SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1
ABSTRAK
Karya agung merupakan karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran
luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap sebagai warisan bangsa
dalam erti kata bahawa kandungan karya tersebut mewakili „minda‟ dan pengalaman bangsa itu
sepanjang zaman sebagaimana yang terpancar dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi
ilmu, adat, bahasa, seni, pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan
bangsa itu. Hikayat Hang Tuah yang dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 adalah salah
satu karya agung jenis epik Melayu yang mewakili bangsa Melayu itu sendiri tentang cita-
citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Karya agung Hikayat Hang Tuah
bukan sekadar cerita yang memaparkan kehebatan watak Hang Tuah tetapi turut menceritakan
atau menggambarkan nilai-nilai Melayu yang membentuk jati diri bangsa Melayu itu sendiri.
Secara ringkasnya, nilai-nilai tradisi yang dipelihara sejak dahulu lagi dapat dibuktikan melalui
kandungan karya agung, Hikayat Hang Tuah yang telah meninggalkan semangat yang kekal
dalam minda Melayu hingga hari ini dengan kata-kata “ Takkan Melayu Hilang di Dunia”.
2
1.0 PENGENALAN
1.1 Nilai Melayu
Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2007: 1081), nilai merujuk kepada darjat,
kualiti, mutu dan taraf. Konsep nilai boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama iaitu
sebagai sifat yang menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan
kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai
kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai membolehkan manusia untuk membezakan
antara perkara yang buruk atau perkara yang baik dan yang benar atau yang salah. Secara
ringkasnya, nilai bukan sahaja menjadi kayu ukur bagi sesuatu barang tetapi juga menjadi
tunjang dalam menerima atau menolak sesuatu perbuatan atau tingkah laku manusia.
Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih
sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan
kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis
panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah dalam
kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Masyarakat Melayu mempunyai
cara tersendiri dalam mendidik masyarakatnya untuk menghayati nilai. Penghayatan nilai
ini bukannya secara terang-terangan namun disampaikan secara halus melalui sastera.
Mengikut Redfield (1953), nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi
individu atau sifat-sifat bagi sesuatu kelompok yang dikehendaki yang mampu
mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Nilai-nilai tradisi yang
telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang
membentuk beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkah laku anggota sesuatu
masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai tradisi ini dapat mengukuhkan ikatan
sosial dan menonjolkan identiti masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang terkandung dalam
hikayat ini menjadi pedoman hidup bagi orang Melayu, generasi tua ataupun generasi
muda.
3
1.2 Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman
kerajaan Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana serta pahlawan Melayu yang
taat kepada sultannya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada
abad ke-15. Semasa Hang Tuah berkhidmat di istana, beliau telah dihadiahi dengan keris
Taming Sari kerana telah berjaya membunuh seorang pahlawan Majapahit.
Hang Tuah telah dihukum bunuh kerana dituduh berzina dengan dayang Sultan.
Bagaimanapun hukuman itu tidak dilaksanakan dan Hang Tuah telah dihantar ke suatu
tempat yang terpencil. Hang Jebat telah mempercayai sahabatnya itu telah mati lalu
menuntut bela dengan melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan dan
telah menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Sultan berasa menyesal kerana telah
menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana hanya Hang Tuah sahaja yang
mampu mengalahkan Hang Jebat. Bendahara telah memanggil Hang Tuah dari tempat
persembunyiannya dan beliau telah diampunkan oleh Sultan. Hang Jebat tewas selepas
bertarung dengan Hang Tuah selama tujuh hari. Hang Tuah telah meneruskan
khidmatnya kepada Sultan selepas kematian Hang Jebat.
4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengetahui kesetiaan dan ketaatan Hang Tuah terhadap raja Melaka melalui
karya hikayat Hang Tuah.
2.2 Merungkai sifat penderhakaan Hang Jebat kepada raja Melaka melalui karya
hikayat Hang Tuah.
2.3 Mengenal pasti sama ada Hang Jebat benar-benar menderhaka atau sebaliknya
melalui karya hikayat Hang Tuah.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
3.1 Sejauh manakah kesetiaan dan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka?
3.2 Mengapakah Hang Jebat sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka?
3.3 Benarkah Hang Jebat derhaka kepada Sultan Melaka?
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi maklumat dan memberi pendedahan kepada
masyarakat tentang masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Raja Melaka dan menceritakan
kembali tentang karya agung hikayat Hang Tuah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk
merungkai nilai-nilai yang dibawakan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa nilai murni atau nilai positif sangat rapat hubungannya dengan masyarakat
Melayu kerana masyarakat Melayu dianggap sebagai masyarakat yang mementingkan adab dan
nilai. Namun, nilai negatif juga dibincangkan secara terperinci kerana nilai ini memberikan kesan
yang mendalam kepada masyarakat Melayu.
Dalam karya hikayat Hang Tuah ini sarat dengan nilai-nilai murni seperti sifat berani,
rasional, taat setia, baik hati, pemurah, bijaksana dan pintar, mengenang budi, penyayang dan
5
penderhakaan tetapi kajian ini hanya berfokus kepada nilai ketaatan yang terdapat pada watak
Laksamana Hang Tuah dan nilai penderhakaan yang terdapat pada watak Hang Jebat.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bersifat deskriptif kualitatif. Metodologi pengumpulan data yang digunakan adalah
melalui kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan ini melibatkan beberapa buah buku karya
agung, iaitu karya hikayat Hang Tuah dan melalui internet. Data diperoleh melalui pengamatan
yang intensif terhadap karya hikayat Hang Tuah, iaitu data keseluruhan diperolehi melalui
pembacaan secara khusus terhadap karya agung ini. Semasa pelaksanaan kajian, saya telah
menganalisis secara keseluruhan mengenai nilai-nilai Melayu yang terdapat dalam hikayat ini
kerana hikayat Hang Tuah mempunyai pelbagai jenis nilai dari segi positif dan negatif, di mana
saya telah mengambil kedua-dua nilai ini sebagai kajian utama saya. Fokus kajian ini adalah
pada nilai positif, iaitu nilai ketaatan yang terdapat pada diri Laksamana Hang Tuah itu
sendiri,dan nilai negatif, iaitu nilai penderhakaan yang ditonjolkan melalui watak Hang
Jebat.Nilai ketaatan jelas ditonjolkan oleh masyarakat tradisional terhadap raja yang memerintah
pada zaman tersebut sehingga raja digambarkan sebagai dewa dan pantang derhaka kepada
raja.Oleh hal yang demikian, karyahikayat Hang Tuah ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan
kajian kerana sarat dengan nilai ketaatan yang digambarkan melalui Hang Tuah, Datuk
Bendahara, Hang Lekir, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan para pengikut raja yang lain. Hang Tuah
yang dilantik sebagai Laksamana dan menjadi ketua kepada pengikut raja sudah tentu sanggup
melakukan apa sahaja jika melibatkan urusan raja Melaka.
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Perbincangan Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai
sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan.
Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian
daripada Sulalatus Salatin (sejarah melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai
sebuah karya sastera Melayu yang terindah.
6
Hikayat Hang Tuah mengikut Shellabear ada dua edisi yang disalin dan
digunakan hingga pada masa ini. Satu daripadanya naskhah yang disalin oleh Shellabear
sendiri dan dicetak oleh Malayan Publishing House, Singapura yang mana ia didasarkan
daripada hikayat tulisan tangan dalam simpanan R.N. Bland. Sementara yang sebuah lagi
ialah naskhah yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta.
Permulaan hikayat ini ditonjolkan mengenai pemerintah di kayangan yang
akhirnya turun ke dunia semata-mata untuk menabalkan anak baginda Sang Peri Dewa di
Bukit Seguntang. Baginda berkahwin pula dengan seorang puteri yang menjelma dari
muntah lembu dan memperoleh empat orang anak, iaitu Sang Seniaka, Sang Jaya
Nentaka, Sang Maniaka dan Sang Setiaka. Sang Maniaka menaiki kerajaan Bentan,
daripada situ barulah dikaitkan dengan kisah keturunan Hang Tuah anak Hang Mahmud
dengan Dang Merdu Wati di Sungai Duyung. Kesempitan hidup menyebabkan Hang
Mahmud anak beranak berhijrah ke Bentan. Alamat dan tanda-tanda ajaib melalui mimpi
menyatakan bahawa Hang Tuah satu ketika nanti akan menjadi orang terbilang ada juga
disebutkan.
Semasa kecilnya Hang Tuah kebetulan berkawan dengan empat orang sahabat
yang akrab dan sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu. Sejak kecil lagi Hang Tuah sudah menunjukkan keberanian dan kehandalan
apabila mereka berlima mengalahkan lanun yang hendak menangkap mereka. Sekali lagi
peristiwa Hang Tuah seorang diri telah membunuh orang gila dengan kapak.
Hang Tuah lima bersahabat naik ke gunung untuk berguru kepada Sang Adi
Putera. Di situlah pendita tersebut meramalkan kematian Hang Jebat di tangan Hang
Tuah. Keberanian kelima sahabat ini ditonjolkan lagi apabila mereka berjaya membunuh
orang-orang mengamuk yang hendak membunuh rombongan Bendahara Paduka Raja.
Atas jasa mereka itu, kelima-limanya diambil oleh Bendahara menjadi pegawai rendah
dalam istana.
Patih Kerma Wijaya dari Majapahit merajuk dan lari ke Bentan. Dikaitkan pula
cerita panji dimana Raden Wira Nentaja dari Daha singgah dalam perjalanan mencari
sepupunya Raden Galuh Puspa Kencana. Diikuti pula dengan kisah Sang Maniaka
7
membuka negeri Melaka dan Hang Tuah ketika itu Bentara telah ditugaskan meminang
Puteri Betara Majapahit. Di Majapahit pula, Hang Tuah dan angkatan Melaka telah diuji
oleh pendekar-pendekar Jawa. Termasuklah beliau membunuh orang Jawa yang
mengamuk serta menewaskan Taming Sari dan Betara Majapahit memberikan gelaran
kepadanya Laksamana.
Raja Melaka semakin sayangkan Hang Tuah dan ini menerbitkan rasa dengki dan
cemburu dalam kalangan pembesar istana serta memfitnah beliau sehingga sultan
menitahkan Hang Tuah dibunuh. Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dengan
menyuruhnya melarikan diri. Akhirnya Laksamana Hang Tuah pergi ke Indara Putera
(pahang). Disana beliau telah membuat angkara dengan melarikan Tun Teja puteri
kepada Bendahara Pahang untuk disembahkan ke bawah duli Sultan Melaka. Tunang
kepada Tun Teja- Megat Panji Alam marah, tetapi dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang
Kasturi begitu juga dengan adiknya Megat Kembar Ali.
Sekali lagi Hang Tuah difitnah oleh pembesar-pembesar yang dengki. Bendahara
yang dititah membunuh Hang Tuah telah menyorokkan Hang Tuah di hulu Melaka. Hang
Jebat sebagai sahabat setia marahkan pembesar yang hasad dengki itu membuat onar.
Istana sultan dirampas, gundik raja dinodainya. Begitu ramai pendekar yang dihantar
membunuh Hang Jebat semuanya kecundang. Hang Tuah yang diampun kembali telah
membunuh sahabat baiknya kerana dianggap memderhaka kepada raja. Semasa hayatnya,
Hang Tuah juga dikatakan telah dihantar menjadi duta ke Benua Keling, ke Benua Cina
dan pernah jumpa Nabi Allah Khidir yang memberikannya ilmu supaya boleh bertutur
apa-apa juga bahasa di dunia ini.
Di akhir cerita dikatakan Hang Tuah yang sudah tua itu memohon ke bawah
untuk berkhalwat, atau beribadat di Tanjung Jugra. Dikatakan semasa Hang Tuah
beribadat di situ tiba-tiba dia ghaib menjadi wali Allah. Kononnya hulubalang besar tidak
akan mati. Sejajar pula dengan slogan yang disebut-sebut oleh Hang Tuah, " Tidakkan
Melayu hilang di dunia".
6.2 Nilai Ketaatan
8
Kata taat berasal dari perkataan Arab, iaitu Ta‟at. Kata ini memiliki makna
mengikuti atau menuruti. Secara lebih khusus, istilah taat beerti mengikuti dan menuruti
keinginan atau perintah dari luar diri kita. Dengan kata lain, taat ertinya tunduk, patuh
saat kita mendapat perintah atau larangan untuk dihindari. Secara umum, nilai ketaatan
bermaksud sentiasa melaksanakan segala peraturan yang ditetapkan. Ketaatan dan
kepatuhan yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan mewujudkan
ketenteraman dalam kehidupan bermasyarakat. Ketaatan dan kepatuhan juga merupakan
aspek utama dalam mewujudkan keadilan masyarakat secara keseluruhan.
Dalam hikayat Hang Tuah, pengarang banyak menyelitkan nilai ketaatan kepada
raja. Raja dianggap sangat mulia kedudukannya dan mempunyai kedudukan yang tinggi.
Raja Melayu menurut Kassim Ahmad (2008), kedudukan raja atau sultan dalam hikayat
Hang Tuah seolah-oleh sebagai manusia dewa yang mencipta dan mengatasi undang-
undang. Oleh itu, urusan yang berkaitan dengan raja harus lebih diutamakan daripada
urusan peribadi. Gambaran seperti ini jelas ditonjolkan dalam hikayat Hang Tuah
sehingga ungkapan “Tiada adat hamba Melayu menderhaka kepada raja” terus disebut
berulang kali. Sehubungan itu, raja dipercayai mempunyai daulat dan seseorang yang
menentang raja dapat dianggap sebagai mencabar kedaulatan raja.
Ketaatan Hang Tuah kepada rajanya tidak berbelah bagi. Dalam hikayat Hang
Tuah, Tuah digambarkan sebagai tokoh yang setia menjalankan segala perintah rajanya
walaupun kadangkala tugas yang diberikan itu tidak sejajar dengan kedudukannya
sebagai pahlawan negara. Hal ini dapat dilihat sewaktu dia berjaya menyelamatkan kuda
tezi yang jatuh ke dalam telaga tahi (najis). Hang Tuah juga dapat mengambil buah nyiur
gading yang diidamkan oleh Raden Emas Ayu dan sanggup pula dikuburkan hidup-hidup
semata-mata kerana raja Melaka ingin mendapatkan berita dari kubur.
Selain itu, nilai ketaatan Hang Tuah terhadap raja menyebabkan Hang Tuah
sanggup menerima hukuman bunuh daripada rajanya, walaupun beliau mengetahui
bahawa dia tidak bersalah dan telah difitnah berkhalwat dengan gundik raja oleh Patih
Kerma Wijaya.. Walaupun begitu, Tun Bendahara Paduka Raja tidak melakukan
hukuman tersebut, sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah di dusun Bendahara Paduka
Raja di Hulu Melakauntuk berguru dengan Syeikh Mansur. Beliau melakukan hal yang
9
demikian kerana bagi mengelakkan rahsia tersebut diketahui orang. Dengan hukuman
yang sebegitu rupa, Hang Tuah masih menjungjung adat ketaatan kepada raja dan tidak
pernah berdendam terhadap rajanya. Demikian deceritakan betapa besarnya ketaatan
Hang Tuah kepada rajanya dan tidak berpaling tadah walaupun dihukum atas kesalahan
yang tidak dilakukannya.Sebagai contoh, gambaran ini dapat dilihat sewaktu dia pulang
dari Inderapura setelah berjaya membawa lari Tun Teja:
...”Daulat Tuanku Syah Alam, patik ini hamba yang hina mohonkan
ampun dan kurnia di bawah Duli Yang Dipertuan akan patik ini, kerana
hamba Syah Alam tiada berdosa ke bawah cerpu Duli Syah Alam. Maka
hamba Syah Alam pun harap akan ampun Syah Alam kerana Si Tuah
tiada mau bertuan lain daripada anak cucu Duli Syah Alam. Tatkala patik
di Inderapura beberapa kali Raja Inderapura hendak anugerah nama
Laksamana akan patik dan hendak kurnia bininya akan patik; patik tiada
mau, mohonkan juga patik, kerana patik Melayu tiada mau demikian,
sehingga mati sudahlah. Yang bernama tuan lain daripada anak cucu
Syah Alam itu mohonlah patik. Bahawa Si Tuah sekali-kali tiada mau
