Laporan penyelidikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Laporan penyelidikan

on

  • 561 views

ulasan laporan penyelidikan dalam bidang pendidikan islam

ulasan laporan penyelidikan dalam bidang pendidikan islam

Statistics

Views

Total Views
561
Views on SlideShare
561
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
20
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Laporan penyelidikan Laporan penyelidikan Document Transcript

    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN PENGENALAN Pengkaji di dalam laporan penyelidikan ini, telah mengkaji mengenai Model Guru Contoh Pendidikan Islam. Beliau telah mengupas ciri-ciri guru contoh Pendidikan Islam berdasarkan kepada beberapa pandangan pakar yang mempunyai pengalaman di dalam bidang pendidikan Islam. Ciri-ciri yang dikaji adalah berfokuskan kepada penampilan diri, keimanan kepada Allah, kemahiran mengajar dan ilmu pengetahuan. Pengkaji telah membentangkan laporan penyelidikan kepada lima bab. Bab 1 merangkumi pengenalan, bab 2 menyentuh mengenai kajian lampau, bab 3 menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan, bab 4 menghuraikan dapatan kajian dan bab 5 mengemukakan perbincangan, kesimpulan dan cadangan. BAB 1 Bab 1 berfungsi untuk memberi maklumat tentang pengenalan dan latar belakang bagi permasalahan kajian yang ingin diselidiki. Bab ini seharusnya ringkas dan padat. Penulisan bab ini perlu dimulakan dengan huraian umum berhubung bidang kajian yang hendak diselidiki, diikuti dengan perbincangan yang lebih spesifik tentang fokus kajian. Perbincangan tersebut seharusnya semakin berfokus tentang isu yang lebih spesifik dan bukan sebaliknya. Dalam kajian ini, pendahuluan bab yang dikemukakan oleh pengkaji dirasakan tidak bertepatan dengan tajuk yang dikaji. Pengkaji hanya memberi gambaran menyeluruh berkenaan kepentingan pendidikan kepada setiap individu dan peranan guru dalam menyampaikan pendidikan. Pengkaji langsung tidak menyentuh untuk memberi gambaran terhadap ciri guru. Namun, pengkaji telah menyentuh mengenai ciri guru iaitu penampilan diri dan keimanan kepada Allah dalam latar belakang kajian dengan disokong oleh ayat al-Quran, Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dan dapatan kajian lepas. Latar belakang kajian seharusnya dapat berfungsi untuk meyakinkan para pembaca bahawa penyelidik telah membuat pembacaan yang mencukupi dan membuat tinjauan literatur dalam bidang 1 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN kajian yang diselidiki. Walaubagaimanapun, pengkaji dilihat masih kurang meyakinkan para pembaca. Permasalahan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji pula dilihat berjaya menampakkan masalah yang ingin dikaji. Pengkaji telah mengaitkan peranan guru dalam membentuk akhlak pelajar. Dapatan kajian yang digunapakai untuk menyokong permasalahan kajian pengkaji juga kebanyakkannya datang dari lima tahun terkemudian iaitu sekitar 2007-2011 memandangkan kajian ini dibuat pada 2011. Objektif kajian yang dibina pengkaji juga dilihat dapat menjawab persoalan kajian yang ditimbulkan. Pengkaji telah menetapkan empat objektif kajiannya iaitu mengenalpasti ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri, mengetahui ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah, mengenal pasti ciri guru Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar dan mengetahui ciri guru Pendidikan Islam dari aspek ilmu pengetahuan. Pengkaji telah membina empat persoalan kajian yang mudah berdasarkan permasalahan kajian dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian tersebut adalah apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar? Dan apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek ilmu pengetahuan?. Limitasi dan kepentingan kajian bagi kajian ini telah dijelaskan dengan ringkas. Sebaiknya, pengkaji turut memaklumkan kepada pembaca tentang harapannya terhadap hasil yang diperoleh daripada kajian yang dilaksanakan. Namun, pengkaji tidak menjelaskan dengan terperinci batasan tajuk, skop kajian, batasan lokasi dan rasional pemilihan lokasi, batasan sampel, jumlah sampel dan kaedah pemilihan sampel. Pengkaji telah membincangkan kerangka konsep kajian dalam bab 1, oleh kerana tiada teori khusus yang berkaitan dengan ciri guru, maka pengkaji membincangkan kerangka konseptual kajian beliau berdasarkan kajian-kajian lepas dan diagram yang dibina juga direka bentuk hasil pengubahsuaian