Dokumen tersebut membahas bahaya konsumsi gula berlebihan bagi kesehatan, terutama untuk penderita diabetes. Gula dapat meningkatkan kadar gula darah dan risiko komplikasi kesehatan seperti penyakit jantung. Rakyat Malaysia rata-rata mengkonsumsi gula melebihi batas yang direkomendasikan. Pemanis buatan dan alami seperti ekstrak stevia diperbincangkan sebagai alternatif pengganti gula.
1. Bahaya gula berlebihan
BUKAN senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa
anda didiagnos menghidapi diabetes. Perkara pertama yang
pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang
dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang
hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam
otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang
menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah
hendak meninggalkan gula.
Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula
darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi
yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung.
Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart
Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam
senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain
daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol
2. dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi
dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk
kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang,
paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko
penyakit jantung dan strok.
Apakah itu gula?
Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk
gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula.
Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa,
gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel.
Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?
Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang
sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini
bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian
anda datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap
ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula
tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita
dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki( yang
disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).
Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula.
Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin
mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan,
jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman
ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang
disyorkan oleh AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa
jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa
anda.
3. Pemanis tiruan
Seperti yang anda ketahui, pemanis tiruan dikatakan'bebas
gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan
gula. Persoalannya, adakah ia benar dan selamat? Munkin
anda boleh melayari laman web untuk mengetahui lebih lanjut
tentang 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'
Mungkin anda pernah terbaca bahawa makanan dan minuman,
minuman berkarbonat, yogurt, makanan yang dimasak dengan
ketuhar, malah minuman segera tiga dalam satu mengandungi
pemanis tiruan. Sebelum membeli, periksa label makanan
untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.
Pemanis semula jadi - ekstrak stevia
Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia
300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi
sebarang kalori. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang
paling manis dalam daun stevia.
Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat
dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi
kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia
adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan
mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.
Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula
tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.
Terkini, terdapat minuman segera tiga dalam satu bebas gula
yang dimaniskan dengan ekstrak stevia di pasaran. Minuman
ini bebas gula mengandungi tiga perisa iaitu putih, coklat malt
4. dan oat dan bijirin (vanilla) dimaniskan dengan stevia,
pemanis semulajadi. Minuman segera ini bebas gula ini
disyorkan untuk anda dan pesakit diabetes untuk hidup lebih
sihat.
Minuman segera Eversweett bebas gula ini boleh dibeli di
semua kedai farmasi persendirian, rangkaian-rangkaian
farmasi terpilih, kedai runcit dan pasar mini di seluruh negara.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman
Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline
Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau
email: enquiries@eversweett.com atau layari
www.eversweett.com