mengubah setianya dan katanya."
(Hikayat Hang Tuah : 231-232)
Petikan di bawah ini menunjukkan bahawa Laksamana Hang Tuah telah
menggunakan kebijaksanaan beliau untuk melindungi raja Melaka daripada Seri
Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada ketika mereka ke Majapahit. Dengan
bantuan dan kebijaksanaan Hang Tuah inilah yang menyebabkan Seri Betara sangat
marah dan berasa malu dengan kepulangan raja Melaka. Justeru, jelas menunjukkan
ketaatan Laksamana Hang Tuah kepada raja Melaka.
Maka raja pun bertitah kepada Laksamana juga “Suka baginda menengar
riwayat tatkala Laksamana di Majapahit itu.” Maka Laksamana pun
beriwayatlah sambil minum di hadapan raja dan segala pegawai. Maka
raja terlalu suka menengar dia. Maka titah baginda, “Itulah maka kita
10
tiada mahu pergi ke Majapahit itu, ia berbuat akan Laksamana penaka
tubuh kitalah diperbuatnya.” Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku,
insya-Allah Taala, mengapa pula Duli Yang Dipertuan tiada berangkat ke
Majapahit itu? Tetapi paduka adinda jangan dibawa. Patiklah bercakap
membawa Duli Yang Dipertuankembali dengan sempurnanya, kerana
main Seri Betara dan Patih Gajah Mada habis patik ketahui.”
(Hikayat Hang Tuah : 291)
Manakala petikan di bawah ini juga adalah contoh kesetiaan Laksamana Hang
Tuah kapada raja Melaka, iaitu setelah bendahara memberitahu baginda bahawa
Hang Tuah tidak dibunuh sebaliknya telah menyembunyikan beliau pada satu
tempat, raja terus menyuruh Hang Tuah di bawa mengadap ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Ketika Laksamana masuk mengadap, baginda menitahkan Laksamana
supaya membunuh Hang Jebat yang dianggap Si penderhaka kerana melakukan
sewenang-wenangnya di istana baginda dan bermukah dengan ramai gudik baginda.
Ketaatan Laksamana kepada baginda tiada tolak bandingnya kerana Laksamana
sanggup menurut kata raja Melaka untuk membunuh rakannya sendiri.
… Maka titah baginda, “Dapatkah kekasihku membunuh Si Jebat
demikian itu?” Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, patik
mohonkan ampun, patik pohonlah keris pandak patik pergi membuangkan
Si Jebat derhaka itu.” Maka titah raja, “Ayo Laksamana, keris itu sudah
kita berikan Si Jebat derhaka itu.” Setelah Laksamana menengar titah
raja demikian itu, maka Laksamana menampar-nampar pahanya seraya
berkata “Wah, sayangnya keris itu beroleh akan Si Jebat. Siapatah dapat
berhadapan dengan dia?” maka titah raja, “Hai Laksamana, janganlah
kekasihku bercintakan keri itu. Keris banyak pada kita, baik-baik
daripada keris itu.”
(Hikayat Hang Tuah : 349)
11
6.3 Nilai Penderhakaan
Nilai penderhakaan merupakan satu nilai negatif yang boleh dianggap sebagai
sesuatu kelakuan yang biadap dan bertentangan dengan nilai kebaikan. Dalam hikayat
Hang Tuah, nilai penderhakaan dapat kita lihat menerusi watak Hang Jebat kerana Hang
Jebat digambarkan sebagai seorang penderhaka, di mana Hang Jebat telah menderhaka
kepada sultan.
Penderhakaan Hang Jebat semakin katara dan dilihat jelas melalui perlakuannya
yang bersenang-lenang dengan gundik raja di dalam istana baginda sehingga raja
terpaksa berpindah dari istana tersebut kerana Hang Jebat ingin membunuh baginda.
Baginda dilindungi oleh bendahara, temenggung dan para pegawai yang lain. Hang Jebat
juga telah mengamuk dan membunuh ramai orang di sekelilingnya. Petikan di bawah
menunjukkan kelakuan Hang Jebat yang menderhaka kepada raja Melaka.
“Maka Hang Jebat pun bermukah dengan segala dayang-dayang, maka
dilihatnya seorang pun tiada berani menegur dia. Maka ia pun bermukah
pula dengan biduan raja yang hampir, itupun seorang pun tiada berani
segalai pegawai menegur dia. Maka Hang Jebat pun bermukah pula
dengan gundik raja yang dikasih raja, itupun tiada berani orang berkata
akan dia. Maka Hang Jebat pun duduklah makan minum dengan tepuk
tarinya.”
(Hikayat Hang Tuah : 333)
Pertarungan sengit dapat dilihat melalui pergaduhan Hang Tuah dan Hang Jebat
kerana Hang Tuah menganggap saudaranya itu telah melakukan onar dan perbuatan yang
terkutuk kerana telah melakukan perbuatan terkutukatau berzina dengan gundik rajanya
sendiri dan menderhaka kepada raja. Kemarahan Hang Tuah menyebabkan mereka
menjadi musuh, walaupun Hang Jebat melakukan perbuatan tersebut disebabkan
menuntut bela demi kematian Hang Tuah kerana Hang Jebat merasakan ketidakadilan
12
apabila saudaranya, Hang Tuah dihukum bunuh tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Walaupun begitu, Hang Tuah tidak mahu mengetahui tentang hal tersebut, malah tetap
menggaggap bahawa Hang Jebat sebagai pengkhianat. Petikan di bawah menunjukkan
pergaduhan antara Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.
Maka kata Laksamana, “Si Jebat orang yang tiada teguh setianya!
Sungguhlah kamu orang yang hina. Manatah katamu tiada menyesal dan
berani mati?” Maka kata Hang Jebat, “Lebih ampun orang kayalah yang
akan diperhamba, kerana hati diperhamba tiada tertahan melihat orang
kaya terdiri-diri di tengah tangga itu.” Maka kata Laksamana, “Jika
demikian, marilah engkau turun.” Maka kata Hang Jebat, “Aku bertikam
di tanah dengan engkau tewaslah aku, kerana aku seorang, engkau
banyak.” Maka kata Laksamana, “Mengapa pula aku meminjam berani
orangnya demikian itu? Dalam pada itu pun jika hendak turun supaya
kuhalaukan segala orang banyak itu.” Maka kata Hang Jebat, “Tiada
mahu aku turun. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah
engkau naik ke istana ini.”
(Hikayat Hang Tuah : 291)
6.4 Ulasan Keseluruhan terhadap Jalan Cerita, Nilai Ketaatan dan
Penderhakaan
Raja Melaka serta semua pembesar istana sudah tidak sanggup menghadapi amukan
Hang Jebat di dalam istana yang dianggap derhaka kepada raja. Tiada siapa yang berani
menghalang tingkah laku Hang Jebat. Lalu Bendahara Paduka Raja membuka rahsia
bahawa Hang Tuah masih hidup dan beliau berada di dusun Bendahara Paduka Raja di
Hulu Melaka, berguru dengan Syeikh Mansur. Raja menitahkan Tun Pakerma dan Tun
Kasturi agar menjemput Hang Tuah untuk pulang ke Melaka. Raja Melaka sangat
gembira menyambut kepulangan Hang Tuah, tambahan lagi baginda sangat rindu
kepadanya. Baginda memberikan ayapan baginda kepada Hang Tuah menunjukkan
bahawa baginda sangat kasih akan Hang Tuah. Baginda menitahkan supaya Hang Tuah
13
beradu tenaga dengan Hang Jebat kerana baginda tidak tahan dengan penderhakaan Hang
Jeba. Hang Tuah mengambil masa lima hari lima malam untuk berehat kerana badan
beliau terasa lemah kerana sudah empat bulan tidak bermain senjata.
Hang Tuah menyuarakan kepada raja supaya keris Taming Sari diserahkan
kembali kepadanya, tetapi keris tersebut telah diserahkan kepada Hang Jebat semasa Raja
Melaka menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah. Selagi keris
tersebut berada di tangan Hang Jebat, tidak seorang pun akan dapat menumpaskannya.
Raja Melaka mencadangkan supaya Hang Tuah menggunakan keris-keris baginda yang
lain. Hang Tuah mencuba semua keris baginda raja tetapi tidak ada satu pun yang boleh
menandingi kehebatan keris Taming Sari. Akhirnya, Raja Melaka pun menitahkan Hang
Kasturi supaya mengambil keris yang dianugerahkan oleh ayahandanya di Bukit
Siguntang untuk diberikan kepada Hang Tuah.
Di Istana Melaka, Hang Jebat menyambut baik akan kedatangan Hang Kasturi
atas sebab hubungan persahabatan mereka sejak kecil. Hang Kasturi melaksanakan
seperti yang telah dititahkan kepadanya. Hang Jebat pun mengambil keris tersebut dan
menyerahkan kepada Hang Kasturi. Keesokan tengah harinya, sewaktu Hang Jebat
sedang tidur, Hang Tuah diiringi 40 orang pengawal dan berbekalkan keris pusaka Raja
Melaka pergi ke Istana Melaka untuk membunuh Hang Jebat. Hang Jebat terjaga dari
tidurnya apabila terdengar huru-hara suara dayang-dayang istana seramai 700 orang
bising ketakutan. Kehadiran Hang Tuah ditengah-tengah taman istana sangat
mengejutkan Hang Jebat dan beliau menganggapnya hanya mimpi kerana beliau hanya
mengetahui yang Hang Tuah telah mati dibunuh. Sebelum Hang Tuah memasuki istana,
Hang Jebat menutup semua 40 pintu istana dan membunuh semua perempuan dalam
istana, kecuali Dang Baru yang sedang mengandung tujuh bulan. Hang Tuah menyuruh
Hang Jebat membuka kedua-dua daun pintu kerana khuatir akan tipu helahnya. Hang
Tuah pun melompat ke dalam istana dan bermulalah pergelutan di antara dua sahabat
tersebut.
Jika dilihat pada seluruh isi cerita karya Hikayat Hang Tuah ini, pada pendapat
saya nilai ketaatan yang diketengahkan oleh karya hikayat Hang Tuah ini perlu
diterapkan dalam kehidupan pada masa kini. Namun, konsep kesetiaan yang dipegang
14
oleh Hang Tuah itu melampaui nilai kemanusiaan kerana kesanggupannya dalam
menegakkan keadilan sehingga mengenepikan diri sendiri. Konsep ketaatan kepada raja
atau pemerintah itu sememangnya harus dipegang tetapi perlu mendasari nilai
kemanusiaan yang sepatutnya. Pada era globalisasi dunia hari ini, kita perlu
menitikberatkan dan memegang nilai kesetiaan tersebut kerana masyarakat Melayu hari
ini semakin hari semakin luntur dan jauh dari nilai Melayu. Malah, masyarakat Melayu
kini lebih ke arah Barat sehingga terpengaruh dari pelbagai segi sama ada dari segi
pakaian mahupun cara hidup. Kesetiaan yang kita boleh simpulkan dengan dunia
masyarakat Melayu sekarang ini adalah kesetiaan kepada suami, bagi wanita yang telah
berkahwin. Hal ini demikian kerana nilai taat setia inilah yang mengharmonikan rumah
tangga dan menjauhkan wanita daripada perkara yang negatif. Oleh itu, nilai kesetiaan
ini wajar diamalkan dalam masyarakat dunia sekarang.
Manakala dari segi penderhakaan, saya berpendapat bahawa Hang Jebat adalah
seorang Pahlawan yang berani dalam menegakkan keadilan dan kebenaran, tidak seperti
Hang Tuah yang dilihat seolah-olah pengecut kerana menerima sebulat-bulatnya titah raja
dalam hukuman yang dijatuhkan kepadanya. Lagipun, Hang Jebat berjuang mendapatkan
kepercayaan raja dan memperolehi keris Taming Sari adalah disebabkan untuk menuntut
bela di atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat merasakah raja sangat zalim kerana
menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Hal
ini menimbulkan kemarahan Hang Jebat dan beliau berjanji untuk menuntut bela di atas
kematian sahabatnya itu. Justeru itu, jika dilihat dari sudut positif, Hang Jebat sebenarnya
tidak menderhaka tetapi mahu menuntut bela kepada raja yang zalim. Hal ini dapat dilihat
pada petikan di bawah :
Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian, maka ia pun
hairan, seraya berkata, “Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah
maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam
dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan
Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.”
(Hikayat Hang Tuah : 355)
15
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya nilai persaudaraan dan
persahabatan dalam kehidupan masyarakat. Jika dilihat dalam masyarakat hari ini, ramai
yang menderhaka kepada ibu bapa, suami dan lain-lain. Sifat penderhakaan yang
dipegang oleh Hang Jebat ini menjadi pengajaran kepada masyarakat Melayu. Walaupun
beliau dianggap sebagai penderhaka tetapi beliau menderhaka demi menegakkan
kebenaran. Berbeza pula dengan masyarakat Melayu sekarang kerana masyarakat Melayu
hari ini mengikut hawa nafsu semata-mata dan melakukan setiap perkara demi
kepentingan diri sendiri. Namun begitu, kita tidak harus mengikut dan menanam nilai
negatif seumpama ini. Tambahan pula, Hang Jebat telah melakukan perbuatan yang
dilarang oleh Allah S.W.T, iaitu berzina (bermukah) dengan Dang Baru, jadi kita tidak
patut menanam sikap seumpama ini.Selain itu, boleh juga dilihat daripada kenyataan
Hang Jebat kepada Hang Tuah selepas Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah.
...” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka
Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya,
“Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain
membunuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada
diperhamba.”
..., “Hai saudaraku, maukah saudaraku makan nasi barang sesuap?”
maka sahut Hang Jebat, “Mohon diperhamba, tetapi yang kasih orang
kaya itu tiadalah terbalas oleh diperhamba, melainkan Allah Taala jua
membalas dia. Jikalau ada kasih diperhamba, ada suatu pesan
diperhamba.” Maka kata Laksamana, “Pesan yang mana itu?” Maka
kata Hang Jebat, “Adapun diperhamba bermukah dengan Dang Baru,
dayang-dayang Datuk Bendahara, maka sekarang ia bunting tujuh bulan.
Jika ia beranak laki-laki, ambil oleh orang kaya dipeliharakan jadikan
hamba, mana perintah orang kaya. Itulah pesan diperhamba.” Maka
Laksamana pun berkata, “Baiklah, insyaAllah Taala, anak saudaraku itu
anaklah kepada hamba.”
(Hikayat Hang Tuah : 367)
16
Dalam kenyataan tersebut, kita dapat gambarkan bahawa betapa besarnya
pengorbanan Hang Jebat kepada Hang Tuah dan semangat persaudaraan dan setiakawan
tidak luntur dari dalam diri Hang Jebat sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi
saudara yang disayanginya.
7.0 KESIMPULAN
Hikayat Hang Tuah ialah karya sastera yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Nilai
utama yang menjadi tema Hikayat Hang Tuah ialah berani, rasional, taat setia, baik hati dan
pemurah. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul demi merealisasikan misi
nasional negara. Sejajar dengan itu, nilai murni telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk
generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai Melayu dalam kehidupan mereka.
Menurut Za‟ba (1950) dalam Mohd Rashid Md Idris (2011) menyatakan bahawa
masyarakat Melayu yang dianggap beradat mestilah berbudi bahasa dan baik tutur katanya.
Kebiasaannya, orang Melayu amat mudah menegur lebih-lebih lagi orang yang dikenalinya
sambil melemparkan sekuntum senyuman manis yang ikhlas.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni ini dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkan terbentuknya
sistem nilai yang membentuk beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkah laku anggota
sesuatu masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai tradisi ini dapat mengukuhkan ikatan
sosial dan menonjolkan identiti masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang terkandung dalam hikayat
ini menjadi pedoman hidup bagi orang Melayu, generasi tua ataupun generasi muda.
17
BIBLIOGRAFI
Kassim Ahmad dan Noriah Mohamed, (1997). Hikayat Hang Tuah: Kuala Lumpur:
Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Creative Thinking ( 2013 ). Hikayat Hang Tuah. Diperoleh pada Mac 2, 2014
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Hang_Tuah
Creative Thinking. Hikayat Hang Tuah: Naskah Asli. Diperoleh pada Mac 4, 2014
daripada http://www.scribd.com/doc/12739677/Hikayat-Hang-Tuah
naskah-asli
Kamaruddin M.Said, ( 2007 ). Minda Orientalis dan Minda Pasca-Kolonial: Politik
Membaca Hikayat Hang Tuah. Diperoleh pada Mac 6, 2014 daripada
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA70/aka
emika70[03].pdf
Ramizah Mohd Azri, ( 2009 ). Kajian Hikayat Hang Tuah: Betara Majapahit
dengan Raja Melaka II. Diperoleh pada Mac 2, 2014 daripada
http://smsohhtb3.blogspot.com/
Handika‟s, (2013). Pengertian, Artikel dan Contoh Perilaku Taat. Diperoleh pada Oktober 2013
daripada handikap60.blogspot.com/2013/10
18
Lamchunchang (2011). Penderhaka: Erti Nilai dari Aspek Perspektif Sejagat. Diperoleh pada
Ogos 16, 2011 daripada lamchunchang.blogspot.com/
Muhammad Haji Salleh (2013). Seminar Kebangsaan Hikayat Hang Tuah “Takkan Melayu
Hilang di Dunia”. Persatuan Pengajian Melayu Universiti Sains Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.
Chew Lili, Tank Soo Lean, The Ching Hooi, Eng Bee Leng dan Lim Ai Poh. Nilai-nilai Murni
dalam Karya Agung Melayu. Diperoleh pada Mac 17, 2013 daripada
www.slideshare.net/NilaiHikayat Hang Tuah