terhadap kajian pengkaji lain. Dari segi definisi operasional, pengkaji dilihat mendefinisikan setiap istilah secara umum sehingga boleh menimbulkan salah faham kepada pembaca yang mana definisi yang diberikan tidak menggambarkan definisi yang tepat untuk kajian. Sebagai contoh Pendidikan 2 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Islam, pengkaji telah mendefinisikannya secara umum dengan tidak menyatakan ia merupakan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar di sekolah seperti yang ingin dikaji dalam kajian beliau. Ini menimbulkan salah faham kepada pembaca dengan memberikan gambaran seolah-olah pengkaji ingin mengkaji ilmu pendidikan Islam secara menyeluruh iaitu berkait dengan ketaatan kepada ajaran Islam seperti yang diajar melalui dakwah Rasulullah S.A.W. Secara keseluruhannya, pengkaji seharusnya lebih bijak menyusun sub topik mengikut keutamaan. Percaturan pengkaji meletakkan tujuan, objektif dan soalan kajian di penghujung bab dirasakan kurang tepat sedangkan ia merupakan perkara penting yang perlu dijelaskan di permulaan kajian ini terutamanya bagi pihak pembaca. 3 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 2 Bab ini akan membuat tinjauan berhubung literatur yang berkaitan dengan bidang kajian yang ingin diselidiki. Dalam bab ini, pengkaji atau penyelidik akan mengaitkan kajiankajian terdahulu dengan kajian yang dilaksanakan. Dalam kajian ini, pengkaji telah berjaya mengemukakan sembilan sub topik dalam bab dua ini. Setiap sub topik yang dibincangkan telah disokong dari sumber berautoriti terdiri daripada buku, laporan penyelidikan dan artikel jurnal dalam dan luar negara. Ia turut disertakan dengan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan. Secara keseluruhannya, dilihat pengkaji telah berjaya mencari dan meninjau literatur dari dalam dan luar negara, namun didapati terdapat beberapa bahan yang kurang berkaitan dengan bidang kajian yang diselidiki. Dalam kajian ini juga didapati, pengkaji mempersembahkan kajian-kajian terdahulu satu persatu. Pengkaji sebaiknya berusaha untuk membanding beza dan membincangkan kesamaan dan perbezaan anatara dapatan kajian-kajian terdahulu untuk mengenal pasti jurang pengetahuan yang wujud dalam kajian yang diselidiki. Antara kajian terdahulu yang dipersembahkan oleh pengkaji ialah tentang ciri-ciri guru atau pendidik, antara ciri guru tersebut ialah bersifat bijaksana, tidak menyembunyikan ilmu, memanggil pelajar dengan panggilan yang baik dan sopan. Pengkaji mengambil beberapa pandangan pakar tentang ciri-ciri pendidik seperti Umar As-Syaibani (1978), Imam Al-Ghazali (1998), Al-Nahlawi (1988), Ibnu Khaldun, Ahmad Sohaimi Lazim (2003), Mohamad Johdi Hj Salleh (2007), Mohd Aziz Mohd Din (2007), Yahya Don (2007), Kamarul Azmi Jasmi (2009), Tengku Norhayati Tengku Othman dan Khadijah Abdul Razak (2010). Pengkaji mengambil sumber dari pelbagai tahun. Pengkaji mengemukakan beberapa potong ayat- al-Quran dan hadis nabi s.a.w. Pengkaji juga membuat sorotan kajian lepas terhadap sub topik kaedah mengajar seorang guru pendidikan Islam. Pengkaji menggunakan pandangan Al-Qadibi di dalam Abdullah Amin Al-Nukmy (1995), Khlaid Hamid Al-Hazimi (2000), Mohd Yusuf Ahmad (2005) dan Razali Saaran (2010) . 4 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Selain itu, pengkaji juga menerangkan tentang kesan pendidikan dan contoh teladan guru pendidikan Islam dengan mengambil pandangan Ahmad Mohamad Salleh (2003), Zaharah Hussin (2005), Ahmad Zabidi (2006) dan Jalaluddin Tajuddin (2010). Walaupun kajian-kajian lepas yang dijadikan sumber oleh pengkaji adalah relevan dan sesuai dengan skop dan permasalahan kajian namun, pengkaji banyak menggunakan sumber kajian lepas secara berulang-ulang. Seharusnya pengkaji banyak menggunakan sumber lain kerana tajuk yang di kaji adalah sangat luas serta terdapat kajian yang sama telah dilaksanakan. Menurut Mohamad Najib (1999), sorotan kajian-kajian lepas yang terbaik adalah dari sumber yang asli dan pengkaji perlu mengelak dari menggunakan sumber dari pihak kedua, ketiga dan seterusnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah dalam menentukan kesahihan sumber tersebut. 