Imam Bukhari Rahimahullah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Imam Bukhari Rahimahullah

on

  • 382 views

 

Statistics

Views

Total Views
382
Views on SlideShare
382
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
5
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Imam Bukhari Rahimahullah Imam Bukhari Rahimahullah Document Transcript

  • 1 1.0 Pendahuluan Hadith adalah sumber utama dalam Islam bersama al-Quran. Berdasarkan kedudukan itulah setiap kalangan dalam Islam telah terpanggil untuk memberi sumbangan terhadapnya sesuai dengan keperluan semasa. Para sahabat yang merupakan penyambung antara Rasulullah S.A.W. dengan generasi setelahnya telah melakukan langkah awal dengan menghafaz dan sesetengah mereka menulis apa yang mereka dengar dari baginda. Menelusuri kehidupan seorang tokoh hadith seperti Imam al-Bukhari dari pelbagai segi adalah suatu perkara yang sangat menarik, kerana merupakan sesuatu yang bernilai ilmiah sekaligus agama. Ilmiah kerana meliputi perbahasan yang bernilai akademik sedangkan agama kerana selain pesan-pesan yang terdapat dalam perbahasan itu merupakan sebuah kebenaran, ia ditambah pula dengan susuk peribadi Imam al-Bukhari yang terkenal dengan ketakwaan dan kewara`annya. Usaha para umat Islam terutamanya Imam al-Bukhari telah memperlihatkan kesunggguhan mereka dalam menjaga keaslian dan ketulenan hadith. Ia terserlah melalui kegigihan mempelajarinya, bersungguh-sungguh dalam penghayatan, hafazan dan penulisan, seterusnya pengajaran dan peyebarannya dalam kalangan umat Islam. 2.0 Nama dan Keturunan Imam al-Bukhari atau genealoginya Abu „Abd Allah Muhammad ibn Isma‟il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ju‟fi (al-Ja‟fai) al-Bukhari adalah seorang Muhaddith yang dihormati lagi tersohor. Gelaran al-Ju‟fi pada nama penuh beliau merupakan nasab keturunan Arab di mana datuk kepada Imam al-Bukhari yang bernama al-Mughirah telah memeluk Islam di hadapan al-Yaman al-Ju‟fi. Maka, dinasabkan kepadanya al-Ju‟fi sebagai nasab kepada pemimpin. Manakala, al-Bukhari merupakan nisbah kepada tempat kelahiran beliau. Kunniyah beliau adalah Abu Abdillah. 3.0 Kelahiran dan Perkembangan Imam al-Bukhari lahir pada hari Jumaat 13 Syawal 194H bersamaan 20 Julai 810 di Bukhara.1 Imam al-Bukhari telah hilang penglihatan sejak keci lagi. Namun, berkat kesungguhan doa ibunya, penglihatannya itu telah dikembalikan oleh Allah S.W.T.. Berita tersebut sampai ke pengetahuan ibunya melalui mimpi di mana Nabi Ibrahim A.S. telah muncul lalu berkata “Berkat kesungguhan doamu, Allah SWT telah mengembalikan penglihatan anakmu.”2 Mimpi itu ternyata benar pada keesokan harinya. 1 Bukhara adalah satu kota penting Ma Wara‟a al-Nahr, Jihun. Tepatnya terletak di Uzbekistan, sekarang sudah menjadi negara tersendiri (sebelumnya sebahagian daripada Uni Sovyet alm). Lihat Ahmad Umar Hasyim, Al- Sunnah al-Nabawiyyah wa „Ulumuha, (Cairo : Maktabah Gharib, tt), hal. 147. 2 Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil. 6, hal. 6.
  • 2 Ayahnya, Isma‟il bin Ibrahim, juga seorang ulama hadith yang disegani ketika hayatnya dan pernah bersama ramai ulama terkenal seperti Malik ibn Anas,3 Hammad ibn Zaid, dan Ibn al-Mubarak. Namun, ayahnya tersebut meninggal dunia ketika Bukhari masih dalam usia yang sangat muda. Bukhari mulai mempelajari hadith sejak usianya masih muda sekali, bahkan sebelum mencapai usia sepuluh tahun. Meskipun usianya masih sangat muda, dia memiliki kecerdasan dan kemampuan menghafal yang luar biasa. Muhammad ibn Abi Hatim4 menyatakan bahawa ia pernah mendengar Bukhari menceritakan bahawa ilham untuk menghafal hadith tercetus ketika beliau berusia sekitar sepuluh tahun. Menjelang usia 16 tahun, dia telah mampu menghafal sejumlah buku hasil karya ulama terkenal pada masa sebelumnya, seperti ibn al- Mubarak, Waki‟, dan lainnya. Dia tidak hanya menghafal hadith-hadith dan karya para ulama terdahulu sahaja tetapi juga mempelajari dari seluruh perawi yang terlibat dalam periwayatan setiap hadith yang dihafalnya, dari tarikh dan tempat lahir mereka sehinggalah ke tarikh dan tempat mereka meninggal dunia. 4.0 Perjalanan Menuntut Ilmu Dalam rangka memperoleh makumat yang lengkap mengenai sesebuah hadith, baik matan mahupun juga sanadnya, Imam al-Bukhari banyak melakukan lawatan atau rihlah (merantau) ke pelbagai tempat dan daerah. Imam al-Bukhari pernah berangkat ke Makkatul Mukarramah bersama-sama abang serta ibunya untuk menunaikan fardhu Haji dan kemudian menetap di sana selama dua tahun. Setelah mencapai umur 18 tahun, beliau memulakan perjalanannya ke Madinatul Munawwarah.5 Di sana, Imam al-Bukhari telah menghabiskan masa malamnya di samping makam Rasulullah S.A.W. sambil menyusun kitab “Qadhayas-Sahabah Wat-Tabi‟in” dan “Tarikhul-Kabir” di bawah sinaran cahaya bulan.6 Imam al-Bukhari mengembara jauh demi memantapkan lagi ilmunya. Beliau telah mengunjungi beberapa buah kota di Iraq dalam rangka mencari ilmu Hadith daripada tokoh- tokoh negara itu seperti Basrah, Kufah, Balkh dan lain-lain. Beliau juga pernah beberapa kali ke Syria, Mesir dan Makkatul Mukarramah. Imam al-Bukhari ialah seorang hamba Allah yang memiliki daya ingatan yang luar biasa. Ketika zaman kanak-kanak, beliau telah pun menghafal sebanyak 2,000 buah hadith. Suatu ketika semasa di Baghdad, kehadiran Imam al-Bukhari telah diketahui oleh para Ahli 3 Malik bin Anas atau Imam Malik adalah seorang ulama besar Madinah dan merupakan pengasas Mazhab Maliki. Lihat Al-Imam al-Hafizh al-Syaikh Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911), Thabaqat al-Huffazh, (Beirut: Dar al-Kutub al- „Ilmiyyah, 1994), Cet. 2, hal. 96. 4 Muhammad ibn Abi Hatim merupakan seorang jurutulis Imam a-Bukhari. Lihat Al-Imam al-Hafizh al-Syaikh Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911), Thabaqat al-Huffazh, (Beirut : Dar al-Kutub al- „Ilmiyyah, 1994), Cet. 2, hal. 103. 5 Madinah adalah kota yang terletak di tanah Hijaz. Panjangnya 650 km dan lebarnya 200 km. Kota ini merupakan tujuan hijrah Rasul, sehingga sering disebut Madinah al-Rasul. Sebelumnya kota ini bernama Yathrib. 6 Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil. 6, hal. 9.
  • 3 Hadith negeri itu, mereka berkumpul dan sepakat untuk menguji kehebatan beliau tentang hadith. Para ulama tersebut sengaja mengumpulkan 100 buah hadith di mana susunan, urutan dan letak matan serta sanad hadith-hadith tersebut dibolak-balikkan. Matan dari sebuah sanad diletakkan untuk sanad lain, sementara suatu sanad dari sebuah matan diletakkan untuk matan lain dan begitulah seterusnya. 100 buah hadith itu dibahagikan pula kepada sepuluh orang penguji, hingga masing-masing mendapat bahagian sebanyak sepuluh buah hadith. Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu, maka berbondong-bondonglah para ulama dari dalam dan luar Khurasan serta penduduk Baghdad menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Satu persatu hadith yang telah dibolak-balikkan matan dan sanadnya itu diperdengarkan kepada Imam al-Bukhari. Menurut riwayat Al-Hafizh Ibn Hajar Al-Asqalani, yang hebat bukanlah kemampuan Imam al-Bukhari dalam mengembalikan kedudukan hadith- hadith yang salah, sebab beliau memang telah menghafalnya, tetapi yang hebat justeru hafalnya terhadap kesalahan yang diakukan oleh para penguji tersebut secara satu persatu hanya dengan sekali dengar sahaja. 5.0 Aqidah dan Pegangan Kitab Sahih al-Bukhari adalah kitab Imam al-Bukhari yang utama. Di situlah terkandung segala fakta berkenaan pendapat dan pemikiran beliau sama ada secara implisit atau eksplisit kerana di situlah beliau mencurahkan segala inti pati ilmunya. Berkaitan hal ini, al-Bukhari berkata: “Aku karang kitab ini daripada hampir 600 ribu hadith dalam masa 16 tahun dan aku jadikan ia sebagai hujjah antara aku dengan Allah S.W.T..” Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang ingin mengkaji pendapat dan pemikiran al- Bukhari dalam apa jua disiplin ilmu, mestilah menganalisa judul-judul bab serta hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau dalam kitabnya itu. Hal ini kerana perkaitan antara setiap judul bab dengan hadith yang beliau riwayatkan dalam sesuatu bab menggambarkan kefahaman dan pendapat beliau terhadap sesuatu isu. Cuma, hanya sahaja segala kefahaman dan pendapat beliau itu beliau ungkapkan dalam judul-judul bab secara ringkas dan simbolik, sehingga masyhur dalam kalangan ulama suatu teori ilmu bahawa “kefahaman al-Bukhari itu terletak pada judul-judul babnya.”7 Dalam konteks pemikiran dan aqidah, pendapat dan pegangan al-Bukhari dapat dianalisa melalui judul-judul bab yang terdapat dalam sub-sub topik seperti Kitab Al-Iman, Kitab At-Tauhid dan Kitab Al-Qadr.8 Sebagai seorang pejuang sunnah, Imam al-Bukhari dilihat sangat sensitif dengan isu aqidah. Keprihatinan beliau itu jelas dilihat dari beberapa aspek seperti pemilihan guru, pengkaryaan kitab dan penjudulan sub topik aqidah. Secara umumnya, manhaj (pendekatan) al-Bukhari dalam pemikiran aqidah terbahagi kepada dua: pertama, pengajian berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah, kedua, pengajian 7 Nuruddin „Itr, Al-Imam At-Tarmizi Wa Al-Muwazanah Baina Jami‟ihi Wa As-Sahihain, (Beirut: Lubnan, Muassasah Ar-Risalah, 1988), hal. 273. 8 Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil. 6, hal. 71.
  • 4 berdasarkan falsafah ilmu kalam. Pendekatan yang pertama itu adalah pendekatan Ahli Sunnah dari kalangan generasi Salaf manakala pendekatan kedua pula adalah pendekatan golongan ahli kalam seperti puak Muktazilah, Jahmiyyah dan sebagainya. Imam al-Bukhari tergolong dalam kelompok generasi Salaf yang sangat tegas berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dalam perbahasan aqidah. Hakikat ketegasan ini didasarkan kepada beberapa perkara seperti keteguhan beliau berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah, penolakan logik akal yang bercanggah dengan nas, dan lain-lain. Secara kesimpulannya, kitab Sahih al-Bukhari boeh dikatakan memiliki nilai-nilai autentik yang tinggi dan laras bahasanya terselamat daripada sebarang kesilapan yang boleh mengubah makna. 6.0 Guru-gurunya yang Masyhur Imam al-Bukhari mula mendengar dan mempelajari ilmu Hadith sekitar tahun 205H setelah memanfaatkan ilmu itu daripada para ulama di tanah kelahirannya. Beliau memulakan kembara ilmunya dalam tahun 210H dan sepanjang pengembaraannya itu, beliau telah menemui seramai 1,080 orang ulama. Namun begitu, yang paling banyak beliau memanfaatkan ilmu Hadith ialah daripada Ishak Ibn Rahawayh dan Ali Ibn Madiini.9 Malah menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani,10 faktor yang menggerakkan Imam al- Bukhari menghasilkan karya utama beliau al-Jami‟ ialah gurunya Amir al-Mu‟minin fi al- Hadith Ishak bin Ibrahim al-Handhali yang lebih dikenali dengan Ibn Rahawayh. Imam Bukhari berkata: Kami berada di samping Ishak Ibn Rahawayh, katanya: Kalaulah kamu himpunkan satu kitab ringkasan bagi hadith sahih dari Rasulullah S.A.W.. Ia telah masuk ke hati saya lalu saya bertindak menghimpunkan al-Jami‟ al-Sahih. Saya keluarkan al-Sahih dari 600 ribu hadith.11 Antara lainnya, Imam Al-Bukhari memuji gurunya yang masyhur iaitu Ali bin Al- Madiini dengan berkata, “Aku tidak pernah merasa kecil di hadapan siapa pun kecuali di hadapan Ali bin Al-Madiini.” Selain itu, antara guru-guru beliau yang masyhur lainnya adalah Ahmad bin Hanbal (wafat 241 H); merupakan imam Ahli Sunnah wal Jama‟ah, Zakariyya Yahya bin Ma‟in Al Baghdadi (wafat tahun 233 H); salah seorang hafizh dan imam yang benar terutama dalam ilmu Al Jarh wa At Ta‟dil, Abu Abdillah Nu‟aim bin Hammad Al- Marwazi (wafat tahun 228 H); seorang faqih dan menguasai ilmu Faraidh serta salah seorang imam Ahli Sunnah yang tegas terhadap ahli bid‟ah, dan Muhammad bin Yahya Adz Dzuhli An Naisaburi (wafat 258 H); seorang hafizh yang mulia, guru sekaligus rekan Imam Bukhari 9 Abul Husain Ali bin Abdullah Al Madini (wafat 234 H); salah seorang imam dan ulama yang paling ahli dalam bidang hadith dan „ilal pada zamannya. 10 Beliau adalah Syihab al-Din Abu al-Fadl Ahmad bin „Ali bin Muhammad bin „Ali bin Mahmud Ibn Ahmd, yang dikenal dengan Ibn Hajar al-Kunany Al-Asqalani. Lahir di Mesir pada tanggal 12 Sya‟ban tahun 773 H. 11 Muqaddimah Fath al-Bari, hal. 4-5.
  • 5 7.0 Kedudukannya dalam Kalangan Ahli Hadith Sebagai seorang insan yang luar biasa, Imam al-Bukhari sentiasa menjadi tumpuan guru-gurunya dan insan yang tahu sama ada yang hidup pada zamannya mahupun sesudahnya. Al-Imam Al-Hafizh Adz-Dzahabi dan Al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebutkan secara khusus tentang pujian dan jasa-jasa beliau dalam kitab mereka. Adz- Dzahabi dalam kitab Tadzkiratul Haffadh dan Ibn Hajar dalam kitab Tahdzibut-Tahdzib. Menurut riwayat Muhammad Ibn Abi Hatim, seorang jurutulis Imam al-Bukhari, bahawa Yahya Ibn Ja‟far al-Baikundi pernah berkata: “Seandainya aku mampu menambahkan umur Imam al-Bukhari dengan umurku, nescaya akan aku lakukan kerana kematianku hanyalah kematian seorang insan, sedangkan kematian Imam al-Bukhari bererti lenyaplah ilmu.” Imam al-Bukhari sangat menonjol dalam kekuatan hafalan, beliau pernah mengatakan: “Aku menghafal 100,000 hadith sahih dan 200,000 hadith yang tidak sahih”. Hasyid bin Ismail dan seorang temannya yang lain bercerita bahawa Imam al-Bukhari pernah pulang bersama mereka berdua dari menuntut ilmu hadith pada waktu itu. Beliau (al-Bukhari) masih sangat muda dan tidak pernah mencatat pelajaran yang didapati dari sebarang majlis ilmu. Kami sentiasa mengingatkan dan menanyakan sikapnya itu yang nampak kurang mengambil berat akan pelajaran. Hingga suatu hari beliau berkata, “Kalian berdua terlalu sering memprotes sikap saya ini, cuba tunjukkan dan sebutkan hadith-hadith yang telah kalian catat”. Maka kami menunjukkan kepadanya catatan kami berdua, lalu beliau menambah 15,000 hadith yang beliau baca dari hafalannya sehingga kami pula memeriksa kebenaran catatan kami dengan hafalan beliau..” Beliau juga pernah berkata, “Mungkin saja sebuah hadith yang aku dengar di Basrah nanti aku tulis di Syam dan boleh jadi sebuah hadith yang aku dengar di Syam nanti aku catat di Mesir.” Selain itu, Abul Azhar pernah bercerita bahawa, “Pernah 400 muhaddith berkumpul di Samarkand dan berusaha menjatuhkan Imam al-Bukhari dalam kesalahan, mereka memasukkan (mencampurkan) sanad Syam ke sanad Iraq dan sanad Yaman ke sanad Haram akan tetapi mereka tidak sanggup menjatuhkan Imam Bukhari walaupun sekali.” Di samping itu, terlalu banyak sekali para ulama yang memberikan kesaksian atas kedudukan keilmuan Imam al-Bukhari, antara mereka ada yang daripada kalangan guru- gurunya dan teman-teman sezaman dengannya. Adapun zaman setelah meninggalnya al- Bukhari sampai ke hari ini, kedudukan Imam al-Bukhari selalu bersemayam dalam relung hati kaum muslimin, baik yang berkecimpung dalam masalah hadith, bahkan daripada kalangan awam kaum muslimin sekalipun memberikan persaksian atas kehebatan beliau. Antara tokoh ulama yang memberikan persaksian terhadap beliau adalah; 1. Abu Bakar ibnu Khuzaimah telah memberikan kesaksian terhadap Imam Bukhari dengan mengatakan: “Di kolong langit ini tidak ada orang yang lebih mengetahui hadith dari Muhammad bin Isma‟il.” 2. „Abdan bin „Uthman Al Marwazi berkata; “Aku tidak pernah melihat dengan kedua mataku, seorang pemuda yang lebih mendapat bashirah dari pemuda ini.” Saat itu telunjuknya diarahkan kepada Bukhari.
  • 6 3. Qutaibah bin Sa‟id menuturkan; „Aku duduk bermajlis dengan para ahli fikih, orang- orang zuhud dan ahli ibadah, tetapi aku tidak pernah melihat semenjak aku dapat mencerna ilmu orng yang seperti Muhammad bin Isma‟il. Dia adalah susuk pada zamannya seperti „Umar di kalangan para sahabat.” 4. Ahmad bin Hambal berkata; “Khurasan tidak pernah melahirkan orang yang seperti Muhammad bin Isma‟il.” 5. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Numair menuturkan; “Kami tidak pernah melihat orang yang seperti Muhammad bin Ism‟ail.” 6. Bundar berkata; “Belum ada seorang lelaki yang memasuki Basrah lebih mengetahui terhadap hadith daripada saudara kami Abu Abdillah.” 7. Abu Hatim ar-Razi berkata: “Khurasan belum pernah melahirkan seorang putra yang hafal hadith melebihi Muhammad bin Isma‟il, juga belum pernah ada orang yang pergi dari kota tersebut menuju Iraq yang melebihi kealimannya.” 8. Muslim (pengarang kitab Sahih) berkata ketika Bukhari menyingkap satu kecacatan pada hadith yang tidak diketahuinya; “Biarkan saya mencium kedua kaki anda, wahai gurunya para guru dan pemimpin para ahli hadith, dan doktor hadith dalam masalah ilat hadith.” 9. Al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan: “Andaikan pintu pujian dan sanjungan kepada Bukhari masih terbuka bagi generasi sesudahnya, tentu habislah semua kertas dan nafas. Ia bagaikan lautan tak bertepi.” 8.0 Murid-muridnya yang Masyhur Sukar untuk ditentukan bilangan murid-murid Imam al-Bukhari. Menurut sesetengah riwayat, ketika hayatnya, Imam al-Bukhari mempunyai murid sekitar 90,000 orang. Sebahagian daripada mereka datang dari segenap pelusuk dunia semata-mata untuk menghadiri majlis ilmu beliau dan mempelajari kitab Sahih al-Bukhari. Bukan sekadar penuntut biasa tetapi termasuk juga guru-guru beliau yang hadir mendengar hadith daripada beliau, seperti Abd Allah bin Muhammad al-Masnadi, Abd Allah bin Munir, Ishak bin Ahmad al-Sarmadi, Muhammad bin Khalf, Ibn Qutaybah dan lain-lain lagi. Manakala daripada kalangan rakan sebaya beliau yang hadir sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap ketokohon beliau, antaranya Imam Abu Zur‟ah al-Razi, Abu Hatim al-Razi, Ibrahim al-Harbi, Abu Bakar bin Abi „Asim, Musa bin Harun al-Hammal, Muhammad bin Abdullah bin Mutin, Ishak bin Ahmad bin Zayrak al-Farisi, Abu Bakr Muhammad bin Ishak Ibn Huzaymah, al-Qasim bin Zakariyya, Muhammad bin Musa al- Hadrami dan ramai lagi. Maulana Siddiq Hasan Khan al-Qanuhi (1307H)12 telah meriwayatkan kata-kata Muhammad Ibn Yusuf al-Firyabi13 (maksudnya): “Bilangan murid al-Bukhari yang menerima hadith Sahih al-Bukhari secara langsung daripadanya ialah seramai 90,000 orang.”14 12 Beliau memiliki jaluran sanad sampai kepada al-Bukhari dan seterusnya Nabi S.A.W.. 13 Beliau ialah murid kepada al-Bukhari yang memiliki naskhah terbaik Sahih Bukhari. 14 Siddiq Hasan Khan, al-Hittah Fi Zikr as-Sihah as-Sittah, (Beirut: Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, 1985), hal. 176-177.
  • 7 Antara murid beliau yang kemudiannya muncul sebagai tokoh terbilang khususnya dalam bidang hadith dan fiqh, antara lain Abul Husain Muslim bin Hajjaj An Naisaburi (wafat 261 H); penyusun kitab Shahih Muslim, Abu Isa Muhammad bin Isa Tirmidzi (wafat 279 H); penyusun kitab Jami‟ atau Sunan Tirmidzi dan beliau salah seorang murid yang terdekat dengan Imam Bukhari, Abu Abdirrahman Ahmad bin Syuaib An Nasaai (wafat 303 H); penyusun kitab Al Mujtaba‟ atau Sunan Nasaai, Abu Muhammad Abdullah bin Abdirrahman Ad Darimi (wafat 255 H); penyusun kitab Sunan Darimi, Abu Abdillah Muhammad bin Nashr Al Marwazi (wafat 294 H); faqih, hafizh, imam dan penulis beberapa kitab yang bermanfaat seperti Ta‟zhim Qadri Ash Sholah dan Qiiyam Al Lail, Abu Hatim Muhammad bin Idris Al Hanzhali Ar Rozi (wafat 277 H); hafizh dan salah seorang ulama al-Jarh wa at- Ta‟dil, Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah (wafat 311 H); imam kepada para imam dan penyusun kitab Shohih Ibn Khuzaimah, Abu Ishaq Ibrahim bin Ishaq Al Harbi (wafat 285 H);15 salah seorang tokoh ulama di zamannya yang digelari dengan Syaikhul Islam, Muhammad bin Yusuf Al Firabri (wafat 330 H); salah seorang yang meriwayatkan Sahih Bukhari dan riwayatnya adalah riwayat yang paling dikenali, Abu Ishaq Ibrahim bin Ma‟qil An Nasafi (wafat 295 H); termasuk yang meriwayatkan Sahih Bukhari dengan sanadnya di negeri Maghrib, dan ramai lagi. 9.0 Kematian Imam al-Bukhari wafat pada malam Sabtu sesudah solat Isya‟ bertepatan dengan malam Aidilfitri tahun 256H di Khartank.16 Beliau dimaqamkan pada Hari Aidilfitri sesudah solat Zuhur. Beliau wafat ketika berumur 62 tahun dengan meninggalkan ilmu yang bermanfaat kepada seluruh kaum muslimin.17 Abdul Wahid bin Adam Al-Thawawisi bercerita, “Aku melihat ketika aku bermimpi, Nabi Muhammad S.A.W. sedang berdiri di suatu tempat dan ditemani beberapa sahabatnya, maka aku mengucapkan salam kepada beliau lalu beliau menjawab salamku. Aku bertanya, “Mengapa engkau berdiri di sini wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Aku menunggu Muhammad bin Ismail”. Setelah beberapa hari kemudian dari mimpiku itu, sampai kepadaku khabar kematian Imam Bukhari, ternyata beliau telah wafat pada waktu ketika aku bermimpi melihat Nabi Muhammad S.A.W..” 10.0 Sumbangan dalam Ilmu Hadith Sumbangan Imam al-Bukhari dalam hadith terlalu besar. Jika diambil karya utama beliau al-Jami‟ sahaja tanpa memandang kepada karya-karya lain, sudah memadai untuk menilai jasa dan sumbangan beliau dalam hadith. Karya utama beliau yang menjadi rujukan umat sepanjang zaman. Sahih Bukhari ini mendapat tempat yang istimewa di hati umat Islam 15 Daraquthni pernah mengatakan bahwa beliau disamakan dengan Imam Ahmad dari sisi zuhud, ilmu dan wara‟nya. 16 Khartank adalah sebuah desa di Samarkand. Lihat al-Syaikh al-Imam Syihab al-Din Abi Abdillah Yaqut bin Abdillah Al-Hamuy al-Rawi al-Baghdady, Jld. 5, hal. 207. 17 Riwayat Ibn Ka‟thir dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah.
  • 8 kerana ia hanya memuatkan hadith yang terpilih sahaja. Imam al-Bukhari sendiri ada mengatakan hadith-hadithnya adalah pilihan dari lebih 600 ribu hadith dan hanya memuatkan yang sahih sahaja. Al-Jami‟ al-Sahih juga mendapat layanan dan sambutan yang luar biasa dari para ulama sehingga ramai yang telah memberikan sumbangan masing-masing dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang memberikan ulasan, ada juga yang menulis mengenai rawi yang disebut oleh al-Bukhari, ada yang mengulas tarajum al-Bukhari, ada juga yang meriwayatkan dengan sanad yang lengkap bagi hadith-hadith mu‟allaq yang terdapat dalam al-Jami‟. Selain dalam bidang penulisan, Imam al-Bukhari juga turut menyumbang dalam bentuk pengajaran. Sudah menjadi tradisi para imam dan ulama lampau, setelah menjalani tempoh pembelajaran melalui rihlah (merantau) ke pelbagai ceruk rantau dan berguru dengan tokoh sezaman, mereka menyusun hadith-hadith yang telah dipelajari dan mengadakan halaqat untuk mengajar hadith Rasulullah S.A.W. dan ilmu-ilmu lain. Tidak terkecuali bagi Imam al-Bukhari. Ada bukti yang menunjukkan Imam al-Bukhari terlibat dengan penyampaian hadith semasa guru-gurunya masih hidup. Kesemuanya adalah dengan permintaan masyarakat yang mengetahui kebolehan dan kemampuan beliau. Abu Bakar bin al-Aghar berkata: Kami menulis dari Muhammad bin Ismail di pintu rumah Muhammad bin Yusuf al-Firyabi.18 Murid dan jurutulis beliau, Muhammad bin Abi Hatim berkata: Imam al-Muhaddithin telah berkata kepadaku: Saya tidak duduk untuk pengajaran hadith sehingga saya tahu hadith sahih dan daifnya, sehingga saya meneliti tulisan ahl al-ra‟yi, dan saya tidak tinggalkan hadith di Basrah kecuali saya tulis semuanya. Tidak hairanlah apabila gurunya, Imam Ishak bin Rahawayh berkata: “Wahai pencinta hadith sekalian!Lihatlah anak muda ini, ambillah hadith darinya..”19 Setelah Imam al-Bukhari memulakan majlis pengajarannya dan diketahui umum, berduyun-duyunlah pencinta hadith menghadirinya. Ke mana sahaja beliau pergi, pasti majlis ilmu diadakan termasuk di Basrah, Baghdad, Bukhara dan lain-lain. Ia berterusan sehingga ke hari-harinya yang terakhir di Bukhara. Tempat-tempat lain yang mendapat penghormatan diadakan pengajaran oleh beliau ialah Hijaz, Tursus dan Balk.20 11.0 Kitab-kitab Karangan Imam al-Bukhari telah memberi sumbangan dalam bentuk penghasilan karya yang jumlahnya bukan sedikit.21 Beliau mula berkarya sejak dari usianya mencecah 18 tahun 18 Muqaddimah al-Fath, hal. 478. 19 Tarikh Baghdad, 2/27; Muqaddimah al-Fath, hal. 492. 20 Muqaddimah al-Qastalani, 1/28; Tabaqat al-Subki, 2/215. 21 Subhi Salih, 1981, „Ulum Al-Hadith wa Al-Mustalahuh, (Beirut: Lubnan, Dar al-„Ilm Wa al-Malayin, Cet. 12), hal. 397.
  • 9 seperti yang disebut sendiri oleh beliau: “Apabila saya berusia 18 tahun saya menyusun kitab qadaya al-sahabat wa al-tabi‟in.”22 Menurut Ibn Hajar, beliau telah menghasilkan 21 buah karya berdasarkan kepada karya yang ada dalam simpanan beliau di samping maklumat yang sampai ke pengetahuan beliau. Namun begitu, setelah diteliti, ada lagi karya yang tidak disebut oleh Ibn Hajar. Berikut merupakan antara karya beliau: 1. Al-Jami‟ As-Sahih; yang lebih dikenal sebagai Sahih Al Bukhari, kitab ini diungkapkan oleh para ulama sebagai kitab yang paling sahih selepas Al Qur‟an. 2. Al-Adab Al-Mufrad; kitab ini mengandungi kumpulan hadith-hadith yang mengajarkan kepada kita akhlak dan adab-adab Rasulullah S.A.W.. 3. Juz‟u Raf‟i Al-Yadain; buku ini menjelaskan tentang pensyariatan mengangkat kedua tangan pada waktu solat selain takbiratul ihram, buku ini telah dicetak antaranya dengan tahqiq dari Al „Allamah Abu Muhammad Badi‟uddinsyah Ar-Rasyidy As-Sanady. 4. Juz‟u Al-Qiro‟ah kholfa Al-Imam; buku kecil ini menjelaskan tentang kewajipan membaca surah Al-Fatihah pada waktu solat termasuk bagi makmum dalam seluruh solat baik sirriyah mahupun jahriyah. 5. At-Tarikh Al-Kabir; kitab ini mengandungi nama-nama perawi yang meriwayatkan dari para sahabat, tabi‟in, maupun tabi‟ tabi‟in, tersusun dengan abjad hijaiyyah. 6. At-Tarikh As-Saghir; kitab ini mengandungi nama para sahabat, tabi‟in, maupun tabi‟ tabi‟in yang terkenal. 7. Khalqu Af‟aalil „Ibaad; sebuah kitab aqidah Ahlus Sunnah wal Jama‟ah yang menjelaskan bahwa perbuatan makhluk hakikatnya adalah ciptaan Allah Azza wa Jalla. Kitab aqidah ini menyebutkan riwayat-riwayat dengan sanad dan sudah dicetak serta tersebar di kalangan penuntut ilmu. 12.0 Huraian Ringkas berkenaan Kitab Sahih / Sunan Nama lengkap bagi kitab sahih Imam al-Bukhari adalah Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad al-Mukhtasar min Hadith Rasulullah SallalLahu Alayhi Wassalam wa Sunanih wa Ayyamih.23 Apabila karya ini terkenal dan mempunyai kedudukannya yang istimewa, ia dikenali dengan Sahih Bukhari sebagai nama ringkas. Malah Imam al-Bukhari sendiri menyebut demikian dalam banyak keadaan.24 Abu Ali al-Ghassani berkata: Saya mendengar al-Bukhari berkata: Saya keluarkan al- Sahih dari 600 ribu hadith.25 Seluruh hadith yang terhimpun di dalamnya adalah hadith-hadith sahih yang telah tetap dari Rasulullah S.A.W.. Bahkan semua mu‟allaqat dalam Sahih al- Bukhari dinyatakan sahih oleh para ulama Ahlul Hadith. Menurut kenyataan Al-Hafizh Ibn 22 Hadi al-Sari, hal. 479. 23 Muqaddimah Fath al-Bari, hal. 2. 24 Dr. Al-Husayni Abd al-Majid Hashim, Imam Bukhari Muhadithan wa Faqihan, hal. 87. 25 Muqaddimah Ibn al-Salah, hal. 5.
  • 10 Ka‟thir26 bahawa para ulama telah sepakat menerima Sahih al-Bukhari dan menerima segala kesahihan yang terkandung di dalamnya. Kitab Sahih al-Bukhari disusun mengikut bab-bab fiqh dan topik-topik umum, dimuatkan sebanyak 97 kitab (tajuk utama) dan 40 bab. Jumlah hadithnya termasuk yang berulang sebanyak 9,082 hadith, sementara hadith tidak berulang sebanyak 2,602. Manakala, hadith mu‟allaq pula sebanyak 1,341 yang diriwayatkan secara muttasil di tempat lain dalam al-Jami‟ kecuali 160 hadith sahaja. Sahih al-Bukhari versi Dar al-Salam edisi 2000 menunjukkan bilangan hadithnya adalah sebanyak 7,563 hadith. Menurut Ibn Hajar, Imam al-Bukhari mula menyusun al-Jami‟ dan memuatkan bab- babnya di Masjid Haram, lalu dimuatkan hadith-hadithnya selepas itu di Bukhara dan tempat- tempat lain. Landasan dari pandangan Imam Ibn Hajar di atas adalah riwayat „Umar bin Muhammad bin al-Bujairi katanya: “Saya mendengar Muhammad bin Ismail berkata: “Saya susun kitab saya, al-Jami‟ di Masjid Haram.” Imam al-Bukhari tidak pernah menjelaskan syarat-syarat beliau dalam al-Jami‟ al- Sahih. Apa yang dikatakan syarat beliau adalah rumusan yang dibuat oleh para ulama selepasnya setelah meneliti karya beliau itu.27 Para ulama mengenalpasti yang syarat-syarat Imam al-Bukhari ialah: (a) Semua rawi yang meriwayatkan hadith sehingga sahabat disepakati kethiqahan mereka. Mereka adalah seorang Muslim yang benar, tidak melakukan tadlis, adil, dhabit yang sempurna, jernih fikirannya, sejahtera aqidahnya. (b) Sanad yang bersambung. (c) Meriwayatkan hadith dengan „an‟anah, sebagai tanda ia bertemu dengannya. (d) Hadith yang diriwayatkan telah disepakati akan kesahihannya oleh para muhaddithin sebelum dan semasa dengannya. (e) Tiada syaz dan tiada „illah. (f) Rawi dari thabaqat yang tinggi.28 13.0 Kesimpulan Imam al-Bukhari merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberikan sumbangan kepada umat Islam terutamanya dalam bidang hadith, aqidah, fiqh dan juga tafsir. Karya-karya beliau terutamanya Sahih al-Bukhari wajar sekali dijadikan bahan pengajaran kepada generasi kini agar mereka lebih memahami al-Sunnah dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Beliau seharusnya dijadikan teladan dan ikutan untuk generasi umat ini. Semoga Allah S.W.T. merahmati beliau dan membalas jasa-jasanya serta memasukkannya dan mengumpulkan kita semua di Syurga Firdaus-Nya. Amin. 26 Dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah. 27 Ibn Tahir al-Maqdisi, Shurut al-„Aimmah al-Khamsah, hal. 12. 28 Sirah Imam al-Bukhari, hal. 178.