Your SlideShare is downloading. ×
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3

6,154

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,154
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
598
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Isi Kandungan 2 Mukadimah ............................................................................................................................................. 3 Petikan Puasa .......................................................................................................................................... 5 Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa ...................................................................................................... 6 Tidak Perlu Difikirkan ............................................................................................................................ 9 Tidak Perlu Difikirkan .......................................................................................................................... 10 Berlatih Kembali Kepada Allah ............................................................................................................ 11 Berserah 100% ...................................................................................................................................... 12 Petikan Positif #1 ................................................................................................................................. 17 Petikan Positif #2 .................................................................................................................................. 18 Jiwa Positif Memberi Ketenangan ........................................................................................................ 20 Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah........................................................................................... 22 Memiliki Kesedaran Tertinggi #5 ......................................................................................................... 25 Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas? ..................................................................................................... 29 Menyesal Tidak Datang Di Awal.......................................................................................................... 33 Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT ................................................................................................. 36 Pemain Yang Terbaik ........................................................................................................................... 38 Petikan Positif #3 .................................................................................................................................. 41 Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H) .................................................................................... 42 Hidup Ini Memang Susah ..................................................................................................................... 46 Saya Tidak Terdaya .............................................................................................................................. 49 Islamic NLP for Parenting: Belaian ...................................................................................................... 55 Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT ..................................................................................... 59 QS: Al-Anfal 8:17 ................................................................................................................................. 63 Berserah Kepada Allah SWT
  • 2. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Mukadimah 3 “maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (QS: Al-Anfal 8:17) Segala pujian bagi Allah SWT yang telah memberikan daya kepada saya untuk menyiapkan siri ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan yang ke-3. Mudah- mudahan siri ebook ini dapat memberikan banyak manfaat kepada saudara semua. Tajuk kali ini adalah “Berserah Kepada Allah SWT”. Ungkapan berserah adalah cukup mudah untuk diperkatakan, namun secara praktikal adalah sukar. Saya akuinya kerana saya berhadapan dengan perkara ini sebelum ini. Terasa diri ini tidak mampu untuk berserah kerana berserah memerlukan keyakinan yang tertinggi kepada Allah SWT. Terima kasih Allah SWT kerana memberi hidayahNya. Satu persatu Allah SWT memberikan ilham untuk meningkatkan keyakinan kepadaNya. Mudah- mudahan keyakinan ini akan terus meningkat setiap masa. Saudara, Untuk berserah, kita perlu yakin kepada Allah SWT dalam apa jua perkara. Keyakinan ini perlu dilatih. Ia tidak akan datang serta-merta. Ia perlu ditingkat dari masa ke semasa. Namun yang utama di dalam latihan meningkatkan keyakinan adalah kesedaran. Kita perlu memiliki kesedaran tertinggi. Untuk mendapatkan kesedaran tertinggi kita perlu sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa hampir dengan kita. Sangat hampir. Untuk berada di dalam kesedaran, kita boleh memilikinya dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Ebook JPHBT Vol. 1 menjelaskan Komunikasi dengan Allah SWT. Ebook JPHBT Vol.2 menjelaskan tentang Memiliki Kesedaran Tertinggi. Kini Ebook JPHBT Vol. 3 membicarakan Berserah Kepada Allah SWT. InshaAllah, oleh sebab sebenarnya penerangan secara verbal lebih baik untuk memahami dan meningkatkan diri kita agar mampu berserah kepada Allah SWT, saya akan aturkan satu pertemuan dengan saudara semua untuk sama- Berserah Kepada Allah SWT
  • 3. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) sama kita berkongsi secara verbal suatu hari nanti. Semoga Allah SWT menggerakkan kita ke arah itu. 4 Semoga saudara semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Wassalam. Berserah Kepada Allah SWT
  • 4. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Petikan Puasa 5 Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook. Akan ditambah dari masa ke semasa. Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan sekaligus mengembalikan apa-apa yang telah dirampas oleh hawa nafsu. Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah. SEDARlah yang kita sedang berpuasa. Ramadhan bulan latihan menemukan kita dengan diri kita yang sejati iaitu kembali kepada fitrah. Diri aku bukan aku. Ia adalah hanya jasad. Tangan aku bukan aku. Kaki aku bukan aku. Mulut aku bukan aku. Mata aku bukan aku. Telinga aku bukan aku. Perut aku bukan aku. Tiada bezanya dengan rumah aku. Rumah aku bukan aku. Rumah adalah rumah dan aku adalah aku. Fahaminya lalu akan tahu di mana nafsu. Niat Bukanlah Hanya Berada Di Awal Atau Di Tengah-Tengah Atau Di Akhir Sesuatu Perbuatan. Niat Perlu Ada Sepanjang Masa Ketika Melakukan Sesuatu Perbuatan. Ketika berpuasa, peganglah niat puasa sehingga berbuka. Jangan calarkan niat puasa kerana niat yang tercalar tidak boleh disambung kembali. Ia menjadi batal atau tidak diterima lagi. Puasa itu meninggalkan kecintaan nafs (diri) dan kenikmatannya demi mengutamakan kecintaan Allah SWT dan keredhaanNya. Puasa merupakan amal rahsia antara hamba dan Rabbnya. Tiada siapa yang tahu puasanya melainkan dirinya. Berserah Kepada Allah SWT
  • 5. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa 6 Saudara, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kita untuk menambahkan lagi amal kita di bulan Ramadhan kali ini. Kita menambahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT setiap Ramadhan menjelma. Tujuannya tidak lain adalah untuk memiliki dan merasai ganjaran puasa iaitu Taqwa kepada Allah SWT seperti yang Allah janjikan di dalam firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS 2:183) Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan. Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani ibadah puasa. Perkara ini jarang diperbincangkan secara terperinci mengapa terjadi sedemikian SEDANGKAN ibadah kita bertambah sepanjang bulan Ramadhan. Kita membaca Al-Quran, kita berterawih, kita bertadarus, kita menonton rancangan-rancangan untuk mendekatkan kita kepada Allah SWT yang banyak ditayangkan di bulan Ramadhan, kita membaca buku-buku agama, NAMUN kita masih gagal atau sedikit sahaja memiliki dan merasai taqwa. Untuk memahami mengapa taqwa ini sukar dimiliki dan dirasai, cubalah fahamkan penjelasan berikut. Puasa Puasa makna ringkasnya adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Kita melakukannya/berpuasa dengan rela, pasrah dan berserah pada Allah SWT. Apakah yang dimaksudkan dengan menahan diri? Menahan diri bermakna menahan segala keinginan (hawa) masuk ke dalam diri (nafs). Puasa adalah satu hal yang menyekat diri (nafs) memiliki segala keinginannya (hawa). Contohnya, perut merupakan salah satu anggota diri kita. Apabila perut lapar, maka keinginan perut ini adalah makanan dan minuman. Perut akan menghantar isyarat ke otak memberitahu otak bahawa perut berada dalam keadaan lapar. Berserah Kepada Allah SWT
  • 6. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Otak menafsirkannya dengan berfikir dan mengarahkan anggota diri yang lain untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi keinginan perut. Lalu tangan, kaki, 7 mata, hidung, mulut dan yang berkaitan mencari makanan agar keinginan perut dapat dipenuhi. Begitulah halnya juga dengan mata. Mata merupakan pacaindera diri. Keinginan mata adalah melihat perkara-perkara yang cantik, menarik dan sebagainya. Kita ambil contoh ketika membeli makanan di pasar ramadhan. Ketika kita berjalan meninjau-ninjau makanan di pasar ramadhan, keinginan mata untuk melihat makanan yang nampak sedap di makan. Keinginan hidung adalah untuk mencium bau makanan yang enak. Informasi atau data yang masuk ke mata dan hidung akan diproses oleh otak dan otak mula berfikir untuk mengesahkan makanan yang perlu dibeli. Lebih lama kita berada di pasar ramadhan, lagi banyak fikiran yang akan dijana dan lebih banyak keinginan yang akan timbul. Kerana itulah kita diWAJIBKAN oleh ALLAH SWT untuk BERPUASA iaitu menahan diri atau menahan keinginan diri (nafs). Mengapa Berpuasa? Puasa adalah bertujuan agar kita dapat menahan keinginan diri (nafs) daripada masuk ke dalam fikiran dalam bentuk informasi atau data-data yang diterima oleh pacaindera dan anggota diri kita. Apabila puasa diwajibkan, maka ia adalah satu perintah yang tidak boleh dilanggar. Puasa menjadi bantuan kepada diri kita untuk menahan keinginan diri dan membantu jiwa untuk dipimpin roh yang sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT. Jika di bulan selain bulan ramadhan, kita tidak diwajibkan berpuasa. Lalu puasa tidak dapat mengawal keinginan diri secara TOTAL kerana jika kita tidak mampu menahan keinginan diri, kita boleh berbuka puasa kerana puasa di luar bulan ramadhan hanyalah puasa sunat. Tetapi puasa di bulan ramadhan merupakan puasa yang wajib di mana hukumnya berdosa jika tidak berpuasa dan dikenakan denda iaitu menggantikan puasa atau membayar fidyah. *** Apabila kita dapat menahan keinginan diri masuk ke otak untuk difikirkan, fikiran hal keinginan diri tidak lagi menjadi dominan di dalam diri kita. Maka jiwa kita akan lebih mudah dipimpin roh yang mana fitrahnya adalah untuk berada dekat dengan Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 7. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Setelah kita berjaya menahan keinginan diri ini, jiwa lebih redha, pasrah dan berserah. Allah SWT akan menganugerahkan Taqwa kepada mereka yang 8 benar-benar pasrah, redha dan berserah kepadaNya. Akhirnya apabila fikiran tidak lagi dominan, jiwa lebih mudah dipimpin oleh roh di mana fitrahnya untuk dekat dengan Allah SWT, maka kita akan memiliki dan merasai taqwa yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dengan ini barulah puasa yang kita lakukan ini dapat menjanjikan kita memiliki dan merasai nikmat taqwa yang dijanjikan Allah SWT. *** Mulai hari ini, pastikan puasa kita bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga menahan segala keinginan diri (nafs) kita seluruhnya. Apabila kita berjaya menahan diri seluruhnya dengan rela, redha dan pasrah maka akhirnya kita akan menyambut kemenangan di mana kita kembali kepada fitrah iaitu berada dekat dengan Allah SWT. Kita menyambut kemenangan ini dengan meraikannya bersama-sama keampunan dan mohon maaf sesama kita bagi menyucikan sebenar- benarnya jiwa yang telah kembali kepada fitrah iaitu inginkan kepada sift- sifat Allah SWT. Kita juga membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan zakat fitrah. Hari kemenangan ini dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Semoga puasa kita tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana hari ini kita sudah memahami jiwa positif dan hidup bertuhan. Untuk berjaya menahan diri, SEDARLAH SENTIASA YANG KITA SEDANG BERPUASA. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT agar mampu bertahan ketika keinginan diri (hawa nafsu) datang menerpa. Komunikasilah dengan Allah SWT untuk memohon kekuatan di dalam meningkatkan amal ibadah kita. Semoga kita memiliki dan merasai nikmat jiwa yang suci iaitu jiwa yang dipimpin oleh roh untuk kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Allah SWT dengan penuh rela, pasrah dan berserah. Berserah Kepada Allah SWT