5 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 3 Bab ini akan menerangkan prosedur-prosedur yang akan diikuti untuk mengumpul dan menganalisis data. Bab ini merupakan bahagian amali dalam kertas usul penyelidikan yang disediakan. Pengkaji atau penyelidik akan memberi justifikasi terhadap metodologi kajian yang dipilih. Dalam kajian ini, pengkaji tidak menjelaskan reka bentuk kajian yang telah dipilih. Pengkaji tidak menerangkan tentang reka bentuk kajian yang digunakan sama ada kajian eksperimen, kajian tinjauan atau kajian kes. Pengkaji hanya menyatakan teknik yang digunakan iaitu teknik Delphi. Beliau kemudiannya memberi justifikasi berkaitan teknik yang digunakan tersebut. Namun, justifikasi tersebut sangat ringkas, seharusnya pengkaji menjelaskan dengan lebih mendalam lagi kerana teknik tersebut masih kurang difahami oleh pembaca. Pengkaji telah menggunakan dua kaedah di dalam kajiannya iaitu kaedah kualitatif untuk kutipan data bagi pusingan pertama. Data yang diperolehi tersebut akan disusun secara termatik mengikut tema. Bagi kutipan data pusingan kedua dan ketiga pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif , pada pusingan kedua dan pusingan ketiga pengkaji telah menyusun data secara julat antara kuartil dan median. Namun, pengkaji tidak menyatakan dengan jelas rasional pengkaji memilih untuk menggunakan kedua-dua kaedah tersebut dan rasional data dikumpulkan melalui tiga pusingan. Seharusnya pengkaji memberi penekanan kepada kaedah pengumpulan data. Kaedah persampelan tidak dijelaskan dengan baik oleh pengkaji. Pengkaji telah menyatakan beliau telah menggunakan kaedah purposive sampling (persampelan bertujuan) di dalam pemilihan sampel. Namun, pengkaji tidak menjelaskan kenapa kaedah persampelan itu digunakan. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah persampelan tidak rawak ada tiga iaitu sampelan bertujuan, sampelan kuota dan sampelan sukarela. Sampelan bertujuan adalah pengkaji dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan sampel yang mewakili populasi. 6 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Pengkaji juga menyatakan beliau telah memilih seramai 11 orang sebagai sampel kajian iaitu seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, 2 orang pegawai Pendidikan Daerah, dua orang pensyarah universiti, dua orang guru pakar Pendidikan Islam, dua orang guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan 2 orang guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Pengkaji menjelaskan sampel tersebut telah dipilih berdasarkan pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun di dalam bidang Pendidikan Islam atau mereka yang mengajar subjek Pendidikan Islam. Lakosi kajian telah dinyatakan oleh pengkaji iaitu di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Pejabat Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah dan Daerah Kinta Utara Perak. Namun, pengkaji tidak menyatakan kenapa lokasi tersebut dipilih, berdasarkan aspek apakah yang mempengaruhi pemilihan lokasi tersebut serta rasional pemilihan lokasi tersebut. Menurut Mohamad Najib (1999), adalah menjadi keperluan untuk pengkaji menyatakan tempat atau institusi dan rasional atau kepentingan pemilihan lokasi kajian tersebut, sekiranya kajian berbentuk am dan global setiap institusi yang dipilih hendaklah mewakili populasi. Pengkaji hanya menjelaskan secara ringkas mengenai instrumen yang digunapakai. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian ini terbahagi kepada dua instrumen iaitu instrumen temubual berstruktur pada kutipan data pusingan pertama dan instrumen soal selidik pada pusingan kedua dan ketiga. Tetapi, pengkaji tidak menyatakan sebab pengkaji memilih untuk menggunakan dua buah instrumen dalam pengumpulan data. Jumlah item temubual dan item soal selidik juga tidak diterangkan. Selain itu, pengkaji juga tidak menjelaskan bagaimanakah proses pelaksanaan pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kedua-dua instrumen kajian tersebut. Bahkan, pengkaji juga tidak menyatakan skop soalan pada kedua-dua instrumen tersebut. Waaubagaimanapun, pengkaji ada menerangkan secara ringkas tentang penggunaan skala likert di bawah Delphi pusingan kedua. Tiada makluman tentang perlaksanaan kajian rintis oleh pengkaji di dalam menghasilkan kedua-dua instrumen kajian tersebut. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen juga langsung tidak diperincikan oleh pengkaji. Menurut Mohd Majid Konting (1998), kesahan pada sesuatu instrumen kajian boleh diukur melalui tiga aspek utama iaitu kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan gagasan. 