• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Geografi Taburan Penduduk
 

Geografi Taburan Penduduk

on

  • 22,844 views

Inilah hasil kerja saya....

Inilah hasil kerja saya....

Statistics

Views

Total Views
22,844
Views on SlideShare
22,816
Embed Views
28

Actions

Likes
2
Downloads
150
Comments
1

1 Embed 28

http://www.slideshare.net 28

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • ............................................................... ................................................PINK GITU(LOVE)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Geografi Taburan Penduduk Geografi Taburan Penduduk Presentation Transcript

  • NAMA :NUR ANIS SYAMIMI BINTI MOHAMMAD AZMI KELAS :2AA TAJUK :TABURAN PENDUDUK (BAB 7) GURU BIMBINGAN : ENCIK RASHID BIN HUSIN
  • TABURAN PENDUDUK
    • Penduduk Malaysia berjumlah kira-kira 23 274 690 orang pada tahun 2000.
    • Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata. Kebanyakan penduduk tinggal di dataran dan lembah sungai,kaki bukit dan pinggir pantai.
    • Sebanyak 18 537 800 (78.7%) orang tinggal di Semenanjung Malaysia,2 656 400 (11.4%) orang tinggal di Sabah dan 2 071 800 (8.9%) orang tinggal di Sarawak.
    • Taburan penduduk Malaysia terbahagi kepada kawasan berpenduduk padat,berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.
    TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA
    • Kepadatan penduduk sesebuah negara dapat dikirakan dengan menggunakan format yang berikut:
    • Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk
    • Luas kawasan
    • Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah dan kepadatan penduduk Malaysia pada tahun 2000.
  • Jadual Jumlah Kepadatan Penduduk Malaysia pada Tahun 2000
  • 526 144 35 17 98 175 5 676 7 960 18 987 73 619 124 450 21 005 9 425 243 4 188 876 2 740 625 2 603 485 2 071 506 2 051 236 1 649 756 1 379 310 Selangor Johor Sabah Sarawak Perak Kedah W.P.Kuala Lumpur Kepadatan Penduduk (orang per km persegi) Luas Kawasan (km persegi Jumlah Penduduk (orang) Negeri
  • 87 1 274 36 69 129 385 257 827 15 024 1 031 35 965 12 955 6 644 1 652 795 92 1 313 014 1 313 449 1 288 376 898 825 859 924 635 791 204 450 76 067 Kelantan Pulau Pinang Pahang Terengganu Negeri Sembilan Melaka Perlis W.P.Labuan
    • Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
    • Contoh kawasan berpenduduk padat ialah seperti Lembah Klang,Lembah Kinta,Pulau Pinang,Seberang Perai,Dataran Kedah-Perlis,Seremban,Melaka dan Johor Bahru di pantai barat Semenanjung Malaysia.
    • Di pantai timur Semenanjung Malaysia,kawasan tumpuan penduduk ialah di kawasan dataran dan delta iaitu di Dataran Kelantan,Dataran Terengganu dan di bandar Kuantan.
    Kawasan berpenduduk padat
    • Banyak penduduk bertumpu di kawasan dataran dan delta. Hal ini demikian kerana tanihnya jenis aluvium dan subur untuk kegiatan penanaman padi.
    • Perkembangan awal bandar Alor Setar,Kota Bharu dan Kuala Terengganu disebabkan kegiatan pertanian.
    • Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak berpenduduk padat juga.
    • Bandar-bandar utama berpenduduk padat kerana berfungsi sebagai ibu negeri,pusat perniagaan dan perdagangan,pusat kewangan dan perindustrian. Contohnya Kuala Lumpur,Ipoh,Georgetown dan Johor Bahru.
    • Lembah Kinta dan Lembah Klang berpenduduk padat hasil kegiatan perlombongan bijih timah.
    • Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
    • Kawasan tersebut termasuklah kawasan pertanian dan perikanan utama. Contohnya seperti :-
    • (a) kawasan penanaman padi,getah dan kelapa sawit di pantai barat Semenanjung Malaysia.
    • (b) kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia antara Dungun dengan kawasan luar Kuantan,bandar Mersing dan kawasan sekitarnya.
    • (c) kawasn rancangan kemajuan tanah seperti Segi Tiga Jengka,Pahang Tenggara dan Kelantan Selantan .
    Kawasan berpenduduk sederhana
    • (d) bandar-bandar kecil seperti Sibu,Bintulu dan Miri di kawasan pantai barat Sarawak.
    • (e) kawasan di sepanjang lembah Sungai Rajang di Sarawak.
    • (f) pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah seperti Sandakan dan kawasan sekitarnya,Lahad Datu dan Tawau.
    • Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
    • Kawasan-kawasan ini lazimnya kawasan hutan,paya dan pedalaman. Contohnya seperti :-
    • (a) kawasan bergunung-ganang daan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia,Sarawak dan Sabah.
    • (b) kawasan paya air masin dan paya air tawar di bahagian timur negeri Johor,pantai timur Sabah dan pantai Sarawak.
    Kawasan berpenduduk jarang
    • Kawasan pergunungan yang berhutan tebal adaalah terpencil kerana kurang kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan kurang kegiatan pertanian.
    • Taburan penduduk di kawasan ini jarang dan tinggal berselerak serta menjalankan kegiatan pertanian pindah.
  • TABURAN PENDUDUK MALAYSIA TAHUN 2000
  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK
    • Bentuk Muka Bumi
    • Kawasan Sosioekonomi
    • Sumber Mineral
    • Dasar Kerajaan
    • Pengangkutan dan Perhubungan
    • Bentuk muka bumi
    • Tanah pamah yang rata sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi,contoh penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan,Dataran Kerian.
    • Kaki bukit beralun sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit,contoh Kluang,Labis di Johor telah menjadi tumpuan penduduk.
    • Kawasan yang rata juga sesuai untuk pembinaan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan kawasan petempatan.
    • Kawasan Sosioekonomi
    • Kawasan perindustrian,perniagaan dan perdagangan menarik tumpuan penduduk.
    • Contoh,Mak Mandin dan Perai di Pulau Pinang,Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor,Larkin dan Tampoi di Johor.
    • Kawasan yang giat kegiatan pertanian mempunyai penuduk sederhana pada seperti Teluk Intan,Kluang,Layang-Layang dan Tawau.
    • Sumber Mineral
    • (a) Kawasan yang mempunyai sumber mineral telah menjadi tumpuan penduduk.
    • (b) Sumber bijih timah di Lembah Kinta (Ipoh,Taiping).
    • (c) Kertih,Miri menjadi tumpuan penduduk kerana perlombongan petroleum.
    • (d) Bintulu menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan mencairkan gas asli.
    • Dasar Kerajaan
    • Dasar Pertanian Negara membawa pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan pertanian.
    • Di bawah rancangan FELDA,penduduk telah berpindah dari kawasan luar bandar ke luar bandar dan menyebabkan kawasan baru berpenduduk sederhana,contoh Jengka Tiga Segi di Pahang.
    • Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas,contoh Sungai Way di Selangor,Bayan Lepas dan Perai di Pulau Pinang,Batu Berendam di Melaka,Sama Jaya di Sarawak,Pasir Gudang di Johor,Teluk Kalong di Terengganu.
    • Pengangkutan dan perhubungan
    • Kawasan yang jaringan pengangkutannya padat mempunyai taburan penduduk yang padat juga.
    • Di kawasan penduduk yang jaringan pengangkutannya kurang,taburannya adalah kurang padat.
    • Contohnya kawasan tanah tinggi di pedalaman Sabah dan Sarawak.
    • Pengangkutan melalui Lebuh Raya Utara Selatan telah menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti Sungai Petani,Kedah,Jelapang di Perak,Senai di Johor dan Bukit Tengah di Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang.
    • Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Bayan Lepas telah menyebabkan penduduk bertumpu di kawsan sekitarnya.
    • Peluang pekerjaan yang terdapat di Pelabuhan Klang,Pelabuhan Pulau Pinang,Pelabuhan Pasir Gudang,Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Kuantan telah menggalakkan tumpuan penduduk di kawasan sekitarnya.
    • Contohnya, kawasan petempatan di Masai yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Pasir Gudang.
  • TAMAT