  • 8. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Tidak Perlu Difikirkan 9 Apabila saya membincangkan hal taqwa, khusyuk dan kesedaran, saya menerima banyak soalan taqwa itu bagaimana? Khusyuk itu bagaimana? Kesedaran itu bagaimana? Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa. Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau tahap kesedaran kita? Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan. Cth, gula itu manis. Sifat rasa gula itu adalah manis. Tetapi manis itu bagaimana adalah sesuatu sukar untuk dijelaskan kerana ia adalah rasa. Sama seperti Taqwa. Saya hanya boleh menjelaskan sifat Taqwa. Seseorang yang memiliki Taqwa mempunyai daya yang tinggi di dalam mengerjakan perintah Allah SWT dengan ikhlas iaitu berserah, pasrah, redha dan rela semata- mata kerana Allah SWT. Namun Taqwa sendiri itu perlu dirasai dan barulah dapat difahami dengan sejelas-jelasnya. Begitu juga dengan khusyuk. Khusyuk adalah satu rasa hening, asyik, tenang dan banyak lagi yang tidak mampu diungkapkan. Ia dapat difahami bagi yang pernah merasakan. Namun boleh dianalogikan seperti kita asyik menonton TV tetapi tidak sama rasanya asyik dengan Allah SWT. Hanya boleh dianalogikan sahaja. Kesedaran itu hanya dapat dirasai jika kita mempunyai ihsan. Namun kesedaran itu tidak mampu dijelaskan kecuali yang merasainya. Sama hal dengan mengetahui tahap mana. Hanya kita yang merasainya tahu tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran kita. Ketika kita sedih, pasti kita tahu betapa jauh kesedihan kita. Namun kesedihan kita tidak mampu dibandingkan dengan kesedihan orang lain kerana ketetapan tahap kita berbeza. Bagi kita, kehilangan RM 1 ribu sudah cukup sedih tetapi bagi sesetengah orang belum cukup sedih. Lalu saya tidak mampu memberikan tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran seseorang melainkan diri masing-masing. Untuk mengetahuinya diri masing- masing kena dahulu merasakan taqwa, khusyuk dan kesedaran itu. Berserah Kepada Allah SWT
  • 9. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Tidak Perlu Difikirkan 10 Saudara, Tidak perlu difikirkan bagaimana Taqwa, khusyuk dan kesedaran itu serta tahapnya. YANG PENTING SEKARANG INI DAPATKAN RASANYA. BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN RASANYA? LAKUKAN. Ia perlu dilakukan dan barulah hadir rasanya. Kita tidak dapat merasai manisnya gula jika kita tidak pernah merasakannya. Lalu makan gula untuk merasakan. Sama dengan komunikasi dengan Allah SWT. Lakukan dan pasti akan kita dapat rasakan. MINTA PADA ALLAH dan pasti kita akan dapat rasakan. Berserah, pasrah, rela dan redha bukan sesuatu yang dipaksa. Ia akan hadir apabila kita SEDAR segala-galanya adalah bergantungan dengan Allah SWT. Perkara yang utama kita perlu lakukan hanyalah minta pada Allah dan bergantung pada Allah. InshaAllah mudahlah kehidupan kita. Jika datang sesuatu dugaan, kita tetap tenang. Maka mudahlah kehidupan kita. *** Mulai hari ini, lakukan komunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan mind chat kepada komunikasi dengan Allah SWT. Komunikasi dapat mengekalkan kesedaran kita pada Allah SWT. kerana itu saya sarankan komunikasi dengan Allah SWT. Jika tidak dilakukan, sampai bila pun semua ini akan terus menjadi persoalan di dalam fikiran kita. Maka lakukan…lakukan…lakukan. Komunikasilah.. komunikasilah… komunikasilah untuk memiliki pengalaman rasa. Saudara akan faham dengan sedalam-dalamnya. Selamat berkomunikasi. Berserah Kepada Allah SWT
  • 10. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berlatih Kembali Kepada Allah 11 Kematian itu datang bila-bila masa. Berlatihlah agar kita benar-benar bersedia untuk mati. Ketika kita baring ingin tidur, berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT. Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT. Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya dengan rasa kembali kepada Allah SWT sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar tunduk pada Allah SWT, ucapkanlah dua kalimah syahadah. Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan bermula dari kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita. Serahkan kembali hak Allah SWT iaitu segala harta benda, anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan kepada jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan. Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah sehingga kita ditidurkan oleh Allah SWT. Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT iaitu ajal sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita melepaskan nafas terakhir kita dengan benar-benar berserah pada Allah SWT. InshaAllah, mengikut pengalaman semasa melakukannya mula-mula dahulu, mulanya kita masih terikat dengan segala apa yang kita miliki. Kita berasa sangat bimbang dan gementar. Saya seringkali terbuka mata dan tidak mahu melakukan lagi kerana jantung berdegup laju kerana bimbang benar-benar akan mati. Tetapi perlahan-lahan, apabila latihan selalu dilakukan, kita akan berasa benar- benar bersedia untuk kembali kepada Allah SWT bila-bila masa sahaja. Kita tidak akan terikat dengan apa yang ada disekeliling kita melainkan Allah SWT. Kita melepaskan diri daripada terikat dengan harta benda, anak, isteri/suami dan segalanya di dunia ini walaupun di mana kita berada dan sentiasa bersedia untuk kembali kepada Allah SWT. InshaAllah. Latihan ini boleh dilakukan ketika rehat sebentar setelah penat bekerja atau ketika duduk-duduk santai. [nota] Saya menaiki motosikal ke tempat kerja setiap hari. Saya bersedia apa jua kemungkinan yang berlaku di dalam perjalanan saya pergi dan pulang daripada tempat kerja. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isteri dan anak saya. Kemudian saya hanya ingat dan sedar akan Allah SWT dengan penuh penyerahan secara total. Saya mampu lakukan kerana saya telah serahkan anak dan isteri saya kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 11. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Semoga di saat nafas terakhir kita, kita tetap teguh bersaksi dengan PENUH KESEDARAN bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi 12 Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT. Berserah 100% Berserah Kepada Allah SWT
  • 12. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) 13 Saudara, Rajah di atas jelas menunjukkan perbezaan berserah 100% berbanding berserah tetapi tidak 100% (Tidak berserah sebenarnya). Tidak berserah 100% akan membuatkan jiwa kita gelisah. Mengapa gelisah? Kerana kita masih ada kehendak. Berserah = menerima KETENTUAN + mengikut KETETAPAN Allah SWT. Mari kita lihat contoh di bawah agar mudah memahami makna berserah 100%. CONTOH 1 Kehilangan wang. Orang yang berserah 100% Orang ini tidak langsung gelisah. Kesedihan kehilangan sekejap sahaja kerana beliau menerima ketentuan iaitu segala wang yang dimiliki adalah milik Allah SWT. Kehilangan wang adalah kehendak Allah SWT. Wang milik Allah SWT dan pulang ke Allah SWT. Makanya tidak lagi memikirkan apa-apa (menerima ketentuan). Beliau hanya terus berusaha mencari wang yang lain kerana yakin rezeki yang lain pasti ada untuk dirinya (mengikut ketetapan). Berserah Kepada Allah SWT
  • 13. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya). 14 Orang ini masih memikirkan wang yang hilang dan kadang-kadang sehingga mengganggu fikirannya. Beliau berdoa pada Allah “Ya Allah, duit aku hilang ya Allah, tolong aku ya Allah. Jumpakanlah semula duit aku ya Allah.” (tidak menerima ketentuan) Orang ini masih lagi berkehendak atau berharap. Beliau tidak dapat menerima sepenuhnya kehendak Allah SWT iaitu menghilangkan wang beliau. Maka adakah kita katakan orang ini sudah berserah? Gelisah tersebut mengganggu dirinya sehingga tidak mampu terus melakukan kerja (tidak mengikut ketetapan). Jika mampu pun, tapi masih gelisah teringatkan wang yang hilang. Bagaimana mudah untuk mengarahkan jiwa ini berserah? Baca artikel-artikel di bawah: 1. Redha, pasrah dan berserah 2. Pasrah dan berserah itu meyakinkan. *** CONTOH 2 Kematian. Orang yang berserah 100% Ketika nyawa atau roh berpisah daripada jasad, orang yang berserah 100% hanya mengikut kehendak Allah SWT. Orang begini akan meninggal dunia dengan penuh ketenangan kerana sentiasa berserah di dalam kehidupannya pada Allah SWT (menerima ketentuan kematian). Ketika nyawa/roh meninggalkan jasad, beliau tidak langsung ingat pada dunia ini kerana semuanya (harta benda, suami/isteri, anak dan lain-lain) telah diserahkan kepada Allah SWT (mengikut ketetapan). Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya). Orang yang tidak berserah kepada Allah SWT akan sentiasa mengingati harta yang tinggal, suami/isteri, anak, jawatan dan lain-lain (tidak menerima ketentuan). Tarikan keduniaannya masih kuat. Namun tarikan kematian oleh Berserah Kepada Allah SWT
  • 14. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Allah SWT adalah tarikan yang Maha Kuat dan tiada satu makhluk pun dalam dunia ini yang dapat melawan kehendak Allah SWT. 15 Jika kita tidak redha atau berserah untuk mati ketika nyawa atau roh dicabut dari jasad, maka tarikan Allah SWT dirasa seperti nyawa/roh disentap dari badan. Allah ingin menarik nyawa/roh kita tetapi kita melawan dengan mengikut kehendak kita iaitu tidak mahu mati (tidak mengikut ketetapan). Bagaimana mudah untuk mengarahkan jiwa ini berserah? Lakukan latihan kembali kepada Allah SWT agar kita sentiasa bersedia untuk mati bila-bila masa sahaja dengan penuh redha, berserah, pasrah dan rela 100%. Baca artikel berlatih kembali kepada Allah SWT. *** Perbezaan Berserah dan Ambil Mudah. Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT. Sebagai contoh. Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya. Apakah ketetapan kaya? Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma, bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang Allah tetapkan untuk mereka yang kaya. Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT. KetetapanNya adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat. Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada orang yang tidak berilmu (zakat ilmu). Orang yang pandai tidak boleh sombong, bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka yang pandai. Berserah Kepada Allah SWT
  • 15. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut 16 ilmu agar keluar daripada kebodohan. Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau jahil. Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib. *** Kesimpulan Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT, manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada Allah SWT yang Maha Mengkehendaki. Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah SWT. Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT. Kita menerima sahaja kehendak Allah SWT. Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi? Serahkan sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang Allah SWT tetapkan pada kita. Jalanilah kehidupan ini dengan benar-benar berserah 100%. Komunikasi dengan Allah SWT mampu membuatkan kehendak kita mengikut kehendak Allah SWT (berserah) dan seterusnya menghilangkan rasa gelisah di dalam jiwa. Semua ini perlu dilatih sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Berlatihlah dengan latihan-latihan yang saya berikan di dalam laman web ini. Berserah Kepada Allah SWT
  • 16. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Petikan Positif #1 17 Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook. Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang berfikiran dan beremosi (banyak ragam). Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta. Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga, basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia. Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan (KETETAPAN). Merdekakan jiwa kita untuk kembali kepada fitrah. Semoga sebulan latihan ramadhan akan memberikan kejayaan kemerdekaan yang penuh bermakna iaitu memiliki jiwa yang sejati. Ayuh, tekadkan jiwa untuk dekat dengan Allah SWT, bertaubat, tinggalkan maksiat, taat perintah Allah dan tebarkan kebaikan serta manafaat kepada semua orang. Semoga kita memiliki dan merasai kemerdekaan yang sejati. Salam kemerdekaan. Apa jua persoalan, minta sama Allah. “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” (Al Baqarah 2 : 120). GELISAH itu SEKSAAN Allah SWT pada mereka yang tidak beriman. Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“ Berserah Kepada Allah SWT
  • 17. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian 18 diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus. Semakin Tinggi, Semakin Ringan. Pucuk dari sebuah pohon lebih ringan daripada yang lain. Burung yang terbang tinggi lebih ringan daripada burung yang terbang rendah. Bos (jawatan tinggi) hanya duduk di dalam kereta yg dipandu pemandu untuk lebih ringan ke pejabat. Tidak sekadar fizikal, malah batin juga. KESEDARAN YANG TERTINGGI terasa lebih ringan berbanding kesedaran yang rendah apatah lagi tidak sedar. Milikilah kesedaran tertinggi. Petikan Positif #2 Petikan-petikan yang pernah saya paparkan di status facebook saya. Semoga ada manafaatnya. Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita? Apabila berdoa SEDARLAH Allah SWT sebenarnya terus sahaja memproses doa kita agar dimakbulkan. Doa kita bukan tidak dimakbulkan tetapi sedang diproses agar diri kita benar-benar bersedia menerima apa yang didoakan itu setelah Allah SWT memakbulkan permohonan kita nanti. Dengan menyedari doa kita sedang diproses, ia mampu meyakinkan kita dengan doa kita. Bagaimana berlatih membangunkan kesedaran kepada Allah SWT? Duduk dalam keadaan rehat, rendahkan hati, rasa dan yakin Allah SWT itu sangat dekat dan sebutlah perlahan-lahan “ya Allah” lalu diam sejenak dan terimalah respon daripada Allah SWT. Kemudian disambung dengan “ya Allah, aku rela ya Allah…aku rela”. Bagaimana berlatih mengekalkan kesedaran kepada Allah SWT? Tukarkan mind-chat kepada berkomunikasi dengan Allah SWT. Jika sesiapa yang bertanya yang mana satu aku itu, jawapannya, aku itu adalah yang sedar. Bukan jasad, bukan kaki, tangan, fikiran, emosi dan lain-lain tetapi yang sedar itulah aku. Makanya, bawalah aku itu dekat dengan Allah SWT iaitu setiap saat sedar akan hal Allah SWT di dalam kehidupan kita ini. Kita akan masuk ke wilayah super sedar. Kekalkan kesedaran kepada Allah SWT tanpa melepaskannya walau sesaat pun. Berserah Kepada Allah SWT
  • 18. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berprasangka baiklah kepada Allah SWT. Hidup menjadi tenang. 19 Yang kita inginkan bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi khusyuk di dalam seluruh kehidupan kita. Setiap saat dalam apa jua kesedaran kita kepada Allah SWT sentiasa wujud di dalam jiwa kita. Jika kita khusyuk di dalam setiap saat kehidupan kita ini, inshaAllah kita akan khusyuk di dalam solat, di dalam kerja dan apa jua yg kita lakukan. kita perlu berada di dalam KESEDARAN ketika berdoa. InshaAllah akan dimakbulkan segala doa. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun. Berlatihlah untuk meningkatkan kesedaran kita. Berubah daripada jarang mengingati Allah sebelum ini kepada lebih banyak mengingati Allah SWT setelah banyak berkomunikasi dengan Allah SWT merupakan satu PERUBAHAN YANG SANGAT BESAR. Kita sebenarnya satu tubuh dengan alam sekitarnya. Kita tidak mempunyai bentuk seperti yang kita lihat dengan mata terbatas ini. Kita akan sedar bahawa tubuh kita yang sebenarnya berganti setiap saat, tubuh kita hari ini bukanlah tubuh kita yang sesaat sebelumnya, dan jiwa kita ternyata tidak seperti udara dalam botol yang mengikuti bentuk botolnya. Tip Menimba Ilmu: Sebelum menimba ilmu, tinggalkan fikiran “saya telah tahu, saya lagi tahu, saya lebih tahu, saya tidak perlu tahu, saya pun tahu” kerana semua ini akan membuatkan otak kita menolak ilmu yang kita pelajari tanpa kita sedari Bahkan ia akan meningkatkan keegoan kita. Bukakan minda untuk berfikir “aku perlu tahu ilmu ini”. Berserah Kepada Allah SWT
  • 19. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Jiwa Positif Memberi Ketenangan 20 Sebelum saya menyedari tentang jiwa positif dan hidup bertuhan ini saya selalu mengalami konflik kejiwaan di mana kehendak rasa dan fikiran selalu berbeza arah. Seperti contoh, ketika rasa dengki yang tidak mampu ditahan datang, saya cuba menanamkan fikiran yang positif agar tidak dengki. Begitu juga dengan hal yang lain. Ketika benci, ketika sakit hati, ketika tidak suka dan seumpamanya. Hal sama berlaku ketika membuat pilihan. Hidup kita ini penuh dengan pilihan dan ketika membuat pilihan, perasaan, rasa dan fikiran berperang sesama sendiri dan yang menanggung beban adalah kita. Penat dan tertekan dengan peperangan. Di dalam perlawanan antara rasa dan fikiran adakalanya rasa akan menang dan ada ketikanya fikiran yang menang. Namun saya tetap penat, tertekan kerana jelas nyata perlawanan tersebut memerlukan tenaga yang cukup banyak sebelum mendapat kemenangan. Saya yakin saudara juga mengalaminya. Kita mengalami hal ini setiap hari. Ketika fikiran dan rasa tidak sehaluan, kita sering menggunakan “mind-chat” sebagai medan tempur peperangan antara fikiran dan rasa. Ketika kita ingin membuat pilihan samada A atau B, kita sering bertelagah antara fikiran dan rasa. Berpuluh tahun kita hanya melihat jalan penyelesaian kepada semua di atas adalah dengan fikiran yang positif. Kita hanya di minta untuk menyelesaikan apa jua masalah menggunakan saranan pada lapisan atas iaitu fikiran. Kita tidak pernah disarankan untuk melihat sebenarnya daripada manakah rasa itu datang? Kita seringkali melihat semua yang berlaku di dalam kehidupan kita ini tanpa melihat semua ini adalah kehendak Allah SWT. *** Di bawah ini saya tunjukkan dua slide untuk memahami tekanan jiwa dan kelemahan jika kita menggunakan hanya fikiran yang positif tetapi jiwa tidak positif. Kita mesti memiliki kedua-duanya iaitu fikiran dan jiwa yang positif namun apabila kita memiliki jiwa yang positif, pasti fikiran juga akan positif. Berserah Kepada Allah SWT
  • 20. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) 21 Berserah Kepada Allah SWT
  • 21. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah 22 Setiap hari bermula isnin hingga jumaat anak-anak kita pasti ke sekolah atau yang masih kecil akan ke pusat asuhan. Anak saya tidak terlepas daripada perkara yang sama iaitu ke pusat asuhan. Kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam anak-anak ke sekolah. Anak saya yang berumur 3 tahun 3 bulan juga mempunyai ragamnya. Sebelum ini pernah tidak mahu ke sekolah selama hampir 2 bulan. Setiap kali hantar beliau ke sekolah, beliau akan menangis sehingga meraung-raung. Saya memang tidak sanggup melihat anak menangis ditinggalkan. Saya dan isteri seringkali berdoa agar Allah SWT mencerahkan jiwa anak saya agar beliau tinggal di pusat asuhan dengan kerelaan hati, bukannya terpaksa. Suatu hari saya berdoa, “Ya Allah, cerahkan jiwa anak aku ini agar beliau tenang untuk tinggal di nursery ya Allah. Ya Allah kuatkan jiwanya ya Allah“. Ternyata doa saya dimakbulkan oleh Allah SWT tetapi dengan syarat iaitu mengikhlaskan jiwa saya dan isteri di dalam tujuan menghantar anak saya ke sekolah. Allah SWT memberikan ilham untuk menyedarkan saya dan isteri bahawa selama ini saya menghantar anak ke sekolah kerana saya dan isteri perlu bekerja dan tiada siapa yang dapat membantu kami menjaga anak kami itu. Kami tersentak dengan kesedaran niat kami menghantar anak ke pusat asuhan tidak sampai kepada tahap ikhlas yang terbaik. Keikhlasan menghantar anak itu adalah ikhlas kerana tiada siapa mahu menjaga beliau ketika kami bekerja. BUKANNYA DITINGKATKAN KEPADA NIAT KERANA ALLAH SWT. Ikhlas Kerana Allah SWT Memikirkan apa yang dilakukan itu samada ikhlas atau tidak pasti menjadi tidak ikhlas. Ikhlas itu hadir apabila kita sedar apa yang kita lakukan itu adalah tanggungjawab yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai wakil Allah SWT. Dengan kesedaran bahawa kita ini adalah wakil Allah SWT dan diamanahkan tanggungjawab lalu kesedaran tanggungjawab ini membuatkan kita melaksanakan tanggungjawab dengan rela, pasti jiwa menjadi tenang. Nah! ketenangan itulah menandakan bahawa ikhlasnya kita melaksanakan tanggungjawab. Kita tidak langsung memikirkan ikhlas atau tidak ketika Berserah Kepada Allah SWT
  • 22. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) melaksanakan tanggungjawab tetapi kita hanya sedar itu adalah tanggungjawab yang Allah SWT berikan dan mesti dilaksanakan kerana ia amanah Allah SWT. 23 *** Saya dan isteri kini sedar bahawa menghantar anak kami ke pusat asuhan bukan sekadar kerana tidak ada orang yang dapat membantu menjaga anak kami ketika kami bekerja tetapi ditingkatkan lagi kesedaran itu iaitu menghantar anak ke pusat asuhan merupakan tanggungjawab kami kepada Allah SWT untuk memastikan anak kami selamat dan mendapat pendidikan yang sempurna. Kesedaran tanggungjawab kepada Allah SWT inilah yang jarang dimiliki oleh kita semua. Sebagai contoh lain, kita menghantar anak ke sekolah hanyalah semata-mata ingin anak kita pandai agar boleh mencari wang atau harta dunia yang banyak suatu hari nanti. Lalu kita berkorban wang dan tenaga demi memastikan anak kita menjadi anak yang pandai kerana niat kita inginkan anak kita berjaya dan dapat membantu kita kembali suatu hari nanti. Tidak cukup ke sekolah, kita juga menghantar anak kita ke kelas tambahan walaupun sesetengahnya masih berada di tahun 1. Ia tidak merupakan satu kesalahan tetapi bebanan kepada mereka itu adalah kerana niat kita yang bukan KERANA ALLAH SWT. Kita boleh mengatakan ia ikhlas kerana Allah SWT tetapi kebanyakannya adalah hanya sekadar kita tahu kita perlu melakukan semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Bukannya benar- benar dari jiwa kita ia kerana TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA ALLAH SWT. *** Pastikan kesedaran kepada Allah SWT tidak dilepaskan walaupun sesaat. Oleh itu pastikan ketika kita menghantar anak kita ke sekolah atau pusat asuhan kita berada di dalam kesedaran. Pegang tangan dan peluklah anak kita sewaktu menghantarnya ke sekolah atau pusat asuhan. Ketika memeluk itu, bangunkan kesedaran bahawa kita lakukan semua ini adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT untuk memastikan anak kita selamat dan terjaga dengan baik. Disamping itu kita memohon kepada Allah SWT agar anak kita akan bersemangat menimba ilmu dan mampu sedar tanggungjawab dia (anak) sebagai wakil Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 23. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kesedaran tanggungjawab itu bukan sekadar ingat tetapi benar-benar lahir daripada jiwa kita ini. 24 Ketika kita memegang dan memeluk anak kita dan kita berada di dalam kesedaran melaksanakan tanggungjawab kita ini kerana amanah Allah SWT, maka ada satu aliran kasih sayang bersama pengertian tanpa kata-kata mengalir daripada jiwa kita kepada anak kita melalui tangan kita yang memegangnya dan tubuh yang mendakapinya. Ia membuatkan anak kita memahami dan merasai sepenuhnya bahawa perginya beliau ke sekolah atau pusat asuhan kerana membantu ayah dan ibunya di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Keikhlasan dan kerelaan pasti wujud di jiwa anak kita. Bangunkan kesedaran ini setiap kali kita menghantar anak kita ke sekolah atau pusat asuhan. Seterusnya yang lain kita serahkan kepada Allah SWT untuk menjaga jiwa dan raga anak kita sepanjang anak kita berada di sekolah dan di pusat asuhan agar sentiasa dituntuni Allah SWT dengan taqwa dan kebaikan. *** Sejak hari itu, anak saya pergi ke sekolah dengan semangat yang tinggi. Beliau pergi dengan penuh minat dan penuh dengan kerelaan hati. Tidak lagi menangis tidak mahu ditinggalkan. Menunjukkan pemergian beliau ke pusat asuhan itu adalah pemergian yang penuh dengan ikhlas seolah-olah sangat mengerti bahawa ayah dan mama nya sedang melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Terima kasih Allah SWT kerana memberikan kesedaran kepada kami. Semoga kesedaran ini juga tersebar luas ke dalam jiwa-jiwa ayah dan ibu yang lain. Berserah Kepada Allah SWT
  • 24. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Memiliki Kesedaran Tertinggi #5 25 Cara paling mudah untuk membina kesedaran kita kepada Allah SWT setiap saat adalah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Kemudian di masa senggang (tiada kerja) cubalah mengingati semula plot-plot atau kronologi- kronologi yang Allah SWT aturkan ketika masalah kita diselesaikan oleh Allah SWT. Kita sering menganggap segala yang berlaku adalah kebetulan tanpa sedikit pun mengaitkan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini dengan Allah SWT. Sebab itulah ada sesetengah kesedaran manusia kepada Allah SWT masih berada di tahap yang lama atau semakin rendah. Akhirnya mereka berasa bahawa apa yang berlaku dan kejayaan mereka adalah kerana usaha mereka sendiri tanpa sendikit pun sedar akan hal Allah SWT. *** Saya suka merenung kembali kronologi atau peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya setiap hari dan melihat kronologi itu berlaku disebabkan kehendak Allah SWT. Sehinggakan sedang menyuap setiap suapan nasi pun saya melahirkan kesedaran betapa Allah SWT masih memberikan saya rasa yang berlainan setiap suapan tersebut. Bacalah salah satu kisah kecil sahaja bagaimana saya merenung salah satu kronologi kehidupan saya. Walaupun ia ringkas tetapi lihatlah aturan yang Allah SWT tentukan untuk diri saya. Kini saya mula mengamalkan hidup yang sihat. Benar-benar berazam akan mengekalkannya. Bersenam setiap pagi dan petang serta makan makanan yang benar-benar berkhasiat. Puncanya adalah kerana tekanan darah saya berada pada tahap tinggi. InshaAllah cara hidup sihat ini akan dikekalkan walaupun tekanan darah kembali normal. Mari merenung kronologi ini dengan keadaan sedar akan Allah SWT (sifat, zat dan af’al Allah SWT). Saya mendapat tahu tekanan darah ini tinggi semasa saya membawa anak no 2 saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan bayi berumur 2 bulan. Seandainya Allah SWT tidak menetapkan pada ketika itu saya perlu membawa bayi, pasti saya tidak tahu tekanan darah saya tinggi. Bagaimana saya tahu? Ketika berada di dalam bilik doktor, saya diilhamkan oleh Allah SWT untuk meminta doktor periksa tekanan darah saya kerana saya berasa pening sejak awal pagi. Doktor yang bertugas ketika itu adalah doktor part time di di klinik Berserah Kepada Allah SWT
  • 25. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) tersebut. Doktor tersebut memeriksa tekanan darah saya ketika itu agak tinggi iaitu 160/90. 26 Doktor tersebut bukan sahaja memeriksa tetapi memberikan nasihat cara hidup yang sihat secara praktikal untuk orang yang bekerja. Sejak itu saya mula bersenam dan makan makanan yang benar-benar berkhasiat. Kita ulangi merenung kronologi di atas. Jika saya tidak digerakkan oleh Allah SWT untuk membawa anak ke klinik tersebut, pasti saya tidak akan memeriksa tekanan darah saya. Jika saya tidak dipeningkan oleh Allah SWT, pasti saya tidak terfikir untuk meminta doktor memeriksa tekanan darah saya. Renungkan juga bahawa Allah SWT menyediakan doktor yang sudi memberikan nasihat dan cara-cara amalan hidup yang sihat dengan cara yang praktikal. Akhirnya saya pasti tidak akan mengamalkan cara hidup sihat jika saya tidak membawa anak saya ke klinik, tidak meminta doktor memeriksa tekanan darah saya dan doktor yang memeriksa saya cukup baik berkongsi ilmu beliau. *** Apakah semua di atas berlaku secara kebetulan? Tidak! Semuanya adalah aturan Allah SWT. Apabila kita melihat setiap kronologi sesuatu peristiwa di dalam hidup kita dalam keadaan sedar pada Allah SWT pasti kita akan dapat meningkatkan kesedaran kita. Kita akan berterima kasih pada Allah SWT dengan rasa syukur yang tak terkata. Betapa hebatnya pemberian Allah SWT. Selalulah merenung kembali saat-saat masalah kita selesai. Bagaimana setiap kronologi atau jalan cerita penyelesaian masalah kita itu diaturkan sangat cantik oleh Allah SWT. Kita lihat Allah SWT bukan sekadar menggerakkan kita tetapi menggerakkan seluruh alam ini serta makhluknya di dalam kehidupan kita ini di dalam menyelesaikan masalah kita. Allah SWT aturkan pertemuan kita dengan orang yang membantu, Allah SWT sediakan keadaan seperti semuanya berlaku tanpa mampu difikirkan oleh kita. Semua yang kita anggap selama ini kebetulan itu adalah aturan Allah SWT yang selama ini kita tidak sedari. Begitu juga halnya dengan menerima rezeki yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kejayaan dan sebagainya. Tidak kira peristiwa kecil atau besar. Kisah hidup kita merupakan kehendak Allah SWT yang mana kita tidak mampu menghalang apa yang Allah kehendaki. Berserah Kepada Allah SWT
  • 26. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita hanya mampu memohon kepada Allah SWT dengan berdoa tetapi kita tidak melakukan apa-apa usaha pun. Berdoa itu sekadar cetusan fikiran yang 27 lahir dari rasa hati yang diilhamkan Allah SWT. Namun usaha kita iaitu segala gerakan tubuh badan ini digerakkan oleh Allah SWT mengikut kehendakNya. Bukan atas kehendak kita walaupun kita berasa ia adalah usaha kita. Kita lihat bagaimana Allah SWT menyambut doa kita dengan memberi jawapan yang sangat halus yang tidak terfikir oleh akal fikiran kita. Kita tidak terfikir dan tahu bagaimana Allah SWT akan menyelesaikan masalah kita sehinggalah masalah kita selesai. Lihatlah betapa halus dan menarik segala jawapan yang Allah SWT berikan di dalam artikel Jawapan Allah SWT #1 dan Jawapan Allah SWT #2. Apabila kita berada di dalam keadaan kesedaran yang tertinggi akan hal Allah SWT di dalam setiap inci kehidupan kita ini, di dalam segala hal dan peristiwa pasti kita akan mudah menjadi insan yang berserah. Saya pasti akan menangis dan tersujud semasa merenung semula kronologi peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya bukan sahaja yang telah lama berlaku tetapi juga yang baru-baru berlaku. Tidak kira kecil atau besar, saya sedar betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya berterima kasih tanda syukur tak tehingga pada Allah SWT kerana memilih saya untuk memiliki kesedaran kepadaNya. Saudara juga dipilih oleh Allah SWT untuk memiliki kesedaran kepada Allah SWT. Bertuahnya kita, beruntungnya kita bukan. Jika kita semua selalu membuat latihan iaitu merenung kembali kronologi peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dengan sedar akan hal Allah SWT, pasti kita mudah untuk melihat dan mendapat pengajaran daripada kehendak Allah SWT. Kita akan sangat-sangat memahami kehendak Allah SWT ke atas diri kita. Tidak hairanlah mengapa orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki gerak rasa (intuition) yang sangat hebat. *** Latihlah setiap hari merenung kronologi atau jalan cerita hidup kita yang Allah SWT tentukan ketika menerima nikmat daripada Allah SWT. Kita sambung kesedaran kepada Allah SWT ketika merenung kronologi kehidupan kita dan pasti setiap hari kita akan lebih dekat dengan Allah SWT bersama rasa terima kasih syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 27. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) [note] Kenangkan kembali bagaimana saudara semua boleh terjumpa laman web ini dan membacanya. Siapakah yang menggerakkan saudara untuk 28 membuka laman web ini. Siapakah yang menggerakkan keinginan saudara semua untuk membaca artikel-artikel di sini? Pastinya Allah SWT. Maha Hebat bukan? Berserah Kepada Allah SWT
  • 28. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas? 29 “Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (QS, Shaad 38 : 82-83) “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.” (QS Al-Hijr, 15 : 39-40) Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah SWT. *** Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan. Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya. Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang. Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya. Jika saya bekerja kerana saya perlu melakukan kerja untuk UiTM, maka saya ikhlas bekerja kerana UiTM. Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain. Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu Berserah Kepada Allah SWT
  • 29. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita? 30 Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya. Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan? *** Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran. Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas? Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara. Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah SWT sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya. Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah SWT tetapkan sebagai seorang suami. Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah SWT. Ini adalah ketetapan yang Allah SWT tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya. Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT, pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya. Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah SWT. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah SWT, ikhlas kerana Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 30. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah SWT. Saya 31 ditetapkan oleh Allah SWT untuk bekerja di UiTM sebagai pensyarah dan wajib memikul tanggungjawab yang diberikan. Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah SWT tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah SWT. Saya perlu mengikut kehendak Allah SWT kerana saya wakilNya. Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah SWT memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah SWT. INILAH IKHLAS. Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah SWT. *** Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah SWT. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah SWT iaitu khalifah di muka bumi ini. Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan Sunnah. Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah SWT. Kita di minta oleh Allah SWT mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW Rasul Allah SWT setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah SWT. Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah SWT dan kita wakil Allah SWT hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang Berserah Kepada Allah SWT
  • 31. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah yang memiliki ilmu tersebut. 32 *** Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan. Berserah Kepada Allah SWT
  • 32. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Menyesal Tidak Datang Di Awal 33 Marilah sejenak menundukkan hati kita, menundukkan kepala kita. Marilah kita sama-sama mengenangkan orang yang paling berjasa kepada diri kita. Orang yang kini usianya kian tua, kian tak bermaya. Munculkanlah wajah kedua ibu bapa kita. Biar kita benar-benar berasa mereka ada dekat dengan kita. Ingatlah dulu ketika kita berada 9 bulan dalam perut ibu ketika ibu masih muda. Walaupun berjalan berat… susah berbaring… berdiri pun sakit… ibu tetap tersenyum setiap kali membelai perutnya. Bahagia kita berada di rahimnya. Ayah semangat ke sana sini mencari nafkah untuk kita yang bakal lahir. Sembilan bulan di rahim ibu… menjelang kita lahir ke dunia… ibu sakit tak terperi. Tidak tahu samada akan hidup atau mati. Meregang nyawa. Bersimbah air mata. Keringat… darah. Itulah saat kita lahir ke dunia. Tetapi tidak ada keluhan. Walaupun sakit dan hampir mempertaruhkan nyawanya. Didekatnya diri kita… dipeluk… diciumi… dihitung jari-jari kita. Penuh cinta. Siang malam dijaga. Rela ibu tidak makan asal kita makan. Ingatlah ketika ibu sedang makan, kita membuang kotoran… tidak jijik. Kalau kita sakit, ibu resah… sepanjang malam tidak tidur. Rela menukarkan nyawanya agar kita panjang umur. Ayah mencari nafkah agar kita mampu ke sekolah. Ke sana sini berusaha keras agar kita memiliki kasut… agar kita memiliki beg… seperti anak-anak yang lain. Walaupun orang tua kita banyak dosa… tetapi tetap ingin kita selamat. Semakin lama kita semakin besar. Apa yang kita lakukan untuk menggembirakan hatinya? Mulut kita seperti pisau yang sentiasa menghiris hatinya. Bulat mata…terjegil kita merenung mereka setiap kali berbicara. Kekadang menghentak lantai dan dinding memarahi mereka. Ada yang menganggap ibunya sebagai pembantu sahaja. Di arah ke sana sini. Ada yang menganggap ayah seperti kuli. Dibohongi… didustakan. Berserah Kepada Allah SWT
  • 33. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berapa belas dan puluh tahun kita menzalimi ibu bapa kita. Akan datang sampai saat kita berpisah… kenanglah ketika ibu bapa sudah terbaring menjadi mayat. 34 Kenangkanlah orang yang mengandung kita sudah terbujur kaku. Matanya sudah tertutup. Kulitnya berkedut.. kerepot. Tubuhnya sudah dingin membeku. Kita tidak lagi mendengar suaranya. Tidak lagi mendengar doa- doanya. Ketika kain kapan menutup tubuhnya… kita tidak lagi mampu mencium tangannya…tidak lagi mampu membawa ole-ole kesukaannya. Tidak ada lagi orang yang selama ini berkorban lahir dan batin untuk kita. Ketika orang tua kita sudah dimasukkan ke dalam kubur… hanya tinggal batu nisan yang mampu kita lihat. Kita tidak tahu…adakah orang tua kita bangga atau kecewa melahirkan diri kita. Ada air susu yang dibalas dengan air tuba. Belaian dibalas dengan herdikan… pengorbanan dibalas dengan penghinaan. Ada yang menghina ibu bapanya. Jarang ingin berbicara dengannya dengan lembut. Anak derhaka…di dunia ini pasti dibalas oleh Allah. Jangan-jangan kita sengsara adalah disebabkan derhaka kepada ibu bapa. Hati-hatilah…jangan sampai hidup kita sengsara sepanjang hayat. Bertekadlah untuk menjadi anak yang tahu berbakti… yang taat… yang membalas jasa. MENYESAL TIDAK PERNAH DATANG DI AWAL. Wahai saudaraku. Jadikanlah keberadaan kita di sini menjadi kebanggaan ibu bapa. Tidak ada orang tua yang sempurna. Tetapi relakah melihat orang tua kita sengsara? Dikubur tersiksa….di akhirat menjadi ahli neraka (nauzubillah). Beristighfarlah…. beristighfarlah… Astaghfirullah al adzhim… sambil ingat dosa kita pada orang tua. Istighfarlah saudara.. Astaghfirullah al adzhim… minta ampun kepada Allah… kenangkan kezaliman kita pada orang tua … sambil beristighfar… Astaghfirullah al adzhim… Berserah Kepada Allah SWT
  • 34. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Istighfarlah saudara…Astaghfirullah al adzhim…selama ini kita sering mengkhianati Allah…selalu melupakan Allah…yang jarang mahu bersujud 35 kepada Allah…istighfarlah…istighfarlah…Astaghfirullah al adzhim… Sama-sama kita beristighfar…Astaghfirullah al adzhim…ingatlah dosa-dosa kita yang mendekati maksiat…Allah Maha Melihat…minta ampun pada Allah… Astaghfirullah al adzhim… Ya Allah ampuni ibu bapa kami…selamatkanlah sisa umurnya ya Allah…bahagiakan ya Allah…jadikan kuburnya lapang ya Allah…jadikanlah mereka ahli syurga ya Allah… Ya Allah kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik…pernikahan yang berkah…rumahtangga yang sakinah…keturunan yang soleh dan solehah. Ampuni sebusuk apa pun dosa kami ya Allah…ampuni sekelam apa pun masa lalu kami ya Allah…ampuni senista apa pun kata-kata kami ya Allah. Ya Allah…berikan kami kesanggupan menjauhi dosa ya Allah. Nikmatkan kami taat ya Allah. Ya Allah…Jadikanlah kami ahli solat yang khusyuk. Ahli Al-Quran ya Allah…ahli zikir yang istiqamah. Ya Allah walaupun kami sibuk dengan urusan dunia ya Allah…jadikan kami sentiasa ingat dan dekat denganMu ya Allah. Berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami ya Allah… Terima kasih ya Allah…terima kasih. [note] Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengertian korban dan haji di mana mengajak jiwa kita untuk pulang ke Allah SWT meningkatkan lagi kesedaran kita kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 35. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT 36 Diam sejenak. Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan kanan di atas dada. Sambil menyebut …ya Allah…(bukan di dalam hati..sebut sehingga terdengar)…dan rasakan rasa cinta kita pada Allah SWT. Ada rasa atau tidak? Diam lagi….ulangi sehingga benar-benar rasa samada ada rasa cinta atau tidak … dan kemudian mohonlah kepada Allah SWT seperti di bawah. “ya Allah kurniakan rasa cinta kepadaMu ke dalam hatiku ya Allah. Ya Allah, tiada rasa cinta dalam hatiku ini ya Allah. Kurniakan ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.” Ulangi selalu latihan di atas untuk melihat sejauh mana cinta kita pada Allah SWT secara realiti. Ulangi juga untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah SAW. *** Kita sentiasa tahu bahawa kita perlu memiliki rasa cinta pada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kita juga selalu berasa bahawa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sudah mencukupi. Lalu kita berasa tidak perlu memeriksa rasa cinta itu dalam jiwa kita. Benarkah rasa itu ada? Sejauh mana rasa itu? Jika belum, kita selalu mengambil sikap biarlah..tak mahu fikir. Sesetengahnya juga berpendapat bahawa rasa cinta kepada Allah SWT itu hanya untuk mereka yang banyak ilmu agamanya. Orang-orang kebiasaan seperti kita ini yang kurang ilmu agama sukar untuk memiliki rasa cinta itu. Sebenarnya semua itu alasan dan dakyah atau tipu helah pemikiran yang telah tertanam kuat dalam fikiran kita. Kita perlu hapuskan pemikiran seperti ini di dalam fikiran kita serta orang-orang sekeliling kita. Cinta merupakan satu kuasa yang terhebat sehinggakan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Cinta memberikan semangat yang luar biasa kepada kita di dalam melakukan apa sahaja perkara. Islam itu hebat namun jika dilihat daripada kehebatan penganutnya, islam itu seolah-olah mundur kerana kemunduran penganutnya. Mengapa? Kerana rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam jiwa umat islam telah berjaya dipesong oleh musuh-musuh kita. Berserah Kepada Allah SWT
  • 36. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita lebih mudah jatuh cinta dengan duit, harta benda, pangkat, rupa dan hiburan yang melalaikan. Mudah jatuh cinta dengan maksiat dan kehinaan. 37 Mengapa terlalu sukar untuk melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan? Mengapa lebih mudah jatuh cinta dengan hiburan, maksiat dan seumpamanya dan terlalu sukar untuk jatuh cinta kepada kebaikan? Kerana kita tidak pernah atau jarang sekali memohon kepada Allah SWT untuk memiliki rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa sahaja tanpa mengira ilmu, rupa, pangkat, harta dan sebagainya berhak memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan RasulNya. Tugas kita hanyalah memohon dan urusan pemberian rasa cinta itu adalah Hak Allah SWT. Marilah kita cuba periksa dalam keadaan sedar samada benarkah kita benar- benar merasai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu? Dengan latihan di atas, kita mampu memeriksa sejauh mana cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Berdoalah memohon kepada Allah SWT rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasululullah SAW: “ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu dan kepada Rasulullah SAW ya Allah. Aku ingin benar-benar merasakan rasa cinta itu ya Allah. Agar aku mampu dan terdaya untuk sentiasa berada dekat denganMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.“ *** Ayuh! Kita bergerak kembali di atas jalan yang lurus setelah kita dipesongkan kecintaan kita oleh musuh-musuh kita. Punca utama maksiat, keburukan dan kejahatan adalah kerana rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah tidak berada di puncaknya. Kita didik jiwa kita dan jiwa anak-anak agar sentiasa sedarkan Allah SWT dan sentiasa memohon rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Cinta adalah anugerah Allah SWT. Cinta telah sedia diadakan oleh Allah SWT dan menunggu kita untuk memohonnya. Allah SWT lebih tahu keperluan kita lebih daripada kita sendiri. Mohonlah…mohonlah…pasti kita akan memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sentiasa meningkat rasanya setiap hari. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT setiap saat agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT. Komunikasi itu adalah pengaliran cinta. Tanpa komunikasi, cinta pasti tidak dapat mengalir ke dalam jiwa kita. Berserah Kepada Allah SWT
  • 37. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Pemain Yang Terbaik 38 Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik. Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki. Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. Firman Allah SWT: “dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (QS, Al-An’am 6:32) Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT. Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah. Menang, kalah, masalah selesai atau masih berterusan di dalam permainan ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 38. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Jiwa Yang Gelisah 39 Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini, kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha Menyempitkan). Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha Merendahkan). Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh (Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, akan membuatkan orang lain juga terasakan dorongan ini. Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan ikut pula mengalir dengan deras ke dalam jiwa kita. Ertinya yang akan mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri. Jalan Penyelesaian Semua Masalah Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (QS Al-Baqarah 1:155-156) Sebenarnya, bersamaan dengan dayaNya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh), telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat Yang Maha Luas (Al Waasi’). Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran, karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan Berserah Kepada Allah SWT
  • 39. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita bersabar. 40 Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT. Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik. Daya-daya Allah itu dalam istilah Al-Quran disebut sebagai “Tali Allah, hab Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH. Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT iaitu tali Allah SWT, maka kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah). Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahawa tidak ada kekuatan, tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sekadar daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada hanya sekadar kata-kata yang sering dilafazkan sahaja. Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)… (Al Fath 48 : 4) Praktikal dan Latihan Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT. Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT (wa’tashimu billah) agar kita mampu untuk memegang daya-daya (tali) Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT. Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut kehendakMu ya Allah…ya Allah…diam sejenak…Aku tidak berdaya ya Allah…Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah…ya Allah…aku hanya mengikut kehendakMu ya Allah….aku rela ya Allah…aku rela… ulangi terus… Berserah Kepada Allah SWT
  • 40. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Petikan Positif #3 41 Istirehat bukan direbahnya tubuh dan pejamnya mata. Tetapi direbahnya hati dan pejamnya fikiran. Fikiran ini seumpama anak kecil. Hanya mengikut keinginannya dan Jiwa itu ibarat Ibu yang sentiasa menjaga keselamatan anak itu. Pastikan jiwa saudara kuat kerana jiwa perlu menjaga keselamatan fikiran. Terapi Rumahtangga #1: Kasih sayang dan cinta itu adalah ‘gain’. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga dan sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita. Begitulah dengan Allah SWT. Allah SWT itu sememangnya menyayangi kita. Kita hanya akan dapat MERASAI kasih sayang dan cinta Allah SWT setelah kita mencintai Allah SWT. “Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah. Terima kasih Allah SWT” Terapi Rumahtangga #2: CINTA itu kelembutan, ketenangan, belaian, kebahagiaan, kasih sayang, perbincangan, tolak ansur, sabar dan seumpamanya. CINTA daripada pasangan TIDAK akan dimiliki dengan kemarahan, tengking menengking, meninggi suara, kasar dan bergaduh kerana semua ciri-ciri itu tiada di dlm CINTA. Walaupun tujuannya untuk menyedarkan atau mengajar namun jika kita lakukan jua, PASTI kita tidak akan memiliki CINTA yang kita harapkan. Terapi Rumahtangga #3: Bagi mereka yang mempunyai masalah rumahtangga: Jika kita meletakkan harapan kepada suami atau isteri, pasti kita akan gelisah dan resah sepanjang masa. Letakkan harapan kepada pemilik suami atau isteri iaitu Allah SWT dengan berserah total kepada Allah SWT. Pasti jiwa akan menjadi tenang. Bukan meletakkan harapan pada suami atau isteri. Emosi yang sedang bergelora di dada mampu membuatkan seseorang menjadi gila, tidak keruan dan tidak mampu dikawal. Ia memerlukan jalan keluar yang terbaik. Emosi, datangnya dari Allah SWT dan kembalikanlah kepada Allah SWT. Itulah jalan yang terbaik. Apabila kita ada masalah, kembalilah kepada Allah SWT. Bukan selain daripada Allah SWT. Banyakkan bercerita (komunikasi) dengan Allah SWT berbanding mengharap. Mengharap tidak salah namun ia membuatkan kita sering meletakkan keputusan hari esok pada hari ini yang mana akhirnya lebih banyak harapan daripada usaha. Menerima ketentuan itu adalah menerima sesuatu yang telah berlaku. Bukan menerima perkara yang belum berlaku. Berserah Kepada Allah SWT
  • 41. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H) 42 dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. (QS: Al-Baqarah 2:30) Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah “. (QS: Shaad 38:76) Saudara, Jika kita meneliti firman Allah SWT di atas, pastinya kita tertanya-tanya, rahsia apa yang mampu kita katakan di dalam rencana Allah SWT ini? Apakah ertinya khalifah yang selalu kita sebut-sebutkan dengan penuh bangga ketika kita sering bincangkan, ceramahkan, forumkan? Apakah kehebatan kita sehingga Allah SWT tidak mahu menjawab kepada dua makhluk yang paling baik ibadah dan keimanan kepadaNya? Jika kita teliti pernyataan malaikat, ada kebenarannya iaitu manusia ini adalah makhluk yang suka membuat kerosakan di muka bumi. Saudara, Khalifah merupakan wakil Allah SWT dan penguasa di muka bumi. Apakah kehebatan kita berbanding dengan malaikat dan juga iblis (suatu ketika dahulu)? Soal keimanan, jelas mereka sangat hebat berbanding kita. Dibandingkan dari segi ibadah kepada Allah SWT, jelas malaikat paling hebat. Lalu apakah yang dibanggakan sangat oleh Allah SWT dengan manusia makhluk ciptaanNya yang satu ini yang mana kita merupakan makhluk yang hina dan lemah dari anggapan Iblis? Apakah yang membuatkan Allah SWT bangga dengan kita sehinggakan Allah SWT meminta malaikat dan Iblis sujud kepada kita tanda penghormatan tertinggi? Allah SWT merupakan Zat, Nama dan Perbuatan (Af’al). Segala apa yang dilakukan oleh Allah SWT adalah kebenaran adanya. Dia yang menciptakan manusia dengan begitu indah dan sangat komplek. Allah SWT tidak menciptakan kita dengan menurunkan kita terus dari langit secara beramai- Berserah Kepada Allah SWT
  • 42. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) ramai. Allah SWT tidak menjadikan kita menjelma dari tanah dan menjadi manusia. 43 Allah SWT menciptakan kita daripada sari pati tanah (ekstrak). Allah menjelaskan di dalam firmanNya Surah Al-Hajj(22) ayat 5. Ayat ini jelas menunjukkan adanya keterlibatan kita di dalam penciptaan manusia. Bermula daripada air benih yang Allah SWT letakkan ke dalam rahim seorang ibu, kita turut sama terlibat di dalam kejadian kita sendiri. Saudara, Khalifah merupakan penguasa di muka bumi ini. Kita merupakan wakil Allah SWT di dalam menggerakkan apa yang direncanakan oleh Allah SWT di dalam pengaturan alam ini. Kemuliaan kita bukan terletak sebanyak mana kita bertasbih seperti malaikat. Tetapi kemuliaan kita kerana kita mempunyai sifat seperti Tuhan (bukan sama hebat dengan Tuhan) iaitu meniru sifat Allah SWT di dalam mengatur alam semesta ini. Sebagai contoh, seorang usahawan merupakan wakil Allah SWT di dalam menyampaikan rezeki kepada makhluk hidup yang lain. Allah SWT memberikan kita keperluan hidup kita melalui wakilNya iaitu peniaga. Seorang doktor merupakan wakil Allah SWT di dalam merawat manusia lain yang sakit. Seorang guru merupakan wakil Allah SWT di dalam menyampaikan ilmu kepada manusia yang lain. Seorang ibu merupakan wakil Allah SWT memberikan kasih sayang kepada anak dan suami. Seorang ayah merupakan wakil Allah SWT menyediakan makan minum dan keperluan buat seisi keluarga. Seorang pekerja merupakan wakil Allah SWT di dalam memberikan perkhidmatan kepada manusia lainnya. Allah memberikan kita segala keperluan kita melalui wakil-wakilNya yang terdiri daripada manusia itu sendiri. Allah juga memberikan binatang dan tumbuhan-tumbuhan beberapa perkara melalui kita iaitu wakil Allah SWT. Seharusnya kita semua bangga dan bersyukur menjadi wakil Allah SWT dengan MENGATASNAMAKAN Allah SWT di dalam mentadbir alam ini. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing yang diberikan oleh Allah SWT dan semua kita ini merupakan wakil Allah SWT. Saudara, Mengapa Allah SWT menuntunkan kita agar memulakan setiap apa yang kita lakukan dengan kalimat “bissmillahirrahmanirrahim” (Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah/Pengasih lagi Maha Penyayang)? Berserah Kepada Allah SWT
  • 43. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Semua kerja kita ini merupakan amanah Allah SWT. Pastinya setiap kali kita ingin memulakan pekerjaan, kita seharusnya SEDAR bahawa apa yang kita 44 lakukan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang Allah SWT berikan kepada kita. Kita pada dasarnya adalah makhluk langit (Roh) berbadan tanah atau makhluk yang berkenderaan jasad. Kita pernah dilantik di hadapan Allah SWT sebelum wujudnya kita di muka bumi ini. Kita memberikan 100% kerjasama dan penyerahan total kepada Allah SWT. Alastu birabbikum? Qaalu bala Syahidna. Bukankah Aku ini Tuhanmu? Ya kami semua bersaksi. Maka atas penyaksian kita ini, kita diminta oleh Allah SWT untuk bersyahadat agar terus menerus berpegang dengan keyakinan kita bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT. Kita sentiasa memperbaharui penyaksian kita ini di dalam solat kita dan juga setiap detik kehidupan kita. Untuk menyedarkan kita bahawa kita ini adalah utusan Allah SWT iaitu wakilNya di dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab, kita diminta untuk memulakan dengan “bissmillahirrahmanirrahim” agar kita sentiasa sedar semua amanah dan tanggungjawab itu datangnya daripada Allah SWT. Saudara, Demikianlah puncak daripada hidup bertuhan untuk menyedari diri sebagai khalifah yang sering kita ungkapkan tanpa memahaminya selama ini. Khalifah, wakil Allah SWT yang sentiasa bekerjasama dengan Allah SWT di dalam mengaturkan muka bumi ini. Yang BERSERAH dengan segala kehendak Allah SWT kerana kita bukan penentu di dalam mengatur muka bumi ini. Kita hanya wakil Allah SWT yang melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kita melakukan atas nama Allah SWT. Apa yang kita lakukan sesungguhnya adalah pekerjaan Allah SWT, atas nama Allah, atas kehendak Allah SWT. Firman Allah SWT: “maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) Berserah Kepada Allah SWT
  • 44. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (QS: Al-Anfaal:8:17) 45 Demikianlah jalan jiwa positif hidup bertuhan sesungguhnya. Bahawa kita perlu kembali kepada tujuan semula kita dijadikan iaitu sebagai wakil Allah SWT yang memegang kekuasaan ATAS NAMA ALLAH SWT. Kita tidak dilarang memiliki harta, kereta, rumah dan sebagainya. Semua ini adalah keperluan kita di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT sebagai wakilNya. Tidak salahnya kita memiliki semua itu sekadar untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita. Semoga di tahun baru hijrah 1431H ini, kita lebih produktif bersungguh- sungguh di dalam melaksanakan segala kerja kita kerana kita ini adalah wakil Allah SWT yang mengerjakan amanah yang Allah SWT tetapkan ke atas kita. Seharusnya kita melaksanakan dengan penuh kualiti kerana semua ini adalah kerana ALLAH SWT, Tuhan yang kita cintai. “Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?” (QS Al-Mu’minuun:23:115) Berserah Kepada Allah SWT
  • 45. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Hidup Ini Memang Susah 46 Syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang susah untuk diharungi. Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dalam kehidupan kita ini. Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. Ada yang sedar tetapi ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Motivasi-motivasi pula menanamkan pemikiran bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak daripada masalah yang datang. Tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa hidup ini susah. Saya tidak pasti samada saudara setuju atau tidak. Tetapi hakikat kehidupan kita ini memang susah di mana memerlukan pelbagai hal untuk dilakukan dan dilaksanakan. Pemikiran mengatakan hidup ini senang boleh menjadikan kita lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah. Saudara, Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan. Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di dunia ini. Mengapa Allah SWT menjadikan hidup penuh dengan cabaran dan dugaan? Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku. Bersedia tidak semestinya sentiasa memikirkan masalah-masalah yang akan datang. Tetapi kita sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental jika kita berhadapan dengan masalah yang mungkin akan berlaku kepada kita. Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Kita tidak mampu mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan Allah SWT. Lalu kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 46. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita akan memohon dengan bersungguh-sungguh kerana kita SEDAR HIDUP INI SUSAH. Kita memerlukan bantuan Yang Maha Berkuasa Yang 47 memberikan ujian dan dugaan di dalam hidup kita. Hanya Yang menyediakan ujian dan dugaan hidup kita ini yang tahu menyelesaikan masalah yang diciptakanNya. Saudara, Kita tidak boleh memandang hidup ini senang. Dengan mempercayai hidup ini senang, kita akan menjadi manusia yang lemah. Memang banyak motivasi yang diberikan hari ini menyatakan hidup ini senang agar mempositifkan minda di dalam menyelesaikan masalah. Hakikatnya ia merosakkan kerana ternyata putus asa lebih mudah berlaku apabila minda didoktrin dengan mengatakan hidup ini senang atau masalah yang kita hadapi adalah mudah. Ramai yang berputus asa di dalam hidup ini kerana mereka memikirkan hidup ini senang. Apabila sesuatu masalah menimpa, mereka fikir ia senang untuk diselesaikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah tersebut, jangkaan senang itu jauh meleset. Jika persediaan jiwa (berserah pada Allah SWT) ketika ini tidak kuat, maka terjadilah putus asa dan tindakan susulan yang negatif boleh berlaku. Mereka akan gelisah, resah, tidak tenteram, dada terasa sempit dan sebagainya. Lebih ekstrim lagi mereka akan lari daripada masalah dengan mengambil jalan mudah iaitu bunuh diri, mengambil dadah dan sebagainya. Mereka yang sentiasa memikirkan hidup ini senang akan cepat kecewa apabila ditimpa masalah. Mereka memikirkan masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka kata hidup ini senang. Mereka tidak dapat menerima hakikat hidup ini susah dan perlukan persediaan dan bantuan Allah SWT. Hingga ke satu tahap mereka akan menyalahkan Allah SWT kerana memberikan mereka masalah itu. Ketika mereka senang, direhatkan sekejap oleh Allah SWT daripada masalah, mereka terus melupakan Allah SWT. Mereka tidak mahu memikirkan hidup ini sebenarnya susah. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi ujian dan dugaan yang Allah SWT akan datang kerana dalam fikiran mereka, hidup ini senang. Saudara, Apa yang perlu dilakukan adalah bukan menukarkan pemikiran hidup ini susah kepada hidup ini senang. Yang perlu ditanamkan adalah pemikiran bahawa hidup ini susah dan kita tidak mampu mengharunginya TANPA BANTUAN ALLAH SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 47. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Dengan kesedaran hidup ini susah, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya kerana kita tahu ia susah untuk diselesaikan. Kita 48 memerlukan bantuan Allah SWT di dalam menyelesaikan apa jua dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah SWT kerana semua dugaan dan ujian datangnya dari Allah SWT. Kita memohon kepada Tuan Empunya Dugaan dan Ujian malah Tuan Empunya diri kita ini. Jika kita bersungguh-sungguh memohon bantuan kepada Allah SWT, apakah masalah yang kita hadapi daripada dugaan dan ujian Allah SWT ini mustahil untuk diselesaikan? Saudara, Hakikatnya hidup ini susah tetapi bukan alasan untuk kita lari daripada masalah yang menimpa. Lari daripada masalah akan menambahkan lagi masalah. Kita akan menambah gelisah dan resah. Harungilah masalah dengan penuh pengharapan pada Allah SWT bahawa masalah ini akan selesai. Kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah dan sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mampu membantu kita di dalam hidup yang susah ini membuatkan kita akan lebih dekat dengan Allah SWT. Kita akan bersungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT. Kita akan memohon dengan sangat kepada Allah SWT. Kita akan menerima dengan hati yang terbuka takdir yang telah menimpa kita tetapi kita yakin dengan Allah SWT bahawa pasti ada kesenangan selepas kesusahan seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Menyatakan hidup ini senang sebenarnya cuba memesongkan hakikat yang sebenar bahawa hidup ini memang susah. Ia cuma menipu fikiran kita dengan tujuan agar kita melihat sesuatu itu mudah untuk dilakukan. Namun kesan sampingannya adalah amat membahayakan. Dengan menerima hakikat hidup ini susah sememangnya membuatkan semua orang berasa beban di dalam hidup ini. Namun kita tidak boleh mengharungi hakikat hidup ini sekadar hidup ini susah sahaja. Kita perlukan kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah tetapi boleh diharungi dengan hanya bantuan Allah SWT sahaja. Dengan kesedaran tertinggi maka hidup ini yang susah ini kita harunginya dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan kerana walaupun susah, hati kita sentiasa ada untuk Allah SWT. Komunikasilah sentiasa dengan Allah SWT agar jiwa kita tidak terputus untuk mengingati Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 48. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Saya Tidak Terdaya 49 Saudara, Saya hanya mempunyai daya yang dialirkan Allah SWT kepada saya sahaja. Saya tidak terdaya menyelesaikan masalah yang ada melainkan Allah SWT. Saya menghadapi hidup ini hanya dengan bersandarkan kepada Allah SWT. Berserah tapi tidak menyerah. Banyak masalah yang masuk ke ruang email saya untuk meminta pendapat. Ada yang saya balas dan ada yang tidak. Jika saya tidak membalas email tersebut bermakna saya tidak ada ilham untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya mohon maaf. Bagaimana saya melalui hidup saya? Hidup saya biasa sahaja. Apa yang saya lakukan adalah cuba sedaya upaya dengan tekad yang bulat untuk dekat dengan Allah SWT. Walaupun ada ketika daya ini menurun dan ada ketikanya ia meningkat tapi tekad ini diteruskan. Saya tidak belajar ilmu agama secara formal. Tapi saya yakin setiap daripada kita tidak kira siapa kita mampu berada dekat dengan Allah SWT. Lagipun hakikatnya memang Allah sangat dekat dengan kita. Samada sedar dan rasa atau tidak. Saudara, Saya yakin saudara tidak akan datang atau berjumpa dengan laman web ini kalau saudara tidak mencari bagaimana untuk berada dekat dengan Allah SWT. Hari ini saudara ke sini adalah ingin mencari cara untuk benar-benar sedar dan merasai kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita. Saudara mencari bagaimana cara yang terbaik di dalam menyelesaikan masalah- masalah saudara. Tidak menjadi hal samada saudara ke sini kerana disebabkan masalah yang saudara hadapi atau memang saudara benar-benar mencari jalan untuk berada dekat dengan Allah SWT. Hakikatnya kita memang memerlukan Allah SWT. Namun samada kita benar-benar sedar dan rasa kita sangat-sangat memerlukan Allah SWT dalam hidup kita atau sekadar tahu sahaja yang menjadi kekuatan daya kita. Ramai yang sedar dan rasa memerlukan Allah SWT setelah ditimpa masalah. Tidak mengapa kerana yang penting tetap berasa diri kita memerlukan Allah SWT. Saudara, Hari-hari yang saya lalui saya sandarkan pada Allah SWT. Saya menerima apa jua takdir yang telah berlaku namun sesekali saya tidak menyerahkan Berserah Kepada Allah SWT