7 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Menurut Mohamad Najib (1999), kesahan instrumen kajian boleh ditentukan dengan beberapa kaedah berikut iaitu kesahan isi, kesahan telahan, kesahan gagasan dan kesahan serentak. Kesahan isi adalah merujuk kepada sejauhmanakah item soalan yang dibina dapat menguji apa yang ingin diuji oleh pengkaji, kesahan telahan pula adakah item soalan dapat menghasilkan petanda kejayaan sampel, kesahan gagasan ialah adakah item soalan merangkumi semua ciri konsep yang ingin diuji dan kesahan serentak ialah item soalan dapat mengaitkan kejayaan sesuatu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Setiap kajian yang dilaksanakan, harus melalui proses yang betul. Walaubagaimanapun, pengkaji dilihat tidak mengikut proses yang betul. Pengkaji dilihat tidak memohon kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPPDP), KPM terlebih dahulu. Ini kerana, pengkaji langsung tidak menyatakan dalam prosedur pengumpulan data dan tidak juga melampirkan surat permohonan dari BPPDP pada bahagian lampiran. Sebaliknya pengkaji terus menghantar surat kepada panel pakar untuk mempelawa mereka menjadi peserta kajian. 8 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 4 Di dalam bab 4, pengkaji telah menyatakan proses pengumpulan dan proses menganalisis dapatan kajian telah dijalankan dengan menggunakan perisian berkomputer iaitu SPSS versi 17 (seperti yang telah dinyatakan oleh pengkaji pada bahagian sinopsis). Pengkaji juga menyatakan hasil dapatan kajian dianalisis dengan mengambil kira median dan julat antara kuartil. Pengkaji telah menerangkan data yang telah dianalaisis bermula dengan bahagian demografi. Pengkaji banyak menggunakan bantuan gambarajah ketika menerangkan data dapatan kajian. Pengkaji telah berjaya menomborkan setiap gambarajah dan jadual yang digunakan dan telah mengelakkan berlakunya kekeliruan. Selepas menjelaskan analisis data dapatan kajian demografi, pengkaji meneruskan dengan menerangkan hasil dapatan kajian menggunakan instrumen yang pertama iaitu instrumen temubual berstruktur pada kutipan data pusingan pertama. Huraian tersebut dibantu jadual atau rajah. Selepas itu barulah pengkaji meneruskan dengan analisis hasil dapatan kajian dari instrumen yang kedua iaitu instrumen soal selidik pada kutipan data pusingan kedua dan pusingan ketiga. Secara keseluruhannya, pengkaji telah menyatakan hasil dapatan kajian dan menghuraikannya berdasarkan persoalan kajian. 9 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 5 Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat perbincangan berdasarkan persoalan kajian yang ditimbulkan. Penerangan di buat mengikut aspek penampilan diri, keimanan kepada Allah, kemahiran mengajar dan sudut ilmu pengetahuan. Namun, setiap perbincangan hasil dapatan analisis kajian tersebut kurang dipersembahkan dengan sokongan daripada kajian lepas. Pengkaji seharusnya mengaitkan setiap perbincangan dengan kajian daripada pengkaji lain sepertimana yang telah dinyatakan dalam bab 2. Pengkaji telah membincangkan hasil analisis data dapatan kajiannya dengan baik. Perbincangan yang dibuat adalah mengikut susunan persoalan kajian iaitu apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar? dan apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek ilmu pengetahuan?. Secara keseluruhannya pengkaji berjaya menyatakan cadangan beliau hasil dari dapatan kajian beliau terhadap kajian lanjutan. Pengkaji memberi pandangan terhadap kajian yang akan datang, agar para pengkaji yang ingin membuat kajian berkenaan ciri guru contoh pendidikan Islam dapat membuat skop kajian tentang sejauhmanakah aspek penampilan diri guru pendidikan Islam boleh memberi kesan kepada akhlak pelajar. Pengkaji membuat kesimpulan, dengan menyatakan kajiannya telah berjaya menjawab 4 persoalan kajian yang telah dikemukakannya di dalam bab 1. RUJUKAN Pada bahagian rujukan pengkaji telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 50 rujukan yang digunakan dalam kajian beliau. Semua rujukan tersebut telah disenaraikan mengikut format APA style. 10 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
    • TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN RUJUKAN Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E), 57-71. Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2012). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan pendidikan. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 11 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006