Bookchapter fp20

1,288 views
1,145 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,288
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
23
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bookchapter fp20

  1. 1. Edisi Pertama 2008© AZIZI YAHAYA & YUSOF BOON & SHAHRIN HASHIM 2008Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apajua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelummendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Tazim,Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanPersonaliti gaya hidup remaja / editor Yusof Boon, Azizi Yahaya,Shahrin Hashim.Mengandungi indeksISBN 978-983-52-0534-71. Teenagers--Social life and customs. 2. Teenagers--Conduct of life.I. Yusof Boon. II. Azizi Hj. Yahaya. III. Shahrin Hashim. IV. Judul.305.235Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDINDiatur huruf oleh / Typeset byAZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKANFakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia81310 SkudaiJohor Darul Tazim, MALAYSIADiterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia byPENERBITUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,81300 Skudai,Johor Darul Tazim, MALAYSIA.(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byUNIVISION PRESSLot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya43300 Seri Kembangan, Selangor Darul EhsanMALAYSIA
  2. 2. v KandunganKANDUNGANPrakata viBab 1 Personaliti RemajaSharifudin Ismail & Noordin Yahaya1Bab 2 Baka Dan Personaliti RemajaNurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi14Bab 3 Remaja dan Pengaruh KeluargaNoordin Yahaya & Shahrin Hashim36Bab 4 Kecerdasan Dan PersonalitiAzizi Yahaya & Shahrin Hashim44Bab 5 Pembentukan Konsep Kendiri RemajaNurul Ezzati Azizi69Bab 6 Pelakuan Agresif RemajaAzizi Yahaya& Shahrin Hashim81Bab 7 Kenakalan RemajaNurul Ezzati Azizi, Nurulhuda Azizi &Yusof Boon117Bab 8 Kajian KeremajaanNurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi130Indeks 144
  3. 3. PRAKATABuku ini mengajak pembaca bersama-sama melalui pengalaman-pengalaman bagaimana hendak memahami gaya hidup Remajayang sering terdedah dengan masalah social.Penghasilan buku ini ‘Personaliti Gaya Hidup Remaja’mendedahkan aktiviti remaja dalam kehidupan sosial. Peranangolongan remaja tidak dinafikan kerana mereka merupakan warisyang akan menentukan hala tuju masa depan. Mereka mempunyaipengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi.Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerakekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kitatidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yangsemakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan denganpelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, mediacetak mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dankemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turutmengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkankestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktifdan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalahbohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaandadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkandengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematiandan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkanpelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.
  4. 4. vii PrakataBuku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca khususnyabagi mereka yang ingin mempunyai ramai anak yang dalam alamremaja. Penulis buku ini berusaha memberi panduan kepadapembaca bagaimana ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagaipanduan untuk mendidik anak Diharapkan dengan membacabuku ini, pembaca dapat meningkatkan keyakinan diri bagimenghadapi cabaran semasa dalam memberi pendidikan yangterbaik kepada anak-anak mereka.Azizi Hj YahayaYusof BoonShahrin HashimFakulti Pendidikan/Jabatan AsasUniversiti Teknologi Malaysia2008
  5. 5. Personaliti Remaja 11PERSONALITI REMAJASharifudin IsmailNoordin YahayaPENGENALANPersonaliti merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yangmengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagaiindividu dan makhluk yang kompleks. Personaliti atau dalambahasa Inggeris “persons” berasal dari perkataan Latin iaitu“persona” yang membawa maksud topeng muka. Topeng mukaboleh ditafsirkan sebagai perlakuan baik yang ingin ditonjolkanoleh setiap manusia dengan menyembunyikan perlakuan yangburuk.Kajian saintifik yang dijalankan tentang personalitimengajukan persoalan-persoalan tentang mengapa kita sepertimana kita sekarang. Dalam mencari jawapan kepada persoalantersebut, kita tidak dapat mengelak dari menghadapi kenyataanbahawa tingkah laku manusia adalah sangat kompleks. Manusiamempunyai banyak persamaan tetapi berbeza dalam berbagai carayang lain. Dalam pelbagai kajian yang telah dijalankan,kebanyakan penyelidik cuba mencari hubungan yang bermakna diantara personaliti dan berbagai aspek yang melibatkan tingkah lakumanusia.Definisi personaliti adalah berbeza mengikut setiap ahlipsikologi. Definisi personaliti seperti mana yang diberikan olehHergenhahn dan Olson (1999), iaitu personaliti membolehkanseseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebutdilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik,teruk atau langsung tiada personaliti. Apabila personaliti dikaitkandengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng,
  6. 6. 2 Personaliti Gaya Hidup Remajapersonaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilihuntuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawamaksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusiaitu cuba disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu.Selain itu, ada juga ahli psikolgi yang berpendapat bahawapersonaliti adalah sebagai perwatakan, manakala sesetengahnyamengatakan personaliti hanya terhad kepada tingkahlakuseseorang. Gordon Allport (1961) menyatakan personaliti adalahsebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diriseseorang individu di mana ia menentukan tingkah laku danpenyesuaiannya terhadap alam sekeliling. Istilah dinamik yangdiberikan adalah bermaksud sesuatu yang berkembang dan akanberubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Begitujuga sistem psikofizikal, merujuk kepada unsur-unsur pemikirandan juga hal yang berkaitan denagn keadaan fizikal seseorang.Mischel (1981), menyatakan personaliti merupakansusunan pola-pola tingkahlaku manusia yang disesuaikan mengikutsituasi kehidupan mereka. Manakala Eysenk (1967), menjelaskandefinisi personaliti sebagai keseluruhan tingkah laku sesuatuorganisma yang meliputi pelbagai aspek seperti perangai, peribadi,intelek dan juga bentuk badan yang agak stabil.Sigmund Freud yang terkenal dengan teori psikoanalisanyamenjelaskan personaliti adalah hasil integrasi struktur-strukturdalaman seperti id,ego dan superego. Menurut Freud lagi,keperluan manusia bukan hanya setakat makan dan minum sahajatetapi ia meliputi keperluan yang lebih luas seperti kasih sayang,keselamatan dan juga seks. Oleh itu bagi mencapai faktor yangdinginkan maka manusia akan menunjukkan personaliti dalammencapai tahap kepuasannya.Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan menunjukkanbahawa personaliti tidaklah hanya terhad kepada sesuatu aspeksahaja tetapi ia meliputi pelbagai aspek yang mana ianya bolehmempengaruhi tingkahlaku seseorang. Personaliti seseorang dilihatsebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorangindividu yang lain. Aspek tersebut dipanggil perbezaan individu.
  7. 7. Personaliti Remaja 3Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan berbagai teoripersonaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkanberbagai aspek tentang personaliti.Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripadakajian-kajian yang telah dijalankan terhadap berbagai personalitimanusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangatkompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akandapat membantu kita memahami personaliti manusia yangberbeza-beza. Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawapersonaliti merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku seseorangmanusia sama ada yang dapat dilihat ataupun sebaliknya.Seseorang yang mempunyai personaliti yang positif biasanyamempunyai konsep kendiri yang positif dan boleh diterima olehmasayarakat.Teori personaliti boleh dilihat dan dibahagikan mengikutbeberapa bahagian seperti teori personaliti, teori trait dansebagainya. Walaupun berbeza istilah yang diberikan olehpsikologi Barat namun ia tetap memberi maksud yang serupa.TEORI PERSONALITIPelbagai teori personaliti yang telah dikemukakan oleh psikologiBarat. Di mana ia cuba menerangkan bagaimana seseorangindividu itu membentuk tingkah laku yang berbeza-beza di antarasatu sama lain. Oleh kerana setiap pengkaji memberi pandanganyang berbeza-beza namun begitu terdapat beberapa jenis teoripersonaliti yang membincangkan tentang persamaan sifat semulajadi manusia dan perbezaan individu dari pelbagai perspektif.Gabungan perbincangan berbagai-bagai teori personaliti tersebutakan dapat memberikan kefahaman yang baik terhadap personalitiindividu.Teori Personaliti Sigmund Freud (1940)Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Barat yangterkenal iaitu Sigmund Freud. Menurut teori ini, naluri yangmempunyai sumber, matlamat dan objek merupakan kuasapenggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah menamakan naluri
  8. 8. 4 Personaliti Gaya Hidup Remajahidup sebagai eros dan tenaga yang dihubungkan dengan naluritersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula dinamakanthanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dancenderung kepada destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifatdan tingkah laku manusia didorong oleh satu tenaga yang datangdari dalam diri.Berdasarkan kajian beliau lagi, beliau telahmemperkenalkan konsep alam sedar dan tidak sedar. Di antaraalam sedar dan alam tidak sedar terdapat satu aras yang dikenalisebagai alam prasedar. Di mana pada aras prasedar manusiabiasanya sukar untuk menyedari sesuatu yang sudah berlalu tetapiboleh mengingat semula sesuatu peristiwa sekiranya diberikantumpuan yang bersungguh-sungguh. Menurut Freud lagi bahagianyang tidak sedar sebenarnya merupakan bahagian yang terbesardalam fikiran manusia. Akibatnya manusia akan bertindak danmenunjukkan personaliti yang sukar diterima oleh sebahagianbesar masyarakat.Freud (1940) membahagikan minda manusia kepada tigabahagian iaitu1. IdId merupakan dorongan biologikal dan tenaganaluri yang mendorong manusia untuk bertindakdan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. Idjuga adalah sebahagian dari minda yang dikawaloleh prinsip keseronokan dan bersifat semulajadidan dipunyai oleh kanak-kanak dan terletakdiperingkat bawah sedar. Ia merupakan gudangsimpanan kepada segala bentuk dorongan. Sifat iniwujud sejak dilahirkan.2. EgoEgo merupakan subsistem personaliti yangterbentuk melalui pengalaman yang realiti.Tugasnya adalah mengawal kehendak yang tidakdapat dipuaskan oleh id. Ego juga merupakaneksekutif bagi personaliti dan dikawal oleh
  9. 9. Personaliti Remaja 5personaliti. Ia berkembang daripada id yangberusaha untuk berhadapan dengan realiti. Ego ialahsebahagian daripada id dan diubah menjadi egomelalui persepsi kesedaran. Pada peringkat inibiasanya kanak-kanak sudah dapat menilai tingkahlaku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang.3. SuperegoSuperego pula bermaksud mengawal kehendakyang tidak dapat dipuaskan oleh id dan ego khasnyayang berkaitan dengan tingkah laku yang salah danberlawanan dengan kehendak masyarakatsekeliling. Idengan kata lain superego merupakankomponen moral bagi personaliti. Ia berfungsiuntuk menyekat segala kemahuan Id yang tidakberlandaskan kepada nilai moral dan etika sosialyang diterima masyarakat. Kegagalan superegodalam memainkan peranan sebagai pencegah akanmengakibatkan seseorang itu mengalami konflikdalaman dan menegakibatkan perasaan egomengalami kebimbangan dan seterusnyamembentuk pelbagai helah bela diri.Mekanisme helah bela diri merupakan proses luar sedaryang menurunkan keresahan dengan menolak atau menidakkansesuatu realiti. Ia adalah proses yang bertujuan mempertahankanego dari mengalami kerisauan dan keresahan. Beliau juga percayabahawa pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak bagi setiapperingkat perkembangan psiko seksual akan menentukan jenispersonaliti yang akan dimiliki oleh kanak-kanak tersebut apabiladewasa kelak.TEORI PERSONALITI KAREN HORNEY (1950)Teori ini menekankan tentang hubungan awal di antara ibu bapadan anak sebagai faktor penting dalam perkembangan personalitiseseorang individu. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif
  10. 10. 6 Personaliti Gaya Hidup Remajadan berasaskan kepada kasih sayang, kanak-kanak akanberkembang secara normal. Manusia yang normal akan lebihbersikap fleksibel dan spontan serta meletakkan matlamat sesuaidengan kebolehan mereka. Mereka juga hidup danberkecenderungan untuk mencapai realisasi diri.Bagi kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang negatifdengan ibu bapa mereka, perasaan tertekan yang wujud akanmenyebabkan timbulnya keresahan dalam diri mereka. Untukmenghilangkan perasaan tersebut, seseorang akan cubamenggunakan salah satu daripada kaedah penyesuaian terhadaporang lain iaitu bergerak ke arahnya, bertentangan ataumeninggalkannya. Individu yang normal akan menggunakankaedah tersebut bergantung kepada suasana. Individu yangbermasalah (neurotik) akan hanya menggunakan satu kaedahsahaja yang menyebabkan berlakunya konflik dan keresahan.Selain daripada kaedah yang tersebut di atas, teori ini jugamencadangkan beberapa teknik penyesuaian lain seperti blindspots iaitu tindakan mengabaikan sesuatu yang tidak konsistendalam kehidupan; rasionalisasi iaitu memberikan alasan yang logikbagi menutup kesalahan dan beberapa teknik lain lagi.Menurut Horney (1950), setiap manusia dilahirkan dengandiri sebenar yang sihat yang sesuai bagi perkembangan personalitiyang normal. Sekiranya manusia dapat hidup selari dengan dirimereka yang sebenar, mereka akan berupaya untuk mencapaipotensi sepenuhnya dan dapat hidup harmoni dengan manusiayang lain (Hergenhahn dan Olson, 1999).Teori ini disokong oleh dapatan yang menunjukkan bahawasemakin meningkatnya bilangan manusia yang mempunyaikepercayaan yang tidak rasional terhadap diri sendiri,kecenderungan untuk menjadi tertekan, tidak boleh bersosial,perkahwinan yang tidak bahagia dan menjadi seorang yang tidakdapat menyelesaikan masalah.TEORI PERSONALITI ALBERT BANDURA (1977)Teori ini menyatakan bahawa perbezaan individu disebabkan olehfaktor kognitif, tingkah laku dan persekitaran yang saling
  11. 11. Personaliti Remaja 7bekerjasama dalam menentukan tindakan seseorang individuterutamanya dalam suasana bersosial. Ia turut menekankan bahawamanusia boleh belajar tentang sesuatu tingkah laku melaluipemerhatian sebelum ia melakukannya. Ini adalah kerana manusiasedar tentang konsekuen dan boleh mengandaikan apa yang akanberlaku serta didorong oleh insentif dalaman dan luaran.Bandura (1977) juga berpendapat bahawa pembelajaransosial memberikan maklumat yang berfaedah melalui interaksidengan manusia lain dan elemen lain dari persekitaran.Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan sesuatu yangpenting di mana seseorang akan bertingkah laku menurut modeltertentu.Menurut teori ini, terdapat dua tingkah laku yang berkaitandengan konsep percontohan iaitu peniruan dan pengenalpastian(Habibah dan Noran, 1997). Peniruan mempunyai pengertian yangagak sempit manakala pengenalpastian bermaksud mengambilkesemua pola tingkah laku. Percontohan melibatkan proses yanglebih luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripadapengenalpastian.Bandura (1977) berpendapat bahawa pembelajaran berlakumelalui dua cara iaitu memerhati dan menerima kesan negatif ataupositif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Oleh yang demikian,pembentukan personaliti seseorang amat bergantung kepadapemerhatian terutama dalam tempoh pembesaran kanak-kanakyang mudah menerima dan belajar melalui proses yang tersebut.Teori Personaliti Humanistik Carl Rogers (1980)Teori personaliti Humanistik telah diperkenalkan oleh Carl Rogersdan juga Abraham Maslow. Teori ini mengatakan manusiamempunyai keupayaan untuk membentuk nasib mereka sendiribagi merancang sesuatu. Mengikut teori ini, seseorang itu sentiasamenunjukkan sifat-sifat personaliti yang baik serta inginmenjadikan manusia yang berhati mulia, bermoral, pandaimengambil hati dan saling berhubung di antara satu sama lain.Menurut Abraham Maslow, manusia selalu mencuba mendapatkan
  12. 12. 8 Personaliti Gaya Hidup Remajakesempurnaan kendiri untuk membentuk perkembangan personalitiyang positif.Asas utama bagi teori ini menyatakan bahawa semuamanusia di lahirkan dengan kecenderungan untukmemaksimumkan potensi mereka yang menyebabkan merekamencari pengalaman yang boleh meningkatkan kehidupan mereka.Kecenderungan tersebut akan mendorong individu bergerak kearah kreativiti, tanggungjawab sosial dan berdikari. Pengalamanyang memberikan kepuasan akan dipilih manakala pengalamanyang tidak memuaskan akan dielakkan. Manusia yang sihat akanmenggunakan proses penilaian organismik sebagai panduan dalamkehidupan mereka. Konsep kendiri wujud hasil daripadapengalaman yang berulang-ulang.Kewujudan kendiri menyebabkan wujudnya keperluankepada tanggapan positif seperti penerimaan kemesraan, kasihsayang, simpati dan dihormati dari orang-orang yang mempunyaihubungan dengan seseorang individu. Keperluan kepada tanggapanpositif akan berkembang kepada keperluan kepada ‘self-regard’.Ini bermakna seseorang individu memerlukan bukan hanya tindakbalas positif dari orang yang mempunyai hubungan dengannya, iajuga memerlukan tindak balas yang positif terhadap dirinyasendiri. Menurut Rogers (1980), kanak-kanak memerlukantanggapan positif yang tidak bersyarat. Kedudukan bersyarat yangdikenakan kepada seseorang akan menjadikannya tidak kongruendengan nilai yang ada pada dirinya. Ketidak kongruenan ini akanmenjadikan individu tersebut mengalami keresahan.Rogers memberikan lebih penekanan kepada dua konseplain, iaitu ketekalan diri dan kongruen. Kebanyakan tingkah lakuadalah tekal dengan konsep kendiri, walaupun tingkah lakutersebut tidak memberi apa-apa ganjaran. Apabila terdapat banyakketekalan antara konsep kendiri dengan pengalaman, makaterdapat banyak kongruen dalam diri individu. Ini dinamakankongruen yang tinggi.Menurut teori ini, manusia mengalami keadaan tidakkongruen apabila terdapat perbezaan antara diri yang di amatidengan pengalaman sebenar. Keadaan ini boleh menimbulkan
  13. 13. Personaliti Remaja 9ketegangan dan kekeliruan. Kerisauan yang merupakan hasildaripada perbezaan antara pengalaman dan persepsi tentang dirisendiri berlaku sekiranya individu tidak menyedari akan keadaantersebut. Walau bagaimana pun, beliau percaya bahawa setiapindividu cuba mengekalkan konsep kendirinya melalui dua caramembela diri iaitu dengan memesongkan pengertian pengalamanyang dialaminya dan menidakkan pengalaman itu pernah berlaku.TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER (1964)Dari berbagai jenis teori personaliti yang ada, teori Adlermenekankan tentang keunikan seseorang individu yangdipengaruhi oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnyadipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak-kanak. Menurut Stein dan Edwards (1998), Adler memberikanpenekanan yang mendalam terhadap kepentingan fungsi inferioritiorgan yang menentukan kedudukan personaliti seseorang.Kelakuan dan perasaan inferioriti wujud apabila seseorang itu,sama ada secara langsung ataupun tidak langsung membandingkandirinya dengan orang lain dan mendapati dirinya berada dalamkedudukan yang lebih rendah.Adler (1964) mempercayai bahawa perasaan inferioritisentiasa wujud dan memberi motivasi dalam perkembanganpersonaliti manusia. Kesan ini dilihat amat penting terutamanyaapabila ia berlaku dalam diri kanak-kanak. Selain daripada konsepinferioriti, konsep superioriti juga merupakan aspek yang pentingdalam kehidupan individu yang akan mempengaruhi gaya hidupmereka. Ini adalah kerana matlamat utama seorang manusiamerupakan kesempurnaan diri. Konsep minat sosial yangdiutarakan oleh Adler menekankan tentang pentingnya hidupbermasyarakat.Beliau juga menegaskan tentang perlunya memupukhubungan baik di antara ibu bapa dan anak. Begitu juga hubungandi antara ahli keluarga yang merupakan orang-orang signifikankepada kanak-kanak. Faktor-faktor ini merupakan aspek yangmempengaruhi pembentukan gaya hidup di kalangan anak-anak.
  14. 14. 10 Personaliti Gaya Hidup RemajaSelain daripada itu, turutan kelahiran juga memberi kesan sosialkepada kanak-kanak yang juga memberi sumbangan dalam bentukgaya hidup seseorang. Ini adalah kerana turutan kelahirandikatakan menjadi asas kepada tingkah laku seseorang kanak-kanak.TEORI TRAITTrait bermaksud sebarang bentuk sifat yang membezakanseseorang individu dengan individu yang lain denagn kadar kekaldan kosisten (Atkinson dan rakan-rakan 1987). Ia juga merupakansifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang/Sesetengah ahli psikologi berpendapat trait dipengaruhi oleh bakadan ada pula yang mengatakan oleh persekitaran. Teori traitdipelopori oleh William Sheldon, Goldon Allport dan RaymondCattell.Teori Trait Gordon Allport (1961)Dalam teori ini, Allport (1961) menekankan bahawa personalitiadalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau menambah bahawapersonaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori inilagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yangmenjadi ciri kepada personaliti seseorang. Personaliti seorangdewasa yang matang akan berkembang secara perlahan melaluilapan peringkat.Beliau juga percaya bahawa trait wujud dalam urat sarafmanusia yang merupakan unsur yang diwarisi yang menyebabkantingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personalitidan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku. Beliau jugamembezakan tiga jenis trait iaitu trait kardinal, trait pusat dan traitsekunder. Trait kardinal sangat ketara dalam kehidupan seseorangdan kita boleh mengesan punca trait tersebut. Secara umum, traitkardinal hanya sedikit. Trait pusat merupakan kecenderungan yangada pada seseorang, merangkumi situasi yang agak terhad. Jumlahtrait pusat adalah lima hingga sepuluh misalnya kejujuran,kebaikan dan tingkah laku asertif. Trait sekunder pula tidak kerap
  15. 15. Personaliti Remaja 11berlaku dan merupakan tingkah laku yang lebih umum dan tekal.Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalahdiwarisi tetapi beliau tidak membuat kajian untuk membuktikanteorinya.Beliau berpendapat bahawa seorang yang tidak sihatmerupakan individu yang terganggu perkembangan positifnyadisebabkan oleh rasa kurang selamat di zaman kanak-kanaknya.Untuk mengatasinya, ia perlu merasa disayangi dan diperlukan.TEORI TRAIT WILLIAM SHELDONWilliam Sheldon merupakan seorang doktor perubatan. Menurutbeliau lagi, susuk tubuh badan seseorang seperti gemuk atauendomorf, tegap atau mesomorf dan juga tinggi serta kurus atauektomorf mempengaruhi pembentukan personaliti. Orang yanggemuk biasanya mempunyai sifat-sifat seperti tidak kedekut,periang, tidak aktif dalam sukan, senang mencurahkan perasaan,kurang emosional, lambat bertindak balas dan suka bergaul.Manakala orang yang segak pula, William Sheldonmenyatakan, individu seperti ini mempunyai sifat sepertibertenaga, kuat bekerja dan cerdas. Manakala orang yang tinggipula biasanya mempunyai sifat seperti banyak berfikir, tidak sukamencurahkan perasaan, berhati-hati semasa bercakap, kurangberkawan dan cepat sensitif. Walaubagaimanapun apa yangdikemukakan oleh Sheldon ini hanyalah secara kebetulan sahajadan tidak semua orang yang gemuk itu mempunyai sifat yangdinyatakan itu tadi.TEORI TRAIT RAYMOND CATTEL (1965)Menurut Cattell, personaliti adalah sesuatu yang membenarkankita membuat ramalan apa yang dilakukan oleh seseorang individudalam sesuatu situasi. Cattell (1965) telah membahagikan traitkepada dua iaitu trait permukaan dan trait sumber. Traitpermukaan bermaksud trait yang mudah dikenal pasti daripadatingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang. Trait sumber pulaadalah sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara langsung tetapiboleh diketahui melalui faktor analisis. Selain daripada itu, Cattelljuga berpendapat untuk mengenalkan personaliti seseorang bukan
  16. 16. 12 Personaliti Gaya Hidup Remajabergantung kepada trait sahaja tetapi juga melalui motivasiseseorang.TEORI JENIS, INTROVERT DAN EKSTROVERTTeori jenis introvert (dalaman) dan ekstrovert (luaran) telahdiperkenalkan oleh Carl Jung (1993) dan Hans J. Eysenck (1967).Menurt Eysenck, baka memainkan peranan yang amat pentingdalam personaliti jenis ini. Individu yang tergolong dalamkumpulan introvert biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:i Suka memendam perasaan, serius dan tidak sukamarah.ii Memnetingkan diri sendiri seperti suka membuatkerja secara bersendirian. Contoh pekerjaans epertipelukis, pengubah dan sebagainya.iii Suka merancang drngan teratur bagi kepentinganmasa hadapan.iv Mengambil masa yang panjang untuk tidur.v Mempunyai tahap kebimbangan yang tinggikhasnya pada waktu pagi tetapi akan berkuranganapabila tiba waktu malam.Sementara itu individu yang tergolong dalam golongan ekstrovertpula mempunyai ciri-ciri seperti :i Mempunyai ramai kawan dan selalu berkeadaanriang.ii Selalu aktif dalam sukaniii Cepat marah tetapi tidak menyimpan perasaandendam yang berpanjangan.iv Keadaan mental dan emosi lebih yang stabil dantidak mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi.TEORI PEMBELAJARANTeori ini menjelaskan bahawa tingkah laku dan pembentukanpersonaliti manusia adalah disebabkan oleh pengaruh persekitarandan bukannya dari jiwa atau dalaman. Ini bermaksud jiwa tidakmempunyai peranan langsung dalam pembentukan tingkah laku
  17. 17. Personaliti Remaja 13manusia. Jika dilihat melalui andaian yang dibuat oleh ahli dalambidang bahaviurisme dan pembelajaran Skinner menyatakan :i Tingkah laku manusia pada umumnyaditentukan oleh persekitaranii Manusia suka kepada kenikmatan dan inginmenjauhkan diri dari kesakitaniii Tingkahlaku manusia boleh dikawal, dibentukdan dimanipulasikan.KESIMPULANMemahami personaliti remaja melalui kefahaman teori iniadalah penting kerana ia boleh menjadi panduan kepada ibubapa untuk lebih memahami keadaan anak-anak remajamerekaRUJUKANAbdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001).Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remajakepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92.Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “MembentukPersonaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, DesktopPublisher, 104-121.Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah LakuDengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana MudaYang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti TeknologiMalaysia.Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen curi masaberkualiti kanak-kanak. Berita Harian
  18. 18. 2BAKA DAN PERSONALITI REMAJANurulhuda AziziNurul Ezzati AziziPENGENALANSeorang tokoh ulama Islam yang agung iaitu Imam Al-Ghazali,telah meletakkan tanggungjawab mendidik akhlak kepada ibubapa. Ini adalah kerana anak-anak perlu dilatih dan dididik sejakkecil di mana mereka ini umpama kain putih yang bersih yangmenerima segalanya dari ibu bapa mereka.Alfred Adler (1964) berpendapat bahawa kanak-kanakbelajar untuk menangani masalah dalam kehidupan melaluisokongan dan galakan yang diberikan oleh orang-orang signifikanyang membantu dalam perkembangan mereka (Marcus danRosenberg, 1998). Dengan adanya asas yang positif, kanak-kanakakan membesar dan dapat menempuh tiga tugas utama dalamkehidupan mereka iaitu pekerjaan, masyarakat dan hubungan kasihsayang dengan jayanya. Mereka akan dapat berkembang denganbaik dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya kanak-kanaktidak mendapat sokongan dan galakan yang diperlukan, merekaakan dikuasai oleh perasaan rendah diri dan kesannya, merekaakan memiliki cara hidup yang negatif.Adler (1964) menegaskan bahawa ibu bapa memainkanperanan yang penting dalam mempengaruhi gaya hidup yangmerupakan antara ciri-ciri personaliti kanak-kanak. Pendapat initurut disokong oleh Karen Horney (1950) yang mengatakanbahawa hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktorpenting dalam perkembangan personaliti seseorang individu.Sekiranya hubungan tersebut adalah positif dan berasaskan kepada
  19. 19. 15 Baka dan Personaliti Remajakasih sayang, kanak-kanak akan berkembang secara normal.Menurut satu kajian lain yang dijalankan, merekamencadangkan bahawa sesetengah jenis personaliti yangbermasalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalahdidikan ibu bapa. Kajian yang dijalankan oleh Gallant (1998)terhadap hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan masalahkeibubapaan di kalangan mereka yang alkoholik, mendapati wujudhubungan yang positif di antara ciri-ciri personaliti yangbermasalah dengan cara didikan ibu bapa yang alkoholik.Kail dan Cavanaugh (2000) menyatakan bahawa terdapatdua dimensi hubungan di antara ibu bapa dan anak iaitu tahapkemesraan dan responsif serta tahap kawalan yang keterlaluan dikalangan ibu bapa yang berupaya mempengaruhi sikap, tingkahlaku dan juga personaliti anak. Baumrind dalam Kail danCavanaugh (2000) telah menggabungkan kedua-dua dimensitersebut dan menghasilkan empat gaya keibubapaan iaitu:1. Autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yangtinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebutmeletakkan peraturan dan mengharapkan ianya akandipatuhi tanpa sebarang bantahan dan perbincangan. Nilaiyang ingin disemai di dalam diri anak adalah kesungguhan,hormat dan ketaatan.2. Autoritatif. Gaya ini menggabungkan kawalan yangsederhana dan seimbang dengan kemesraan yang diberikankepada anak mereka. Ibu bapa dengan gaya ini lebihmengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuatdan menggalakkan perbincangan.3. Permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih memberikankemesraan tetapi terlalu kurang kawalan terhadap anakmereka. Mereka lebih banyak menerima tingkah laku anakdan kurang memberikan sebarang hukuman.Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, iamenunjukkan bahawa kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa yangautoritarian mendapat gred yang rendah, estim diri yang rendahdan juga kurang mempunyai kemahiran bersosial. Kanak-kanak
  20. 20. Personaliti Gaya Hidup Remaja 16yang mempunyai ibu bapa yang autoritatif lebih cenderung untukmendapat gred yang tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan diridan kemahiran bersosial yang tinggi. Manakala kanak-kanakdengan ibu bapa yang permisif cenderung mendapat gred yangrendah, impulsif dan mudah kecewa. Oleh yang demikian,kesimpulan yang dapat dibuat adalah gaya keibubapaan yangmenggabungkan kemesraan dan kawalan yang sederhanamerupakan cara yang terbaik dalam membentuk tingkah laku danpersonaliti yang baik di kalangan anak-anak.Walau bagaimana pun, dapatan kajian yang dibuat olehGorman (1998) berbeza bagi kaum Cina di mana adalah didapatikebanyakan ibu bapa dari kaum Cina yang berasal dari negaraChina mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian. Hasilnyaadalah anak-anak mereka didapati lebih berjaya dalam pencapaianakademik dan juga mempunyai tahap kesihatan psikologikal yangtinggi.Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Brook, Zheng et.al. (2001) tentang pengaruh sikap ibu bapa terhadap keganasan dikalangan kanak-kanak berumur 2 tahun mendapati bahawa ibubapa yang mengambil dadah dan mengalami konflik dalamperkahwinan mereka berperanan dalam menyebabkan berlakunyakeganasan di kalangan kanak-kanak terhadap rakan sebayamereka. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa ibu bapayang mengambil dadah sememangnya bersikap ganas dan ini telahmenjadi model kepada kanak-kanak tersebut untuk bersikap danbertingkah laku yang sama.FAKTOR ETNIK DAN KETURUNANCiri-ciri personaliti dan perbezaan individu turut dipengaruhi olehbaka atau keturunan. Nahavandi dan Malekzadeh (1999)menyatakan bahawa keturunan terdiri daripada kumpulan genetik,jantina, bangsa dan latar belakang etnik seseorang individu. Dalamkajian yang dijalankan ke atas sepasang kembar, mendapatibahawa walaupun mereka dibesarkan secara berasingan,personaliti kedua-dua kembar tersebut lebih menyerupai antarasatu sama lain berbanding dengan ahli keluarga angkat mereka.
  21. 21. 17 Baka dan Personaliti RemajaEtnik merupakan salah satu ciri yang termasuk di dalamistilah keturunan. Etnik bermaksud perbezaan kebudayaan yangdiwarisi oleh setiap kumpulan manusia di mana kebudayaan inimerujuk kepada pertuturan, agama, makanan kebiasaan dan negaraasal (Mohd. Salleh Lebar, 2001). Dalam satu kajian yangdijalankan, mendapati bahawa terdapat perbezaan yang jelas dalampembentukan tingkah laku dan personaliti di kalangan kanak-kanak dari budaya dan keturunan yang berlainan iaitu Cina,Amerika Syarikat dan orang-orang Cina yang berhijrah keAmerika Syarikat.Menurut Yong Chee Ken (1998) pembentukan personalitiyang asas bertitik tolak daripada empat andaian daripada yangberikut:1. Pengalaman awal seseorang individu membawa kepadapengaruh yang berpanjangan terhadap personalitinya.2. Pengalaman yang serupa cenderung menghasilkan ciri-ciripersonaliti yang serupa di kalangan individu yang terdedahdengan pengalaman-pengalaman itu.3. Amalan-amalan dalam penjagaan anak adalah mengikutcorak budaya, dan cenderung serupa walaupun tidak pernahidentikal bagi pelbagai keluarga dalam masyarakat.4. Cara penjagaan anak berbeza-beza antara satu masyarakatdengan masyarakat yang lain.Di antara masyarakat yang berlainan kerap kali wujudpengalaman-pengalaman yang berbeza. Dari itu norma-normapersonaliti mereka juga berbeza. Tambahan lagi sistem nilai yangwujud dalam masyarakat sudah tentu berbeza daripada masyarakatlain yang turut sama menyumbang kepada wujudnya perbezaantersebut.Hubungan ini juga dapat dibuktikan melalui kajian yangdijalankan oleh Dion dan Yee (1987) tentang perbezaan personalitidi kalangan golongan barat (iaitu Anglo dan Eropah) dengangolongan timur (iaitu Cina, Jepun dan Indo-Pakistan). Golongantimur mempunyai personaliti yang mengutamakan keharmonian,kekeluargaan dan keselamatan. Manakala golongan barat pula
  22. 22. Personaliti Gaya Hidup Remaja 18lebih kepada individualistik, kecenderungan terhadap pengurusandiri dan persekitaran.FAKTOR AHLI KELUARGAAdler memberi penekanan kepada kedudukan seseorang dalamsusunan adik-beradiknya. Beliau mempercayai bahawa personalitianak pertama adalah berlainan daripada anak kedua atau anakbongsu. Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulung yang mempunyai beberapa orang adikberadik bertingkah laku seperti anak tunggal pada permulaannya.Dengan munculnya anak kedua, ibu bapa akan lebih memberiperhatian kepadanya. Ini memungkinkan timbulnya perasaancemburu di hati anak sulung tersebut. Begitu juga dengan anakkedua dan anak bongsu yang masing-masing mempunyai tingkahlaku dan sikap yang tersendiri. Menurut Habibah dan Noran(1997), telah banyak kajian dibuat terhadap teori Adler ini samaada yang menyokong mahupun yang tidak menyokongnya.Menurut Mizan Adiliah et. al (2000) persepsi individuterhadap kedudukannya dalam adik-beradik dan keluarga jugamemberikan kesan kepada konsep diri yang akhirnya membentukpersonaliti mereka. Berbanding dengan ahli keluarga yang lain,individu sentiasa menilai dengan membandingkan sama ada ialebih baik, setanding atau kurang, diterima atau tidak.Perbandingan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak melaluiinteraksi seharian dengan ahli keluarga mereka.Menurut Habibah Elias (2002) keluarga boleh memberi kesankeatas perkembangan personaliti seseorang.Ibubapa memeinkanperanan yang penting untuk mewujudkan perhubungan yangharmonis dikalangan ahli keluarga.Ibubapa hendaklah menunjukanbahawa mereka mengambil berat dan memberikan kasih sayangyang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Cara yang demikiandapat membantu anak-anak supaya berasa lebih positif terhadapdiri mereka sendiri dan akhirnya menjadi orang dewasa yangberani dan yakin pada diri sendiri.
  23. 23. 19 Baka dan Personaliti RemajaFAKTOR PERSEKITARANIbn Khaldun dipetik dalam Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994)menyatakan bahawa manusia berbeza berdasarkan persekitaran dimana sesiapa yang mendapati dalam persekitaran danpendidikannya, faktor-faktor yang membantunya menuju kebaikanakan tergolong ke dalam golongan yang baik. Manakala sesiapayang mendapati sebaliknya pula boleh jadi tergolong dalamgolongan orang jahat. Beliau juga merumuskan bahawa faktorperwarisan dan pengaruh persekitaran mempunyai kesan dalammembentuk dan mengubah sesuatu tingkah laku.Menurut Nahavandi dan Malekzadeh (1999), perbezaanyang wujud di kalangan individu juga dipengaruhi oleh interaksi diantara faktor keturunan dan persekitaran. Faktor persekitarandikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalammembentuk personaliti seseorang. Faktor persekitaranmenggabungkan budaya, pendidikan, didikan ibu bapa dan jugalokasi fizikal.Kamaruddin (1996) menerangkan bahawa budaya yangmerupakan norma kehidupan seseorang berupaya mencorakkanpersonaliti seseorang. Budaya yang berbeza mempunyai normadan nilai yang berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai dalambudaya yang tertentu akan mempengaruhi perkembanganpersonaliti. Nilai-nilai murni yang disemaikan dalam diriseseorang akan melahirkan individu yang mempunyai personalitiyang seimbang.Menurut Hassan Langgulung (1997), pendidikan terbahagikepada dua jenis iaitu pendidikan dari segi masyarakat danpendidikan dari segi individu. Pendidikan masyarakat merupakanwarisan kebudayaan daripada generasi tua kepada generasi muda.Ianya merujuk kepada nilai-nilai yang bersifat intelektual, seni,politik, ekonomi dan berbagai lagi. Pendidikan individu pulabererti pengembangan potensi-potensi pada diri manusia yangterpendam dan tersembunyi. Individu itu umpama lautan yangpenuh dengan mutiara dan bermacam-macam hidupan tetapi tidakkelihatan. Ia perlu digali dan dipancing supaya ia dapat dijadikan
  24. 24. Personaliti Gaya Hidup Remaja 20perhiasan dan makanan manusia. Manusia mempunyai berbagaibakat dan kemampuan yang boleh digilap agar ianya memberimanfaat kepada dirinya dan seluruh masyarakat.Interaksi di antara faktor keturunan dan persekitaran dalammembentuk personaliti dapat ditunjukkan dalam rajah 1 berikut:CIRIINDIVIDUPerbezaan individu (dipetik dari Nahavandi dan Malekzadeh(1999)Pembinaan sesebuah tamadun bukan hanya terletak padagenerasi muda sahaja.Ianya lebih menekankan kepada para ibubapa serta masyarakat kerana orang yang muda akan belajarmelalui contoh tauladan dan menerima didikan dari orangdisekelilingnya.Tanpa contoh dan didikan yang betul, tidakmungkin mereka akan dapat belajar dan mempunyaipersonaliti serta akhlak yang baik.Pembentukan personalitiseseorang individu itu dipengaruhi oleh beberapa faktor yangpenting.Habibah dan Noran(1997) menyatakan bahawapersonaliti seseorang itu bergantung kepada beberapa faktortermasuklah faktor baka dan juga pengaruh persekitaran yangKeturunan:Gen, Bangsa, Etnik,JantinaPersekitaran: Budaya,Pendidikan, Ibu bapa,FizikalPersonalitiKebolehandankemahiranNilai SikapTingkah laku
  25. 25. 21 Baka dan Personaliti Remajamerangkumi didikan keluarga terutamanya ibu bapa, budayadan perbezaan kaum.Kline(1993) menyatakan personaliti dari pandanganmodel psiko metrik adalah merupakan jumlah trait bagiseseorang individu yang menentukan keseluruhan tingkah lakuindividu tersebut.Ciri-ciri personaliti yang berbeza menentukanperbezaan yang wujud dalam diri setiap individu.Personalitimerupakan sebahagian daripada bidang psikologi yangmengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagaiindividu dan makhluk yang kompleks.Manusia mempunyaibanyak persamaaan tetapi berbeza dalam berbagai cara yanglain.Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik danmembezakannya dengan seseorang individu yang lain.Aspektersebut dikenali sebagai perbezaan individu.Kewujudanberbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kitamemahami personaliti manusia yang berbeza-beza.Menurut Adler (1964), gaya hidup (lifestyle) merupakanpersonaliti seseorang individu yang merangkumi pendapatkreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dankeseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain.Gaya hidupjuga dianggap lambing kepada tingkah laku seseorang.Terdapatempat jenis gaya hidup yang asas iaitu pertama memberimanfaat kepada masyarakat (Socially useful type) merupakangolongan yang menghasilkan kebaikan bukan sahaja kepadadirinya sendiri malahan kepada orang lain. Gaya hidup yangkedua ialah jenis yang menguasai (Ruling type) adalahgolongan yang ingin membuktikan kehebatan dirinya melaluitindakan menguasai dan mengarah orang lain. Manakala gayahidup yang ketiga merupakan golongan yang inginmendapatkan kesenangan dengan usaha orang lain tanpa usahadari dirinya sendiri. Bagi gaya hidup yang keempat pula,adalahjenis yang mengelak (Avoiding type) merupakan golongan yangsuka mengelakkan diri dari membuat sebarang keputusan.Gaya hidup manusia dibentuk oleh pengalaman awalyang pernah dilalui oleh seseorang.Walaupun ia merupakan cirisemulajadi seseorang tetapi boleh dipertingkatkan melalui
  26. 26. Personaliti Gaya Hidup Remaja 22latihan dan bimbingan.Dalam memahami gaya hidup seseorangadalah perlu untuk mengambil kira orang-orang yangmempunyai hubungan dengannya seperti ibu bapa, ahli keluargadan masyarakat yang turut memberi kesan kepada pemilihangaya hidup seseorang individu. Selain itu , terdapat jugahubungan di antara gaya hidup dengan pencapaian akademikseseorang itu.Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan fenomenanegatif yang melibatkan golongan remaja dalam jenayah-jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan sebagainya.Zakaria Stapa (1997) menyatakan bahawa golongan remajamerupakan golongan yang perlu dilengkapkan diri merekadengan pengisian yang bermakna kerana kepada merekadipertaruhkan kelangsungan nasib masa depan segala apa yangkita usahakan pada masa kini.Pembuangan bayi di meratatempat dan seks di luar nikah semakin menjadi sejak akhir-akhir ini. Di antara sebab-sebab yang menjadi punca kepadaperlakuan negatif ini ialah perselisihan faham dengan ibubapa,mempunyai latar belakang keluarga yang sering bergaduh dantidak bahagia, gangguan seksual serta masalah pergaulan.Masyarakat kita pada masa kini menggambarkan wargamasyarakat yang semakin kasar, ganas, tidak bertimbang rasadan mementingkan diri sendiri.Kesan daripada sikap iniditunjukkan dengan meningkatnya angka kemalangan dankematian akibat daripada kemalangan jalan raya. Oleh yangdemikian, adalah perlu untuk kita mengenal pasti gaya hidupdengan ciri-ciri personaliti seseoprang itu.Menurut Adler,individu yang normal secara semulajadinya akan ‘mengambilberat’ tentang orang lain dan mempunyai matlamat untukberbakti kepada masyarakat.Beliau juga percaya bahawa orang-orang yang neurotik dan penjenayah serta orang-orang yanggagal dalam hidup kurang mempunyai matlamat sosial.Merekaini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kirakebajikan masyarakat.Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepadamanusia lain”.Dalam hadis yang lain juga, baginda bersabda
  27. 27. 23 Baka dan Personaliti Remajabahawa “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang halehwal orang Islam yang lain maka dia bukan dari kalanganmereka”.Jelas di sini menunujukkan individu yang baik dansentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.Matlamat yangingin dicapai adalah menghasilkan insan yang baik.Denganmengenal pasti ciri personaliti melalui gaya hidup yangbermanfaat kepada masyarakat ia akan menghasilkan budayahidup yang dapat membentuk personaliti dan masyarakat yangmenyumbang kepada pembangunan manusia yang produktif.KONSEP PERSONALITIPerkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, personaatau personalitas. Maksud pesonalitas ialah topeng yangmerujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang.MenurutMa’rof dan Haslinda (2002), personaliti merupakan keseluruhancara bertindak, berfikir dan merasa yang tipikal bagi seseorangyang menjadikan individu itu berbeza dengan orang lain.Duakonsep yang ditekankan ialah tipikal dan berbeza.Personalitiseseorang mengandungi kesemua ciri pskilogi yang secararelatifnya tidak berubah, yang tipikal(biasa terdapat) padaindividu tersebut. Penekanan kedua adalah berbeza iaitu setiapdaripada kita adalah manusia yang unik kerana tiada seorangpun yang mempunyai kombinasi kualiti-kualiti psikologitipikal yang benar-benar sama.Allen(2000) personaliti merupakan beberapa set yangmengandugi dimensi tingkah laku di mana setiap satunyaberkaitan dengan trait yang tertentu. Walaupun terdapat manusiayang berkongsi trait yang sama berbeza daripada segi pemilikansetiap trait tersebut dan perkongsian tersebut tidakmelibatkan keseluruhan personaliti. Menurut Habibah danNoran (1997), personaliti merujuk kepada dua pengertian iaitukemahiran sosial.Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilaimelalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang
  28. 28. Personaliti Gaya Hidup Remaja 24positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalamkonteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarikdengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yangmenarik.Pengertian kedua ialah personaliti didefinisikansebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinyakepada orang lain. Oleh kerana itu, seseorang itu bolehdikatakan mempunyai ‘personaliti agresif’ atau ‘personalitisubmisif’ atau ‘personaliti penakut’. Atribut atau kualititersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorangkepada orang lain.Berdasarkan kedua-dua pengertian tersebut,adalah jelas menunjukkan personaliti merujuk kepada penilaianyang dibuat oleh seseorang.GAYA HIDUPAdler sering menggunakan kata gaya hidup dalam teoripersonaliti dan psikologi individu.Menurut beliau, gaya hidupseseorang merupakan personaliti, kesatuan personaliti, satubentuk pandangan yang kreatif bagi diri seseorang, masalahhidup dan keseluruhan sikap terhadap kehidupan diri danorang lain.Gaya hidup juga merupakan kunci kepada tingkahlaku seseorang dalam mencapai “superioriti”.Terdapat empat jenis gaya hidup yang diutarakan oleh AlfredAdler iaitu yang bermanfaat kepada masyarakat (Socially useful), mengelak(Avoiding), mengambil kesempatan (Getting)dan menguasai (Ruling).Keempat-empat jenis gaya hidup ini merupakan ciri-ciri personalitiseseorang individu dalam usaha mereka untuk mencapai superioriti dalamkehidupan.Gaya hidup ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu didikanibu bapanya terutamanya bagi tempoh lima tahun pertama dalamkehidupan kanak-kanak dan juga dipengaruhi oleh turutan kelahiranseseorang.DIDIKAN IBU BAPADidikan ibu bapa ditakrifkan sebagai segala bentuk asuhanyang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak sama adadalam bentuk kasih saying, perhatian dan juga disiplin yangdikenakan kepada mereka. Menurut Habibah dan Noran(1997)
  29. 29. 25 Baka dan Personaliti Remajamenjelaskan bahawa terdapat berbagai-bagai cara ibu bapaberhubung dengan anak-anak mereka iaitu bermesra danbanyak memberi kasih sayang,dingin dan membencidan terlalu memberi pelindungan di samping menyedarikeperluan anak untuk bebas serta berdikari.Setiap pola tingkahlaku ibu bapa memberi kesan terhadap pembentukanpersonaliti anak.Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan iaitu pertamaautoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yangtinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut meletakkanperaturan dan mengharapkan ianya akan dipatuhi sebarangbantahan dan perbincangan. Nilai yang ingin disemai di dalamdiri anak adalah kesungguhan, hormat dan ketaatan.Gayakeibubapaan yang kedua ialah autoritatif.Gaya ini menggabungkan kawalan yang sederhana danseimbang dengan rasaKemesraan yang diberikan kepada anak mereka.Ibubapa yang menggunakan gaya keibubapaan ini lebihmengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat danmenggalakkan perbincangan.Manakala gaya keibubapaan yangketiga ialah permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebihmemberikan kemesraan tetapi kurang kawalan terhadap anakmereka.Mereka lebih banyak menerima tingklah laku anakdan kurang memberikan sebarang hukuman.Ketiga-tiga jenisgaya keibubapaan ini mempengaruhi personaliti individu danberperanan membentuk gaya hidup mereka.BUDAYABudaya merupakan nilai-nilai yang dikongsi oleh masyarakatsetempat.Habibah dan Noran(1997), menyatakan bahawa budayamempunyai tingkah laku dan kepercayaan tertentu yangditerima dan diiktiraf oleh ahli-ahlinya. Ini bermakna terdapatpola tingkah laku tertentu yang menyebabkan sesebuahkelompok mempunyai ciri-ciri personaliti yang sama.Faktorbudaya termasuklah budaya menghargai, tekun berusaha,
  30. 30. Personaliti Gaya Hidup Remaja 26bersaing dan juga budaya cukup makan.TURUTAN KELAHIRANTurutan kelahiran merujuk kepada susunan anak yang dilahirkandalam sesebuah keluarga. Menurut Adler (1927), turutan kelahiranseseorang anak memberi kesan sosial kepada kanak-kanak.Walaupun, seseorang itu dibesarkan oleh ibu bapa dan di rumahyang sama tidak bermakna mereka mempunyai identiti sosial yangsama kerana perbezaan umur memberikan perbezaan dalampenerimaan terhadap sikap ibu bapa. Maka perbezaan inimempengaruhi bentuk personaliti seseorang.Menurut Adler anakpertama berlainan daripada anak kedua atau bongsu.Anak tunggaldipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulungyang mempunyai beberapa orang adik beradik juga jugamempunyai tingkah laku seperti anak tunggal juga tetapi kelahirananak kedua mengarah kasih sayang ibu bapa kepada anak keduapula.Ini menyebabkan anak sulung tadi berasa tidak selamat danbencikan adiknya. Anak kedua mungkin mengalami bahawa padaperingkat awalnya dia dapat menundukan kakak atau abangnyakerana ibu bapa akan sering meminta kakak atau abang tadimengalah kepada tingkah laku adik. Dengan itu anak kedua tadimempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi individu yanglebih waras daripada anak sulung. Seterusnya anak bongsumempunyai lebih banyak peluang untuk menundukan abang-abangdan kakak-kakak yang ada. Akhirnya dia menjadi rosak danmempunyai tingkahlaku neurotik.Teori Adler yang kedua ini banyak dibuat kajian.Penemuankajian tahun tiga puluhan tidak menyokong teori tersebut. Akantetepi penemuan kajian yang dilakukan pada tahun lima puluhanmenyokong teori Adler.seterusnya kajian yang dilakukan padatahun tujuh puluhan memberi penemuan yang berbelah bagi. Kiniteori Adler tentang kedudukan seseorang dalam susunan adikberadiknya tidak mendapat banyak sokongan atau dibuat kajian.
  31. 31. 27 Baka dan Personaliti RemajaMEKANISME BELA DIRIApabila berhadapan dengan ancaman yang akan menggugatkestabilan atau kerisauan, terdapat dua cara ego berhadapandengan keadaan ini iaitu berhadapan terus dengan keadaantegang atau membela diri daripada keadaan tersebut.Sekiranya sumber ancaman dapat dikenal pasti, ego bolehmenghadapi keadaan ini dengan mempertahankan diri.Caraseseorang berhadapan dengan keadaan tegang dinamakanmekanisme bela diri. Mekanisme tersebut mungkinmenyebabkan seseorang menindakkan, memalsukan ataumengubah kebenaran. Selain itu, mekanisme ini mungkindilakukan secara tidak sedar. Terdapat pelbagai cara seseorangmembela dirinya iaitu dengan cara menekan perasaan,rasionalisasi, penonjolan, sublimasi, pengalihan, pampasan,pembentukan reaksi dan juga pengenalpastian.Menekan perasaanCara asas bagi ego mengawal tingkah laku yang impulsifialah dengan cara memendam diri atau menekan tingkah lakuimpulsif. Melalui cara ini, tingkah laku impulsive yang liardipaksa balik kembali ke bahagian tidak sedar, makaterdapatlah imbangan antara id dan ego. Akan tetapi ideatyang terpendam ini tidak akan terus hilang, ia akan teruskembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpiatau terlepas kata.RasionalisasiMekanisme bela diri yang melibatkan rasionalisasi melibatkanpenerangan tingkah laku yang tidak diterima dari segi motifperibadi atau sosial. Ia merupakan proses memberi alasankepada tingkah laku yang tidak diterima.Pelajar yangmenerima markah yang rendah dalam ujian atau peperiksaanakan mengatakan kegagalannya disebabkan oleh guru agakkedekut memberi markah yang tinggi.Sama seperti memendam
  32. 32. Personaliti Gaya Hidup Remaja 28diri, rasionalisasi berada pada tahap tidak sedar.Penonjolan diriDalam penonjolan diri, seseorang membela dirinya daripadaidea atau ciri peribadi yang tidak diterima oleh oranglain.Seseorang yang mempunyai perasaan benci kepada oranglain akan menonjolkan perasaannya sebagai perasaan bencikawan-kawan terhadapnya dan dengan demikian dia berhakmenyimpan perasaan benci tersebut terhadap kawan-kawannya.SublimasiSeseorang boleh menunjukkan tingkah laku yang tidakditerima dengan menggantikannya dengan tingkah laku yangditerima oleh masyarakat.Dengan mengambil bahagian dalampertandingan tae kwan do atau judo mungkin bolehmenggantikan tingkah laku agresif.Menurut Freud, cara untukmenjadi manusia yang matang ialah dengan mempelajari caramembuat sublimasi sebagai ganti desakan naluri yang liar.PengalihanKebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamattetapi mungkin mempunyai satu hierarki matlamat.Satutinglkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabilamatlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat yanglebih tinggi. Misalnya seorang pemandu kereta yang berasamarah apabila ditahan polis dan didenda kerana memandudengan laju akan mengalihkan perasaan marahnya kepadaorang lain mungkin kepada penjual goring pisang di tepijalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya.
  33. 33. 29 Baka dan Personaliti RemajaPampasanPampasan adalah satu bentuk penggantian apabila sesuatukelemahan seseorang di atasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hamper samadengan cita-cita asal.Misalnya seorang yang gagal menjadiseorang doktor akan berusaha belajar bersungguh-sungguhuntuk menjadi ahli farmasi atau doktor pergigian yangberjaya.Teori Analitik SosialAhli psikologi yang mula-mula membentuk teori analitiksosial ialah Alfred Adler. Teori beliau juga dikenali sebagaiteori psikologi individu. Adler memberi penekanan kepadakedudukan seseorang dalam susunan adik-beradiknya. Beliaumempercayai bahawa personaliti anak pertama adalahberlainan daripada anak kedua atau anak bongsu.Anaktunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya.Anak sulung mempunyai beberapa orang adik beradik jugapada mulanya mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal,tetapi kelahiran anak kedua mengarah kasih sayang kepadaanak kedua pula, akan menyebabkan anak sulung berasa tidakselamat dan bencikan adiknya.Anak kedua pada peringkatawalnya akan dapat menundukkan kakak atau abangnyakerana ibu bapa akan sering meminta kaka atau abangnyamengalah kepada tingkah laku adik.Dengan itu, anak keduaini akan mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadiindividu yang lebih waras daripada anak sulung.Manakalaanak bongsu pula mempunyai lebih banyak peluang untukmenundukkan abang-abang dan kakak-kakaknya. Akhirnya diamenjadi rosak dan mempunyai kecenderungan untukmembentuk tingkah laku neurotik.
  34. 34. Personaliti Gaya Hidup Remaja 30Teori Fenomenologi-HumanistikTeori ini dikemukakan oleh Carl Rogers. Menurut teoriRogers, konsep utama dalam struktur personaliti ialah diri.Menurut beliau seseorang itu melihat sesuatu objek danmengalami dan memberi makna kepada objek-objek tersebut.Keseluruhan persepsi atau pandangan dan makna yangberkaitan dengan objek merupakan bidang fenomenaseseorang.Bahagian-bahagian dalam bidang tersebut dilihatsebagai “diri”, “diri saya” dan “saya”.Hasil daripada interaksidengan persekitarannya, seseorang itu menghimpun banyakbanyak pengalaman yang berkaitan dengan dirinya.Pengalamanawal ini akan berkembang menjadi konsep kendiri iaitupersepsi seseorang tentang dirinya sendiri.Maksud diri di sini ialah satu set persepsi yang telahtersusun dan ia wujud secara sedar. Walaupun kitamempunyai pengalaman yang tidak kita sedari, konsep kendiriadalah baahgian diri kita yang sedar.Rogers mempercayaibahawa definisi diri seperti ini adalah tepat dan perludigunakan dalam penyelidikan.Definisi diri yang merangkumibahagian tidak sedar tidak boleh dikaji secara objektif.Satukonsep yang berkaitan di sini ialah konsep kendiri yang kitaidamkan. Ia merqngkumi persepsi dan makna yang berkaitandengan diri kita sendiri dan sangat dihargai oleh kita.Teori kognitif sosialTeori kognitif sosial adalah berasaskan kepada teoripemelajaran.Pada peringkat awalnya, teori ini dikenal sebagaiteori pemelajaran sosial. Kini ia dikenali sebagai teori kognitifsosial atau teori pemelajaran kognitif sosial.Teori ini adalahteori personaliti yang paling popular di kalangan ahliakademik.Ia juga banyak digunakan dalam bidang psikologiklinikal. Ahli psikologi yang sering dikaitkan dengan teorikognitif sosial ialah Albert Bandura.Struktur personaliti yang diberi penekanan oleh teori
  35. 35. 31 Baka dan Personaliti Remajakognitif sosial adalah kepada proses kognitif.Dua konseppenting yang berkaitan dengan struktur adalah konsep diridan konsep matlamat. Menurut teori sosial kognitif, diri tidakmerupakan struktur yang tetap tetapi sebagai proses kognitif.Dalam memahami konsep kendiri seseorang, kita perlumemahami tentang apa yang berlaku dalam persekitaran dantingkah laku.Teori ini juga mengatakan seseorang itumempunyai konsep tentang dirinya sendiri dan proseskawalan diri yang mungkin berbeza dari semasa ke semasadan dari satu situasi kepada situasi yang lain.Satu aspek tentang persepsi diri ialah keberkesanandiri atau pengamatan tentang kebolehan diri sendiri untukberhadapan dengan situasi tertentu. Konsep keberkesanan diriberkaitan dengan penilaian yang dibuat oleh seseorangtentang kebolehan dirinya untuk melakukan sesuatu tugasdalam satu situasi.Proses pembentukan personalitiTeori kognitif sosial memberikan penekanan kepada duaproses yang berlainan daripada teori pemelajaran lain tentangpersonaliti iaitu pemelajaran dengan cara pemerhatian danpengawalan diri sendiri.Pemelajaran pemerhatian melibatkankebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhatiorang lain.Pengawalan diri pula melibatkan kebolehanseseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri danbukannya dipengaruhi oleh faktor luaran.Kedua-dua proses inimelibatkan proses pemikiran (kognitif) dan kedua-dua prosesdipengaruhi oleh dendaan dan ganjaran tetapi tidak ditentukanoleh kedua-dua faktor tersebut.Pemelajaran PemerhatianMenurut teori pemelajaran pemerhatian seseorang itu belajardengan hanya memperhatikan tingkah laku orang lain.Orangyang diperhatikan itu dinamakan model atau contoh. Sebagaicontohnya, seorang anak akan belajar bahasa dengan
  36. 36. Personaliti Gaya Hidup Remaja 32memperhatikan kedua ibu bapanya bercakap satu proses yangdinamakan pencontohan. Terdapat dua tingkah laku yangberkaitan dengan konsep pencontohan iaitu peniruan danpengenal pastian. Pencontohan melibatkan proses yang lebihluas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripadapengenalpastian.Kawalan DiriPemelajaran berlaku dengan dua cara iaitu denganmemperhati dan juga dengan cara menerima kesan negatifatau positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Kita belajarmenetapkan matlamat yang sesuai dengan diri kita dankadang kala memuji diri kita sendiri apabila kita berasaberjaya melakukan tingkah laku yang diperhatikan ataumenghukum diri kita rasa gagal untuk melakukan tingkahlaku yang diperhatikan. Jelas bahawa teori pembelajaran sosialmemberi penekanan kepada dua perkara iaitu membentukstandard bagi pengukuhan diri dan kepada proses kognitif.Melalui mekanisme kognitif seperti ini, Bandura mempercayaibahawa manusia boleh mengawal diri mereka dan juga bolehmengadakan rancangan dan matlamat bagi masa hadapanmereka.Pertumbuhan dan perkembanganMenurut teori kognitif sosial, pertumbuhan dan perkembanganbergantung kepada kemahiran memproses maklumat ataukecekapan kognitif yang dipelajari melalui pemerhatian danpengalaman langsung. Selain itu, jangkaan, rancangan dankawalan diri juga penting. Kecekapan tingkah laku adalahkebanyakkannya dipengaruhi oleh pengalaman tetapi faktorbaka atau fisiologi memberikan batasan kepada pertumbuhandan perkembangan.Dari segi pembentukan kebolehan dan kecekapan,Bandura memberikan penekanan kepada pembentukankeberkesanan diri. Sumber untuk memperolehi keberkesanan
  37. 37. 33 Baka dan Personaliti Remajaadalah berbagai-bagai seperti kejayaan diri sendiri,memperhatikan orang lain dan juga melalui pujukan. Amatpenting bagi seseorang itu untuk mengalami kejayaan keranaia berkaitan dengan pembentukan minat yang bersifatintrinsik atau dalaman.PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDUSatu perkara yang ketara dalam perkembangan personalitiialah perbezaan individu. Tiada dua individu yangmempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbezadengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu sepertikecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga-tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-bezadalam ciri-ciri personaliti merekaPERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDUSatu perkara yang ketara dalam perkembangan personalitiialah perbezaan individu. Tiada dua individu yangmempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbezadengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu sepertikecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga-tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-bezadalam ciri-ciri personaliti mereka.1. Kecerdasan lisanSeseorang yang dianggap cerdas itu mempunyaiperbendaharaan kata yang baik dan berupaya membacadengan kefahaman yang tinggi. Individu ini juga mempunyaiperasaan mengetahui yang mendalam terutama perkara-perkarabaru.Apabila menghadapi masalah, dia akan mengkaji masalahdengan teliti daripada semua aspek dalam masalahtersebut.Kecerdasan lisan biasanya belajar sesuatu dengancepat iaitu mudah menerima sesuatu pengetahuan ataukemahiran .Apabila ditinjau secara lisan, pertuturannya adalahlancar.Dia mudah menyesuaikan dirinya sama ada di kalangan
  38. 38. Personaliti Gaya Hidup Remaja 34orang dewasa atau rakan sebaya.2. Kebolehan menyelesaikan masalahIndividu yang mempunyai kebolehan ini biasanya bolehberfikir secara logik dan boleh mengaitkan idea-idea di antarasatu sama lain.Dia juga bergerak balas idea dengan oranglain melalui fikirannya. Keupayaannya mentafsir maklumatdengat tepat memudahkannya membuat keputusan denganbaik.Dia mempunyai idea yang banyak dan bersediamendengar pendapat semua pihak dalam sesuatuperbincangan.3. Keterampilan sosialIndividu yang menunjukkan keterampilan sosial mudahmenerima orang lain dan menunjukkan minat terhadap duniasekelilingnya. Dia merupakan seorang yang menepati janji,mengakui kesilapan-kesilapannya dan bertanggungjawabkepada masyarakat. Di samping itu dia akan berfikir dahulusebelum berkata-kata atau melakukan sesuatu.Selain itu,individu ini juga suka berterus-terang, jujur dengan dirinyadan orang lain serta membuat pertimbangan yang adil.Terdapatberbagai cara seseorang itu dianggap cerdas. Antaranya ialahkebolehan menyelesaikan tingkah laku seseorang denganlancar dan mudah terhadap pelbagai kehendak dalam situasisosial yang berlainan.KESIMPULANPerkembangan tahap mentaliti, kognitiviti dan personaliti anakperlu diberi perhatian walaupun zahirnya ia kelihatan seperti satufitrah semulajadi seseorang itu. Namun, seandainya ia dipandangremeh tanpa sebarang tindakan susulan dan berpanjangan, aspekperkembangan tersebut sebenarnya merupakan satu titik awalbermulanya gangguan-gangguan terhadap perkembanganpersonaliti anak-anak. Dengan mempunyai personaliti yang sihatdan sempurna, maka anak dapat berjaya memiliki satu kekuatan diriuntuk menjadi benteng daripada sebarang anasir jahat yang ingin
  39. 39. 35 Baka dan Personaliti Remajamempengaruhi atau menguasai diri dari melakukan tindakan atauperkara yang negatif. Ayah dan ibu adalah teladan pertama bagipembentukan peribadi anak. Keyakinan-keyakinan, pemikiran danperilaku ayah dan ibu dengan sendirinya memiliki pengaruh yangsangat dalam terhadap pemikiran dan perilaku anak. Karenakeperibadian manusia muncul berupa lukisan-lukisan pada berbagairagam situasi dan kondisi dalam linkungan keluarga. Keluargaberperanan sebagai faktor pelaksana dalam mewujudkan nilai-nilai,keyakinan-keyakinan dan persepsi budaya sebuah masyarakat.Ayah dan ibulah yang harus melaksanakan tugasnya di hadapananaknya. Khususnya ibu dan bapa yang harus memfokuskan dirinyadalam menjaga akhlak, jasmani dan kejiwaannya pada masa prakehamilan sampai masa kehamilan dengan harapan Allahmemberikan kepadanya anak yang sehat dan saleh.RUJUKANAbdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001).Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remajakepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92.Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “MembentukPersonaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, DesktopPublisher, 104-121.Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah LakuDengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana MudaYang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti TeknologiMalaysia.Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen curi masaberkualiti kanak-kanak. Berita Harian
  40. 40. 3Remaja dan Pengaruh KeluargaNoordin YahayaSahrin HashimPENGENALANPenghasilan ini merupakan suatu ulasan hasil laporan berbentukbuku daripada tesis mengenai tajuk yang signifikan iaitu ‘Remajadan Pengaruh Keluarga’. Peranan golongan remaja tidak dinafikankerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tujumasa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadapkeadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akanmemegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi danpembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin harisemakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagaipaparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetakmahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dankemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turutmengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkankestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktifdan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalahbohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaandadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkandengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematiandan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkanpelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini terdedahdengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebutsebagai"borderless world" ini banyak menyuntik unsur-unsur yangpositif mahu pun yang negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan
  41. 41. Remaja dan Pengaruh Keluarga 37dengan program yang membunuh sahsiah berbanding programyang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali,1977)Secara tidak langsung, ini memberi tamparan yang hebatkepada ibu bapa. Ibu bapa harus dapat membimbing individumengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial. Masalahberkaitan sosial remaja banyak berpunca daripada hubungan antaraibu bapa dengan remaja itu sendiri. Sejumlah besar remajamenyalahkan ibu bapa. Sebagaimana petikan akhbar berjudul"Ayah Sibuk, Remaja Liar" Harian Metro, 1 Ogos 2001, "KeluargaTerbiar, Remaja Jadi Liar" Harian Metro, 6 September 2001 dan"Jenayah Rogol Juvana Salah Siapa?" Utusan Malaysia, 23 Julai2001.Kesibukan urusan kerja menyebabkan kekurangan agihanmasa. Kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengankemewahan dan wang ringgit.Ibu bapa pula menafikan kenyataan ini dan menyalahkanpihak lain sama ada disebabkan faktor ego dengan kedudukanmereka atau persepsi mereka terhadap golongan remaja yangdikatogerikan sebagai golongan yang masih mentah.Bagaimanapun tugas tersebut nampaknya telah diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah atau pihak sekolah. Dengan berbuatdemikian mereka berharap akhlak, personaliti dan kendiri anakmereka dapat dibentuk sebaik mungkin. Akibatnya, merekamengundang gejala sosial di kalangan remaja.DEFINISI REMAJAMenurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka, istilah remaja bermaksudmulai dewasa atau sudah baligh. Remaja merujuk kepada satuperingkat perkembangan di antara umur 12 tahun sehingga 20tahun di mana seseorang itu mengalami perubahan dari aspekfizikal, kognitif dan social. Menurut Rogers(1985) remajamengalami beberapa bentuk perubahan dari segi :i Perubahan fizikal : Pada tahap ini remaja mengalamiperubahan fizikal badannya iaiatu remaja lelaki akanmenjadi lebih tegap dan menunjukkan cirri-ciri maskulin.
  42. 42. 38 Personaliti Gaya Hidup RemajaRemaja perempuan akan menunjukkan cirri-cirikewanitaannya seperti pembesaran buah dada danpunggung. Rangsangan seksual akan berlaku.ii Perubahan emosi dan fikiran : Pada peringkat ini kegilaanmereka meniru tingkah laku idola mereka meningkat.Perasaan ingin mencintai dan dicintai wujud bukan lagiterhadap ibu bapa tetapi rakan social yang lain.iii Menyertai kumpulan: Pada peringkat ini remaja akanmemilih rakan sebaya sebagai orang paling signifikandalam hidupnya dan ini menimbulkan konflik dengan ibubapa. Masalah delinkuen timbul kerana remaja seringmemberontak pada peringkat ini.iv Menentang kekuasaan : Konflik yang timbul antara remajadengan ibu bapa timbul kerana perbezaan pendapat yangingin menghalang minat pencapaian dan potensi dirimereka. Keadaan ini menjerumuskan mereka kea rahnegatif.Menurut Erikson(1968) peringkat remaja merupakan saturevolusi diri ke arah kematangan di mana mereka perlu menilaisemula diri dari aspek fizikal, emosi dan social serta pandanganorang lain terhadap mereka. Pada masa tersebut, remaja perlumembuat pilihan tentang kehidupan mereka termasuklahperhubungan pekerjaan dan sebagainya berdasarkan pengetahuandan pengalaman yang minimum. Oleh itu remaja mungkinmengalami ‘self diffusion’ atau kecelaruan kendiri disebabkanperubahan bentuk badan yang mendadak, keinginan seks yangbertambah dan persediaan menghadapi dunia dewasa yang penuhdengan pilihan dan kemungkinan. Sama ada kecelaruan kendiri inidapat diatasi atau membawa kepada masalah delinkuen bergantungkepada pengalaman masa lalu dan perkembangan personalityremaja tersebut. Sekirannya remaja ini mempunyai perkembanganpersonality yang sihat, dia seharusnya dapat menangani tekanan inidengan baik.Coleman(1974) berpendapat bahawa remaja mempunyai duaset identity iaitu, keadaan dirinya pada masa akan datang. Hasildapatan analisa beliau menunjukkan konflik identity masa depan
  43. 43. Remaja dan Pengaruh Keluarga 39yang akan bertambah selaras dengan pertambahan umur, bukannyaidentity sedia ada. Kajian juga menunjukkan terdapat peningkatandalam jumlah remaja yang mementingkan hala tuju masa depanmereka yang kadangkala menimbulkan kekeliruan identityDEFINISI KELUARGA DAN PENGARUH IBU BAPAKeluarga adalah institusi yang mempunyai ibu, bapa, anak-anakatau lebih hubungan darah perkahwinan atau anak angkat dantinggal bersama dalam satu rumah tangga(Horton dan Hunt,1991).Keluarga juga dikatakan sebagai sebuah kumpulan yangterdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Keluarga ini bolehterdiri daripada keluarga besar atau sekecil-kecilnya terdiridaripada seorang isteri dan seorang suami.Ibu bapa merupakan orang signifikan yang mempunyaipengaruh yang sangat besar ke atas anak mereka. Orang signifikanadalah mereka yang dianggap penting, rapat dan berpengaruhdalam hidup kanak-kanak sebagai sumber keselamatan, kasihsaying, dan harga diri. Sumber itu boleh diberi secara positif ataunegatif (Burns, 1979). Orang yang signifikan ini boleh terdiridaripada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru dan orangyang berpengaruh di sekeliling kita(Rogers, 1951) Terdapat tigacara bagaimana ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri seseoranganak iaitu :a) Keadaan awal kehidupan yang dipengaruhi oleh perasaan dantingkah laku orang signifikan terhadap dirinya.b) Proses pengajaran dan pembelajaran melalui ganjaran danhukumanc) Modelling-cara hidup dan tingkah laku orang signifikan yangditerima dan dicontohi(Baron, & Byrne,1987.Ibu bapa dianggap sumber konsep kendiri terpentingberbanding bapa. Menerusi emosi ibu ketika dalam kandungan lagidan ketika menyusu iaitu ‘attachment theory’ pembentukan konsepkendiri anak terbentuk. Contohnya, jika ibu mengambil berat danprihatin serta mencurahkan kasih sayang kepada anak maka anakakan merasa dirinya dihargai dan tidak mudah meragam. Jika anaktidak dapat layanan dan kehendaknya tidak dipenuhi maka mereka
  44. 44. 40 Personaliti Gaya Hidup Remajaberasa bahawa dirinya diabaikan dan sering meragam.Pemberian nama yang baik boleh mempengaruhi konsepkendiri kanak-kanak. Nama yang mempunyai makna yang baikmemberi satu keyakinan kepada kanak-kanak. Dapat menonjolkanpersepsi yang baik daripada pandangan orang lain. Panggilan atasnama ini juga merupakan doa daripada ibu bapa. Mengenai gayadidikan dan asuhan ibu bapa Baumrind(1971) menyatakan terdapattiga bentuk gaya asuhan ibu bapa iaitu:a) Authorotatif iaitu ibu bapa mengawal anak dengan peraturanketat tetapi anak boleh berkomunikasi terbuka dengan mereka.b)Authoritarian iaitu ibu bapa mengenakan kawalan ketat kepadaanak-anak. Anak dilarang menyoal tindakan mereka.c) Permisif iaitu ibu bapa mengamalkan komunikasi terbukaSeperti yang diketahui perkembangan personaliti dan gayaasuhan ibu bapa adalah antara pembolehubah-pembolehubahkonsep kendiri seseorang. Oleh itu bapa mempunyai pengaruh keatas pembentukan konsep kendiri anak. Pendidikan ibu bapamempengaruhi perkembangan konsep kendiri anak-anak keranakonsep kendiri merupakan satu proses pembelajaran. Kebanyakanproses pembelajaran ini diperoleh dari orang signifikan seperti ibubapa terutamanya di peringkat awal pembesaran anak-anak. Ibubapa memainkan peranan yang unik untuk mempengaruhi anak-anak dalam proses pembelajaran konsep kendiri keranakebergantungan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak tersebutkepada mereka. Antara pengkaji yang mengkaji tentang perananibu bapa dalam pembentukan konsep kendiri anak ialahCoppersmith, Sear dan Rosenberg. Coppersmith(1967) mendapatibahawa hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa merupakanfaktor utama dalam pembinaan harga diri. Beliau mengkajiterhadap kanak-kanak lelaki sebelum melangkah ke alam remajasehingga ke alam remaja. Coppersmith membahagikan kanak-kanak lelaki kepada 3 kumpulan iaitu harga diri yang tinggi,sederhana dan rendah. Coppersmith tidak menjangka dengankanak-kanak harga diri yang tinggi tidak berkelakuan mulia, tetapikanak-kanak harga diri yang rendah sentiasa berkelakuan baik.Beliau mendapati bahwa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada
  45. 45. Remaja dan Pengaruh Keluarga 41kebebasan yang diberi oleh ibu bapa.Sear(1957) pula mendapati konsep kendiri adalah hasildaripada proses pembelajaran dan pengalaman lampau. Searmendapati bahawa kawan memainkan peranan utama dalampembentukan konsep kendiri pada zaman remaja. Menurut beliauibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan konsepkendiri awal kanak-kanak.Rossenberg(1965) pula mendapati bahawa anak-anak yangdihargai oleh ibu bapa akan mempunyai harga diri yang tinggiberbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa sentiasa tidak puashati terhadap pencapaian anak-anak. Estim kanak-kanak yangsering dipuji akan meningkat. Rosenberg mendapati bahawakonsep kendiri lebih bertumpukan kepada kehendak ibu bapa.Kamphaus (1992) membincangkan juga faktor-faktor yangmempengaruhi perkembangan kepintaran. Ia termasuklah faktor;Keluarga dan baka – keluarga yang berpisah, membezaan dalammendidik kanak-kanak, kedudukan ibu bapa dan ibu bapa yangpintar.i Persekitaran – media massa, guru, rakan sebaya dansaudara-mara.ii Perbezaan bangsa – contoh daripada kajian, kanak-kanak Asia lebih pintar daripada kumpulan minorityAmerika, antara kulit orang kulit putih dan hitam.iii Perbezaan jantina – lelaki lebih bijak daripadaperempuan (Kaufman, 1979)iv Status sosioekonomi – golongan ibu bapaprofesional dan ibu bapa pinggir/ luar bandar.v Kedudukan kelahiran – Bouch. D dan Segal (1985)anak pertama lebih bijak kerana perhatian dantumpuan padanya, dalam keluarga yang besar anakhujung agak ketinggalan dan tahap kepintaran yangagak sama bagi keluarga yang mem punyai 2 @ 3orang anak.vi Trauma dan teratogens – malnutrition (kekuranganzat – organ tidak membesar), kurang berat badansemasa lahir, anoxia (kurang oksigen semasa lahir –
  46. 46. 42 Personaliti Gaya Hidup Remajaterencat akal) dan pendedahan alkohol.vii Kesihatan – selalu sakitviii Motivasi dan penerimaan individuKesemua perkara di atas mempunyai hubungan dengankepintaran yang secara tidak langsung mengakibatkan pencapaianakademik menjadi tinggi atau rendah. Lazimnya kepintaran tinggiakan mendapat markah yang tinggi dalam pencapaian akademik.Sebaliknya jika kurang pintar maka pencapaian akademik akanmerosot.KESIMPULANMenurut Kamal (1996), dari perspektif Islam, personaliti adalahsatu kesedaran tingkah laku, budi pekerti, amalan, perkataan-perkataan dan pandangan hidup individu. Pootkay dan Allen(1986) pula menyatakan konsep kendiri adalah pandanganindividu tentang personaliti dirinya sendiri. Ini adalah persepsipersonaliti dari dalam. Dapat disimpulkan bahawa konsep kendiriadalah sebahagian dari personaliti.Personaliti yang terdapat pada manusia adalah berbezabagi setiap individu. Fulner (1972) berpendapat konsep kendiribergantung kepada interaksi sosial seseorang denganpersekitarannya. Oleh itu hubungan dan ikatan dalam sesebuahkeluarga adalah penting. Ikatan dalam keluarga serta peranan yangdimainkan oleh ahli keluarga pada masa ini berbeza berbandingdengan keluarga pada zaman dahulu.RUJUKANBaumrind, D. (1971). “Current patterns of parental authority”.Developmental Psychology Monographs, 4 (1, Pt.2).Ghafani bin Awang. (2007). “Kenakalan Remaja dari PerspektifIslam” Retrieved on 8 Aug 2008, fromhttp://halaqah.net/v10/index.phpKimberly Kopko. (2007). “Parenting Styles and Adolescents”.
  47. 47. Remaja dan Pengaruh Keluarga 43Cornell Cooperative ExtensionMaccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in thecontext of the family: Parent-child interaction. In E. M.Hetherington (Ed.) & P. H. Mussen (Series Ed.),Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization,personality and social development (pp. 1–101).New York: Wiley.Marzita Abdullah. (2003), Bebas samseng - Kelulusan,pengalaman pengetua bukan penentu. Portal PendidikanUtusan, 9.9.2003. Retrieved on 8 Aug 2008, fromhttp://www.tutor.com.myMarzita Abdullah. (2003), Disiplin pelajar - Kadangkala berpuncadaripada guru. Portal Pendidikan Utusan, 30.9.2003.Retrieved on 8 Aug 2008, fromhttp://www.tutor.com.myNurul Izzah Sidek. (2007), Menghukum remaja dengan rotan.Portal Pendidikan Utusan, 26.07.2007. Retrieved on 5 Sept2008, from http://www.tutor.com.myRohana Man. (2004), Bunuh diri - Pelajar terpinggir dan terasing.Portal Pendidikan Utusan, 13.07.2004. Retrieved on 5Sept 2008, from http://www.tutor.com.myRosmah Dain. (2004), Personaliti anak - Keluarga kumpulanpenting bentuk peribadi. Portal Pendidikan Utusan,12.08.2004. Retrieved on 5 Sept 2008, fromhttp://www.tutor.com.mySarjit Singh Gill. (2007). “Menangani Masalah Salah LakuPelajar”. Berita Harian – Jumaat, 27.7.2007
  48. 48. 4KECERDASAN DAN PERSONALITIAzizi YahayaSahrin HashimPENGENALANKecerdasan juga dikaitkan dengan prestasi dalam persekitaransosiobudaya yang khusus.Orang yang cerdas dalam bidangsosial biasanya dapat melakukan perkara yang betul dalammasa yang sesuai.Mereka meneliti setiap masalah itu denganmendalam dan menyelesaikan masalah tersebut.Kecerdasanjuga dikaitkan dengan tindakan kerana membolehkanseseorang itu bertindak untuk mencapai matlamat mereka.Sebaliknya orang yang tidak memiliki kebolehan ini sukaruntuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana pemikirandan matlamat yang tidak jelas.Pada pandangan orang biasa, kecerdasan menekankankepakaran seseorang dalam bidang pengetahuan, terutamadalam keterampilan sosial dan menyelesaikan masalah secarapraktik. Orang yang bijak mempunyai kepakaran dalamperancangan dalam kehidupan dan mempunyai pertimbanganyang baik tentang perkara-perkara penting dalamkehidupan.Dia mempunyai kebijaksanaan sosialnya untukmenyelesaikan masalah hidup yang penting seperti konflikyang berlaku antara suami isteri. Walau bagaimanapunkecerdasan sosial sukar diukur kerana masalah dalamkehidupan sosial tidak difahami dengan cara yang sama danpenyelesaiannya sukar di persetujui oleh ramai orang.Menurut Cattell (1949), mendapati bahawa terdapatkolerasi yang tinggi antara kecerdasan dengan kawalan diri,kebolehpercayaan, kerajinan, kebebasan emosi, ketekunan dan
  49. 49. Kecerdasan dan Personaliti 45ketabahan merupakan trait tingkah laku. Perkaitan antarakecerdasan dengan penyesuaian boleh diterangkan denganbeberapa kemungkinan.Pertama, kanak-kanak yang cerdikmempunyai ibubapa yang cerdik juga dan boleh menanganimasalah emosi kanak-kanak dengan bijak. Dengan demikiab,mereka dapat membina asas psikologi yang kukuh semmasaperingkat kanak-kanak.Kedua, kanak-kanak yang cerdik akan dapatmenghadapi harapan dan kehendak sosial dan dengan itutingkah laku mereka diberikan ganjaran dan menghasilkanpenyesuaian yang baik kepada kehendak-kehendak tersebut.Ketiga, kanak-kanak yang lebih cerdik kana menghadapiharapan-harapan dan kehendak-kehendak sosialberkemungkinan akan menjadi lebih bejaya. Keempat terdapatperkaitan antara kecerdasan dengan kreativiti, ingin tahudengan kebijaksanaan, iaitu trait-trait yang membantumeningkatkan popularity dan penyesuaian di kalangankumpulan sebaya. Kelima perkaitan antara penyesuaian dijangkakan di klanagan kanak-kanak kelas menengahberbanding dengan kanak-kanak kelas rendah keranapenekanan yang diberikan oleh golongan kelas menengah keatas pencapaian akademik dan kemajuan pendidikan.Aspek-aspek personaliti juga boleh mempengaruhifungsi intelek. Individu yang mempunyai kecerdasan yanglebih tinggi akan menunjukkan daya uasaha yang lebihtinggi, darjah kebebasan yang lebih tinggi,berkeupayaanmenyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi persainganberbanding dengan individu yang mempunyai kecerdasanyang rendah. Interaksi antara intelek dengan personaliti adalahkompleks dan terdapat perbezaan yang besar dalampenyesuaian personaliti di semua peringkatkecerdasan.Beberapa masalah penyesuaian emosi yang tertentudidapati lebih kerp berlaku di kalangan mereka yang rendahkecerdasannya. Walaupun tidak terdapat perkaitan yang jelasantara intelek dengan personaliti, kecerdasan tetapmempengaruhi interaksi sesorang dengan orang lain. Di
  50. 50. 46 Personaliti Gaya Hidup Remajasamping itu juga, kecerdasan juga memberikan kesan ke ataspenyesuaian terhadap kehendak-kehendak persekitaran.KEPIMPINANKepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi dsesuatukumpulan kea rah pencapaian matlamat yang tertentu.Puncapengaruh ini sama ada secara formal seperti seseorang yangdilantik supaya memegang jawatan pengurus sebuah syarikatatau tidak formal iaitu seorang pemimpin yang wujud di luarstruktur formal seperti dalam kumpulan sosial di Bandar dandi desa,Ahli-ahli Ahli-ahli ang mempunyai banyak kuasa ataupengaruh sosial atau mereka yang banyak memberikansumbangan kea rah matlamat kumpulan biasanya dinamakansebagai pemimpin.Ciri-ciri yang menunjukkan perkaitan yang konsistenwalaupun kecil ialah kecerdasan dan motivasi. Pemimpin didapati lebih tinggi kecerdasannya dan mereka lebihberorientasikan pencapaian, dominan dan mempunyaikeyakinan terhadap diri sendiri.Oleh itu, ciri-ciri personalitiyang positif seperti kecerdasan yang lebih tinggi, motivsiyang kukuh dan keyakinan diri anatara sifat yangmembezakan pemimpin dengan orang lain.KREATIVITIMenurut de Bono (1992), menjadi kreatif bermaksudmewujudkan sesuatu yang belum pernah ada aiatu sesuatuyang baru dan mempunyai nilai.Sesuatu yang kreatifsepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yangbiasa. Ianya mestilah merupakan sesuatu yang unik dan jarangditemui.Di samping itu juga, ada pendapat yang menyamakankreativiti denagn keistimewaan semulajadi atau kecerdasan.Secara ringkasnya, kreativiti ialah satu proses mental yangdengannya individu mencipta idea atau menggabungkan idea
  51. 51. Kecerdasan dan Personaliti 47atau produk yang sedia ada menjadi sesuatu yang baru(Gallangher 1985).PERSONALITI KREATIFSeseorang yang kreatif boleh menunpukan perhatian ,mengemukakan teka-teki, menerima konflik dan ketegangandan mepunyai keinginan supaya dilahirkan setiap hari(Fromm1959). Individu yang kreatif menggunakan masalah dengan carayang membina. Menurut Davis(1976), ciri paling penting padaindividu yang kreatif ialah sikap kreatif. Sikap kreatifmerangkumi tujuan, nilai dan beberapa trait personaliti yangmenggalakkan seseorang itu berfikir dengan cara bebas,mudah suai dan berimaginasi.Individu yang kreatif bolehberfikir tentang penggunaan baru atau cara yang lebihbaik.Kebolehannya menggunakan pemikiran yang bercapahboleh membantunya menghasilkan sesuatu yang baru.Ciri-ciri atau trait personaliti boleh membantu kita mengenalpasti kanak-kanak dan remaja yang kreatif di dalam bilikdarjah. Kajian Getzels dan Jackson(1962) mengemukanpenemuan yang berikut :a. Kreativiti tinggi-kecerdasan tinggiKanak-kanak dalam kumpulan ini boleh mengawal diridan juga mendapat kebebasan, menunjukkan tingkah lakuorang dewasa dan juga kanak-kanak.b. Kreativiti tinggi-kecerdasan rendahKanak-kanak dalam kumpulan ini menghadapi konflikantara diri sendiri dengan persekitaran sekolah, mengalamiperasaan tidak berharga dan kekurangan. Namun demikian,dalam situasi yang bebas daripada ketegangan, merkaboleh berkembang dan maju dari segi kognitif.
  52. 52. 48 Personaliti Gaya Hidup Remajac. Kreativiti rendah-kecerdasan tinggiKumpulan kanak-kanak ini hanya menumpukan kepadapencapaian sekolah. Pada kanak-kanak ini, kegagalanakademik adlalah suatu kehancuran dan oleh itu merekaakan terus berusaha untuk mencapai gred terbaik danmengelakkan kegagalan yang menyakitkan.d. Kreativiti rendah-kecerdasan rendahKumpulan kanak-kanak ini selalu menunjukkanpelbagai tingkah laku bela diri seperti Bergiat dalamaktiviti sosial atau tingkah laku yang pasif.Kebolehan mencipta dan kreativiti tidak lagi hanya adapada mereka yang istimewa sahaja. Pemikiran kreatif bolehberkembang apabila para guru sedar bahawa semua kanak-kanak mempunyai keupayaan dan mampu melakukannya.Walaubagaimanapun, kreativiti perlu dipelajari. Oleh yang demkian,ibu bapa dan guru adalah orang yang berperanan dalammembentuk kreativiti kanak-kanak atau remaja.MASALAH KECERDASANDalam dunia pendidikan masalah kecerdasan adalah masalahutama, ntuk membincangkannya. Peranan kecerdasan adalah faktorpenting bagi menekerana masalah tersebut tidak diendahkan,walaupun ramai yang cuba untukan pembelajaran berjaya ataugagal terutama di kalangan kanak-kanak.Perbahasan mengenai kecerdasan pada dasarnya dapat dikatogarikan kepada:1. Perbahasan mengenai sifat kebenaran kecerdasan2. Perbahasan mengenai penyelidikan kecerdasanKecerdasan adalah bersifat teori-konsep manakala penyelidikankecerdasan lebih bersifat metodologi, namun ianya tidak dapatdipisahkan antara satu sama lain
  53. 53. Kecerdasan dan Personaliti 49PANDANGAN TENTANG KECERDASANSifat hakikat kecerdasan dapat dimulakan dengan pertanyaan:’Apakah itu kecerdasan dan ia telah dibincangkan oleh ahlipsikologi sekitar tahun 1990-1925.Ahli-ahli psikologi yang mula membahaskan masalah ini telahmendefinisikan atas dasar Spekulatif-logik. Sepanjang pengalamanpenulis, tidak ada hubungan yang jelas di antara definisi mengenaikecerdasan dan Pengukuran kecerdasan yang diajukan olehseseorang ahli psikologi.Pendekatan falsafah spekulatif-logik masih diikuti oleh ahli-ahlipsikologi di Eropah namun ia tidak diikuti lagi oleh ahli psikologidi Amerika Syarikat dan Inggeris dan mereka lebih mengutamakanData Empiris yang membincangkan dan menganalisis data darieksperimen yang dijalankan.Data Empiris ada hubungkaitnya dengan masalah sifat hakikikecerdasan dan masalah-masalah lain seperti:1. Bagaimanakah perkembangan kecerdasan pada kanak-kanak normal dan kurang normal.2. Sejauh manakah perkembangan kecerdasan itudipengaruhi oleh faktor-faktor dasar dan faktorlingkungan.3. Bagaimanakah kita dapat membezakan kecerdasan denganprestasi pengajaran dan pembelajaran.Pada tahun 1920-1930 ramai pengkaji telah melakukan kajianuntuk mendapatkan jawapan bagi persoalan di atas. Hasil darikajian mereka mendapati tidak ada satu persoalan pun yang dapatdijawab dengan terperinci tetapi ia akan menimbulkan masalahlain.Hari ini ahli-ahli psikologi tidak cuba untuk membuat penelitianterhadap “Apakah kecerdasan itu?” Akan tetapi merekamenumpukan kepada masalah yang lebih khusus seperti:
  54. 54. 50 Personaliti Gaya Hidup Remaja1. Bagaimanakah struktur mental orang dewasa?2. Bagaimanakah struktur mental itu berubah-ubah mengikutpertambahan umur?3. Adakah kecerdasan seseorang akan berubah-ubah padatahap yang lain?Konsep-konsep kecerdasan adalah:1. Konsep yang bersifat spekulatif2. Konsep yang bersifat pragmatis3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis4. Konsep yang bersifat operasi5. Konsep analisis fungsi.1 Konsep-konsep mengenai kecerdasan yang bersifatspekulatifSpearman, dalam bukunya ‘The Abilities of Man (1927)mengkatogarikan kepada tiga bahagian, iaitu:i Definasi mengenai kecerdasan umum.ii Definisi kebolehan individuiii Definisi kecerdasan secara umum daripada yangkhusus.a) Kecerdasan umum.i Ebbinghaus (1897) mendefinasikan sebagaikemampuan untuk membuat kombinasiii Terman (1921) mendefinisikan sebagai kemampuanuntuk memikir benda yang abstrakiii Thorndike mendifinisikan sebagai hal yang dapat dinilai dengan ketidak sempurnaan dalam perjuanganhidup mereka.b) Kecerdasan dari kesatuan dari kebolehan diri.Kecerdasan adalah gabungan daripada kebolehan diri yangkhusus. Pengukuran dapat dibuat dari kebolehan yang khususseperti daya berfikir, pengamatan dan kebolehanmelaksanakan sesuatu.
  55. 55. Kecerdasan dan Personaliti 51c) Kecerdasan secara umum daripada yang khusus.Ia lahir dari keyakinan. Yang di perolehi dengan ujiankecekapan umum. Oleh yang demikian kecerdasandidefinisikan sebagai taraf umum yang mewakili kebolehankhusus.2. Konsep yang bersifat pragmatisPada dasarnya konsep ini yang dinyatakan oleh Boring bahawa iaadalah apa yang diuji oleh ujian kecekapan,“Intelligence is what the tests test. This is narrow definition, but itis the only point of departure for a rigorous discussion of the test.It would be better if the psychologists could have used some otherand more technical term; since the ordinary annotation intelligenceis much broader. The damage is done, however, and no harm needsresult if we but remember that measurable intelligence is simplywhat the test of intelligence test, until further scientific observationallows us to extend the definition”.Konsep ini amat selari dengan pendapat ahli psikologi di AmerikaSyarikat. Namun berbeza dari pendapat Boring, iaitu tahapkecekapan dapat di ukur sesuai dengan definisinya. Pernyataan inidianalogikan dengan pengetahuan tentang listrik, danpengukurannya bergantung kepada definisi, kepentingan, alirandan sebagainya.3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis.Konsep ini telah dipelopori oleh Spearman dan terus berkembangdi daerah Anglo Saksis. Konsep ini amat penting di kalangangolongan dewasa.a) Teori SpearmanTeknik analisis faktor Spearman telah menemui bahawa tingkahlaku manusia disebabkan oleh dua faktor, iaitu:
  56. 56. 52 Personaliti Gaya Hidup Remaja1) Faktor umum / general2) Faktor-faktor khususFaktor umum yang dilambangkan dengan huruf g merupakanfaktor yang menentukan tingkah laku seseorang. Jadi di dalamtingkah laku itu wujud faktor g tersebut. Manakala faktor khususdilambangkan sebagai huruf s dan hanya berfungsi dan hanyaberfungsi sebagai tingkah laku khusus sahaja. Jadi setiap tingkahlaku itu wujud dalam dua faktor iaitu faktor g dan s. Ia dapatdisimpulkan seperti berikut:Tingkah laku 1 = Tlı = g + sıTingkah laku 2 = Tl = g + sTingkah laku 3 = Tl = g + sTingkah laku 4 = Tl = g + sTingkah laku 5 = Tl = g + sSpearman berpendapat, bahawa faktor g bergantung kepadadasarnya, sedangkan factor s dipengaruhi oleh pengalaman(lingkungan pendidikan).b) Teori ThomsonPendapat Thomson bercanggah dengan pendapat Spearman.Menurutnya faktor g yang disebut oleh Spearman tidak wujud,bahkan yang ada hanyalah faktor-faktor khusus, iaitu factor s.Faktor s ini tidak bergantung kepada keturunan melainkanbergantung kepada pendidikan. Maka tidak hairan ada golonganyang lebih cergas dari golongan yang rendah, ini disebabkan olehkesempatan pendidikan.c) Teori Cyrill BurtPendirian Burt sama seperti pendirian Spearman. Pendapatnyaadalah manusia terdapat faktor g, yang mendasari semua tingkahlaku iaitu factor g ini bergantung kepada latar belakang yang dibawa sejak kecil. Selain itu beliau berpendapat bahawa setiaporang memiliki banyak factor s.Disamping itu wujud juga faktor ketiga iaitu factor kelompok yang
  57. 57. Kecerdasan dan Personaliti 53biasanya menggunakan faktor c. Ia berfungsi pada sejumlahtingkah laku tetapi tidak pada semua tingkah laku. Oleh yangdemikian faktor c lebih luas daripada factor s, tetapi lebih sempitdaripada faktor g.Setiap tingkah laku mempunyai tiga faktor iaitu faktor g, factor cdan factor s. Ia dapat dijelaskan seperti berikut:Tingkah laku 1 = Tl = g + c + sTingkah laku 2 = Tl = g + c + sTingkah laku 3 = Tl = g + c + sTingkah laku 4 = Tl = g + c + sTingkah laku 5 = Tl = g + c + sd) Teori ThurstoneBeliau adalah tokoh dari Chicago yang sependapat dengan Burt,bahawa ada faktor c, dan factor s yang berfungsi pada sebahagiantingkah laku. Faktor s ini mempunyai jumlah yang banyak samadengan jumlah tingkah laku khusus yang di lakukan oleh individu.Namun pada pendapatnya faktor g tidak wujud.Faktor c ada tiga peringkat iaitu:i Faktor ingatan iaitu kemampuan untuk mengingat(faktor M)ii Faktor verbal iaitu kecekapan untu menggunakanbahasa (faktor V)iii Faktor bilangan iaitu kemampuan untuk mengira(faktor N)iv Faktor kelancaran bertutur iaitu kebolehan sesorangmenggunakan perkataan yang sukar (faktor W)v Faktor reasoning iaitu faktor kecekapan untuk berfikirsecara logik. (faktor R)vi Faktor persepsi iaitu iaitu kemampuan untukmengamati dengan cepat dan cermat (faktor P)vii Faktor ruang iaitu kemampuan untuk megadakanorientasi dalam ruang.
  58. 58. 54 Personaliti Gaya Hidup RemajaSekiranya ada kecekapan umum, itu bukan kerana adanya faktor g,tetapi kerana kombinasi dari faktor c.e) Pendapat GuilfordBeliau terkenal dalam bidang psikometri dan bersependapatdengan Thurdson, iaitu yang utama adalah faktor c sahaja.Terdapat 120 faktor c. Variasi kecerdasan dapat dilihat dari tigaaspek, iaitu:1) Proses psikologi yang terlibat2) Isi atau benda yang diproses3) Bentuk maklumat yang dihasilkan.1) Berdasarkan proses adalah:i Cognitionii Memoryiii Divergent productioniv Evaluation2) Berdasarkan isi kandungan yang diproses adalah:i Figuralii Symboliciii Semanticiv Behavioral3) Berdasarkan bentuk maklumat yang di hasilkan adalahi Unitii Classesiii Relationsiv Systemsv Transformationvi ImplicationsOleh itu keseluruhannya adalah 5 x 4 x 6 = 120 faktor kecerdasan4. Konsepsi yang bersifat OperasiAhli pragmatis mendefinisikan kecerdasan sebagai apa yangdiukur oleh soalan ujian dan di analisis dapatan yang diperolehi.Kemudian diikuti dengan menyusun dapatan yang diperolehisecara objekif dalam analisis faktor.
  59. 59. Kecerdasan dan Personaliti 55Ahli pragmatis menyokong pendapat teori faktor tersebut, iaitudengan mengukurnya seperti berikut:i) Menyusun peta atau gambar secara objektif mengenaisusunan akal dengan cara menganalisis ujian yang diperolehihingga ke hari ini.ii) Menyusun ujian kemampuan secara objektif dalam analisisfaktor.Ahli-ahli dalam bidang ini mendefinasikan teori faktor dengancara:i) Mendefinasi- tindakkanii) Mengukurnya- menganalisis hasil-hasil ujian.5. Konsep-konsep FungsiKonsep-konsep telah disusun atas dasar analisis mengenaibagaimana fungsinya kecerdasan dan didefinasikan sebagai:i) Kecenderungan untuk memperjuangkan tujuan tertentu -semakin cerdas seseorang maka semakin cepat melaksanakantujuannya yang mempunyai inisiatif sendiri tanpa menungguarahan. Semakin cerdas seseorang maka semakin mempunyaipendirian yang tetap pada matlamatnya dan ia tidak mudahdipengaruhi oleh faktor luar.ii) Berkemampuan untuk menyesuaikan maksudnya agarmatlamatnya tercapai. Oleh itu, semakin cerdas seseorang,dia akan dapat menyesuaikan cara menghadapi sesuatudengan betul dan akan melahirkan sifat kritis.iii) Kemampuan untuk menkritik diri sendiri. Iaitu belajar darikesilapan yang telah dilakukan. Oleh itu semakin cerdasseseorang ia dapat belajar dari kesilapan yang telahdilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.Langeveld yang sependapat dengan Stern, mendefinasikankecerdasan sebagai langkah untuk bertindak, bagi menentukantujuan baru dalam hidupnya. Pendapat ini adalah sama dengan apayang dikemukakan oleh Binet iaitu:

×