  • 49. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) takdir yang belum berlaku. Setiap yang telah berlaku itu telah ditakdirkan oleh Allah SWT. 50 Jika saya tidak mahu menerimanya pun, ia tetap berlaku. Namun keyakinan kepada Allah SWT di mana apa yang ditentukan oleh Allah SWT adalah yang terbaik di sisiNya, membuatkan hati saya tenang. Saya tidak menyerahkan apa yang akan berlaku di hari depan sebelum ia berlaku. Kerana apa? Kerana saya diberi oleh Allah SWT peluang untuk memohon yang terbaik. Makanya peluang yang diberikan oleh Allah SWT itu tidak saya lepaskan begitu saja. Saya memohon bersungguh-sungguh kerana saya sedar hanya Allah SWT yang mampu menunaikan harapan saya. Saya menyakini apa yang saya mohon akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya yakin apa yang saya perlukan telah Allah SWT sediakan kerana Allah SWT lebih mengetahui keperluan saya berbanding saya sendiri. Menerima takdir yang telah berlaku serta sentiasa memohon untuk sesuatu yang terbaik di masa mendatang membuatkan hidup saya benar-benar bergantung kepada Allah SWT. Ujian Allah SWT Saya tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Perasaan tidak baik kekadang datang juga dalam jiwa saya. Saya bukan sempurna untuk tidak merasai perasaan itu semua. Namun saya sedar yang saya tidak mampu membuang semua perasaan-perasaan yang datang itu. Berdasarkan kesedaran, saya salurkan apa yang saya rasa kepada Allah SWT. Tidak ada tempat yang lain yang terbaik untuk disalurkan perasaan yang saya hadapi melainkan kepada Allah SWT. Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan berada di atas segala rasa. Maknanya kita sedar yang kita memiliki sesuatu rasa itu. Ketika kita sayang, kita sedar yang kita berasa sayang. Ketika marah kita sedar yang kita sedang berasa marah. Kerana kita berada di atas rasa, kita mampu mengawal apa yang kita rasa iaitu mengawal fikiran dan emosi kita. Luahan kepada Allah SWT sentiasa memberikan saya tenang jika diserang dengan perasaan-perasaan yang tidak baik seperti dengki, benci, terasa dan sebagainya. Allah SWT mencabut semua perasaan-perasaan itu dalam hati saya. Kekadang rasa itu hadir semula dan setiap kali hadir, saya tetap salurkan pada Allah SWT. Bersungguh-sungguh. Berserah Kepada Allah SWT
  • 50. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Keluarga Selain masalah itu, saya juga orang biasa yang memiliki masalah keluarga, 51 anak-anak, kerja dan sebagainya. Saya tidak tahu dan terdaya untuk mengharungi semua hal yang saya hadapi. Saya tidak pandai dan tidak boleh nampak apa yang akan berlaku di masa depan walau sesaat pun. Sebab itu saya selalu berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT ajarkan saya untuk menghadapi semua hal yang saya hadapi setiap hari. Anak Apabila saya berdepan dengan hal anak, saya tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak saya. Contohnya Saya tidak tahu bagaimana cara harus dilakukan untuk anak saya pergi ke sekolah. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak saya supaya menjadi anak-anak yang mendengar kata, yang rajin dan yang terbaik. Apa yang saya lakukan adalah memohon kepada Allah SWT untuk ajarkan saya bagaimana cara-cara yang sesuai. Jika bangun di sepertiga pagi, saya solat tahajud 2 rakaat. Saya mempunyai 4 orang dalam keluarga saya. Saya, isteri dan 2 anak. Setiap sujud, saya memohon kepada Allah SWT untuk setiap ahli keluarga. 4 orang = 4 sujud = 2 rakaat. (1 rakaat mempunyai 2 sujud). Saya tidak tahu bagaimana caranya selain daripada solat tahajud tersebut kerana itu yang Allah SWT ilhamkan kepada saya. Sebelum ini, anak saya berumur 3 tahun suka mengganggu saya dan isteri ketika solat. Saya mohon pada Allah SWT bagaimana cara untuk meghalangnya. Allah SWT berikan ilham kepada saya dan isteri iaitu mengajak anak saya bersama-sama solat. Alhamdulillah terima kasih Allah SWT, selain anak saya tidak mengganggu, dia juga mampu bersolat jemaah bersama saya dan isteri. Jika saudara mempunyai anak yang susah untuk solat, janganlah menyuruh mereka solat sendiri. Ajaklah bersama-sama untuk solat berjemaah. Kita sama- sama bersolat dengan mereka. Ajaklah seisi keluarga solat bersama. Lakukan dan rasailah hasilnya. Isteri Suami isteri tidak terlepas daripada terasa hati. Soal perasaan ini memang sangat subjektif. Apa yang seseorang itu suka hari ini tidak semestinya suka pada hari esoknya. Begitulah suami isteri. Kekadang tersilap kata-kata. Kadang- kadang tersilap berbicara. Untuk komunikasi dengan baik, kekadang kita tidak pandai menyusun kata. Berserah Kepada Allah SWT
  • 51. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Namun seboleh mungkin kita akan berusaha menjadi yang terbaik di dalam menunaikan tanggungjawab bersama. 52 Saya adalah suami dan salah satu tanggungjawab saya adalah mendidik isteri. Sehingga hari ini saya tidak pandai mendidik isteri saya. Bukan isteri saya memberikan masalah kepada saya. Cuma saya tida tahu untuk membahagiakan beliau setiap hari kerana setiap hari pasti berbeza. Apa yang saya lakukan hanyalah memohon kepada Allah SWT untuk mengajar saya mendidik isteri saya. Setiap hari saya memohon kepada Allah SWT agar berikan ilham bagaimana untuk mendidik isteri saya pada hari tersebut. Setiap hari pasti berlainan perasaan isteri. Saya tidak pandai dan tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan isteri setiap hari melainkan dengan bantuan Allah SWT. Saya mohon setiap hari agar Allah SWT berikan saya ilham bagaimana cara saya mampu membahagiakan isteri saya setiap hari. Begitu juga untuk membahagiakan anak-anak saya. Alhamdulillah dan terima kasih Allah SWT. Setiap hari sejak dulu kami sentiasa diilhamkan Allah SWT agar dapat mengetahui gerak rasa sesama kami. Apabila saya dan isteri menyandarkan segala hal kepada Allah SWT, Allah SWT memberikan kami persefahaman yang lebih baik setiap hari. Keserasian semakin hari semakin terasa walaupun sudah masuk tahun ke-5 kami berkahwin. Sandaran kepada Allah SWT termasuk apa yang terasa. Jika terasa saya dan isteri salurkan terus kepada Allah SWT kerana tiada tempat lain yang layak melainkan kepada Allah SWT. Hal-hal Lain Sesungguhnya saya tidak terdaya untuk mengetahui apa yang akan berlaku walau sesaat pun. Makanya saya memohon kepada Allah SWT agar mengajar saya untuk menghadapi apa pun jua yang digerakkan oleh Allah SWT untuk saya tempuhi. Keyakinan bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala apa yang saya pohon membuatkan saya sentiasa bahagia. Jika tidak dimakbulkan saya juga menerima takdir (berserah) kerana saya tahu apa yang saya inginkan itu tidak terbaik di sisi Allah SWT ketika itu. Berserah Kepada Allah SWT
  • 52. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Tekad Yang Bulat 53 Saya tidak terdaya untuk menjalani kehidupan ini melainkan dengan bantuan Allah SWT. Sesungguhnya saya sangat-sangat memerlukan Allah SWT. Sangat-sangat. Teramat sangat. Kerana itulah saya berserah kepada Allah SWT kerana saya yakin dan cintakan Allah SWT lebih daripada apa yang saya miliki. Apa yang saya tulis ini bukanlah untuk menunjukkan saya ini bagus. Saya cuma sedar yang hidup ini memerlukan Allah SWT. Saya juga perlukan bantuan Allah SWT samada dalam bentuk ilham, bahasa alam atau apa sahaja yang Allah SWT berikan kepada saya di dalam menuntun saya meneruskan hidup ini. Setelah saya sedar yang saya memerlukan bantuan Allah SWT, saya sedar saya perlu dekat dengan Allah SWT. Saya perlu ingat Allah SWT sepanjang masa. Untuk itu saya perlukan cinta kepada Allah SWT agar saya sentiasa ingatkan Allah SWT. Tanpa rasa cinta, pasti saya tidak akan bersungguh dan ikhlas. Rasa cinta itu sangat kuat sehinggakan ia wujud lebih tinggi daripada sebab-sebabnya. Kerana itu orang kata cinta tiada sebab kerana cinta itu lebih hebat daripada semua rasa. Untuk memiliki rasa cintakan Allah SWT, saya perlu ingat Allah SWT. Untuk ingat Allah SWT, saya perlukan komunikasi. Kerana itu saya sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT. Dengan komunikasi saya merasakan dengan sedar bahawa Allah SWT itu sangat dekat. Saya merasai dan sedar hakikat Allah SWT itu lebih dekat daripada segala apa yang fana ini. Inilah yang dikatakan hidup BerTuhan di mana kita pasti memiliki jiwa yang positif iaitu yang tenang, bahagia dan segalanya apabila dekat dengan Allah SWT. Semoga ada manafaatnya perkongsian ini. NOTE: Doa saya setiap kali selepas solat bersama isteri dan anak. “ya Allah, ampuni dosa kami ya Allah. Ampuni dosa ibu bapa kami ya Allah. Ampuni dosa keluarga kami ya Allah. Ya Allah, rahmatikan kami semua ya Allah. Berserah Kepada Allah SWT
  • 53. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Ya Allah, cukupkanlah keperluan kami ya Allah. Cukupkanlah keperluan anak- anak kami ya Allah. 54 Ya Allah angkatlah darjat kami ya Allah. Ya Allah murahkanlah rezeki kami ya Allah. Murahkanlah rezeki anak-anak kami ya Allah. Ya Allah berikan hidayah kepada kami ya Allah. Ajarkan kami cara terbaik untuk mendidik anak-anak kami ya Allah. Ya Allah ajarkan kami cara bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ya Allah ajarkan kami bagaimana untuk sentiasa mengingatiMu ya Allah. Ya Allah berikan rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami ya Allah. Ya allah ajarkan kami bagaimana mahu menyelesaikan masalah-masalah kami ya Allah. Ya Allah ajarkan aku bagaimana mahu mendidik isteri dan anak-anakku ya Allah (jika solat sendirian). Ya Allah sihatkanlah kami ya Allah. Ya Allah maafkanlah kami ya Allah. Amin ya Allah. Terima kasih Allah SWT Berserah Kepada Allah SWT
  • 54. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Islamic NLP for Parenting: Belaian 55 Saudara, Saya pernah menulis pengajaran besar yang seharusnya kita hayati kesan daripada peristiwa besar isra’ dan mikraj di dalam artikel saya bertajuk Isra’ dan Mikraj: 2 Pengajaran penting. Salah satunya adalah mendidik jiwa anak-anak kita di awal usia mereka lagi. Saya juga pernah menulis pelukan dari hati ke hati sebagai satu kaedah terbaik menyampaikan mesej kepada anak-anak kita. Saudara Fitrah manusia ingin dibelai. Tidak kira usia kita sentiasa ingin dibelai samada ibu bapa atau suami/isteri. Namun belaian ini sudah kurang dilakukan apabila umur anak-anak kita meningkat dewasa. Ramai ibu bapa mengeluh tentang kenakalan dan kedegilan anak-anak. Masalah menunaikan solat, masalah ke sekolah, masalah tidak mendengar kata dan sebagainya. Namun malang sekali kerana masalah ini tidak pernah kita lihat dengan kesedaran tertinggi. Saudara, Mari kita mengingati semula ketika anak-anak kita masih kecil. Ketika bayi mereka dibelai cukup manja. Kita mengalirkan kasih sayang dan cinta kita kepada mereka tanpa perlu berkata-kata. Hanya pelukan yang erat serta senyuman kasih mampu membuatkan bayi kita menjadi tenang. Anak- anak kita berasa sangat disayangi dan dikasihi. Apabila anak-anak kita mula meningkat umur, sudah tahu berjalan dan bermain itu ini, kita tidak lagi menggunakan pelukan erat kepada mereka. Kita tidak menyampaikan mesej kasih sayang kita kepada mereka dengan belaian penuh kasih sayang. Di ketika ini kita mula menggunakan verbal iaitu larangan-larangan menggunakan suara. “Jangan buat itu”, “Jangan usik itu” dan pelbagai lagi kita gunakan. Alasan kita adalah untuk mendidik kerana kita sayang kepada anak- anak. Namun sebenarnya penerimaan kanak-kanak tadi berbeza. Dikala kecil mereka dibelai tetapi mengapa kini mereka dimarahi atau dilarang dengan suara yang tinggi. Jiwa mereka terganggu. Saudara, Anak-anak kecil ini hanya menjadikan ibu bapa tempat bergantung. Walaupun di hantar ke nursery atau dijaga oleh pembantu rumah, namun mereka tetap Berserah Kepada Allah SWT
  • 55. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) inginkan ibu bapa untuk menagih kasih. Dunia kanak-kanak adalah dunia yang tidak mampu berdikari. 56 Bayangkan ketika mereka memerlukan ibu bapa sebagai orang yang terbaik mendidik mereka, kita hanya menggunakan banyak kata-kata larangan berbanding belaian. Kita jarang lagi menyalurkan kasih sayang dengan pelukan. Kita berasa mereka faham sendiri bahawa kita sayang mereka. Apabila anak-anak mula bersekolah, kawan-kawan merupakan orang yang terdekat dengan mereka. Lama kelamaan mereka akan berasa kawan-kawan lebih memahami mereka berbanding ibu bapa. Pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan mula jauh dari segi pembangunan sahsiah dan sosial mereka. Hanya dari segi ekonomi atau perbelanjaan sahaja mereka bergantung penuh kepada ibu bapa. Nah! Di saat ini, jika kita tidak mendidik mereka dari awal lagi dengan belaian kasih sayang, akhirnya mereka lebih senang bersama kawan-kawan mereka berbanding kita. Anak-anak sudah mula mencari kebahagiaan bersama kawan- kawan mereka. Mereka lebih yakin dan percaya kawan-kawan berbanding ibu bapa. Ibu bapa pula hari ke hari memarahi anak-anak ini kerana degil dan nakal. Tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Ini membuatkan mereka terus menjauhi ibu bapa. Belaian yang diharapkan seolah-olah tidak mungkin akan dapat diterima lagi. Walaupun ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran anak-anak ini namun dari segi jiwa, kita sebenarnya menghadapi masalah. Jika ada anak-anak yang mendengar kata ibu bapa, ia hanya kerana rasa hormat kepada ibu bapa sahaja. Rasa kasih dan sayang sudah mula berkurangan. Apakah yang akan berlaku jika anak-anak ini sudah meningkat remaja? Saudara boleh fikirkan berdasarkan remaja-remaja yang ada sekarang ini. Pembangunan Jiwa Anak Saya telah menjelaskannya di dalam artikel Isra’ dan Mikraj: 2 Pengajaran penting. Pengajaran yang jarang diambil berat oleh ibu bapa adalah soal pembangunan jiwa anak-anak. Nabi Muhammad SAW meminta kita untuk mendidik anak-anak kita agar mendirikan solat seusia 7 tahun dan rotan jika tidak mendirikan solat semasa umur 10 tahun ke atas. Persoalan yang tidak pernah kita teliti adalah mengapa sukarnya meminta anak-anak kita mendirikan solat? Berserah Kepada Allah SWT
