Your SlideShare is downloading. ×
Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

10,012
views

Published on


1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • Cik Nor Lia, kamu ada buat pengurusan data tugasan 2? saya tak ada idea.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
10,012
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
268
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 JUMLAH KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 REFLEKSI PEMBELAJARAN KUMPULAN UPSI 02 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORLIA BT ISMAIL D20102043530 0194370597NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAHTARIKH SERAH: 7 OKTOBER 2012
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK 1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 2 1.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 2 1.3 Komentar tentang kandungan Unit 2 dalam konteks keguruan 2.0 UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DTA 2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 3 2.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 3 2.3 Komentar tentang kandungan Unit 3 dalam konteks keguruan 3.0 UNIT 5 : PERWAKILAN DATA 3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 5 3.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 5 3.3 Komentar tentang kandungan Unit 5 dalam konteks keguruan 4.0 UNIT 7 : SUKATAN KECENDURANGAN MEMUSAT 4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 7 4.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 7 4.3 Komentar tentang kandungan Unit 7 dalam konteks keguruan 5.0 UNIT 9 : SUKATAN SERAKAN 5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 9 5.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 9 5.3 Komentar tentang kandungan Unit 9 dalam konteks keguruan 6.0 BIBLIOGRAFI
  • 3. REFLEKSI UNIT PELAJARAN 1.0 TAJUK UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK 1.1 Ringkasan Isi Kandungan UnitStatistik berasal daripada bahasa latin yang bermaksud ’status’ bermaksud negeridan ’statista’ bermaksud negarawan ( Folks, 1981 ). Statistik juga dapat ditakrifkansebagai satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan,pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data. Menurut folks ( 1981 ) dalam kajiannya pada zaman pemerintahan maharajaIskandar Zulkarnain pada zaman Yunani Purba bermulanya pengumpulan maklumatdeskriptif daripada158 negeri jajahannya untuk tujuan penguatkuasaan cukai. Inimembuktikan sejarah kegunaan statistik telah diguna oleh manusia zaman dahulukala secara tak langsung. Namun terma statistik hanya muncul dalam bentukcetakan pada kurun ke 18 oleh ahli statistik yang pertama direkodkan iaitu JohnGraunt, seorang berbangsa Inggeris. Beliau telah mengumpul, menyusun danmenganalisis data. Maklumat dan data diterbit dalam buku Natural and PoliticalObsevations on the Bills of Mortality pada tahun 1600. Terdapat banyak kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita. Maklumatkuantitatif yang terkumpul yang boleh membentuk carta-carta, graf-graf, jadual-jadual, membolehkan kita memperolehi anggaran, purata, peluang dan seterusnyamembuat keputusan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian manusiaseperti dalam bidang pendidikan sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan danlain-lain.
  • 4. 1.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Statistik Satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data.2. Ilustrasi Visual Piktograf, Carta pai, Graf garisan, Carta palang, Histogram dan Poligon Kekerapan3. Graf .Gambaran data yang terkumpul4. Perkataan Statistik Purata (Min), kekerapan (mod), peluang, trend, korelasi, anggran, skor tengah ( median) dalam susunan taburan5. Statistik inferensi Suatu pernyataan mengenai suatu populasi yang didasarkan pada informasi dari sampel random yang diambil dari populasi. 1.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Unit ini membantu saya memahami tentang sejarah dan kegunaan statistik dalamkehidupan seharian manusia. Untuk memudahkan sesuatu masalah yang timbuldapat dikesan dengan cara yang lebih baik dan berdisiplin. Dalam konteks profesionkeguruan, pengumpulan data statistik sangat membantu memudahkan masalahmurid dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dengan lebihcepat dan berkesan. Contohnya apabila sesuatu ujian telah dijalankan gurumengumpulkan maklumat dari jawapan murid. Data dapat diperolehi dari jawapanmurid yang salah dan betul dari jawapan ini guru akan membuat analisis item soalanmanakah yang ramai murid salah iaitu tidak menguasai. Keseluruhannya peratuskesukaran item dapat dikesan dari data yang diperolehi.
