupan: [p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?] 5
  • 6. tersempit → sempitan. Misalnya: semua bunyi geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb. (3) Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara; kalau bergetar → bersuara; Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau tak bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x]. FITUR DISTINGTIF DEFINISI Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai artikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawa sebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat atau fitur dapat membezakan fonem. Itu sebabnya istilah distingtif digunakan, kerana distingtif bermaksud membezakan makna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari segi fitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi tak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atau artikulasi, fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+ bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara] daripada /p/ [- bersuara]. Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat. Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan dua- bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. Bunyi [t,d] dihasilkan di daerah gusi (alveolum), maka kedua-dua bunyi itu ditandai dengan fitur [+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [k,g] terhasil di daerah lelangit lembut, maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan nama fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya fonem /k,g/ memiliki fitur [+velar]. Bunyi [j] yang dihasilkan di daerah lelangit keras, ia ditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah fonologi bagi maksud lelangit keras. Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu dengan nama fiturnya dalam fonologi: Nama daerah artkulasi Nama fitur dua-bibir [+bilabial] bibir-gigi [+labio-dental] 6
  • 7. gigi [+ dental] gusi [+alveolar] lelangit keras [+palatal] lelangit lembut [+velar] glotis [+glotal] Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur dibuat mengikut pembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fitur untuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya dinamakan [+afrikat]; jika geseran, nama fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, nama fiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandai oleh fitur [-nasal]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ ditandai dengan fitur [+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/ memiliki fitur [+plosif,+velar,+bersuara]; konsonan [f] memiliki fitur [+labio- dental, +frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal, + alveolar, + bersuara]. Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyi konsonan, maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal, manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik]. Ini kerana fitur [+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik], atau konsonan [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ mempunyai fitur [-vokalik, +plosif, +bilabial, +tak bersuara]. Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidak tulen. Konsonan tulen terdiri daripada konsonan letupan [+plosif], letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif]. Konsonan tulen memiliki fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +velar, + bersuara], manakala konsonan /t/ memiliki fitur [- vokalik, +plosif, +alveolar, - +bersuara]. Konsonan liquida yang terdiri daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus udara tidak mengalami sekatan, atau sempitan, tetapi membenarkan udara mengalir keluar, maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur [+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran /w,j/ tidak tergolong kepada mana-mana vokal mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [- vokalik, -konsonantal]. Semua vokal ditandai dengan fitur [-konsonantal, +vokalik]. Oleh sebab itu, vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana bila udaranya sempit, lidah diangkat tinggi. Fitur tinggi ditandai dengan fitur [-Rendah], kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan [+Rendah]. 7
  • 8. TAJUK KERJA KURSUS BBM 3202 (a) Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang disenaraikan di bawah ini. (b) Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan perkara-perkara yang berikut di tempat yang sesuai: i. definisi ii. sifat iii. lambang fonetik/fonemik iv. faktor/syarat/keadaan v. penyebaran dalam kata vi. contoh-contoh yang tepat vii. gambarajah (di mana sesuai) TAJUK KERJA KURSUS 1. “Bunyi-bunyi vokal” dalam dialek Kelantan, dialek Pahang atau dialek Terengganu dari segi cara pengeluaran, simbol dan penyebarannya berbentuk transkripsi fonetik dalam kata 2. “Cara-cara menghasilkan bunyi letupan dan letusan (mesti ada rajah), perbezaan dan persamaan antara kedua-dua jenis tersebut. 3. “Suku kata dalam kata-kata dialek anda di semenanjung, atau mana-mana bahasa di Sabah atau Sarawak. 4. Fonetik Akustik. 8
  • 9. 5. Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa atau dialek di Malaysia, atau salah satu bahasa di Sabah atau Sarawak. 6. Ciri suprasegmental dalam salah satu dialek atau salah satu bahasa di Sabah atau Sarawak. 7. Peranan fonologi dalam sistem Ejaan Baru Melayu. PENILAIAN KERJA KURSUS 1. Markah maksimum untuk kerja kursus ialah 30 daripada 100 (30%). 2. Huraian mestilah asli, yakni berbentuk pengolahan bahan atau sumber bacaan. 3. Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan markah maksimumnya 20 sahaja, yakni bukan 30. 4. Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga sumber. 5. Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak Jauh UPM selewat-lewatnya sehari/tarikh sebelum tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun. 6. Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu, markah maksimum untuk penilaian ialah 15 (15%) sahaja. Dan jika diserahkan sebelum tarikh peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja. 7. Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh peperiksaan tidak akan diterima lagi, kerana tindakan menerimanya adalah salah dari segi peraturan peperiksaan universiti. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 9
  • 10. 1. Penilaian sebanyak 30%. 2. Berbentuk Ujian Objektif sebanyak 30 soalan. 3. Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang fonetik. PEPERIKSAAN AKHIR 1. Penilaian 40%. 2. Berbentuk Objektif (40 soalan). 3. Aspek yang disoal ialah bidang fonetik dan fonemik. 10