UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV
MBE 12...
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN .................................................................................................
Gambar 1 : Pelajar – pelajar tengah membuat amali kerja kayu
Gambar di atas menunjukkan beberapa pelajar sekolah saya seda...
mereka untuk mengulangkaji pelajaran yang telah mereka pelajari sebelum ini secara kendiri.
Setelah diamati ramai pelajar ...
Manakala, mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku a...
Selain itu, konsep pembelajaran formal lebih memberi penekanan kepada aspek penilaian.
Oleh itu, tenaga pengajar sering me...
dan anggota badan. Contohnya, belajar menulis, bermain bolasepak, menunggang basikal,
membaiki kereta dengan perkakas, men...
sedia ada pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan memberi perhatian
kepadanya sebelum guru tersebut m...
Secara umumnya, Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku
dan persekitaran. Menurut ahli psikol...
rangsangan dan gerak balas (R-G) dan akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.
Seseorang individu akan meng...
Melalui Teori Pembelajaran Kognitif, terdapat pelbagai kajian oleh ahli-ahli psikologi
sehingga wujudnya beberapa teori ya...
menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi
penyusunan awal ialah untuk m...
8.0

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda Yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit
UTM.
Mahmood Nazar ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Phototalk

330 views
261 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
330
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Phototalk

  1. 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV MBE 12503 TAJUK TUGASAN INDIVIDU: PHOTO TALK DISEDIAKAN UNTUK: EN. GHAZALLY BIN SPAHAT DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NORMANHISHAM BIN SUDIN NO KP : 781022-03-5445 NO MATRIK : GB 130149 KURSUS : SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL (REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI) TAHUN : SEMESTER 1 / 2013 1
  2. 2. ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN .............................................................................................................................2 1.0 PENDAHULUAN.........................................................................................................................2 2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN......................................................................................................4 3.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN...............................................................................................5 4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN.................................................................................................6 4.1 Jenis Pembelajaran Bloom.........................................................................................................6 4.2 Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge.......................................................................................7 4.3 Jenis Pembelajaran Gagne .........................................................................................................7 5.0 PRINSIP PEMBELAJARAN.........................................................................................................7 6.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN...............................................................................................8 6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme.............................................................................................8 6.2 Teori Pembelajaran Sosial........................................................................................................10 6.3 Teori Pembelajaran Kognitif....................................................................................................10 7.0 KESIMPULAN............................................................................................................................12 8.0 RUJUKAN...................................................................................................................................13 1.0 PENDAHULUAN 2
  3. 3. Gambar 1 : Pelajar – pelajar tengah membuat amali kerja kayu Gambar di atas menunjukkan beberapa pelajar sekolah saya sedang menjalankan kerja amali bagi kelas ketukangan kayu. Walaupun kelas ini mengambil masa yang begitu lama iaitu selama 3 jam. Para pelajar masih lagi menunjukkan ketekunan dalam melaksanakan setiap kerja dengan baik. Saya melihat tiada pelajar yang cuba curi tulang semasa proses pembelajaran ini. Walaupun ada setengah pihak mengatakan pelajar – pelajar ini IQ nya rendah ataupun pada tahap sederhana tetapi apabila melihat kepada hasil kerja tangan mereka dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Malahan mereka dapat memahami setiap arahan yang disampaikan dengan sempurna tanpa perlu diulang banyak kali. Apatah lagi mereka ini dapat memahami arahan tersebut dengan baik. Gambar 2 : Pelajar – pelajar yang tidur pada waktu prep Gambar yang saya ambil ini pula menunjukkan satu situasi pelajar sekolah saya yang tidur pada waktu yang disediakan untuk mereka belajar iaitu waktu prep. Waktu ini disediakan bagi 3