  • 5. 2.0 TAJUK UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA 2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit Dalam unit ini dihuraikan bagaimana mengumpul dan mengklafikasikan datamengikut jenisnya. Pembolehubah bermaksud satu ciri yang berbeza antaraseseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Pembolehubah kuantitatif adalahmelibatkan maklumat yang boleh dihitung manakala pembolehubah kualitatif ialahnilai tidak boleh dihitung. Nilai-nilai pembolehubah dikenali sebagai data. Datakualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatifadalah data yang terdiri daripada nilai berangka. Data kuantitatif diklasifikasikankepada data diskret ( nilai tetap dan nilai tepat ) dan data selanjar ( tiada nilai tepat ). Dalam topik ini juga didedahkan bagaimana pengumpulan data dilakukan. Datadikelaskan mengikut kategori tertentu. Teknik pengklasan data dengan kaedahtanda gundal memudahkan kita membaca dan memahami data yang terkumpul. Dariperolehan data, taburan kekerapan(bilangan data yang terkumpul dalam satu kelas )dan taburan kekerapan relatif ( data dalam bentuk perpuluhan ) dapat diperolehidengan mudah.
  • 6. 2.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Pembolehubah Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain2. Data Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah3. Kelas Data Kategori untuk data terkumpul4. Kekerapan Bilangan data dalam satu kelas5. Kekerapan Relatif Nisbah kekerapan sesuatu kelas dengan jumlah bilangan data. 2.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Dalam unit ini saya dapat memahami bagaimana data-data yang diberikandikelaskan mengikut kategori-kategori tertentu untuk memudahkan data tersebutdibaca dan difahami. Pengetahuan tentang statistik memerlukan perancangan awalsebelum sesuatu data diperolehi. Sampel data yang diperolehi akan disusunmengikut tertib tertentu supaya maklumat dapat diringkaskan dan memperolehi hasilterbaik dari data yang terkumpul. Dalam unit ini juga diterangkan maksud istilah-istilah statistik yang digunakan. Contohnya taburan kekerapan relatif, data selanjardan sebagainya. Penggunaan statistik dalam kehidupan seharian memudahkanmaklumat diperolehi dan dibaca. Tindakan susulan dapat diambil untuk memperbaikiatau untuk mengatasi setiap kajian data yang dijalankan.
  • 7. 3.0 TAJUK UNIT 5 : PERWAKILAN DATA 3.1 Ringkasan Isi Kandungan UnitDalam unit ini menerangkan peringkat-peringkat dalam perwakilan data yang terdiridaripada permasalahan. Dari permasalahan ini, boleh dikemukakansoalan(mengemukakan soalan) untuk memperolehi data (pengumpulan data).Apabila data diperolehi, data dianalisis (analisis data) dan seterusnya membuatkeputusan interpretasi. Dalam unit ini cara memaparkan data secara gambar seperticarta dan graf akan diperkenalkan. Ini adalah untuk memudahkan sesuatu datadipersembahkan dan jelas difahami. Terdapat dua jenis pengumpulan data iaitu datadiskrit dan data selanjar (continuous). Data diskrit adalah data yang dikumpuldengan mengira bilangan sebenar manakala data selanjar (continuous) adalah datayang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari skala selanjar.Melalui unit ini juga ditunjukkan cara-cara untuk memaparkan data dalam bentukgambar rajah dan dipersembahkan melalui jadual, senarai, gundalan, piktogram,carta palang, poligon kekerapan, carta pai, histogram dan graf garisan. Carta palangpula terdiri dari carta palang menegak dan carta palang melintang. Begitu jugadengan graf garisan yang terdiri dari graf garisan berganda di mana ianyamempunyai lebih dari satu garisan yang mewakili komponen yang berbeza.Dalam unit ini juga menjelaskan langkah-langkah membina carta dan graf bagimemudahkan maklumat data disampaikan dan menjadikan pembacaan lebih mudahdan efektif. Dalam mempersembahkan maklumat data terdapat perbezaan dalamsetiap carta dan graf. Terdapat maklumat data yang dipaparkan melalui simbol yangmewakili sesuatu benda, ada juga yang menggunakan palang atau bar menegakdan melintang bagi mewakili setiap kekerapan, dan ada juga yang menggunakangarisan bagi menunjukkan nilai yang berbeza. Selain itu, maklumat data juga dapatdipaparkan melalui carta pai.
