Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

0 views
7,226 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
0
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
14
Actions
Shares
0
Downloads
253
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

  1. 1. PROGRAM MOTIVASIBAHASA MELAYU UPSR TATABAHASA OLEH: CIKGU NORMAH BINTI AWAL
  2. 2. KERTAS 1KOD UPSR: 011
  3. 3.  Imbuhan digunakan untuk memberikan maksud yang berlainan kepada kata dasar mengikut konteks ayat. Imbuhan terdiri daripada: Imbuhan Awalan, Imbuhan Akhiran, Imbuhan Apitan/Imbuhan Awal dan Akhir serta Imbuhan Pinjaman. Contoh: ditulis, tulisan, penulisan, memperluas, sasterawan, juruterbang
  4. 4. PENGGUNAAN IMBUHAN1. Penjaja minuman dikehendaki ………………. dari menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A berhenti Tahniah! B berhentikan Jawapan anda betul C memberhenti D memberhentikan2. Majlis Perbandaran sedang ………… sungai itu untuk mengelakkan kejadian banjir kilat. A mendalam Tahniah! B kedalaman Jawapan anda betul lagi C memperdalam D pedalaman
  5. 5.  Perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bilangan sesuatu benda dan unsur-unsur yang hidup seperti binatang dan manusia Boleh digunakan untuk menyebut sesuatu tempat. Digunakan sebelum kata nama atau unsur konkrit. Contoh: Sepasang kasut, sekaki cendawan, seutas tali, sekawan lembu
  6. 6. PENJODOH BILANGAN1. Hanya …….. penduduk di kawasan itu mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan. A segelintir ……….buah B segolongan ……..biji C sekelompok …….deret D sekumpulan …….buah2. Pak Man mengambil ……… pulut dan ………… inti kelapa untuk dibuat pulut panggang. A segenggam ……. secubit B sebuku ……… seketul C sekepal ……sesudu D seketul …….sekepal
  7. 7.  Dikenali juga sebagai ungkapan Erti yang dibawanya berlainan daripada kata asalnya Tidak membawa maksud secara terus Termasuk dalam bahasa kiasan Contoh: Anak emas bermaksud anak yang paling disayangi.
  8. 8. SIMPULAN BAHASA1. Penceramah itu berhujah dengan memberikan contoh yang …… kepada para hadirin. A ada akal B cari akal C masuk akal D panjang akal2. Pak Samad terpaksa …………. untuk menarik perahunya ke pantai kerana ombak besar. A bertegang urat B berkaki ayam C bermandi peluh D berpeluk tubuh
  9. 9.  Penggunaan kata yang betul dalam ayat. Penggunaan golongan kata yang sesuai seperti: Kata Nama, Kata Kerja, Adjektif, Kata Ganti Nama dan lain-lain. Calon perlu menguasai kosa kata mengikut sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
  10. 10. PENGGUNAAN KATA TEPAT1. Pekerja restoran itu berjalan sambil …….. sedulang hidangan. A mengandar B membimbit C mengangkut D menatang2. Meon ………….. semak di belakang rumahnya dengan sebilah parang panjang. A mencantas B menebas C menetak D memotong
  11. 11.  Kata Hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan: Kata dengan kata, atau frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa. Contoh: apabila, tetapi, jikalau, semenjak Penanda Wacana pula digunakan untuk menghubungkan dua ayat yang mempunyai perkaitan. Contoh: Selain itu, Namun demikian, Sehubungan dengan itu
  12. 12. KATA HUBUNG/PENANDA WACANA1. ……… tidak berjaya dalam pertandingan itu, …….. dia tidak berputus asa. A Walaupun …… namun B Walaupun …….bagaimanapun C Meskipun ……. walaupun begitu D Meskipun ……. di samping itu2. ……… menunggu kepulangan ibunya, Milah mengemas rumah ……… kelihatan kemas dan teratur. A Setelah ……..jika B Sebelum ……agar C Sementara …..supaya D Semenjak ……kerana
  13. 13.  Kata Sendi digunakan untuk menghubungkan kata nama dengan kata atau frasa yang lain. Terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama. Contoh: di, kepada, pada, dari, daripada, hingga, sampai, dengan, bagi, untuk, sejak, terhadap.