More Related Content

What's hot

3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...Nurul Atikah
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARPENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARMeera Zaheed
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
6 Ciri Murid Global
6 Ciri Murid Global6 Ciri Murid Global
6 Ciri Murid GlobalVince Here
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kaizen Kohana
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Alecis Alex
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 

What's hot (20)

3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARPENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
6 Ciri Murid Global
6 Ciri Murid Global6 Ciri Murid Global
6 Ciri Murid Global
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kerajaan maritim
Kerajaan maritimKerajaan maritim
Kerajaan maritim
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 

Similar to Hikayat Hang Tuah

Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.jimoh370
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATNorWahida Salim
 
Soalan perbincangan
Soalan perbincanganSoalan perbincangan
Soalan perbincanganDidamin
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
ppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptx
ppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptxppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptx
ppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptxyenitabarus1
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxRaihan745396
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3Mira Sandrana
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Fungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat LisanFungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat Lisancg.Teha Amran
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adatsastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adatAjengIlla
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Muhamad Sufian
 
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptCerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptMrAnonymous72
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6Mira Sandrana
 

Similar to Hikayat Hang Tuah (20)

Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
 
Hang Tuah
Hang  TuahHang  Tuah
Hang Tuah
 
Soalan perbincangan
Soalan perbincanganSoalan perbincangan
Soalan perbincangan
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
ppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptx
ppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptxppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptx
ppt biahasa indonesia by luna faz xd.pptx
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptx
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Memahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu KlasikMemahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu Klasik
 
Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)
 
Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)
 
Fungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat LisanFungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat Lisan
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adatsastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
 
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptCerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
 

More from NorWahida Salim

Sistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatSistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatNorWahida Salim
 
Bahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanBahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanNorWahida Salim
 
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1NorWahida Salim
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingBinaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingNorWahida Salim
 
Matinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanMatinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanNorWahida Salim
 

More from NorWahida Salim (13)

Sistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatSistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakat
 
Sains dan teknologi
Sains dan teknologiSains dan teknologi
Sains dan teknologi
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
 
Perluasan kuasa
Perluasan kuasaPerluasan kuasa
Perluasan kuasa
 
Bahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanBahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraan
 
Aspek sosial
Aspek sosialAspek sosial
Aspek sosial
 
Aspek sosial falsafah
Aspek sosial falsafahAspek sosial falsafah
Aspek sosial falsafah
 
Aspek ekonomi
Aspek ekonomiAspek ekonomi
Aspek ekonomi
 
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
 
Karya agung melayu
Karya agung melayuKarya agung melayu
Karya agung melayu
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingBinaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
 
Matinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanMatinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawan
 

Recently uploaded

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 

Recently uploaded (20)