  • 56. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita tidak pernah muhasabah diri kita, apakah kita telah membangunkan jiwa anak-anak kita sejak mereka kecil? Apakah pernah kita mendidik anak-anak kita 57 agar pergantungan mereka mesti kepada Allah SWT 100%. Pernahkan kita menguatkan jiwa mereka agar cintakan Allah SWT dan Rasul SAW? Allah SWT mewajibkan solat ketika berlakukan Isra’ dan Mikraj. Peristiwa besar ini berlaku di sekitar tahun ke 10 selepas Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. 10 tahun ini adalah masa yang diperlukan untuk membangunkan jiwa umat islam ketika itu untuk benar-benar memiliki jiwa yang mantap. Kerana itu 10 tahun adalah masa yang cukup jika kita benar-benar mendidik jiwa anak-anak kita untuk memiliki kesedaran yang tertinggi. Maka apabila di ketika mereka memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, apakah sukar untuk mereka mendirikan solat? Apakah sukar untuk mereka mendengar kata-kata ibu bapa mereka? Apakah mereka akan menjadi anak-anak yang malas? Pasti tidak kerana jiwa mereka kuat. Jiwa yang kuat, tenang, mantap, semangat, positif dan sebagainya akan mempengaruhi fikiran untuk menjadi tenang, positif dan sebagainya. Persoalannya, apakah dan adakah kita membangunkan jiwa anak-anak ini dalam tempoh 10 tahun itu? Praktikal Menguatkan Jiwa Anak-Anak Untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah, cara yang praktikal agar mereka sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan cinta kepada Allah SWT adalah dengan mengajarkan mereka agar sentiasa mengucapkan “TERIMA KASIH ALLAH SWT”. Ketika umur ini agak sukar untuk meminta mereka berkomunikasi dengan Allah SWT. Maka kata-kata terima kasih Allah SWT merupakan komunikasi dan sekaligus ucapan syukur kepada Allah SWT. Anak saya sentiasa mengucapkan terima kasih Allah SWT jika menerima sesuatu. “Terima kasih Allah sebab kasi kakak mainan.” “Terima kasih Allah sebab kasi kakak nenen.” “Terima kasih Allah sebab kasi ayah duit untuk beli kakak jajan”. Dengan sentiasa mengucapkan terima kasih bersama sebabnya, anak-anak ini mengerti bahawa semua yang dimilikinya adalah datangnya dari Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 57. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Mereka dilatih hari demi hari untuk berada di dalam kesedaran tertinggi. Pergantungan mereka melangkaui ibu bapa iaitu kepada Allah SWT. 58 Untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke atas, bolehlah ajarkan mereka agar sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT seperti yang disarankan di dalam artikel-artikel di laman web ini. Saudara, Belailah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan sambungkan jiwa kita ke Allah SWT ketika kita membelai mereka. Jiwa anak-anak ini masih lembut dan mereka akan cepat berubah jika kita didik mereka dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kita bagaimana cara- cara terbaik untuk mendidik anak-anak kita. Sesungguhnya cara mendidik setiap anak-anak kita adalah berbeza. Mohonlah pada Allah SWT agar kita diajarkan oleh Allah SWT cara yang sesuai untuk mendidik setiap seorang anak-anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah. “Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani. Kami memohon kepadaMu ya Allah agar Engkau alirkanlah sentiasa kasih sayang kami kepada anak-anak kami dan kuatkanlah jiwa mereka dengan kasih sayang kami ini ya Allah. Ya Allah, ajarilah kami bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak- anak kami ya Allah. Ya Allah berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami dan anak-anak kami ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih. Amin” Berserah Kepada Allah SWT
  • 58. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT 59 Saudara, Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT. Kesedaran kembali kepada Allah SWT itu bermakna SEDAR sedang mendirikan solat, sedar sedang berjumpa dengan Allah SWT dan sedar Allah SWT itu berada sangat dekat malah lebih dekat daripada urat leher. Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita tidak akan berbual. Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita. Seperti contoh, saya berjumpa dengan ramai orang yang amat takut dengan kematian kerana berasa diri banyak dosa dan belum bersedia. Terasa dosa yang ada tidak diampunkan oleh Allah SWT. Namun dalam ketakutan itu, kita tidak pula bersungguh-sungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT. Saudara, kematian bererti pulang atau kembali kepada Allah SWT. Kita tidak perlu takut dengan kematian kerana kematian itu membuatkan kita kembali kepada Allah SWT. (Yang saya takuti seandainya kematian tidak pulang ke Allah SWT. Namun tidak ada kematian yang tidak pulang ke Allah SWT.) Sebenarnya yang perlu kita takut bukanlah kematian itu tetapi yang perlu kita takutkan adalah saat ketika kita mati itu. Ketika nafas terakhir kita itu, adakah kita berada dalam kesedaran tertinggi di mana kita yakin kepada Allah SWT? Makanya seharusnya kita ini bimbang tatkala melakukan maksiat, Allah SWT memanggil kita pulang. Kita seharusnya bimbang di kala kita lupakan Allah SWT, Allah SWT menjemput kita pulang. Kita seharusnya bimbang, ketika kita seronok dan alpa dengan harta benda dan pangkat, Allah SWT meminta kita untuk pulang. Berserah Kepada Allah SWT
  • 59. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Saudara, Tidak yakin bahawa Allah SWT menghapuskan dosa kita membuatkan hidup 60 kita takut dengan kematian. Kita berasa takut untuk mati kerana berasa terlalu banyak dosa. Tujuan agar kita selalu memikirkan dosa yang lalu adalah hanya untuk mengingatkan diri kita agar tidak mengulangi kesalahan kita lagi kerana bimbang tatkala melakukan dosa tersebut, kita dipanggil oleh Allah SWT untuk pulang selama-lamanya. Bukan bertujuan agar kita terbelenggu dengan dosa-dosa yang kita ada sehingga kita takut dengan kematian. Kita perlu YAKIN bahawa ketika kita memohon ampun kepada Allah SWT, Allah SWT terus mengampunkan dosa-dosa kita. Jika dosa kita setinggi gunung, yakinlah bahawa ampunan Allah SWT seluas langit dan bumi. Keyakinan ini bukanlah disalahertikan bahawa kita boleh melakukan banyak dosa kerana semua dosa kita diampuni. Seperti yang saya jelaskan, kita perlu bimbang melakukan dosa kerana kita tidak tahu bilakah masa kematian kita. Mungkin selama ini kita banyak beribadah kepada Allah SWT dan terdetik seketika kita ingin melakukan maksiat sekadar ingin tahu. Kita berfikir untuk memohon ampun selepas itu. Kita tidak tahu ketika kita melakukan maksiat buat pertama kali setelah sekian lama tidak melakukannya, ketika itu Allah SWT melalui malaikatNya mencabut nyawa kita. Inilah saat-saat yang kita bimbang dan takuti jika ia terjadi pada diri kita. Nau’zubillah. Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT Saudara, Untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT, kita perlu sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi. Setiap saat ingat Allah SWT. Setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT. Kita melihat semua yang berlaku dalam hidup seharian kita ini merupakan aturan Allah SWT yang sangat teliti. Seperti contoh yang amat mudah, hari ini saudara keluar makan tengah hari bersama sahabat. Lihatlah bagaimana Allah SWT aturkan bahawa hari ini saudara terasa ingin keluar dengan sahabat saudara itu dan Allah SWT aturkan bahawa sahabat saudara juga berasa ingin keluar dengan saudara pada hari itu. Saudara lihat ketika saudara keluar makan bagaimana Allah SWT mengaturkan perjalanan setiap orang. Saya suka melihat gelagat orang ramai disamping sedar Berserah Kepada Allah SWT
  • 60. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) bahawa Allah SWT sedang mengaturkan makhluk-makhlukNya bergerak ke sana sini dengan pelbagai urusan. Semua urusan itu merupakan masalah 61 ataupun hal yang perlu diselesaikan oleh setiap orang. Saudara, Dengan melihat sesuatu perkara dalam kesedaran tertinggi, kita akan sentiasa kagum dengan Allah SWT. Keyakinan kita dapat ditambah lagi apabila permohonan kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini kerana saudara mempraktikkan apa yang pernah disarankan dalam laman web ini iaitu meminta kepada Allah SWT sebelum melakukan apa jua perkara dan pilihan. Hidup kita ini penuh dengan pilihan dan kita sentiasa memohon kepada Allah SWT ketika ingin membuat pilihan walaupun kecil. Ketika ini barulah kita sedar selama ini Allah SWT lebih banyak memakbulkan doa kita daripada yang tidak dimakbulkan atau sebenarnya dalam proses untuk dimakbulkan. Seperti contoh, jika kita sentiasa memohon kepada Allah SWT di dalam membuat pilihan walaupun ia kecil seperti ingin makan apa hari ini, dan makanan yang kita pilih itu ternyata sedap, maka keyakinan kita pada Allah SWT meningkat. Contoh yang lain, ketika kita ingin berurusan dengan bank, kita memohon kepada Allah SWT agar dimudahkan urusan kita. Ternyata semua urusan kita berjalan lancar. Apabila kita sedar bahawa Allah SWT memakbulkan doa kita dengan melancarkan urusan kita, maka keyakinan kita kepada Allah SWT bertambah. Sebelum ini kita tidak pernah meminta pada Allah SWT di dalam membuat pilihan. Kita tidak melibatkan Allah SWT di dalam setiap urusan kita walaupun kecil. Lalu kita tidak berasa yakin pada Allah SWT kerana kita anggap semua yang berlaku adalah pilihan dan usaha kita sendiri. Disebabkan kita jarang melihat semua aturan hidup ini diaturkan oleh Allah SWT, maka ketika kita memerlukan Allah SWT dan berdoa, kita tidak yakin kepada Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa-doa kita. Jika permohonan kita tidak dimakbulkan pun, kita tetap yakin dengan Allah SWT. Kita yakin bahawa perkara yang kita mohon itu bukan yang terbaik di sisi Allah SWT dan juga apa yang kita mohon tidak sesuai untuk Allah SWT makbulkan ketika itu. Dengan kesedaran ini, jiwa kita tidak kecewa dan kita menerima takdir Allah SWT. Secara tak langsung sebenarnya kita menjadi hamba yang berserah pada Allah SWT 100%. Berserah Kepada Allah SWT
  • 61. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Saudara, 62 Saya sangat yakin dengan apa yang saya mohonkan kepada Allah SWT kerana terlalu banyak yang saya mohon, Allah SWT makbulkan. Keyakinan ini wujud apabila sebelum kita memilih, kita sentiasa memohon yang terbaik daripada Allah SWT walaupun dalam hal yang kecil. Apabila apa yang kita mohon dimakbulkan walaupun perkara kecil, kita sedar bahawa yang memakbulkan adalah Allah SWT bukannya kerana kita pandai memilih atau juga sebuah kebetulan. Lalu keyakinan kita kepada Allah SWT di dalam memakbulkan permohonan kita bertambah. Saudara, Kesedaran tertinggi membuatkan kita lebih yakin dengan Allah SWT dan keyakinan itu tidak pernah turun malah meningkat dan meningkat. Hidup ini penuh dengan pilihan. Lalu mohonlah pada Allah SWT sentiasa di dalam membuat pilihan walaupun sekadar untuk makan, mandi, berjalan ke mana-mana atau ketika membeli-belah kerana semua ini akan membuatkan kita sedar pada Allah SWT. Secara tak langsung ia akan meningkatkan keyakinan kita pada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 62. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) QS: Al-Anfal 8:17 63 Saya membaca surah (QS: Al-Anfal 8:17) ketika saya mencari maklumat atau informasi. Saya juga membaca surah tersebut ketika saya tidak memahami sesuatu perkara tidak kira dalam apa jua bidang pengajian. Juga saya amalkan ketika mencari barang yang hilang. Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memudahkan saya untuk memahami dan menerima apa jua maklumat dan perkara yang saya inginkan. Ayat ini benar-benar menyedarkan saya bahawa saya tidak ada usaha sedikit pun tetapi saya hanya mengikut gerakan Allah SWT sahaja. Gerakan dan aturan Allah SWT inilah yang membuatkan ramai yang tersilap dengan menyangkakan kita berusaha sendiri. Lalu kita menjadi manusia ego kerana kita memikirkan semua kejayaan yang telah dan akan kita kecapi adalah hasil dari usaha kita. Semua rezeki yang kita perolehi disangkakan bahawa hasil daripada penat lelah kita. Semua pencapaian kita difikirkan adalah kerana kepandaian dan kehebatan kita. Termasuk hal-hal seharian kita yang lain iaitu ketika kita mencari maklumat atau melakukan apa jua kerja, kita menyangkakan bahawa maklumat yang bakal kita temui adalah hasil bijak pandai kita mencari. Kerja yang kita lakukan datang dari daya usaha kita sendiri. Ilmu yang kita miliki adalah kerana usaha kita mencari. Kesedaran kita terhenti di situ. Kita tidak pernah mengangkat kesedaran kita ke tahap yang tertinggi di mana semua ini adalah gerakan dan kehendak Allah SWT. Kita hanya mampu memohon dan yang seterusnya adalah terpulang kepada Allah SWT. Kita hanya memiliki daya yang hanya sedikit yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. “maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (QS: Al-Anfal 8:17) Berserah Kepada Allah SWT

×