  14. 14. PENGGUNAAN KATA SENDI1. Surat rayuan itu ditujukan ………. para dermawan ……… mengumpulkan derma membina surau di kampung itu A dengan …….untuk B dari …… dengan C kepada …… bagi D untuk ……. bagi2. Ukiran yang diperbuat ………… kayu jati itu telah disiapkan oleh Pak Hassan ………… minggu lepas. A dengan ……. di B dari …….. semenjak C daripada …….. pada D daripada …….. sementara
  15. 15.  Kata yang memberikan maksud atau makna yang sama. Maksud adalah berdasarkan maksud kata dasar atau mengikut konteks ayat yang digunakan. Contoh: pandai seerti dengan bijak
  16. 16. PERKATAAN SEERTI1. Bekas lombong itu telah ditimbun dengan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan. A ditutup B dilupus C dikambus D diselubung2. Daud sering membantah arahan ketuanya supaya datang awal ke pejabat. A menafikan B menghalang C membangkang D membendung
  17. 17.  Kata yang mempunyai maksud atau makna yang bertentangan dengan makna asal kata yang diberi. Contoh: kurus lawannya gemuk
  18. 18.  Kata yang diulang lebih daripada sekali. Terdiri daripada: Ganda Seluruh Kata, Separa, Menyaling, Berima Mempunyai maksud berlainan: Majmuk, Tunggal, Saling, Berulang-ulang Contoh: rama-rama, lelaki, tembak- menembak, bukit-bukau
  19. 19. PENGGUNAAN KATA GANDA1. Suasana…………..di dalam bilik darjah itu tiba-tiba senyap apabila guru besar lalu. A huru-hara B kacau-bilau C hiruk-pikuk D kucar-kacir2. Rambut pengemis itu ………….. dan bajunya pula ………... A porak-peranda ……… calar-balar B lintang-pukang …….. carik-carik C kelam-kabut ………. compang-camping D kusut-masai ………. koyak-rabak
  20. 20. PENGGUNAAN KATA GANDA3. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang. I Penyokong pasukan Brazil melonjak-lonjak kegembiraan. II Mereka melambai-lambai tangan ke arah ibunya. III Chong Beng lari lintang-pukang apabila dikejar anjing. IV Raju bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasnya. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  21. 21. PERKATAAN BERLAWAN1. Hubungan mereka semakin renggang selepas kejadian itu. A tahan B dekat C rapat D hampir2. Jamil mendongakkan kepalanya apabila namanya dipanggil. A menurunkan B menundukkan C memalingkan D membongkokkan
  22. 22. PENGGUNAAN KATA GANDA4. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud banyak. I Sekolah saya telah mengadakan majlis ramah-tamah dengan guru-guru baru. II Jamuan itu khusus untuk anak-pinak keluarga Pak Samad. III Lauk-pauk yang disajikan itu sungguh menyelerakan. IV Kami terpaksa merentasi bukit-bukau sebelum tiba di tempat yang dituju. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  23. 23. PENGGUNAAN KATA GANDA5. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud menyaling I Mereka tumbuk-menumbuk kerana tidak berpuas hati. II Polis dan perompak tembak-menembak di hadapan bank itu. III Daud berhempas-pulas menyangkul di ladangnya IV Man dan Mon bersiar-siar di tepi pantai. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  24. 24. PENGGUNAAN KATA GANDA6. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud tunggal I Kanak-kanak itu seronok bermain jongkang-jongket. II Kakak memasang langit-langit di dalam biliknya. III Ayah menyangkutkan songkoknya pada tupai-tupai. IV Kuda-kuda rumah itu masih kukuh. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  25. 25.  Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan yang dikemukakan. Fahami keseluruhan ayat tanya dan kenal pasti perkara pokok yang ditanya.
  26. 26. MEMBINA JAWAPAN1. Siapakah pemenang pertandingan memancing itu? A Saya pasti Jasman akan memenangi pertandingan memancing itu. B Saya rasa Jasman yang memenangi pertandingan memancing itu. C Yang memenangi pertandingan memancing itu ialah Jasman. D Yang akan memenang pertandingan memancing itu ialah Jasman.2. Mengapakah kapal itu tenggelam ke dasar laut? A Kapal itu tenggelam sejak tahun 1689 lagi. B Benar, kapal itu sudah tenggelam ke dasar laut. C Kapal itu tenggelam kira-kira 20 meter ke dasar laut. D Kapal itu tenggelam kerana terlanggar ketulan air batu.
  27. 27.  Anda perlu membaca keseluruhan jawapan yang diberi. Kenal pasti perkara pokok yang diperkatan dalam ayat tersebut. Pilih soalan yang menepati jawapan yang diberi.
  28. 28. MEMBINA SOALAN1. Sifat tekun perlu ada pada seorang pengukir kayu. A Apakah yang perlu ada pada seorang pengukir kayu? B Mengapakah seorang pengukir kayu perlu tekun dan sabar? C Bagaimanakah sifat seorang pengukir kayu? D Adakah sifat tekun sabar mesti ada pada seorang pengukir kayu?2. Abang berpakaian kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya. A Mengapakah abang berpakaian kemas? B Apakah pakaian yang abang pakai ke majlis perkahwinan? C Siapakah yang berpakaian kemas di majlis perkahwinan itu? D Bagaimanakah abang berpakaian kemas?
