Your SlideShare is downloading. ×
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Fakulti pengurusan dan ekonomi copy

129

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
129
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2013/2014 KPT 6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB “ULASAN JURNAL” NAMA : NORAZURA BINTI MOHD SULAIMAN NO MATRIK : M20121000189 PENSYARAH : DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT TARIKH : 25 OKTOBER 2013
  • 2. TAJUK Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject). Tajuk bagi jurnal ini sedikit panjang tetapi bermaklumat dan mudah difahami. Ini adalah kerana pembaca akan mudah untuk memahami apa yang penyelidik ingin sampaikan. Selain itu, penyelidik menggunakan perkataan yang jelas dan mengelakkan daripada membuat kenyataan yang mengelirukan kepada pembaca dan menghindarkan daripada perkataan yang membawa istilah kabur, samar-samar dan beremosi. PENGENALAN Penulis jurnal ini adalah Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong dan jurnal ini telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)(2009)111-129. Kertas kerja ini melaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu Webquest. WebQuest merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada internet oleh pelajar. WebQuest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Penyelidik telah menulis pengenalan yang ringkas tetapi mudah difahami. Selain itu, penyelidik telah melakukan penulisan yang baik di bahagian abstrak jadi ia membuatkan pembaca ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyelidikan yang dijalankan. Pembaca akan meneruskan pembacaan untuk lebih memahami topik yang dibincangkan. Secara khususnya, dua perkara utama yang telah dilaporkan dalam jurnal ini iaitu: a.Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagimata pelajaran ICT Tingkatan Empat.
  • 3. b.Menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran Berasaskan Web-WebQuest yang bertajuk Computer System: System Concept dari aspek: i.antara muka WebQuest, ii.isi kandungan WebQuest iii.struktur P&P WebQuest. PERSOALAN KAJIAN 1) Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest? 2) Adakah terdapat kekuatan / kelebihan pengajaran dan pembelajaran menggunakan WebQuest? 3) Adakah terdapat kesan pelaksanaan WebQuest keatas pencapaian pelajar? 4) Bagaimanakah proses pembangunan dan penilaian WebQuest dilaksanakan? OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat serta menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yangmenggunakan WebQuest. Objektif kajian sangat jelas dan mudah difahami oleh pembaca. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan Web – WebQuest dan Fasa Penilaian Webquest yang telah dibangunkan. Menurut penyelidik, kajian dijalankan di dua buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu SMK Tinggi Melaka dan SMK Tinggi Perempuan Melaka. Sampel kajian adalah terdiri daripada semua pelajar sekolah tersebut yang sedang mengambil mata pelajaran ICT di Tingkatan Empat, iaitu seramai 21 orang. Instrumen yang berbentuk soal selidik digunakan bagi menilai aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest yang telah
  • 4. dibangunkan. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Kajian ini menggunakan statistik diskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demografi dan persoalan kajian yang dikemukakan. Metodologi yang digunakan oleh penyelidik adalah tepat dan jelas. Ini adalah kerana penulis menggunakan maklumat primer untuk mendapatkan data yang tepat. DAPATAN KAJIAN Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi, persepsi pelajar terhadap WebQuest yang dibangunkan adalah tinggi. Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Pelajar berasa seronok sepanjang proses P&P disebabkan terdapatnya unsur-unsur hipermedia seperti animasi, grafik, bunyi, hiperteks dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Di samping itu, web ini juga mesra pengguna kerana mempunyai butang-butang kawalan yang memudahkan navigasi. Selain itu, penyelidik melaporkan bahagian Pengenalan dalam WebQuest boleh mewujudkan satu situasi yang mengarahkan pelajar menyelesaikan suatu misi. Tambahan pula, dalam WebQuest ini latihan pengukuhan dapat disediakan dalam bahagian tugasan dan memudahkan penggunan mencetak latihan tambahan. Penyelidik juga telah mendapati sistem ini menyenaraikan setiap langkah untuk membuat tugasan dalam bahagian Prosedur. Bagi penilaian pula, kriteria permarkahan dinyatakan dan pengguna boleh menyemak tugasan berdasarkan kriteria tersebut. Selain itu, dibahagian Kesimpulan web ini juga menyediakan aktiviti minda sebagai ganjaran kepada pengguna. Pada pandangan saya, semua aplikasi yang terdapat dalam WebQuest ini menunjukkan ia adalah satu aktiviti bimbingan dalam pendidikan yang baik untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran. KESIMPULAN Pada pandangan saya, tajuk perbincangan kajian yang telah dikemukan oleh penyelidik adalah sangat releven dan jelas kepada perbincangan jurnal. Hal ini adalah kerana, pengetahuan tentang ICT adalah sangat penting khususnya kepada sistem pendidikan negara kita. Dalam era gloalisasi ini para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam
  • 5. memperkasakan profesion perguruan agar dapat bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Guru perlu mengaplikasikan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-pelajar berupaya untuk berfikir secara kritis, mampu belajar daripada pelbagai sumber dan berasa lebih berasa seronok semasa mengikuti sesi pembelajaran harian. Disamping itu, saya juga berpendapat penyelidik telah menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pembaca. Susunan isi-isi perbincangan juga sistematik serta menarik minat pembaca untuk meneruskan perbincangan. Penyelidik telah mengupas isi perbincangan dengan sangat baik. Selain itu, jurnal yang ditulis oleh penyelidik ini juga mengikut spesifikasi penulisan yang betul. Seterusnya, saya bersetuju dengan pendapat penyelidik menyatakan bahawa bagi menjayakan penggunaan ICT dalam pendidikan, semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pendidikan negara perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan penggunaan ICT. Selain itu, semua pihak haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Kesimpulannya, saya berpendapat penyelidik perlu mencadangkan penggunaan WebQuest ini digunakan secara meluas dalam mata pelajaran yang lain supaya pelajar lebih mahir dalam penggunaan ICT semasa proses pembelajaran. Hal ini kerana, kajian yang dijalankan telah membuktikan pelaksaan WebQuest ini memberi impak yang positif kepada pelajar dan juga kepada guru. Namun begitu, pengawasan yang rapi perlu dilaksanakan juga untuk mengelakkan kesan-kesan yang negatif timbul dari usaha ini. RUJUKAN Norazah and Ngau, (2009) Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan PembelajaranBerasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject) Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129

×