• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Fonetik dan fonologi pjj
 

Fonetik dan fonologi pjj

on

  • 4,943 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,943
Views on SlideShare
4,943
Embed Views
0

Actions

Likes
6
Downloads
137
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Fonetik dan fonologi pjj Fonetik dan fonologi pjj Document Transcript

    • NOTA TAMBAHAN SUKU KATADEFINISI Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyaisatu puncak kelantangan. Puncak kelantangan ialah nilaikelantangan bunyi yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyivokal dalam suku kata Melayu. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajibada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendiri, misalnya[a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonansebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atauselepasnya, mislanya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, ataudidahului dan diikuti oleh bunyi konsonan, misalnya, [a] dalam kata[taŋ + ga] ‘tangga.’STRUKTURBerdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasaMelayu ialah (K)V(K). Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsurwajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakanNUKLUS dan dalam penulisan struktur, unsur V tidak dikurung.Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal ataunuklus. Supaya penulisan bunyi konsonan tidak berulang, makabunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonanyang membuka suku kata ini dipanggil ONSET seperti bunyi [k]dalam kata [ka+ki]. Konsonan yang hadir selepas vokal pulamenutup suku kata. Konsonan yang menutup suku kata inidipanggil KODA seperti bunyi [s] dalam kata [as+li]. Oleh sebabitu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan,adalah seperti berikut:
    • SUKU KATA ONSET NUKLUS KODAOleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari(pembahagian kepada ‘dua’), maka struktur suku kata dapatdilahirkan sebagai berikut: SUKU KATA ONSET RIMA NUKLUS KODAOleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam sukukata, dengan onset dan koda tidak wajib, maka struktur suku katadapat dinyatakan dengan kependekan O (dikurung) sebagai onset,N sebagai nuklus (tidak dikurung) dan K sebagai koda (dikurung),supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut: (O)N(K)Berdasarkan rajah di atas, menurut pembahagian binari, makastruktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut: 2
    • SK O R N KUntuk tujuan peperiksaan, keempat-empat istilah ini akandigunakan jika soalan tentang suku kata keluar. Malahan, dalampenentuan fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus dan Koda)akan digunakan. Dengan kata lain, istilah konsonan dan vokaltidak digunakan dalam analisis fonemik. VOKAL SEKUNDER (Secondary Vowel)Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer, sepertilapan vokal bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [⊃] dan [ə].Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokalprimer dari segi bentuk bibir yang terlibat. (1) Bila bentuk bibir tak bundar untuk mengeluarkan bunyi [i] dijadikan bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu namanya ialah “vokal depan sempit bundar”. (2) Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah “vokal depan separuh sempit bundar.” (3) Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.” 3
    • (4) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak bundar.”(5) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit bundar [o] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal belakang separuh sempit tak bundar.”(6) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar.” Depan Bundar Belakang Tak Bundar ___________ _____________ ü y ï ___________ _____________ ö ë ___________ _____________ œ ^ ___________ _____________ œ α ___________ _____________ 4
    • KONSEP PENGELUARAN BUNYIUntuk VOKAL: Perhatikan kriteria: (1) Bahagian lidah: depan; tengah; belakang. (2) Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh sempit; separuh luas; luas. (3) Keadaan lelangit lembut: (a) Diangkat untuk semua vokal oral; (b) Diturunkan untuk semua yang disengaukan. (4) (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer: (a) bundar untuk vokal belakang (b) tak bunda untuk vokal depan (2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder: (a) bundar untuk vokal depan (b) tak bundar untuk vokal belakang (5) Pita suara: Bergetar kerana semua vokal adalah bersuaraUntuk pengeluaran bunyi KONSONAN, perhatikan kriteria berikut: (1) Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi, ke gusi, ke lelangit keras, ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir; [t],[d] = bunyi gusi; [h] bunyi glotis; [k], [g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb. (2) Cara pengeluaran = bentuk arus udara, Misalnya, tersekat → sekatan. Misalnya: semua bunyi letupan: [p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?] 5
