• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Mengukur Panjang Objek
 

Mengukur Panjang Objek

on

  • 5,737 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,737
Views on SlideShare
5,728
Embed Views
9

Actions

Likes
2
Downloads
244
Comments
0

1 Embed 9

http://blog.menambahtinggi.com 9

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Mengukur Panjang Objek Mengukur Panjang Objek Document Transcript

    • UNIT PENGAJARAN: UKURAN PANJANGAKTIVITI PENGAJARAN i. Tema Juru Ukur Yang Tepat ii. Tajuk Panjang iii. Hasil Pembelajaran Murid berupaya untuk: 10.2 (ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit: (a) sentimeter (b) meter iv. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah belajar menulis ukuran panjang dalam unit sentimeter dan meter dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu. v. Langkah-langkah Langkah 1- Mengukur Dalam Unit Sentimeter (cm). 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima. 2. Murid dibekalkan dengan peralatan mengukur iaitu pembaris dan pita pengukur. 3. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah (Objek Konkrit Set A) menggunakan unit sentimeter seperti: - pemadam - gam ‘stick’ - buku latihan - bekas pensel - botol minuman (Rujuk Lampiran 1) 4. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada Lembaran Kerja 1 secara individu. (Rujuk Lampiran 2).NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 1
    • 5. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul diberikan bimbingan. Langkah 2- Mengukur Dalam Unit Meter (m). 1. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah ( Objek Konkrit Set B) menggunakan unit meter (m) seperti: - tinggi pintu bilik darjah - panjang papan putih - tinggi almari - tinggi kerusi murid - panjang meja guru. (Rujuk Lampiran 3). 2. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada Lembaran Kerja 2 secara individu. (Rujuk Lampiran 4). 3. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul diberikan bimbingan. Langkah 3- Penilaian 1. Murid diberi Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 5) dan diselesaikan dalam masa 10 minit. 2. Murid membincangkan jawapan bersama guru. v) Bahan Pengajaran Objek Konkrit: - pemadam, gam ‘stick’, buku latihan, bekas pensel, botol minuman, pintu bilik darjah, papan putih, almari, kerusi murid, meja guru, pembaris dan pita pengukur. vi) Penilaian Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 2, Lampiran 4, Lampiran 5). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 2
    • vii) Jangkaan Refleksi Aktiviti melibatkan kemahiran manipulatif sebegini biasanya mengambil masa yang agak panjang terutamanya bila semua kumpulan perlu mengukur suatu objek yang sama. Ini boleh diatasi dengan dengan membahagikan kelas kepada 5 kumpulan dan objek yang hendak diukur kepada 5 stesen. Setiap kumpulan diberikan 1 stesen dalam tempoh masa yang difikirkan sesuai untuk murid mengukur objek tersebut. Setelah tempoh masa tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen berikutnya. Aktiviti ini diulang hingga setiap kumpulan selesai mengukur kelima-lima objek dalam langkah 1 mahupun 2. Mungkin akan ada kumpulan murid yang tidak mengukur dengan tepat iaitu tidak memulakan pengukuran dari 0. Perkara ini perlu ditegaskan secara kerap untuk membantu murid melakukan pengukuran dengan lebih teliti bagi mendapatkan bacaan yang benar-benar tepat. Walaupun aktiviti mengukur dijalankan secara kumpulan, setiap murid perlu melengkapkan lembaran-lembaran kerja secara individu bagi memastikan semua murid memberikan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru perlu prihatin bagi memastikan setiap ahli kumpulan berpeluang membuat pengukuran objek. Ini bertujuan agar setiap murid membuat pengukuran objek maujud dengan betul.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 3
    • LAMPIRANNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 4
    • LAMPIRAN 1OBJEK KONKRIT SET A buku latihan gam “stick” pemadam bekas pensel botol minumanNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 5
    • LAMPIRAN 2 – LEMBARAN KERJA 1Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat di dalam kelas. Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah menggunakan unit sentimeter (cm). BIL OBJEK UKURAN (cm) 1 Pemadam 2 Gam ‘stick’ 3 Buku latihan 4 Bekas pensel 5 Botol minumanNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 6
    • LAMPIRAN 3OBJEK KONKRIT SET B almari pintu papan putih meja guru kerusi muridNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 7
    • LAMPIRAN 4 – LEMBARAN KERJA 2 Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat dalam kelas. Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah menggunakan unit meter (m). BIL OBJEK UKURAN (m) 1 tinggi pintu bilik darjah 2 panjang papan putih 3 tinggi almari 4 tinggi kerusi murid 5 panjang meja guruNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 8
    • LAMPIRAN 5 Arahan: Ukur dan lengkapkan petak kosong dalam gambarajah di bawah.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 9