Peribahasa

15,021 views
14,250 views

Published on

UPSI 2012

2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,021
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
195
Actions
Shares
0
Downloads
240
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Peribahasa

  1. 1. UNIT PERIBAHASA 8 Kamus Dewan Edisi8.0 : PENGENALAN Keempat (2005: 1185) - Ayat atau kelompok kata Menurut Za’ba: yang mempunyai susunan - Susunan kata yang yang tetap danpendek dengan makna mengandungi pengertian yang yang tertentu, bidal dan luas, mengandungi pepatah kebenaran, sedap PERIBAHASA didengar dan bijak perkataannya. Diguna pakai untuk membuat Kamus Dewan (1997: 375) dan menghiasi karangan atau - Menjelaskan gaya sebagai cara percakapan dan menguatkanbertulis atau bertutur, cara membuat tujuan karangan atau sesuatu sesuatu, terutamanya yang menjadi percakapan. ciri sesuatu zaman atau seseorang
  2. 2. UNIT PERIBAHASA 88.1 : JENIS-JENIS PERIBAHASA Kata Hikmat Perbilangan Simpulan Bahasa JENIS-JENIS PERIBAHASA Bidalan Perumpamaan Pepatah
  3. 3. UNIT PERIBAHASA 8SIMPULAN BAHASA ☻Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. ☻Contoh: ada angin, anak buah, langkah seribu SIMPULAN BAHASA YANG BERLAINAN TETAPI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA Seseorang yang tidak mempunyai perasaaan malu. Contoh: muka talam, muka tembok, muka tebal BENTUK ATAU CIRI SIMPULAN BAHASA 1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contoh: anak buah, buah tangan, lipas kudung - Anak, buah dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am
  4. 4. UNIT PERIBAHASA 8SIMPULAN BAHASA BENTUK ATAU CIRI SIMPULAN BAHASA 2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contoh: ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga 3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contoh: besar kepala, bodoh sepat, kecil hati 4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk - Semua ini sebagai kata nama khas. 5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contoh: air pinang, batu buyung, makan bulan - Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
  5. 5. UNIT PERIBAHASA 8PERUMPAMAAN ☻Susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. ☻Perumpamaan dimulai dengan kata bagai, laksana, ibarat, seperti dan umpama CONTOH PERUMPAMAAN 1. Bagai aur dengan tebing Maksud: Tolong-menolong antara satu sama lain. 2. Seperti ular kena palu Maksud: Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok. 3. Umpama air digenggam tidak tiris Maksud: Kedekut.
  6. 6. UNIT PERIBAHASA 8PEPATAH ☻Seakan-akan bidalan tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. ☻Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat CONTOH PEPATAH 1. Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa Maksud: Sukar memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting. 2. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan Maksud: Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita. 3. Guruh tidak berbunyi, malang tidak berbau Maksud: Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
  7. 7. UNIT PERIBAHASA 8BIDALAN ☻Susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. ☻Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. ☻Contoh: jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak CONTOH BIDALAN 1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Maksud: Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha. 2. Alur bertempuh, jalan berturut Maksud: Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim. 3. Biar titik, jangan tumpah Maksud: Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.
  8. 8. UNIT PERIBAHASA 8PERBILANGAN ☻Perbilangan adat banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu dipergunakan dalam Adat Perpatih. ☻Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. ☻Mempunyai ciri-ciri keislaman. ☻Fungsinya untuk membicarakan susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat. ☻Dapat dikatakan sebagai puisi klasik yang juga intim dengan kehidupan masyarakat. ☻Contoh: Adat bersendi hukum Hukum bersendi Kitabullah Kuat adat, tak gaduhkan hukum Kuat hukum, tak gaduhkan adat
  9. 9. UNIT PERIBAHASA 8KATA HIKMAT ☻Kata-kata pujangga, ulama atau orang yang bijak pandai. ☻Dapat dijadikan pedoman hidup dan percakapan hidup. ☻Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam. ☻Contoh: jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata
  10. 10. UNIT PERIBAHASA 88.3 : PERIBAHASA DALAM PENDIDIKAN Guru memberikan penjelasan mengenai Murid perlu diajar maksud peribahasa, mengenai ciri dan manakala murid begitu penggunaan pasif sebagai penerima peribahasa secara maklumat. mudah dan tepat. PERIBAHASA DALAM PENDIDIKAN Membantu pelajar Guru perlu bijak membuat memilih peribahasa pengertian yang yang mudah dan tepat tentang biasa digunakansesuatu peribahasa. dalam masyarakat.
  11. 11. UNIT PERIBAHASA 8RUMUSANPenggunaan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu sangatbergantung pada daya kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yangkreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran yangbanyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan, kemahiranberfikir dan sebagainya. Peribahasa boleh diaplikasikan dalma pelbagaikemahiran bahasa seerti penulisan karangan, kemahiran lisan ataubercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, pemahaman dansebagainya. Guru yang kreatif boleh membina sendiri bahan bantumengajar ini, bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa, terdapatCD/VCD yang dijual di pasaran berkaitan peribahasa yang sesuai digunakankhususnya di peringkat sekolah rendah.
  12. 12. Sekian, terima kasih.Disediakan oleh:Nor Sharifah Sha’ari

×