Kajian pengangguran di kalangan siswazah

8,572 views
8,232 views

Published on

3 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
  • http://jpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Kajian%20Pengangguran%20di%20Kalangan%20Siswazah.pdf
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • susah nak download..can u tel me hw 2 download tiz file
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • tak boleh download ke
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
8,572
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
3
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian pengangguran di kalangan siswazah

  1. 1. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) KAJIAN MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH LAPORAN AKHIR Dibentangkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) d/a Suite 109A, Tingkat 1, Kompleks EUREKA Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang Februari 2003
  2. 2. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) KANDUNGAN HalamanRINGKASAN EKSEKUTIF i - xiSENARAI JADUAL xii - xviSENARAI RAJAH xviiTEKS LAPORAN1.0 Pendahuluan 12.0 Isu-isu utama kajian 13.0 Objektif kajian 24.0 Skop kajian 35.0 Pendekatan dan metodologi 3 5.1 Pendekatan kajian 3 5.2 Metodologi kajian 4 5.2.1 Sampel kajian 4 5.2.2 Instrumen kajian 6 (a) Soal selidik melalui pos 6 (b) Soal selidik untuk temu bual kumpulan 6 fokus (c) Pembinaan inventori atribut psikologi 66.0 Data dan analisis data: Kadar respons dan kebolehpercayaan 7 6.1 Soal selidik melalui pos 7 6.2 Temu bual kumpulan fokus 8 6.3 Profil atribut psikologi siswazah 8 6.4 Maklumat tambahan: Pengalaman penyelidik 9 6.5 Pemprosesan dan analisis data 97.0 Pengangguran di kalangan siswazah: Rangka kerja ekonomi 10 kajian 7.1 Pendahuluan 10 7.2 Objektif 10 7.3 Rangka kerja makro RM8 dan RRJP3 10 7.4 Andaian-andaian RRJP3 14 7.4.1 Transformasi struktural 14 7.4.2 Produktiviti dan guna tenaga 15 7.5 Penilaian terhadap RRJP3 16 7.6 Rangka kerja ekonomi makro alternatif 19 7.7 Tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia 22 7.7.1 Isu-isu dalam perancangan guna tenaga dan 22 tenaga kerja 7.8 Penutup 318.0 Analisis dapatan kajian 1: Responden melalui pos 32 8.1 Maklumat peribadi 32 8.2 Aktiviti mencari pekerjaan 39 8.2.1 Mula mencari pekerjaan 39
  3. 3. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 8.2.2 Variabel yang mempengaruhi aktiviti 40 mencari pekerjaan 8.2.3 Permohonan dan temu duga 41 8.2.4 Bekerja dan masih mencari pekerjaan 43 8.2.5 Sumber maklumat pekerjaan 43 8.2.6 Pola aktiviti mencari pekerjaan mengikut 45 kumpulan etnik 8.2.7 Kualiti responden yang dipentingkan majikan 46 8.3 Status pekerjaan 47 8.4 Responden yang bekerja 49 8.4.1 Tempoh mendapat pekerjaan pertama 49 8.4.2 Bilangan permohonan pekerjaan selepas 50 tamat pengajian mengikut bidang pengajian 8.4.3 Pekerjaan sekarang mengikut bidang 51 pengajian 8.4.4 Sektor pekerjaan mengikut bidang pengajian 55 8.4.5 Taraf pekerjaan 56 8.4.6 Bilangan pekerjaan sekarang 57 8.4.7 Tempoh masa bekerja 59 8.4.8 Pendapatan bulanan responden mengikut 60 bidang pengajian 8.4.9 Pertalian pekerjaan sekarang dengan bidang 61 pengajian program ijazah sarjana muda 8.4.10 Kesesuaian pekerjaan dengan kelayakan 63 akademik 8.4.11 Jantina dan kumpulan etnik responden 65 bekerja 8.4.12 CGPA responden bekerja 65 8.5 Responden yang bekerja sendiri 67 8.5.1 Tempoh perniagaan 67 8.5.2 Sektor perniagaan 68 8.5.3 Pendaftaran entiti perniagaan 68 8.5.4 Pendapatan bulanan perniagaan 69 8.5.5 Modal permulaan perniagaan 70 8.5.6 Peluang pekerjaan 71 8.5.7 Dorongan untuk memulakan perniagaan 71 8.5.8 Kurikulum/ko-kurikulum keusahawanan 72 8.6 Profil responden yang tidak bekerja 74 8.6.1 Latar belakang responden 74 8.6.1.1 Jantina dan kumpulan etnik 74 8.6.1.2 Bidang pengajian mengikut 75 kumpulan etnik 8.6.1.3 Pencapaian akademik mengikut etnik 76 8.6.1.4 Kelayakan masuk ke universiti 78 8.6.2 Aktiviti pencarian kerja di kalangan siswazah 80 menganggur 8.6.2.1 Jarak masa responden tidak 80 mempunyai pekerjaan 8.6.2.2 Faktor-faktor penyebab responden 81 tidak bekerja 8.6.2.3 Bilangan permohonan pekerjaan 82 responden 8.6.2.4 Bilangan temu duga yang dihadiri 83 responden 8.6.2.5 Sektor pekerjaan yang ingin diceburi 85 responden 8.6.2.6 Jenis pekerjaan yang ingin diceburi 86 responden
  4. 4. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 8.6.2.7 Negeri dan bandar tempat responden 88 ingin bekerja 8.6.2.8 Jenis skim latihan siswazah 90 8.7 Kemahiran dan kecekapan 92 8.7.1 Kemahiran bahasa 92 8.7.2 Kemahiran komputer 96 8.7.3 Masalah kemahiran: Punca 97 8.8 Kemahiran yang dimiliki selepas tamat pengajian di 98 IPT dan kemahiran yang digunakan semasa bekerja 8.8.1 Kemahiran berkomunikasi 98 8.8.2 Kemahiran berfikir 103 8.8.3 Kemahiran merancang dan mentadbir 108 8.8.4 Kemahiran dalam teknologi komunikasi dan 109 maklumat 8.8.5 Analisis penjadualan silang antara 111 responden yang bekerja dengan responden yang tidak bekerja (menganggur) dari segi kemahiran yang dimiliki 8.9 Bahagian praktikal/praktikum, ko-kurikulum dan 116 skim latihan lepasan siswazah 8.9.1 Latihan praktikal 116 8.9.2 Latihan ilmiah 117 8.9.3 Menghadiri seminar dan persidangan 118 8.9.4 Penglibatan siswazah dalam aktiviti ko- 119 kurikulum berunit/berkredit (a) Kursus ko-kurikulum umum 119 (b) Kursus ko-kurikulum kemahiran 121 generik (c) Kursus ko-kurikulum kebudayaan 121 (d) Kursus ko-kurikulum sukan dan 122 rekreasi 8.9.5 Kegunaan pengetahuan aktiviti ko- 124 kurikulum 8.9.6 Kegunaan pengalaman bengkel/seminar/ 126 persidangan 8.9.7 Skim latihan lepasan siswazah 127 8.9.8 Kegunaan skim latihan semula dalam 128 mencari pekerjaan9.0 Analisis dapatan kajian II: Temu bual kumpulan kecil fokus 129 9.1 Temu bual dengan siswazah: rumusan 129 9.1.1 Alasan siswazah mendaftar nama di bawah 129 skim latihan 9.1.2 Profil siswazah 129 9.1.3 Pengalaman di IPT 131 9.1.4 Perkara berkaitan skim latihan 132 9.1.5 Cadangan siswazah kepada IPT di Malaysia, 133 khususnya IPTA 9.2 Temu bual dengan majikan 134 9.2.1 Alasan siswazah tidak mendapat pekerjaan 134 9.2.2 Kualiti siswazah dan kemahiran yang 135 ditekankan majikan semasa sesi temu duga 9.2.3 Cadangan majikan kepada IPT 13610.0 Analisis dapatan kajian III: Profil atribut psikologi responden 137 10.1 Pendahuluan 137 10.2 Dapatan kajian 138 10.2.1 Atribut umum responden 138
  5. 5. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 10.2.2 Atribut siswazah yang bekerja dan tidak 138 bekerja 10.3 Kesimpulan 14011.0 Kebolehgunaan tenaga responden (Employability): Analisis logit 142 11.1 Pengenalan 142 11.2 Hasil analisis 142 11.3 Anggaran dan pemerihalan parameter 14412.0 Rumusan dan implikasi dapatan kajian 144 12.1 Inisiatif 144 12.2 Kebolehan untuk berubah 145 12.3 Pemikiran negatif 146 12.4 Cadangan umum 14613.0 Isu-isu utama dan cadangan tindakan 147 13.1 Aktiviti mencari pekerjaan 147 13.1.1 Isu 1: Kesedaran bekerjaya (career 147 awareness) 13.1.2 Cadangan 1: Unit Kerjaya 149 (a) Membina kesedaran kerjaya 149 (b) Meneroka bidang pekerjaan baru 150 (c) Menjalankan latihan yang berkaitan 151 dengan aktiviti mencari pekerjaan 13.1.3 Cadangan 2: Membaiki Unit Kerjaya 152 13.2 Kemahiran dan kecekapan lain 152 13.2.1 Isu 1: Tahap kemahiran 152 13.2.2 Isu 2: Kecenderungan kemahiran 153 13.2.3 Isu 3: Kesepadanan kemahiran yang dimiliki 153 dengan kamahiran yang digunakan semasa bekerja 13.2.4 Isu 4: Latihan praktikal/pratikum, ko- 154 kurikulum dan skim latihan lepasan siswazah 13.2.5 Cadangan 1: Mengkaji semula komponen 155 kemahiran yang selaras dalam kurikulum 13.3 Kemahiran keusahawanan di kalangan siswazah 156 13.3.1 Isu 1: Menerokai potensi “bekerja sendiri” 156 13.3.2 Cadangan 1a: Menyemak semula Program 156 Pembangunan Usahasiswa (PPUS) 13.3.3 Cadangan 1b: Penyediaan prasarana 157 keusahawanan di IPT 13.3.4 Cadangan 1c: Perlantikan kaunselor 157 keusahawanan 13.3.5 Cadangan 1d: Tabung Keusahawanan 158 Siswazah 13.3.6 Cadangan 1e: Program Anak Angkat 158 Usahawan 13.3.7 Cadangan 1f: Pertandingan keusahawanan 159 dalaman dan antara IPT 13.3.8 Cadangan 1g: Penggubalan kurikulum 159 keusahawanan 13.3.9 Cadangan 1h: Penggubalan ko-kurikulum 160 keusahawanan 13.3.10 Cadangan 1i: Kursus kemahiran kepada 160 siswazah yang akan menamatkan pengajian
  6. 6. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 13.3.11 Cadangan 1j: Sokongan dan penglibatan 161 pihak pengurusan IPT 13.4 Atribut psikologi: Ke arah siswazah yang berkualiti 161 13.4.1 Isu 1: Ketidakpekaan tentang realiti tempat 161 bekerja dan harapan pekerjaan 13.4.2 Cadangan 1a 161 13.4.3 Cadangan 1b 161 13.5 Hubungan dan peranan kerjasama antara Institusi 162 Pengajian Tinggi (IPT) dan industri dalam pembangunan tenaga manusia mahir/terlatih 13.5.1 Isu 1: kurangnya sinergi antara IPTA 162 dengan pihak swasta/industri 13.5.2 Cadangan 1 16214.0 Ke arah siswazah + + 162APENDIK 1a Anggaran parameterAPENDIK 1b Pemerihalan parameterAPENDIK 2 Senarai ahli pasukan kajian
  7. 7. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) RINGKASAN EKSEKUTIF1.0 Pendahuluan1.1 Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah, Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001 dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah bekerja. Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan ini dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalam menentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah.2.0 Isu-isu utama kajian2.1 Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan. Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:- (a) Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan? (b) Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untuk menghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran? (c) Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja sendiri, adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga yang merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela dan lain-lain? Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta dan juga bekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan kemahiran teras (core skills) dan kecekapan/kompetensi (competencies) yang bersifat umum yang dapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan.3.0 Objektif kajian3.1 Objektif kajian ini adalah seperti berikut:- (a) Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran di kalangan siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan IPT di luar negara yang telah berijazah pada tahun 2001. (b) Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjaya mendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian, institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan. (c) Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan. i
  8. 8. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) (d) Untuk menentukan tindakan yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.4.0 Skop kajian4.1 Dalam konteks pengangguran di kalangan siswazah yang telah berijazah pada tahun 2001, kajian akan mengkaji perkara-perkara berikut:- (a) Isu dalaman IPT, iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan pelbagai aktiviti dan program IPT yang merangkumi program pengajian, pembentukan sahsiah, perwatakan, ketrampilan dan lain- lain. (b) Isu luaran, iaitu keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran dan bidang-bidang yang boleh diceburi. (c) Polisi kerajaan, dalam hubungannya dengan pihak swasta dan pelanggan, yang boleh membantu melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal dicadangkan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah.4.2 Seterusnya, kajian ini akan mencadangkan tindakan-tindakan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan IPT serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah.5.0 Pendekatan dan metodologi5.1 Pendekatan kajian 5.1.1 Untuk melaksanakan kajian ini pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Swasta (Kementerian Pendidikan Malaysia), Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Sumber Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pertubuhan seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Employers Federation (MEF), dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah membekalkan maklumat yang diperlukan. 5.1.2 Data sekunder mengenai pembangunan kurikulum dan pelajar telah dibekalkan oleh beberapa IPT. 5.1.3 Memandangkan persoalan–persoalan yang telah disenaraikan sebelum ini tidak mungkin boleh dijawab sepenuhnya oleh data sekunder sahaja maka kajian ini juga telah mengumpul data primer daripada dua sumber utama iaitu siswazah dan majikan. ii
  9. 9. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)5.2.1 Metodologi kajian 5.2.1 Sampel kajian (a) Untuk mendapatkan sample kajian, tinjauan melalui pos suatu sampel siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 telah dijalankan. Persampelan kajian untuk tujuan tinjauan melalui pos telah dikenal pasti dengan cara mengambil 25 peratus daripada jumlah bilangan siswazah sarjana muda untuk tahun 2001. Seterusnya teknik persampelan pembahagian bertujuan (purposive sampling) digunakan. Daripada jumlah keseluruhan sampel, 78 peratus terdiri daripada sampel bidang pengajian sastera tulen dan sastera gunaan; 16 peratus sains tulen dan enam peratus bidang teknikal (termasuk sains gunaan, kesihatan dan perubatan). (b) Temuduga dengan kumpulan kecil fokus seperti berikut: i. Pihak majikan seperti badan profesional, MEF, FMM, dan badan korporat. ii. Pusat Latihan Kemahiran seperti Penang Skills Development Centre (PSDC). iii. Siswazah menganggur yang berdaftar dengan Skim Siswazah Menganggur. (c) Sampel-sampel utama untuk inventori profil atribut psikologi diambil daripada responden-responden kajian pos. Pecahan penghantaran adalah seperti berikut:- i. 384 inventori dihantar kepada sampel yang tidak bekerja. ii. 397 inventori dihantar kepada sampel yang bekerja. iii. Selain penghantaran secara pos, inventori ini juga diberikan kepada siswazah kumpulan fokus yang ditemu bual. Sampel kumpulan fokus ialah mereka yang menyertai skim latihan siswazah menganggur dan mereka ini berjumlah 34 orang. Untuk menambahkan lagi jumlah sampel responden, sebanyak 100 inventori telah diedarkan kepada ahli-ahli Malaysian Employer’s Federation (MEF) yang menghadiri sesi temu bual kumpulan fokus majikan bersama ahli pasukan penyelidik. Majikan-majikan ini diminta menyampaikan inventori profil atribut psikologi ini kepada pekerja mereka yang menepati ciri-ciri sampel yang dikehendaki. iii
  10. 10. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 5.2.2 Instrumen kajian (a) Soal selidik melalui pos Soal selidik yang sebahagian besarnya berstruktur dan tertutup ialah instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data primer daripada sampel siswazah 2001. (b) Soal selidik untuk temu bual kumpulan fokus Garis panduan temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan focus, seperti siswazah yang menganggur, pihak majikan dan pengelola program latihan. (c) Pembinaan Inventori Atribut Psikologi (i) Untuk tujuan pengisahan profil ini satu instrumen telah digubal untuk meneroka 19 kategori atribut psikologi yang positif dan tiga kategori atribut psikologi yang negatif. Dalam setiap kategori atribut ada lima item sahaja. (ii) Kesahihan item dan kategori serta kebolehpercayaan item dan kategori disemak dan disahkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam sorotan literatur, pekali melebihi enam, diterima sebagai pekali piawai bagi kebolehpercayaan inventori sesuatu kajian penerokaan. Pekali sebenar setiap atribut bagi inventori kajian ini terletak antara 0.60 - 0.87 (Jadual 5.1).6.0 Data dan analisis data: Kadar respons dan kebolehpercayaan6.1 Soal selidik melalui pos 6.1.1 Sebanyak 8500 borang soal selidik telah dihantar kepada sampel siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 dan sejumlah 2274 soal selidik sesuai untuk dianalisis (bersamaan dengan kadar respons 26.6 peratus).6.2 Temu bual kumpulan fokus 6.2.1 Sepuluh sesi temu bual yang melibatkan 63 orang siswazah menganggur yang berdaftar di bawah Skim Sangkutan Pembantu Pengajar, Skim Sangkutan dan Latihan, dan Skim Latihan Semula lepasan ijazah (PSDC) telah diadakan. Daripada sejumlah 63 orang ini, 39 orang terdiri daripada responden wanita dan 24 orang lelaki, dan dari segi etnik pula 49 Melayu, 12 Cina, seorang India, dan seorang Punjabi. 6.2.2 Empat sesi temu bual dengan kumpulan fokus yang terdiri daripada 31 orang pengurus besar dan pengurus bahagian sumber manusia yang mewakili beberapa syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan iv
  11. 11. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Multi National Companies (MNCs) telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping. 6.2.3 Maklumat yang lebih terperinci mengenai siswazah yang tidak bekerja diperoleh melalui sesi temu bual ini. Perkara yang paling penting ialah maklumat yang dibekalkan oleh responden melalui soal selidik boleh didalami lagi dan boleh diperiksa / disahkan dengan pihak majikan yang menghadiri sesi temu bual.6.3 Profil atribut psikologi siswazah 6.3.1 Berdasarkan senarai responden kajian, seramai 561 responden dipilih untuk menjawab inventori psikologi. Daripada jumlah itu, seramai 235 (41.9%) ialah responden lelaki dan 326 (58.1%) pula perempuan. Jika dibahagikan mengikut status pekerjaan pula, 275 (49.0%) sedang bekerja, 272 (48.5%) tidak bekerja dan 14 (2.5%) sedang menyambung pelajaran. Daripada 272 orang yang tidak bekerja, 152 orang menganggur dan 120 orang daripada mereka sedang mengikuti skim latihan siswazah menganggur.6.4 Maklumat tambahan: Pengalaman penyelidik 6.4.1 Maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti di atas perlu dilengkapkan dengan pengalaman dan pengamatan penyelidik. Oleh itu, meskipun sampel terhad, maklumat tambahan berdasarkan pengalaman dan penglibatan penyelidik menguatkan lagi kesimpulan dan cadangan tindakan kajian ini.6.5 Pemprosesan dan analisis data 6.5.1 Data primer telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Penjadualan silang serta ujian seperti ujian-t dan ANOVA (Analysis of Variance) telah dijalankan untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan matlamat kajian ini. Analisis logit telah dijalankan untuk menentukan probabiliti seseorang graduan menganggur berdasarkan ciri-ciri tertentu. 6.5.2 Data sekunder telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan fenomena pengangguran di Malaysia.7.0 Pengangguran di kalangan siswazah: rangka kerja ekonomi kajian7.1 Beberapa cadangan/langkah timbul daripada perbincangan tentang isu dan cabaran tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia. Antara cadangan dasar tersebut termasuklah:- menentukan perimbangan antara kadar proses peralihan struktur daripada p-ekonomi kepada k-ekonomi dengan penawaran, v
  12. 12. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) permintaan tenaga kerja, teknik pengeluaran dan produktivi buruh supaya tidak wujud defisit atau lebihan dalam tenaga kerja, menggubal Dasar Pekerja Asing Negara, menggubal Pelan Induk Sumber Manusia Negara, menubuhkan Konsortium Pakatan Tiga Pihak berhubung dengan isu-isu tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia, memastikan semua dasar berhubung dengan tenaga kerja dan guna tenaga konsisten, lestari dan kurang bersifat ad hoc.8.0 Rumusan dan implikasi dapatan kajian Dapatan daripada (a) kumpulan fokus, (b) pencarian kerja dan (c) profil atribut psikologi diintegrasikan untuk menyingkap ciri-ciri responden siswazah. Berikut ialah gambaran yang diperoleh daripada intergrasi tersebut.8.1 Inisiatif 8.1.1 Berdasarkan dapatan tinjauan aktiviti mencari kerja, responden menganggur mulai memohon pekerjaan selepas tamat pengajian. Akan tetapi 33 peratus siswazah yang bekerja mula memohon kerja sebelum mereka menamatkan pengajian. Dapatan ini selaras dengan dapatan tinjauan umum yang mendapati bahawa bilangan permohonan kerja yang dihantar oleh responden yang bekerja adalah lebih daripada 10 permohonan. Responden yang menganggur pula memohon kurang daripada 10 permohonan. 8.1.2 Tinjauan aktiviti mencari pekerjaan juga dilakukan terhadap responden yang telah pun mendapat pekerjaan tetapi masih lagi mencari pekerjaan baru. Responden yang bekerja mengambil inisiatif meneroka pasaran kerja untuk mencari kerja baru yang lebih baik. 70.8 peratus responden yang bekerja menghantar resume kepada majikan. 62.7 peratus responden Melayu menghantar permohonan menggunakan borang permohonan berbanding dengan siswazah Cina (17.2%) yang tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan mereka kurang inisiatif. 8.1.3 Data ini juga diperkukuhkan oleh dapatan daripada profil atribut psikologi yang mendapati responden yang tidak bekerja kurang inisiatif.8.2 Kebolehan untuk berubah 8.2.1 Tinjauan daripada aktiviti mencari pekerjaan mendapati bahawa terdapat 70.8 peratus responden Melayu yang mencari pekerjaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, berbanding responden Cina 46 peratus dan India 38.1 peratus. 8.2.2 Ini selaras dengan dapatan kumpulan fokus yang menunjukkan rata- rata responden Melayu mengharapkan pekerjaan daripada kerajaan. vi
  13. 13. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Responden menganggur juga bergantung kepada kerajaan, bukan sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka juga tidak mahu bekerja dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka. 8.2.3 Analisis ekonomi mendapati sektor pekerjaan telah berubah daripada sektor pentadbiran (kerajaan) kepada sektor perkhidmatan (swasta). Nampaknya responden menganggur tidak searus dengan perubahan ini. Mereka tidak mudah berubah dan keupayaan untuk berubah mengikut arus adalah lemah.8.3 Pemikiran negatif 8.3.1 Melalui temu bual dengan kumpulan fokus didapati bahawa responden gagal untuk mendapatkan pekerjaan kerana kurang mempunyai hubungan dan tiada pengalaman kerja. Mereka juga beranggapan mereka tidak mendapat pekerjaan kerana ada unsur diskriminasi seperti ‘perempuan’ dan ‘bertudung’. 8.3.2 Responden yang tidak bekerja sering menyatakan sebab mereka tidak mendapat pekerjaan kerana faktor luaran dan ini boleh membawa kepada pemikiran negatif dan tanggapan yang tidak realistik tentang perkara di sekitar mereka.8.4 Cadangan umumIPT perlu mengambil beberapa langkah, misalnya menyediakan kaunseling kerjayaataupun menubuhkan pusat penempatan kerjaya untuk membantu pelajar meningkatkemahiran, sahsiah, minat dan nilai kerja sejajar dengan dunia pekerjaan semasa.Mereka juga mesti membantu pelajar meneroka peluang pekerjaan dalam pasarankerja.9.0 Isu-isu utama dan cadangan tindakan9.1 Aktiviti mencari pekerjaan 9.1.1 Isu 1: Kesedaran berkerjaya (career awareness) Responden tidak mempunyai kematangan dari segi hal-hal kerjaya (career immaturity). Keputusan ujian F yang tidak signifikan menunjukkan pola yang sama di kalangan responden daripada pelbagai latar belakang ekonomi. 9.1.2 Cadangan 1: Unit Kerjaya Unit kerjaya perlu ditubuhkan di setiap IPT. IPT yang sudah ada unit kerjaya perlu mengkaji semula atau mempertingkatkan peranan unit ini sesuai dengan keperluan pelajar dan juga negara. Fungsi unit kaunseling kerjaya bukan sahaja untuk membantu pelajar mencari pekerjaan, tetapi juga untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut:- vii
  14. 14. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) i. Membina kesedaran kerjaya ii. Meneroka bidang pekerjaan baru iii. Menjalankan latihan yang berkaitan dengan aktiviti mencari pekerjaan. 9.1.3 Cadangan 2: Membaiki Unit Kerjaya9.2 Kemahiran dan kecekapan lain 9.2.1 Isu 1: Tahap kemahiran Kebanyakan responden, sama ada yang bekerja atau menganggur, memiliki kemahiran yang terbabit pada tahap yang tinggi. Kebanyakan respons untuk setiap kemahiran diberi respons “baik” atau “sangat baik”. Bilangan respons “tidak baik” agak rendah. Namun, seperti yang diterangkan di bawah, kemahiran yang mereka miliki tidak konsisten. 9.2.2 Isu 2: Kecenderungan kemahiran Responden lebih cenderung terhadap kemahiran tertentu. Contohnya, dalam aspek kemahiran berfikir, responden lebih cenderung terhadap kemahiran yang bersifat umum, dan kurang cenderung terhadap kemahiran yang bersifat spesifik. Dalam aspek kemahiran berkomunikasi pula, terdapat lebih kecenderungan terhadap kemahiran bersifat lisan, berbanding penulisan. 9.2.3 Isu 3: Ketidaksepadanan kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang digunakan semasa bekerja 9.2.3.1 Banyak kemahiran yang dimiliki selepas tamat pengajian di IPT tidak “selari” dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja. 9.2.3.2 Responden yang menganggur menunjukkan kurang kecenderungan terhadap kemahiran berkomunikasi secara penulisan. Penemuan ini konsisten dengan penemuan tentang kemahiran bahasa yang menunjukkan kemahiran penulisan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan kemahiran yang paling kurang dimiliki oleh responden. 9.2.3.3 Penemuan ini juga konsisten dengan penemuan tentang atribut psikologi siswazah yang menganggur. Dalam hal ini didapati siswazah yang menganggur menilai diri mereka lebih daripada realiti. Senario ini juga dapat digambarkan daripada penemuan tentang kemahiran yang dimiliki oleh siswazah. Lebih ramai siswazah yang menganggur mengganggap mereka memiliki kemahiran yang ditanya, berbanding siswazah yang bekerja. viii
  15. 15. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 9.2.3.4 Responden yang menganggur juga tidak memperlihatkan kecenderungan yang tinggi terhadap kemahiran yang penting dalam bidang keusahawanan. Kebanyakan mereka memberi kedudukan yang rendah terhadap kemahiran membuat pembentangan, memimpin dan memotivasi kumpulan, dan melakukan beberapa tugas serentak. Boleh dirumuskan siswazah yang menganggur kurang memiliki ciri-ciri keusahawanan. 9.2.4 Isu 4: Latihan praktikal/praktikum, ko-kurikulum dan skim latihan lepasan siswazah 9.2.4.1 Pemendekan tempoh pengajian daripada 4 tahun kepada 3 tahun menyebabkan universiti tidak memberi tumpuan kepada latihan praktik, latihan ilmiah dan ko-kurikulum. 9.2.4.2 Walaupun latihan praktik penting, tidak semua responden menjalaninya untuk benar-benar mendedahkan mereka ke alam pekerjaan. 9.2.4.3 Skim latihan selepas pengajian mestilah berbentuk vokasional. Graduan yang bekerja banyak mengikuti skim latihan yang berbeza dengan skim ‘mainstream’. 9.2.5 Cadangan 1: Mengkaji semula komponen kemahiran yang selaras dalam kurikulum9.3 Kemahiran keusahawanan di kalangan siswazah 9.3.1 Isu 1: Menerokai potensi “bekerja sendiri”. 9.3.2 Cadangan: 1a: Menyemak semula Program Pembangunan Usahasiswa (PPUS). 1b: Penyediaan prasarana keusahawanan di IPT. 1c: Perlantikan kaunselor keusahawanan. 1d: Tabung Keusahawanan Siswazah. 1e: Program Anak Angkat Usahawan. 1f: Pertandingan keusahawanan dalaman dan antara IPT. 1g: Penggubalan kurikulum keusahawanan. 1h: Penggubalan ko-kurikulum keusahawanan. ix
  16. 16. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 1j: Kursus kemahiran kepada siswazah yang akan menamatkan pengajian. 1k: Sokongan dan penglibatan pihak pengurusan IPT.9.4 Atribut psikologi 9.4.1 Isu 1: Ketidakpekaan tentang realiti tempat bekerja dan harapan pekerjaan 9.4.2 Cadangan 1: 1a: IPT perlu mendidik semula mahasiswa supaya peka tentang realiti tempat bekerja dan harapan pekerjaan realistik dalam penilaian keupayaan dan potensi mereka berbanding dengan peluang atau pilihan pekerjaan; bersifat terbuka dalam menilai diri sendiri, mengakui kelemahan dan kekurangan, dan seterusnya berusaha untuk mengatasinya. 1b: IPT perlu melantik seorang kaunselor untuk setiap 500 mahasiswa dan peranan kaunselor ini adalah seperti berikut:- (i) Menjalankan ujian psikologi terhadap mahasiswa untuk memastikan mereka mempunyai imej sendiri yang realistik. (ii) Memberi perkhidmatan kaunseling kepada individu dan/atau kumpulan sebagai suatu strategi campur tangan. (iii) Menjalankan penilaian kerjaya dan kaunseling untuk membantu mahasiswa memadankan kecekapan, personaliti, minat dan nilai dengan pilihan program dan kerjaya.9.5 Hubungan dan peranan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan industri dalam pembangunan tenaga manusia mahir/terlatih 9.5.1 Isu 1: Kurangnya sinergi antara IPTA dengan swasta/industri 9.5.2 Isu 2: Penubuhan satu forum atau jawatankuasa-bersama antara IPT dengan pihak industri antara lain mempunyai tujuan berikut:- Memberikan penjelasan lanjut dan seterusnya membincangkan kandungan program akademik yang disediakan kepada siswazah di IPT. x
  17. 17. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Merangka program berbentuk kemahiran ringan secara kerjasama antara IPT dengan pihak industri supaya dapat memenuhi keperluan bakal majikan. Menyediakan pangkalan data bakal graduan yang berpatutan untuk tujuan penempatan kerja. Bekerjasama untuk mendapatkan insentif rebet cukai daripada kerajaan untuk program latihan kemahiran ringan.10.0 Kesimpulan (ke arah siswazah + +)10.1 Siswazah dalam bidang-bidang yang lazim dikategorikan sebagai Generalist (sebagai contoh siswazah sastera dan kemanusiaan, dan sains sosial yang telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran umum berkaitan dengan pekerjaan) dan Generalist Plus (sebagai contoh siswazah sains tulen yang telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran umum dan khusus berkaitan dengan pekerjaan), mendapati amat sukar untuk memasuki pasaran buruh dan menggunakan kemahiran dan keupayaan mereka berbanding dengan kelompok Occupational Generalist dan Occupational Specialist.10.2 Untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah dalam Kelompok Generalist dan Generalist Plus kurikulum bidang-bidang berkaitan perlu bersifat seimbang, iaitu ada elemen penekanan secara eksplisit kepada pembangunan kualiti personal dan kemahiran praktikal.10.3 Dalam kata lain, kurikulum yang bersifat seimbang perlu mengurangkan penekanan kepada keperluan subjek semata-mata dan meningkatkan penekanan kepada keperluan jangka panjang pelajar. Dalam hal ini pekerjaan dan perkara-perkara berkaitan dengan tempat bekerja merupakan satu daripada beberapa keperluan yang dimaksudkan.10.4 Dalam keadaan ekonomi yang pesat berkembang dan diikuti oleh proses transformasi struktur pengeluaran dan pekerjaan, cadangan-cadangan seperti di atas boleh menyumbang kepada kemunculan kelompok siswazah Generalist Plus Plus. Kelompok ini akan menonjolkan ciri-ciri peribadi/kemahiran dan bidang pengajian yang selaras dengan dunia pekerjaan.10.5 IPT tidak boleh menganggap masalah pengangguran di kalangan siswazah ini sebagai satu fenomena yang akan berlaku pada ketika tertentu sahaja. IPT perlu mendapatkan maklum balas secara berterusan daripada siswazah dan juga majikan tentang objektif kursus-kursus yang ditawarkan.10.6 Matlamat akhir IPT ialah untuk menghasilkan siswazah yang berkeperibadian, berilmu, berteknologi dan berkemahiran (elemen + +). xi
  18. 18. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) SENARAI JADUAL5.1 Anggaran kebolehpercayaan untuk kategori dalam inventori 7 profil atribut psikologi (n=561)7.1 Sumber pertumbuhan mengikut jenis industri dan struktur 12 pengeluaran 1991 – 20107.2 Gunatenaga mengikut sektor, 2000-2010 (‘000 orang) 137.3 Malaysia: Nisbah buruh-output 187.4 Malaysia: Penawaran buruh dan anggaran gunatenaga 2000 – 20 2010 (‘000)8.1 Beberapa aspek latar belakang peribadi responden 328.2 Agihan responden mengikut bidang pengajian di peringkat 33 ijazah sarjana muda8.3 Taburan responden mengikut etnik dan bidang pengajian 348.4 Taburan responden mengikut pengkhususan pengajian 358.5 Pencapaian akademik 368.6 Kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda 378.7 Pencapaian SPM 378.8 Pencapaian STPM 378.9 Keputusan Matrikulasi 388.10 Keputusan Diploma 388.11 IPT yang menganugerahkan ijazah sarjana muda 398.12 Pola aktiviti mula mencari pekerjaan 408.13 Pola temu duga 418.14 Perkaitan bilangan temu duga yang dihadiri dengan status 42 pekerjaan responden8.15 Perkaitan antara status pekerjaan dengan aktiviti mencari 43 pekerjaan8.16 Saluran atau cara memohon pekerjaan 448.17 Kesedaran terhadap kewujudan unit kaunseling di IPT 458.18 Kaitan pola aktiviti mencari pekerjaan dengan latar belakang 46 etnik8.19 Pendapat responden tentang kepentingan kualiti-kualiti yang 46 dikehendaki majikan8.20 Status pekerjaan 47 xii
  19. 19. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)8.21 Status responden yang bekerja mengikut bidang pengajian 488.22 Tempoh mendapat pekerjaan mengikut bidang pengajian 508.23 Bilangan permohonan mengikut bidang pengajian 528.24 Jenis pekerjaan sekarang mengikut bidang pengajian 538.25 Sektor pekerjaan mengikut bidang pengajian 558.26 Taraf pekerjaan mengikut bidang pengajian 578.27 Bilangan pekerjaan sekarang mengikut bidang pengajian 588.28 Tempoh masa bekerja mengikut bidang pengajian 598.29 Pendapatan bulanan responden mengikut bidang pengajian 61 (RM)8.30 Perkaitan pekerjaan sekarang dengan bidang pengajian 638.31 Kesesuaian pekerjaan dengan kelayakan akademik mengikut 64 bidang pengajian8.32 Tahun perniagaan dimulakan 678.33 Sektor perniagaan 688.34 Pendaftaran entiti perniagaan 698.35 Pendapatan bulanan perniagaan 708.36 Modal permulaan perniagaan 718.37 Bilangan pekerja 718.38 Dorongan untuk memulakan perniagaan 728.39 Bidang pengajian mengikut kumpulan etnik 768.40 Nilai PMK mengikut kumpulan etnik 788.41 Pencapaian PMK mengikut bidang pengajian 788.42 Syarat kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda 798.43 Syarat kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda 79 mengikut kumpulan etnik8.44 Bilangan permohonan pekerjaan responden 828.45 Bidang pekerjaan yang ingin diceburi responden 868.46 Bidang pekerjaan yang diceburi dengan kumpulan etnik 878.47 Bidang pekerjaan yang diceburi dengan bidang pengajian 888.48 Negeri tempat responden ingin bekerja 89 xiii
  20. 20. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)8.49 Taburan responden mengikut jenis skim latihan siswazah 91 menganggur8.50 Kemahiran bahasa mengikut status pekerjaan 958.51 Kemahiran komunikasi yang dimiliki selepas tamat pengajian 98 di IPT8.52 Kemahiran berkomunikasi yang digunakan semasa bekerja 1008.53 Perbandingan antara kemahiran yang dimiliki selepas tamat 101 pengajian di IPT dan kemahiran yang digunakan semasa bekerja8.54 Kemahiran berfikir yang dimiliki selepas tamat pengajian di 104 IPT8.55 Kemahiran berfikir yang digunakan semasa bekerja 1068.56 Perbandingan antara kemahiran berfikir yang dimiliki selepas 108 tamat pengajian di IPT dan kemahiran berfikir yang digunakan semasa bekerja8.57 Kemahiran merancang dan mentadbir yang dimiliki selepas 108 tamat pengajian di IPT8.58 Kemahiran merancang dan mentadbir yang digunakan 109 semasa bekerja8.59 Kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat yang 110 dimiliki selepas tamat pengajian di IPT8.60 Kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat yang 111 digunakan semasa bekerja8.61 Kemahiran berkomunikasi yang dimiliki selepas tamat 112 pengajian di IPT8.62 Kemahiran berfikir yang dimiliki selepas tamat pengajian di 113 IPT8.63 Kemahiran merancang dan mentadbir yang dimiliki selepas 114 tamat pengajian di IPT8.64 Kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat yang 115 dimiliki selepas tamat pengajian di IPT8.65 Latihan amali dan status pekerjaan 1168.66 Tempoh menjalani latihan praktikal dengan status pekerjaan 1188.67 Status pekerjaan dengan latihan akademik atau menulis 118 laporan penyelidikan semasa mengikuti pengajian tahun akhir di universiti8.68 Perbandingan status pekerjaan dengan kehadiran di 119 bengkel/seminar/persidangan sepanjang pengajian xiv
  21. 21. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)8.69 Penglibatan aktiviti ko-kurikulum umum mengikut status 120 pekerjaan8.70 Penglibatan aktiviti ko-kurikulum kemahiran generik 121 mengikut status pekerjaan8.71 Penglibatan aktiviti ko-kurikulum kebudayaan mengikut 122 status pekerjaan8.72 Penglibatan aktiviti ko-kurikulum sukan dan rekreasi 123 mengikut status pekerjaan8.73 Kegunaan pengetahuan aktiviti ko-kurikulum mengikut 124 status pekerjaan8.74 Kegunaan pengalaman bengkel/seminar/persidangan 126 mengikut status pekerjaan8.75 Penglibatan siswazah dalam skim latihan lepasan siswazah 1278.76 Jenis skim latihan siswazah mengikut status pekerjaan 1288.77 Kegunaan pengetahuan skim latihan semula 12810.1 Min setiap kategori dalam inventori profil psikologi (n=561) 13810.2 Min, sisihan lazim dan nilai t bagi responden mengikut status 139 pekerjaan11.1 Kebolehgunaan tenaga mengikut etnik 14311.2 Kebolehgunaan tenaga mengikut bidang 14311.3 Kebolehgunaan tenaga mengikut universiti 144 xv
  22. 22. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) SENARAI RAJAH8.1 Jantina dan kumpulan etnik responden bekerja 658.2 Responden bekerja mengikut CGPA dan etnik 668.3 Responden tidak bekerja: Jantina mengikut kumpulan etnik 748.4 Nilai purata markah keseluruhan PMK responden 778.5 Jarak masa tiada pekerjaan 808.6 Faktor-faktor penyebab responden tidak bekerja 828.7 Bilangan temu duga yang dihadiri responden 848.8 Sektor pekerjaan yang ingin diceburi responden 858.9 Taburan siswazah yang mengikuti kursus bahasa Malaysia 92 dan bahasa Inggeris mengikut jantina8.10 Kemahiran bahasa lain 938.11 Kemahiran bahasa Malaysia 938.12 Kemahiran bahasa Inggeris 948.13 Responden yang mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan 96 kursus Komputer semasa di IPT mengikut jantina xvi
  23. 23. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) KAJIAN MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH11.0 Pendahuluan1.1 Laporan Akhir ini mengandungi kupasan mengenai penemuan kajian dan isu- isu yang berkaitan. Seterusnya dalam laporan ini juga diketengahkan cadangan tindakan-tindakan untuk menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah setelah mendapat maklum balas daripada peserta-peserta Bengkel Kajian Masalah Pengangguran Di Kalangan Siswazah.1.2 Maklumat telah diperoleh melalui instrumen soal selidik, temu bual kumpulan fokus (dengan majikan dan siswazah), pengisahan profil (siswazah bekerja dan menganggur), dan maklumat sekunder daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Malaysian Employers Federation (MEF).1.3 Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah, Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001 dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah bekerja. Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan ini dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalam menentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah.2.0 Isu-isu utama kajian2.1 Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan. Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:- (a) Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan?1 Merujuk kepada pemegang ijazah sarjana muda sahaja. Mereka dikategorikan menganggur keranatidak mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan dan bidang pengajian enam bulan selepasberijazah. 1
  24. 24. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) (b) Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untuk menghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran? (c) Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja sendiri, adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga yang merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela dan lain-lain? Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta dan juga bekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan kemahiran teras (core skills) dan kecekapan/kompetensi (competencies) yang bersifat umum yang dapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan.3.0 Objektif kajian3.1 Objektif kajian ini adalah seperti berikut:- (e) Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran2 di kalangan siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan IPT di luar negara3 yang telah berijazah pada tahun 2001.4 (f) Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjaya mendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian, institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan. (g) Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan.2 Penyelidikan ini tidak akan mencuba untuk mengesahkan jumlah sebenar siswazah yang menganggur.3 Penyelidikan ini melibatkan kajian melalui soal selidik dan penyelidik berhadapan dengan pelbagaimasalah untuk menghubungi kelompok ini.4 UKM Pakarunding Sdn Bhd, UKM, Bangi sedang menjalankan kajian Study on unemploymentsituation in Malaysia bagi pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan kajian yang telahdijalankan oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) ini mengkaji aspek-aspekyang lebih spesifik berkaitan dengan siswazah dan IPT. Terdapat beberapa kajian lain mengenaimasalah pengangguran di kalangan siswazah, tetapi kajian yang diusahakan oleh IPPTN ini berbezadaripada kajian-kajian terdahulu kerana kajian ini melibatkan pelbagai disiplin. Di peringkatkonseptualisasi kajian, pengangguran dianggap sebagai suatu fenomena pelbagai dimensi dan inimenjadi tunjang pendekatan kajian ini. 2
  25. 25. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) (h) Untuk menentukan tindakan yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.4.0 Skop kajian4.1 Dalam konteks pengangguran di kalangan siswazah yang telah berijazah pada tahun 2001, kajian akan mengkaji perkara-perkara berikut:- (d) Isu dalaman IPT, iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan pelbagai aktiviti dan program IPT yang merangkumi program pengajian, pembentukan sahsiah, perwatakan, ketrampilan dan lain- lain. (e) Isu luaran, iaitu keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran dan bidang-bidang yang boleh diceburi. (f) Polisi kerajaan, dalam hubungannya dengan pihak swasta dan pelanggan, yang boleh membantu melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal dicadangkan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah.4.2 Seterusnya, kajian ini akan mencadangkan tindakan-tindakan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan IPT serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah.5.0 Pendekatan dan metodologi5.1 Pendekatan kajian 5.1.1 Untuk melaksanakan kajian ini pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian 3
  26. 26. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Swasta (Kementerian Pendidikan Malaysia), Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Sumber Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pertubuhan seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Employers Federation (MEF), dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah membekalkan maklumat yang diperlukan. 5.1.2 Data sekunder mengenai pembangunan kurikulum dan pelajar telah dibekalkan oleh beberapa IPT. 5.1.3 Memandangkan persoalan–persoalan yang telah disenaraikan sebelum ini tidak mungkin boleh dijawab sepenuhnya oleh data sekunder sahaja maka kajian ini juga telah mengumpul data primer daripada dua sumber utama iaitu siswazah dan majikan.5.3 Metodologi kajian 5.2.1 Sampel kajian (c) Untuk mendapatkan sampel kajian, tinjauan melalui pos suatu sampel siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 telah dijalankan5. Persampelan kajian untuk tujuan tinjauan melalui pos telah dikenal pasti dengan cara mengambil 25 peratus daripada jumlah bilangan siswazah sarjana muda untuk tahun 2001. Seterusnya teknik persampelan pembahagian bertujuan (purposive sampling) digunakan. Daripada jumlah keseluruhan sampel, 78 peratus terdiri daripada sampel bidang pengajian sastera tulen dan sastera gunaan6; 16 peratus sains5 Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya kajian berfokus kepada kohort ini sesuaidengan definisi pengangguran yang telah dipersetujui, iaitu enam bulan tidak bekerja selepas berijazah.6 Objektif utama kajian ialah untuk mengkaji fenomena pengangguran di kalangan siswazah. Pihakpengkaji telah dimaklumkan semasa perbincangan awal Terms of Reference (TOR) kajian bahawadisebabkan majoriti siswazah yang menganggur terdiri daripada siswazah bidang sastera, maka adalah 4
  27. 27. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) tulen dan enam peratus bidang teknikal (termasuk sains gunaan, kesihatan dan perubatan).7 (d) Temu duga telah dijalankan terhadap kumpulan kecil fokus yang berikut:- (i) Pihak majikan seperti badan profesional, Malaysian Employer’s Federation (MEF), FMM, dan badan korporat. (ii) Pusat Latihan Kemahiran seperti Penang Skills Development Centre (PSDC). (iii) Siswazah menganggur yang berdaftar dengan Skim Siswazah Menganggur. (c) Sampel-sampel utama untuk inventori profil atribut psikologi diambil daripada responden-responden kajian pos. Pecahan penghantaran adalah seperti berikut:- (i) 384 inventori dihantar kepada sampel yang tidak bekerja. (ii) 397 inventori dihantar kepada sampel yang bekerja. (iii) Selain penghantaran secara pos, inventori ini juga diberikan kepada siswazah kumpulan fokus yang ditemu bual. Sampel kumpulan fokus ialah mereka yang menyertai skim latihan siswazah menganggur dan mereka ini berjumlah 34 orang. Untuk menambahkan lagi jumlah sampel responden, sebanyak 100 inventori telah diedarkan kepada ahli-ahli (MEF) yang menghadiri sesi temu bual kumpulan fokus majikan bersama ahli pasukan penyelidik. Majikan-majikan ini diminta menyampaikan inventori profil atribut psikologilebih wajar ramai siswazah dalam bidang ini disoal selidik untuk mengetahui variabel yang berperanandalam hal ini. Nisbah responden sastera tulen dan sastera gunaan dalam pecahan sampel ialah 80:20.7 Pecahan sampel kecil ini ialah 80% responden kejuruteraan dan 20% perubatan dan sains kesihatan. 5
  28. 28. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) ini kepada pekerja mereka yang menepati ciri-ciri sampel yang dikehendaki. 5.2.2 Instrumen kajian (a) Soal selidik melalui pos Soal selidik yang sebahagian besarnya berstruktur dan tertutup ialah instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data primer daripada sampel siswazah 2001. (b) Soal selidik untuk temu bual kumpulan fokus Garis panduan temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan fokus, seperti siswazah yang menganggur, pihak majikan dan pengelola program latihan. (c) Pembinaan Inventori Atribut Psikologi (i) Untuk tujuan pengisahan profil ini satu instrumen telah digubal untuk meneroka 19 kategori atribut psikologi yang positif dan tiga kategori atribut psikologi yang negatif. Dalam setiap kategori atribut ada lima item sahaja. (ii) Kesahihan item dan kategori serta kebolehpercayaan item dan kategori disemak dan disahkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam sorotan literatur, pekali melebihi enam, diterima sebagai pekali piawai bagi kebolehpercayaan inventori sesuatu kajian penerokaan. Pekali sebenar setiap atribut bagi inventori kajian ini terletak di antara 0.60 - 0.87 (Jadual 5.1). 6
  29. 29. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Jadual 5.1: Anggaran kebolehpercayaan untuk kategori dalam inventori profil atribut psikologi (n=561) Kategori Jumlah item Cronbach dalam setiap Alpha Inisiatif 5 0.6045 Melihat dan merebut peluang 5 0.7473 Cekal 5 0.6398 Mencari maklumat 5 0.7758 Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi 5 0.6854 Komitmen terhadap perjanjian kerja 5 0.7335 Berorientasikan kecekapan 5 0.7264 Membuat perancangan yang sistematik 5 0.8101 Penyelesaian masalah 5 0.8417 Keyakinan diri 5 0.8106 Ketegasan 5 0.8142 Kemampuan meyakinkan orang lain. 5 0.7878 Mampu menggunakan strategi pengaruh 5 0.7578 Sosialisasi 5 0.7772 Asertif 5 0.8130 Nilai-nilai 5 0.6915 Kemahiran berfikir 5 0.8736 Perubahan 5 0.6770 Ketrampilan (presentation) 5 0.7759 Kerisauan (anxiety) 5 0.8312 Perasaan negatif 5 0.8307 Ciri-ciri kemurungan/kesedihan 5 0.8754 0.76736.0 Data dan analisis data: Kadar respons dan kebolehpercayaan6.1 Soal selidik melalui pos 6.1.1 Sebanyak 8500 borang soal selidik telah dihantar kepada sampel siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 dan sejumlah 2274 soal selidik sesuai untuk dianalisis (bersamaan dengan kadar respons 26.6 peratus). 7
  30. 30. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)6.2 Temu bual kumpulan fokus 6.2.1 Sepuluh sesi temu bual yang melibatkan 63 orang siswazah menganggur yang berdaftar di bawah Skim Sangkutan Pembantu Pengajar, Skim Sangkutan dan Latihan, dan Skim Latihan Semula lepasan ijazah (PSDC) telah diadakan. Daripada sejumlah 63 orang ini, 39 orang terdiri daripada responden wanita dan 24 orang lelaki, dan dari segi etnik pula 49 Melayu, 12 Cina, seorang India, dan seorang Punjabi. 6.2.2 Empat sesi temu bual dengan kumpulan fokus yang terdiri daripada 31 orang pengurus besar dan pengurus bahagian sumber manusia yang mewakili beberapa syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Multinational Companies (MNCs) telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping. 6.2.3 Maklumat yang lebih terperinci mengenai siswazah yang tidak bekerja diperoleh melalui sesi temu bual ini. Perkara yang paling penting ialah maklumat yang dibekalkan oleh responden melalui soal selidik boleh didalami lagi dan boleh diperiksa/disahkan dengan pihak majikan yang menghadiri sesi temu bual.6.3 Profil atribut psikologi siswazah 6.3.1 Berdasarkan senarai responden kajian, seramai 561 responden dipilih untuk menjawab inventori psikologi. Daripada jumlah itu, seramai 235 (41.9%) ialah responden lelaki dan 326 (58.1%) pula perempuan. Jika dibahagikan mengikut status pekerjaan pula, 275 (49.0%) sedang bekerja, 272 (48.5%) tidak bekerja dan 14 (2.5%) sedang menyambung pelajaran. Daripada 272 orang yang tidak bekerja, 152 orang menganggur dan 120 orang daripada mereka sedang mengikuti skim latihan siswazah menganggur. 8
  31. 31. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)6.4 Maklumat tambahan: Pengalaman penyelidik 6.4.1 Maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti di atas perlu dilengkapkan dengan pengalaman dan pengamatan penyelidik. Oleh itu, meskipun sampel terhad, maklumat tambahan berdasarkan pengalaman dan penglibatan penyelidik menguatkan lagi kesimpulan dan cadangan tindakan kajian ini.6.5 Pemprosesan dan analisis data 6.5.1 Data primer telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS8. Penjadualan silang serta ujian seperti ujian-t dan ANOVA (Analysis of Variance) telah dijalankan untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan matlamat kajian ini. Analisis logit telah dijalankan untuk menentukan probabiliti seseorang graduan menganggur berdasarkan ciri-ciri tertentu. 6.5.2 Data sekunder telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan fenomena pengangguran di Malaysia.8 Jawatankuasa Pemandu Kajian yang bermesyuarat pada 2 Disember 2002 telah menetapkan hanyaciri-ciri responden tetapi bukan ciri-ciri keluarga responden yang perlu dianalisis dan dilaporkan. 9
  32. 32. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN)7.0 Pengangguran di kalangan siswazah: Rangka kerja ekonomi kajian7.1 Pendahuluan 7.1.1 Bahagian ini bertujuan untuk memberikan arah tuju pembangunan ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang. Asas ini penting dalam membuat kajian berhubung dengan tenaga kerja dan guna tenaga secara agregat atau terhadap sesuatu kumpulan pekerja. Jika asas atau rangka kerja ekonomi ini tidak diambil kira, analisis dan rumusan yang akan diperoleh daripada kajian ini akan menjadi kurang bermakna untuk dijadikan dasar perancangan dan perlaksanaan.7.2 Objektif 7.2.1 Antara objektif bahagian ini ialah:- (a) untuk menilai semula rangka kerja makro Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) berhubung dengan pertumbuhan pengeluaran, tenaga kerja dan guna tenaga, dan (b) untuk merangka satu rangka kerja makro alternatif dengan tumpuan khas terhadap aspek tenaga kerja dan guna tenaga.7.3 Rangka kerja makro RM8 dan RRJP3 7.3.1 Rangka kerja makro RRJP3 telah digubal berasaskan prospek jangka panjang yang positif bagi ekonomi dunia seluruhnya. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi dunia dijangka akan berkembang pada kadar 2.3 peratus setahun dalam tempoh 2000 hingga 2010. Pertumbuhan ini dipacu kuat terutamanya oleh pertumbuhan pesat ekonomi Amerika Syarikat (AS), dan juga Kesatuan Eropah (EU) serta pemulihan ekonomi Jepun. 10
  33. 33. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 7.3.2 Sehubungan dengan ini KDNK Malaysia telah disasarkan untuk berkembang pada kadar purata tahunan 7.5 peratus dalam tempoh yang sama berbanding dengan kadar pertumbuhan 7.0 setahun dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1990 hingga 2000. (Jadual 7.1). Untuk menampung pertumbuhan yang pesat ini, tekanan akan diberikan ke atas peningkatan dalam produktiviti, khususnya peningkatan dalam sumbangan Total Factor Productivity (TFP) kepada pengeluaran. Dalam tempoh RRJP3, TFP telah disasarkan untuk menyumbang sebanyak 42.5 peratus terhadap KDNK, sementara buruh dan modal pula menyumbang sebanyak 20.9 peratus dan 36.6 peratus masing-masing. 7.3.3 Dalam RRJP3 juga dijangka berlakunya transformasi struktural yang signifikan yang memperlihatkan sumbangan sektor primer (pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan, perlombongan dan kuari) akan berkurangan daripada 15.3 peratus pada tahun 2000 kepada 8.4 peratus menjelang 2010, sementara sektor sekunder (pembuatan dan pembinaan) dan sektor tertier (perkhidmatan dan lain-lain) akan meningkat daripada 36.7 peratus kepada 39.1 peratus dan daripada 52.4 peratus kepada 57.4 peratus masing-masing dalam tempoh yang sama. 7.3.4 Dari segi pembangunan tenaga kerja dan guna tenaga, tujahan RRJP3 ialah untuk menyediakan tenaga kerja yang mampu menangani peralihan paradigma struktur ekonomi negara daripada p-ekonomi (ekonomi berasaskan pengeluaran) kepada k-ekonomi (ekonomi berasaskan pengetahuan) demi meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi negara. Dalam hal ini tenaga kerja disasarkan berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun atau tambahan seramai 3.3 juta bekerja dalam tempoh perlaksanaan RRJP3. Jumlah tenaga kerja dijangka mencapai sebanyak 12.9 juta menjelang 2010. (lihat Jadual 7.2). 11
  34. 34. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Jadual 7.1: Sumber pertumbuhan mengikut jenis industri dan struktur pengeluaran, 1991-2010 Purata Kadar Sumber Pertumbuhan (%) Struktur Pengeluaran (% Pertumbuhan Tahunan KDNK) Sektor (%) Pencapaian Sasaran RRJP2 RRJP3 2000 2010 RRJP2 RRJP3Pertanian dan Perhutanan, Penternakan dan Perikanan 0.5 3.5 0.1 0.3 8.7 5.9Perlombongan dan Kuari 3.4 -2.7 0.3 -0.1 6.6 2.4Pembuatan 10.4 8.3 3.0 2.9 33.4 36.0Pembinaan 6.4 6.6 0.2 0.2 3.3 3.1Bekalan Elektrik, Gas dan Air 9.6 7.5 0.3 0.3 3.4 3.4Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Hotel dan Restoran 8.3 9.1 1.2 1.5 14.9 17.3Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 8.9 9.7 0.6 0.9 8.0 9.8Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan 11.0 8.9 1.1 1.1 11.8 13.5Perkhidmatan Kerajaan 4.6 3.3 0.4 0.2 7.0 4.7Perkhidmatan Lain 7.4 9.1 0.5 0.7 7.5 8.7(-) Bayaran Perkhidmatan Bank Tertaksir 11.8 7.0 0.7 0.5 6.8 6.5(+) Duti Import 2.1 3.9 0.1 0.1 2.3 1.7 KDNK pada Harga Pembeli 7.0 7.5 7.0 7.5 100.0 100.0 Sektor Primer 1.6 1.2 0.3 0.1 15.3 8.4 Sektor Sekunder 9.9 8.1 3.2 3.1 36.7 39.1 Sektor Tertier 8.3 8.4 4.1 4.6 52.4 57.4 Pengiraan Semula Duti Import tolak Bayaran Perkhidmatan Bank Tertaksir Sektor Primer 1.3 1.2 0.3 0.1 14.7 8.0 Sektor Sekunder 9.6 8.1 3.0 2.9 35.3 37.4 Sektor Tertier 7.8 8.4 3.8 4.4 50.0 54.5 12
  35. 35. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Jadual 7.2: Guna tenaga mengikut sektor, 2000-2010 (‘000 orang) PurataSektor 2000 % 2010 % Pertumbuha (% 2001Pertanian dan Perhutanan, Penternakan dan Perikanan 1,407.5 15.2 1,231.0 9.8 -Perlombongan dan Kuari 41.2 0.4 41.8 0.3Pembuatan 2,558.3 27.6 3,833.3 30.4Pembinaan 755.0 8.1 1,012.4 8.0Bekalan Elektrik, Gas dan Air 75.0 0.8 99.2 0.8Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Hotel dan Restoran 461.6 5.0 669.7 5.3Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 1,584.2 17.1 2,159.7 17.1Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan 508.7 5.5 775.9 6.2Perkhidmatan Kerajaan 981.0 10.6 1,206.3 9.6Perkhidmatan Lain 898.7 9.7 1,582.0 12.5Jumlah 92,71.2 100.0 12,611.3 100.0Tenaga Buruh 9,572.5 12,939.6 Tempatan 8,823.3 12,589.6 Asing 749.2 350.0Pengangguran 301.3 328.0Kadar Pengangguran (%) 3.1 2.5
  36. 36. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Dalam tempoh yang sama, permintaan untuk tenaga kerja akan meningkat pada kadar 3.1 peratus setahun. Ini akan mengakibatkan pertambahan guna tenaga daripada 9.3 juta pada tahun 2000 kepada 12.6 juta pada tahun 2010. Dengan kadar pertumbuhan tenaga kerja sebanyak 3.1 peratus setahun, kadar pengangguran dijangka dicatatkan sebanyak 2.5 peratus pada tahun 2010 berbanding dengan 3.1 peratus setahun pada tahun 2000.7.4 Andaian-andaian RRJP3 Terdapat beberapa jangkaan/andaian implisit dalam rangka kerja RRJP3 di atas yang amat relevan diberikan perhatian dalam kajian ini. 7.4.1 Transformasi struktural 7.4.1.1 Dijangkakan, dalam tempoh RRJP3, Malaysia akan terus mengalami transformasi dalam struktur ekonominya selaras dengan penekanan terhadap proses anjakan paradigma daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Beberapa sektor tradisional akan mengalami pengurangan syernya dalam KDNK sementara sekumpulan sektor lagi akan mengalami peningkatan. Antara sektor yang mengalami pengurangan syernya dalam KDNK termasuklah sektor pertanian (-2.8 mata peratusan), perlombongan (-4.2 mata peratusan), dan perkhidmatan kerajaan (-3.3 mata peratusan). Sektor-sektor yang akan mengalami kenaikan syernya dalam KDNK termasuklah sektor pembuatan (+2.6 mata peratusan) dan beberapa sektor perkhidmatan, antaranya ialah sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran (2.4 mata peratusan); pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan; serta sektor kewangan, insuran, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan. 14
  37. 37. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) 7.4.1.2 Kesan perubahan tersebut ke atas guna tenaga ialah pengurangan dalam guna tenaga bagi sektor yang mengalami pengecutan relatif dan di sebaliknya bagi sektor yang mengalami peningkatan dalam syernya dalam KDNK. Pengurangan dan pertumbuhan guna tenaga ini pula bergantung kepada keanjalan permintaan terhadap guna tenaga, perubahan dalam produktiviti, dan teknik pengeluaran. 7.4.1.3 Bagi sektor yang mengalami pengecutan relatif, seperti sektor pertanian, pengurangan dalam guna tenaga akan bertambah besar jika pada masa yang sama produktiviti meningkat dan/atau teknik pengeluaran menjadi lebih intensif modal dan pengetahuan. Peningkatan dalam syer beberapa sektor tidak semestinya mengakibatkan peningkatan yang sama dalam guna tenaga sekiranya produktiviti meningkat dan teknik pengeluaran menjadi lebih intensif modal. Dalam keadaan ini, penyingkiran buruh daripada sektor pertanian tidak akan dapat menjamin buruh tersebut diserap sepenuhnya oleh sektor berkembang. Ini akan menyebabkan jumlah pengangguran meningkat. 7.4.2 Produktiviti dan guna tenaga 7.4.2.1 Rangka kerja ini juga mengandaikan produktiviti akan meningkat pesat sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini. RRJP3 juga mengandaikan teknik pengeluaran juga lebih berintensifkan modal dan pengetahuan. Keadaan ini dapat dilihat apabila dibandingkan nisbah pekerja kepada KDNK untuk tahun 2000, 2005 dan 2010 bagi keseluruhan ekonomi dan juga bagi setiap sektor dalam ekonomi. Dalam hal ini diandaikan bahawa nisbah ini akan berkurangan daripada 0.0443 pada tahun 2000 kepada 0.029 pada tahun 2010. Ini bermakna permintaan untuk buruh dijangka 15
  38. 38. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) berkurangan dalam tempoh RRJP3. Untuk mengatasi masalah pengangguran ini ekonomi perlu berkembang dengan lebih pesat lagi berbanding dengan yang diandaikan oleh RRJP3, iaitu 7.5 peratus setahun.7.5 Penilaian terhadap RRJP3 7.5.1 Dari segi andaian kadar pertumbuhan KDNK negara, RRJP3 mensasarkan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 7.5 peratus setahun. Ini berasaskan kepada kadar pertumbuhan yang agak pesat bagi beberapa negara maju, terutama Amerika Syarikat, dan Kesatuan Eropah serta pemulihan ekonomi Jepun. Tetapi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini iaitu tahun 2001 dan 2002 ekonomi ketiga-tiga negara yang menjadi rakan perdagangan utama Malaysia ini telah mengalami kemerosotan dalam kadar pertumbuhannya, terutama selepas Peristiwa 11 September. Ekonomi Amerika Syarikat telah mengecut daripada 4.1 peratus pada tahun 2000 kepada 1.0 peratus dan 0.6 peratus pada tahun 2001 dan 2002. Bagi ekonomi Kesatuan Eropah pula kadar pertumbuhan ekonominya juga telah merosot daripada 3.5 peratus pada tahun 2000 kepada 1.5 tahun 2001 dan 2002. Bagi ekonomi Jepun pula proses pemulihan masih belum berlaku, malah ekonomi Jepun telah mengecut sebanyak –0.4 dan –1.1 pada tahun 2001 dan 2002. 7.5.2 Akibat kemelesetan yang berlaku ke atas ketiga-tiga ekonomi tersebut, pertumbuhan ekonomi Malaysia juga turut terjejas. Ini disebabkan ekonomi Malaysia bergantung kepada prestasi eksportnya dan eksport Malaysia pula bertumpu kepada barangan elektrik dan elektronik. Nisbah eksport kepada KDNK Malaysia merupakan yang tertinggi di ASEAN, iaitu sebanyak 119.9 peratus berbanding dengan Singapura (72.3 peratus), Korea (35.5 peratus), Filipina (53.4 peratus), Thailand (58.4 peratus), dan Indonesia (43.2 peratus). Begitu juga syer eksport Malaysia ke Amerika Syarikat, merupakan yang tertinggi, iaitu 24.6 peratus berbanding Singapura (20 peratus), Korea (7 peratus), Filipina (11.8 peratus), Thailand (15.2 peratus), dan Indonesia (7.3 peratus). 16
  39. 39. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) Oleh sebab itu, apabila ekonomi negara-negara maju terutama Amerika Syarikat merosot, ekonomi Malaysia merupakan ekonomi yang paling teruk terjejas. Mengikut anggaran, sekiranya berlaku pengurangan sebanyak 20 peratus dalam permintaan terhadap barang elektrik dan elektronik dari Malaysia, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia akan merosot sebanyak 2-3 mata peratusan. Ini terbukti apabila kadar pertumbuhan KDNK Malaysia telah jatuh merudum daripada 8.0 peratus pada tahun 2000 kepada 0.4 peratus pada tahun 2001 dan kemungkinan berada di bawah 7.5 peratus sehingga 2005. 7.5.3 Berasaskan perbincangan di atas, didapati bahawa sasaran kadar pertumbuhan tahunan purata RRJP3 sebanyak 7.5 peratus agak tinggi memandangkan keadaan ekonomi negara dan dunia dalam dua tahun yang lepas mungkin akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2005. Terdapat beberapa lagi pertimbangan yang perlu diambil kira dalam menilai semula kadar pertumbuhan ini. (a) Perlaksanaan sepenuhnya AFTA menjelang tahun 2003, kecuali bagi industri automobil yang akan diliputi menjelang tahun 2005, akan memaksa Malaysia membuat penyelarasan kepada ekonominya. Umumnya proses penyelarasan akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. (b) Peralihan daripada p-ekonomi kepada k-ekonomi juga akan mengambil masa dan mengakibatkan proses penyesuaian yang sukar. Pelan Induk K-Ekonomi yang dilancarkan baru-baru ini akan mengambil masa untuk dipromosi dan diasimilasikan, terutama di kalangan sektor swasta apatah lagi untuk dilaksanakan dan memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. 17
  40. 40. National Higher Eduacation Research Institute (IPPTN) (c) Proses globalisasi ekonomi dunia yang sedang rancak berlaku dijangka akan menimbulkan berbagai-bagai cabaran dan tekanan terhadap pembangunan ekonomi negara. 7.5.4 Secara implisit dalam rangka kerja RRJP3, tersirat andaian bahawa teknik pengeluaran akan menjadi lebih intensif modal/pengetahuan melalui kemajuan dalam teknologi dan inovasi. Nisbah guna tenaga kepada KDNK dijangka berkurangan daripada 0.443 pada tahun 2000 kepada 0.029 bersamaan dengan peningkatan dalam produktiviti sebanyak 35 peratus dalam tempoh tersebut. Berdasarkan pengalaman Malaysia, kadar ini didapati terlalu pesat dan selalunya akan mengakibatkan pengangguran tenaga kerja. Dari segi jangkaan utamanya, penurunan nisbah guna tenaga kepada KDNK ini, atau dalam erti kata penggantian buruh oleh modal/pengetahuan, berlaku amat pesat pada fasa awal pembangunan ekonomi sesebuah negara dan menjadi semakin perlahan apabila ekonomi semakin matang. Sebagai contoh; nisbah ini bagi Malaysia ialah 0.108 pada tahun 1980 dan telah menurun dengan banyaknya kepada 0.083 pada tahun 1990 dan kepada 0.048 pada tahun 1995. Di antara tahun 1995 hingga 2000 nisbah ini telah berkurangan sedikit sahaja, iaitu kepada 0.044 atau sebanyak 8.3 peratus. Jadual 7.3 Malaysia: Nisbah buruh-output 2000 2005 2010Pertanian dan Perhutanan, Penternakan dan Perikanan 0.078 0.062 0.0505Perlombongan dan Kuari 0.003 0.003 0.003Pembuatan 0.0366 0.0298 0.024Pembinaan 0.108 0.0917 0.076Bekalan Elektrik, Gas dan Air 0.0106 0.0084 0.009Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Hotel dan Restoran 0.028 0.022 0.016Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 0.051 0.0506 0.044Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan 0.021 0.017 0.013Perkhidmatan Kerajaan 0.067 0.045 0.06Perkhidmatan Lain - - 0.043Jumlah 0.0443 0.0362 0.029 18

×