  4. 4. mereka untuk mengulangkaji pelajaran yang telah mereka pelajari sebelum ini secara kendiri. Setelah diamati ramai pelajar yang tidak menggunakan waktu ini sebaik mungkin. Oleh sebab itulah bila peperiksaan bertulis dijalankan ramai pelajar tidak mencapai keputusan yang baik. Apabila saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka berkelakuan begini pelbagai alasan di terima antaranya saya tak tahu apa yang perlu saya baca … saya dah baca tapi macam tak masuk saja… banyaknya nak baca dan pelbagai lagi…. Bila saya nilaikan saya rasa mereka ini gagal menetapkan matlamat. Oleh itu saya lanjutkan photo talk saya ini dengan mencari apakah mana pembelajaran itu sebenarnya…. Pembelajaran adalah merupakan satu proses sepanjang hayat. Dalam era globalisasi, peranan guru ini dilihat semakin mencabar malah guru juga perlu peka khususnya terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, bertitik tolak dari sinilah seseorang murid dapat dibimbing dan dibentuk dengan lebih berkesan. Pembelajaran adalah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku secara berterusan dan ia bukan sahaja merangkumi penguasaan kemahiran tetapi dari segi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan kepada diri seseorang sama ada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun begitu, masalah sering dihadapi oleh guru masa kini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna apabila dewasa kelak (Slavin, 1997). 2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN Terdapat pelbagai tokoh telah memberikan definisi tentang konsep pembelajaran. Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Namun begitu, perubahan akibat perkembangan fizikal seperti ketinggian bukanlah merupakan satu proses pembelajaran. Manakala, menurut Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting, iaitu: i) Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku. ii) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. iii) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. 4
  5. 5. Manakala, mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Morgan dan King (1975) Introduction to Psychology, menakrifkan pembelajaran sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Definisi pembelajaran juga turut dikemukakan oleh E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L.Atkinson (1975) Introduction to Psychology, mengatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini. Pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut , dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. Cuma saya tertanya tingkahlaku berdasarkan matapelajaran ke atau tingkah laku diri kesan pembelajaran yang berubah. 3.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:  Pembelajaran Formal  Pembelajaran Informal (Tidak Formal)  Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal) Pembelajaran formal ialah pembelajaran yang diperoleh melalui satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Tujuan pembelajaran fomal berlaku adalah untuk mengembangkan domain kognitif ( aspek mental), afektif ( nilai dan sikap ) dan psikomotor ( kemahiran ) seseorang murid atau pelajar. Kebiasaannya, pembelajaran formal dikelolakan oleh seseorang individu yang terlatih seperti guru-guru di peringkat rendah, menengah, dan pensyarah di peringkat universiti. 5
  6. 6. Selain itu, konsep pembelajaran formal lebih memberi penekanan kepada aspek penilaian. Oleh itu, tenaga pengajar sering mengadakan ujian dan peperiksaan. Antara ciri-ciri pembelajaran formal ialah pembelajarannya berlaku secara disedari murid, dilakukan secara nyata dan disengajakan. Selain itu, pembelajaran formal lebih berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal mengikut dasar dan aspirasi negara. Ciri-ciri pembelajaran formal juga berasaskan struktur yang tertentu, iaitu dengan tujuan, cara perlaksanaan dan cara penilaian yang nyata. Manakala, pembelajaran informal atau tidak formal pula adalah perlakuan yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar. Pelajar-pelajar mendapat pengetahuan dengan didikan dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, mendengar radio dan menonton televisyen. Pembelajaran informal juga diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. Proses pembelajaran seterusnya pula ialah pembelajaran nonformal. Pembelajaran ini lebih bersifat secara sampingan dengan tujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal. Pembelajaran ini juga memerlukan perancangan dan pengendalian teliti. Antara ciri-ciri pembelajaran nonformal ialah wujud keperluan pertingkatkan kepakaran pelajar. Untuk mengukuhkan proses pembelajaran ini institusi akan menganjurkan kursus pendek, ceramah, forum, bengkel dan seminar. Penyertaannya memerlukan bayaran untuk jangkamasa beberapa hari. Pihak penganjur juga akan menyediakan kandungan kursus secara lebih mendalam. 4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN 4.1 Jenis Pembelajaran Bloom. Dari pengertian pembelajaran yang telah diberikan oleh beberapa ahli psikologi pendidikan, jelaslah pada kita bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh berlaku dari segi fizikal, emosi dan juga sosial. Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat, Benjamin S. Bloom menyatakan bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang iaitu bidang kognitif ,bidang afektif dan bidang psikomotor. Melalui bidang kognitif, contoh yang terlibat dalam aspek kognitif seperti menyelesaikan masalah matematik dan sains, memberi hujah bagi menyokong sesuatu perbincangan yang bersifat akademik. Dari sudut afektif pula ia lebih mengutamakan penggunaan aspek sosial dan emosi, suka berinteraksi dengan orang lain dan mendalami emosi diri sendiri untuk belajar bertolak ansur, bertanggungjawab, belas kasihan dan sifat-sifat sosial yang lain. Manakala, dari aspek psikomotor pula ia lebih mengutamakan penggunaan aspek fizikal dan melibatkan koordinasi antara otak, saraf 6