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 

Hikayat Hang Tuah

  • 1. 1 ABSTRAK Karya agung merupakan karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap sebagai warisan bangsa dalam erti kata bahawa kandungan karya tersebut mewakili „minda‟ dan pengalaman bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang terpancar dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu. Hikayat Hang Tuah yang dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 adalah salah satu karya agung jenis epik Melayu yang mewakili bangsa Melayu itu sendiri tentang cita- citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Karya agung Hikayat Hang Tuah bukan sekadar cerita yang memaparkan kehebatan watak Hang Tuah tetapi turut menceritakan atau menggambarkan nilai-nilai Melayu yang membentuk jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Secara ringkasnya, nilai-nilai tradisi yang dipelihara sejak dahulu lagi dapat dibuktikan melalui kandungan karya agung, Hikayat Hang Tuah yang telah meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini dengan kata-kata “ Takkan Melayu Hilang di Dunia”.
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN 1.1 Nilai Melayu Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2007: 1081), nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Konsep nilai boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama iaitu sebagai sifat yang menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai membolehkan manusia untuk membezakan antara perkara yang buruk atau perkara yang baik dan yang benar atau yang salah. Secara ringkasnya, nilai bukan sahaja menjadi kayu ukur bagi sesuatu barang tetapi juga menjadi tunjang dalam menerima atau menolak sesuatu perbuatan atau tingkah laku manusia. Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah dalam kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik masyarakatnya untuk menghayati nilai. Penghayatan nilai ini bukannya secara terang-terangan namun disampaikan secara halus melalui sastera. Mengikut Redfield (1953), nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat bagi sesuatu kelompok yang dikehendaki yang mampu mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang membentuk beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkah laku anggota sesuatu masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai tradisi ini dapat mengukuhkan ikatan sosial dan menonjolkan identiti masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang terkandung dalam hikayat ini menjadi pedoman hidup bagi orang Melayu, generasi tua ataupun generasi muda.
  • 3. 3 1.2 Hikayat Hang Tuah Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman kerajaan Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana serta pahlawan Melayu yang taat kepada sultannya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Semasa Hang Tuah berkhidmat di istana, beliau telah dihadiahi dengan keris Taming Sari kerana telah berjaya membunuh seorang pahlawan Majapahit. Hang Tuah telah dihukum bunuh kerana dituduh berzina dengan dayang Sultan. Bagaimanapun hukuman itu tidak dilaksanakan dan Hang Tuah telah dihantar ke suatu tempat yang terpencil. Hang Jebat telah mempercayai sahabatnya itu telah mati lalu menuntut bela dengan melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan dan telah menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Sultan berasa menyesal kerana telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana hanya Hang Tuah sahaja yang mampu mengalahkan Hang Jebat. Bendahara telah memanggil Hang Tuah dari tempat persembunyiannya dan beliau telah diampunkan oleh Sultan. Hang Jebat tewas selepas bertarung dengan Hang Tuah selama tujuh hari. Hang Tuah telah meneruskan khidmatnya kepada Sultan selepas kematian Hang Jebat.
  • 4. 4 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengetahui kesetiaan dan ketaatan Hang Tuah terhadap raja Melaka melalui karya hikayat Hang Tuah. 2.2 Merungkai sifat penderhakaan Hang Jebat kepada raja Melaka melalui karya hikayat Hang Tuah. 2.3 Mengenal pasti sama ada Hang Jebat benar-benar menderhaka atau sebaliknya melalui karya hikayat Hang Tuah. 3.0 PERSOALAN KAJIAN 3.1 Sejauh manakah kesetiaan dan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka? 3.2 Mengapakah Hang Jebat sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka? 3.3 Benarkah Hang Jebat derhaka kepada Sultan Melaka? 4.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi maklumat dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Raja Melaka dan menceritakan kembali tentang karya agung hikayat Hang Tuah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk merungkai nilai-nilai yang dibawakan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Seperti yang kita sedia maklum bahawa nilai murni atau nilai positif sangat rapat hubungannya dengan masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu dianggap sebagai masyarakat yang mementingkan adab dan nilai. Namun, nilai negatif juga dibincangkan secara terperinci kerana nilai ini memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu. Dalam karya hikayat Hang Tuah ini sarat dengan nilai-nilai murni seperti sifat berani, rasional, taat setia, baik hati, pemurah, bijaksana dan pintar, mengenang budi, penyayang dan
  • 5. 5 penderhakaan tetapi kajian ini hanya berfokus kepada nilai ketaatan yang terdapat pada watak Laksamana Hang Tuah dan nilai penderhakaan yang terdapat pada watak Hang Jebat. 5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bersifat deskriptif kualitatif. Metodologi pengumpulan data yang digunakan adalah melalui kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan ini melibatkan beberapa buah buku karya agung, iaitu karya hikayat Hang Tuah dan melalui internet. Data diperoleh melalui pengamatan yang intensif terhadap karya hikayat Hang Tuah, iaitu data keseluruhan diperolehi melalui pembacaan secara khusus terhadap karya agung ini. Semasa pelaksanaan kajian, saya telah menganalisis secara keseluruhan mengenai nilai-nilai Melayu yang terdapat dalam hikayat ini kerana hikayat Hang Tuah mempunyai pelbagai jenis nilai dari segi positif dan negatif, di mana saya telah mengambil kedua-dua nilai ini sebagai kajian utama saya. Fokus kajian ini adalah pada nilai positif, iaitu nilai ketaatan yang terdapat pada diri Laksamana Hang Tuah itu sendiri,dan nilai negatif, iaitu nilai penderhakaan yang ditonjolkan melalui watak Hang Jebat.Nilai ketaatan jelas ditonjolkan oleh masyarakat tradisional terhadap raja yang memerintah pada zaman tersebut sehingga raja digambarkan sebagai dewa dan pantang derhaka kepada raja.Oleh hal yang demikian, karyahikayat Hang Tuah ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan kajian kerana sarat dengan nilai ketaatan yang digambarkan melalui Hang Tuah, Datuk Bendahara, Hang Lekir, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan para pengikut raja yang lain. Hang Tuah yang dilantik sebagai Laksamana dan menjadi ketua kepada pengikut raja sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja jika melibatkan urusan raja Melaka. 6.0 DAPATAN KAJIAN 6.1 Perbincangan Hikayat Hang Tuah Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (sejarah melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera Melayu yang terindah.
  • 6. 6 Hikayat Hang Tuah mengikut Shellabear ada dua edisi yang disalin dan digunakan hingga pada masa ini. Satu daripadanya naskhah yang disalin oleh Shellabear sendiri dan dicetak oleh Malayan Publishing House, Singapura yang mana ia didasarkan daripada hikayat tulisan tangan dalam simpanan R.N. Bland. Sementara yang sebuah lagi ialah naskhah yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta. Permulaan hikayat ini ditonjolkan mengenai pemerintah di kayangan yang akhirnya turun ke dunia semata-mata untuk menabalkan anak baginda Sang Peri Dewa di Bukit Seguntang. Baginda berkahwin pula dengan seorang puteri yang menjelma dari muntah lembu dan memperoleh empat orang anak, iaitu Sang Seniaka, Sang Jaya Nentaka, Sang Maniaka dan Sang Setiaka. Sang Maniaka menaiki kerajaan Bentan, daripada situ barulah dikaitkan dengan kisah keturunan Hang Tuah anak Hang Mahmud dengan Dang Merdu Wati di Sungai Duyung. Kesempitan hidup menyebabkan Hang Mahmud anak beranak berhijrah ke Bentan. Alamat dan tanda-tanda ajaib melalui mimpi menyatakan bahawa Hang Tuah satu ketika nanti akan menjadi orang terbilang ada juga disebutkan. Semasa kecilnya Hang Tuah kebetulan berkawan dengan empat orang sahabat yang akrab dan sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Sejak kecil lagi Hang Tuah sudah menunjukkan keberanian dan kehandalan apabila mereka berlima mengalahkan lanun yang hendak menangkap mereka. Sekali lagi peristiwa Hang Tuah seorang diri telah membunuh orang gila dengan kapak. Hang Tuah lima bersahabat naik ke gunung untuk berguru kepada Sang Adi Putera. Di situlah pendita tersebut meramalkan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah. Keberanian kelima sahabat ini ditonjolkan lagi apabila mereka berjaya membunuh orang-orang mengamuk yang hendak membunuh rombongan Bendahara Paduka Raja. Atas jasa mereka itu, kelima-limanya diambil oleh Bendahara menjadi pegawai rendah dalam istana. Patih Kerma Wijaya dari Majapahit merajuk dan lari ke Bentan. Dikaitkan pula cerita panji dimana Raden Wira Nentaja dari Daha singgah dalam perjalanan mencari sepupunya Raden Galuh Puspa Kencana. Diikuti pula dengan kisah Sang Maniaka