  29. 29.  Ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. Baca dengan teliti dan fahami maksud ayat dengan meneliti perkataan demi perkataan. Dapatkan maklumat untuk keseluruhan ayat.
  30. 30. AYAT SAMA MAKSUD1. “Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat,” kata Ali kepada adiknya A Ali memberitahu adiknya supaya pergi pada masa itu sebelum terlambat. B Ali menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat. C Ali mengajak adiknya pergi pada waktu itu juga supaya mereka tidak terlambat. D Ali dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat.2. Ayah akan mengadakan kenduri doa selamat pada malam esok.. A Kenduri doa selamat malam esok ayah adakan. B Kenduri doa selamat diadakan di rumah ayah malam esok. C Pada malam esok, kenduri doa selamat akan diadakan oleh ayah. D Pada malam esok kenduri doa selamat ayah akan diadakan.
  31. 31.  Anda perlu memilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks ayat sama ada Ayat Penyata, Ayat Tanya atau Ayat Seru. Teliti setiap tanda baca yang terdapat pada ayat. Pilih hanya ayat yang paling tepat penggunaan tanda bacanya.
  32. 32. TANDA BACA1. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. A Kata ibu, “tolong ambilkan, secawan kopi panas.” B Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan kopi panas.” C Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan, kopi panas.” D Kata ibu, “tolong ambilkan secawan kopi panas.”2. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. A “Mengapa? Kamu masih berada di sini!” tanya Zamani. B “Mengapa kamu, masih berada di sini,” tanya Zamani. C “Mengapa kamu masih berada di sini? Tanya Zamani.” D “Mengapa kamu masih berada di sini?” tanya Zamani.
  33. 33.  Kata banyak makna ialah kata yang membawa maksud yang berbeza dalam konteks ayat yang berbeza. Anda perlu membaca dengan teliti ayat yang diberi untuk menentukan kata yang digunaka adalah betul mengikut konteks.
  34. 34. KATA BANYAK MAKNA1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.. I Pokok yang baru ditanam itu luntur apabila tidak mendapat air. II Air sungai menjadi luntur setelah hujan turun dengan lebat sejak beberapa hari yang lalu. III Ingatan kepada keluarganya tidak luntur walaupun dia tinggal berjauhan. IV Warna kain itu luntur setelah dibasuh beberapa kali. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV
  35. 35. KATA BANYAK MAKNA2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.. I Nombor tiga ialah nombor ganjil. II Kejadian ganjil itu menggemparkan penduduk kampung. III Zana berkelakuan ganjil semenjak kemalangan itu. IV Rumput di padang itu dipotong sehingga ganjil. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV
  36. 36.  Anda perlu mengetahui Tatabahasa Melayu berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Baca ayat dengan teliti dan kenal pasti kesilapan tatabahasa sama ada dari aspek: Kata atau Struktur Ayat Pilih hanya ayat yang menggunakan tatabahasa yang betul.
  37. 37. PILIH AYAT YANG BETUL1. Pilih ayat-ayat yang betul. I Kita akan membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat yang akan datang. II Pekedai itu mempamerkan barang jualannya di hadapan kedai itu. III Ibu baru menerima surat dari abang yang belajar di Universiti Malaya. IV Dia berasa bangga kerana diberi peluang melawat ke tempat- tempat bersejarah. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  38. 38. PILIH AYAT YANG BETUL2. Pilih ayat-ayat yang betul. I Ramai murid-murid mengikuti Klinik Didik itu. II Majlis itu dihadiri oleh orang kebanyakan sahaja. III Kerja-kerja pedalaman sungai sedang giat dijalankan. IV Zaki telah kandas dalam ujian memandu tempoh hari. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  39. 39.  Calon perlu menyemak setiap soalan dan jawapan untuk mengelakkan kesilapan. Semak nombor soalan, angka jawapan dan tanda hitam memenuhi ruangan yang disediakan. Semak Angka Giliran, Nombor Surat Beranak, Kod Kertas dan Nama anda betul. Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 50. Jika kurang bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan.
  40. 40.  Banyakkan membaca buku-buku tambahan untuk menambah perbendaharaan kata Buku teks perlu dibaca dan cuba jawab soalan yang diberikan. Buat latihan menjawab contoh-contoh soalan UPSR tahun- tahun lepas atau soalan-soalan ramalan. Sentiasa berdampingan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar. Adakan perbincangan dalam kumpulan. Sentiasa mengikuti akhbar sisipan Didik yang terbit setiap Selasa dalam Berita Harian.

×