  7. 7. dan anggota badan. Contohnya, belajar menulis, bermain bolasepak, menunggang basikal, membaiki kereta dengan perkakas, menjahit dan sebagainya. 4.2 Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu dilihat dari sudut cara sesuatu pembelajaran itu berlaku pada manusia. Berdasarkan fahaman ini, W. M. Ryburn dan K. B. Forge di dalam bukunya “Principles of Teaching” bahawa pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu: i) Belajar dengan cara meniru dan bermain. ii) Belajar dengan cara pragmatis iaitu sesuatu perbuatan yang menuju praktikal. iii) Belajar dengan cara pengamatan, perseps, tanggapan atau konsep. iv) Belajar dengan cara akademik iaitu pembelajaran Induktif dan Deduktif v) Belajar dengan cara penghubungan (seperti mengingati tarikh tentang sesuatu peristiwa. vi) Belajar dengan cara membuat sesuatu. 4.3 Jenis Pembelajaran Gagne Gagne (1977) mengemukakan lapan jenis pembelajaran dalam bukunya “The Conditions Of Learning” berdasarkan tahap kerumitan pembelajaran; bermula dari pembelajaran yang paling mudah kepada pembelajaran yang kompleks, menurut hierarki kemahiran kecerdasan yang telah diperkenalkan oleh beliau. 5.0 PRINSIP PEMBELAJARAN. Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran, terdapat beberapa prinsip pembelajaran yang perlu diambi kira untuk memastikan proses pembelajaran berkesan. Antaranya ialah kesediaan pembelajaran. Melalui aspek ini pelajar harus mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum mereka belajar sesuatu pelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila dilakukan berasas pengetahuan dan pengalaman 7
  8. 8. sedia ada pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan memberi perhatian kepadanya sebelum guru tersebut memulakan pengajaran. Prinsip yang kedua pula menekankan aspek pengalaman. Melalui aspek ini, konsep konstruktivisme diamalkan bagi menggalakkan belajar melalui membuat iaitu murid-murid hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mata, telinga, hidung atau jari. Pembelajaran begini akan meninggalkan kesan yang lebih lama. Seterusnya, unsur jenaka juga perlu diterapkan oleh seseorang guru kepada murid kerana kebanyakan murid menyukai guru yang boleh berjenaka. Mereka akan menanti kedatangan guru tersebut dan memberikan perhatian kepadanya. Hal ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Prinsip pembelajaran juga turut menekankan aspek motivasi. Untuk menjayakan proses pembelajaran, guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran. Hal ini boleh terhasil apabila guru menggunakan peneguhan positif dan negatif di dalam pengajarannya. Seterusnya, guru harus mengambil kira aspek objektif pembelajaran. Pelajar-pelajar hendaklah disedarkan atau diberitahu tentang objektif pembelajaran pada hari tersebut supaya mereka dan guru dapat bekerjasama mencapai objektif tersebut. Prinsip pembelajaran terakhir ialah menyusun pengajaran. Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangannya mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui, daripada senang kepada susah, daripada dekat kepada jauh atau daripada konkrit kepada abstrak. Dalam kes pelajar saya lemah sukar untuk belajar sendiri kerana dalam diri mereka tiada motivasi dan gagal menetapkan matlamat pembelajaran mereka. 6.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Untuk melihat kepada keadaan ini, beberapa orang ahli psikologi mengkaji dan mewujudkan beberapa teori. Antara teori-teori yang terlibat ialah Teori Pembelajaran Behaviorisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Pembelajaran Kognitif. 6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 8
  9. 9. Secara umumnya, Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula berlaku ketika awal lahir sehingga ke peringkat tua. Di dalam teori ini, terkandung beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Antara teori yang diperkenalkan ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Contohnya, guru akan silih berganti masuk keluar kelas. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan keluar bilik memerhati ahli keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala tingkah laku guru adalah gerak balas. Mengikut teori ini juga, Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Teori Pembelajaran Behavioral juga turut diperkenalkan seorang ahli psikologi lain selain Ivan Pavlov iaitu J.B. Watson. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga dapat dilazimkan secara klasik. Beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan. Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial and error) atau memilih dan saling menghubungkait (selecting and connecting). Eksperimen yang telah diperkenalkan oleh beliau ini merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner. Selain itu, Teori Pelaziman Operan Thorndike juga merupakan salah satu teori yang dipekenalkan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Melalui eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Menurut Thorndike, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum seseorang individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Melalui Hukum Latihan pula, menurut Thorndike, ia merupakan perkaitan antara 9
  10. 10. rangsangan dan gerak balas (R-G) dan akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Manakala, Hukum Kesan pula menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Teori Pelaziman Operan Skinner juga merupakan salah satu teori yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah pasif iaitu merujuk kepada individu yang tidak dapat mengawal tingkahlakunya. Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan hasil kajiannya, Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan. 6.2 Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial ini telah dipelopori oleh Albert Bandura, seorang ahli psikologi yang berkhidmat di Universiti Stanford. Beliau telah memperkenalkan Model Determinisme Timbal Balik dan Teori Peniruan. Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Teori ini juga turut menekankan aspek kognitif. Contohnya, bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. Melalui perkaitan ini, Bandura mengatakan bahawa pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur iaitu,individu (kognitif), persekitaran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008). 6.3 Teori Pembelajaran Kognitif 10
  11. 11. Melalui Teori Pembelajaran Kognitif, terdapat pelbagai kajian oleh ahli-ahli psikologi sehingga wujudnya beberapa teori yang menjadi rujukan untuk individu kini. Antara teori-teori yang wujud seperti Teori Pembelajaran Gestalt, Model Pemprosesan Maklumat,Teori Pembelajaran Gagne, Teori Pembelajaran Ausubel,Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Mengikut kajian oleh Wolfgang Kohler (1887-1967), beliau banyak menekankan pembelajaran celik akal. Melalui perkaitan ini, beliau telah menjalankan kajian ke atas lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian. Manakala menurut Jerome Seymour Bruner (1915) yang merupakan tokoh utama revolusi kognitif sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan. Beliau mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses sosial aktif. Proses ini berlaku mengikut tiga langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Beliau turut mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Tegas beliau, persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep. Murid juga lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri. Teori Pembelajaran Kognitif yang dikemukakan oleh David Ausubel (1963) telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan berrmakna termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenal sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel telah menekankan tentang penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998). Manakala, penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang 11
  12. 12. menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. 7.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktorfaktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan. Guru dilihat berperanan untuk menerbitkan rasa keilmua dalam diri pelajar. Gambar pertama itu menjelaskan kepada kita bahawa pembelajaran secara ‘hands on’ ini amatlah digemari oleh pelajar. Pelajar masa kini tidak gemar untuk duduk dan hanya mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Pelajar hendak merasa atau melalui sendiri pengalaman pembelajaran itu. Pelajar tidak mahu belajar secara static. Mereka mahukan pergerakan. Pelajar yang sederhana akan dapat menumpukan perhatian apabila anggota mereka bergerak bersama dalam proses pembelajaran tersebut. Gambar kedua dan ketiga pula mengambarkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai matlamat dan motivasi akan hanyut dibuai masa. Guru perlu memainkan peranan untuk menjana matlamat pelajar supaya pelajar tersebut boleh nampak apakah hasil pembelajaran tersebut. Motivasi intrinsic dan ektrinsik perlu disemai dalam jiwa pelajar supaya pelajar ini boleh bergerak sendiri tanpa perlu ditunggu atau dipantau sentiasa. Makna dan kepentingan pembelajaran itu mesti dipupuk dan pelajar ini mesti sentiasa dibimbing. Guru tidak boleh berputus asa dalam mendidik pelajar – pelajar ini. 12
  13. 13. 8.0 RUJUKAN Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda Yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teori Pembelajaran Ausubel. (Ogos, 2010). teorikognitif-mab.blogspot.com Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2011).Edisi Kedua : HBEF2103Psikologi Pendidikan. Penerbit OUM: Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Teori Pembelajaran Kognitif (September, 2009). http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/ teoripembelajaran-kognitif.html Slavin, R.E. (1997). Education for all. Lisse, The Netherlands: Swets & Zeitlinger. 13

×