  • 7. 7 membuka negeri Melaka dan Hang Tuah ketika itu Bentara telah ditugaskan meminang Puteri Betara Majapahit. Di Majapahit pula, Hang Tuah dan angkatan Melaka telah diuji oleh pendekar-pendekar Jawa. Termasuklah beliau membunuh orang Jawa yang mengamuk serta menewaskan Taming Sari dan Betara Majapahit memberikan gelaran kepadanya Laksamana. Raja Melaka semakin sayangkan Hang Tuah dan ini menerbitkan rasa dengki dan cemburu dalam kalangan pembesar istana serta memfitnah beliau sehingga sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh. Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dengan menyuruhnya melarikan diri. Akhirnya Laksamana Hang Tuah pergi ke Indara Putera (pahang). Disana beliau telah membuat angkara dengan melarikan Tun Teja puteri kepada Bendahara Pahang untuk disembahkan ke bawah duli Sultan Melaka. Tunang kepada Tun Teja- Megat Panji Alam marah, tetapi dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi begitu juga dengan adiknya Megat Kembar Ali. Sekali lagi Hang Tuah difitnah oleh pembesar-pembesar yang dengki. Bendahara yang dititah membunuh Hang Tuah telah menyorokkan Hang Tuah di hulu Melaka. Hang Jebat sebagai sahabat setia marahkan pembesar yang hasad dengki itu membuat onar. Istana sultan dirampas, gundik raja dinodainya. Begitu ramai pendekar yang dihantar membunuh Hang Jebat semuanya kecundang. Hang Tuah yang diampun kembali telah membunuh sahabat baiknya kerana dianggap memderhaka kepada raja. Semasa hayatnya, Hang Tuah juga dikatakan telah dihantar menjadi duta ke Benua Keling, ke Benua Cina dan pernah jumpa Nabi Allah Khidir yang memberikannya ilmu supaya boleh bertutur apa-apa juga bahasa di dunia ini. Di akhir cerita dikatakan Hang Tuah yang sudah tua itu memohon ke bawah untuk berkhalwat, atau beribadat di Tanjung Jugra. Dikatakan semasa Hang Tuah beribadat di situ tiba-tiba dia ghaib menjadi wali Allah. Kononnya hulubalang besar tidak akan mati. Sejajar pula dengan slogan yang disebut-sebut oleh Hang Tuah, " Tidakkan Melayu hilang di dunia". 6.2 Nilai Ketaatan
  • 8. 8 Kata taat berasal dari perkataan Arab, iaitu Ta‟at. Kata ini memiliki makna mengikuti atau menuruti. Secara lebih khusus, istilah taat beerti mengikuti dan menuruti keinginan atau perintah dari luar diri kita. Dengan kata lain, taat ertinya tunduk, patuh saat kita mendapat perintah atau larangan untuk dihindari. Secara umum, nilai ketaatan bermaksud sentiasa melaksanakan segala peraturan yang ditetapkan. Ketaatan dan kepatuhan yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan mewujudkan ketenteraman dalam kehidupan bermasyarakat. Ketaatan dan kepatuhan juga merupakan aspek utama dalam mewujudkan keadilan masyarakat secara keseluruhan. Dalam hikayat Hang Tuah, pengarang banyak menyelitkan nilai ketaatan kepada raja. Raja dianggap sangat mulia kedudukannya dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Raja Melayu menurut Kassim Ahmad (2008), kedudukan raja atau sultan dalam hikayat Hang Tuah seolah-oleh sebagai manusia dewa yang mencipta dan mengatasi undang- undang. Oleh itu, urusan yang berkaitan dengan raja harus lebih diutamakan daripada urusan peribadi. Gambaran seperti ini jelas ditonjolkan dalam hikayat Hang Tuah sehingga ungkapan “Tiada adat hamba Melayu menderhaka kepada raja” terus disebut berulang kali. Sehubungan itu, raja dipercayai mempunyai daulat dan seseorang yang menentang raja dapat dianggap sebagai mencabar kedaulatan raja. Ketaatan Hang Tuah kepada rajanya tidak berbelah bagi. Dalam hikayat Hang Tuah, Tuah digambarkan sebagai tokoh yang setia menjalankan segala perintah rajanya walaupun kadangkala tugas yang diberikan itu tidak sejajar dengan kedudukannya sebagai pahlawan negara. Hal ini dapat dilihat sewaktu dia berjaya menyelamatkan kuda tezi yang jatuh ke dalam telaga tahi (najis). Hang Tuah juga dapat mengambil buah nyiur gading yang diidamkan oleh Raden Emas Ayu dan sanggup pula dikuburkan hidup-hidup semata-mata kerana raja Melaka ingin mendapatkan berita dari kubur. Selain itu, nilai ketaatan Hang Tuah terhadap raja menyebabkan Hang Tuah sanggup menerima hukuman bunuh daripada rajanya, walaupun beliau mengetahui bahawa dia tidak bersalah dan telah difitnah berkhalwat dengan gundik raja oleh Patih Kerma Wijaya.. Walaupun begitu, Tun Bendahara Paduka Raja tidak melakukan hukuman tersebut, sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah di dusun Bendahara Paduka Raja di Hulu Melakauntuk berguru dengan Syeikh Mansur. Beliau melakukan hal yang
  • 9. 9 demikian kerana bagi mengelakkan rahsia tersebut diketahui orang. Dengan hukuman yang sebegitu rupa, Hang Tuah masih menjungjung adat ketaatan kepada raja dan tidak pernah berdendam terhadap rajanya. Demikian deceritakan betapa besarnya ketaatan Hang Tuah kepada rajanya dan tidak berpaling tadah walaupun dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukannya.Sebagai contoh, gambaran ini dapat dilihat sewaktu dia pulang dari Inderapura setelah berjaya membawa lari Tun Teja: ...”Daulat Tuanku Syah Alam, patik ini hamba yang hina mohonkan ampun dan kurnia di bawah Duli Yang Dipertuan akan patik ini, kerana hamba Syah Alam tiada berdosa ke bawah cerpu Duli Syah Alam. Maka hamba Syah Alam pun harap akan ampun Syah Alam kerana Si Tuah tiada mau bertuan lain daripada anak cucu Duli Syah Alam. Tatkala patik di Inderapura beberapa kali Raja Inderapura hendak anugerah nama Laksamana akan patik dan hendak kurnia bininya akan patik; patik tiada mau, mohonkan juga patik, kerana patik Melayu tiada mau demikian, sehingga mati sudahlah. Yang bernama tuan lain daripada anak cucu Syah Alam itu mohonlah patik. Bahawa Si Tuah sekali-kali tiada mau mengubah setianya dan katanya." (Hikayat Hang Tuah : 231-232) Petikan di bawah ini menunjukkan bahawa Laksamana Hang Tuah telah menggunakan kebijaksanaan beliau untuk melindungi raja Melaka daripada Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada ketika mereka ke Majapahit. Dengan bantuan dan kebijaksanaan Hang Tuah inilah yang menyebabkan Seri Betara sangat marah dan berasa malu dengan kepulangan raja Melaka. Justeru, jelas menunjukkan ketaatan Laksamana Hang Tuah kepada raja Melaka. Maka raja pun bertitah kepada Laksamana juga “Suka baginda menengar riwayat tatkala Laksamana di Majapahit itu.” Maka Laksamana pun beriwayatlah sambil minum di hadapan raja dan segala pegawai. Maka raja terlalu suka menengar dia. Maka titah baginda, “Itulah maka kita
  • 10. 10 tiada mahu pergi ke Majapahit itu, ia berbuat akan Laksamana penaka tubuh kitalah diperbuatnya.” Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, insya-Allah Taala, mengapa pula Duli Yang Dipertuan tiada berangkat ke Majapahit itu? Tetapi paduka adinda jangan dibawa. Patiklah bercakap membawa Duli Yang Dipertuankembali dengan sempurnanya, kerana main Seri Betara dan Patih Gajah Mada habis patik ketahui.” (Hikayat Hang Tuah : 291) Manakala petikan di bawah ini juga adalah contoh kesetiaan Laksamana Hang Tuah kapada raja Melaka, iaitu setelah bendahara memberitahu baginda bahawa Hang Tuah tidak dibunuh sebaliknya telah menyembunyikan beliau pada satu tempat, raja terus menyuruh Hang Tuah di bawa mengadap ke bawah Duli Yang Dipertuan. Ketika Laksamana masuk mengadap, baginda menitahkan Laksamana supaya membunuh Hang Jebat yang dianggap Si penderhaka kerana melakukan sewenang-wenangnya di istana baginda dan bermukah dengan ramai gudik baginda. Ketaatan Laksamana kepada baginda tiada tolak bandingnya kerana Laksamana sanggup menurut kata raja Melaka untuk membunuh rakannya sendiri. … Maka titah baginda, “Dapatkah kekasihku membunuh Si Jebat demikian itu?” Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, patik mohonkan ampun, patik pohonlah keris pandak patik pergi membuangkan Si Jebat derhaka itu.” Maka titah raja, “Ayo Laksamana, keris itu sudah kita berikan Si Jebat derhaka itu.” Setelah Laksamana menengar titah raja demikian itu, maka Laksamana menampar-nampar pahanya seraya berkata “Wah, sayangnya keris itu beroleh akan Si Jebat. Siapatah dapat berhadapan dengan dia?” maka titah raja, “Hai Laksamana, janganlah kekasihku bercintakan keri itu. Keris banyak pada kita, baik-baik daripada keris itu.” (Hikayat Hang Tuah : 349)
  • 11. 11 6.3 Nilai Penderhakaan Nilai penderhakaan merupakan satu nilai negatif yang boleh dianggap sebagai sesuatu kelakuan yang biadap dan bertentangan dengan nilai kebaikan. Dalam hikayat Hang Tuah, nilai penderhakaan dapat kita lihat menerusi watak Hang Jebat kerana Hang Jebat digambarkan sebagai seorang penderhaka, di mana Hang Jebat telah menderhaka kepada sultan. Penderhakaan Hang Jebat semakin katara dan dilihat jelas melalui perlakuannya yang bersenang-lenang dengan gundik raja di dalam istana baginda sehingga raja terpaksa berpindah dari istana tersebut kerana Hang Jebat ingin membunuh baginda. Baginda dilindungi oleh bendahara, temenggung dan para pegawai yang lain. Hang Jebat juga telah mengamuk dan membunuh ramai orang di sekelilingnya. Petikan di bawah menunjukkan kelakuan Hang Jebat yang menderhaka kepada raja Melaka. “Maka Hang Jebat pun bermukah dengan segala dayang-dayang, maka dilihatnya seorang pun tiada berani menegur dia. Maka ia pun bermukah pula dengan biduan raja yang hampir, itupun seorang pun tiada berani segalai pegawai menegur dia. Maka Hang Jebat pun bermukah pula dengan gundik raja yang dikasih raja, itupun tiada berani orang berkata akan dia. Maka Hang Jebat pun duduklah makan minum dengan tepuk tarinya.” (Hikayat Hang Tuah : 333) Pertarungan sengit dapat dilihat melalui pergaduhan Hang Tuah dan Hang Jebat kerana Hang Tuah menganggap saudaranya itu telah melakukan onar dan perbuatan yang terkutuk kerana telah melakukan perbuatan terkutukatau berzina dengan gundik rajanya sendiri dan menderhaka kepada raja. Kemarahan Hang Tuah menyebabkan mereka menjadi musuh, walaupun Hang Jebat melakukan perbuatan tersebut disebabkan menuntut bela demi kematian Hang Tuah kerana Hang Jebat merasakan ketidakadilan