    • tersempit → sempitan. Misalnya: semua bunyi geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb. (3) Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara; kalau bergetar → bersuara; Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau tak bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x]. FITUR DISTINGTIFDEFINISISifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilaiartikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawasebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebihsifat atau fitur dapat membezakan fonem. Itu sebabnya istilahdistingtif digunakan, kerana distingtif bermaksud membezakanmakna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari segifitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyitak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara inimembezakan fonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, darisegi pengeluaran, atau artikulasi, fitur [+ bersuara]menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbezadaripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+bersuara] daripada /p/ [- bersuara].Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat.Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan dua-bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. Bunyi [t,d] dihasilkan didaerah gusi (alveolum), maka kedua-dua bunyi itu ditandai denganfitur [+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [k,g] terhasil didaerah lelangit lembut, maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikannama fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya fonem /k,g/ memilikifitur [+velar]. Bunyi [j] yang dihasilkan di daerah lelangit keras, iaditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah fonologi bagi maksudlelangit keras. Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayudengan nama fiturnya dalam fonologi:Nama daerah artkulasi Nama fiturdua-bibir [+bilabial]bibir-gigi [+labio-dental] 6
    • gigi [+ dental]gusi [+alveolar]lelangit keras [+palatal]lelangit lembut [+velar]glotis [+glotal]Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur dibuat mengikutpembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fituruntuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya dinamakan [+afrikat];jika geseran, nama fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, namafiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandaioleh fitur [-nasal]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ ditandai denganfitur [+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/ memiliki fitur[+plosif,+velar,+bersuara]; konsonan [f] memiliki fitur [+labio-dental, +frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal,+ alveolar, + bersuara].Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyikonsonan, maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal,manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik]. Ini kerana fitur[+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik], ataukonsonan [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ mempunyai fitur[-vokalik, +plosif, +bilabial, +tak bersuara].Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidaktulen. Konsonan tulen terdiri daripada konsonan letupan [+plosif],letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif]. Konsonan tulen memilikifitur [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik,+plosif, +velar, + bersuara], manakala konsonan /t/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +alveolar, - +bersuara]. Konsonan liquida yangterdiri daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus udara tidakmengalami sekatan, atau sempitan, tetapi membenarkan udaramengalir keluar, maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur[+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran /w,j/ tidak tergolongkepada mana-mana vokal mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [-vokalik, -konsonantal].Semua vokal ditandai dengan fitur [-konsonantal, +vokalik]. Olehsebab itu, vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana bilaudaranya sempit, lidah diangkat tinggi. Fitur tinggi ditandai denganfitur [-Rendah], kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan[+Rendah]. 7
    • TAJUK KERJA KURSUS BBM 3202(a) Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang disenaraikan di bawah ini.(b) Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan perkara-perkara yang berikut di tempat yang sesuai: i. definisi ii. sifat iii. lambang fonetik/fonemik iv. faktor/syarat/keadaan v. penyebaran dalam kata vi. contoh-contoh yang tepat vii. gambarajah (di mana sesuai) TAJUK KERJA KURSUS 1. “Bunyi-bunyi vokal” dalam dialek Kelantan, dialek Pahang atau dialek Terengganu dari segi cara pengeluaran, simbol dan penyebarannya berbentuk transkripsi fonetik dalam kata 2. “Cara-cara menghasilkan bunyi letupan dan letusan (mesti ada rajah), perbezaan dan persamaan antara kedua-dua jenis tersebut. 3. “Suku kata dalam kata-kata dialek anda di semenanjung, atau mana-mana bahasa di Sabah atau Sarawak. 4. Fonetik Akustik. 8
    • 5. Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa atau dialek di Malaysia, atau salah satu bahasa di Sabah atau Sarawak. 6. Ciri suprasegmental dalam salah satu dialek atau salah satu bahasa di Sabah atau Sarawak. 7. Peranan fonologi dalam sistem Ejaan Baru Melayu. PENILAIAN KERJA KURSUS1. Markah maksimum untuk kerja kursus ialah 30 daripada 100 (30%).2. Huraian mestilah asli, yakni berbentuk pengolahan bahan atau sumber bacaan.3. Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan markah maksimumnya 20 sahaja, yakni bukan 30.4. Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga sumber.5. Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak Jauh UPM selewat-lewatnya sehari/tarikh sebelum tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun.6. Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu, markah maksimum untuk penilaian ialah 15 (15%) sahaja. Dan jika diserahkan sebelum tarikh peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja.7. Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh peperiksaan tidak akan diterima lagi, kerana tindakan menerimanya adalah salah dari segi peraturan peperiksaan universiti. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 9
    • 1. Penilaian sebanyak 30%.2. Berbentuk Ujian Objektif sebanyak 30 soalan.3. Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang fonetik. PEPERIKSAAN AKHIR1. Penilaian 40%.2. Berbentuk Objektif (40 soalan).3. Aspek yang disoal ialah bidang fonetik dan fonemik. 10