  • 8. 3.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Data diskrit Data yang dikumpul dengan mengira bilangan sebenar.2. Data Data yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari selanjar(continuous) skala selanjar.3. Gundalan Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima.4. Histogram Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif. Palang-palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas di antara satu sama lain. Dilukis secara menegak dan melintang.5. Carta Palang Graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data. Carta palang tidak bercantum antara satu sama lain. Dilukis secara menegak atau melintang. 3.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Berdasarkan unit ini saya dapat mengetahui dengan lebih jelas dan terperincitentang perwakilan data. Di samping itu, saya dapat mengetahui cara-caramemaparkan data di dalam bentuk gambar rajah. Dalam unit ini juga diterangkancara-cara membina carta dan graf. Ini memudahkan para guru membimbing muridmembina carta dan graf dan juga cara bagaimana mendapat maklumat daripadagraf tersebut. Data dapat dibaca dengan mudah dengan paparan gambarajah yanglengkap dengan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Petunjuk-petunjuk bagisetiap graf perlu jelas supaya pembacaan data lebih mudah dan tepat. Selaindaripada itu juga, perwakilan data yang dikumpul dapat membantu kita mengetahuimengenai dunia sekeliling.
  • 9. 4.0 TAJUK UNIT 7 : SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT 4.1 Ringkasan Isi Kandungan UnitSukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuranpusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianyamenghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulannombor.Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu min, median dan mod.Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data tak terkumpulMin – purata satu kumpulan data dan dikira dengan menjumlahkan semua nombordan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Min populasi ditandakandengan huruf mu (∑). Min sampel ditandakan dengan (X). N adalah bilangan nombordidalam populasi. n adalah bilangan nombor didalam sampel. Definisi min adalah :Mod – nilai atau fakta yang paling berulang dalam set data itu. Jika terdapat duaatau lebih data yang tidak mempunyai kekerapan tertinggi, maka terdapat lebih modbagi set data tersebut. Sebaliknya, jika setiap data mempunyai kekerapan yangsama, maka set data tersebut tidak mempunyai mod.Median – titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Jikabilangan data adalah ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data
  • 10. adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah.Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data terkumpulMin – nilai yang khusus tidak diketahui tetapi titik tengah bagi setiap jeda kelasadalah digunakan untuk mewakili semua nilai di dalam jeda kelas tersebut. Titiktengah akan diwajarkan dengan kekerapan nilai di dalam jeda kelas tersebut, minbagi data terkumpul kemudiannya dikira dengan menjumlahkan hasil darab titiktengah kelas dengan kekerapan kelas dan membahagikan jumlah tersebut denganbilangan kekerapan. 𝒇𝒊 𝑿𝒊 𝒇 𝟏 𝒙 𝟏 +𝒇 𝟐 𝒙 𝟐 + ……….𝒇 𝟏 𝒙 𝟏 .Formulanya adalah seperti berikut: μ = = 𝒇𝒊 𝒇 𝟏 + 𝒇 𝟐 + …… + 𝒇 𝟏dimana ; i = bilangan jeda, f = kekerapan kelas, x = titik tengahMod – titik tengah kelas mod yang mempunyai kekerapan yang tertinggi, terdapatdua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan mod iaitu dengan kaedahformula dan kaedah histogram. Kaedah formula mod data terkumpul : 𝒅𝟏 𝑴 𝟎 =𝑳 𝑴𝟎 + 𝑪 𝒅𝟏+ 𝒅𝟐dimana ; 𝐿 𝑀0 = sempadan bawah bagi kelas mod, 𝑑1 = perbezaan antarakekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas sebelum kelas mod, 𝑑2 =perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas selepaskelas mod, c = saiz kelas mod.Median – pengiraan median agak rumit dan nilai median juga merupakan nilaipenghampiran, andaian yang dibuat di dalam pengiraan ini adalah nilai sebenaradalah jatuh secara seragam disepanjang jeda kelas median, formulanya seperti 𝑵 −𝑭 𝟐berikut : m = L + 𝑪 𝒇𝒎dimana ; L = sempadan bawah kelas median , N = jumlah kekerapan, F =kekerapan longokkan sebelum kelas median, 𝑓 𝑚 = kekerapan kelas median, C =saiz kelas median.
  • 11. 4.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Sukatan Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu Kecenderungan taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam Memusat statistik. Menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor.2. Min purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel3. Median nilai cerapan di tengah apabila semua cerapan tersebut disusun mengikut urutan4. Mod cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set data. Kelas mod ialah kelas yang mempunyai kekerapan yang tertinggi.5. Jadual Kekerapan Satu cara yang sistematik jika data yang dikumpulkan adalah banyak dan bernilai besar 4.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini telah menjelaskan kepada saya terdapat tiga jenis sukatankecenderungan memusat yang dibincangkan bagi data tak terkumpul dan terkumpuliaitu min, median dan mod. Ianya banyak membantu saya dalam pengajaran danpembelajaran Matematik iaitu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dalamsetiap data yang diberi. Penerangan yang diberikan begitu jelas dan lengkap besertadengan contoh-contoh dan cara penyelesaiannya, gambarajah dan formula yangdiberikan begitu lengkap dan jelas dapat dilihat di dalam modul ini. Latihan sumatifjuga disertakan bagi saya membuat latih tubi untuk menguji tahap pemahaman dandapat disemak dengan mudah kerana disertakan dengan jawapan sebagai rujukan.