  • 12. 12 apabila saudaranya, Hang Tuah dihukum bunuh tanpa usul periksa terlebih dahulu. Walaupun begitu, Hang Tuah tidak mahu mengetahui tentang hal tersebut, malah tetap menggaggap bahawa Hang Jebat sebagai pengkhianat. Petikan di bawah menunjukkan pergaduhan antara Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat. Maka kata Laksamana, “Si Jebat orang yang tiada teguh setianya! Sungguhlah kamu orang yang hina. Manatah katamu tiada menyesal dan berani mati?” Maka kata Hang Jebat, “Lebih ampun orang kayalah yang akan diperhamba, kerana hati diperhamba tiada tertahan melihat orang kaya terdiri-diri di tengah tangga itu.” Maka kata Laksamana, “Jika demikian, marilah engkau turun.” Maka kata Hang Jebat, “Aku bertikam di tanah dengan engkau tewaslah aku, kerana aku seorang, engkau banyak.” Maka kata Laksamana, “Mengapa pula aku meminjam berani orangnya demikian itu? Dalam pada itu pun jika hendak turun supaya kuhalaukan segala orang banyak itu.” Maka kata Hang Jebat, “Tiada mahu aku turun. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah engkau naik ke istana ini.” (Hikayat Hang Tuah : 291) 6.4 Ulasan Keseluruhan terhadap Jalan Cerita, Nilai Ketaatan dan Penderhakaan Raja Melaka serta semua pembesar istana sudah tidak sanggup menghadapi amukan Hang Jebat di dalam istana yang dianggap derhaka kepada raja. Tiada siapa yang berani menghalang tingkah laku Hang Jebat. Lalu Bendahara Paduka Raja membuka rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup dan beliau berada di dusun Bendahara Paduka Raja di Hulu Melaka, berguru dengan Syeikh Mansur. Raja menitahkan Tun Pakerma dan Tun Kasturi agar menjemput Hang Tuah untuk pulang ke Melaka. Raja Melaka sangat gembira menyambut kepulangan Hang Tuah, tambahan lagi baginda sangat rindu kepadanya. Baginda memberikan ayapan baginda kepada Hang Tuah menunjukkan bahawa baginda sangat kasih akan Hang Tuah. Baginda menitahkan supaya Hang Tuah
  • 13. 13 beradu tenaga dengan Hang Jebat kerana baginda tidak tahan dengan penderhakaan Hang Jeba. Hang Tuah mengambil masa lima hari lima malam untuk berehat kerana badan beliau terasa lemah kerana sudah empat bulan tidak bermain senjata. Hang Tuah menyuarakan kepada raja supaya keris Taming Sari diserahkan kembali kepadanya, tetapi keris tersebut telah diserahkan kepada Hang Jebat semasa Raja Melaka menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah. Selagi keris tersebut berada di tangan Hang Jebat, tidak seorang pun akan dapat menumpaskannya. Raja Melaka mencadangkan supaya Hang Tuah menggunakan keris-keris baginda yang lain. Hang Tuah mencuba semua keris baginda raja tetapi tidak ada satu pun yang boleh menandingi kehebatan keris Taming Sari. Akhirnya, Raja Melaka pun menitahkan Hang Kasturi supaya mengambil keris yang dianugerahkan oleh ayahandanya di Bukit Siguntang untuk diberikan kepada Hang Tuah. Di Istana Melaka, Hang Jebat menyambut baik akan kedatangan Hang Kasturi atas sebab hubungan persahabatan mereka sejak kecil. Hang Kasturi melaksanakan seperti yang telah dititahkan kepadanya. Hang Jebat pun mengambil keris tersebut dan menyerahkan kepada Hang Kasturi. Keesokan tengah harinya, sewaktu Hang Jebat sedang tidur, Hang Tuah diiringi 40 orang pengawal dan berbekalkan keris pusaka Raja Melaka pergi ke Istana Melaka untuk membunuh Hang Jebat. Hang Jebat terjaga dari tidurnya apabila terdengar huru-hara suara dayang-dayang istana seramai 700 orang bising ketakutan. Kehadiran Hang Tuah ditengah-tengah taman istana sangat mengejutkan Hang Jebat dan beliau menganggapnya hanya mimpi kerana beliau hanya mengetahui yang Hang Tuah telah mati dibunuh. Sebelum Hang Tuah memasuki istana, Hang Jebat menutup semua 40 pintu istana dan membunuh semua perempuan dalam istana, kecuali Dang Baru yang sedang mengandung tujuh bulan. Hang Tuah menyuruh Hang Jebat membuka kedua-dua daun pintu kerana khuatir akan tipu helahnya. Hang Tuah pun melompat ke dalam istana dan bermulalah pergelutan di antara dua sahabat tersebut. Jika dilihat pada seluruh isi cerita karya Hikayat Hang Tuah ini, pada pendapat saya nilai ketaatan yang diketengahkan oleh karya hikayat Hang Tuah ini perlu diterapkan dalam kehidupan pada masa kini. Namun, konsep kesetiaan yang dipegang
  • 14. 14 oleh Hang Tuah itu melampaui nilai kemanusiaan kerana kesanggupannya dalam menegakkan keadilan sehingga mengenepikan diri sendiri. Konsep ketaatan kepada raja atau pemerintah itu sememangnya harus dipegang tetapi perlu mendasari nilai kemanusiaan yang sepatutnya. Pada era globalisasi dunia hari ini, kita perlu menitikberatkan dan memegang nilai kesetiaan tersebut kerana masyarakat Melayu hari ini semakin hari semakin luntur dan jauh dari nilai Melayu. Malah, masyarakat Melayu kini lebih ke arah Barat sehingga terpengaruh dari pelbagai segi sama ada dari segi pakaian mahupun cara hidup. Kesetiaan yang kita boleh simpulkan dengan dunia masyarakat Melayu sekarang ini adalah kesetiaan kepada suami, bagi wanita yang telah berkahwin. Hal ini demikian kerana nilai taat setia inilah yang mengharmonikan rumah tangga dan menjauhkan wanita daripada perkara yang negatif. Oleh itu, nilai kesetiaan ini wajar diamalkan dalam masyarakat dunia sekarang. Manakala dari segi penderhakaan, saya berpendapat bahawa Hang Jebat adalah seorang Pahlawan yang berani dalam menegakkan keadilan dan kebenaran, tidak seperti Hang Tuah yang dilihat seolah-olah pengecut kerana menerima sebulat-bulatnya titah raja dalam hukuman yang dijatuhkan kepadanya. Lagipun, Hang Jebat berjuang mendapatkan kepercayaan raja dan memperolehi keris Taming Sari adalah disebabkan untuk menuntut bela di atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat merasakah raja sangat zalim kerana menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Hal ini menimbulkan kemarahan Hang Jebat dan beliau berjanji untuk menuntut bela di atas kematian sahabatnya itu. Justeru itu, jika dilihat dari sudut positif, Hang Jebat sebenarnya tidak menderhaka tetapi mahu menuntut bela kepada raja yang zalim. Hal ini dapat dilihat pada petikan di bawah : Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, “Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.” (Hikayat Hang Tuah : 355)
  • 15. 15 Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya nilai persaudaraan dan persahabatan dalam kehidupan masyarakat. Jika dilihat dalam masyarakat hari ini, ramai yang menderhaka kepada ibu bapa, suami dan lain-lain. Sifat penderhakaan yang dipegang oleh Hang Jebat ini menjadi pengajaran kepada masyarakat Melayu. Walaupun beliau dianggap sebagai penderhaka tetapi beliau menderhaka demi menegakkan kebenaran. Berbeza pula dengan masyarakat Melayu sekarang kerana masyarakat Melayu hari ini mengikut hawa nafsu semata-mata dan melakukan setiap perkara demi kepentingan diri sendiri. Namun begitu, kita tidak harus mengikut dan menanam nilai negatif seumpama ini. Tambahan pula, Hang Jebat telah melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T, iaitu berzina (bermukah) dengan Dang Baru, jadi kita tidak patut menanam sikap seumpama ini.Selain itu, boleh juga dilihat daripada kenyataan Hang Jebat kepada Hang Tuah selepas Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah. ...” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya, “Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain membunuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada diperhamba.” ..., “Hai saudaraku, maukah saudaraku makan nasi barang sesuap?” maka sahut Hang Jebat, “Mohon diperhamba, tetapi yang kasih orang kaya itu tiadalah terbalas oleh diperhamba, melainkan Allah Taala jua membalas dia. Jikalau ada kasih diperhamba, ada suatu pesan diperhamba.” Maka kata Laksamana, “Pesan yang mana itu?” Maka kata Hang Jebat, “Adapun diperhamba bermukah dengan Dang Baru, dayang-dayang Datuk Bendahara, maka sekarang ia bunting tujuh bulan. Jika ia beranak laki-laki, ambil oleh orang kaya dipeliharakan jadikan hamba, mana perintah orang kaya. Itulah pesan diperhamba.” Maka Laksamana pun berkata, “Baiklah, insyaAllah Taala, anak saudaraku itu anaklah kepada hamba.” (Hikayat Hang Tuah : 367)
  • 16. 16 Dalam kenyataan tersebut, kita dapat gambarkan bahawa betapa besarnya pengorbanan Hang Jebat kepada Hang Tuah dan semangat persaudaraan dan setiakawan tidak luntur dari dalam diri Hang Jebat sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi saudara yang disayanginya. 7.0 KESIMPULAN Hikayat Hang Tuah ialah karya sastera yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Nilai utama yang menjadi tema Hikayat Hang Tuah ialah berani, rasional, taat setia, baik hati dan pemurah. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul demi merealisasikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, nilai murni telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai Melayu dalam kehidupan mereka. Menurut Za‟ba (1950) dalam Mohd Rashid Md Idris (2011) menyatakan bahawa masyarakat Melayu yang dianggap beradat mestilah berbudi bahasa dan baik tutur katanya. Kebiasaannya, orang Melayu amat mudah menegur lebih-lebih lagi orang yang dikenalinya sambil melemparkan sekuntum senyuman manis yang ikhlas. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni ini dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang membentuk beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkah laku anggota sesuatu masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai tradisi ini dapat mengukuhkan ikatan sosial dan menonjolkan identiti masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang terkandung dalam hikayat ini menjadi pedoman hidup bagi orang Melayu, generasi tua ataupun generasi muda.
  • 17. 17 BIBLIOGRAFI Kassim Ahmad dan Noriah Mohamed, (1997). Hikayat Hang Tuah: Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Creative Thinking ( 2013 ). Hikayat Hang Tuah. Diperoleh pada Mac 2, 2014 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Hang_Tuah Creative Thinking. Hikayat Hang Tuah: Naskah Asli. Diperoleh pada Mac 4, 2014 daripada http://www.scribd.com/doc/12739677/Hikayat-Hang-Tuah naskah-asli Kamaruddin M.Said, ( 2007 ). Minda Orientalis dan Minda Pasca-Kolonial: Politik Membaca Hikayat Hang Tuah. Diperoleh pada Mac 6, 2014 daripada http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA70/aka emika70[03].pdf Ramizah Mohd Azri, ( 2009 ). Kajian Hikayat Hang Tuah: Betara Majapahit dengan Raja Melaka II. Diperoleh pada Mac 2, 2014 daripada http://smsohhtb3.blogspot.com/ Handika‟s, (2013). Pengertian, Artikel dan Contoh Perilaku Taat. Diperoleh pada Oktober 2013 daripada handikap60.blogspot.com/2013/10
  • 18. 18 Lamchunchang (2011). Penderhaka: Erti Nilai dari Aspek Perspektif Sejagat. Diperoleh pada Ogos 16, 2011 daripada lamchunchang.blogspot.com/ Muhammad Haji Salleh (2013). Seminar Kebangsaan Hikayat Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang di Dunia”. Persatuan Pengajian Melayu Universiti Sains Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM. Chew Lili, Tank Soo Lean, The Ching Hooi, Eng Bee Leng dan Lim Ai Poh. Nilai-nilai Murni dalam Karya Agung Melayu. Diperoleh pada Mac 17, 2013 daripada www.slideshare.net/NilaiHikayat Hang Tuah