konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

30,319
-1

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
30,319
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
441
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

  1. 1. ISI KANDUNGANNo. Kandungan Muka surat1 Pendahuluan 12 Pengurusan 1) Takrif Pengurusan 3 2) Sejarah Awal Pengurusan 4 3) Konsep Pengurusan i. Konsep Pengurusan Islam 6 ii. Konsep Pengurusan Barat 7 iii. Konsep Pengurusan Jepun 8 4) Fungsi-fungsi Pengurusan i. Proses Penyusunan 9 ii. Proses Pengarahan 9 iii. Proses Pengawalan 103 Organisasi 1) Sektor Awam 11 2) Sektor Swasta 11 3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta 124 Kesimpulan 155 Bibliografi / Rujukan 16 0
  2. 2. PENDAHULUANDalam dunia yang semakin maju dengan teknologi maklumat kini, pengurusan adalah salahsatu perkara yang sukar untuk dipisahkan dari manusia. Hal ini kerana, pengurusan adalahsalah satu aspek penting yang mampu mengurus, menyelaras serta mengimbangi pelbagaiaspek sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusanjuga sering dikaitkan dengan pengurusan sistem paling ringkas iaitu keluarga hinggalahpengurusan system paling kompleks iaitu pengurusan sesebuah negara.Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila seseorang membicarakan tentangkonsep pengurusan sudah tentu 3 elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara ataugaris panduan pengurusan turut disertakan.Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yangseimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai„master-mind‟ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga akan turut bertindak sebagaipelaksana.Sebagai seorang „master-mind‟, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinatdibawahnya untuk merancang segala tindakan serta aktiviti agar selaras dengan visi, misi danobjektif yang telah ditetapkan serta jadual perancangan yang digariskan. Usaha untukmengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurusdengan pendekatan yang subjektif atau pelbagai berdasarkan gaya kepimpinan dankemampuan memanipulasikan serta kebolehan berkomunikasi seseorang pengurus.Sebagai pelaksana pula, pengurus akan bertindak sebagai pembimbing dan pada masa yangsama bergerak seiring bersama subordinatnya untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yangtelah ditetapkan. 1
  3. 3. Sama ada sebagai „master-mind‟ mahupun pelaksana pengurus perlu bertindak berdasarkantatacara dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang negara dan organisasi. Garispanduan atau tatacara berkenaan tidak kira sama ada yang berasaskan contoh dan garispanduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal denganpersetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat perlu sentiasa dipatuhi.Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakantanggungjawabnya memimpin organisasi di samping menjalankan fungsinya sebagai ketuasubordinatnya. Kuasa diperolehi samada daripada sumber perundangan sepertimana yangditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasadiberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang adapada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baikdan menghormati „the spirit of ethic‟ akan menjadikan pengurus dilihat mengemudiorganisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa. 2
  4. 4. PENGURUSAN1) TAKRIF PENGURUSANSecara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proseskerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyaigaris panduan tertentu.Menurut Jaafar Muhamad (1992) kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasaItali „maneggiare‟ iaitu „menangani‟ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin –„manus‟ (tangan). Perkataan bahasa Perancis „mesnagement‟ telah banyak mempengaruhiperkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris „management‟ pada abad-abad ke 17 dan18.Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia pula „pengurusan terdiri daripada pengarahandan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuktujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatumatlamat. Ia juga merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta jugasumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orangyang menjalankan fungsi pengurusan‟.Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan „adalah sebagai seni untukmencapai sesuatu melalui orang lain‟. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakanpengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai „tindakan untuk mengukur sesuatukuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuairancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang‟.James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa „pengurusan adalah prosesmerancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan 3
  5. 5. menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yangditetapkan‟. Mohammad Fauzi (2008).Wan Azmi Ramli pula merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakanatau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.2) SEJARAH AWAL PENGURUSANUmumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuahkeluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkanpengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negarabangsa.Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dankaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskankesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusanmereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara,mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan keatas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain danperaturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyaisistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash)dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikandalam pelbagai badan awam. Sivachandralingam & Ayadurai (2001) 4
  6. 6. Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturanpengurusan, perdagangan dan kewangan.Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir‟aun danpembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx danpelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaanpiramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistempengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerjasetiap masa.Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistempentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya „Law‟,bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salahsatu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. PemerintahanAthens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri.Sivachandralingam & Ayadurai (2001)Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagimembolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari AsiaBarat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikanempayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor inidiberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan danmodel Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. Jaafar Muhamad (1992).Pihak pengurusan pula merupakan gabungan individu yang mengendalikan sesebuahorganisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh keranapengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh 5
  7. 7. didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalanpenggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Mohammad Fauzi(2008).3) KONSEP PENGURUSANKonsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi sepertizamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusanyangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu i. Konsep Pengurusan Islam ii. Konsep Pengurusan Barat iii. Konsep Pengurusan JepunKonsep Pengurusan IslamSebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematikdimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannyajelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruhdan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaanAllah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.Definisi Pengurusan IslamDi dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telahmengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya: a) Ahmad Ibrahim Abu Sin Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus. 6
  8. 8. b) Profesor Syed Othman Alhabshi Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber- sumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. c) Muhammad A. Al-Buraey Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat sebagaimakhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.Konsep Pengurusan BaratPengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana iabergantungkepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus kearahmemaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjaupengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem danciri-ciri nya.Definisi Pengurusan BaratDi antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah: a) Hilgert dan Leonard Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan denganmengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi. b) Boone dan Kurtz Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dansumber teknikal dengan cara yang paling efektif. 7
  9. 9. c) Gitman dan McDaniel Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasitersebut. d) Wagner dan Hollenback Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalanperlakuan organisasiKonsep Pengurusan Jepun Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebihmementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantungkepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru danmembaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapaikemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :- a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitupekerjaanadalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikankepadamereka yang paling lama berkhidmat. b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusanmengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama.Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan. c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif,ketaatandan etika. 8
  10. 10. 4) FUNGSI-FUNGSI PENGURUSANProses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepadatujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program. Tujuan danobjektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingindicapai.Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akanberlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya proses perancanganialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamatorganisasi.PROSES PENYUSUNAN Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentangpembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusanstaf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan danprogram kebajikan.PROSES PENGARAHAN Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasiberjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni. Beberapa faktor yang terlibatadalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi. 9
  11. 11. PROSES PENGAWALAN Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjangprogram berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalampenyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil. Pengawasanaspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifatkakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku. 10
  12. 12. ORGANISASI Organisasi sektor awam kerap dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badandan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeriBagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi-organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatanatau barangan merekaPeranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuahnegara adalah sama penting1) SEKTOR AWAMGordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasidan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yangmelaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif,dan kehakimanFungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan KuasaBasu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhikepentingan awam2) SEKTOR SWASTADefinisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi,mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi.Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikutcara atau pilihan masing-masing 11
  13. 13. Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dansatu pihak lagi ialah pekerja.3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTAKEUNTUNGAN Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan sertakemajuan negara secara keseluruhannya Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individutersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untukkepentingan diri sendiri.KAWALAN KUASA Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yangtersedia dalam undang-undang negara. Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagiankuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut.HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lainiaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaranpembangunan serta pentadbiran negara. Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamatpersendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain. 12
  14. 14. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaanyang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara. Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi sertaterarah kepada keuntugan kewangan organisasi.STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangandisebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran keorganisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitanganyang mencukupi. Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetapterutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasisepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis.FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan ataubajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut. Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi olehkeuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumberutama kepada pembangunan organisasi sektor swasta.PENYEDIAAN BELANJAWAN Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yangdisediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. 13
  15. 15. Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangkabergantung kepada keuntungan yang diperolehi.TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadiperhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara. Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberiliputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadapsesebuah organisasi swasta.PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsisebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikanrakyat dalam negara tersebut. Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produk-produk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasiswasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swastajuga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyatcontohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan airserta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia. 14
  16. 16. KESIMPULANPengurusan merupakan sesuatu yang sinonim bagi semua perkara yang melibatkan organisasisama ada kecil atau pun besar. Sesebuah pengurusan amat penting bagi memastikankecekapan sesebuah organisasi bagi menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yangberdaya saing serta mempunyai nilai yang dapat memajukan organisasi tersebut seterusnyamnyubangkan kepada kemajuan sesebuah negara.Organisasi yang dapat pula dikategorikan kepada sektor awam dan juga sektor swasta sepertiyang telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Kedua-dua sektor ini memainkan perananyang penting dalam menjana sesebuah nagara yang maju dan harmoni. Walaupun kedua-duasektor datangnya dari dua entity yang berbeza, namunbegitu tidak menghalang kedua-duasektor ini untuk saling bergantung serta berkerjasama memandangkan kedua-dua sektor iniberkongsi negara yang sama.Di dalam tugasan ini telah dihuraikan perbezaan diantara system pengurusan sektor awamserta sektor swasta. Perbezaan-perbezaan ini jelas menunjukkan tujuan serta pengurusan lainyang ketara perbezaan di antara kedua-dua entiti. Tugasan ini juga dapat membantu pelajarunuk lebih memahami dan mendalami tentang takrif dan konsep pengurusan serta perbezaanpengurusan sektor awam dan swasta. Beberapa contoh yang relevan juga turut disertakan bagimenambah kefahaman.Kesimpulan daripada tugasan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami isi tugasanyang diberikan malahan turut menambah pengetahuan am yang lain bagi meningkatkan “softskill” pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan. 15
  17. 17. Bibliography 1. Hasan, N. M. (2008, November 4). Keperluan Kebajikan dan Kebebasan Individu Perlu Seimbang Kekalkan Pembangunan Negara. Retrieved August 23, 2012, from Berita Harian On-Line: http://www.ibfim.com/index.php?option=com content&task=view&id=1940&ltemid=179 2. Muhamad, J. (1988). Asas Pengurusan. Fajar Bakti. 3. Ramli, W. A. (1991). Dasar Awam di Malaysia Volume 1. University of Michigan: Pustaka Cipta. 4. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Lectumanan. (2001). Tamadun Dunia. Fajar Bakti. 5. Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Retrived on September 26, 2008 from http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi- sejarah-dan-konsep-siri-1/ 6. Mary Parker Follet (1868 -1933). Vocational Business: Training, Developing and Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51. 7. Retrived on August 21, 2012: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan#cite_note-2 16

×