1 MURID 1 SUKAN      Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Kombinasiampuh pihak       ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

1 murid 1 sukan

412

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
412
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
12
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

1 murid 1 sukan

  1. 1. 1 MURID 1 SUKAN Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Kombinasiampuh pihak kehakiman dan seterusnya sidang hadirin sekalian. Assalamualaikum dansalam 1 Malaysia saya ucapkan.Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Satu murid satu sukan.Sidang hadirin sekalian,1 murid bermaksud seorang pelajar yang menuntut di sekolah. Manakala 1 sukan bermaksud1 aktiviti sukan atau aktiviti permainan ataupun latihan gerak badan yang memerlukan tenagadan ketangkasan.Sidang hadirin sekalian,Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktivitisukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertaiaktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negarauntuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkatsekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membinakesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah ProgramKecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampuditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukanadalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasratYAB Perdana Menteri dalammendokong semangat 1 Malaysia. Sidang hadirin sekalian,Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalahkesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalamsekurang-kurangnya satu jenis sukan.Dasar 1Murid 1 Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendahdan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapunmurid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkankemampuan sekolah.Malah Murid juga boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dansukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;Sidang hadirin sekalian,Asas kepada 1Murid 1Sukan adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan JasmanidanKesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.Selain itu, Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. Setiap sekolah yang sudah punmempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.Sekian terima kasih

×