Tg 2 bab12petempatan

  • 1,231 views
Uploaded on

GEOGRAFI TG. 2

GEOGRAFI TG. 2

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,231
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 12 PETEMPATAN DISEDIAKAN OLEH : PN. NOR HAIDA BT. SARMIN SMK BUKIT JAMBUL PULAU PINANG
  • 2. MAKSUD PETEMPATAN Sesuatu tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain melalui pelbagai aktiviti.
  • 3. PELBAGAI JENIS TEMPAT TINGGAL
  • 4. SEJARAH PETEMPATAN AWAL Zaman dahulu manusia hidup secara nomad(berpindah randah) utk mencari makanan dengan memburu binatang dan mencari buah.  8000 S.M hidup mula berubah kerana mereka pandai menternak binatang dan menanam tanaman. Ia menyebabkan mereka menetap di sesuatu tempat. 
  • 5.  Petempatan awal(lembangan sungai)di dunia ialah:  Lembangan Sungai TigrisEuphrates(Mesopotamia)  Lembangan Sungai Nil  Lembangan Sungai Indus  Lembangan Sungai Hwang He.
  • 6. PETEMPATAN AWAL DUNIA
  • 7. FAKTOR-FAKTOR PENARIK
  • 8. PETEMPATAN AWAL DI MALAYSIA  Tapak petempatan awal bermula di gua, bukit, pinggir pantai, delta, muara sungai dan tanah pamah.  Contoh: Gua Niah,Sarawak , Kota Tampan Perak, Kesultanan Melayu Melaka di Sungai Melaka, Lembah Bujang Kedah dan Kerajaan Johor Lama di Sungai Johor.
  • 9. PETEMPATAN AWAL MALAYSIA
  • 10. FAKTOR PEMILIHAN SESUATU PETEMPATAN a) b) c) d) Gua kerana selamat dari musuh dan binatang buas. Lembah dan muara sungai kerana kawasannya subur dan sesuai untuk menanam dan menternak binatang serta air sungai digunakan utk mengairi tanaman dan kegunaan domestik Tanah pamah pula sesuai utk bina petempatan Sungai dapat menyediakan jalan pengangkutan air.
  • 11. Jenis petempatan Petempatan luar bandar Petempatan bandar Faktor yang membezakan kedua2 jenis petempatan: a)FUNGSI (kegiatan ekonomi dan sosial ) b)SAIZ penduduk c)KEPADATAN penduduk
  • 12. PETEMPATAN LUAR BANDAR Faktor penentu tapak: 1. Bentuk muka bumi a. Tanah pamah yang rata yg memudahkan pembinaan petempatan dan aktiviti pertanian seperti padi, nanas, kelapa dan sayursayuran. Contoh: Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Kelantan. b. Kawasan tanah beralun sesuai dijalankan penanaman getah, kelapa
  • 13. Kawasan yg rendah , bersaliran buruk dan mudah banjir tidak sesuai utk petempatan. Contoh : kawasan berpaya. Jika petempatan dibina di kawasan ini, ia perlu dibina di atas tetambak sungai.  Kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal tidak sesuai utk membina petempatan dan pertanian. Namun kawasan lembah di tanah tinggi sesuai di tanam tanaman hawa sederhana , teh dan buahbuahan. Cth: Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang Sabah) 
  • 14. 2. Tanih a. tanih yg subur utk pertanian seperti tanih aluvium sesuai utk padi. Contoh di Dataran Sungai Rajang dan Dataran Kedah Perlis.
  • 15. 3. Sumber air a) Untuk kegunaan domestik seperti minum, mandi, memasak dan mencuci pakaian.Selain itu ia dapat diguna untuk mengairi tanaman. Contoh: Sungai Pahang, Sungai Kelantan dan Sungai Perak. b) Sungai juga membekal sumber protein iaitu ikan kepada penduduk yang tinggal di situ..
  • 16. 4. Ketersampaian(mudah utk sampai ke sesuatu tempat) a. Petempatan luar bandar biasanya terletak berhampiran dengan jalan raya, pinggir pantai dan sungai. Cth: kampung Merang dan Kampung Penarik di Terengganu terletak di tepi pantai. b. Sungai boleh dijadikan cara pengangkutan bagi petempatan di pedalaman Sabah, Sarawak dan Pahang.
  • 17. 5. Kegiatan ekonomi a. Kegiatan ekonomi seperti pertanian, perlombongan, perikanan menggalakkan petempatan luar bandar. Cth: Kuala Besut di Terengganu, Kuala Sedili di Johor dan Mukah di Sarawak yg menjadi kampung nelayan.
  • 18. 6. Dasar kerajaan a. Rancangan kerajaan juga menggalakkan petempatan luar bandar seperti FELDA. Ia merupakan petempatan terancang yang baru. b. Contoh: Felda Jengka di Pahang, Felda Gugusan Sahabat di Sabah. Penduduk menjalankan kegiatan penanaman getah dan kelapa sawit.
  • 19. JENIS-JENIS POLA PETEMPATAN LUAR BANDAR 1. a. i. ii. iii. iv. Pola petempatan berselerak Ciri-ciri: bangunan atau rumah dibina jauh antara satu sama lain. Susun atur rumah berselerak Dapat dihubungi melalui jalan raya dan lorong jalan kaki Terdapat di kawasan kebun kecil, dusun dan sawah padi.
  • 20. Pola petempatan berjajar Ciri-ciri: Rumah atau bangunan dibina selari sepanjang sungai, jalan raya, parit, tali air, pantai, landasan kereta api, lereng bukit dan pinggir kawasan sawah padi. Juga dikenali sebagai petempatan linear. 2.
  • 21. 3. Pola petempatan berpusat a. Ciri-ciri: i. Rumah dan bangunan yg banyak , dibina rapat-rapat dan padat. ii. Mempunyai tanda panduan seperti yg terdapat di simpang jalan yg mempunyai tempat ibadat, sekolah, kedai atau pejabat pos.
  • 22. 4. Pola petempatan berkelompok a. Ciri-ciri: i. Bangunan dan rumah kurang padat dari petempatan berpusat. ii. Tiada tanda panduan yang nyata seperti pola berpusat. iii. Terdapat di muara sungai, simpang jalan dan jalan kereta api. iv. Contoh: Kawasan FELDA – Jengka Tigasegi di Pahang
  • 23. FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR 1. 2. 3. Petempatan yg terletak di kawasan pertanian seperti padi akan berkaitan dengan pengeluaran padi. Kawasan yg ditanam kelapa sawit dan getah akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil getah asli dan minyak sawit. FELDA berfungsi sebagai pengeluar minyak sawit dan pusat pemprosesan kelapa sawit.
  • 24. 4. Jika terdapat kedai, klinik atau sekolah, ia berfungsi bagi menyediakan perkhidmatan utk memenuhi keperluan penduduk. 5. Berfungsi sebagai pusat pentadbiran secara kecil-kecilan(penghulu atau penggawa) 6. Berfungsi sebagai pusat pengeluaran hasil dari sungai , laut dan tasik. 7. Berfungsi sebagai pangkalan perahu tambang atau feri bagi petempatan yg terletak di sepanjang pantai
  • 25. LATIHAN  1. Senaraikan nama petempatan awal dunia.  2. Apakah pola petempatan yang terdapat di luar bandar?  3. Mengapakah FELDA diperkenalkan di Malaysia?