  • 12. 5.0 TAJUK UNIT 9 – SUKATAN SERAKAN 5.1 Ringkasan Isi Kandungan UnitSukatan serakan adalah amaun sebaran antara nilai-nilai dalam set data sukatanserakan terdiri daripada beberapa jenis yang diistilahkan sebagai julat, sisihanpiawai dan varian yang berdasarkan kuarti dan persentil. Julat dihitung dengan mencari perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecilNilai Julat = Besar – Nilai Kecil dalam senarai set data. Sisihan piawai bagisatu-satu taburan kebarangkalian pembolehubah rawan atau populasi atau banyakset nilai adalah ukuran serakan nilainya. Ia diwakili dengan huruf 𝜎 (huruf kecilsigma). Ia ditakrif sebagai punca kuasa dua varians. Varians terdiri daripada varianpopulasi dan varian sampel.Rumus varian data tak terkumpul : ( 𝒙) 𝟐 𝒙 𝟐− 𝑵 a) Varian Populasi 𝝈= 𝑵 ( 𝒙) 𝟐 𝒙 𝟐− 𝟐 𝒏 b) Varian Sampel 𝒔 = 𝒏−𝟏Rumus Varian data terkumpul : ( 𝒇𝒙) 𝟐 𝒇𝒙 𝟐 − 𝒇−(𝒙−𝒙) 𝟐 𝒇𝝈 𝟐= atau 𝝈 𝟐 = 𝒇 𝒇 Kuartil adalah suatu sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yangtelah disusun. Rumus untuk mencari kuartil : 1(Kuartil bawah) 𝑄1 = cerapan ke ( 𝑛 + 1) 4 1(Kuartil median) 𝑄2 = cerapan ke ( 𝑛 + 1) 2
  • 13. 3(Kuartil atas) 𝑄3 = cerapan ke ( 𝑛 + 1) 4dimana n adalah bilangan cerapan dalam set data.Persentil adalah sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telahdisusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Rumus persentil 𝒌𝒏adalah 𝑷 𝒌 = nilai cerapan ( k mewakili nombor persentil dan n mewakili bilangan 𝟏𝟎𝟎cerappan dalam set data) Julat Persentil = 𝒑 𝟗𝟎 - 𝒑 𝟏𝟎 5.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Sukatan Serakan Amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang disenaraikan2. Julat Perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam senarai set data tertentu3. Kuartil Sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama.4. Persentil Sukatan kedudukan yang mebahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama.5. Julat Persentil Perbezaan antara nilai persentil ke 90 dan nilai persentil ke 10
  • 14. 5.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Dalam unit ini saya didedahkan bagaimana cara untuk mengaplikasikan data-data yang diberi untuk mendapat nilai-nilai tertentu, peratus data, kedudukantertentu, perbezaan nilai tertinggi dan nilai terendah dan sebagainya denganmenggunakan rumus-rumus yang telah diberikan. Dengan adanya rumus-rumus dancontoh pengiraan yang ditunjukkan ianya agak mudah untuk diaplikasikan. Kaedahyang ditunjukkan memerlukan ketelitian agar kesilapan dapat dielakkan. Statistiktermasuk perancangan, meringkaskan dan memahami pemerhatian yang tidakmenentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat terbaik daripada data yangdiberi. Oleh itu pengetahuan tentang data statistik sangat membantu dalamkehidupan seharian kita kerana data yang diperolehi dalam sesuatu kajian amatpenting untuk diselidiki agar sesuatu tindakan dapat diambil untuk penambahbaikanpada masa hadapan.
  • 15. BIBLIOGRAFI 1. Jabatan Perangkaan Negara (2011). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view= article&id= 113&Itemid=64&lang=bm 2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli ab. Ghani (2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Pengertian Statistik Inferensi (2011). Diperolehi pada Oktober 2, 2012 daripada http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2122743-pengertian-statistika- inferensi/ 4. Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. 5. Statistik (2012). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik