• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Masalah Penglihatan
 

Masalah Penglihatan

on

  • 22,270 views

KAW 1043 - Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KAW 1043 - Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Presentation Kump 7

Statistics

Views

Total Views
22,270
Views on SlideShare
22,268
Embed Views
2

Actions

Likes
1
Downloads
498
Comments
3

1 Embed 2

https://twitter.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

13 of 3 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Masalah Penglihatan Masalah Penglihatan Presentation Transcript

    • KAW 1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas GROUP B Tajuk : Masalah Penglihatan - BUTA Pensyarah Penilai : Dr. Haniz Bin Ibrahim
    • RENUNGAN “… . Mata adalah organ yang paling kompleks tetapi istimewa kerana melalui organ kecil ini kita melihat keindahan dunia. Namun jika tidak dijaga, anugerah Tuhan yang istimewa ini boleh hilang sekelip mata….” AHLI KUMPULAN NORAINI BINTI ISMAIL E20102001268 NURUL IZWANI BINTI HAMID E20102001262 WAN NUR FAZILLAH BINTI WAN YAAKUB E20102001279 UMI KALSOM BINTI OTHMAN E20102001255 NOOR ADIBAH BINTI ZAWAWI E20102001267 NOR ANIS BINTI ABDUL MUNIEN E20102001287 INTAN SYAFINAZ BINTI ABD RAHIM E20102001305
    • Mata adalah satu deria yang sangat berharga kepada manusia. Jika mata tidak lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. Untuk mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, pengalaman serta mata kita. Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala. MATA
    • PENGENALAN CARTA SNELLEN Dari segi undang-undang, ia melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan iaitu seseorang yang buta di sisi undang-undang mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau kurang dengan mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan pembetulan
    • Melalui sistem klasifikasi undang-undang ini juga, orang yang kabur penglihatannya mempunyai ketajaman penglihatan di antara 20/70 dengan 20/200 dengan mata yang lebih baik penglihatannya.
    • Individu yang buta ini terpaksa belajar membaca dengan menggunakan sistem tulisan braille ataupun menggunakan kaedah mendengar iaitu pita audio dan rakaman. Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna penglihatannya serta dapat membaca tulisan cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat pembesar atau buku yang memakai huruf cetak yang besar.
    • Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagian daripada alat-alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk atau mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak. Dari aspek pendidikan, masalah penglihatan bermaksud, cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca. DEFINISI
    • Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya normal seperti kanak-kanak biasa cuma mereka hanya kekurangan dari segi kebolehan melihat sahaja. Namun yang menimbulkan masalah adalah cacat penglihatan yang disertai dengan beberapa kecacatan lain seperti pekak, autisme dan kecacatan anggota badan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai ini, ia menimbulkan masalah terutamanya dalam penerimaan pendidikan. Kanak-kanak cacat penglihatan sepenuhnya iaitu buta adalah sama seperti kanak-kanak normal lain cuma kekurangan dari segi melihat. Malah kebanyakan daripada mereka menunjukkan pencapaian yang menggalakkan berbanding dengan murid yang rabun.
    • SEJARAH Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti yang berikut iaitu ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata.
    • SEJARAH PENDIDIKAN MASALAH PENGLIHATAN TAHUN PERISTIWA 1926 Pembukaan Sekolah Rendah Pendidikan Khas(SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 1948
      • Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh JKM di JB.
      • Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney – JKM
      1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 1962-1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan. 1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Penubuhan J/Kuasa Utama Pembentukan Kod Braille B.Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille B.Melayu
    • SEJARAH PENDIDIKAN MASALAH PENGLIHATAN TAHUN PERISTIWA 1983
      • Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak 
      • Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
      1984
      • Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran 
      • Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille
    • FAKTOR-FAKTOR penyakit baka dan keturunan komplikasi semasa hamil dan semasa lahir sifilis kecederaan Rubella : Penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.
    • TAHAP Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity (ketajaman penglihatan) dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: SEDERHANA TERUK SANGAT TERUK
    • SEDERHANA TERUK Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan, walaupun dengan bantuan khas.
    • Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu bergantung kepada deria-deria lain SANGAT TERUK
    • JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN
    • ASTIGMATISME
      • Astigmatisme atau mata silindris merupakan kelainan pada mata yang disebabkan oleh kerana lengkung kornea mata yang tidak merata.
    • MYOPIA
      • Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan.
      • Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang.
      • Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.
      • Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun.
    • Imej terbentuk di hadapan retina Penggunaan kanta cembung membolehkan imej difokuskan di retina.
    •  
    • HYPEROPIA
      • Dikenali juga sebagai rabun jauh
      • Terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina.
      • Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh.
      • Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang
    • Imej terbentuk di belakang retina Penggunaan kanta cekung membolehkan imej kembali difokus pada retina
    •  
    • RABUN WARNA
      • Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih.
      • Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.
      • Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap.
      • Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza.
      • Ada segelintir orang yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.
      • Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.
    •  
    • STRABISMUS (JULING)
      • Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza.
      • Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
      • Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.
    • SEBAB-SEBAB MATA JULING Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam. Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
    •  
    •  
    • DIPLOPIA(DOUBLE VISION) Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat ‘double’ atau berganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo = ganda opia = penglihatan
    •  
    •  
    • GLAUKOMA
      • Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
      • Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata.
      • Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik.
      • Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
    •  
    • AMBLYOPIA
      • Dikenali sebagai lazy eye / mata malas
      • Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat.
      • Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan.
      • Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya.
      • Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.
      • Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal.
      • Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.
    • RAWATAN OKLUSI MATA
    • KATARAK
      • Sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.
      • Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.
      • Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat.
      • Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. 
    • Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :- Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas. Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.
    •  
    • RETINITIS PIGMENTOSA Medan penglihatan pesakit akan semakin menyusut dan kebiasaannya di peringkat yang teruk akan menyebabkan pesakit hanya boleh melihat di medan penglihatan tengah sahaja. Penyakit ini menyebabkan penghidapnya kehilangan penglihatan sisi (periferi). TUNNEL VISION
    •  
    • UVEITIS Peradangan pada uvea Uvea adalah lapisan pada mata yang berada di antara lapisan sklera dan retina dan terdiri dari iris, badan siliar dan koroid. Menyerang secara tiba-tiba dengan gejala mata merah dan sakit tetapi terjadi juga secara perlahan dengan mata sedikit merah dan sakit. Namun, pandangan kabur secara bertahap.
    •  
    • DEGENERASI MAKULA biasanya akan dialami oleh golongan warga emas 70 tahun ke atas penyakit ini boleh dihidapi awal akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu, rokok dan alkohol Pesakit akan menghadapi kemerosotan penglihatan akibat sel-sel pada bahagian retina yang paling sensitif akan menyusut dan musnah secara mendadak. kesusahan untuk membaca atau menulis di samping tahap penglihatan jauh yang merosot. Penglihatan warna juga boleh terganggu akibat penyakit ini.
    •  
    •  
      • CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN
    • FIZIKAL
      • Bebola mata berputar
      • Mata sensitif terhadap cahaya
      • Bahagian tepi mata kelihatan merah
      • Kelopak mata bengkak
      • Mata selalu berair
      • Juling
      • Terdapat bintik-bintik di tengah mata
    • TINGKAHLAKU
      • Memusingkan kepala pada sebelah arah ketika melihat objek
      • Selalu mengerut atau mengecilkan mata
      • Kerap mengerdipkan mata
      • Selalu terlanggar objek
      • Menonton TV atau membaca dengan jarak yang dekat
      • Kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri
      • Selalu menutup sebelah mata
      • Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
    • KOGNITIF
      • Daya pengamatan tentang jisim amat lemah dan terbatas
      • Keliru dengan huruf
    • PSIKOMOTOR
      • Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam matematik
      • Mengetahui tentang sesuatu konsep melalui sentuhan
      • (Cth : Konsep Panas – Sejuk )
    • TINDAKAN PENDIDIKAN YANG DICADANGKAN Guru dan ibu bapa perlu memberi rangsangan dan sering bersama-sama melakukan sesuatu pergerakan yang ingin diajar kepada kanak-kanak ini. Latihan yang berulangan diperlukan dengan menyertakan berbagai rangsangan seperti bunyi dan warna yang terang untuk kanak-kanak rabun. Kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan imbangan seperti duduk dengan postur yang betul. Kanak-kanak perlu diajar untuk berdiri dan mendapatkan keseimbangan.
    • Aktiviti motor halus boleh dijalankan seperti menggenggam, meramas, menekan, menggunting, mewarna, dan menyurih (tracing) boleh dilakukan kepada kanak-kanak cacat penglihatan. Mereka boleh diajar untuk menggunakan bola getah dan gunting untuk melakukan sesuatu aktiviti di samping menguatkan otot tangan mereka. Apabila sesuatu tahap asas dalam pergerakan telah dikuasai, maka aktiviti gross motor boleh dicadangkan untuk dijalankan. Sebagai contoh ialah aktiviti pemadanan objek.
    • Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, mendaki, berguling, meregang dan berpusing juga membolehkan kanak-kanak ini mengembangkan kemahiran motor mereka selain dapat memberikan kepuasan dalam melakukan sesuatu aktiviti (Kain, 2004). Aktiviti circle games seperti jongkang jongkit, gelungsur, marry-go-round juga boleh dilakukan. Semua aktiviti ini memerlukan pengawasan untuk menjamin keselamatan mereka
    • Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman. Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain. AKTIVITI YANG MELIBATKAN DERIA
      • Pendengaran
      • Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.
      • Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.
      • Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak.
    • Rasa Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.
    • Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. stand magnifier spectacle magnifier duplicator braille hand held magnifier
    • TIPS UJIAN KETAJAMAN
      • Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi.
      • Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur empat bulan.
      • Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun.
    • * Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan. * Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.
    • * Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza. * Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.
    • KESIMPULAN Mata merupakan salah satu pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar.