• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Buku panduan amalan_pengajaran_dan_pembelajaran_berkesan
 

Buku panduan amalan_pengajaran_dan_pembelajaran_berkesan

on

  • 1,630 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,630
Views on SlideShare
1,629
Embed Views
1

Actions

Likes
0
Downloads
120
Comments
0

1 Embed 1

http://sandbox.context-engine.appspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Buku panduan amalan_pengajaran_dan_pembelajaran_berkesan Buku panduan amalan_pengajaran_dan_pembelajaran_berkesan Document Transcript

    • PANDUAN AMALAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN Penyunting MOHAMED AMIN EMBI I
    • PrakataMemang tidak dapat dinafikan bahawa Institut Pengajian Tinggi yangmempunyai kepimpinan yang efektif, tenaga akademik yang tersohor sertaprofesional, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, bakalgraduan yang berkualiti serta silabus yang relevan akan lebih berdaya saingdalam menghadapi persaingan global yang semakin mencabar. Sehubunganitu, sebagai usaha untuk mewujudkan program pengajian yang berkualiti, UKMamat serius melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberipenekanan kepada pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE). Bagimenjayakan hasrat ini, buku ‘Panduan Amalan Pengajaran dan PembelajaranBerkesan’ ini disunting sebagai bahan bacaan asas untuk dijadikan panduankepada setiap warga akademik di UKM. Buku ini dibahagikan kepada limabahagian yang difikirkan penting bagi pengendalian kursus setiap programpengajian di UKM. Bahagian pertama berkaitan dengan PembangunanKurikulum Pengajian Tinggi yang merangkumi aspek pembentukan programberdasarkan KKM, pendekatan OBE, pembentukan hasil pembelajaran kursusserta penentuan jam pembelajaran pelajar (SLT). Bahagian kedua akanmenghuraikan pelbagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran termasukpembelajaran dewasa, pembelajaran kolaboratif dan koperatif, pembelajaranberasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran berasaskan projek. Bahagianketiga pula memperihalkan tentang Teknologi Pengajaran dan Pembelajaranyang meliputi aspek reka bentuk instruksi (ID dan e-Pembelajaran) termasukpengendalian forum dan kuiz atas talian. Bahagian keempat membincangkankepentingan Penaksiran dan Penilaian; manakala bahagian kelima membahaskantentang Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepadaProf. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah, Pengarah, PPA kerana memberi kepercayaankepada saya untuk menyunting karya ini bagi manfaat warga akademik UKM.Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penulis yangsudi berkongsi kepakaran serta pengalaman masing-masing melalui penulisanbab dalam bentuk yang santai dan mudah dibaca. Tidak lupa juga kepadasemua staf PPA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menerbitkanbuku ini.Prof. Dr. Mohamed Amin EmbiPusat Pembangunan AkademikII
    • Bab Tajuk Muka SuratPrakata IIBahagian 1Pembangunan Kurikulum Pengajian TinggiBab 1 Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan 1 Kerangka Kelayakan Malaysia Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin & Riza Atiq O.K RahmatBab 2 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil 27 Wan Hamidon Wan BadaruzzamanBab 3 Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus 43 Rosadah Abdul MajidBab 4 Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar 57 Ab. Halim TamuriBahagian 2Pendekatan Pengajaran & PembelajaranBab 5 Pembelajaran Dewasa 67 Norzaini AzmanBab 6 Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif 93 Saemah RahmanBab 7 Pembelajaran Berasaskan Masalah 107 Nabishah MohamadBab 8 Pembelajaran Berasaskan Projek 117 Ruhizan Mohd YassinBahagian 3Teknologi Pengajaran dan PembelajaranBab 9 Reka Bentuk Instruksi 133 Norazah Mohd NordinBab 10 Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan 151 Mohd. Arif IsmailBab 11 Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN 161 Mohamed Amin Embi III
    • Bab 12 Pengendalian Forum Atas Talian 177 Supyan HussinBab 13 Pengendalian Kuiz Atas Talian 189 Norizan Abd. RazakBahagian 4Penaksiran & PenilaianBab 14 Bentuk Penilaian 201 Ima Nirwana SoelaimanBab 15 Penilaian Berdasarkan Hasil Pembelajaran 215 Abdul Wahab MohammadBab 16 Penilaian Berasaskan Kompetensi 225 Nabishah MohamadBahagian 5Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran & PembelajaranBab 17 Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran 233 Salleh AmatBab 18 Bimbingan & Mentoran 247 Zuria MahmudBab 19 Profesionalisme dalam Pengajaran & 265 Pembelajaran Khairul Anwar MastorIV
    • Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin merupakan Naib Canselor, UKM dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara. Beliau telah memberi sepenuh perhatian dan masanya dalam bidang perkembangan pendidikanperubatan dan piawaian kualiti dalam pengajian tinggi. Beliau telahdiberi kepercayaan untuk pembangunan rangka kerja mengikutundang-undang untuk jaminan kualiti di Malaysia.Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Bin Orang Kaya Rahmat merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, UKM dan pensyarah dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Pengalaman beliau dalam pembangunan kurikulum dan akreditasi tidak dapat dinafikan malahan sering dijemput oleh IPT lain untuk mendapatkan nasihat bagi menggubal programpengajian bersesuaian dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) di Pusat Pembangunan Akademik, UKM. Sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM, beliau adalah pakar dalam bidang m-pembelajaran dan e-pembelajaran. Beliau adalah penerima sulung Anugerah Akademik Negara 2006 (Kategori Pengajaran). V
    • Profesor Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman merupakan seorang profesor bidang Kejuruteraan Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Beliau kini dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, UKM Perunding Kejuruteraan & Arkitek Sdn. Bhd. Beliau telah banyak menyumbangkan masa untuk membantu Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) didalam kejayaan mencapai status ahli penuh Washington Accord (WA),satu-satunya Negara OIC yang menjadi ahli penuh WA. Beliau jugapernah menjadi Ahli EAC dan pemangku Pengarah EAD. Beliaukini merupakan seorang Pengarah Bersekutu, Jabatan AkreditasiKejuruteraan (EAD), LJM.Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad merupakan Pengarah Pejabat Hubungan Industri UKM. Sebagai pensyarah dalam bidang kejuruteraan kimia, penyelidikan beliau tertumpu kepada teknologi membran dan pemisahan. Beliau juga merupakan mantan ahli Lembaga Akreditasi Kejuruteraan di Lembaga Jurutera Malaysia dan Ahli Lembaga Penasihat program berkaitan kejuruteraankimia di Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang.Prof. Dr. Nabishah Mohamad yang merupakan pakar dalam bidang Fisiologi Perubatan merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, UKM. Beliau telah mengikuti kursus Pembelajaran-Berasaskan Masalah (PBL) di dalam dan luar negara untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan perubatan. Dengan penubuhan MQA, beliau telahdilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Akreditasi MQA dalam bidangPerubatan dan Kesihatan mulai November 2007.VI
    • Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman adalah Ketua Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan UKM dan juga merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Penilaian Pelajar Kurikulum Integrasi, Fakulti Perubatan, UKM sejak tahun 2004. Beliau giat menjalankan penyelidikan dalam bidang metabolisme tulang dan osteoporosis serta toksisiti ke atas bahan-bahan semulajadi.Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor merupakan Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM dan berkepakaran dalam bidang penilaian dan pembangunan sahsiah. Beliau pernah dilantik sebagai Sarjana Pelawat di Washington State University, Penyelidik Pelawat di National Institute of Aging (NIA), NIH, Maryland, USA, Sarjana Pelawat di Humboldt University,Berlin, Germany dan Sarjana Pelawat Fulbright di University ofIllinois, Urbana-Champaign, Illinois, USA.Prof. Madya Dr. Ab. Halim Tamuri adalah pensyarah dalam bidang pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan, UKM. Penyelidikan beliau tertumpu kepada pedagogi dan pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penilai Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, pakarrujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, ahli lembaga pengajian untukprogram Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Islam dan al-Quran)untuk UPSI, UDM, UIAM, USIM dan KUIS. VII
    • Prof. Madya Dr. Norzaini Azman merupakan Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN), USM dan Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM dan penyelidikan beliau tertumpu kepada profesion akademik, pengantarabangsaan, polisi dan governansserta kelestarian dalam Pendidikan Tinggi.Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohammad Yasin merupakan pensyarah dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Hubungan Masyarakat) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau merupakan pakar dalam bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional.Prof. Madya Dr. Supyan Hussin merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau pernah berkhidmat sebagai Felo Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM serta terlibat dalam pembinaan Portal Malaycivilization.com. Kepakaran beliau dalam bidang pendidikan bahasa dan teknologi danpengkhususan dalam latihan perguruan, pembelajaran atas talian,dan pembelajaran bahasa berbantukan komputer.VIII
    • Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul Razak merupakan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau giat menjalankan penyelidikan berkaitan e-pembelajaran, pembelajaran bahasa berbantukan komputer dan impak teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat.Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud bertugas sebagai pensyarah dan Timbalan Dekan Siswazah dan Pengantarabangsaan di Fakulti Pendidikan, UKM. Bidang penyelidikan dan penerbitan beliau adalah pembinaan insan psikodinamik yang merangkumi strategi kaunseling, isu-isu keluarga, serta kepelbagaian pelajar.Prof. Madya Dr Saemah Rahman merupakan Timbalan Dekan (Prasiswazah Alumni) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang Psikilogi Pendidikan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.Prof. Madya Dr. Norazah Mohd. Nordin merupakan Penyelaras Program Sarjanamuda Pendidikan Sains di Fakulti Pendidikan, UKM dan pakar dalam bidang teknologi maklumat dalam pendidikan. Penyelidikan beliau tertumpu kepada integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta reka bentuk pengajaran bagi e-pembelajaran. IX
    • Dr. Rosadah Abd Majid merupakan Ketua Unit Pusat Permata Pintar Negara UKM. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum PPA, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dalam bidang pendidikan khas: pengkhususan pemulihan, dan pintar cerdas berbakat.Dr. Mohd. Arif Ismail merupakan Timbalan Pengarah (Ko-Kurikulum) Pusat Perkembangan Pelajar, UKM. Beliau adalah pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM dan banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber dan teknologi maklumat. Beliau merupakan Presiden, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga adalah Penyelaras ProgramBadan Beruniform, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.Dr. Salleh Amat merupakan Timbalan Pengarah (Latihan & Perkembangan Akademik) di Pusat Pembangunan Akademik, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang bimbingan dan kaunseling dengan tumpuan kepada pengurusan personalia pelajar institusi pengajian tinggi.X
    • BAB 1 Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan Kerangka Kelayakan MalaysiaSharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Riza Atiq O. K. RahmatSejarah Kerangka Kelayakan Malaysia Pada pertengahan tahun 1990an, kerajaan telahmemperkenalkan dasar liberalisasi, pendemokrasian dan pendidikanswasta serta pembelajaran rentas sempadan. Pendidikan swasta telahdilihat sebagai juzuk integral pengajian tinggi dari segi penambahanpeluang dan memperkaya pengalaman mendidikan di Malaysia.Sehubungan dengan ini, pada tahun 1996 telah diperkenalkan AktaInstitusi Pengajian Tinggi Swasta. Pada tahun yang sama jugadiperkenalkan Akta Lembaga Akreditasi Negara yang memberi kuasamengesyorkan kelulusan sesuatu program pengajian kepada MenteriPengajian Tinggi. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara juga telahditubuhkan pada tahun ini bagi tujuan memberikan nasihat bukansahaja kepada institusi pengajian tinggi swasta tetapi juga kepadainstitusi pengajian tinggi awam.Walaupun tiga akta telah diperkenalkan, masih terdapat beberapakelemahan yang ketara. Di antara kelemahan-kelemahan itu ialah:• Kurang telus dari segi kelayakan dan persijilan seperti kekaburan dalam aras kelulusan, tiada kefahaman yang seragam mengenai takrif kredit. Takrif berbeza-beza dari satu institusi dengan institusi yang lain.• Aras kelayakan ditentukan hanya dengan menggunakan jumlah kredit program pengajian berkenaan.• Kekaburan dalam pensijilan kelayakan yang memerlukan 1
    • penilian kemahiran terutama yang berkaitan dengan kelayakan profesional.• Tiada mekanisme untuk menyokong dan mewujudkan dasar pembelajaran sepanjang hayat. Satu kriteria dan prosedur diperlukan untuk mengakui pembelajaran terdahulu dan pengalaman.• Wujudnya perbezaan dan pemisahan antara institusi pengajian awam dan swasta.Penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) LAN telah ditubuhkan berikutan penguatkuasaan AktaLembaga Akreditasi Negara pada tahun 1996. Ia mengawal kualitidan perjalanan program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh pihakswasta. Semua institusi pengajian swasta mesti melalui dua prosesuntuk menjalankan sesuatu program, iaitu:• Kelulusan program pengajian• Pensijilan standardPensijilan standard pula melibatkan dua peringkat iaitu:• Sijil standard minimum• Sijil akreditasiMasalah timbul kerana tiada garis panduan berkenaan standard yangdigunakan, sangat subjektif dan tiada penanda aras.Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Pada tahun 2002, Bahagian Jaminan Kualiti telah ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi menambahkan keyakinankepada standard kelayakan dan penyampaian program-programpengajian di IPTA. Ini telah mewujudkan dua sistem jaminan kualiti,satu untuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan satu lagi untuk2
    • IPTA. Bagi IPTS, syarat-syarat yang dikenakan oleh LAN adalahmandatori manakala jaminan kualiti untuk IPTA hanya bersifat dasar,tidak mandatori. Audit program dan institusi oleh Bahagian JaminanKualiti adalah bertujuan untuk penambahbaikan kualiti berterusan.Penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk membina budayapenambahbaikan kualiti yang berterusan.Kewujudan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) Pada tahun 2004, Kabinet Malaysia telah membuat satukeputusan yang bersejarah yang melibatkan perkara berikut:• Penstrukturan semula LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti.• Mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa yang berkaitan dengan jaminan kualiti, termasuk pembentukan Kerangka Kelayakan Malaysia.• Mengitegrasikan jaminan kualiti bagi IPTA dan IPTS, termasuk pendidikan teknikal dan vokasional.Pada 24 Februari 2006, satu Pasukan Petugas di bawah KementerianPengajian Tinggi telah ditubuhkan untuk membentuk KerangkaKelayakan Malaysia dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia yang terdiridari: • Lembaga Akreditasi Negara (MQA sekarang) • Jabatan Pengajian Tinggi • Jabatan Pendidikan Swasta • Jabatan Pendidikan Teknikal • Jabatan Perkhidmatan Awam • Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat • Pusat Iktisas Negara • Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) • Persatuan Pendidikan Swasta Kebangsaan 3
    • Draf pertama telah diedarkan kepada semua pihak berkepentingan danbadan petugas yang terdiri dari: • Semua universiti awam dan swasta, • Rakan luar negara universiti dan kolej tempatan • Badan-badan profesional dan badan-badan persijilanAkta ini telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Julai 2007 dandiwartakan pada 30 Julai 2007. Akhirnya Akta Agensi KelayakanMalaysia telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007. Akta ini telahmemberikan perkara-perkara berikut:• Satu agensi sahaja untuk tujuan jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia• Pentadbiran Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang lebih dikenali sebagai Malaysian Qualifications Agency (MQA).• Proses Jaminan Kualiti yang mengambil kira kepelbagaian institusi dan program pengajian tinggi.• Akreditasi pembelajaran terdahulu (prior learning) untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.• Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Register, MQR) sebagai tempat rujukan kelayakan.• Rayuan, penguatkuasaan, penyiasatan, kes pelanggaran dan hukuman.Kewujudan akta ini dilihat sebagai tepat pada masanya terutamanyadari segi menjamin kualiti pengajian tinggi di Malaysia supayasetanding dengan pengajian tinggi di negara-negara maju. Perkaraini amat penting terutama apabila berhadapan dengan dunia tanpasempadan yang juga melibatkan pendidikan. Perkara ini boleh dilihatapabila universiti-universiti terkemuka dari Eropah dan Australia telahmembuka cawangan di Malaysia.4
    • Kewujudan internet jalur lebar juga telah membuka luas duniapendidikan. Kini rakyat Malaysia boleh mendaftar dengan universititerbuka di negara-negara maju dan seterusnya mendapat ijazah dengankos termampu. Sebuah universiti terbuka di Shanghai mempunyai465,000 pelajar berdaftar dari seluruh negeri Cina dan merata dunia,termasuk dari Malaysia. Demikian juga di Eropah dan Amerika Utara,mereka telah membuka pintu pendidikan yang luas. Sebahagian dariuniversiti terbuka ini mendapat akreditasi dari Negara masing-masingdan setaraf dengan universiti biasa. Bahkan di Kanada, pelajar dariuniversiti biasa boleh mengambil beberapa kursus dari universititerbuka yang diakreditasi dan memindahkan kredit yang diperolehi keuniversiti asal mereka. Mereka berbuat demikian untuk menghabiskanpengajian dengan lebih cepat. Dalam keadaan dunia seperti ini,Malaysia perlu mempunyai satu kerangka yang boleh memastikaninstitusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai kualiti yang tinggidan dalam masa yang sama mempunyai ruang dan kebebasan untukberinovasi bagi menjamin kelangsungan dan daya saing institusinyadan graduannya.Kewujudan KKM dijangka boleh menjamin kualiti pendidikan tinggidi Malaysia secara telus dan dalam masa yang sama rakyat Malaysiaboleh membuat penilaian. KKM juga menyediakan kerangka yangmemberikan kebebasan kepada institusi pengajian tinggi untukberinovasi dan menentukan nic program masing-masing selagi iaberada dalam kerangka tersebut.Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) Tujuan utama Kerangka Kelayakan Malaysia ialah untukmenjaga standard kelayakan, menyokong pendidikan yang luwesdan mempermudahkan saling mengakui kelulusan antara universiti 5
    • dan antara negara. Apabila ia berjalan dan berkuatkuasa sepenuhnyadijangka ia akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut:• Menambahkan keyakinan orang awam berkenaan kualiti dan standard kelayakan pendidikan tinggi kerana ia melibatkan akreditasi dan penilaian jaminan kualiti.• Kejelasan pelbagai jenis laluan pendidikan seperti laluan akademik dan profesional, teknikal dan vokasional, kemahiran dan laluan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1 dan Gambarajah 1.1.• Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat melalui akreditasi pembelajaran dan pengalaman terdahulu.• Pembentukan pertukaran seragam berkenaan pengumpulan kredit dan pemindahan kredit berasaskan hasil pembelajaran. Pada masa ini, definasi kredit telah diseragamkan untuk semua pengajian tinggi di Malaysia. Secara ringkasnya, satu kredit bermakna 40 jam masa pembelajaran seseorang pelajar dalam satu semester. Ini bermakna pembelajaran terdahulu seseorang pelajar boleh dinilai dalam sebutan kredit.• Meningkatkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam dengan swasta.• Kesetaraan nilai kelayakan di antara ahli akademik, profesional dan vokasional.• Ketelusan kelayakan, iaitu sijil yang mudah difahami oleh pihak- pihak berkepentingan dari segi pencapaian hasil pembelajaran dan sistem pendidikan yang dijalankan. Di negara-negara Kesatuan Eropah, di samping sijil kelayakan, universti-universiti juga mengeluarkan diploma suplimen yang memberikan pencapaian kemahiran-kemahiran insaniah dan akademik graduannya secara terperinci.• Lebih jelas dan lebih mudah menilai kesetaraan kelayakan dari universiti negara lain.6
    • Jadual 1.1 Struktur Kerangka Kelayakan Malaysia Aras Kredit Profesional Teknikal Kemahiran Pembelajaran KKM Minimum dan dan (C) sepanjang Akademik Vokasional hayat & (A) (B) Pembelajaran Terdahulu yang diiktiraf Selepas 1 Sijil Sijil Sekolah Teknikal dan kemahiran PPTDMenengah Vakasional 1C 2 Sijil Sijil kemahiran PPTD 2C 3 60 Sijil kemahiran PPTD 3C 4 90 Diploma Diploma kemahiran Diploma Vokasional & PPTD teknikal Aras 5 40 Diploma Diploma lanjutan pertama pengajian 6 30 Sijil siswazah Sijil dan diploma siswazah tinggi 60 Diploma PPTD siswazah 120 Sarjana Muda (kepujian) 7 20 Sijil pasca siswa 30 Dip.pasca siswazah 40 Sarjana -kursus Sijil dan diploma pasca -penyelidikan PPTD siswazah -kursus & penyelidikan -ProfesionalAras kedua 8 PhD &pengajian Kedoktoran tinggiNota: PPTD = Pembelajaran dan Pengalaman Terdahulu yang Diiktiraf(Sumber: Sharifah Hapsah) 7
    • Gambarajah 1.1 Laluan Pembelajaran (Sumber: Sharifah Hapsah)Kredit KKM Sebelum KKM diwujudkan, tiada keseragaman takrif kreditdi antara institusi. Aktiviti pelajar di luar jam kontak tidak dikira.Pengiraan kredit bagi latihan industri, penyelidikan, projek dankerja lapangan amat berbeza-beza bukan sahaja di antara institusibahkan di antara fakulti di dalam institusi yang sama. Pembelajaran8
    • berpusatkan pelajar juga diberikan nilai yang kecil berbanding dengankuliah. Sebagai contoh, kerja dua jam seminggu dalam pembelajaranberasaskan hasil diberikan satu jam kredit, manakala kuliah satu jamdiberikan juga satu jam kredit. KKM telah memberikan kefahaman yang seragam dalam takrifkredit dan aras kelayakan. KKM juga telah memudahkan pemindahankredit di antara institusi sama ada di dalam negeri atau dengan luarNegara. Bahkan, KKM memudahkan perpindahan kredit antara sektorseperti dari sektor kemahiran dan vokasional kepada akademik danprofesional. KKM juga membolehkan perpindahan kredit antarapendidikan tidak formal kepada pendidikan formal. Dalam KKM, jam kredit dikira berasaskan jumlah beban ataukerja atau kuantiti pembelajaran seseorang pelajar dalam usahanyauntuk mencapai Hasil Pembelajaran. Semua jenis pembelajaran dalamsebutan jam seperti jam kontak, pembelajaran berasaskan kerja,penyelidikan, pengalaman, aktiviti praktikal, pembelajaran sendiri danpesiapan untuk penilaian adalah dikira sebagai jam kredit, satu kreditbersamaan dengan 40 jam pembelajaran.Minumum kredit Kredit minimum telah ditetapkan untuk mencapai sesuatukelayakan. Kelayakan dalam nama yang sama memerlukan kreditminimum yang sama. Akan tetapi kelayakan dalam aras yang samamungkin memerlukan kredit yang berbeza, seperti program perubatanmemerlukan kredit yang lebih banyak dari program sains sosial. Secaraumumnya, program sarjana muda memerlukan tidak kurang dari 120kredit (4800 jam pembelajaan) dan sarjana, tidak kurang dari 40 kredit(1600 jam pembelajaran). Program PhD tidak dikreditkan. 9
    • Faedah Sistem Kredit KKM Sistem kredit KKM banyak memberikan faedah termasukmenghadkan beban pembelajaran untuk membolehkan pelajarmenjalankan aktiviti-aktiviti lain yang amat diperlukan untukmembangun sahsiah mereka. Dalam hal ini, UKM telah menetapkanlebih kurang 20 jam kredit setiap semester dengan mengambil kira14 minggu pembelajaran, 2 minggu persiapan untuk penilaian dan 2minggu penilaian. Sistem kredit KKM juga membenarkan keluwesanjulat masa sesuatu program pengajian. Akhir sekali, sistem kredit KKMmemberikan kreativiti kepada institusi merekabentuk program masing-masing untuk memenuhi pelbagai keperluan dan mod pembelajaranseperti sepenuh masa atau separuh masa, e-pembelajaran, pembelajaranberasaskan masalah, pembelajaran berasaskan kerja dan sebagainya.Pembentukan Program Pengajian Apabila hendak membangunkan satu program pengajian,perkara yang pertama perlu ditentukan ialah aras program tersebut.Di UKM, aras yang biasa ialah aras 6, 7 dan 8, iaitu ijazah sarjanamuda (dengan kepujian), ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.Aras ini amat penting kerana kegagalan mencapai sesuatu aras akanmenyebabkan sesuatu program tidak mendapat akreditasi. Sebagaicontoh, aras 6 ialah sarjana muda yang dianggap sebagai persiapanuntuk memulakan kerjaya. Program pada aras ini mestilah mampumenghasilkan graduan pada tahap berikut:• Memamerkan pengetahuan dan kefahaman prinsip-prinsip dari bahan-bahan yang tinggi dan pengetahun yang terkehadapan dalam bidang pengajian.• Menunjukkan profesionalisme dalam penggunaan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengajian.• Berkebolehan menerangkan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar.10
    • • Berkebolehan mendapatkan dan menggunakan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang mengambil kira sosial, saintifik dan etika.• Berkebolehan bekerja dalam satu pasukan dan memiliki kemahiran hubungan antara insan.• Memiliki kemahiran belajar secara autonomi yang tinggi untuk maju ke peringkat pasca-siswazahBagi aras 7, yakni peringkat sarjana, program pada aras ini mestilahmampu menghasilkan graduan pada tahap berikut:• Menguasai teori atau aplikasi ilmu pada aras tinggi dalam bidang pengajian.• Memamerkan kebolehan menganalisis, menilai dan mengintegrasikan idea-idea baru dengan pengetahuan yang sedia ada.• Memamerkan dan menunjukkan keaslian, kreatif, luwes, bebas dan sistematik dalam menggunakan ilmu ketika menangani isu- isu yang kompleks dan menyelesaikan masalah.• Memamerkan kebolehan menjalankan projek atau penyelidikan dalam projek ilmiah.• Dijalankan secara kursus atau kombinasi kursus dengan penyelidikan.Aras 8, iaitu ijazah kedoktoran, juga mempunyai aras yang perludicapai oleh setiap graduan seperti berikut:• Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu dalam bidang pengajian.• Memberikan pandangan yang komprehensif dan meninjau literatur, eksperimen, kerja-kerja kreatif atau pendekatan lain yang sistematik atau melakukan penilaian semula secara kritikal 11
    • berkaitan teori dan amalan profesional.• Menghasilkan disertasi, tesis atau portfolio yang dinilai dengan standard antarabangsa.• Memamerkan kebolehan memberikan konsep, rekabentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna.• Memamerkan kebolehan melakukan penemuan dan inovasi ketika menyelesaikan masalah dalam isu-isu yang kompleks dalam bidang kepakarannya.Perkara kedua ialah rekabentuk program yang terdiri dari empatperkara utama:• Objektif atau Matlamat Program dan Hasil Pembelajaran Program.• Kandungan dan hasil pembelajaran yang berasaskan hasil pembelajaran yang mengambil kira beban pelajar. Satu kredit telah ditetapkan lebih kurang 40 jam masa pelajar dalam satu semester. Beban pelajar yang munasabah bagi satu semester 14+3 minggu (masa pembelajaran + peperiksaan) ialah lebih kurang 20 kredit setiap semester,• Struktur serta kaedah pembelajaran dan pengajaran.• Penilaian yang menguji pencapaian hasil pembelajaranObjektif dan Hasil Pembelajaran ProgramMatlamat atau Objektif Program Sebelum memulakan kerja-kerja merekabentuk program baruatau menyemak semula program sedia ada, perkara pertama yang perluditentukan ialah bentuk dan jenis graduan yang hendak dihasilkan.Sebagai contoh, beberapa program di sebuah universiti di Singapuratelah dirombak berikutan perubahan objektif pembelajaran. Perubahan12
    • ini dilakukan kerana mereka berhadapan dengan saingan graduan dariNegeri Cina yang lebih cemerlang dari segi akademik dan sanggupmenerima gaji yang jauh lebih rendah. Oleh itu, mereka telah membuatperubahan daripada penekanan kepada kandungan kursus-kursusdalam bidang berkenaan kepada melahirkan pemimpin dan pengurusanperingkat tinggi. Perubahan objektif ini telah menyebabkan merekatelah mengurangkan kandungan kursus-kursus bidang sehingga arasminimum yang dibenarkan oleh lembaga akreditasi dan menambahkankursus-kursus seperti pengurusan, undang-undang dan kewangan.Perkara yang sama juga dilakukan oleh beberapa universiti di EropahBarat. Mereka berhadapan dengan saingan dari universiti-universitiAfrika Utara dan Eropah Timur yang melahirkan graduan yangsanggup menerima gaji lebih rendah dan bekerja lebih rajin. Oleh itu,nic graduan mereka telah berubah dari kehandalan dalam pengetahuanbidang kepada kompetensi kepimpinan dan pengurusan.Apabila menggubal matlamat atau objektif program, ia mestimengandungi perkara-perkara berikut:• Pengetahuan, kemahiran dan asas-asas saintifik.• Sikap, etika, keprofesionalan dan kepimpinan untuk kemajuan masyarakat di dalam kerangka visi kebangsaan seperti melahirkan modal insan kelas dunia.• Kemampuan menganalisis dan menyelesaikan masalah serta menilai dan membuat keputusan secara kritikal, kreatif berasaskan bukti dan pengalaman.• Keinginan mendapat ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang amat penting untuk peningkatan diri era pengetahuan yang amat pesat berkembang.• Pengetahuan isu-isu umum yang berkaitan dengan dasar-dasar UKM, Malaysia dan dunia. 13
    • Objektif program perlu sejajar dengan matlamat pendidikan,visi dan misi UKM. Semasa penggubalan, semua pihak berkepentinganperlu dilibatkan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini sebenarnyamerupakan perubahan yang besar dari segi falsafah. Jika dahulukandungan pendidikan tertakluk sepenuhnya kepada pihak berkuasa,tetapi kini semua pihak berkepentingan perlu dilibatkan secaraterancang. Objektif pendidikan mestilah dihayati oleh semua pihak yangmelaksanakan program berkenaan. Ia seperti membina sebuah istanayang indah. Semua pekerja daripada buruh kasar pemotong besi hinggakepada pengurus projek menyedari bahawa mereka sedang membinaistana. Oleh itu, semua pihak akan memastikan setiap bahagian istanatersebut dibina dengan betul dan berkualiti. Jika dinisbahkan kepadapembinaan dan perlaksanaan sebuah program, daripada kerani,pembantu makmal hingga kepada pensyarah dan profesor mestilahmenyedari bahawa mereka sedang membangunkan manusia yangmempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam objektif ataumatlamat program. Bahkan pelajar dan ibu bapa juga perlu mengetahuimengenai objektif ini supaya mereka sama-sama bekerja untukmelahirkan modal insan yang unggul. Demikian juga pihak majikanboleh membantu para pelajar UKM semasa latihan industri dan semasaperingkat awal graduan UKM bekerja di tempat mereka.Hasil Pembelajaran Program Hasil Pembelajaran Program pula ialah sifat-sifat yang mestiada pada seseorang pelajar ketika menamatkan pengajian programyang berkenaan. Sifat-sifat ini perlu menyediakan seseorang graduanmencapai objektif program selepas terjun ke alam industri dan pekerjaan.Seperti objektif program, Hasil Pembelajaran Program perlu digubaldengan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan.Sehubungan dengan perkara ini, Kerangka Kelayakan Malaysia telah14
    • menetapkan supaya semua program pengajian pada aras 6 merangkumilapan bidang berikut:1. Penguasaan ilmu dari segi kedalaman, lebar dan kesukaran.2. Kemahiran praktikal atau psikomotor dari segi bidang dan kerumitan.3. Kaedah saintifik, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan otonomi membuat keputusan.4. Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam pasukan.5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat .6. Keperibadian, etika, perkongisan nilai dan keprofesionalan.7. Tanggung jawab sosial dan keabsahan.8. Keusahawanan dan kemahiran mengurus.Univercity of Bangor, Wales, United Kingdom yang terletak jauhterpencil sehingga sukar mendapatkan hubungan telefon bimbit telahmemberikan penekanan kepada keusahawanan. Universiti ini telahmenitik beratkan perkara berikut dalam kurikulum dan penyampaiankursus-kursusnya:• Keberanian mengambil risiko• Cepat mengenal pasti peluang• Peka terhadap kos, aliran tunai dan pulangan• Kemampuan menjana idea baru dan inovasi• Kemampuan menguruskan sumber dengan baik 15
    • Hasilnya amat memberangsangkan. Walaupun universiti ini tidakdikenali ramai, tetapi di United Kingdom, ia telah mencapai kedudukankeempat dari segi keboleh pasaran graduan-graduannya.Hasil pembelajaran di aras 7 (Sarjana) pula ialah:1. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan;2. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin;3. Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks;4. Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan;5. Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar dengan jelas; dan6. Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.Hasil pembelajaran di aras 8 (Kedoktoran) pula ialah:1. Menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang satu displin pengajian serta penguasaan kemahiran dan kaedah penyelidikan berkaitan bidang tersebut;2. Menunjukkan kebolehan menjana, mereka bentuk, melaksana dan mengubah suai sebahagian besar proses penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan;3. Menyumbang kepada penyelidikan asal yang melebarkan sempadan ilmu melalui disertasi mendalam yang telah dibentang dan dipertahankan mengikut standard antarabangsa termasuk penulisan dalam penerbitan berwasit antarabangsa;16
    • 4. Membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks;5. Berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum tentang bidang kepakaran; dan6. Menggalakkan kemajuan teknologi, sosial dan kebudayaan dalam masyarakat berasaskan ilmu dalam konteks akademik dan profesional.Aras-aras ini amat penting diperhatikan. Terdapat sebuah universititerkemuka yang telah menawarkan program sarjana tetapi diakreditasisama taraf dengan sarjana muda semata-mata kerana komptensiyang dihasilkan tidak mencapai aras sarjana. Demikian juga terdapatprogram sarjana muda yang ditawarkan oleh sebuah universiti yangbaik yang tidak mendapat akreditasi aras 6.Pembangunan Kurikulum Apabila membangun kurikulum di UKM, Visi dan MisiUKM mestilah menjadi asas utama. Di samping itu, kurikulum yangdibangunkan dan kaedah penyampaiannya mestilah dapat mencapaiMatamat dan Hasil Pembelajaran Program dan serterusnya matlamatpendidikan UKM. Mari kita perhatikan Visi, Misi, dan MatlamatPendidikan UKM,Visi UKM ialah: UKM bertekad untuk menjadi sebuah universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik, berilmu dan berkepimpinan.Misi UKM pula ialah:Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. 17
    • Visi dan Misi ini menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh melahirkangraduan berilmu, berinovasi, membentuk masyarakat dinamik danmembawa bahasa dan acuan Malaysia ke peringkat antarabangsa.Ini bermakna, pelajar UKM mesti dididik untuk menjadi pemimpin,berkeyakinan diri yang tinggi dan memiliki jati diri yang teguh disamping berilmu yang bermanfaat dan mantap. Bagi membina manusiaseperti ini, kita perlu melihat bukan sahaja pengajaran di kelas, tetapijuga pengalaman pelajar secara menyeluruh seperti yang ditunjukkandalam Gambarajah 1.2. Bahkan kaedah pembelajaran-pengajaran jugaperlu dipelbagaikan bagi membina kemahiran seperti kepemimpinan,keyakinan diri, komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain. Bagi tujuanpembinaan kemahiran insaniah seperti ini, pengalaman pembelajaranyang dilalui oleh setiap pelajar perlu diperkaya sebanyak mungkinsupaya apabila dia menamatkan pengajian, dia menjadi seorangberkeperibadian unggul.Bagi tujuan ini UKM telah menggubal Matlamat Pendidikan yangperlu dihayati oleh semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaanprogram pengajian.Matlamat Pendidikan UKM ialah: Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa.18
    • Gambarajah 1.2 Rekabentuk Kurikulum Melibatkan Pengalaman Pembelajaran MenyeluruhPencapaian pelajar terhadap matlamat pendidikan perlu diukur untukmengetahui pencapaian graduan UKM. Ciri-ciri boleh ukur matlamatini ialah seperti berikut:Domain Ciri Boleh Ukur “Berkeyakinan”1. Memiliki ilmu yang mantap dalam bidang pengajian.2. Mahir dalam bidang ilmu masing-masing.3. Boleh menggunakan dan menyesuaikan ilmu dalam pelbagai suasana/keadaan, peringkat dan budaya (inovatif dan kreatif).4. Berkemahiran menggunakan bahasa kerja antarabangsa/global (bahasa Inggeris). 19
    • Domain Ciri Boleh Ukur “Berkepimpinan”5. Boleh berkomunikasi dan berinteraksi dalam pasukan.6. Mempunyai kepimpinan dan hala tuju dalam konteks fungsi dan peranan masyarakat.7. Boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan bijaksana berdasarkan etika dan nilai sejagat (saksama, adil, lestari dan integriti).Domain Ciri Boleh Ukur “Jati Diri Kebangsaan”8. Beretika dan bermoral tinggi.9. Berkemahiran dan selesa dalam interaksi antara budaya dan agama.10. Bangga dan fasih menggunakan bahasa ibunda.11. Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan negara.Penilaian Pelajar Pencapaian perlu diukur dan dinilai. Pada masa lepas, penilaianpelajar hanya berbentuk pencapaian dalam bidang pengetahuan dankemahiran yang berkaitan dengan kursusnya. Bagi program yangmempunyai lapan Hasil Pembelajaran Program (HPP), pencapaianpelajar dalam kelapan-lapan HPP perlu diukur dan dinilai. Misalnya,peperiksaan akan menguji pencapaian pelajar dalam bidangpengetahuan. Soalan-soalan perlu disediakan untuk menilai pencapaianpelajar sehingga peringkat yang tinggi dalam Taksonomi Bloom.Kemahiran pula boleh diuji melalui projek sebenar, aktiviti klinik dihospital dan sebarang aktiviti yang melibatkan kemahiran. Kaedah dan instrumen penilaian kemahiran-kemahiran lain,terutamanya kemahiran insaniah perlu direkabentuk dengan baik.Di antara instrumen yang biasa digunakan ialah rubrik yang boleh20
    • digunakan untuk menilai pelajar melalui pemerhatian ketika merekamenjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Penilaian pencapaian Hasil Pembelajaran sesuatu kursus bolehdilakukan oleh pensyarah yang berkaitan. Hasil Pembelajaran Programmemerlukan perngumpulan markah penilaian dari semua kursus danaktiviti ko-kurikulum dalam program berkaitan. Jika program tersebutmempunyai 40 kursus dan 10 aktiviti ko-kurikulum, maka markahdari semua kursus dan aktiviti ko-kurikulum perlu dikumpulkan dandinilai. Penilaian pencapaian Matlamat atau Objektif Programmungkin lebih sukar sedikit kerana ia melibatkan pencapaianpelajar selepas mereka menamatkan pengajian. Sesetengah objektifprogram sukar untuk diperhatikan, seperti kebolehan memimpinmasyarakat, yang hanya boleh dilihat selepas beberapa tahun merekaberkecimpung dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, satu kaedahdan mekanisme yang sistematik perlu diwujudkan.Pemilihan pelajar Kemasukan pelajar perlu ditapis supaya mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja diterima. Kelayakan yang dimaksudkanbukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi kemahiran dansikap. Sebagai contoh, pelajar yang ingin mengambil kursus seni binaperlu mahir melukis manakala pelajar yang ingin mengambil kursusperubatan perlu benar-benar berminat untuk menjadi doktor, tidaktakut melihat darah, berani membedah dan sebagainya. Bagi menjaminkualiti pembelajaran-pengajaran, pengambilan pelajar mestilahbersesuaian dengan kemampuan infrastruktur dan tenaga pengajar. 21
    • Staf Akademik Staf akademik adalah amat penting dalam perlaksanaan sesuatuprogram. Ia perlu diwujudkan dari peringkat awal. Nisbah pensyarahkepada pelajar seperti yang ditetapkan oleh badan-badan profesionalatau oleh UNESCO juga perlu dipatuhi. Bidang-bidang ilmu ataukursus-kursus yang akan ditangani oleh pensyarah-pensyarah perlujuga ditentukan.Kemudahan dan Sumber Kemudahan dan sumber untuk melaksanakan program yangingin dijalankan perlu mencukupi bagi perjalanan program berkenaan.Bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kemudahan IT dan keperluan-keperluan lain perlu diadakan. Demikian juga bajet yang mencukupiperlu diadakan.Pengawasan dan Semakan Program Kaedah pengawasan dan semakan program perlu diwujudkan.Di antara perkara yang perlu diadakan bagi tujuan ini ialah: • Mekanisme semakan dan pengawasan program perlaksanaan dan kemajuan pelajar. • Sumber untuk menjalankan semakan dan pengawasan program perlaksanaan dan kemajuan pelajar. • Kaedah untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai punca. • Kaedah mendapatkan maklum balas dari pensyarah dan pelajar secara berkala dan sistematik • Kaedah melibatkan pihak-pihak berkepentingan dalam pengawasan dan semakan program.22
    • Kepimpinan, Tadbir Urus dan Pentadbiran Sesuatu program mesti mempunyai kepimpinan yang jelassupaya semua aktiviti yang berkaitan dengannya dapat dijalankandengan baik. Bagi memastikan kepimpinan berjala dengan baik, tadbirurus yang baik mesti diwujudkan terutama yang berkaitan denganbidang kuasa, ketelusan dan keabsahan. Ketiadaan tadbir urus yangbaik akan menyebabkan timbul pertembungan kuasa dan kesukaranmembuat keputusan. Sesuatu program tidak akan dapat dijalankan dengan baikjika tiada pentadbir yang cekap. Tugas pentadbir bukan sahaja untukurusan pentadbiran sehari-hari tetapi juga bagi pengurusan kualiti.Bagi tujuan ini, satu pengurusan kualiti yang jelas mesti diadakan. Para pentadbir juga perlu mengadakan sistem hubungan denganpihak industri. Perkara ini amat penting terutama untuk memberikanpersepsi yang baik terhadap pelajar-pelajar UKM. Di samping itu,hubungan yang baik akan memudahkan pelajar-pelajar mendapattempat latihan industri dan memudahkan mendapatkan pandanganmereka mengenai program di UKM. Sebagai contoh, sebuah universitidi Denmark yang melaksanakan sistem pembelajaran-pengajaranberasaskan masalah, mempunyai hubungan yang sangat akrab denganpihak industri sehingga mereka mudah mendapatkan kes dan projekuntuk dijadikan bahan pembelajaran.Penambahbaikan Kualiti Berterusan UKM telah mengadakan ISO untuk kualiti pembelajaran-pengajaran di samping sistem jaminan kualiti akademik yang telahditetapkan oleh MQA. Oleh itu, semua program di UKM perlu berpegangkepada kedua-dua bentuk jaminan kualiti tersebut. Berikutan perkaraini, penambahbaikan kualiti berterusan perlu diadakan mengikut 23
    • kitaran atau pusingan satu semester, setahun dan lima tahun sepertiyang ditunjukkan dalam Gambarajah 1.3. Gambarajah 1.3 Pusingan Penambah BaikanPenutupMalaysia sekarang sedang berusaha melahirkan modal insan mindakelas dunia. UKM pula mempunyai visi dan misi untuk membentukmasyarakat dinamik dan memimpin. Ini memerlukan institusipengajian tinggi yang berkualiti yang mampu melahirkan pemimpinbertaraf antarabangsa. Dalam masa yang sama saingan dari luar negaramenjadi amat sengit dan semakin sengit. Oleh itu, semua program diUKM, sama ada yang sedia ada atau yang hendak ditubuhkan mestilahbenar-benar berkualiti sekurang-kurangnya sesuai dengan KerangkaKelayakan Malaysia.24
    • RujukanSharifah Hapsah. 2007. MQF. Bengkel Jaminan Kualiti. UKM Bangi.Bacaan TambahanCode of Practice for Program Accreditation. 2008, MQACode of Practice for Institutional Accreditation. 2008. MQARating for Quality Assurance Report in Public Universities ofMalaysia 25
    • 26
    • BAB 2 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PHB) Wan Hamidon Wan BadaruzzamanPengenalan Di dalam era globalisasi dan ke arah dunia tanpa sempadan,cabaran yang dihadapi oleh para graduan kita kini menjadi lebih sengitdi pasaran kerja di dalam mahupun luar negara. Adakah graduan kitasudah disediakan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi, kemahiranpraktikal dan profesional, kemahiran insaniah serta sikap yang akanmembolehkan mereka menghadapi persaingan tersebut? Adakah kitasudah menyediakan mereka untuk memenuhi keperluan dan tuntutanpihak-pihak yang berkepentingan? Siapakah pihak-pihak yangberkepentingan ini? Di dalam Pendekatan Pembelajaran BerasaskanHasil (PBH), pihak-pihak yang berkepentingan program perludikenalpasti dan pandangan mereka diperolehi dan dipertimbangkandi dalam menggubal Objektif-Objektif Program (jangka panjang)dan Hasil-Hasil Pembelajaran program (jangka pendek). Objektif-Objektif Program (OP) dan Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) programharus dijadikan titik rujukan untuk dihubungkait dan dijejaki kepadakurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran setiap program. Memetik beberapa perenggan daripada Pelan Strategik UKMPerspektif 2006 – 2020: “UKM mesti memastikan program yangdisajikan mampu melahirkan siswazah yang mempunyai daya saingserta kebolehpasaran tinggi yang relevan dan sesuai dengan keperluannegara dan masyarakat ilmu. Perkembangan terkini dalam pembentukankurikulum menuntut usaha tersusun untuk peningkatan kualiti programsecara berterusan melalui pendekatan berasaskan hasil (outcome-based approach). UKM komited dengan kualiti program pengajianyang disajikan pada peringkat prasiswazah dan pasca siswazah. Dalamhubungan ini, pelbagai sistem pengurusan kualiti seperti ISO telahdiperkenalkan. Pada masa yang sama, UKM sudah mengorak langkah 27
    • dengan mengamalkan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)dan langkah jaminan kualiti di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia(MQF). UKM harus bersedia menghadapi cabaran seterusnya apabilakaedah rating dan ranking diperkenalkan dan bersedia sepenuhnyauntuk diaudit dalam proses jaminan kualiti program pengajian. UKMmesti memastikan program yang disajikan mampu melahirkan siswazahyang mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi yang relevandan sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat ilmu.” Bab ini cuba menjelaskan falsafah, konsep, serta kaedahperlaksanaan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) denganlebih terperinci. Ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahamanmengenai PBH di kalangan para pensyarah UKM agar PBH dapatdilaksanakan dengan penuh penghayatan.Keperluan PBH Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) ataupunOutcome-based Education (OBE) kini merupakan satu pendekatanpendidikan yang diamalkan oleh UKM dan semua institusi pengajiantinggi lain di Malaysia dalam semua bidang pengajian. Ini bertepatandengan kehendak yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi,agensi akreditasi pendidikan tempatan dan antarabangsa. Pendekatanini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh KerangkaKelayakan Malaysia (MQF) yang kini di bawah pemantauan AgensiKelayakan Malaysia (MQA). Perkembangan ini telah dipercepatkanlagi dengan perubahan di dalam pendekatan akreditasi oleh badan-badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yangkini mewajibkan pendekatan PBH bagi kesemua program kejuruteraanyang memerlukan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan(EAC). Bagaimanapun, sebab yang lebih penting di sebalik perlaksanaanPBH ialah kerana PBH dapat meningkatkan kualiti pelajar dan graduansecara lebih jelas, sistematik dan menyeluruh. PBH digerakkan hasildaripada keinginan untuk melihat pelajar dan graduan disediakandengan hasil-hasil pembelajaran atau ciri-ciri menyeluruh.28
    • PBH PBH merupakan singkatan kepada Pendekatan PembelajaranBerasaskan Hasil. PBH mengalih fokus daripada input dan proseskepada memberi tumpuan kepada Objektif-Objektif Program (OP) danHasil-Hasil Pembelajaran (HP) Program. Bagaimanapun, kepentinganinput dan proses tidak dinafikan. Melalui PBH, sebarang programpengajian perlu mengambilkira keperluan pihak-pihak berkepentingandalam penggubalan OP serta HP program yang perlu dicapai olehpara pelajar dan graduan. OP pengajian (jangka panjang dan berkaitandengan graduan semasa sudah bekerja) dan HP (jangka pendek danberkaitan dengan pelajar) perlu dikenalpasti dan dijejaki dalamrekabentuk kurikulum program. Struktur pembelajaran, rekabentuk kurikulum, silibus danko-kurikulum kemudiannya direkabentuk secara top-down denganmenjadikan OP dan HP program sebagai titik rujukan. Strukturpembelajaran dan rekabentuk kurikulum dianggap sebagai penyebabdan bukan matlamat akhir. Sekiranya struktur pembelajaran, kurikulumdan ko-kurikulum tidak berjaya membuahkan hasil, maka kedua-duanyaakan dinilai semula. Kaedah penyampaian (delivery) dan pengukuran(assessment) dan penilaian (evaluation) pencapaian objektif-objektifdan hasil-hasil pembelajaran program menjadi amat penting untukmemastikan pencapaian hasil-hasil pembelajaran oleh para pelajar dangraduan. Bahan-bahan bukti yang yang berkaitan perlu ditunjukkanapabila proses akreditasi program dijalankan. Memetik daripada satulaporan Education Department of Western Australia: ‘OBE merupakan satu proses pendidikan yang berasaskan cuba mencapai hasil-hasil pembelajaran spesifik berkaitan dengan pembelajaran individu pelajar. Maka, setelah menentukan apakah perkara-perkara penting yang pelajar/ graduan harus memahami dan boleh lakukan atau sifat-sifat yang perlu ada dalam diri, kedua-dua struktur dan kurikulum direkabentuk untuk mencapai keupayaan atau kualiti-kualiti tersebut. Struktur pendidikan dan kurikulum dianggap sebagai penyebab, bukan matlamat. Sekiranya tidak berkesan, maka ia boleh atau harus difikirkan semula dan diubah’ 29
    • Keseluruhan proses pendidikan dari sudut rekabentuk kurikulum,kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengukuran dan penilaianmesti disusun semula serta dipelbagaikan. Juga penambaikan kualitiberterusan (CQI) program mestilah berasaskan sistem pengurusankualiti yang mantap. PBH akan mempelbagaikan kaedah pengajaranserta penilaian pencapaian mereka menjadikan kaedah dan penilaianbersifat lebih fleksibel.Objektif-Objektif Program (OP) Objektif-Objektif Program (OP) adalah pernyataan-pernyataanyang menyatakan pencapaian yang disasarkan untuk dicapai paragraduan setelah beberapa tahun berada di alam kerjaya. Pernyataan-pernyataan tersebut haruslah digubal melalui proses mendapatkanmaklumbalas daripada pihak-pihak berkepentingan yang melibatkankepentingan universiti, bakal majikan dan industri, pelajar, ibu bapa,kerajaan, penaja dsbnya. OP tidak seharusnya menjadi duplikasikepada Hasil-Hasil Pembelajaran (HP), tetapi OP adalah apa yang kitakehendaki graduan kita capai dalam kerjaya mereka setelah beberapatahun bekerja. Sebagai contoh, katakan setelah menjalankan kajiselidik danmendapatkan maklumbalas daripada bakal majikan dan pihak industri,terdapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu bidang khususberkaitan dengan Kejuruteraan Awam, katakan berkaitan dengan alamsekitar, maka satu OP yang boleh digubal ialah: • Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi Jurutera Awam yang memberi kepentingan terhadap alam sekitar dan pembangunan lestari. OP di atas telah mengambilkira satu pandangan potensi majikandan industri yang dieksploitasikan oleh program kerana terdapatpermintaan yang tinggi terhadap graduan sedemikian yang mungkintidak diambilkira oleh program Kejuruteraan Awam yang lain diMalaysia. Maknanya graduan kita mempunyai satu nic tersendiri.Begitu juga, dari sudut kesesuaian dengan UKM sebagai sebuahuniversiti penyelidikan, mungkin OP yang sesuai adalah seperti berikutpula:30
    • • Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi Jurutera Awam mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan samaada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing. Begitulah seterusnya, OP perlu digubal agar bersesuaian denganpermintaan pihak-pihak berkepentingan (tetapi tidak semestinyamemenuhi kehendak semua). Bagaimana pula untuk mencerminkanvisi dan misi UKM dalam objektif program? OP hendaklahkonsisten dengan visi dan misi UKM sebagai sebuah universiti yangmemartabatkan Bahasa Melayu contohnya. Pencapaian OP harus bolehdiukur dan dinilai secara berkala serta mesti diwar-war dan disebar-luaskan. Kemungkinan, sesuatu program akan mempunyai 4 atau 5atau kurang atau lebih OP. Sebagai contoh, OP bagi program Kejuruteraan Awam & Struktur,Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yang disasarkan untukdicapai graduan stelah beberapa tahun berada di alam kerjaya adalahseperti berikut:OP1: Seorang jurutera yang membina kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Struktur.OP2: Seorang jurutera yang mencapai tahap jurutera profesional di bawah Lembaga Jurutera Malaysia dan mengekalkannya.OP3: Seorang jurutera yang meneruskan pembelajaran sepanjang hayat, mendapatkan ilmu pengetahuan lanjutan dan kecemerlangan di dalam kerjaya.OP4: Seorang jurutera yang mampu untuk maju ke suasana kerja peringkat serantau dan antarabangsa.Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) Hasil-hasil Pembelajaran (HP) adalah pernyataan-pernyataanmengenai ilmu pengetahuan (IP) (knowledge), kemahiran praktikal danprofesional (KPP) (practical and professional skills) dan kemahiraninsaniah (KI/KG) (human/soft skills) yang disasarkan untuk dicapaipelajar semasa berada di universiti daripada mula sehinggalah tamat 31
    • pengajian. HP harus menyumbang kepada pencapaian OP, dan jelasditerapkan di dalam struktur pembelajaran dan kurikulum. Pencapaianhasil-hasil pembelajaran mesti dibuktikan sebelum dan pada masagraduan menerima ijazah. Terdapat lapan ciri graduan atau HP didalam KKM yang mesti dimasukkan ke dalam semua kursus sesuatuprogram pengajian. Lapan domain tersebut adalah: 1. Ilmu pengetahuan (domain IP). 2. Kemahiran praktikal atau psikomotor (domain KPP). 3. Kaedah saintifik, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan membuat keputusan (domain KI/KG). 4. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimipinan dan kerja berkumpulan (domain KI/KG). 5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (domain KI/KG). 6. Ciri-ciri keperibadian, etika, nilai-nilai sejagat dan profesionalisme (domain KI/KG). 7. Tanggungjawab sosial dan kebertanggungjawapan (domain KI/KG). 8. Pengurusan dan keusahawanan (domain KI/KG). Gambarajah 2.1 menunjukkan keperluan Kerangka KelayakanMalaysia (KKM) yang merangkumi kesemua domain HP. Semuadomain HP tersebut menjadi asas kepada pembinaan HP programuntuk setiap program pengajian di UKM. Kementerian PengajianTinggi (KPT) Malaysia juga cuba untuk memperkukuhkan lagi sudutKemahiran Insaniah (KI) dengan menyenaraikan KI yang perluditerapkan dalam diri pelajar di universiti. UKM telah mengubahsuaiKI tersebut dan menamakannya sebagai Kompetensi Generik (KG).Secara asas, KI dan KG merupakan kemahiran insaniah yang perlu adadalam diri pelajar yang perlu diberi penekanan semasa di universiti.Seperti yang dinyatakan KI atau KG sudah sedia terkandung di dalamdomain KKM. UKM telah mengembangkan 6 domain KI daripadaKKM (domain 3 – 8) menjadi 13 domain KG.32
    • Gambarajah 2.1: Domain HP KKMTiga belas KG yang ditetapkan oleh UKM ialah: KG1: Tanggungjawab Sosial. KG2: Menghargai Alam Sekitar. KG3: Etika, Moral dan Profesionalisme. KG4: Kerohanian. KG5: Komunikasi. KG6: Kepimpinan. KG7: Kerja Berpasukan. KG8: Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi dalam Pembuatan Keputusan. KG9: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. KG10: Pembelajaran Sepanjang Hayat. KG11: Kemahiran Globalisasi. KG12: Kemahiran Keusahawanan. KG13: Kemahiran Pengurusan. 33
    • Seperti OP, pernyataan-pernyataan HP program haruslah digubalmelalui proses perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yangmelibatkan universiti sendiri, bakal majikan dan industri, pelajar,ibu bapa, kerajaan, penaja dsbnya. HP harus diwar-warkan, disebar-luaskan dan konsisten dengan OP. Pencapaian HP harus diukur dandinilai secara terus dan berkala dengan penglibatan pihak-pihakberkepentingan dalaman (para pensyarah dll) dan luaran (industri,majikan dll). Kurikulum dan proses berkaitan dengan pencapaianobjektif mestilah diadakan. Sistem penilaian berterusan yang dapatmenunjukkan pencapaian HP serta penggunaan keputusan untukpenambahbaikan program harus diwujudkan. Berbanding dengan OP(yang banyak bergantung kepada pengukuran secara tidak langsung(indirect assessments), pencapaian HP oleh pelajar mestilah diukursecara terus (direct method of assessments). Bagi program-program bidang profesional seperti Kejuruteraan,keperluan yang disyaratkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)melalui Manual Akreditasi Program Kejuruteraan, Majlis AkreditasiKejuruteraan (EAC) (yang telah disediakan oleh kumpulan kerjayang dianggotai kesemuanya oleh ahli Fakulti Kejuruteraan &Alam Bina dipengerusikan oleh penulis sendiri), HP program mestimengambilkira 10 ciri-ciri yang mesti dicapai oleh para pelajar semuaprogram kejuruteraan di Malaysia. Petikan daripada Manual tersebutadalah seperti di bawah:34
    • ‘Students of an engineering programme are expected to attain thefollowing:(i) ability to acquire and apply knowledge of science and engineering fundamentals;(ii) acquired in-depth technical competence in a specific engineering discipline;(iii) ability to undertake problem identification, formulation and solution;(iv) ability to utilise systems approach to design and evaluate operational performance;(v) understanding of the principles of design for sustainable development;(vi) understanding of professional and ethical responsibilities and commitment to them;(vii) ability to communicate effectively, not only with engineers but also with the community at large;(viii) ability to function effectively as an individual and in a group with the capacity to be a leader or manager ;(ix) understanding of the social, cultural, global and environmental responsibilities of a professional engineer; and(x) recognising the need to undertake life-long learning, and possessing/acquiring the capacity to do so.’ 35
    • Jadual 2.1 memberikan contoh HP bagi program KejuruteraanAwam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yangdisasarkan untuk dicapai pelajar.Jadual 2.1: Contoh HP Program Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM KOMPONEN ILMU PENGETAHUAN DOMAIN HP1 Berkebolehan untuk mendapat dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam matematik, sains dan kejuruteraan menjurus kepada kompetensi teknikal mendalam dalam bidang Kejuruteraan Awam & Struktur. HP2 Berkebolehan untuk mengenal pasti masalah kejuruteraan, mendapatkan penyelesaian dan jawapan bagi masalah ILMU tersebut. PENGETAHUAN HP3 Berkebolehan untuk merekabentuk projek Kejuruteraan Awam & Struktur mengambilkira kekangan yang realistik seperti ekonomi, alam sekitar, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian. HP4 Memahami tanggungjawab dan komitmen profesional dan etika. HP10 Berkebolehan untuk mengambilkira unsur-unsur pengurusan projek pembinaan, pengurusan aset, polisi awam, pentadbiran, perniagaan dan keusahawanan. KEMAHIRAN DAN CIRI-CIRI LAIN HP5 Berkebolehan untuk merekabentuk dan menjalankan ujikaji dan juga menganalisa serta mengintreptasi data. KEMAHIRAN HP6 Berkebolehan untuk menggunakan teknik, kemahiran PRAKTIKAL & dan alatan moden kejuruteraan yang perlu bagi amalan PROFESIONAL kejuruteraan. HP7 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif, bukan sahaja dengan jurutera tetapi juga dengan masyarakat umum. HP8 Berkebolehan untuk berfungsi secara efektif sebagai individu dan juga dalam kumpulan dengan kemampuan KEMAHIRAN untuk menjadi pemimpin atau pengurus serta menjadi INSANIAH anggota kumpulan yang efektif. HP9 Mengetahui keperluan untuk menjalani pembelajaran berterusan, dan mempunyai kemampuan/cuba mendapatkan kebolehan tersebut. Dapat diperhatikan daripada senarai HP di atas, program initelah memenuhi domain KKM, KPT, UKM dan Lembaga JuruteraMalaysia.36
    • Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)HPK adalah pernyataan tentang kebolehan atau apa yang bolehdilakukan oleh pelajar semasa dan setelah menjalani kursus yang akanmembantu pencapaian HP yang berkaitan. Pernyataan-pernyataan iniadalah lebih spesifik dan berkaitan dengan kandungan kursus.Hubungan UmumSecara umum, OP merupakan titik fokus yang perlu disokong olehpelbagai aspek penting universiti. Gambarajah 2.2 menunjukkanhubungan umum tersebut.Gambarajah 2.2: Hubungan Umum OP kepada aspek-aspek penting universiti.Pemetaan dan Penjejakan OP dan HP dalam Kurikulum danProses Pengajaran dan Pembelajaran Gambarajah 2.3 menunjukkan perkaitan di antara OP, HP, Hasil-Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) dengan kurikulum dan kaedahpembelajaran dan pengajaran. 37
    • Gambarajah 2.3: Hirarki Keperluan Pihak-Pihak Berkepentingan, OP, HP, Rekabentuk Kurikulum dan HPK Gambarajah 2.3 menunjukkan dapat dilihat hirarki dan perkaitanOP, HP kepada kurikulum dan HPK. Setiap program perlu memetakanHP kepada OP, manakala setiap kursus pula perlu dipetakan kepada HPmelalui pemetaan HPK kepada HP. Dengan itu, program akan dapatdigerakkan secara lebih tersusun ke arah OBE dengan penglibatansemua pensyarah. Harus diingat, bab ini hanya memfokuskan kepadasumbangan proses pembelajaran dan pengajaran rasmi di Fakultikepada OBE. Peranan di kolej-kolej kediaman dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang juga penting tidak termasuk dalam cakupan bab ini.38
    • Penambahbaikan Berterusan (CQI) Suasana pembelajaran perlu sentiasa menitikberatkanpenambahbaikan kualiti berterusan (Continual Quality Improvement(CQI)). Melalui perlaksanaan PBH, adalah diharapkan unsur-unsurpenambahbaikan kualiti secara berterusan akan menjadi satu budayadi UKM. Di setiap peringkat, CQI mesti dilaksanakan, daripadapembentukan objektif-objektif dan hasil-hasil pembelajaran, rekabentukkurikulum sehinggalah kepada perlaksanaan dan pengimplementasianprogram. CQI boleh berlaku dalam ’kitaran dalam’ ataupun ’kitaranluar’. Kesemua kitaran yang masih ’terbuka’ harus ’ditutup’ (closingthe loop). Di sinilah terletaknya kepentingan mewujudkan satu sistemPengurusan Kualiti yang mantap.Kesimpulan Bab ini telah memberikan penjelasan mengenai konsep asas danfalsafah pendekatan pembelajaran berasaskan hasil (PBH). Kepentinganmenggubal Objektif-Objektif Pembelajaran (OP) program, Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) program dan Hasil-Hasil PembelajaranKursus (HPK) telah ditekankan. Bab ini diharap dapat membantu parapensyarah meningkatkan kefahaman dan seterusnya dapat menerapkanPBH di dalam kursus masing-masing secara lebih bermakna. Bagipara pentadbir pula, kepentingan mewujudkan satu Sistem PengurusanKualiti yang mantap harus difahami dan dilaksanakan.BibliografiAbet, 2003. Presentation Materials. 2nd ABET International Faculty Workshop on Continuous Program Improvement held at the National University Singapore (NUS).Abet Website, 2009. http://www.abet.orgAndersen, A., 2003. Preparing Engineering Students to work in a Global Environment to Co-operate, to Communicate and to Compete. Proceeding of the International Conference on the Global Engineer: Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 252 – 257. 39
    • Basri, H., Che Man, A.B., Wan Badaruzzaman, W.H and Nor, M.J.M., 2004. Malaysia and the Washington Accord: What it takes for Full Membership. International Journal of Engineering and Technology, Vol. 1, No. 1, 2004, pp. 64 – 73.Engineering Board for Engineering and Technology (ABET), Inc., 2009. Criteria for Accrediting Engineering Programs.Felder, R.M. and Brent, R., 2003. Designing and Teaching Courses to Satisfy the ABET Engineering Criteria, J.Eng.Education.Fletcher, L.S., Brisk, M. and Chan, A., 2008. Engineering Education Assessment Procedures: Meeting Washington Accord Standards. EAC Workshop for IHLs.Hassan Basri, Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dan Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, 2004. Efforts towards Outcome-Based Approach in Engineering Education. Supplementary Accreditation Document Submitted to the Engineering Accreditation Council, Board of Engineers Malaysia.Hodel, H., 2003. Experience with Holistis Engineering Education. Proceeding of the International Conference on the Global Engineer: Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 218 – 224.Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), 2002. Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA.Lembaga Jurutera Malaysia, 2006. Engineering Programme Accreditation (EAC) Manual.Shakhgildian, V.V. and Fomin, N.N., 2003. Formation of the Global Engineers: Necessary Conditions, Possibilities, Advantages and Drawbacks for Russia, Proceeding of the International Conference on The Global Engineer: Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 299 - 301.Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin, 2005. Bahan-Bahan Pembentangan MQF. Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006. Pelan Strategik UKM Perspektif 2006 – 2020.40
    • Wan Hamidon Wan Badaruzzaman and Megat Johari Megat Mohd Noor, 2009. Academic Excellence with Focus on Sustainable Development. Keynote Address, Fifth National Conference Civil Engineering AWAM’09.Washington Accord Website, 2009. http://www.washingtonaccord.orgWashington Accord BEM’s Reviewers (2008). Report of the July and Nov 2008 Washington Accord New Application Review Team Visit to the Engineering Accreditation Council (EAC) Malaysia.Willis, S. and Kissane, B., 1995. Outcome-based Education - A Review of the Literature. Prepared for the Education Department of Western Australia. 41
    • 42
    • BAB 3 Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus Rosadah Abdul MajidPengenalan Apabila seseorang pelajar mendaftar untuk mengikuti sesuatukursus, dia berharap untuk memperolehi ilmu pengetahuan berkaitandengan kursus yang diikutinya. Apa yang diharap untuk diperolehioleh seseorang pelajar setelah mengikuti sesuatu kursus dikenalisebagai hasil pembelajaran kursus. Hasil pembelajaran kursus bolehdibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga kategori iaitu; ilmupengetahuan yang melibatkan kapasiti mental, kemahiran yangmelibatkan kapasiti fizikal, dan sikap yang melibatkan kapasiti emosiatau perasaan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pengajar untukmerancang pengendalian kursusnya agar berjaya mencapai hasilpembelajaran kursus tersebut merentasi ketiga-tiga kategori hasilpembelajaran itu. Perancangan kursus juga perlu memberi perhatianagar hasil pembelajaran kursus terbabit berjaya menyumbang mencapaihasil pembelajaran program pengajian yang diikuti. Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dengan jelas agarpengajar dan pelajar tahu dan sedar tentang fokus atau tumpuan kursusyang diikuti. Hasil pembelajaran kursus biasanya dinyatakan dalambentuk tingkah laku pelajar yang boleh diperhatikan. Ini merupakanbukti bahawa pembelajaran telah berlaku, atau dengan kata lain kursusterbabit telah dikendalikan dengan berkesan. Turut dijadikan ukuranpembelajaran seseorang pelajar dari kursus yang diikuti ialah produkyang telah dihasilkan kesan daripada ilmu, kemahiran serta sikap yangsesuai yang telah diperolehi kesan dari mengikuti kursus berkenaan.Domain Pembelajaran Pengajar perlu memikirkan hasil pembelajaran kursusmerentasi domain-domain pembelajaran pelajar. Kita menekan 43
    • kepada domain pembelajaran pelajar dan bukan domain pengajaran.Ini kerana pengendalian kursus perlu difikirkan dan dirancang dalamkonteks pelajar, iaitu yang berfokus kepada pembelajaran mereka.Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dalam bentuk tingkahlaku pelajar dan tidak dalam tingkah laku pengajar. Hasil pembelajarankursus juga boleh dilihat sebagai objektif pembelajaran. Ini merujukkepada bagaimana pelajar diharap akan memperolehi hasil dariproses pembelajaran yang mereka lalui dengan mengikuti kursusterbabit. Taksonomi Pembelajaran Bloom (1956) menstrukturkan hasilpembelajaran kepada satu kerangka yang mengambilkira beberapadomain pembelajaran iaitu; domain kognitif, domain afektif, dandomain psikomotor (lihat jadual 3.1). Kerangka domain pembelajaranyang telah dicadangkan oleh Bloom membantu pengajar menganalisisserta menilai objektif pembelajaran yang dibina. Ia juga membantupengajar membangunkan kriteria tertentu dalam menentukan tahappenguasaan sesuatu pembelajaran (Simon 2000). Ini merujuk kepadatahap-tahap penguasaan hasil pembelajaran merentasi ketiga-tigadomain pembelajaran. Jadual 3.2 mempamerkan perincian tingkahlaku pembelajaran merentasi domain kognitif berserta contoh aktivitidan kata kunci yang menggambarkan aktiviti pembelajaran dalamdomain tersebut. Domain kognitif merujuk kepada pencapaian hasilpembelajaran dalam aspek kemampuan mental pelajar.Jadual 3.1: Tahap serta Domain Pengajaran dan PembelajaranTahap Kognitif Afektif Psikomotor Pengetahuan Sikap Kemahiran1 Mengingat Fakta / Data Penerimaan Mengikut (meniru) (kesedaran)2 Memahami Respon (reaksi) Manipukasi (mengikut arahan)3 Aplikasi (guna) Menilai (memahami Membina ketepatan dan bertindak)44
    • 4 Analisis (kepada struktur Mengurus sistem Penyampaian / atau unsur) nilai peribadi artikulasi (menggabung, mengintegrasi kemahiran berkaitan)5 Sintesis (mencipta/ Menghayati sistem Semulajadi (secara membina) nilai (selaras nilai spontan, sebagai pakar) dengan tingkah laku)6 Menilai (menaksir, menghakimi dalam terma yang sesuai)Jadual 3.2: Domain kognitifTahap Kategori Huraian Tingkah Contoh aktiviti Kata kunci atau Tahap laku yang boleh (kata kerja yang dilatih, atau menghuraikan penunjuk bukti aktiviti yang akan pencapaian hasil dilatih dan tingkah pembelajaran laku yang akan yang boleh diukur pada setiap diukur. tahap)1 Pengetahuan Mengingat Ujian objektif, melabel atau mengecam mengira fakta, mengingat maklumat mengingat proses, mengenalpasti peraturan, definisi, menyusun menyebut prosedur mendefinisi atau peraturan menghurai mengecam menghasilkan semula memilih, menyebut2. Pemahaman Memahami makna, Menerangkan menerangkan menyebut semula atau menterjemah mengkritik fakta dalam makna dari senario mengklasifikasi perkataan sendiri, atau penyataan memaparkan menterjemah, yang diberikan, merumus memanjangkan, mencadangkan menterjemah rawatan, reaksi, melapor atau penyelesaian berbincang masalah, membina menulis semula contoh atau menganggar metafora. menginterpretasi mengkonsepsi memparafrasa merujuk memberi contoh 45
    • 3 Aplikasi Menggunakan atau Menggunakan menggunakan mengaplikasi ilmu, teori secara praktis, mengaplikasi menggunakan teori menunjukkan, mengurus dalam amalan, menyelesaikan menyelesai Menggunakan masalah, mengurus menghasilkan ilmu apabila aktiviti mengimplimentasi respon kepada membentuk situasi sebenar mengubah menyediakan menjalankan menunjukkan reaksi memainkan peranan4. Analisis Menginterpretasi; Mengenalpasti unsur-unsur, bahagian khusus prinsip-prinsip dari serta fungsi sesuatu struktur susunan, proses atau konsep, pembinaan, membubarkan perkaitan; kaedah atau proses, kualiti serta menilai elemen kebolehpercayaan secara kualitatif, setiap komponen. hubungan, nilai dan kesan; mengukur keperluan.5. Sintesis Membangunkan Membangunkan membangunkan struktur, perancangan merancang sistem, models, atau prosedur, membina pendekatan, dan merekabentuk mencipta idea baharu yang penyelesaian, merekabentuk unik, pemikiran mengintegrasi mengurus kreatif, dan pelbagai kaedah, mengkaji semula pengoperasian sumber, idea, dan memformulasi bahagian-bahagian; mengusul menghasilkan tema menetapkan atau pendekatan memasang baharu, menulis mengintegrasikan perancangan menyusun semula alternatif. mengubah46
    • 6. Penilaian Menaksir Mengkaji semula mengkaji semula keberkesanan pilihan strategik justifikasi konsep atau perancangan menaksir keseluruhan, dalam aspek membentangkan yang dikaitkan keberkesanan, kes membela dengan nilai, hasil, pulangan kepada melaporkan keberkesanan, pelaburan atau kos menyelidik kebolehlaksanaan, efektif, praktikaliti, mengarah pemikiran kritis, menaksir menilai membandingkan kelestarian, berhujah dan mengkaji melaksanakan mengurus projek semula secara analisis SWOT strategik, yang dikaitkan mengadili dengan pelbagai berpandukan alternatif; kriteria luaran. menghasilkan justifikasi kepada cadangan atau tindakan berani, menghitung kesan daripada cadangan atau strategi; melaksanakan satu penghitungan analisis risiko berserta cadangan dan justifikasi.Seterusnya, Jadual 3.3 memberi perincian tingkah laku pembelajaranmerentasi domain afektif berserta contoh aktiviti dan kata kunci yangmenggambarkan aktiviti pembelajaran. Domain afektif merujukkepada pencapaian domain hasil pembelajaran yang meliputi sikapserta nilai pelajar. 47
    • Jadual 3.3: Domain AfektifTahap Kategori atau Huraian Contoh aktiviti Kata kunci Tahap Tingkah laku yang boleh (kata kerja yang dilatih, atau menghuraikan penunjuk bukti aktiviti yang akan pencapaian hasil dilatih dan tingkah pembelajaran laku yang akan yang boleh diukur pada setiap diukur. tahap)1. Penerimaan Sedia untuk Memberi Bertanya mencuba, sedia perhatian kepada mendengar, untuk mendengar guru atau memberi perhatian, pelatih, berminat memberi tumpuan, dalam sesi atau mengambil pengalaman bahagian, pembelajaran, berbincang, mengambil nota, memperaku, hadir ke kelas, mendengar, memberi masa menerima, kekal, untuk belajar, mengikuti, mengambil membaca, bahagian secara melakukan, merasa. pasif.2 Respon Bertindak balas Mengambil bertindak balas, dan mengambil bahagian secara respon, mencari bahagian secara aktif dalam penerangan, aktif perbincangan menginterpretasi, kumpulan, dalam menerangkan, aktiviti, berminat memberikan dalam hasil, rujukan atau contoh bersemangat lain, menyumbang, untuk bertindak, menyoal, hadir, menyoal dan merujuk, menjadi meransang idea, gembira, membantu mencadangkan kumpulan, menulis, takrifan. melaksanakan tugas.48
    • 3. Nilai Memberi nilai Membuat Berhujah, mencabar, dan menyatakan keputusan berdebat, menolak pandangan tentang pandangan, peribadi. kepentingan konfran, justifikasi, serta kesesuaian memujuk, sesuatu idea atau mengkritik. pengalaman, menerima dan komited kepada sesuatu pendirian atau tindakan.4. Mengurus atau Meleraikan Menghurai dan Membangunkan, mengkonsepsi konflik dalaman, mengumpul membina, nilai. membangunkan pandangan memformulasi, sistem nilai peribadi, membela, kendiri. menyatakan mengubahsuai, pendirian, alasan, mengaitkan, dan kepercayaan mengutamakan, peribadi. meleraikan, membezakan, menyusun, membandingkan5. Menghayati atau Berpegang Berpandukan Bertindak, membudayakan kepada sistem keyakinan mempamerkan, nilai kepercayaan dan kendiri, bertindak mempengaruhi, falsafah kendiri. konsisten dengan menyelesaikan, nilai peribadi. mengamalkan.Berikut ialah perincian tingkah laku pembelajaran merentasidomain psikomotor berserta contoh aktiviti dan kata kunci yangmenggambarkan aktiviti pembelajaran. Domain psikomotor merujukkepada pencapaian hasil pembelajaran yang bersifat kemahiran danaktiviti fizikal yang boleh dilaksanakan oleh pelajar. 49
    • Jadual 3.4: Domain PsikomotorTahap Kategori atau Huraian Contoh aktiviti Kata kunci Tahap Tingkah laku yang boleh (kata kerja yang dilatih, atau menghuraikan aktiviti penunjuk bukti yang akan dilatih dan pencapaian hasil tingkah laku yang akan pembelajaran diukur pada setiap tahap) yang boleh diukur.1 Imitasi Meniru Melihat guru Meniru, mengikut, tindakan atau pelatih dan menghasilkan semula, orang lain, mengulangi mengulangi, mengamalkan memerhati dan tindakan , proses (adhere) menghasilkan atau aktiviti. semula- replikasi2 Manipulasi Menghasilkan Melakukan Mencipta semula, aktiviti dari tugasan daripada membina, melaksanakan, arahan atau arahan bertulis mengimplementasikan. ingatan. atau arahan lisan.3 Kejituan Menunjukkan Melaksanakan Menunjuk cara, kemahiran sesuatu tugas atau menyelesaikan, perlaksanaan aktiviti dengan menunjukkan, tepat, yang tepat kepakaran dan mengkalibrasi, mengawal. secara kendiri berkualiti tanpa tanpa bantuan. bantuan atau arahan, berupaya menunjukkan aktiviti kepada pelajar-pelajar lain.4 Penyampaian / Mengadaptasi Mengaitkan dan Membangunkan, artikulasi dan menggabungkan menyelesaikan, mengintegrasi aktiviti yang menggabungkan, kepakaran berkaitan untuk mengkordinasi, untuk membangunkan mengintegrasi, memenuhi kaedah-kaedah mengadaptasi, objektif bagi memenuhi membangunkan, kepakaran keperluan unik memformulasi, yang (novel) yang mengubahsuai, menguasai. terpiawai. pelbagai.50
    • 5 Semulajadi Secara Mendefinisikan Merekabentuk, (Naturalization) otomatik, matlamat, menentukan, mengurus, menguasai pendekatan dan mencipta, mengurus aktiviti dan strategi dalam projek. kemahiran- aktiviti-aktiviti kemahiran bagi mencapai pada sesuatu matlamat. peringkat- peringkat yang strategik secara spontan.Sumbangan Hasil Pembelajaran Kursus kepada HasilPembelajaran Program Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang diikuti perlumenyumbang kepada pencapaian Hasil Pembelajaran Programpengajian (HPP atau PO). Hasil pembelajaran kursus dilihat sebagaimatlamat terdekat yang perlu dicapai setelah pelajar mengikutikursus berkenaan. Hasil-hasil pembelajaran kursus secara kolektifakan menjurus kepada pencapaian matlamat jangka panjang iaituhasil pembelajaran program. Hasil Pembelajaran Program merujukkepada ciri serta kemampuan pelajar setelah selesai mengikuti semuakursus yang terdapat dalam pakej program pengajian yang disediakan.Selalunya dalam merancang silibus kursus, kita akan memulakandengan hasil pembelajaran program dan seterusnya menyenaraikanhasil pembelajaran kursus yang perlu bagi mencapai hasil pembelajaranprogram berkenaan (rujuk Jadual 3.5). Hasil Pembelajaran Program(HPP) juga boleh dilihat sebagai tema-tema pembelajaran yang perludikuasai dalam sesuatu program pengajian. Kita perlu menentukandomain pembelajaran yang hendak dicapai serta tahap yang hendakdicapai. 51
    • Jadual 3.5: Padanan Hasil Pembelajaran Program dengan HasilPembelajaran KursusHasil Pembelajaran Kursus Hasil Pembelajaran KursusProgram (HPP) (HPK)Tahun I Kod Kursus: 1. (Domain Kognitif GGGB 1033 Tahap 2Tema : Kefahaman)Ciri dan etiologi Tajuk Kursus:pelajar Khas Perkembangan dan Ciri HPK (Kognitif): Pelajar Pendidikan Khas Pelajar menghuraikanHPP: Pelajar punca-punca yangmengetahui jenis- menyebabkan ciri-cirijenis kecacatan serta keistimewaan padapunca-puncanya dan pelajar-pelajar khas.membangunkan rasakeghairahan (passion) 2. (Domain Afektifuntuk mengajar kanak- Tahap 4 Menguruskanak tersebut. dan Mengkonsepsi Nilai) HPK (Afektif) Pelajar membahaskan nilai kasih sayang dan empati terhadap kanak- kanak khasSecara konsepnya Gambarajah 3.1 berikut menggambarkan kedudukanHasil Pembelajaran Kursus (HPK) dalam konteks hubungannyadengan Hasil Pembelajaran Program (HPP), HPP di bentuk bertitiktolak dari ciri-ciri graduan yang ideal khusus bagi sesuatu programpengajian. HPK yang ditentukan akan mencorakkan perancanganaktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HPK tersebut.Selain itu, HPK turut mencorakkan bentuk penaksiran bagi kursusberkenaan.52
    • Gambarajah 3.1: Pemetaan Hasil Pembelajaran dalam StrukturPengajian Ciri-ciri Ideal Graduan Hasil Pembelajaran Program (HPP) Struktur Program Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) Pengajaran dan Penaksiran KursusContoh Penyataan Hasil Pembelajaran KursusBerikut adalah bukan penyataan yang boleh dikategorikan sebagaihasil pembelajaran kursus:Contoh-contoh Penyataan yang tidak boleh dikategorikan sebagaiHasil Pembelajaran Kursus (HPK) Objektif Kursus ini adalah untuk: 1. Menyediakan pandangan yang luas tentang isu-isu berkaitan dengan pendidikan khas. 2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang konsep dan aplikasi pengurusan tingkah laku. 3. Membiasakan pelajar dengan konsep-konsep serta terminologi berkaitan dengan pendidikan khas. 4. Mendedahkan pelajar-pelajar kepada aplikasi pengajaran untuk kanak-kanak khas. 53
    • Contoh: Perbandingan Penyataan dalam Amalan lama dengan Amalanbaru. Program Lama Program BaruPenyataan Memahami ciri-ciri Menggunakan bahan-bahanHasil teknikal bahan-bahan sebagai pereka dalaman.Pembelajaran tertentuPengajaran Perkuliahan Menghasilkan “ Panduan Pengguna”Penaksiran Peperiksaan • Panduan Pengguna • Kajian kesRumusan Semua hasil pembelajaran kursus secara kolektif menyumbangkepada pencapaian hasil pembelajaran program pengajian. Hasilpembelajaran program pengajian pula perlu menepati domain hasilpembelajaran menurut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Lapandomain HP dalam KKM tersebut meliputi perkara-perkara berikut: 1. Pengetahuan ilmu bidang (Knowledge) 2. Kemahiran praktikal (Psychomotor, Practical, Technical Skills) 3. Kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial (Social Skills & Responsibility) 4. Nilai, sikap dan profesionalisme (Professionalism, Values, Attitudes, Behaviour & Ethics) 5. Komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan (Communication Skills) 6. Penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik (Critical Thinking & Scientific Approach) 7. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (Management of Information & Life Long Learning) 8. Kemahiran mengurus dan keusahawanan (Managerial & Entrepreneurial Skills)54
    • Pendekatan pengendalian kursus dahulu yang menekankankepada tingkah laku pengajar kini telah berubah kepada paradigmayang menekankan kepada tingkah laku pelajar. Justeru tenaga pengajarperlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek yang dititikberatkandalam paradigma baharu ini agar pembelajaran menjadi lebih berkesanuntuk mencapai kehendak keperluan KKM.Bacaan TambahanBiggs, J. B. & Tang, C. 2007. Teaching for Quality Learning atUniversity. Open University Press/Mc Graw-Hill Education.Ramsden, P. 1992 Learning to Teach in Higher Education. London:Routledge.Simon, N. 2000. Managing the CI department: Cognition andperformance. Competitive Intelligence Magazine, 3, 53-56. 55
    • 56
    • BAB 4 Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar Ab. Halim TamuriPendahuluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) telah diperkenalkansebagai salah satu usaha penting Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) untuk melahirkan graduan yang mempunyai kesepaduan dankeseimbangan serta cemerlang dalam semua bidang kehidupan. Salahsatu komponen yang paling penting ialah penggubalan kurikulumpengajian tinggi yang berteraskan kepada proses pengajaran danpembelajaran yang berkesan dan sistematik. KKM yang digubal iniadalah satu penanda aras yang telah dibina dengan merujuk kepadaamalan antarabangsa. Fokus utama ialah penentuan tahap pembelajaran,hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan kepada bebananpembelajaran pelajar. Penentuan jam pembelajaran pelajar merupakansalah satu proses utama kepada kejayaan pelaksanaan KKM dan ianyaberbeza dengan penentuan jam kredit yang digunakan selama ini disemua institusi pengajian tinggi.Isu Pembelajaran Pelajar IPT Jam pembelajaran pelajar adalah teras kepada dua perkarautama dalam KKM iaitu hasil pembelajaran dan juga penetapan kredit.Jam pembelajaran pelajar bermaksud beban sebenar pembelajaranpelajar yang mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasukjuga persediaan material dan pencarian maklumat di internet.Beban pembelajaran pelajar kini dinilai sebagai aspek utama dalampembelajaran sebagai satu ukuran kualitatif termasuklah kuliah, tutorial,praktikal, seminar, pembelajaran kendiri, pencarian maklumat, kerjalapangan, penyelidikan, termasuk juga persediaan dan mendudukipeperiksaan. Ianya tidak hanya merujuk kepada jam pertemuanrasmi dengan pensyarah atau tutor seperti yang sering diamalkan 57
    • sebelum ini. Kesemua aktiviti pelajar dalam proses pengajaran danpembelajaran diambil kira dalam menentukan hasil pembelajarandan juga menentapkan jumlah jam kredit bagi setiap kursus yangditawarkan kepada pelajar. Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan proses pengajarandan pembelajaran di IPT masa kini antaranya adalah berkaitan denganpersoalan pembelajaran pelajar. Sebagai contoh, terdapat pelajaryang menghadapi masalah untuk menamatkan pengajian merekadalam tempoh yang ditetapkan. Isu ini berlaku mungkin disebabkanpembahagian jam pembelajaran yang tidak sistematik, kelemahanuntuk mengawal dan menetapkan masa untuk pengajian mereka, dantidak memahami jumlah masa yang diperlukan untuk memahamibeberapa aspek dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga prosespengajaran dan pembelajaran yang masih berpusatkan kepada gurusahaja. Jika merujuk kepada sistem yang diguna pakai sebelum ini,sistem pengajian yang ada pada masa kini masih sangat bergantungkepada pendekatan berpusatkan guru. Peranan pelajar juga tidak jelaskerana penjelasan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran lebihtertumpu kepada tugas pensyarah dalam melaksanakan pengajaran didalam bilik kuliah. Penentuan sesuatu kredit hanya dibina berasaskankepada pertemuan pensyarah dalam seminggu dengan pelajarsebagai contoh, 1 jam kuliah atau 2 jam tutorial diberi nilai 1 kredit.Keadaan ini tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang tugasdan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar untukmemenuhi keperluan sesuatu kursus. Malah, masa keperluan sebenaryang patut diberikan oleh pelajar untuk mendalami sesuatu topik yangpenting juga tidak dijelaskan. Apa yang berlaku juga menunjukkanpelajar terlalu terikat kepada pengajaran guru dan kurang memberikantumpuan kepada proses pengayaan ilmu pengetahuan. Ini ditambahpula kurang budaya ilmu dan masyarakat pula didominasi dengan“budaya peperiksaan” yang menguasai sistem penilaian dalam sistempendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, penentuan jam pembelajaran pelajar perludilaksanakan dalam konteks untuk mengawal secara berkesan tempohpembelajaran pelajar sebagai yang dirangka dalam sesuatu program58
    • pengajian. Para pensyarah juga akan dapat mengetahui dan memantautugasan dan bebanan sebenar pelajar dalam kursus yang ditawarkan.Pelaksanaannya juga diharap akan dapat mewujudkan pembelajaranberasaskan pelajar serta memberikan tumpuan kepada pengajaran danpembelajaran yang berorientasikan hasil atau produk.Jam Pembelajaran Pelajar Jam pembelajaran adalah salah satu langkah penting untukmemastikan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran denganberkesan dan berdasarkan kepada beban pembelajaran yang sesuai.Kementerian Pengajian Tinggi melalui Kerangka Kelayakan Malaysiatelah menetapkan bahawa satu kredit mempunyai gabungan 40 jampembelajaran pelajar dalam satu kursus bagi setiap semester. Nilaigabungan adalah notional credit atau nilai nosional yang mempunyainilai 40 jam setiap semester untuk satu beban kredit. Gabungan tersebutadalah terdiri daripada pada gabungan masa berikut: i. Jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran berjadual (official contact time) ii. Jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guided learning time) iii. Jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan (independent/ self/group learning time) iv. Jumlah jam penilaian (assessment time)Sebagai contoh, jika satu kursus untuk satu semester mempunyai nilai3 kredit, maka nilai jam pembelajaran pelajar ialah 120 jam (3 kreditX 40 jam pembelajaran pelajar). Untuk kursus yang mempunyai 5 nilaikredit, maka jam pembelajaran pelajar ialah 200 jam (5 kredit x 40 jampembelajaran pelajar). Dalam penentuan jam pembelajaran tersebut, pensyarah perlumenetapkan pembahagian jumlah jam tersebut secara tepat dan sesuai.Sehubungan itu, proses penilaian rakan kesepakaran amat penting bagitujuan tersebut. Aspek utama yang perlu diberikan tumpuan adalah 59
    • kedalaman kandungan pengajaran dan pembelajaran, keluasan danaras kandungan kursus. Pandangan dan persetujuan daripada rakankesepakaran adalah amat penting bagi memastikan ianya menepati hasilpembelajaran yang ditetapkan dan dapat diterima secara konsensusatau bersama. Penentuan jam pembelajaran ini perlu mengambilkira hasil pembelajaran agar aktiviti pembelajaran pelajar sesuai danmemberikan sumbangan yang signifikan kepada mereka. Adalahdiharapkan pelajar akan mengetahui, memahami dan menghayati apayang dipelajari setelah mereka menamatkan kursus tersebut. Dalam hal ini, pelajar perlu melaksanakan semua tugas yangdiberikan dan sesuai dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Apayang perlu diberikan perhatian dalam menentukan jam pembelajaranpelajar adalah kesesuaian bebanan dimana ianya perlulah mengambilkira keseimbangan antara “terlalu terbeban” dan “terlalu mudah danringan”. Apa yang utama ialah kesesuaian dengan keperluan pelajardan menepati tahap minimum kualiti yang ditetapkan dalam KKM.Bebanan pembelajaran pelajar perlu mengambil kira tempoh pengajianyang merangkumi minggu, semester dan sesi pengajian perlu diambilkira agar aktiviti pembelajaran yang dirangka sesuai dengan tahapkeupayaan pelajar. Pensyarah dan penyelaras kursus perlu menjelaskansecara terperinci jam pertemuan untuk i) jumlah jam pertemuan rasmisecara kuliah atau pengajaran berjadual (official contact time), ii)jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guidedlearning time), iii) jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan(independent/self/group learning time), iv) penilaian dan juga tugasan.Kesemua aspek ini perlu dinyatakan dalam huraian kursus untukpanduan pelajar merancang jadual pembelajaran mereka. Pembahagian jam pembelajaran pelajar adalah penting bagimengukur hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengiraan sistemkredit adalah berdasarkan kepada beban sebenar jam pembelajaranpelajar dan bukannya merujuk kepada jumlah jam pertemuan pelajardengan penyarah mereka dalam setiap minggu dalam sesi pengajian.Jadual 4.1, 4.2 dan 4.3 mempamerkan contoh pembahagian agihanmasa beban pembelajaran sebanyak 120 jam untuk kursus 3 kredit60
    • bagi Kursus GP 3063 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam. Jadualmenunjukkan pembahagian jam pembelajaran pelajar untuk satukursus yang mempunyai 3 kredit. Jadual 4.1: Pembahagian Agihan Masa Pembelajaran Pelajar Bil Aktiviti Pembelajaran Jumlah Masa 1 Jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran 14 jam berjadual (official contact time) 2 Jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised 45 jam or guided learning time) 3 Jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan 47 jam (independent/self/group learning time) 4 Jumlah jam penilaian (assessment time) 14 jam Jumlah jam pembelajaran pelajar 120 jamJadual 4.2: Agihan Masa Jam Pembelajaran Pelajar Berdasarkan TajukKURSUS: GP 3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Penga- Jumlah Perbin- Pen- Ind.Minggu Tajuk Kuliah jaran. Jam cangan taksiran Learning Mikro Pemb. Pengenalan kursus dan sejarah perkembangan 1 pengajaran dan 2 0 1 0 4.5 7.5 pembelajaran Pendidikan Islam Isu-isu dalam pengajaran dan 2 2 0 1 0 4.5 7.5 pembelajaran pendidikan Islam Kaedah pengajaran 3 konvensional dalam 2 0 2 0 5 9 pendidikan Islam Kaedah pengajaran 4 terkini dalam 2 0 1 0 4.5 7.5 pendidikan Islam 61
    • Pembelajaran Masteri dan Kajian Masa Hadapan dalam 5 pendidikan Islam, 2 0 1 0 4.5 7.5 regulasi kendiri dan Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam Pembinaan bahan 6 bantu pengajaran yang 2 0 2 0 5 9 berkesan Perancangan 7 pengajaran dan 2 0 2 0 5 9 pembelajaran Cuti Semester 8 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 9 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 10 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 11 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 12 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 13 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 14 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9 Jumlah jam pembelajaran satu 14 21 24 14 47 120 semester Jumlah Jam Nosional 120 yang diperlukan Jam Kredit Nosional 362
    • Jadual 4.3: Perancangan Kandungan Kursus Mengikut MingguMinggu Tajuk Kuliah Pensyarah Aktiviti Jam Pembelajaran Pelajar 1 Pengenalan Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah kursus dan sejarah Tamuri Perbincangan 1 jam perbincangan perkembangan 4.5 jam Persediaan pengajaran dan - JPP 7.5 jam pembelajaran Pendidikan Islam 2 Isu-isu dalam Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah pengajaran dan Tamuri Perbincangan 1 jam perbincangan pembelajaran 4.5 jam Persediaan pendidikan Islam - JPP 7.5 jam 3 Kaedah pengajaran Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah konvensional Tamuri Perbincangan 2 jam perbincangan dalam pendidikan 5 jam Persediaan Islam - JPP 9 jam 4 Kaedah pengajaran Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah terkini dalam Tamuri Perbincangan 1 jam perbincangan pendidikan Islam 4.5 jam Persediaan - JPP 7.5 jam 5 Pembelajaran Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah Masteri dan Tamuri Perbincangan 1 jam perbincangan Kajian Masa 4.5 jam Persediaan Hadapan dalam - JPP 7.5 jam pendidikan Islam, regulasi kendiri dan Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam 6 Pembinaan bahan Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah bantu pengajaran Tamuri Perbincangan 2 jam perbincangan yang berkesan 5 jam Persediaan - JPP 9 jam 7 Perancangan Ab. Halim Kuliah dan 2 jam kuliah pengajaran Tamuri Perbincangan 2 jam perbincangan 5 jam Persediaan - JPP 9 jam 8 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 63
    • 9 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 10 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 11 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 12 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 13 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 14 Pengajaran Mikro Ab. Halim Pengajaran dan 3 jam peng. Mikro Tamuri dan Tutor perbincangan 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam Jika dilihat kepada keseluruhan kredit minimum bagi setiap jenisatau tahap program pengajian, jam pembelajaran pelajar bagi setiapprogram juga akan berbeza antara satu sama lain. Ianya bergantungkepada jumlah kredit yang diperlukan bagi setiap peringkat pengajian.Jadual 4.2 adalah contoh jumlah keseluruhan jam pembelajaran pelajarberdasarkan kepada jumlah minimum kredit untuk progam diperingkatsijil, diploma dan ijazah sarjanamuda.64
    • Jadual 4.4: Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar Mengikut Peringkat Pengajian Peringkat Program Jumlah Minimum kredit Jam Pembelajaran Pengajian Pelajar Sijil 60 kredit (60 X 40 jam) 2400 jam Diploma 90 kredit (90 X 40 jam) 3600 jam Sarjanamuda 120 kredit (120 X 40 jam) 4800 jam Gabungan jam tersebut merupakan masa pembelajaran efektifyang dinilai sebagai beban akademik setiap pelajar dalam mengikutisesuatu program pengajian yang ditawarkan. Jumlah jam di atasmerangkumi jumlah jam yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktivitipembelajaran pelajar keseluruhannya sebagaimana yang dibincangkansebelum ini.Penutup Perkembangan terkini dalam dunia pendidikan, khususnyadi peringkat pengajian tinggi, memerlukan para pensyarah dan jugapelajar-pelajar melakukan perubahan dan anjakan pemikiran dalamproses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi.Pelaksanaan penentuan jam pembelajaran pelajar yang diperkenalkandalam KKM perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk melahirkangraduan yang seimbang dan cemerlang sebagaimana yang dinyatakandalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penentuan jam pembelajaranpelajar yang merupakan asas pencapai hasil pembelajaran diharapakan dapat memberikan satu garis panduan yang baik dalam aspekpengurusan masa pembelajaran berkesan seterusnya melahirkangraduan yang cemerlang. Malah, ianya dapat membantu pelajar bagimendisiplinkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Jam pembelajaran pelajar ini juga akan dapat membudaya etika belajardalam pembelajaran mereka seterusnya dapat memupuk konseppembelajaran seumur hidup.Bacaan TambahanEnggan, D.P. & Kauchak, D.P. 2001. Strategies for Teachers: Teaching Content and Thinking Skills. Boston: Allyn and Bacon. 65
    • 66
    • BAB 5 Pembelajaran Dewasa Norzaini AzmanPendahuluan Dalam konteks pendidikan tinggi, para pelajar adalah unik danmereka membawa pelbagai jenis pengalaman dan motivasi ke dalamsituasi pendidikan. Bab ini akan meneliti sebahagian teori tentangpembelajaran dewasa. Pertimbangan diberi kepada cirian umum pelajardewasa dan bagaimana cirian ini mempengaruhi proses pengajarandan pembelajaran. Berikutnya, kemahiran mengajar yang perlu adapada setiap pensyarah akan disentuh. Akhirnya, teori pengajaran danpembelajaran serta kemahiran penting untuk membina pembelajaranyang efektif untuk pelajar dewasa akan dihuraikan.Pembelajaran Dewasa Pembelajaran dewasa merujuk kepada proses di mana setiapindividu cuba mengubah atau meningkatkan pengetahuan, nilai,kemahiran atau strategi. Pembelajaran dewasa adalah satu terma yangluas merangkumi pendidikan kolej dan universiti, latihan berasaskanpekerjaan, pendidikan komuniti atau peningkatan kendiri. Pembelajarandewasa adalah penting seiring dengan perubahan dunia semasa di manafakta-fakta dan pendekatan yang kita pelajari daripada pendidikanformal akan menjadi tidak berguna lagi dalam tempoh beberapa tahunakan datang. Pembelajaran sepanjang hayat mempunyai implikasiekonomi, memberi sumbangan kepada pertumbuhan masyarakat,membantu membawa perubahan, dan meningkatkan kualiti hidup bagisetiap individu. Boleh dikatakan bahawa pembelajaran dewasa adalahmengenai perubahan – perubahan dalam sikap, pengetahuan, tingkahlaku, kemahiran, cara berfikir dan produktiviti. 67
    • Cirian Pelajar Dewasa Untuk menjadi seorang pendidik yang berkesan, kita perlumemahami tentang cara terbaik bagaimana pelajar dewasa belajar.Berbanding kanak-kanak dan remaja, pelajar dewasa mempunyaikehendak dan keperluan yang istimewa sebagai pelajar. MalcolmKnowles (1980) telah mengenalpasti cirian pelajar dewasa sepertiberikut: • Pelajar dewasa adalah bebas dan mempunyai hala tuju kendiri. Mereka perlu bebas untuk mendorong diri mereka sendiri. Pensyarah mestilah sentiasa melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator. Khususnya, pensyarah mestilah mendapatkan perspektif pelajar tentang topik-topik yang akan dipelajari dan memberi ruang untuk mereka melaksanakan projek yang berkaitan dengan minat mereka. Pensyarah sewajarnya membiarkan pelajar mengambil tanggungjawab bagi persembahan dan kepimpinan kumpulan. Mereka mestilah bertindak sebagai fasilitator, membimbing pelajar untuk mendapatkan pengetahuan secara tersendiri dan mengalakan pelajar tidak bergantung kepada fakta yang disediakan oleh fasilitator. Akhirnya, mereka perlu menunjukkan kepada pelajar bagaimana aktiviti pembelajaran akan membantu pelajar mencapai matlamat yang diharapkan. • Pelajar dewasa telah mengumpulkan asas pengalaman hidup dan pengetahuan meliputi aktiviti berkaitan kerja, tanggungjawab keluarga dan pendidikan terdahulu. Pensyarah perlu mengaitkan pembelajaran dengan asas pengetahuan atau pengalaman tersebut. Untuk membantu pelajar berbuat demikian, pensyarah perlu melakarkan pengetahuan dan pengalaman yang relevan dengan topik yang dibincangkan. Mereka perlu mengaitkan pelbagai teori dan konsep dengan pengalaman pelajar serta mengenalpasti nilai pengalaman dalam pembelajaran. • Pelajar dewasa merupakan individu yang berorientasikan matlamat. Apabila mendaftar sesuatu kursus, mereka biasanya tahu apakah matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu, mereka menghargai program pendidikan yang disusun baik68
    • dan mempunyai elemen yang jelas. Tenaga pengajar perlu menunjukkan bagaimana kelas tersebut akan membantu pelajar mencapai matlamat. Pengelasan matlamat dan objektif kursus ini perlu disiapkan pada awal permulaan kursus. • Pelajar dewasa adalah berorientasikan kerelevanan. Mereka mesti melihat apakah rasionalnya untuk mempelajari sesuatu perkara. Pembelajaran haruslah bersesuaian dengan pekerjaan atau tanggungjawab lain yang memberi nilai kepada mereka. Oleh itu, pensyarah perlu mengenalpasti objektif bagi pelajar dewasa sebelum kursus bermula. Ini bermakna, segala teori dan konsep mestilah mempunyai kaitan dengan kebiasaan pelajar. Kehendak ini boleh dipenuhi dengan memberi peluang kepada pelajar memilih topik atau projek yang berkaitan dengan minat mereka. • Pelajar dewasa adalah praktikal iaitu mereka memberikan fokus kepada aspek pembelajaran yang paling berguna dalam pekerjaan. Mereka tidak mungkin berminat dengan pengetahuan semata-mata. Pensyarah harus memberitahu pelajar dengan jelas bagaimana pelajaran tersebut berguna dalam pekerjaan dan kehidupan mereka. • Seperti mana dengan pelajar dari kelompok lain, pelajar dewasa perlu ditunjukkan rasa hormat. Pensyarah mestilah memperakui kekayaan pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dewasa. Pelajar seharusnya dilayan sama rata dalam pengalaman dan pengetahuan serta dibenarkan menyuarakan pendapat secara bebas di dalam kelas.Andragogi Andragogi didefinisikan oleh Knowles (1980) sebagai senidan sains yang membantu pelajar dewasa untuk belajar (the art andscience of helping adults learn). Model andragogi adalah berpandukanlima andaian, masing-masing mempunyai hubungan terhadapkemampuan atau kebolehan pelajar serta kehendak dan keinginan untukbertanggungjawab terhadap pembelajaran. Jadual 5.1 menjelaskankelima-lima andaian yang menjadi paksi model andragogi. 69
    • Jadual 5.1: Andaian-Andaian AndragogiAndaian-Andaian Andragogi Knowles (1980)Konsep Pelajar Semasa proses kematangan, seseorang akan berubah daripada(Concept of the bergantung kepada orang lain kepada meningkatkan hala tujuLearner) kendiri, tetapi pada kadar yang berbeza bagi individu yang berbeza dan dalam dimensi kehidupan yang berlainan. Pensyarah bertanggungjawab untuk menggalakkan dan membimbing perubahan ini. Pelajar dewasa mempunyai keperluan psikologi yang mendalam untuk menjadi seorang yang mempunyai hala tuju kendiri, tetapi mereka mungkin bergantung kepada orang lain dalam situasi-situasi tertentu.Peranan Sejajar dengan sifat manusia membesar dan membangun, pelajarPengalaman dewasa mengumpul sejumlah pengalaman yang boleh menjadiPelajar sumber yang kaya untuk pembelajaran—bagi diri sendiri dan(Role of the orang lain. Tambahan pula, pelajar menerapkan lebih banyakLearner’s makna ke dalam pembelajaran yang mereka hasilkan daripadaExperience) pengalaman berbanding dengan pengalaman yang diperolehi secara pasif. Sewajarnya, teknik-teknik penting dalam pendidikan adalah melibatkan pengalaman-seperti eksperimen makmal, perbincangan kes-kes penyelesaian masalah, pengalaman lapangan dan sebagainya.Kesediaan Pelajar dewasa mulai bersedia untuk belajar sesuatu pekara apabilauntuk Belajar mereka mempunyai pengalaman dalam keperluan untuk belajar(Readiness to bagi membolehkan mereka berpuas hati dengan tugasan dan ujianLearn) hidup yang sebenar. Pendidikan mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan persekitaran kondusif dan menyediakan peralatan serta prosedur yang membantu pelajar memperolehi ”keperluan untuk tahu”. Program pembelajaran sepatutnya diatur berdasarkan aplikasi kehidupan sebenar dan disusun mengikut tahap kesediaan pelajar untuk belajar.Perspektif Masa Pembelajaran mestilah berkaitan dengan masalah sebenar dan(Time berorientasikan tugasan. Pelajar berminat dengan aplikasiPerspective) pengetahuan yang segera (immediate application of knowledge). Aktiviti pembelajaran perlu jelas dengan kesesuaian keperluan pelajar dewasa.Orientasi Pelajar melihat pendidikan sebagai proses membina peningkatanPembelajaran kecekapan untuk mencapai potensi keseluruhan dalam hidup.(Orientation to Mereka perlukan kemahiran untuk mengaplikasikan apa jualearning) pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada hari ini untuk hidup dengan lebih efektif pada hari esok. Oleh itu, pengalaman pembelajaran perlu disusun di sekitar kategori pembangunan kompetensi kerana orientasi pembelajaran mereka adalah berteraskan pencapaian.70
    • Andragogi vs Pedagogi Andragogi atau pendidikan pembelajaran dewasa adalahberbeza dari pedagogi iaitu seni dan sains dalam membantu mengajarkanak-kanak. Kedua-dua model ini sangat berguna jika dilihat sebagaiketerusan pembelajaran yang saling berhubung antara satu sama lain.Model pedagogi memberikan tanggungjawab yang penuh kepada guruuntuk membuat keputusan tentang pembelajaran serta meletakkanpelajar dalam situasi yang memerlukan mereka mematuhi arahanguru. Pelajar belajar apabila mereka diberitahu apa yang mereka perlupelajari supaya melepasi tahap gred yang seterusnya. Kebanyakan kita mempunyai pengalaman dalam mengunakanmodel pedagogi kerana ia merupakan gaya pengajaran yang seringdigunakan di kebanyakan sekolah rendah, sekolah menengah, kolej daninstitusi pendidikan lain. Apabila kita memasuki profesion akademikdan diminta untuk merangka suatu rancangan mengajar, biasanyamodel pedagogi akan mempengaruhi reka bentuk aktiviti-aktiviti yangdihasilkan kerana model pedagogi digunakan secara meluas dalamsistem pendidikan dan latihan di Malaysia sejak sekian lamanya. Model andragogi pula memfokuskan tentang aspek keseluruhanpelajar dewasa iaitu emosi, psikologi dan intelektual. Oleh itu,ia memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap mengenalpastikeperluan dan cirian pelajar. Dari perspektif andragogi, pelajar dewasadigalakkan untuk lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaranmereka sendiri apabila berada di dalam persekitaran pembelajaran.Untuk memudahkan proses ini, pelajar memerlukan galakan danbantuan daripada pensyarah. Ini berbeza dengan peranan tradisional dimana pensyarah adalah pakar dan hanya menyampaikan kandungan,pengetahuan dan kemahiran.Model Mana? Penggunaan mana-mana model pembelajaran membawaimplikasi tertentu kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Perkaraasas bagi orientasi pedagogi ialah isi kandungan. Pensyarah yangmemiliki orientasi pedagogi yang kuat kebanyakannya risau tentangkonten atau kandungan yang perlu ada dalam situasi pembelajaran; 71
    • bagaimana kandungan pembelajaran boleh diatur kepada unit-unityang dapat dikendalikan; urutan yang paling logik mempersembahkanunit-unit tersebut; dan cara-cara yang paling cekap menyalurkankandungan tersebut. Sebaliknya, perkara asas bagi orientasi andragogi ialahproses. Proses andragogi terdiri daripada tujuh elemen: menetapkaniklim fizikal dan psikologi; melibatkan pelajar dalam merancangpembelajaran mereka; melibatkan pelajar dalam mendiagnosiskeperluan pembelajaran mereka; melibatkan pelajar dalammerumus objektif pembelajaran mereka; melibatkan pelajar dalammembentuk perancangan pembelajaran; membantu pelajar merancangpembelajaran mereka sendiri; dan melibatkan pelajar dalam menilaihasil pembelajaran mereka. Jadual 5.2 menunjukkan rumusan andaianmodel andragogi berbanding model pedagogi. Dengan meletakkankesemua andaian ini secara bersebelahan, perbezaan dalam orientasiterhadap pelajar mudah untuk dibuat perbandingan.Jadual 5.2: Andaian Model Andragogi berbanding Model PedagogiModel Pedagogi Model AndragogiKeperluan untuk TahuPelajar hanya perlu tahu bahawa mereka Pelajar dewasa perlu tahu mengapa merekaharus belajar apa yang guru ajar jika perlu belajar sesuatu sebelum berusahamahu lulus dan diberi gred; mereka untuk mempelajarinya. Apabila merekatidak perlu tahu bagaimana perkara mengambil keputusan belajar sendiri, merekayang dipelajari akan digunakan dalam akan menggunakan tenaga sepenuhnyakehidupan. untuk meneroka kepentingan pelajaran dan akibat yang mungkin berlaku jika tidak mempelajarinya.Konsep Kendiri PelajarGuru melihat pelajar sebagai personaliti Pelajar dewasa mempunyai konsep kendiriyang bergantung kepada guru, maka yang ingin bertanggungjawab ke atas keputusankonsep kendiri pelajar akhirnya menjadi sendiri untuk kehidupan mereka sendiri. Olehpersonaliti bersandar (dependent itu, pelajar dewasa mempunyai “keperluanpersonality) psikologi” terhadap hala tuju kendiri dalam proses pembelajaran.72
    • Peranan Pengalaman PelajarPengalaman pelajar tidak begitu Pelajar dewasa mempunyai pengalamanberperanan sebagai sumber pembelajaran yang lebih luas dan kualiti pengalaman yangyang bernilai kepada guru, penulis buku berbeza berbanding remaja. Maka, terdapatteks, dan pengeluar peralatan audio kepelbagaian dalam perbezaan individuvisual. Oleh itu, teknik penyampaian dewasa.seperti kuliah, senarai bahan bacaandan sebagainya, adalah tulang belakangkepada metodologi pedagogi.Kesediaan untuk BelajarGuru memberitahu pelajar apa yang Pelajar dewasa bersedia untuk belajar semuaperlu dipelajari dan pelajar bersedia perkara yang mereka perlu tahu dan berupayamempelajarinya jika ingin lulus dan mengendalikannya dalam situasi kehidupandiberi gred. sebenar.Orientasi untuk PembelajaranPelajar mempunyai orientasi berpusatkan Pelajar dewasa adalah individu yang berteraskansubjek untuk belajar; mereka melihat kehidupan (life-centred), berorientasi tugasanpembelajaran sebagai memperolehi atau masalah dalam proses pembelajaran.kandungan sesuatu subjek. Oleh itu, Pelajar dewasa bermotivasi untuk belajarpengalaman pembelajaran adalah sesuatu demi mengembangkan ilmu yangtersusun berpandukan kepada logik dilihat akan membantu mereka menjalankankandungan subjek tersebut. tugas atau menguruskan masalah dalam kehidupan seharian.MotivasiPelajar bermotivasi untuk belajar Walaupun pelajar dewasa memberi respondisebabkan motivasi luaran – gred, kepada sebahagian motivasi luaran, namunganjaran dan teguran guru, tekanan ibu motivasi yang paling berkesan ialah tekananbapa. dalaman. (Knowles, 1990, pp.57-63)(Knowles, 1990, pp. 55-56)Pensyarah universiti perlu memberikan perhatian yang seriusterhadap isu transisi sekolah-universiti. Dalam sistem pembelajaran diMalaysia, kemasukan pelajar dari sekolah ke universiti memerlukanmasa penyesuaian. Ini kerana pelajar sekolah telah didedahkan kepadapendekatan pedagogi sementara pendidikan di universiti menuntutpendekatan pembelajaran andragogi. Pensyarah seharusnya memainkanperanan penting untuk memudahkan proses penyesuaian dimana teoriandragogi dan pedagogi perlu digembeling bagi memberi masa pelajarberadaptasi dengan keperluan pendidikan pelajar dewasa. 73
    • Andragogi & Pendidikan Berpusatkan Apakah perkaitan model andragogi dengan model pendidikanberpusatkan pelajar (student-centred education)? Pendidikanberpusatkan pelajar ialah keperluan untuk membetulkan semula semuamatlamat, andaian dan latihan pendidikan tradisional yang dahulunyaberpusatkan guru (Roger 1969). Pada hakikatnya, andragogi danpendidikan berpusatkan pelajar melihat pembangunan pembelajaransecara holistik sebagai pekara semulajadi dan amat penting dalammencapai pembelajaran sepanjang hayat. Untuk membantu memahamidua model ini, teori Rogers (1969) dan Knowles (1970) diteliti dariaspek lima cirian asas penting dalam setiap proses pendidikan -kandungan, sumber, pelajar, pembelajaran dan guru/fasilitator (Jadual5.3).Jadual 5.3: Perbezaan Andaian Andragogi dan Pendidikan BerpusatkanPelajar Andragogi Berpusatkan Pelajar Komen dan PerbandinganKonsep Peningkatan Potensi semulajadi Pada dasarnya adalah sama.Kendiri pembelajaran Keazaman Setiap satu berasaskan konsep kendiri Responsif kendiri seperti yang wujud dalam diri Berdikari Pembelajaran holistik (self-actualisation).Pengalaman Pengalaman Potensi semulajadi Knowles (1980) menekankan pelajar tentang pengalaman pelajar, merupakan sedangkan Rogers (1969) sumber yang melihat bahawa tiada peluang kaya untuk yang berbeza untuk pelajar. pembelajaran.Kesediaan Pembinaan Potensi semulajadi Rogers dan Knowles tanggungjawab Desakan perubahan sependapat. Rogers peranan- kendiri. mengingatkan tentang peranan sosial. Perbezaan ancaman (caution to threats). pembelajaran Aktif/praktikalPerspektif Aplikasi serta- Aktif/praktikal Knowles lebih menekankanMasa merta hubungan masa berbanding Rogers.Orientatsi Berasaskan Responsif kendiri Kedua-dua teori menekankanPembelajaran masaalah Aktif/Praktikal keutamaan aktif/pembelajaran berasaskan masaalah.Diadaptasi daripada Knowles (1978:110), Rogers, (1969: 157-163)dan Boyer (1982: 59-63).74
    • Berdasarkan perbandingan andragogi dan pendidikanberpusatkan pelajar, kedua-duanya mempunyai persamaan dalamkebanyakan kategori. Rogers dan Knowles menganggap pembelajaranholistik sebagai pembelajaran yang paling ideal. Dalam prosespengajaran, mereka mengutamakan kecekapan fasilitator yangpelbagai. Terdapat hanya satu perbezaan iaitu dari aspek konseppengalaman dan hubungannya kepada pembelajaran. Pendidikanberpusatkan pelajar menggambarkan bahawa setiap pelajar, tanpamengira umur, mempunyai pengalaman terdahulu yang memadaiuntuk setiap pembelajaran yang signifikan berlaku.Peranan Fasilitator dalam Pembelajaran Dewasa Apabila mengajar pelajar dewasa, peranan pensyarah berubahterutamanya daripada seorang pembekal maklumat dan penilaipembelajaran kepada seorang fasilitator pembelajaran. Ini kerana,pelajar dewasa masih memerlukan bantuan untuk merancang, mengaturdan menilai pembelajaran mereka. Tambahan pula, sokongan kuatdan maklum balas berguna adalah penting kepada pelajar. Setiapfasilitator mestilah mahir dalam sesuatu subjek dan menunjukkansokongan ikhlas serta responsif terhadap keperluan pelajar. Justeru,fasilitator yang efektif tidak hanya bertindak sebagai sumber rujukantetapi lebih kepada seorang pemudahcara yang mempunyai kemahiranberkomuniksi dan dapat membantu pelajar menghuraikan persoalandan kekeliruan dalam pembelajaran, bukan sekadar membuat semuakeputusan bagi pihak pelajar. Fasilitator juga memerlukan kemahiraninterpersonal untuk membantu pelajar meneroka peranan merekasebagai pelajar dewasa agar mereka dapat meningkatkan tanggungjawabterhadap pembelajaran. Secara amnya, pembelajaran dimudahkan apabila: 1) Pelajar menyertai proses pembelajaran dengan sempurna dan mengawal sifat serta arah tuju proses tersebut. 2) Terutamanya berdasarkan kepada konfrontasi secara langsung dengan persoalan praktikal, sosial, personal dan isu penyelidikan. 75
    • 3) Penilaian kendiri merupakan kaedah utama dalam menilai perkembangan atau kejayaan. 4) Penekanan pembelajaran adalah terhadap pembelajaran untuk belajar dan membina hala tuju kendiri pelajar.Dalam usaha meningkatkan kefahaman tentang peranan pensyarah/pengajar berasaskan model andragogi, Jadual 5.4 menjelaskanbagaimana konsep dan teori model ini boleh dipraktikkan. Inimenunjukkan andragogi merangkumi pelbagai kaedah pembelajarandewasa di mana guru merupakan fasilitator pembelajaran.Jadual 5.4: Peranan Guru AndragogiKeadaan Pembelajaran Prinsip Pengajaran • Pelajar berasa perlu untuk • Guru mendedahkan kepada para belajar pelajar tentang kemungkinan kepuasan diri yang baru. • Guru membantu setiap pelajar mendiagnosis jurang antara aspirasi dengan tahap kebolehan pelajar. • Guru membantu pelajar mengenalpasti masalah-masalah yang mereka alami kerana jurang kelengkapan peribadi.76
    • • Persekitaran pembelajaran • Guru menyediakan keadaan fizikal disifatkan sebagai keselesaan yang selesa (seperti tempat duduk, fizikal, saling mempercayai suhu, pengudaraan, pencahayaan dan menghormati, saling dan dekorasi) dan aliran interaksi membantu, bebas memberi (sebaik-baiknya, tiada orang duduk idea dan persetujuan tentang di belakang orang lain). perbezaan. • Guru menerima setiap pelajar sebagai seorang yang berharga serta menghormati perasaan dan idea pelajar. • Guru berusaha membina hubungan saling mempercayai dan membantu dikalangan pelajar dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti kerjasama dan mengelakkan merangsang persaingan dan penilaian. • Guru mendedahkan perasaan sendiri dan menyumbangkan sumbernya selaku pelajar bersama dalam semangat sama-sama belajar.• Pelajar menjadikan matlamat • Guru melibatkan pelajar pengalaman pembelajaran dalam proses formulasi sebagai matlamat mereka. bersama menyediakan objektif pembelajaran, dimana ia merangkumi keperluan pelajar, institusi, guru, subjek dan masyarakat.• Pelajar berkongsi • Guru membantu pelajar tanggungjawab merancang menguruskan diri sendiri dan menguruskan (projek berkumpulan, kumpulan pengalaman pembelajaran pengajaran-pembelajaran, ulangkaji dan seterusnya komited sendiri dan sebagainya) untuk dengan tanggungjawab berkongsi tanggungjawab dalam tersebut. proses penyelidikan. 77
    • • Proses pembelajaran adalah • Guru menolong pelajar berkaitan dan menggunakan mengeksploitasi pengalaman pengalaman pelajar. mereka sendiri sebagai satu sumber pembelajaran melalui penggunaan teknik perbincangan, role play, kaedah kes dan sebagainya. • Guru melengkapkan penyampaiannya sendiri kepada tahap pengalaman pelajar tertentu. • Guru membantu pelajar menggunakan pengalaman mereka dalam pembelajaran baru dan ini membuatkan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berintegrasi. • Pelajar mempunyai keinginan • Guru melibatkan pelajar dalam untuk mengembangkan membina kriteria dan kaedah matlamat mereka. yang bersesuaian bagi mengukur perkembangan objektif-objektif pembelajaran. • Guru membantu pelajar membina dan menggunakan prosedur penilaian kendiri berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.Cirian & Prinsip Fasilitator Efektif Berikut merupakan cirian dan panduan prinsip bagi fasilitatoryang efektif apabila memudahcara proses pembelajaran. Fasilitatormestilah: 1) Mempunyai kefahaman tentang pelajar dewasa 2) Membina iklim fizikal dan psikologikal yang kondusif untuk belajar 3) Menyediakan penetapan kontekstual tentang penerokaan idea, kemahiran dan pengetahuan baru 4) Melibatkan pelajar dalam perancangan kaedah dan arah tuju kurikulum 5) Melibatkan penyertaan pelajar dalam mendiagnosis keperluan pembelajaran mereka 6) Menggalakkan penyertaan pelajar dalam merumuskan objektif pembelajaran mereka78
    • 7) Menggalakkan pelajar mengenal pasti sumber dan memikirkan strategi untuk menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif 8) Membantu pelajar menghasilkan perancangan pembelajaran mereka 9) Melibatkan pelajar dalam menilai pembelajaran mereka sendiri 10) Menyediakan satu forum refleksi kritikalImplimentasi prinsip ini memerlukan fasilitator mempunyai kemahiranteknik dalam kandungan subjek dan perancangan pengajaran sertakecekapan yang tinggi dalam kemahiran interpersonal dan hubungankemanusiaan.Teori Pembelajaran Berkaitan Pembelajaran Dewasa Terdapat banyak teori yang sesuai digunakan untukpembelajaran dewasa. Antaranya ialah action learning, pembelajaranberasaskan projek (project based learning), pembelajaran berasaskantransformasi (transformational learning), pembelajaran berasaskanpengalaman (experiential learning), pembelajaran reflektif (reflectivelearning) dan belajar bagaimana untuk belajar (learning to learn).Walau bagaimanapun, bahagian seterusnya hanya menjelaskan duadaripada teori pembelajaran berkaitan pembelajaran dewasa iaitupembelajaran kendiri dan pembelajaran berasaskan pengalaman.Dua teori yang dijelaskan ini merupakan teori yang paling relevendengan tren semasa pembelajaran dewasa dan dalam kebanyakanaspek, mempunyai kaitan dengan teori-teori lain dalam pembelajarandewasa.Pembelajaran Kendiri Pembelajaran kendiri memberi fokus kepada proses di manapelajar dewasa bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.Proses ini membantu menyokong pelajar dewasa dalam menetapkanmatlamat kendiri; mencari dan menggunakan sumber-sumber yangsesuai; menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai; dan menilai 79
    • pencapaian mereka sendiri. Dalam pembelajaran kendiri, pelajar danpensyarah berkongsi mengawal situasi pengajaran dan pembelajaran.Pensyarah perlu bertindak sebagai perunding, sumber rujukan danpenghasil bahan-bahan pembelajaran. Jadual 5.5 menyediakan satu setprosedur yang berguna berkaitan pengalaman pembelajaran kendiri.Jadual 5.5: Prosedur dalam Pengalaman Pembelajaran KendiriLangkah Ciri-ciri Setiap Langkah Contoh HuraianLangkah 1 Anda akan sedar bahawa Anda membeli persisian grafik sesungguhnya terdapat perkara yang yang baru dan tidak teragak-agak anda perlu pelajari. menggunakannya.Langkah 2 Anda mengenal pasti apa yang anda Anda mahu menjadi pembina mahu pelajari. software yang berteknologi tinggi dengan perisian baru atau hanya belajar bagaimana untuk meletakkan pra pakej kartun ke dalam laporan?Langkah 3 Anda mendiagnosis kemahiran atau Anda memuat turun program pengetahuan yang anda perlukan grafik, bermain-main dengan untuk memperolehi apa yang anda menu dan lihat apa yang anda hajati. Fikirkannya dan nilailah boleh lakukan tanpa merujuk buku sendiri. panduan.Langkah 4 Anda membina satu rancangan Anda membaca sepintas lalu penyelidikan dan satu senarai buku panduan, memanggil dua sumber. orang yang pernah menggunakan program itu dan memeriksa kedai buku tempatan tentang panduan ”Belajar tentang Grafik”.80
    • Langkah 5 Anda mulakan pembelajaran Anda mula membaca buku proaktif. panduan, cuba menggunakan program, dan meletakkan sebahagian grafik ke dalam laporan lama. Apabila anda buntu, anda memanggil orang lain untuk minta bantuan.Langkah 6 Anda menilai sama ada anda berjaya Semasa anda menyiapkan laporan, mencapai objektif. anda cuba menggunakan program tersebut dengan serius.Langkah 7 Anda mendiagnosis semula Ulang semula proses di atas. keperluan pembelajaran anda.Kita perlu ingat bahawa pelajar mempunyai pelbagai kebolehan dalammemberi respon kepada pengajaran yang memerlukan mereka menjadipelajar yang berdikari. Pembelajaran kendiri merupakan pilihan dalamsituasi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendekatan pengajaranyang lebih sesuai ialah untuk menilai tahap kendiri semasa (level ofself-directedness) pelajar. Kerap kali, masalah timbul apabila gayapengajaran tidak sesuai dengan tahap kendiri pelajar. Model yangdisediakan oleh Grow (1991) berguna untuk membimbing pensyarahdalam mencipta kesesuaian di antara tahap kesediaan pelajar dengan gayapengajaran. Pensyarah perlu mempertimbangkan pelbagai alternatifapabila memperkenalkan pembelajaran terarah kendiri kepada pelajaryang telah biasa dengan amalan tradisional iaitu pendekatan pedagogi.Kebanyakan pelajar kita bergantung kepada guru terutamanya apabilamereka kurang kemahiran belajar dan tidak berpengalaman dengansesuatu perkara dan dalam erti kata sebenar, mereka takut dengansituasi pembelajaran kendiri. Sebaliknya, pelajar yang berdikari akankecewa kerana terlalu dikawal oleh situasi pembelajaran. Empatperingkat pembelajaran dalam jadual 5.6 menyediakan kerangka kerjadimana pensyarah perlu menyesuaikan gaya pengajaran dengan gayapembelajaran pelajar. 81
    • Jadual 5.6: Model Peringkat Pembelajaran kendiriPeringkat Pelajar Guru ContohPeringkat Bergantung Guru Mengajar dengan memberi 1 kepada guru maklum balas yang cepat. Membatasi kekurangan dan halangan.Peringkat Berminat Pendorong, Memberi ilham di dalam kuliah 2 pembimbing berpandukan perbincangan. Menetapkan matlamat dan strategi pembelajaran.Peringkat Melibatkan Fasilitator Perbincangan dipermudahkan 3 diri oleh guru yang menyertainya. Contoh: seminar, projek berkumpulan.Peringkat Kendiri Perunding Disertasi, tugasan individu 4 atau kumpulan ulangkaji yang dikendalikan sendiri oleh pelajar.Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah pembelajaranmelalui refleksi berasaskan tindakan. Kita boleh mendengar danmembaca tetapi apa yang kita pelajari tidak bermakna sehinggaia diamal atau menjadi pengalaman. Pembelajaran berasaskanpengalaman melibatkan pelajar secara terus dengan perkara-perkarayang dikaji, bukan hanya memikirkan tentang perkara tersebut. Apabilapembelajaran dimudahkan dengan pengalaman atau pelaksanaan,ia memberi peluang kepada pelajar untuk menambah pengalaman.Peluang untuk mencipta pengalaman memerlukan pelajar reflek secarakritikal tentang kepercayaan dan andaian terdahulu. Pembelajaran berasaskan pengalaman memfokuskan prosespembelajaran pelajar. Contoh pembelajaran berasaskan pengalamanadalah pergi ke lapangan dan melakukan cerapan sendiri sesuatufenomena, belajar melalui pemerhatian tersebut serta berinteraksidengan persekitaran yang menghasilkan fenomena berkaitan. Jadi,pelajar meneroka dan membuat ujikaji sambil mengumpul pengetahuanbaru, bukan dengan mendengar atau membaca dari pengalaman82
    • orang lain. Secara ringkasnya, pendekatan pembelajaran berasaskanpengalaman: • Merupakan proses kitaran yang melibatkan penetapan matlamat, berfikir, menguji dan membuat keputusan dan tindakan akhir yang diikuti dengan memerhati, membuat refleksi dan mengulas. • Menggunakan pengalaman dan refleksi pelajar sendiri tentang pengalaman tersebut melebihi pengajaran kuliah sebagai pendekatan pertama untuk belajar. Pembelajaran berasaskan pengalaman membenarkan transformasi kemahiran dan pengetahuan. • Melibatkan sesuatu tindakan dan penerokaan yang memberi makna kepada pelajar. Dalam erti kata lain, pembelajaran berasaskan pengalaman adalah pengalaman pelajar itu sendiri dan bukan orang lain. • Berkesan ke atas kognitif, emosi dan aspek fizikal pelajar.Kaedah & Strategi Mengajar Pelajar Dewasa Kebanyakan tenaga pengajar bagi pelajar dewasa berdepandengan tugas yang kompleks dalam membentuk aktiviti pengajarandan pembelajaran dengan sedikit atau tiada langsung latihan untukmengajar. Walaupun tiada satu cara yang terbaik untuk mengajar pelajardewasa, namun terdapat beberapa kaedah dan strategi yang kukuhserta berkesan. Pensyarah perlu mengubahsuai strategi pengajaran danpembelajaran berdasarkan cirian pelajar dewasa. Dalam usaha untukmendapatkan hasil yang terbaik, pensyarah mestilah responsif kepadakebolehan dan kecenderungan pelajar. Kegagalan untuk memahamibagaimana pelajar dewasa belajar akan memberikan pengaruhnegatif terhadap pembelajaran pelajar. Pensyarah perlu fleksibeldalam pengajaran. Perlu diingatkan bahawa ciri penting dalam modelandragogi adalah fleksibiliti. Kebanyakan pengajaran yang efektifdihasilkan berasaskan kaedah berkaitan teori pembelajaran dewasa.Jadual 5.7 menunjukkan kaedah dan strategi komprehensif yang bolehdigunakan untuk mengajar pelajar dewasa. 83
    • Jadual 5.7: Kaedah, Tujuan dan Cadangan Strategi PengajaranKaedah Tujuan Cadangan StrategiSyarahan/ Untuk menyediakan Membangunkan minat pelajar melaluipenyampaian banyak maklumat perkara yang boleh untuk menarik (pengetahuan) dalam perhatian. masa yang singkat. Menyediakan garis panduan yang Kaedah yang berkesan lengkap dengan isi-isi penting. menyediakan maklumat Mengatur dan menyusun bahan- tidak ada dalam bahan bahan berkaitan dalam satu turutan bercetak atau bahan- yang logik untuk pelajar. bahan lain. Mulakan dengan gambaran keseluruhan. Terangkan sesuatu yang biasa sebelum beralih kepada yang luar biasa. Bincangkan perkara berkenaan secara tertib. Daripada ringkas kepada kompleks. Buat perubahan dengan kerap dalam persekitaran pengajaran- pembelajaran. Kerap menggunakan bantuan visual untuk menambah perubahan dan kejelasan. Tunjukkan semangat.84
    • Sumber Untuk menyediakan Sediakan sumber perseorangan ituperseorangan pengetahuan dan dengan :(pakar sesuatu pengalaman daripada Topik perbincangan (hubunganbidang) orang yang mahir dalam objektif yang jelas) sesuatu topik. Tempoh sesi Pengetahuan dan pengalaman utama pelajar berkenaan tajuk Perkara-perkara khusus Jumlah dan latar belakang pelajar Menentukan keperluan kelengkapan sumber perseorangan tersebut. Mengenalpasti kehendak atau permintaan pelajar. Memberi keutamaan kepada pelajar berkaitan sumber pencapaian. Menggalakkan pelajar bertanya.Simposium Untuk menyediakan Mentafsirkan dengan jelas tentang pelbagai sudut isu, masalah atau topik yang akan pandangan terhadap dibincangkan dan berkongsi pendapat isu, masalah atau topik dengan ahli panel simposium. tertentu daripada panel Pilih empat hingga enam ahli panel. pakar. Pilih ahli panel daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Memastikan setiap ahli panel bersedia meringkaskan penyampaian isu, masalah atau perkara. Memastikan fasilitator memberi komen bagi setiap persembahan. Selepas persembahan, biarkan ahli panel menyertai perbincangan panel dengan bertanya antara satu sama lain atau respon kepada soalan-soalan penonton/rakan lain. Merancang perbincangan lanjutan semasa sesi selanjutnya. 85
    • Perbincangan Untuk menyediakan Mentafsirkan dengan jelas isu ataupanel peluang kepada pakar masalah yang dibincangkan. atau sekumpulan pelajar Pilih (dikalangan pelajar) untuk untuk memberikan menjadi ahli panel. pandangan yang berbeza Lantik ketua panel. terhadap suatu topik, isu Sentiasa ingat untuk menyesuaikan atau masalah kepada ahli persekitaran pembelajaran dengan panel lain dan penonton penonton (pelajar). (pelajar). Perbincangan Pastikan perbincangan berlangsung panel seharusnya sejajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. dengan pemikiran pelajar.Arahan Untuk memberi peluang Menyediakan persekitaranberasaskan kepada pelajar dewasa pembelajaran di mana pelajar bolehbantuan belajar mengikut belajar tanpa gangguan.komputer kemampuan sendiri. Menyediakan teknologi komputer terkini. Menayangkan program perisian (tutorial) dengan meluas. Pilih program perisian yang menyediakan pembelajaran aktif (interaksi). Pilih program perisian yang mempunyai pelbagai bentuk pembelajaran (pendengaran, gambaran dan rasa). Pilih program perisian yang menyediakan maklum balas segera.Perbincangan Untuk memberi peluang Bimbing pelajar memilih topik untukkumpulan kepada pelajar berfikir dibincangkan. secara membina, Sediakan senarai soalan utama yang membuat keputusan akan merangsang pemikiran dan dan/atau meningkatkan perbincangan. hubungan kemanusiaan. Atur persekitaran pembelajaran yang menggalakkan perbincangan. Menetapkan keadaan di mana pelajar mempunyai peluang yang sama rata untuk menyertai perbincangan.86
    • Kajian kes Untuk menyediakan Kemukakan kes dengan 3 atau 4 sejumlah masalah atau persoalan yang akan menggerakkan situasi sebenar yang perbincangan. dialami oleh individu Bersedia dengan soalan asas atau kumpulan. untuk merangsang pemikiran dan Kaedah terbaik perbincangan. untuk menggembar- Mengatur persekitaran pembelajaran gemburkan kontroversi untuk menggalakkan perbincangan. dan debat isu yang mana Mewujudkan keadaan yang memberi rumusan tepat tidak peluang sama rata kepada pelajar wujud. untuk menyertai perbincangan. Membimbing perbincangan ke arah hasil yang diingini. 87
    • Penyelesaian Untuk memberi Berikut adalah prosedur dalammasalah peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah: menyelesaikan masalah Merumus dan mentafsir melalui pengumpulan, masalah. aplikasi dan penilaian Mengenal pasti faktor-faktor maklumat. Kaedah yang relevan berkaitan masalah. pengajaran yang Mengumpul maklumat yang berkesan menggalakkan diperlukan untuk menyelesaikan pelajar untuk menyelidik, masalah. berfikir dan mengkritik Pilih penyelesaian tentatif dan/ tentang sesuatu topik. atau alternatif. Cuba menyelesaikan masalah. Menilai keputusan dan tentukan tindakan yang diperlukan. Pilih masalah yang relevan kepada kehidupan pelajar. Gunakan kajian kes, main peranan, atau kaedah pengajaran untuk melibatkan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Jadikan penyelesaian masalah sebagai pembelajaran aktif yang memerlukan pelajar mengkaji topik tersebut. Biarkan pelajar mendapatkan maklumat. Biarkan pelajar menggunakan pelbagai sumber untuk mengumpul maklumat. Biarkan pelajar merumuskan apa yang dipelajari daripada proses penyelesaian masalah.88
    • Role Play Untuk memberi Menentukan objektif yang ingin peluang kepada pelajar dicapai. mengalami masalah Membentuk main peranan untuk hubungan kemanusiaan mencapai objektif yang ditentukan. yang biasa terjadi Menyediakan penyertaan pelajar dalam persekitaran yang dalam main peranan serta terjamin. menyediakan situasi dan skrip jika diperlukan. Menganalisis dan merumus main peranan untuk mengaitkannya dengan objektif.Brainstorming Untuk mendapatkan Mulakan sesi brainstorming dengan idea-idea kreatif atau tajuk atau masalah khusus. untuk mengenal pasti Menerangkan peraturan-peraturan kemungkinan kepada sesi brainstorming: penyelesaian masalah. Semua pendapat dan idea yang Membenarkan pelajar berkaitan dengan topik dialu- untuk meluahkan alukan. pendapat dan idea tanpa Penilaian pendapat dan idea tidak dihakimi oleh pelajar dibenarkan. lain. Kritikan tidak dibenarkan. Mengembangkan idea orang lain adalah digalakkan. Menitik beratkan kuantiti idea adalah dituntut; lebih banyak idea, lebih baik. Memastikan kumpulan sentiasa fokus kepada topik dan masalah. 89
    • Demonstrasi Untuk membentuk Menarik minat pelajar dengan prosedur langkah demi melibatkan mereka dalam demonstrasi langkah yang betul (persembahan). yang diperlukan apabila Menghimpunkan semua kelengkapan melaksanakan tugas. dan bekalan serta mengulanginya sebelum melakukan demonstrasi sebenar. Jadikan demonstrasi yang ringkas – cuba jangan terlalu banyak mengajar dalam satu demonstrasi. Periksa untuk mendapatkan penjelasan dengan bertanyakan soalan dan perhatikan tanda-tanda kekeliruan pada pelajar. Menggariskan langkah-langkah (prosedur) menggunakan beberapa gambaran. Banyak kali menyebut isi-isi penting. Melengkapkan masa untuk pelajar mengaplikasi dan melatih kemahiran yang baru diperolehi.Lawatan/ Untuk memberi peluang Menentukan objektif yang tepat untukrombongan kepada pelajar untuk dicapai. meneliti latihan dan Pilih tempat yang sesuai. permasalahan atau Merancang pengangkutan untuk menghubungkan (termasuklah peta jika diperlukan). pelajar dengan orang Menerangkan faktor istimewa di atau perkara lain. tempat lawatan. Merancang lawatan seterusnya dan membuat kesimpulan.Penutup Matlamat keseluruhan bab ini ialah untuk menyediakanmaklumat praktikal dalam konteks teori untuk pendidikan yang berkaitandengan pembelajaran dewasa. Hampir keseluruhan pendidik dewasamempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masingdan sangat cenderung untuk membantu pelajar untuk belajar, tetapi90
    • mereka memerlukan pembangunan kesedaran mengenai pembelajarandewasa dan bagaimana untuk mengajar golongan dewasa. Oleh itu,pemahaman asas mengenai cirian pembelajaran dewasa, keupayaanuntuk belajar dan harapan mereka dapat membantu pensyarah untukmemudahkan cara pelajar melibatkan diri dan bertanggungjawabdalam proses pembelajaran. Kesedaran mengenai andragogi dan prosespemudahcara dapat membangun pendekatan ketelitian dan termaklumuntuk mengajar pelajar dewasa. Mengajar, sesungguhnya merupakanpengalaman yang mencabar, menarik dan memberikan ganjaran yangtinggi. Kefahaman mengenai pembelajaran dewasa dapat meningkatkandan memandu mereka yang terlibat dalam kerjaya sebagai pensyarah.RujukanBoyer, D.L. 1982. Andragogy in Debate. Manuskrip University ofMissouri, Kansas City.Grow, G. 1991. Teaching Learners to be Self-Directed: A StageApproach. Adult Education Quarterly, 41/3, 125-149.Knowles, M. 1970. Issues in Adult Learning Psychology. AdultLeadership, 22, 300-316.Knowles, M. 1980. The Modern Practice of Adult Education. NewYork: CambridgeKnowles, M. 1990. The Adult Learner: A Weglected Species. Edisiketiga. Gulf, Houston.Rogers, C. 1969. Freedom to Learn. Columbus: Charles E. MerrillPublishing Co. 91
    • Bacaan TambahanCranton, P. 1992. Working with Adult Learners. Toronto: Wall &Emerson, Inc.Brookfield, S.D. 1990. The Skillful Teacher. San Fransisco: JosseyBassBurns, R. 2000. The Adult Learner at Work. New South Wales,Australia: Business and Professional Publishing.Hazadiah Mohamad Dahan & Faizah Abd, Majid (Editor). 2006.Scaffolding Adult Education: Naratives of Malaysian Practitioners.UiTM, Shah Alam: UPENA.Merriam, S.B. & Caffarella, R.S. 1999. Learning in Adulthood: AComprehensive Guide. San Fransisco: Jossey Bass.Norzaini Azman. 2006. Adult Learners Self-Directed Readinessand Implication for Teaching in Higher Education. Dlm HazadiahMohamad Dahan & Faizah Abd, Majid (Editor) (2006). ScaffoldingAdult Education: Naratives of Malaysian Practitioners. UiTM, ShahAlam: UPENA. 159-196.Ramsden, P. 1996. Learning to Teach in Higher Education. London:Routledge.Smith, R.M. 1993. Learning How to Learn: Applied Theory for Adults.Buckingham: Open University Press.92
    • BAB 6 Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif Saemah RahmanPengenalan Secara umum, pembelajaran kolaboratif dan koperatifmerupakan satu proses pembelajaran secara berkumpulan di manapelajar saling membantu dan bergantung antara satu sama lainuntuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Dalam persekitaranpembelajaran sekarang, pembelajaran kolaboratif dan koperatifboleh dilakukan secara tradisional mahupun berbantukan komputer.Secara dasarnya, pembelajaran kolaboratif dan koperatif dipercayaidapat meningkatkan pemahaman isi kandungan yang dipelajaridan meningkatkan pencapaian, estim kendiri dan motivasi pelajar.Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar menjadi aktif dan terlibatdalam proses membina makna, belajar mengambil tanggungjawabke atas pembelajaran mereka sendiri, mempelajari bagaimanamenyelesaikan konflik dalam kumpulan dan meningkatkan kemahiranbekerja sebagai satu pasukan. Jelaslah bahawa penggunaan pendekatanpembelajaran kolaboratif dan kooperatif dapat menyediakan platformyang sangat penting bagi membantu pelajar memperoleh sebahagiandaripada kemahiran generik yang diinginkan dalam persekitaran kerjayang bakal dihadapi kelak. Bagaimanapun, pengertian kolaboratif dan koperatif seringdisalah ertikan. Ramai pendidik menyangka memberikan tugasansecara berkumpulan bermakna mereka mengamalkan pendekatanpembelajaran kolaboratif atau koperatif. Bagaimanakah kita dapatmemastikan bahawa setiap ahli kumpulan sama-sama melakukantugasan yang diberikan dan yang lebih penting ialah setakat manasetiap ahli kumpulan sama-sama membina makna daripada prosespembelajaran yang dilalui. Sesetengah pendidik mendakwa bahawamenggunakan penilaian kumpulan dapat menggalakkan proses 93
    • kerjasama sesama ahli. Sesetengahnya pula mendakwa mereka jugamenggunakan penilaian rakan sebaya untuk menilai keterlibatan setiapahli kumpulan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Beberapa isutersebut perlu dinilai semula untuk memastikan pelaksanaan pendekatanpembelajaran yang dilaksanakan memenuhi tujuan yang ingin dicapai.Bab ini membincangkan tentang konsep pembelajaran kolaboratif dankoperatif, ciri-ciri pendekatan kolaboratif dan koperatif serta aplikasipendekatan pembelajaran kolaboratif dan koperatif dalam prosespengajaran-pembelajaranKonsep Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif Pembelajaran kolaboratif merujuk kepada kaedah pengajaranpembelajaran di mana pelajar bekerja secara berkumpulan untukmenyelesaikan atau meneroka satu persoalan yang diajukan atau untukmencipta satu projek yang bermakna. Dalam pembelajaran kolaboratif,kumpulan yang dibentuk mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikantugasan yang diberi. Dengan lain perkataan, ahli-ahli kumpulan yangmenentukan dan mengenalpasti sumber yang diperlukan dan membuatpembahagian tugas antara ahli kumpulan untuk mencapai objektif yangtelah ditentukan. Antara contoh pembelajaran kolaboratif ialah bila manasekumpulan pelajar membincangkan apa yang diajar dalam sesuatu kuliahatau sekumpulan pelajar daripada institusi yang berbeza atau terpisahsecara geografi berbincang melalui internet untuk melengkapkan satutugasan yang dikongsi bersama. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu bentuk pembelajarankolaboratif. Dalam pembelajaran koperatif, pelajar bekerja bersama-samadalam kumpulan kecil bardasarkan aktiviti yang telah distrukturkan. Hasilkerja dan proses pembelajaran biasanya ditaksir menggunakan kedua-duacara iaitu penaksiran secara kumpulan dan penaksiran secara individu. Inibermakna, setiap ahli kumpulan juga mempunyai akauntabiliti individuke atas hasil dan proses pembelajaran yang dilalui. Satu ciri pentingpembelajaran koperatif ialah ia berlaku secara bersemuka dan pelajarbelajar sebagai satu pasukan dalam aktiviti yang telah distrukturkan.Dengan lain perkataan, pensyarah masih mengawal perjalanan prosespembelajaran melalui aktiviti yang telah distrukturkan.94
    • Prinsip & Ciri Pembelajaran Kolaboratif & KoperatifPendekatan pembelajaran kolaboratif dan koperatif adalah berasaskankepada prinsip-prinsip yang berikut: i. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seseorang pelajar itu bekerja secara bersendirian ii. Interaksi sama ada secara verbal atau bertulis dengan orang lain akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam. Sebagai ahli kumpulan, pelajar akan belajar membinadan berkongsi matlamat yang sama, menyumbang kepada prosespemahaman masalah dan penyelesaian yang ingin dicapai serta belajarmempertimbangkan sumbangan ahli lain dalam proses penyelesaianmasalah tersebut. Satu ciri penting dalam pembelajaran koperatif ialahpelajar belajar saling tolong menolong sesama ahli kumpulan dan padamasa yang sama belajar bertanggungjawab ke atas proses dan hasilpembelajaran mereka sendiri. Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa terdapatperbezaan antara meletakkan pelajar dalam kumpulan denganmenstrukturkan kerjasama antara pelajar. Pembelajaran koperatif tidakberlaku dengan meletakkan pelajar duduk bersebelahan. Memberikantugasan kepada sekumpulan pelajar tanpa penstrukturan mungkinmenyebabkan hanya sebahagian pelajar melakukan tugasan dan yanglain hanya meletakkan nama mereka sahaja. Berada dekat secarafizikal, bersama-sama berbincang, membantu atau berkongsi bahanmerupakan sebahagian daripada aspek penting dalam pembelajarankoperatif namun untuk menjayakan pembelajaran secara koperatif,ia memerlukan lebih dari itu. Justeru, persoalan penting yang perludifikirkan dalam pelaksanaan pendekatan ini ialah bagaimanakahkita dapat memastikan pelajar memperoleh manfaat yang diharapkandaripada proses pembelajaran yang dilalui. Untuk menghasilkan pembelajaran koperatif, setiap kumpulanmestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut: i. Saling pergantungan yang positif: Kejayaan sesuatu kumpulan dikuatkan melalui hubungan matlamat, 95
    • bahan atau ganjaran yang dikongsi bersama. Pelajar harus mempercayai bahawa mereka saling bergantung antara satu sama lain dan mereka tidak akan berjaya kecuali semua ahli kumpulan sama-sama berjaya. Antara contoh pensturkturan bagi saling pergantungan ialah: a) ahli perlu setuju dengan satu jawapan; b) memastikan mana-mana ahli boleh mewakili kumpulan c) kepelbagaian peranan ahli dan perkongsian ganjaran atau bahan. ii. Akauntabiliti individu: Objektif pembelajaran koperatif ialah supaya pada akhirnya setiap individu boleh memperolehi apa yang dipelajari secara individu. Untuk mencapai tujuan ini, perlu dipastikan supaya pada setiap proses supaya setiap ahli menyumbang kepada proses pembelajaran yang berlaku melalui prestasi individu (misalnya melalui memanggil individu dalam kumpulan secara rawak untuk menjawab soalan atau meminta tugasan individu sebagai sebahagian daripada tugasan kumpulan). iii. Penglibatan yang samarata: Struktur tugasan yang memerlukan penglibatan setiap ahli dan terdapat mekanisma untuk memastikan penglibatan yang sama rata; Contohnya, mengagihkan peranan, langkah yang memerlukan input dari setiap ahli atau prosedur mengikut giliran. iv. Interaksi serentak: Perlu pastikan lebih daripada seorang pelajar yang terlibat secara aktif dalam satu- satu masa. Contohnya, pelajar bekerja berpasangan; atau minta setiap individu menulis secara individu dahulu sebelum berbincang dalam kumpulan dapat memastikan berlakunya interaksi secara serentak. v. Kemahiran kerja berpasukan: Antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pembelajaran koperatif ialah kemahiran kerja berpasukan. Pelajar mesti mempunyai dan menggunakan kemahiran komunikasi, kepimpinan, membuat keputusan,96
    • membina kepercayaan sesama ahli dan pengurusan konflik. Kemahiran-kemahiran ini perlu diajar secara langsung sama seperti mata pelajaran akademik yang lain. Disamping itu sangat penting juga agar kumpulan dibimbingmembincangkan kemajuan mereka. Mereka perlu mengenal pastitingkah laku mana yang membantu dan sebaliknya dan membuatkeputusan untuk langkah selanjutnya. Pemprosesan yang dilakukandalam kumpulan membolehkan ahli kumpulan belajar kemahirankolaboratif dan memastikan setiap ahli mendapat maklum balas tentangpenglibatan mereka. Ahli kumpulan juga perlu dibimbing supayamenggunakan kemahiran antara perseorangan dalam kumpulan kecilyang diperlukan untuk bekerja bersama sebagai satu pasukan dan jugasentiasa memantau keberkesanan mereka bekerja secara berkumpulan.Kesemua aspek ini sangat penting untuk memastikan pembelajarankoperatif benar-benar berlaku. Cadangan untuk mempertingkatkankeberkesanan pendekatan kolaboratif/koperatif termasuklah: i. Memastikan objektif yang hendak dicapai dibincangkan dengan jelas ii. Selesaikan konflik yang timbul dengan segera iii. Sediakan rubrik di peringkat permulaan untuk memandu proses pembelajaran dan penilaian hasil kerja kumpualan iv. Bantu pelajar membuat refleksi ke atas kemajuan mereka dari semasa ke semasa v. Beri harapan supaya setiap kumpulan menghasilkan kerja yang terbaikPembentukan & Saiz Kumpulan Satu aspek penting dalam pendekatan pembelajaran kolaboratifdan koperatif ialah mengenai bagaimana kumpulan dibentuk dansaiz yang ideal bagi pembentukan sesuatu kumpulan yang efektif.Perdebatan masih berlaku mengenai perkara ini. Kebanyakan pengkajidalam bidang ini masih berselisih pendapat tentang sama ada perlumembentuk kumpulan berdasarkan kebolehan atau mencampurkan 97
    • pelajar pelbagai kebolehan supaya pelajar yang kuat dapat membantuyang lemah dan pada masa yang sama belajar dengan lebih baik melaluiproses membantu tersebut. Sesetengah pengkaji mendakwa bahawapelajar yang pintar akan terganggu pencapaian mereka jika dicampurkandengan pelajar lemah. Bagaimanapun, kebanyakan pengkaji bersetujudengan pembentukan kumpulan pelbagai kebolehan. Justeru kita bolehmembuat pilihan berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Kadang-kadang pembentukan kumpulan dilakukan berdasarkan minat dankekuatan pelajar dan kadang-kadang mereka dicampurkan supayamereka dapat belajar bekerja dengan jenis individu yang berbeza. Perselisihan pendapat juga berlaku mengenai saiz kumpulanyang ideal. Slavin (1995) mendakwa bahawa bilangan dua atau tigaahli dalam satu kumpulan dapat meningkatkan pencapaian yang lebihtinggi berbanding kumpulan dengan empat atau lebih ahli. Sesetengahpengkaji pula mendakwa bahawa kebanyakan pendidik lebih sukakumpulan dalam bentuk berpasangan dan saiz kumpulan kecil antaratiga atau empat ahli. Sesetengah pengkaji pula mencadangkan supayaperbincangan dilakukan dengan pelajar mengenai bilangan kumpulandan apa yang diharapkan berlaku di dalam kumpulan yang dibentuk.Faedah Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif Antara faedah persekitaran pembelajaran kolaboratif dankoperatif yang dapat diperhatikan ialah:1. Dalam kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar dapat belajar bekerja dengan pelbagai jenis individu. Ketika berinteraksi dalam kumpulan, mereka mempunyai banyak peluang untuk membuat refleksi tentang pelbagai respon yang timbul. Mereka juga berpeluang menambah perbincangan dengan pelbagai isu dari perspektif yang berbeza yang mungkin lebih lengkap dan komprehensif. Proses ini dapat membantu pelajar memahami pelbagai sudut pandangan yang mungkin wujud.2. Pelajar dapat meningkatkan perkembangan interpersonal mereka. Mereka belajar bagaimana berkomunikasi dengan rakan ketika bekerja bersama-sama di dalam kumpulan98
    • 3. Pelajar mempunyai peluang memberi sumbangan dalam kumpulan kecil. Mereka juga akan lebih cenderung mengambil tanggungjawab belajar dan berfikir secara kritis tentang isu yang dibincangkan ketika bekerja sebagai satu pasukan.4. Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan maklum balas secara individu kerana berlakunya banyak pertukaran pendapat ketika mereka memberi idea dan maklumbalas kepada idea orang lain. Maklum balas sebegini jarang berlaku dalam kumpulan besar atau dalam kaedah kuliah di mana hanya satu atau dua pelajar boleh bertukar-tukar fikiran sementara yang lain hanya mendengar.Aplikasi Pembelajaran Kolaboratif dalam Pengajaran-Pembelajaran Pendekatan kolaboratif bersifat fleksibel tetapi antara ciripenting ialah pembinaan kumpulan yang bertanggungjawab mengawalproses pembelajaran mereka dalam melaksanakan tugasan yangdiberikan. Dalam persekitaran pembelajaran hari ini, teknologi yang adamenambahkan dimensi baru kepada konsep pembelajaran kolaboratifdan koperatif. Persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukankomputer merupakan salah satu contoh pembelajaran kolaboratif yangdapat dilakukan. Dengan kemunculan internet, proses kolaborasi boleh berlakutanpa mengira masa dan tempat. Dengan penggunaan email misalnya,ahli-ahli kumpulan boleh saling berhubung tanpa mengira di manamereka berada dan boleh memberi respon bila mereka mempunyaiwaktu yang sesuai. Ahli-ahli kumpulan juga boleh bekerja bersama-samamencipta laman web atau mencari dan berkongsi data yang diperolehimelalui internet. Terdapat juga perisian yang membolehkan pelajardaripada setting tempat yang berbeza untuk bekerja bersama-sama secaraserentak atau sekumpulan pelajar boleh bekerja secara kolaboratif dalammembina sesuatu projek misalnya projek “desktop publishing”. Dalampersekitaran pembelajaran ini, bilangan ahli boleh melebihi bilanganahli kumpulan secara bersemuka namun bilangan maksima tertakluk 99
    • sejauhmana pemantauan dapat dilakukan supaya setiap ahli benar-benarterlibat secara aktif dalam proses pembinaan makna yang dijalankan. Knowlton (2006), mencadangkan model refleksi kendiriempat fasa yang boleh disesuaikan dengan pembelajaran kolaboratifberbantukan komputer iaitu: i) peringkat pra pembinaan, ii) peringkatketidakseimbangan kognitif dan pemikiran peringkat tinggi,iii)peringkat pembinaan semula dan iv) peringkat Refleksi kendiri.Fasa-fasa tersebut boleh dijelaskan dalam bentuk langkah-langkahberikut:- i. Pelajar menyediakan jawapan kepada tugasan yang diberikan secara individu dan diposkan ke dalam forum/ perbincangan dalam talian. ii. Pelajar memberi respon kepada satu sama lain sebagai satu cara untuk meluaskan kefahaman. iii. Pelajar membuat rumusan berdasarkan kandungan perbincangan. iv. Pelajar menulis analisis kendiri tentang peranan yang dimainkannya dalam perbincangan yang dijalankan. Fasa-fasa pembelajaran ini boleh digunakan dalam model-modelpembelajaran yang menggunakan kaedah forum atau perbincanganatas talian dan boleh diaplikasikan dalam kaedah pembelajaranberasaskan masalah/kes atau projek mahupun pembelajaran inkuiriatau penemuan.Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran-Pembelajaran Pendekatan pembelajaran koperatif boleh dikategorikan kepadadua kategori utama iaitu kumpulan koperatif formal dan kumpulankoperatif infromal. Teknik kumpulan formal boleh digunakan untukmengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaianmasalah manakala teknik kumpulan informal boleh digunakan untukmemastikan proses kognitif yang aktif berlaku semasa kaedah kuliahdijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakansatu struktur yang pelbagai kepada pelajar.100
    • Kumpulan Koperatif Formal Kumpulan koperatif formal boleh digunakan dalam satu jangkamasa kuliah atau boleh melewati beberapa minggu untuk menyelesaikantugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif dankoperatif. Dalam kumpulan koperatif, pelajar bekerja bersama-samauntuk mencapai objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyaidua tanggungjawab utama iaitu: i) untuk memaksimakan pembelajaranmereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajaran kesemuaahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatanini. Prosedur umum langkah-langkah pembelajaran berikut bolehdigunakan dalam aplikasi pembelajaran koperatif. i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. ii. Pilih strategi pembelajaran koperatif yang akan digunakan untuk menjalankan tugasan. iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah penilaian dijelaskan. iv. Berikan bantuan jika diperlukan. v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai oleh kumpulan. vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.Antara contoh teknik koperatif kumpulan formal ialah teknik STAD,JIGSAW dan teknik-teknik pengajaran berasaskan kumpulan kecil.Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut:1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah: • Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh: Jika ada empat ahli, beri bahan A, B, C dan D kepada ahli). 101
    • • Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar). • Langkah 3: Ahli kumpulan balik ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. • Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/ penilaian.2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi: • Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran. • Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan dalam kelas. • Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu. • Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan).3. Penggunaan prinsip pembelajaran koperatif dalam strategi berasaskan kumpulan. Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan prinsip pembelajaran koperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Berikut ialah contoh aplikasi prinsip pembelajaran koperatif dalam pembelajaran berasaskan masalah: • Tugasan: Contoh- penyelesaian tugasan atau masalah yang diberikan.102
    • • Aktiviti individu: Mencari jawapan/strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. • Aktiviti koperatif: Mencari persetujuan kumpulan. Memastikan setiap ahli boleh menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. • Kriteria untuk kejayaan: Setiap ahli mesti dapat menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. • Penilaian: Penyelesaian terbaik berasaskan sumber yang ada atau dalam limitasi yang ada. • Akauntabiliti individu: Ahli dari mana-mana kumpulan dipilih secara rawak untuk menerangkan jawapan dan bagaimana masalah diselesaikan. • Tingkah laku yang diharapkan: Penglibatan aktif, penyemakan, elaborasi dan saling menggalakkan antara ahli. • Kerjasama antara kumpulan: Jika diperlukan, semak prosedur, jawapan dan strategi dengan kumpulan lain.Kumpulan Koperatif InformalKumpulan koperatif informal adalah kumpulan sementara atau ad hocyang dibentuk untuk satu aktiviti perbincangan kumpulan kecil dalamkumpulan besar. Tujuannya ialah untuk menarik fokus pelajar supayamempelajari bahan yang dibincangkan dalam kelas. Ia boleh digunakanbila-bila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk mendapatkanpenglibatan aktif pelajar secara intelektual. Membahagikan kuliahdengan aktiviti pemprosesan maklumat secara koperatif yang pendekdapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosialantara pelajar. Beberapa struktur koperatif berikut sesuai digunakan sebagaiaktiviti kumpulan kecil semasa menggunakan pendekatan kumpulanbesar (kuliah). Struktur tersebut merujuk kepada alat yang bolehdigunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah.1. ‘Think-Pair-Share’: Anda boleh memberhentikan syarahan dengan memberikan soalan, item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu (fasa 103
    • ‘think’), kemudian dibincangkan bersama dengan rakan di sebelah (Fasa ‘pair’), Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik ini melibatkan tiga langkah: i) masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada soalan yang diberikan secara individu; ii) pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang jawapan secara berpasangan dan iii) hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan kumpulan lain/ kelas.2. ‘Three-Step Interview’: Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam langkah pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan. Pada pusingan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan kumpulan.3. ‘Round Robin Brainstorming’: Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang) dengan seorang dilantik sebagai pencatat. Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya. Selepas masa berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon jawapan. Pencatat mencatat semua jawapan ahli.4. ‘Three-Minute Review’: Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan respon pelajar.5. ‘Two Minute Paper’: Dalam teknik ini, beri pelajar masa dua minit untuk menulis tentang sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah. Kemudian pilih beberapa orang kongsikan apa yang ditulis kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis, dipungut dan boleh digunakan dalam kelas seterusnya.6. ‘Numbered Heads Together’: Contohnya satu kumpulan yang terdiri daripada empat ahli diberi nombor 1,2,3 dan 4. Kemudian, anda tanyakan soalan dan minta ahli-ahli kumpulan menjawab104
    • soalan bersama-sama supaya mana-mana ahli boleh menjawab soalan yang diberikan. Selepas itu, anda sebutkan mana-mana nombor katalah nombor dua dan semua ahli kumpulan bernombor dua diminta menjawab soalan tersebut.7. ‘Team Pair Solo’: Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan dulu kemudian berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu. Struktur ini direkabentuk untuk memotivasi pelajar menangani masalah kurang kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta bekerja sendiri mungkin tidak dapat diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan, berpasangan dan akhirnya baru secara indiividu.8. ‘Lecture-Write-Share-Learn’: Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan untuk membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada akhir kuliah, buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi apa yang telah dibincangkan. Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta pelajar secara bergilir menerangkan apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang……9. ‘Pose a Question-All Write-Discuss’: Tanyakan soalan kepada seluruh kelas, minta pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit untuk membuat refleksi dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar ceritakan kepada kelas.Rumusan Kedua-dua pendekatan kolaboratif dan koperatif melibatkanproses bekerja dalam kumpulan. Pembelajaran kolaboratif berlakubila pelajar bekerja bersama-sama misalnya bila mereka menolongsatu sama lain untuk menyelesaikan tugasan manakala pembelajarankoperatif berlaku bila pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulankecil di tempat yang sama dalam projek yang telah distrukturkan.Ketika bekerja di dalam kumpulan, pelajar boleh berkongsi kekuatandan memperbaiki kelemahan masing-masing. Mereka juga dapatmembina kemahiran antara perseorangan dan belajar bagaimanamenangani konflik. 105
    • Pelaksanaan pembelajaran kolaboratif dan koperatif mempunyaicabarannya yang tersendiri. Pensyarah perlu memastikan bagaimanaciri-ciri pembelajaran koperatif yang dicadangkan dapat diaplikasikandalam menstruktur interaksi pelajar dalam kumpulan untukmenghasilkan output pembelajaran yang maksima. Bila pembelajarankoperatif dibimbing dengan objektif yang jelas, pelajar akan terlibatdengan pelbagai aktiviti yang dapat membantu meningkatkan apa yangdipelajari. Tambahan lagi, jika perkembangan kemahiran komunikasidan antara perorangan serta kemahiran bekerja dalam pasukan diambilperhatian secara langsung, pendekatan pembelajaran koperatif bolehmenjadi alat penting untuk mengembangkan kemahiran generikpelajar.Bacaan TambahanJohnson, D.W., Johnson, R.T., and Smith, K.A. 1998. Maximizinginstruction through cooperative learning. ASEE Prism, 7(6), 24-29.Kagan, Spencer. 1994. Cooperative Learning. San Clemente, CA:Kagan Publishing,. www.KaganOnline.comKnowlton, D. S. 2006. Promoting Durable Knowledge Constructionthrough Online Discussion.http://www.mtsu.edu/~itconf/proceed01/11.htmlSlavin, R.E. 1995 Cooperative Learning. 2nd Edition. Boston: Allyn &Bacon.106
    • BAB 7 Pembelajaran Berasaskan Masalah Nabishah MohamadPembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran berasaskan masalah atau Problem Based Learning(PBL) adalah satu kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkanlebih 30 tahun yang lalu. Ianya diperkenal oleh Howard Burrow diUniversiti McMaster, Kanada. Sejak ia diperkenalkan, kaedah initelah digunakan dalam pelbagai bidang dan tersebar di seluruh dunia.Walaubagaimanapun pendekatan PBL dan definasi PBL itu sendiriberbeza-beza. Kejayaan dan kegagalan perlaksaan PBL juga telahbanyak ditulis. Perlaksanaan PBL melibatkan tiga elemen utama iaitu pelajar,senario PBL dan fasilitator. Bab ini memberi fokus terhadap ciriyang perlu ada pada pelajar dan fasilitator serta proses tutorial PBL.Penulisan panduan fasilitator untuk mengendali sesuatu PBL diluar skop buku ini. Namun contoh panduan fasilitator dalam bidangperubatan diberikan dalam apendiks.Definisi Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) ialah satu kaedahpembelajaran yang menggunakan ‘masalah sebenar’ sebagaipencetus. Dalam menyelesaikan masalah dalam PBL pelajar secaraaktif mengenalpasti keperluan pembelajaran dengan dibantu olehfasilitator.Falsafah Pendidikan dalam PBL Pembelajaran berasaskan masalah menggunakan prinsippembelajaran androgogi iaitu: 1- Motivasi untuk belajar adalah secara dalaman (intrinsik) apabila pelajar sendiri menentukan halatuju pembelajaran. 107
    • 2- Pembelajaran lebih berkesan apabila ianya dibangunkan dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada. 3- Pembelajaran berlaku secara kolaborasi bukan kompetitif. 4- Belajar adalah tanggungjawab pelajar, guru hanya membantu untuk mencapai objektif dan bukan untuk mencurah ilmu.Disini dapat dilihat proses dalam PBL melibatkan pelajar bekerjadalam kumpulan untuk mempelajari ilmu baru dalam usaha untukmenyelesaikan masalah yang akan dihadapi dalam profesion mereka.Kehadiran fasilitator adalah untuk membimbing supaya perbincanganpelajar tidak tersasar dari objektif pembelajaran, juga merangsangpelajar mengaplikasi pengetahuan sedia ada sebelum menetukankeperluan pembelajaran.Perbezaan PBL dari Penyelesaian Masalah Dalam penyelesaian masalah atau Problem Solving (PS),maklumat yang diberikan dalam trigger hampir lengkap. Fokuspembelajaran adalah untuk menyelesaikan masalah berdasarkanmaklumat yang ada. Manakala dalam PBL, maklumat di dalamtrigger merupakan maklumat awal, seperti yang biasa berlaku dalamkehidupan seharian. Proses pembelajaran berlaku apabila pelajar perlumemahami masalah yang diberikan, seterusnya mengenalpasti apakahmaklumat tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.Ini bermakna PS adalah sebahagian dari PBL.Proses PBL 1. Membaca/melihat/mendengar trigger. 2. Mengenalpasti istilah yang tidak difahami. 3. Mengenalpasti perkara penting (cue) dari trigger. 4. Membuat ‘formulasi masalah’. 5. Menyenarai hipotesis berdasarkan ‘masalah’. 6. Merancang strategi untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui pertanyaan dan pemeriksaan. 7. Mengenalpasti keperluan pembelajaran dalam menyelesaikan langkah 5 – 6.108
    • 8. Membaharui ‘formulasi masalah’ (problem reformulation) berdasarkan maklumat tambahan/baru. 9. Menyelesaikan masalah. 10. Merumus semua hasil perbincangan dan kaitannya dengan ‘masalah’ dalam satu peta konsep. 11. Menilai prestasi secara kendiri dan mendapat maklumbalas dari rakan serta fasilitator.Tanggungjawab Pelajar dalam PBL 1. Mengenalpasti keperluan pembelajaran dalam usaha untuk memahami masalah. 2. Mendapatkan sumber terbaik dan pelbagai untuk menyempurnakan keperluan pembelajaran. 3. Berkongsi pengetahuan baru dengan rakan dalam kumpulan PBL. 4. Membina pemikiran kritis dalam perolehan sumber maklumat dan semasa perbincangan dengan rakan. (Tidak ada jalan pintas dalam pencarian maklumat. Maklumat yang diperolehi samada dari sumber rujukan atau semasa perbincangan dengan rakan perlu dianalisis dan dikaitkan dengan ‘masalah’ yang sedang dipelajari) 5. Mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. (pengetahuan baru dikembangkan dari pengetahuan asas. Ini adalah salah satu prinsip pembelajaran dewasa iaitu ilmu baru dibina dari ilmu sedia ada) 6. Mengaitkan dan menggunapakai ilmu baru dengan ‘masalah’ dalam PBL akan datang, dan seterusnya dalam masalah sebenar dalam praktis.Peranan fasilitator dalam PBL 1. Fasilitator membimbing (guide)/membantu kumpulan pelajar dalam mengenalpasti keperluan pembelajaran selari dengan keperluan kursus. 2. Membantu pelajar melalui proses PBL. 109
    • 3. Membantu dalam pembentukan/pembangunan dinamis kumpulan. 4. Membantu pelajar dalam mengenalpasti sumber rujukan. 5. Memberi maklumbalas konstruktif kepada pelajar. 6. Menilai prestasi pelajar. 7. Memantau prestasi kumpulan.Ciri Fasilitator PBL 1. Memberi peluang pelajar memberi pendapat dan berbincang. 2. Memahami proses PBL. 3. Mempunyai kemahiran ‘probing’ untuk memastikan pembelajaran berlaku secara ‘deep learning’. 4. Bersikap tegas dengan pelajar sekiranya pembelajaran kendiri tidak dilakukan dengan baik.Kemahiran Fasilitator 1. Kemahiran pemudahcara (probing, non-judgemental, membina persekitaran belajar yang memberangsangkan, mengaju soalan terbuka (open ended). 2. Kemahiran mendengar. 3. Mengubah ‘set minda’ dari pensyarah kepada fasilitator. 4. Pengetahuan mengenai dinamis kumpulan. 5. Kemahiran mengendali konflik dalam kumpulan. 6. Kemahiran membina dinamis kumpulan dan menggalakkan kerja berpasukan. 7. Pengetahuan secara umum mengenai kurikulum dan secara terperinci mengenai sesuatu modul yang pelajari. 8. Memberi maklumbalas konstruktif kepada pelajar. 9. Menilai prestasi kendiri dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran fasilitasi.Keperluan Asas Pengendalian PBL 1. Pelajar bekerja dalam kumpulan kecil antara 6 – 10 orang. Sekiranya bilangan pelajar melebihi 12 orang menjadikan PBL tidak efektif.110
    • 2. Pelajar tahu peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam ‘pembelajaran dewasa’. 3. Pelajar tahu tugas guru sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar melalui proses PBL dan bukan sebagai pemberi maklumat. 4. Fakulti mempunyai bilangan fasilitator yang mencukupi. 5. Tenaga pengajar yang menerima konsep pembelajaran menggunakan kaedah PBL. 6. Fasilitator diberi latihan mengenai kemahiran fasilitasi, penilaian pelajar dalam kumpulan, proses PBL dan kemahiran memberi dan menerima maklumbalas. 7. Ruang untuk bilangan pengendalian PBL yang mencukupi. 8. Sumber rujukan yang mencukupi untuk menjamin keberkesanan pembelajaran kendiri.Perkara yang perlu dielakkan oleh fasilitator PBL 1. Menjadikan sesi PBL sebagai sesi mini kuliah. 2. Terlalu cepat membuat penilaian semasa pelajar memberi pandangan. 3. Menyerahkan panduan fasilitator untuk sesuatu kes kepada pelajar. 4. Membenarkan terbentuk sub-kumpulan dalam sesuatu kumpulan pelajar. 5. Mendominasi dalam perbincangan pelajar. 6. Membaca panduan fasilitator semasa PBL.Tutorial PBL Keseluruhan proses PBL boleh dilakukan dalam dua atautiga sesi. Setiap sesi berlangsung selama dua – tiga jam. Jangkamasakeseluruhan untuk sesuatu kes bergantung kepada kerumitan masalahdan tahap pelajar. Pelajar Tahun 1 memerlukan masa yang lebihpanjang untuk mempelajari dan menyelesaikan masalah. Sesi pertamaPBL dimulai dengan pengenalan fasilitator dan pelajar (sekiranyafasilitator pertama kali mengendalikan kumpulan berkenaan). Ini 111
    • diikuti pengenalan mengenai kes iaitu apakah fokus sesi PBL tersebut.Ini adalah penting kerana pendekatan PBL amat luwes, penggunaansesuatu trigger boleh digunakan untuk menjana keperluan pembelajaranyang berbagai bergantung kepada keperluan kursus. Sesi pertama berakhir sehingga penjanaan hipotesis besertamenyenarai keperluan pembelajaran untuk PBL yang dijalankansebanyak 3 sesi. Sesi kedua dimulai dengan reformulasi masalahdiikuti dengan perbincangan pelajar dalam berkongsi maklumat yangdiperolehi semasa pembelajaran kendiri. Di sini tugas fasilitatoradalah: • Memastikan semua pelajar melaksana tugas mereka, memahami maklumat baru yang dibawa dan juga memahami maklumat yang dibawa oleh rakan. • Memastikan semua pelajar terlibat dalam perbincangan. • Bertanyakan soalan bersifat soalan terbuka dan menggalakkan pelajar mengkritis maklumat dan sumber maklumat. • Membantu pelajar dalam mengaitkan ilmu baru dengan kes yang dipelajari. • Membantu pelajar mengaitkan maklumat dari kes yang lepas dengan kes/masalah kini. • Membantu pelajar menganalisis dan menilai maklumat menjana “clinical reasoning skill” Dalam sesi kedua, pelajar memohon maklumat tambahanmengenai kes (masalah) berdasar maklumat baru yang mereka perolehidari pembelajaran kendiri dan perbincangan dengan rakan pada awalsesi kedua. Sesi ketiga juga dimulai dengan reformulasi semulamasalah diikuti dengan perbincangan pelajar berkongsi maklumatbaru yang diperolehi semasa pembelajaran kendiri. Ini diikuti denganperbincangan pelajar mengenai langkah penyelesaian masalah. Adalahbaik sekiranya kemajuan kes hasil dari langkah penyelesaian masalahyang telah diambil terhadap kes tersebut dimaklumkan kepadapelajar. Bagi PBL yang dijalankan sebanyak dua sesi sahaja,pengendalian sesi pertama berakhir sehingga langkah ke lapan.Ini bermakna sesi pertama dan kedua yang diterangkan di atas112
    • dijalankan pada sesi pertama. Pengendalian sesi pertama akan menjadilebih sukar dan mencabar kerana pelajar masih belum melakukanpembelajaran kendiri terhadap keperluan pembelajaran semasamereka membincangkan stratergi mendapat maklumat tambahanmelalui pertanyaan lanjut, pemeriksaan dan penyelidikan. Pelajar jugamungkin tidak dapat menyenarai jenis penyelidikan atau pemeriksaanlanjut yang perlu dilakukan. Oleh itu untuk pelajar tahun 1 semester1 dicadangkan PBL tiga sesi digunakan. Dalam sesi PBL terakhir(samada ke 2 atau 3) pelajar dikehendaki merumus semua ilmu yangdipelajari dalam satu peta konsep. Peta ini mengandungi mekanismebagaimana masalah/kes terjadi, faktor yang menyumbang kepadaberlakunya masalah tersebut dan bagaimana langkah penyelesaianyang dicadangkan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Pada sesi PBL terakhir untuk sebuah kes, penilaian prestasisetiap pelajar dilakukan secara lisan. Adalah menjadi tanggungjawabfasilitator untuk menilai prestasi pelajar dan memberi maklumbalaskonstruktif secara individu dan secara berkumpulan. Pelajar juga bolehdilatih untuk membuat penilaian kendiri dan penilaian ke atas rakansecara lisan. Penilaian secara formal menggunakan borang khususboleh dilakukan mengikut keperluan sesuatu kursus.Cabaran Dalam Perlaksanaan PBLCabaran Kepada Pensyarah 1. Beban pengajaran bertambah. 2. Memerlukan keyakinan yang tinggi mengendali pelajar dalam kumpulan kecil yang bersifat interaktif berbanding kuliah yang bersifat didaktif. 3. Tidak yakin pelajar dapat melakukan pembelajaran kendiri yang berkesan. 4. Rasa status pensyarah tercabar apabila tajuk yang biasanya diberi dalam bentuk kuliah, kini pelajar mempelajarinya sendiri. 5. Memerlukan komitmen yang tinggi dan memakan masa dalam penyediaan panduan fasilitator. 6. Kemahiran permudahcara memerlukan latihan dan dipraktis. 113
    • Cabaran Kepada Pelajar 1. Perlu berusaha sendiri mendapatkan maklumat, tidak semudah mengikuti kuliah. 2. Perlu mengubah matlamat belajar untuk diri sendiri kepada matlamat untuk kecemerlangan kumpulan. 3. Tidak yakin maklumat yang diperolehi secara kendiri dan rakan setanding dengan ilmu yang dicurahkan oleh guru.Nota: Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikiran kreatifdan kritis dibentuk melalui proses PBL, ianya bukan keperluan untukmemulakan PBL.Cabaran Kepada Pentadbir 1. Bilangan fasilitator yang diperlukan bergantung kepada jumlah pelajar. Sedangkan untuk mengendalikan sesuatu kuliah hanya seorang pensyarah diperlukan tanpa mengambilkira bilangan pelajar. 2. Perlu menyediakan latihan kepada fasilitator. 3. Memerlukan kakitangan sokongan yang boleh menguruskan pengendalian PBL termasuk penyediaan pakej PBL, taklimat kepada fasilitator dan memantau kehadiran pelajar dalam setiap kumpulan, menyediakan kumpulan pelajar yang seimbang dari segi jantina dan bangsa. 4. Menyediakan ruang yang mencukupi. 5. Menyediakan sumber rujukan dalam bentuk buku, jurnal dan maya yang mencukupi.Kesimpulan Pembelajaran berasaskan masalah PBL mendidik pelajarbagaimana untuk belajar dan membentuk sikap pembelajaran kendirisebagai bekalan untuk memperoleh kemahiran pembelajaran sepanjanghayat. Namun perlaksanaan PBL memerlukan komitmen yang tinggidikalangan pelajar, pensyarah dan pentadbir.114
    • Apendiks 9.1 PBL: STUDENT’S GUIDE1ST SessionElect : ScriberDraw 3 columns on the boardInformation Hypothesis/discussion Learning IssuesImportant cues Brain storming about: List of what need to bePatient data • cause learn in order to complete • effect the problem task 115
    • 116
    • BAB 8 Pembelajaran Berasaskan Projek Ruhizan Mohd YassinPengenalan Globalisasi perubahan ekonomi global dan perkembanganteknologi memberi impak kepada perkembangan pendidikan diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di mana graduan yangdilahirkan mestilah lebih kompetitif, berdaya saing dan sentiasarelevan dengan kehendak pasaran tenaga kerja dan ekonomi semasa.Di antara ciri-ciri modal insan yang perlu dihasilkan ialah individuyang berpengetahuan dan berketerampilan dalam bidang ilmu yangdipelajari, berketerampilan dalam komunikasi lisan dan bukan lisan,kreatif dan inovatif, belajar cara belajar, dapat bekerja secara individudan berkumpulan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Justeru,aspek-aspek ini haruslah dijadikan hasil pembelajaran program ataukursus-kursus di IPT. Hasil-hasil pembelajaran ini dapat diterjemahkanmenerusi pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yanglebih berpusatkan pelajar seperti Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP). Objektif utama PBP ialah untuk mengembang dan meningkatkankemahiran mengaplikasikan (memindahkan) pengetahuan yangdipelajari kepada sesuatu yang lebih bermakna. Seterusnya dapatmenghasilkan graduan berpasaran kerja yang tinggi, mempunyaikesediaan dan keyakinan untuk memulakan kerjaya profesionalmereka. Bab ini membincangkan tentang apakah yang dimaksudkandengan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dengan huraiantentang ciri-ciri PBP, kelebihan serta beberapa rekabentuk PBL yangboleh dilaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di IPT,isu-isu pelaksanaan PBP dan beberapa contoh modul PBP. 117
    • Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah satu pendekatanpembelajaran menggunakan projek sebagai satu tugasan pembelajaranyang mesti dilalui oleh pelajar. Tugasan projek yang menjadi aktivitipembelajaran pelajar mempunyai ciri-ciri utamanya iaitu:• Berpusatkan pelajar• Mampu mengembangkan pelbagai kemahiran• Melibatkan pembelajaran aktif• Melibatkan beberapa bidang disiplin (Multidisiplin)• Lazimnya melibatkan kerja kumpulanKelebihan Pembelajaran Berasaskan ProjekBeberapa kelebihan yang nyata dari PBP ini antaranya ialah:• Pelajar digalak menggunakan pelbagai kemahiran (kemahiran generik) dalam mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari kepada situasi yang lebih praktikal.• Pengaplikasian teori kepada praktikal ini dapat membantu pelajar memahami dan menghayati teori-teori (pengetahuan) yang dipelajari dengan mengembangkan kemahiran-kemahiran baru dan lebih bermakna dengan mengintegrasikan pelbagai pengetahuan untuk disesuaikan dengan situasi.• Di samping kemahiran-kemahiran generik, pelajar juga dapat menghayati nilai-nilai serta kekangan-kekangan yang wujud dalam mengaplikasikan pengetahuan dan teori kepada keadaan yang sebenar.• Pembelajaran menerusi projek ini adalah lebih menarik bukan hanya kepada pelajar tetapi juga kepada pensyarah. Aspek ini akan lebih memotivasikan pelajar kerana ia bersifat hands-on dan lebih kepada situasi sebenar alam pekerjaan atau kehidupan.Reka Bentuk Projek Projek boleh digunakan dalam satu kontek pembelajaranyang luas iaitu dari aspek bilangan pensyarah dan juga dari aspekpendekatan pengajaran yang digunakan. PBP boleh dikendalikan olehseorang pensyarah ataupun oleh satu pasukan pensyarah. Ia boleh118
    • digunakan dalam pendekatan pengajaran tradisional (kuliah) atau pundalam pendekatan pengajaran terkini seperti Pembelajaran BerasaskanMasalah (PBL). Tugasan projek yang diberikan kepada pelajar bolehdibahagikan kepada projek jangka pendek dan juga projek jangkapanjang. Tugasan ini juga boleh dilaksanakan oleh individu pelajarataupun secara berpasukan.Bentuk-Bentuk Projek Tugasan projek boleh dijalankan dalam banyak bentuk. Bagimendapat kelebihan yang maksima menerusi PBP, bentuk projek yangdipilih perlulah disesuaikan dengan tajuk bidang yang diterokai danhasil pembelajaran yang digariskan.Projek Individu/BerkumpulanDalam setiap modul pembelajaran atau struktur kursus perlu dinyatakansama ada tugasan projek perlu dijalankan secara individu, berpasanganatau berkumpulan.Projek IndividuTugasan projek individu selalunya dianggap kurang mencabar dankomplek jika dibandingkan dengan tugasan projek berkumpulan. Saizmasalah dan hasil pembelajaran bagi projek berkumpulan adalah lebihdari satu tugasan projek individual. Dalam pemantauan tugasan projekindividu, pensyarah perlu membuat garispanduan seperti menetapkanpelajar boleh berbincang dengan rakan-rakan yang lain (jika tajukyang sama) tetapi rekabentuk, penyelesaian atau produk akhir mestilahberbeza. Pensyarah perlu menegaskan kepada pelajar terhadap akibataktiviti memplagiat. Lazimnya hasil pembelajaran yang dihasratkanmenerusi projek individu ini lebih bertumpu kepada kemahiranindividu seperti untuk menilai sejauhmanakah individu pelajar dapatmengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari daripengkuliahan, dapat direalisasikan kepada satu produk. Pensyarahboleh juga menambah hasil pembelajaran lain seperti menunjukkankemahiran berkomunikasi lisan dan penulisan. Komunikasi lisan dapatdinilai menerusi pembentangan individu. 119
    • Contoh 1: Tugasan projek menghasilkan satu kertas cadanganpenyelidikan latihan ilmiah bagi modul kaedah penyelidikan.Contoh 2: Tugasan projek penulisan artikel atau makalah bagitajuk-tajuk yang diberikan atau dipersetujui bagi modul penulisanakademik.Jangkamasa sesuatu projek perlulah setimpal dengan kerumitan danhasil pembelajaran yang dihasratkan begitu juga dengan kriteria danbeban penilaian (pemarkahan). Bagi memastikan tugasan projekdijalankan mengikut jangkamasa yang diberikan, pensyarah sebagaipenyelia perlu membuat pemantauan berkala dengan memastikankemajuan berdasarkan jangkaan dan hasilan (milestones anddeliverables). Rekod perjumpaan (penyeliaan) pensyarah dan pelajarperlu disediakan bagi setiap perjumpaan.Projek BerkumpulanApabila pensyarah membuat keputusan untuk memberi tugasan projekberkumpulan kepada pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatiantermasuklah:• Saiz kumpulan – bergantung kepada jumlah pelajar mendaftar, tugasan yang terlibat dan sumber dan sokongan yang ada seperti bilangan pensyarah pembimbing, alatan dan ruang. Sebagai garis panduan umum kumpulan 3 atau 4 orang dianggap ideal tetapi jika lebih agak sukar untuk diuruskan.• Keahlian kumpulan – terdapat beberapa pendekatan untuk memastikan pelajar mana yang dapat bekerja bersama. Pembinaan kumpulan (Team building) ialah – input atau latihan untuk membina kumpulan. Ia diperlukan untuk memastikan kejelekitan dan keefisienan pasukan bagi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna.• Dinamika kumpulan – pensyarah berperanan penting dalam menggalakkan perkembangan pasukan yang efisien dan harmoni dimana setiap individu berkomunikasi dengan baik,120
    • saling menyokong dalam merealisasikan matlamat individu dan kumpulan.• Peranan kumpulan – peranan yang dimainkan oleh individu pelajar dalam pasukan boleh ditentukan oleh pensyarah secara rawak atau berpandukan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Pensyarah juga boleh menyerahkan agihan tugasan individu ini kepada kumpulan.• Mesyuarat (perbincangan/perjumpaan) kumpulan – perjumpaan dan perbincangan yang kerap adalah penting terutamanya di peringkat awal dan akhir projek. Pelajar perlu menyimpan rekod kehadiran mesyuarat, kemajuan terhadap tindakan yang dipersetujui sebelumnya, tindakan baru bagi masa yang ditetapkan dan isu-isu berbangkit yang perlu dibincangkan dengan pensyarah pembimbing.• Tutorial kumpulan – perjumpaan antara pensyarah dan ahli kumpulan untuk tujuan pemantauan kemajuan, memeriksa rekod, menangani masalah atau isu yang timbul dan seterusnya memberi sokongan, galakan dan nasihat tambahan jika diperlukan.Projek Terbuka/TertutupPenerangan tentang tugasan projek bergantung kepada bentuk projekyang diberikan dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Satudimensi penting ialah sama ada tugasan projek berbentuk terbuka ataupun tertutup.Projek TertutupProjek tertutup ialah tugasan projek yang memerlukan pelajarmelaksanakan tugasan yang telah digariskan dalam kerangka kerja,pengetahuan dan atau metod yang tertentu. Projek tertutup lazimnyadikemukakan bersama ringkasan fakta-fakta, rajah, formula danmaklumat mendapatkan data. Berikut adalah contoh-contoh bentukprojek tertutup: 121
    • Contoh 1 : Reka bentuk struktur komponen bagi mematuhi kriteria loading atau prestasi yang telah ditentukan.Contoh 2 : Reka bentuk satu mesin atau mekanisme untuk beroperasi dengan tork, halaju dan kriteria kehidupan yang diberikan.Contoh 3 : Hasilkan satu kertas kerja dengan tajuk, dan kriteria yang telah diberikan.Projek tertutup ini lebih telus dan mudah untuk dilaksanakandan dipantau. Pensyarah boleh menyediakan model jawapanatau penyelesaian yang selalunya membantu dalam memberikanmaklumbalas yang berkesan diakhir projek.Lazimnya projek tertutup ini dilaksanakan diperingkat tahunpertama program prasiswazah. Ia lebih sesuai untuk menggalakkanperkembangan kemahiran-kemahiran yang telah dikenalpasti tetapiagak terbatas untuk menggalakkan pelajar membangunkan ide-idebaru, pendekatan inovatif atau kemahiran kreatif.Projek TerbukaSecara bandingan, tugasan projek terbuka adalah agak kurangkekangannya. Pelajar diberi peluang untuk mengemukan‘permasalahan’ yang dijelmakan sebagai satu ‘projek’. Pelajardikehendakki mengemukan strategi projek berpandukan deskripsiumum permasalahan (pernyataan masalah) mereka. Pelajar perlumendapatkan maklumat-maklumat latarbelakang yang diperlukanmenerusi kajian bebas (independent research). Contoh bentuk projekterbuka :Contoh 1 : Satu syarikat mengalami gangguan sekali sekala pada production line conveyor. Siasat punca-punca dan kenalpasti strategi yang paling sesuai untuk mengurus atau menghindarkan masalah tersebut.Projek terbuka berguna untuk pengembangan kemahiran danpengetahuan spesifik (terfokus). Pelajar perlu menunjukkan kemahiranpembelajaran terarah kendiri, memanafaatkan pensyarah dan lain-lainsebagai sumber untuk mendapatkan maklumat dan panduan. Persediaan122
    • dan struktur sokongan yang bersesuaian adalah penting untukmendapatkan kelebihan yang unggul dari tugasan projek terbuka.Projek terbuka lebih kerap digunakan ditahap yang lebih tinggi dalamsesuatu program pengajian. Walau bagaimana pun projek berbentukini digunakan disemua tahap dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah(Problem Oriented Project Based Learning -POPBL).Projek MultidisiplinTugasan projek multi-disiplin melibatkan pelbagai disiplin bagimenyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti. Ia mungkin pelbagaisub-disiplin seperti dalam kejuruteraan melibatkan kejuruteraanmekanikal, elektrik, bangunan dan ekonomi. Projek sebegini bolehdilaksanakan dengan keahlian kumpulan dari pelbagai disiplindan program yang dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspekmultidisiplin ini dalam kurikulumnya. Tugasan projek multidisiplinmemberi peluang kepada pelajar-pelajar menyelesaikan masalahkeadaan dunia sebenar dan membantu mereka mengembangkanketrampilan pemindahan (transferable skills) yang luas seperti bekerjaberpasukan, berkomunikasi dan merancang projek.Merancang dan melaksanakan projek multidisiplin yang berkesansecara umumnya sama seperti bentuk-bentuk projek yang lain. Namunmungkin bentuk multidisiplin ini mempunyai cabaran yang lebihsedikit yang memerlukan perhatian kepada isu-isu yang berkaitanseperti:Bekerja merentas disiplinMasalah-masalah yang wujud dalam dunia sebenar selalunyamelibatkan beberapa disiplin. Contoh kejuruteraan dan alam binamempunyai kaitan yang amat rapat dan projek-projek integratif bolehdilaksanakan.Contoh projek multidisiplin 1: mereka bentuk satu bangunan yangmenggunakan tenaga alternatif yang efisien untuk disesuaikan dengankeadaan keliling dan kos. Disini disiplin-disiplin yang terlibat sepertikejuruteraan tenaga terbaharu, alam bina, mekanikal, kejuruteraanawam, matematik dan ekonomi. 123
    • Contoh projek multidisiplin 2: Anda sebagai seorang konsultan kepadasatu syarikat kejuruteraan Stainless steel. Rancang dan hasilkan satubusiness plan dengan membuat penilaian kepada economic viabilitykepada pembinaan stainless steel cold rolling mill yang baru diBangi.Contoh projek multidisiplin 3: Anda sebagai seorang konsultan alamsekitar. Rancangkan satu projek bagi menyedarkan masyarakat kepadapentingnya konsep Integrated Water Resource Management (IWRM).Koloborasi antara PensyarahAdalah penting bagi pensyarah untuk bekerja secara berkoloborasidalam merancang dan menguruskan projek-projek bersifat multidisiplin.Perlu ada seorang koordinator kepada kerja berpasukan ini. Oleh yangdemikian pelajar-pelajar diselia oleh beberapa orang pensyarah dalamdisiplin-disiplin yang telah dikenalpasti untuk menyumbang kepadapelaksanaan projek. Di sini nilai-nilai bertolak ansur dan kerjasamaserta saling menghormati perlu ada di antara pensyarah-pensyarahuntuk tidak menyukarkan pelajar dalam melaksanakan tugasan projekmereka. Isu kedua dalam kolaborasi ialah masa atau penjadualanmesyuarat atau pertemuan bersemuka. Pelajar boleh ditugaskan untukmenentukan penjadualan dan memastikan semua pensyarah dapat hadirdalam perbincangan bersemuka. Satu cara untuk mengatasi isu iniialah dengan menggunakan kemudahan komunikasi internet menerusiforum atau perbincangan kumpulan atas talian.Spesifikasi Teknikal & SumberPensyarah bertanggungjawab untuk menyediakan spesifikasi projekdengan mengeluarkan satu spesifikasi teknikal bertulis dengan terperinci.Perhatian perlu diberikan kepada setiap pecahan antara jabatan bagimemudahkan arahan, penyeliaan dan pemantauan bagi setiap aktiviti.Spesifikasi teknikal mungkin terdiri daripada aspek-aspek berikut:• Kerangka Umum/skop projek – termasuklah hasilan pembelajaran, justifikasi kepada perkaitan antara projek dan pelajar-pelajar yang menjadi ahli dan pensyarah yang terlibat dari pelbagai jabatan.124
    • • Keperluan Reka bentuk – dipecahkan kepada disiplin-disiplin yang terlibat.• Kemudahan sumber – tertakluk kepada keperluan reka bentuk, dengan memberi petunjuk kepada ahli/pensyarah/jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan sumber-sumber.• Perancangan Kos – perlu dibuat diperingkat awal dan sentiasa membuat penyemakan semasa projek berjalan.• Sumber Kewangan – Perlu difikirkan siapa dan bagaimanakah untuk mendapatkan sumber pembiayaan kepada projek yang akan dijalankan. Ia boleh dari industri, geran pensyarah, jabatan atau universiti. Adalah penting untuk memastikan terdapat peruntukan yang mencukupi untuk apa yang dirancangkan. Pensyarah perlu merancang diawal pembentukan kurikulum dan boleh memohon atau dimasukkan dalam peruntukan pengajaran dan pembelajaran fakulti atau jabatan.• Kawalan penggunaan sumber/bahan – perkara ini penting terutamanya kepada projek multi-disiplin dimana kemungkinan terdapat lebih daripada seorang penyelia yang terlibat dan mungkin dari jabatan atau fakulti yang berlainan. Dokumentasi dan rekod amatlah penting dipraktikkan; pelajar perlu diberi pendedahan yang sewajarnya kepada kekangan peruntukan, keperluan mematuhi perbelanjaan mengikut peruntukan dan mengemukakan perincian anggaran perbelanjaan untuk disemak sebelum memulakan sesuatu projek. Disamping itu, sepanjang projek berjalan pemantauan berkala terhadap perbelanjaan antara pelajar dan penyelia juga perlu dilakukan.KomunikasiPerjumpaan dan perbincangan yang berkala merupakan elemenpenting bagi menentukan komunikasi dan kerja berpasukan yangberkesan. Semua ahli projek digalakkan mengambil bahagian dalamsetiap perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam setiap bahagianprojek.Tidak digalakkan untuk individu pelajar membuat tugasan bersendirianuntuk satu bahagian kecil projek kerana untuk mengelakkan daripada 125
    • kemajuan projek secara keseluruhan terbantut jika tiada koordinasi dankomunikasi antara bahagian-bahagian projek atau ahli kumpulan secarakeseluruhan. Ini juga akan meningkatkan semangat pemuafakatan, rasatanggungjawab dan ownership terhadap projek yang dijalankan.Pemantauan KemajuanPensyarah atau penyelia perlu membuat pemantauan yang berkala danpelajar perlu diingatkan kepada kepentingan komunikasi yang kerapantara ahli projek dan penyelia. Ini dapat dilakukan menerusi jadualperjumpaan berkala, email dan cara komunikasi yang pelbagai.Pelajar haruslah diajar untuk menyediakan perancangan projekyang mengandungi interim milestones, hasilan, tarikh penting danbelanjawan. Perancangan ini perlu disemak secara berkala mungkinsetiap bulan sekali, antara ahli kumpulan dan juga semasa sesipenyeliaan.Projek Berasaskan Industri atau Komuniti Tidak dapat dinafikan pembelajaran berasaskan konteks(contextual learning) memberi kesan yang positif terhadap pemahamansubjek dan juga meningkatkan kebolehan generik pelajar menerusipengalaman di tempat kerja atau komuniti setempat. Oleh yangdemikian, setiap program pengajian perlu mengandungi tugasan projekyang melibatkan industri dan juga komuniti. Sebagai contoh sebelumpelajar menjalani latihan industri, perbincangan dengan pihak industriperlu dilakukan bagi mengenalpasti projek-projek yang berkaitan yangdapat dijalankan oleh pelajar dengan industri semasa latihan praktikummereka. Selain daripada latihan praktikum, projek dalam kursus-kursusdi fakulti juga dapat dilaksanakan dengan penglibatan komunitisetempat seperti projek-projek khidmat masyarakat yang pada masayang sama mereka dapat mempelajari pelbagai kemahiran generikseperti komunikasi, keusahawanan, kepimpinan, membuat keputusandan sebagainya dalam dunia sebenar disamping mempraktikkan teori-teori dan pengetahuan yang dipelajari dalam kuliah dan pembacaan.126
    • Penilaian Projek Semua hasilan pembelajaran yang telah dirancangkan menerusiPBP perlu disesuaikan dengan pendekatan penilaian yang dapatmemberi gambaran yang jelas dan jitu terhadap pengukuran kemahiran-kemahiran yang dihasratkan pelajar. Melalui proses penilaian, data-data dapat digunakan untuk tujuan penambahbaikan pembelajaran,penambahbaikan pembangunan kursus (kurikulum) dan mengukurprestasi pelajar. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek mampumenguji pelbagai kemahiran, kebolehan serta pencapaian dalambanyak perkara seperti kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Integrasi antara metod penilaian yang bersesuaian dengantujuan, hasil pembelajaran dan pendekatan pembelajaran adalahpenting untuk menentukan keberkesanan pembelajaran. Jadual 8.1menunjukkan hubung kait antara elemen dalam rekabentuk projek danhasil pembelajaran serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi metoddan hasilan pembelajaran dan penilaian. 127
    • Jadual 8.1: Hubungkait antara Pengaruh Luaran, Rekabentuk Projek &Rekabentuk Penilaian PENGARUH REKABENTUK PROJEK REKA BENTUK Tujuan PENILAIAN Pengurusan Kualiti 1. Lihat kembali hasilan Standard Hasilan Pembelajaran pembelajaran. (tanda aras) 2. Kenal pasti kriteria prestasi benchmarking setiap hasilan Perincian program 3. Kenal pasti metod Pendekatan Pembelajaran penilaian alternatif 4. Tentukan metod penilaian paling bersesuaian bagi Universiti hasilan pembelajaran yang Dasar penting. Starategi 5. Tentukan tugasan yang Penilaian Tugasan perlu pelajar laksanakan. dan Pendekatan 6. Tentukan apakah output yang akan pelajar hasilkan. 7. Bangunkan satu metodFaktor Luaran Kepada pengredan output Universiti Kriteria pembelajaran. Lembaga Profesional 8. Bangunkan jadual penilaian Keperluan terhadap 9. Hasilkan ringkasan tugasan Industri dan penilaian. Pemarkahan Maklum Pelajar Balas Ekspektasi pelajar Sumber: A Guide for Lecturers, LTSN Generic Centre, George BrownviiMetod penilaian ialah proses yang digunakan untuk menilaisejauhmanakah pelajar telah mencapai hasil pembelajaran yangdihasratkan. Bagi PBP pelbagai metod penilaian boleh digunakanbagi nenilai pelbagai kemahiran. Metod-metod ini boleh digunakansecara formatif atau summatif oleh pelbagai penilaian (pensyarah,penilaia luar, tutor, rakan). Jadual 8.2 menunjukkan metod yangboleh diaplikasikan dalam PBP.128
    • Jadual 8.2: Metod-Metod Penilaian METOD KETERAMPILAN CATATAN PENILAILaporan • Pengetahuan dan Adalah digalakkan Pengajar/bertulis aplikasi teori supaya pelajar meneroka Pensyarah • Penyelesaian sendiri dalam proses masalah memahami masalah yang Penilai luar penyelidikan hendak diselesaikan • Pembelajaran terlebih dahulu sebelum kendiri diberikan perincian • Penulisan dan penyelesaian. penerbitanProduk • Reka bentuk dan Berdasarkan hasilan Pengajar/Prototype pengeluaran pembelajaran, metod ini Pensyarahatau model • Penyelesaian mampu dikembangkan masalah untuk menilai aspek- Rakan aspek seperti estetika, ergonomik, kualiti, reka Profesional bentuk dan kreativiti dari industri yang sukar untuk dinilai menggunakan kertas dan pensel.Pengujian Penilaian Suatu projek yang Pengajar/Prestasi/ menghasilkan produk, Pensyarahprestasi sebaiknya dilakukanproduk juga pengujian prestasi ke atas pelajar bagi menentukan kesahan ketrampilan yang dihasratkan sebagaimana yang digariskan dalam hasil pembelajaran. Catatan projek dan buku penggunaan makmal digunakan untuk merekodkan kemajuan, metodologi dan bahagian yang penting hingga tahap akhir. 129
    • Nota Pembelajaran Kendiri Bentuk dan struktur Pengajar/pembelajaran/ pelaksanaan kerja PensyarahDiari hendaklah dijelaskan secara jelas, terutama yang berkaitan dengan Rakan format pelaporan yang harus dilengkapi Pembimbing untuk setiap tugasan. Pelaporan perkembangan hasil kerja secara berkala boleh membantu pelajar memperoleh maklum balas yang bermanfaat bagi perkembangan hasil kerja pelajar.Ujian Lisan • Pemahaman Ujian akhir hendaklah Pengajar/ • Komunikasi berstruktur dan objektif. Pensyarah • Penjelasan/ Memberikan kesempatan Penakulan kepada pelajar untuk Profesional menjelaskan dan dari Industri mempertahankan hasil kerjanya.Pembentangan • Pengetahuan Menerapkan model kerja Pengajar/ Pemahaman am berasaskan senario, Pensyarah • Kebolehan pertanyaan rakan-rakan, menyampaikan pengajar dan pekerja informasi dan boleh memberi maklum Pelajar kemampuan balas yang bermanfaat. Rakan berkomunikasi secara lisan130
    • Poster • Pembentangan Di beberapa institusi, Pengajar/ pelajar membentangkan Pensyarah • Komunikasi projek poster bersama staf dan pelajar lain Rakan • Pengetahuan dan diminta untuk bertanya. penerapan teori Pembentangan tersebut Profesional dihadiri oleh pelajar dari Industri peringkat rendah untuk menanam minat mereka dengan maksud agar menghasilkan input, menambah elemen- elemen yang berdaya saing, mengetahui pemahaman pelaksanaan projek seawal mungkin.Kumpulan • Kreativiti Portfolio digunakan Pengajar/gambar- dalam reka bentuk projek Pensyarahgambar, sketsa • Kemahiran reka dan ia lebih mencakup(Portfolio) bentuk dengan keseluruhan hasil Pembimbing alatan komputer daripada projek. Portfolio tersebut mengandungi Rekan gambar rajah yang Profesional dihasilkan daripada dari Industri CAD (Computer aided design) dan peranti 3D yang boleh digunakan untuk membantu reka bentuk dan sketsa projek selanjutnyaUjian bertulis • Kemahiran Bentuk ujian Pengajar/ berasas bertulis kurang tepat Pensyarah pengetahuan dilaksanakan untuk pembelajaran yang bersifat projek. Jenis • Kemahiran angka penilaian terhadap model pembelajaran seperti ini adalah ujian terbuka. 131
    • Rumusan Terdapat pelbagai bentuk Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP) yang menawarkan pelbagai manafaat kepada pelajar. KelebihanPBP dapat dicapai dengan menyesuaikan jenis projek kepada topikdan hasilan pembelajaran yang dihasratkan. Di antara rekabentukyang boleh diaplikasikan ialah projek individu/kumpulan, projekterbuka/tertutup, projek multi-disiplin dan projek berasaskan industri/komuniti. Pembelajaran berasaskan projek memberi peluang kepadapelajar untuk mengembangkan kemahiran generik atau insaniahberbanding dengan pendekatan kuliah. Kemahiran-kemahiran initermasuklah penyelesaian masalah, komunikasi, kemahiran berpasukandan pembelajaran kendiri. Aplikasi masalah atau situasi kehidupanharian dan tempat kerja membantu meningkatkan kefahaman pelajarterhadap hubung-kait antara teori dan aplikasi sebenar di tempat kerja.Bagi menentukan keberkesanan pembelajaran, metod penilaian yangbersesuaian dengan hasil pembelajaran perlu direka bentuk denganmengambil kira faktor-faktor luaran yang mempengaruhi programpengajian seperti Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).RujukanJackson, N. 2003. Guide for Busy Academics: Using LearningOutcomes to Design a Course and Assess Learning. LTSN GenericCentre.Olsen, P. B & Pedersen, K 2005. Problem Oreinted Project BasedLearning: A Workbook. Roskilde University Press.132
    • BAB 9 Reka Bentuk Instruksi Norazah Mohd NordinPengenalan Tujuan instruksi adalah bagi membantu seseorang belajar.Bolehkah pembelajaran berlaku tanpa instruksi? Sudah semestinyaboleh. Pembelajaran ialah satu proses semulajadi yang menjuruskepada peningkatan pengetahuan. Namun, salah satu fungsi sesebuahsistem pendidikan ialah bagi memudahkan proses pembelajaran yangdiharapkan bagi mencapai beberapa matlamat yang telah ditetapkan.Instruksi didefinisikan sebagai satu set agenda yang tersirat dalamaktiviti bagi memudahkan pembelajaran (Gagne et al 2005). Lazimnya,agenda ini adalah bersifat luaran sahaja yang boleh dipersembahkandalam bentuk nota syarahan, bahan bercetak dan aktiviti pelajar.Walaupun begitu, dalam agenda tersebut terdapat juga elemen yangtersirat seperti arahan perhatian, membuat refleksi dan pemantauankemajuan pembelajaran. Banyak kajian telah dilakukan oleh pakarpsikologi pendidikan mengenai elemen tersirat ini sehingga merekamerumus prinsip mengenai proses pembelajaran. Pereka bentukinstruksi mengaplikasi prinsip pembelajaran ini bagi mereka bentukelemen luaran yang telah disebutkan di atas. Sebagai contoh, mengikutprinsip pembelajaran, ingatan jangka pendek mempunyai kapasititerhad. Dengan menggunakan prinsip pembelajaran ini, pengurusanmaklumat dalam bentuk kluster atau kategori akan memudahkanproses pembelajaran. Apakah perbezaan antara ‘instruksi’ dan ‘pengajaran’?Menurut Gagne et al (2009) lagi, pengajaran adalah hanya sebahagiandaripada instruksi. Perkataan ‘pengajaran’ merujuk kepada seseorangmenyampaikan syarahan atau mendemonstrasi sesuatu kepada pelajar.Namun, tugas seorang pensyarah atau jurulatih meliputi banyak elemenseperti memilih bahan media, mengenalpasti kesediaan pelajar untuk 133
    • belajar, mengurus masa pengajaran, memantau aktiviti pengajarandan juga bertindak sebagai pemudahcara pembelajaran dan sumberkandungan. Oleh yang demikian, perkataan ‘instruksi’ merangkumidan menekankan spektrum aktiviti yang sangat luas, yang digunakanoleh pensyarah bagi melibatkan pelajar. Pensyarah yang mempunyaipengetahuan mengenai prinsip reka bentuk instruksi akan mempunyaivisi yang luas tentang bagaimana untuk membantu pelajar belajar.Reka Bentuk Instruksi Secara amnya, reka bentuk instruksi (Instructional Design atauID) ialah satu sistem prosedur untuk program pembangunan pendidikandan latihan dalam gaya yang konsisten dan luwes (Gustafson & Branch,2002). Reka bentuk instruksi dibangunkan bertujuan untuk menjadikanpengajaran lebih efektif, efisyen, menyerlah dan menjimatkan kos.Pereka bentuk pengajaran menggunakan pelbagai media interaktif bagimemperbaiki pembelajaran dan mencapai objektif pengajaran. Rekabentuk pengajaran adalah proses yang kompleks yang mengaplikasipendekatan sistem bagi menyelesai masalah secara berkesan. Sistem inimerujuk kepada integrasi set elemen yang berinteraksi sesama sendiri(Banathy 1987). Menurut Gustafson dan Branch (2002) lagi, sistemyang dimaksudkan adalah mempunyai ciri berikut: (i) interdependent,iaitu tiada elemen yang boleh terpisah daripada sistem tersebut; (ii)synergistic, iaitu gabungan kesemua elemen mampu mencapai lebihobjektif berbanding dengan satu elemen sahaja; (iii)dinamik, iaitusistem tersebut boleh diubahsuai bagi mengubah persekitaran, dan (iv)sibernatik, iaitu setiap elemen berinteraksi antara satu sama lain. Penyelidikan awal menunjukkan teknik reka bentuk sistempengajaran (instructional design system) menjadi popular selepastahun 1970an dalam bidang pertahanan yang menggunakan pendekatanbehaviorisme. Kemudian, barulah teknik tersebut diperluas dalambidang aplikasi latihan perindustrian dan perdagangan, yangmenggunakan pendekatan kognitif yang memfokuskan kepada teoripemprosesan maklumat (Gustafson & Branch, 2002). Menurut merekalagi, penggunaan prosidur reka bentuk instruksi secara sistematik akanmenghasilkan hasil pengajaran yang berkesan dan releven.134
    • Secara amnya, proses reka bentuk pengajaran mematuhielemen teras pembangunan seperti: (i) analisis keperluan latihanpelajar melalui ‘penilaian keperluan’; (ii) mereka bentuk pengajaranmelalui penulisan objektif yang boleh diukur; (iii) pembangunanbahan latihan bagi pensyarah dan pelajar; dan (iv) implementasi bahanpengajaran yang telah dibina.Andaian Asas Reka Bentuk Instruksi Secara amnya, tidak wujud satu model reka bentuk instruksiyang terbaik yang dapat memenuhi keperluan semua situasipembelajaran. Setiap pereka bentuk instruksi memperkenalkan prosesreka bentuk berdasarkan pemahamannya mengenai prinsip elemenyang mempengaruhi pembelajaran dan bagaimana kaedah terbaikbagi menstrukturkan instruksi tersebut. Namun, menurut Gagne et al(2005), terdapat beberapa andaian yang dibuat dalam proses merekabentuk instruksi seperti berikut: i. Reka bentuk instruksi adalah bertujuan untuk membantu proses pembelajaran, bukannya pengajaran. - Matlamat dan hasil pembelajaran yang diinginkan membantu dalam pembentukan dan pemilihan aktiviti pembelajaran. ii. Pembelajaran merupakan proses yang kompleks yang melibatkan banyak pembolehubah. - Caroll (1963) dalam modelnya, Model of School Learning mendefinisikan sekurang-kurangnya lima pembolehubah penting yang mempengaruhi tahap pembelajaran yang dicapai oleh pelajar, iaitu: (a) ketekunan pelajar, (b) masa yang diperuntukkan, (c) kualiti instruksi, (d) kecenderungan pelajar, dan (e) kebolehan pelajar untuk belajar. Pembolehubah tersebut adalah saling berhubungkait dan model reka bentuk instruksi yang efektif perlu menitikberatkan semua pembolehubah ini. 135
    • iii. Model reka bentuk instruksi boleh diaplikasi pada pelbagai tahap. - Prinsip reka bentuk instruksi boleh menjadi aset kepada seseorang pensyarah atau jurulatih yang mereka bentuk pengajaran untuk aktiviti sehari, bengkel tiga hari atau pembangun kurikulum yang mereka bentuk pengajaran bagi sesuatu kajian. Reka bentuk instruksi boleh dihasilkan oleh individu, atau boleh melibatkan satu pasukan yang terdiri daripada pereka bentuk instruksi, pakar kandungan pengajaran (subject matter experts), pakar penilaian pendidikan dan eksekutif penerbitan. iv. Reka bentuk instruksi ialah satu proses kitaran (iterative process). - Proses mereka bentuk instruksi perlu melibatkan pelajar. Media instruksi dan aktiviti berkaitan mesti diuji dengan pelajar bagi menentukan keberkesanan reka bentuk tersebut. Reka bentuk dan pembangunan boleh dirancang terlebih dahulu atau berkembang secara beransur-ansur sebagai proses yang berterusan. v. Reka bentuk instruksi ialah satu proses yang mengandungi beberapa subproses yang berkaitan. - Pada tahap yang paling mudah, reka bentuk instruksi mengaitkan hasil pembelajaran, kaedah instruksi dan penilaian pelajar. Reka bentuk instruksi yang lebih kompleks melibatkan proses menentukan hasil pembelajaran, membangunkan aktiviti pembelajaran yang melibatkan tugasan authentic pelajar dan mereka bentuk pelbagai bentuk aktiviti latihan, penilaian dan maklum balas.136
    • vi. Pelbagai jenis hasil pembelajaran adalah bagi pelbagai jenis instruksi. - Tiada kaedah terbaik untuk mengajar semua kursus dan syarat pembelajaran yang sesuai bagi sesuatu hasil pembelajaran yang diinginkan akan mempengaruhi pemikiran pensyarah dalam mereka bentuk aktiviti dan media pembelajaran.Model Reka Bentuk Instruksi (Instructional DesignModels) Model bagi reka bentuk instruksi (Model ID) menyediakankerangka prosedural bagi menghasilkan pengajaran. Model inimenggabungkan elemen asas proses reka bentuk pengajaran yangmeliputi analisis kumpulan sasaran atau mengenalpasti matlamat danobjektif pengajaran (Braxton et al., 1995). Model ID memberi strukturdan pengertian kepada masalah sesuatu reka bentuk pengajaran.Model ini seterusnya membantu meneliti masalah tersebut denganmemecahkan masalah tersebut dalam unit yang diskrit dan mudah untukdiurus. Sesebuah model ID memperlihatkan bagaimana kombinasikomponen strategi pengajaran perlu diintegrasi bagi menghasilkansebuah kursus pengajaran.Proses Asas Reka Bentuk Instruksi: Model ADDIE Pelbagai Model ID telah dihasilkan bagi penggunaan kumpulansasaran yang pelbagai dan konteks pendidikan yang berbeza (Edmondset al, 1994; Gustafson, 1991). Model-model ini telah menjana banyakdata penyelidikan yang mempunyai banyak implikasi kepada amalandan pembangunan teori reka bentuk pengajaran (Richey, 1986).Menurut Braxtonet al (1995), model ID yang efektif adalah model yangberasaskan teori pembelajaran. Kebanyakan model reka bentuk yangsistematik mempunyai komponen yang sama, tetapi boleh bertukardari segi bilangan fasa dan persembahan secara grafik.Proses reka bentuk sistem instruksi (Instructional System Design atauISD) yang paling asas mempunyai lima fasa atau komponen sepertiyang ditunjukkan dalam gambarajah 9.1. Proses ISD asas ini dikenalisebagai Model ADDIE (akronim dalam bahasa Inggeris bagi setiap fasa 137
    • – Analyze (Analisis), Design (Reka bentuk), Develop (Pembangunan),Implement (Implemen) dan Evaluate (Penilaian). Dalam model ISDyang lain, setiap daripada lima fasa tersebut diberi lebih atau kurangpenekanan. Namun, perbincangan dalam bab ini akan menggunakanModel ADDIE sebagai kerangka asas. Ringkasan komponen dansubkomponen Model ADDIE adalah seperti berikut: I. Analisis a. Tentukan keperluan instruksi. b. Tadbir analisis instruksi bagi menentukan sasaran kognitif, afektif dan psikomotor bagi kursus tersebut. c. Analisis masa yang ada dan isi kandungan yang boleh dihabiskan dalam masa tersebut. II. Reka bentuk a. Terjemah matlamat kursus kepada hasil kerja dan objektif kursus yang penting. b. Tentukan topik pengajaran yang perlu diselesaikan dan berapa banyak masa yang akan diperuntukkan untuk setiap topik. c. Susun topik mengikut objektif kursus. d. Beri definisi aktiviti pengajaran bagi setiap unit topik. e. Bina spesifikasi bagi penilaian pelajar. III. Pembangunan a. Buat keputusan berdasarkan jenis bahan dan aktiviti pembelajaran. b. Buat persediaan draf bahan dan/atau aktiviti. c. Uji bahan dan aktiviti pembelajaran dengan kumpulan sasaran. d. Ulang, tambahbaik dan hasilkan bahan dan aktiviti pembelajaran. e. Hasilkan bahan latihan pensyarah.138
    • IV. Implimentasi a. Promosi bahan instruksi bagi kegunaan pensyarah dan pelajar. b. Sediakan bantuan seperti yang diperlukan oleh pensyarah atau pelajar. V. Penilaian a. Lakukan penilaian terhadap pelajar. b. Lakukan penilaian terhadap program. c. Lakukan penilaian terhadap penyelenggaraan dan ulangan bahan kursus. Gambarajah 9.1 Model Reka Bentuk Instruksi ADDIEDalam Model ADDIE, pada Fasa Reka Bentuk, Gagne dan Briggs(1977) mendefinisikan sembilan acara instruksi luaran (Nine ExternalEvents of Instruction) seperti yang diringkaskan dalam Jadual 9.1. Acaraluaran ini memainkan peranan penting dalam kerangka pembangunanbahan pelajaran dan aktiviti pembelajaran. 139
    • Jadual 9.1: Sembilan Acara Instruksi Luaran (Nine External Events ofInstruction) (Gagne & Briggs, 1977)Acara (Event) Tujuan (Purpose) 1. Menyediakan bahan Memantapkan set pembelajaran, mengemudi bagi menarik perhatian perhatian pelajar kepada tujuan instruksi. dan memberi motivasi 2. Menyampaikan objektif Memantapkan jangkaan pencapaian yang pembelajaran diinginkan. 3. Mengingatkan Menyediakan arah kepada pembelajaran baru, kembali pengetahuan menghubungkaitkan pengetahuan akan datang yang diperlukan dan pengetahuan sedia ada. (prerequisites) atau pengetahuan berkaitan 4. Menyampaikan Menyampaikan maklumat baru, prosedur, proses kandungan pelajaran atau tugasan penyelesaian masalah yang perlu baru dipelajari. Perkara ini selalunya, menjadi fokus kepada syarahan. Penyebatian perkara ini dan pengetahuan sedia ada akan memantapkan ingatan jangka panjang. 5. Menyediakan Menyediakan maklumat kepada pelajar bimbingan kepada mengenai ketepatan pemahaman mereka. pelajar 6. Menyediakan bahan Menjelaskan lagi kandungan yang disampaikan latihan dalam Acara 4. Bimbingan ini boleh disampaikan dalam bentuk contoh, cerita, penerangan, perbincangan atau elemen lain yang mampu menjadikan kandungan pelajaran lebih diingati. Langkah ini penting dalam memantapkan pembinaan struktur pengetahuan. 7. Menyediakan maklum Mendapatkan maklum balas daripada pelajar. balas Maklum balas ini bukan untuk tujuan penilaian tetapi bagi memastikan pemahaman pelajar. 8. Menilai pelaksanaan Menguji pengetahuan atau kemahiran pelajar.140
    • Acara (Event) Tujuan (Purpose) 9. Menyediakan retention Memantapkan apa yang telah dipelajari dengan dan ‘transfer’ latihan yang telah dipraktikkan. ‘Transfer’ membawa maksud pelajar mampu mengaplikasi kandungan pelajaran dalam pelbagai konteks atau situasi.Pelbagai Model Reka Bentuk Pengajaran Model ADDIE yang telah dibincangkan terdahulu telah menjadimodel generik proses ISD yang selalu dirujuk. Ini kerana modeltersebut meliputi fasa penting dalam model penyelesaian masalahyang sistematik, yang bermula dengan pengenalpastian masalah dansebab (analisis), membuat cadangan penyelesaian (reka bentuk),menyediakan penyelesaian (pembangunan), mencuba penyelesaian(implementasi), dan menentukan sama ada penyelesaian tersebutberjaya (penilaian). Model ADDIE adalah berguna bagi menyampaikanciri-ciri am sesebuah ISD, tetapi tidak semestinya berguna sebagaimodel konkrit yang mematuhi keperluan teori atau persekitaran ISDtertentu. Justeru, beratus-ratus model reka bentuk instruksi telahditerbit dan dibangunkan dalam pelbagai organisasi di dunia. Walaupun demikian, dalam mengenalpasti model yangsesuai untuk sesuatu pengajaran, faktor yang paling penting untukdititiberatkan ialah objektif pengajaran. Sebelum seseorang pensyarahmembangunkan sesebuah instruksi yang efektif, beliau perlumemikirkan objektif pengajaran yang perlu dicapai secara keseluruhan.Objektif pengajaran membolehkan seseorang pensyarah membangunperancangan tindakan bagi menghasilkan bahan pengajaran. Selainitu, objektif pengajaran juga membantu dalam mengenalpasti di manainstruksi patut bermula atau adakah pengetahuan sedia ada diperlukan.Objektif juga sangat penting dalam menentukan sesebuah pengajaranitu efektif kerana pada penghujung pengajaran, penilaian dilakukan.Dalam bab ini, beberapa model reka bentuk instruksi yang menarikditerangkan seperti berikut: I. Model Reka Bentuk Dick and Carey (1996) 141
    • Model Reka Bentuk Dick and Carey (1996) adalah salah sebuah model ID yang popular, yang menggunakan pendekatan sistem seperti yang digunakan dalam perisian kejuruteraan dalam mereka bentuk pengajaran. Model reka bentuk ini menerangkan semua fasa dalam proses kitaran yang bermula dengan mengenalpasti matlamat pengajaran dan diakhiri dengan penilaian sumatif. Model ini berpusatkan pelajar dan merentasi semua konteks pengajaran (daripada peringkat prasekolah kepada sektor perniagaan, kepada pentadbiran kerajaan) dan pengguna (novis kepada pakar). Disebabkan model ini berasaskan model sistem, ia lebih melibatkan pembangunan pengajaran daripada reka bentuk.Salah satu limitasi model ini ialah aspek tingkah laku kumpulansasaran tidak diambil kira. Salah satu perkara yang dikritik dalammodel instruksi ini ialah model ini terlalu linear dan tidak fleksibel.Dalam Model Dick and Carey (Gambarajah 9.2), setiap fasa bolehditerangkan seperti berikut:i. Mengenalpasti matlamat instruksi – Pastikan apa yang pelajar perlu capai sebelum sesi pengajaran. Tentukan objektif pengajaran dan lakukan analisis keperluan. Fokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi topik yang dibincang.ii. Lakukan analisis instruksi – Tentukan kemahiran yang perlu dicapai oleh pelajar bagi mencapai matlamat pengajaran.iii. Kenal pasti tingkah laku pelajar – Kenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh pelajar serta ciri-ciri peribadi yang perlu diambil kira sebelum pelajar memulakan proses pembelajaran.iv. Tulis objektif – Jelaskan kemahiran yang perlu diperoleh, persekitaran di mana kemahiran itu diperoleh dan ciri-ciri yang sesuai bagi memperoleh kesahan pengajaran tersebut.v. Bangunkan Criterion Standards – Buat penilaian kebolehan pelajar bagi mencapai matlamat instruksi.142
    • vi. Bina strategi instruksi – Analisis maklumat yang diperoleh daripada analisis keperluan dan gunakan untuk menghasilkan sebuah strategi pengajaran. Pada fasa ini, seseorang pensyarah menentukan media yang perlu digunakan dan bagaimana untuk memastikan pelajar memenuhi matlamat pengajaran. Secara amnya, seseorang pensyarah memulakan pengajaran dengan aktiviti pengenalan, kemudian diikuti dengan persembahan maklumat. Seterusnya, pelajar membuat latihan tentang apa yang telah dipelajari serta memberi maklum balas kepada pensyarah bagi penambahbaikan proses pengajaran. Kemudian, satu mekanisma penilaian dibina bagi memastikan pelajar memahami kandungan yang disampai. Setelah proses penilaian dilakukan, aktiviti susulan dirancang.vii. Membangunkan bahan instruksi – Strategi instruksi digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran seperti helaian kerja dan bahan pengujian, bahan persembahan pensyarah serta manual pembelajaran pelajar.viii. Reka bentuk dan tadbir penilaian formatif – Setelah bahan pengajaran siap dibina, pensyarah menilai bahan ini kepada semua pelajar bagi mendapat maklum balas dan membuat penambah baikan.ix. Ulang pengajaran jika perlu – Gunakan hasil analisis daripada penilaian formatif dan ubah suai bagi mempertingkatkan instruksi. Tujuan utama penilaian formatif ialah bagi menyelesaikan masalah pelajar untuk mencapai objektif pengajaran. Oleh yang demikian, proses ulangan adalah amat penting dan perlu dilakukan kerap kali bagi memastikan pelajar mencapai objektif pengajaran dengan jayanya.x. Reka bentuk dan tadbir penilaian sumatif – Apabila seseorang pensyarah menyampaikan bahan pengajaran, penilaian sumatif 143
    • dilakukan bagi menentukan nilai sesebuah instruksi dan bagi membuat cadangan penambah baikan terhadap implementasi insruksi tersebut.Gambarajah 9.2: Model Sistem Reka Bentuk Fnstruksi Dick & Carey II. Model Reka Bentuk Instruksi Kemp, Morrison & Ross (1994)Model Reka Bentuk Instruksi Kemp, Morrison dan Ross (1994)mengambil pendekatan holistik dalam reka bentuk pengajaran.Berbanding dengan Model Reka Bentuk Instruksi Dick and Carey,Model Kemp, Morrison dan Ross menekankan konsep keluwesan.Secara keseluruhan, semua faktor dalam persekitaran pembelajarandiambil kira dalam model ini termasuk analisis kandungan kursus, ciripelajar, objektif instruksi, aktiviti instruksi, sumber instruksi (sepertikomputer dan bahan bercetak), perkhidmatan sokongan dan penilaiangambarajah 9.3. Proses yang terlibat adalah dalam bentuk kitaran danreka bentuk adalah bergantung kepada proses ulangan yang tetap.Konsep penting dalam model ini ialah semua elemen dalam model iniboleh digunakan pada bila-bila masa. Ini memberi kebebasan kepadapensyarah untuk membuat penambah baikan apabila diperlukan.Salah satu keistimewaan model ini ialah elemen ulangan penambahbaikan ditekankan pada keseluruhan proses. Matlamat model iniialah kebebasan pensyarah untuk membuat penambah baikan jikadiperlukan, dan seterusnya memperoleh hasil pengajaran yang lebih144
    • berkesan dan bebas daripada kesilapan. Dalam model ini, pensyarahmempunyai pilihan untuk menentukan elemen yang mana merekaperlukan. Kekurangan anak panah dan garisan menjadikan seseorangpensyarah mudah untuk memilih elemen yang dikehendaki sahajauntuk sesuatu set instruksi.Keterangan terperinci mengenai elemen dalam Model Reka BentukInstruksi Kemp, Morrison dan Ross adalah seperti berikut: i. Kenal pasti masalah pengajaran dan tentukan matlamat reka bentuk instruksi dibangunkan. ii. Uji ciri-ciri pelajar yang akan mempengaruhi hasil instruksi. iii. Kenal pasti kandungan kursus dan analisis komponen yang berkaitan dengan matlamat kursus dan tujuan instruksi. iv. Tentukan objektif instruksi. v. Buat urutan bagi kandungan kursus bagi memudahkan proses pembelajaran. vi. Reka bentuk strategi instruksi supaya setiap pelajar mahir kandungan yang perlu disampaikan. vii. Rancang dan bangunkan bahan instruksi. viii. Bangunkan instrument penilaian bagi menilai objektif instruksi. ix. Pilih bahan sumber bagi membantu instruksi dan aktiviti pembelajaran. 145
    • Perancangan Ulangan Masalah Instruksi Sumber Ciri Pelajar Instruksi Instrumen Penilaian Analisis Kerja Penyampaian Objektif Instruksi Instruksi Strategi Urutan Instruksi Kandungan Penilaian Formatif Pengurusan ProjekGambarajah 9.3: Model Reka Bentuk Instruksi Kemp, Morisson & Ross (1994) III. Model Reka Bentuk ‘Rapid Prototyping’ (Tripp & Bichelmeyer 1990) Model Reka Bentuk ‘Rapid Prototyping’ (Tripp & Bichelmeyer 1990) merupakan proses empat peringkat yang menjurus kepada penghasilan pengajaran untuk sesi pengajaran, bukannya keseluruhan kurikulum. Peringkat proses merangkumi penganalisisan keperluan, pembinaan prototaip, penggunaan prototaip bagi menjalankan penyelidikan dan penyediaan sistem akhir. Dalam model ini, pensyarah menghasilkan banyak prototaip sehingga beliau berpuas hati dengan prototaip yang dihasilkan. Setiap146
    • prototaip adalah merupakan penambah baikan daripada prototaip yang dihasilkan sebelumnya. Model ini juga popular kerana setiap prototaip memerlukan maklum balas sehingga hasil instruksi terbina. Dalam model ini, fasa reka bentuk dan fasa pembangunan akhirnya bergabung. Gabungan dua fasa ini adalah sangat berlainan dengan dengan proses reka bentuk instruksi traditional yang mengasing dua fasa tersebut. Dalam aspek ini, Model Rapid Prototyping memerlukan lebih penglibatan daripada semua pihak yang terlibat, seperti pereka bentuk instruksi atau pensyarah dan pelajar. Namun, model ini juga dikritik kerana pendekatan yang tidak berstruktur.Kesimpulan Sebagai kesimpulan, instruksi akan menjadi lebih efektifjika proses pengajaran dirancang untuk melibatkan pelajar dalamsemua elemen dan aktiviti bagi memudahkan pembelajaran. Denganmenggunakan prinsip reka bentuk instruksi, seseorang pensyarah ataujurulatih boleh memilih atau merancang dan membangunkan aktivitiyang terbaik bagi membantu pelajar belajar. Sebelum seseorang pensyarah membangunkan sebuah instruksiyang efektif, beliau perlu memikirkan perkara yang ingin dicapai atauobjektif pengajaran yang perlu dicapai secara keseluruhan. Setelahitu, barulah beliau memilih model reka bentuk instruksi yang sesuaidan memberi kelebihan bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Iniadalah kerana tiada satu model reka bentuk instruksi pun yang lebihbaik daripada sesuatu model yang lain. Implikasi reka bentuk instruksisebagai satu bidang penyelidikan di masa hadapan amat sukar untukditentukan kerana arus teknologi adalah sangat dinamik. Banyak kajiandiperlukan bagi mengenalpasti impak media kepada masyarakat secarakeseluruhannya. Namun, apa yang pasti ialah keperluan kepada rekabentuk instruksi sentiasa wujud selagi adanya pencarian ilmu! 147
    • RujukanAbromitis, Jacky. 2006. Designing Instruction: A UNI ProfessionalTeacher Competencies Workshop .Retrieved October 15, 2006, fromhttp://www.uni.edu/teaching/id/one/readings.htmlBaterden, Mashka. 2003. Instructional Design Models. RetrievedSeptember 20, 2006, from http://web.ics.purdue.edu/~baterden/home.htmBraxton, Sherri., Bronico, Kimberly., & Looms, Thelma. 1995.Instructional Design Methodologies and Techniques. RetrievedOctober 13, 2006, from http://www.futureu.com/estore/braxton/registered/intro.htmlBrown, Abbie., & Green, Timothy D. 2006. The Essentials ofInstructional Design: Connecting Fundamental Principles withProcess and Practice. New Jersey : Pearson Education, Inc. (chapters1,7,& 8)Carroll, J. 1963. A model of school learning. Teacher’s College Record,64, 723-733.Dabbagh, Nada. 2006. The Instructional Design Knowledge Base.Retrieved October 5, 2006, from George Mason University ,Instructional Technology Program. Website: http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/IDKB/index.htmGagne, R. M, Wager, W. W,Golas, K. C & Keller, J. M 2005. Principlesof Instructional Design, CA: Thomson Wadsworth.Gagne, R. M. 1977. Analysis of objectives. In L. J. Briggs (Ed.).Instructional design: Principles and applications. Englewood Cliffs,NJ: Educational Technology Publications.H-K, Liz., Jones, Shirley., Huffam, Chris., Oakley, John., & O’Neill,Lisa. 2000. Instructional Design Resources . Retrieved October 12,2006, from http://web.mala.bc.ca/lizhk/IDesign/ISDresources.htm148
    • Maier, David. 2003. Model Library. In Instructional TechnologyGlobal Resource Network . Retrieved October 17, 2006, from http://www.ittheory.com/models.htmMcGriff, Steven J. 2001. ISD Knowledge Base/ Instructional Design& Development/ Instructional Systems Design Models. RetrievedSeptember 16, 2006, from http://www.personal.psu.edu/faculty/s/j/sjm256/portfolio/kbase/IDD/ISDModels.htmlPrestera, Gustavo E. 2003. Knowledge Base: Instructional DesignModels. Retrieved October 5, 2006, from http://www.effectperformance.com/sites/prestera/html/M4/L1%20-%20ISD/M4L1P1.htmRyder, Martin. 2006. Instructional Design Models. Retrieved September15, 2006, from http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/idmodels.htmlStrickland, Jeffrey S. 2002. Models for Instructional Design. RetrievedSeptember 21, 2006, from http://www.dean.usma.edu/math/activities/cape/Instructional_Models/design_models.html 149
    • 150
    • BAB 10 Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan Mohd. Arif IsmailPengenalan Penggunaan bahan sumber pendidikan di dalam bilik kuliahdapat membantu pendidik mengolah dan menyediakan persekitaranpembelajaran yang menjana pemikiran dan kemahiran pelajar-pelajarnya. Bahan sumber pendidikan yang boleh diperoleh dalampelbagai bentuk dan rupa, baik dalam bentuk bercetak mahupunelektronik, mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Hasil daripada penggunaan bahan sumber pendidikan yangdisepadukan dengan baik dalam pengajaran akan dapat memperkayaproses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Justeru,pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan dapatmelahirkan pelajar-pelajar yang pintar dan bestari serta bijaksanadalam menangani cabaran hidup (Musa 2003). Di dalam persekitaran pendidikan, kehadiran bahan sumberpendidikan dalam bentuk elektronik (teknologi elektronik) sepertifilem, video, televisyen, radio, komputer dan multimedia bersamadengan bahan sumber pendidikan dalam bentuk bercetak (teknologibercetak) seperti buku, jurnal, akbar dan majalah adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ini bermaksud teknologi elektronikbukannya mengambil alih tempat teknologi bercetak (Norton & Wiburg2003) tetapi sebaliknya membantu memperkaya proses pengajaran danpembelajaran. Dengan demikian, kepelbagaian dalam bahan sumberpendidikan memberikan ruang dan peluang kepada pendidik untukmenjadi lebih kreatif serta berupaya untuk mengintegrasikan bahantersebut di dalam bilik kuliah (Musa 2003). 151
    • Kepentingan Pemilihan & Penilaian Bahan SumberPendidikan Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasimembawa banyak perubahan kepada bahan sumber pendidikanelektronik terutamanya dalam bentuk atau format media. Formatmedia adalah bentuk fizikal di mana mesej pelajaran diintegrasikandan dipersembahkan atau ditunjukkan contohnya seperti carta,gambar, slaid, pita audio dan video, dan komputer multimedia. Padamula teknologi elektronik diperkenalkan teknologi tersebut wujudsebagai entiti yang berbeza-beza umpamanya media buku atau teks,media filem, media audio, media visual dan media objek. Namunbegitu, akibat daripada perkembangan pesat dalam teknologi, formatmedia yang sedia ada mula digabungkan antara satu sama lain danmenghasilkan format media yang baru seperti dokumen pemprosesanperkataan, video interaktif, cakera padat audio, realiti maya dan gambardigital. Ini seterusnya menghasilkan gabungan media format terkiniyang boleh dilihat dengan kewujudan digital video interaktif, digitalaudio, CD Rom, realiti virtual dan desktop publishing (Heinich et al.2002). Justeru, trend dalam penggabungan format media ini mempunyaiimplikasi secara langsung kepada pengajaran dan pembelajaran.Pendidik mempunyai banyak pilihan dalam memilih dan menggunakanbahan sumber pendidikan untuk mendatangkan pembelajaran yangberkesan (Percival & Ellington 1994). Pengajaran secara talk and chalkkurang lagi sesuai kerana kehendak dan keperluan pelajar diabaikan.Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang terbaik diwujudkanapabila pendidik dapat mengeksploitasikan bahan sumber pendidikanuntuk merangsang kesemua pancaindera pelajar dan mengadakanpembelajaran aktif yang menarik minat, tumpuan serta menajamkanpemikiran dan memperkembangkan kreativiti pelajar.Bahan Sumber Pendidikan Bahan sumber pendidikan merangkumi segala jenis bahansumber sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik yangmempunyai unsur-unsur pendidikan yang dapat digunakan secara152
    • langsung atau diubahsuai oleh pendidik untuk menyampaikanisi kandungan pelajaran dan mencapai objektif pengajaran danpembelajaran. Ia juga digunakan dengan tujuan untuk menarik minatpelajar serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajarandi bilik kuliah. Bahan sumber pendidikan turut mengandungi pelbagaimesej yang disampaikan melalui pelbagai format media yangdiolah berdasarkan tahap pencapaian pelajar serta isi kandunganpelajaran. Bahan sumber pendidikan juga dapat memudahkanpendidik mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran sertamemudahkan pelajar memahami sesuatu tajuk mata pelajaran. Bahansumber pendidikan perlu digunakan secara sistematik dan tersusunagar mewujudkan minat dalam kalangan pelajar. Penggunaan bahan sumber pendidikan adalah satu proses.Proses tersebut melibatkan prebiu (pra-tonton) bahan sumber, latihanmenggunakannya, persediaan persekitaran pembelajaran, kesediaanpelajar dan persembahan sebenar untuk pengajaran dan pembelajaran.Semua bahan sumber yang hendak digunakan di bilik kuliah perludiprebiu oleh pendidik terlebih dahulu daripada segi kesesuaian denganobjektif dan ciri-ciri serta tahap kebolehan pelajar. Pendidik juga perlu berlatih menggunakan bahan sumberpendidikan yang telah dipilih sebelum digunakan untuk pengajarandan pembelajaran agar persembahannya kelak akan lebih berkesan.Persekitaran di mana bahan sumber tersebut digunakan perludisediakan dengan baik daripada segi ergonomiknya (tempat dudukselesa, pencahayaan mencukupi, pengudaraaan atau ventilasi yangbaik) serta memastikan peralatan dapat berfungsi. Kesediaan pelajar penting dalam menentukan pembelajaranberkesan boleh berlaku. Ini dapat dilakukan sebelum pendidikmemulakan pengajarannya iaitu dengan mengemukakan kepada pelajaroverview atau rumusan umum tentang keseluruhan persembahanatau membuat perkaitan dengan topik yang dikaji dengan tujuanuntuk menimbulkan rasa ingin tahu, meningkatkan motivasi sertameningkatkan tumpuan pelajar. Akhir sekali ialah aktiviti showmanship yang merupakanpersembahan atau penyampaian oleh pendidik di dalam suasana 153
    • pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di mana bahan sumberpendidikan disampaikan dengan pelbagai kaedah atau teknik yangbersesuaian dan berkesan.Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan Perancangan sistematik menggunakan bahan sumberpendidikan atau media memerlukan bahan atau media tersebut dipilihterlebih dahulu. Justeru, pemilihan bahan sumber pendidikan merujukkepada proses dua peringkat yang perlu dilakukan. Peringkat pertamaadalah pemilihan daripada aspek format media sama ada dalambentuk gambar pegun, visual bergerak, bercetak dan sebagainya.Bagi menentukan format yang paling sesuai pemilihan dibuat denganmengambil kira ciri-ciri dan tahap kemampuan pelajar, objektif yangingin dicapai serta situasi pengajaran (kumpulan besar, kumpulan kecilatau pengajaran kendiri). Peringkat kedua pula melibatkan prosespemilihan, modifikasi atau menghasilkan bahan sumber berdasarkanformat yang dipilih. Pada peringkat ini pemilihan dibuat berdasarkanbahan sumber yang sudah tersedia ada dan sekiranya bahan sumbertidak dapat diperoleh, maka pengubahsuaian atau modifikasi perludilakukan. Proses memodifikasi bahan sumber sedia ada adalahlebih kreatif, mencabar serta kos-efektif berbanding dengan aktivitimenghasilkan satu bahan sumber yang baru. Penghasilan satu bahansumber pendidikan yang baru perlu mempertimbangkan faktor-faktorseperti objektif yang ingin dicapai, ciri-ciri dan tahap kebolehankumpulan sasaran, kos, kepakaran teknikal, kemudahan dan peralatanyang diperlukan.Model Pemilihan & Penilaian Bahan SumberPendidikan Media dan bahan sumber pengajaran memainkan peranan yangpenting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaanmedia dan bahan sumber yang sesuai bukan sahaja dapat membantupenyampaian isi pelajaran, malah dapat menarik minat dan tumpuanpelajar serta menjadikan pengajaran tidak membosankan. Pengajaranmenggunakan bahan sumber pendidikan memerlukan perancangan154
    • yang teliti termasuk daripada segi pemilihan dan penggunaan bahansumber tersebut. Perbincangan tentang pemilihan dan penggunaanbahan sumber pendidikan dalam penulisan ini berfokus kepada ModelASSURE (Smaldino et al. 2008).Model ASSURE Model ASSURE adalah akronim bagi analisis ciri-ciri pelajar(analyze learners), sediakan objektif pengajaran (state objectives),seleksi kaedah, media dan bahan sumber (select methods, media& materials), urus penggunaan media dan bahan sumber (utilizemedia & materials), respon dan penglibatan pelajar (require learnerparticipation) dan evaluasi/ penilaian serta semakan semula (evaluate& revise). Model ASSURE dapat membantu pendidik memilih danmenentukan penggunaan pelbagai media dan bahan sumber pendidikanpada tahap optimum. Model berbentuk prosedural ini menyediakanpanduan kepada pendidik untuk merancang, melaksana dan menilaipengajaran menggunakan media dan bahan sumber pendidikan.Matlamat utama Model ASSURE adalah untuk membantu pendidikmerancang pemilihan dan penilaian penggunaan media dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE menyenaraikan enam langkah iaitu analisisciri-ciri pelajar, sediakan objektif pengajaran, seleksi kaedah, mediadan bahan, urus penggunaan media dan bahan sumber, respon sertapenglibatan pelajar, dan evaluasi/ penilaian serta semakan semula.Analisis Ciri-Ciri Pelajar Analisis ciri-ciri pelajar perlu dilakukan bagi menentukankesesuaian di antara media dan bahan sumber yang dipilih bagimendatangkan pembelajaran yang berkesan. Tiga faktor penting yangperlu dipertimbangkan di dalam membuat keputusan pemilihan mediadan bahan sumber adalah ciri-ciri umum pelajar, tahap kebolehanpelajar dan gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum pelajar adalah sepertitahap gred, bangsa serta faktor budaya dan ekonomi. Tahap kebolehanpelajar pula melibatkan tahap kemahiran atau kompetensi pelajar pada 155
    • awal kemasukan ke bilik kuliah seperti penguasaan perbendaharaankata dan pengetahuan. Gaya pembelajaran merujuk kepada tret-tretpsikologi yang menentukan bagaimana seseorang individu membuattanggapan, berinteraksi dan memberi tindak balas secara emositerhadap persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran seperti bakat,kecenderungan, motivasi dan minat perlu turut dipertimbangkansemasa membuat analisis pelajar. Analisis pelajar boleh dilakukansecara informal seperti bersoal jawab di bilik kuliah atau secara formal(sebagai contoh mengadakan ujian).Sediakan Objektif/ Hasil Pembelajaran Peringkat ini memberi penekanan kepada pernyataan objektifatau hasil pembelajaran yang diharapkan dapat dicapai di dalambentuk yang spesifik dan boleh diukur. Pernyataan objektif perlu bagimembantu pendidik memilih media dan bahan sumber pendidikanyang bersesuaian, memastikan penilaian dapat dibuat dengan baikserta membantu para pelajar mengetahui apa yang diharapkan daripadamereka.Pemilihan Media & Bahan Sumber Pendidikan Memandangkan segelintir pendidik biasanya mempunyaikekangan masa untuk membina bahan pengajarannya sendiri, makamereka digalakkan memilih berdasarkan media dan bahan sumber yangsedia ada. Pada peringkat ini proses pemilihan melibatkan langkah-langkah berikut: Membuat keputusan berkaitan dengan kaedah yang sesuai untuk tugasan pembelajaran (sebagai contoh kaedah simulasi, tunjuk ajar dan main peranan). Memilih media format yang sesuai untuk melaksanakan kaedah pengajaran yang dipilih (sebagai contoh carta, slaid, audio, video dan multimedia). Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan yang khusus berdasarkan format media yang dipilih (sebagai contoh memilih bahan sedia ada yang mudah diakses oleh pendidik).156
    • Urus Penggunaan Media & Bahan Sumber Pendidikan Bagi menentukan media dan bahan sumber yang dipilih dapatdiguna sebaik mungkin, terdapat lima langkah yang perlu diberiperhatian oleh pendidik. Lima langkah tersebut meliputi: Prebiu bahan sumber – agar sesuai dengan objektif dan kumpulan sasaran. Penyediaan bahan sumber – bahan yang perlu dikumpulkan, disusun sebagaimana dikehendaki atau diadakan latihan menggunakannya. Penyediaan persekitaran – kemudahan (seperti plug dan suis) dan susunan kedudukan pelajar. Kesediaan pelajar – memberi peluang untuk pelajar bersedia (sebagai contoh beri penerangan ringkas tentang isi pelajaran). Pelaksanaan pengajaran – menggunakan bahan sumber di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Respon Serta Penglibatan Aktif Pelajar Pada peringkat ini, penglibatan pelajar di dalam pengajarandan pembelajaran diberi penekanan. Penglibatan aktif pelajarmelakukan aktiviti dan tugasan bertujuan untuk memberi latihanyang secukupnya kepada pelajar untuk mempelajari pengetahuan ataukemahiran baharu, di samping memperoleh maklum balas daripadapendidik berdasarkan pencapaiannya di bilik kuliah.Penilaian & Semakan Semula Penilaian yang dijalankan selepas pengajaran dan pembelajaranbertujuan untuk mengukur hasil pencapaian pelajar dan juga menilaikeberkesanan penggunaan bahan sumber. Berdasarkan penilaian,pendidik dapat membuat semakan semula yang bertujuan untukmemperbaiki pengajaran yang akan datang. 157
    • Menurut Smaldino et al. (2008) berpandukan kepada ModelASSURE pengajaran menggunakan media dan bahan sumber dapatdirancang dan dilaksanakan dengan baik, dan pembelajaran pulamenjadi lebih menarik, berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuandan potensi pelajar. Model ASSURE dapat ditunjukkan secaraprosedural sebagaimana di dalam Gambarajah 10.1 berikut: A Analisis pelajar (Analyze learners) S Sediakan objektif (State objectives) S Seleksi bahan sumber dan media (Select media and materials) U Urus penggunaan bahan sumber dan media (Utilize media and materials) R Respon serta penglibatan aktif pelajar (Require learner participation) E Evaluasi/Penilaian dan semak semula (Evaluation & review) Gambarajah 10.1: Model ASSURE (Smaldino et al. 2008)Rumusan Pemilihan dan penilaian bahan sumber adalah sangat pentingbagi memastikan bahan yang digunakan untuk pengajaran danpembelajaran adalah bersesuaian dengan objektif pengajaran yangingin dicapai serta tahap pencapaian dan kebolehan pelajar. Bagimembantu memudahkan pendidik membuat pemilihan dan penilaianbahan sumber pendidikan Model ASSURE boleh diaplikasikan.158
    • RujukanHeinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smaldino. S.E. 2002.Instructional Media and Technologies for Learning. Ed. Ke-7. Ohio:Merrill Prentice Hall.Smaldino, S.E., Lowther, D.L. & Russell, J.D. 2008. InstructionalTechnology and Media for Learning . Ed. Ke-9. New Jersey: PrenticeHall.Musa Muhamad. 2003. Kata alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia.Seminar Kebangsaan Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan dalamPengajaran dan Pembelajaran. Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia, 26-28 Jun.Norton, P. & Wiburg, K. M. 2003. Teaching with Technology. Ed. ke2. Belmont: Wadsworth/ Thomson Learning Inc.Percival, F. & Ellington, H. 1994. Buku panduan Teknologi Pendidikan.Terjemahan Noran Fauziah Yaakub. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.Romiszowski, A.J. 1998. The Selection and Use of Instructional Media.Ed. ke 2. New York: Nichols.Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran. Shah Alam: PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd. 159
    • 160
    • BAB 11Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN Mohamed Amin EmbiPengenalan Salah satu bentuk pembelajaran terarah kendiri yang bolehanda bangunkan untuk kegunaan pelajar ialah bahan e-Pembelajaran.Justeru, dalam bab ini anda akan diperkenalkan dengan konsepe-Pembelajaran, kelebihan e-Pembelajaran kepada anda dan pelajar,mod dan teknik e-Pembelajaran, prinsip pembangunan bahane-Pembelajaran, Sistem Pengurusan e-Pembelajaran serta bagaimanaanda boleh membangunkan bahan e-Pembelajaran menggunakansistem pengurusan pembelajaran yang digunakan di UKM iaitu SPIN(Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif).Konsep & Kelebihan e-Pembelajaran Dalam era teknologi maklumat terkini, e-Pembelajaranmenyediakan pelbagai peluang untuk diterokai dalam duniapendidikan terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Secara amnya,e-Pembelajaran merujuk kepada pengajaran dan pembelajaranmenerusi medium elektronik. Menurut Wilson dan Smilanich(2005), terdapat dua jenis e-Pembelajaran, iaitu instructor-led danself-study. Dalam e-Pembelajaran berbentuk instructor-led, andasebagai instruktor memainkan peranan utama dalam memudahcarasesuatu kursus. Contoh e-Pembelajaran berorientasikaninstructor-led meliputi teleconferencing, videoconferencing, papanbuletin elektronik dan mel elektronik. Dalam e-Pembelajaranberorientasi self-study pula, bahan pembelajaran dan aktiviti yanganda bangunkan boleh diakses oleh pelajar secara terarah kendiri.Salah satu kelebihan e-Pembelajaran ialah kelajuan pembangunandan penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahanpengajaran dan pembelajaran yang berasaskan elektronik menepati 161
    • keperluan pembelajaran yang berkonsepkan just-in-time learning.Di samping itu, e-Pembelajaran memberi peluang kepada anda danpelajar berinteraksi dan berkomunikasi pada bila-bila masa dandi mana jua. Ciri keluwesan yang terdapat dalam e-Pembelajaranmembenarkan pelajar anda mengawal penjarakkan pembelajarannya.Ciri ini juga membolehkan pelajar anda mengikuti proses pengajaranmengikut penjadualan dan kadar kendiri. Selain itu, kebanyakanbahan e-Pembelajaran menyediakan kandungan dan format yangmembolehkan pelajar anda membuat latihan berulang kali tanpahad. Aspek kebebasan dalam pembelajaran yang terdapat dalam e-Pembelajaran adalah aspek yang paling dituntut oleh generasi baruyang inginkan kawalan pembelajaran berada dalam tangan mereka.Jika seseorang itu adalah pelajar yang bermotivasi tinggi dan selesadengan mod e-Pembelajaran yang bersifat asinkronis, beliau bebasmengikuti proses pembelajaran pada bila-bila masa, di mana jua danbebas dari belenggu pemerhatian individu yang mereka tidak selesa.Pelajar tersebut perlu memilih saja topik yang dikehendaki, memilihmasa yang sesuai dan meneruskan dengan proses e-Pembelajaran.Mod & Teknik e-Pembelajaran e-Pembelajaran boleh digunakan untuk merujuk pelbagaijenis mod penyampaian, format media dan proses penyampaian.Kategori penyampaian paling meluas bagi e-Pembelajaran ialah modasinkronis dan mod sinkronis. Dalam mod asinkronis, sumbanganinstruktor adalah statik, di mana bahan pengajaran dibangunkandan disimpan terlebih dahulu untuk kegunaan pelajar. Pelajar bolehberinteraksi dengan bahan tersebut pada masa lain yang sesuaidengan waktu pilihan mereka. Dalam mod sinkronis pula, pelajardan instruktor berinteraksi secara langsung atau bersemuka di alammaya. Kedua-dua pihak bebas memberi respon secara spontan dansegera. Pada asasnya, terdapat empat teknik utama dalam e-Pembelajaran. Pertama ialah ‘One-to-Alone’ yakni konsep untukdiri sendiri. Contoh aplikasi teknik ini ialah seorang pelajar yangmencari maklumat dari Internet menggunakan enjin pencarian untuk162
    • menyiapkan tugasannya. Kedua ialah teknik ‘One-to-One’ yakniseorang kepada seorang yang lain seperti berhubung melalui melelektronik. Ketiga ialah teknik ‘One-to-Many’ yakni seorang kepadaramai orang seperti forum, blog dan buletin dalam talian. Keempatialah teknik ‘Many-to-Many’ yakni konsep dari ramai kepada ramaiseperti Wikipedia. Sejak mutakhir ini, penggunaan aplikasi ‘Many-to’Many’ ini nampaknya semakin popular penggunaannya dalamkalangan pengajar dan pelajar kerana kesesuaiannya dengan teoripembelajaran konstruktivisme sosial.Peranan Instruktor & Pelajar dalam e-Pembelajaran Secara tradisionalnya, sebagai instruktor, anda berperanansebagai pemberi maklumat ulung sementara pelajar hanya menerimadan memproses pengetahuan yang diberikan oleh instruktor tersebut.Dalam konteks ini, pelajar biasanya tidak mempunyai kebebasanuntuk mencorak pembelajaran mereka dan bergantung kepada andauntuk mengatur segala pembelajaran mereka. Di dalam persekitarane-Pembelajaran, anda berperanan lebih sebagai fasilitator ataupemantau. Pelajar mempunyai lebih autonomi untuk mencorak danmerancang pembelajaran mereka. Anda boleh bertindak membantumemotivasikan pelajar, memupuk interaksi sosial yang sihat sertamemberikan dorongan kepada pelajar untuk bertanggungjawabsepenuhnya ke atas pembelajaran mereka sendiri. Di dalamsuasana e-Pembelajaran, pelajar lebih bertanggungjawab di dalammenguruskan pembelajaran mereka iaitu mengikut keperluan merekasendiri. Sebagai instruktor, anda berfungsi sebagai fasilitator yangmembantu pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka. Seperti instruktor, di dalam e-Pembelajaran, pelajar jugamempunyai pelbagai peranan yang seharusnya dimainkan. Paloff danPratt (2001) menyenaraikan beberapa peranan yang dimainkan olehpara pelajar. Pertama, pelajar perlu mendapatkan serta membentukpengetahuan yang diperolehi dan kemudiannya menyesuaikan ilmupengetahuan tersebut mengikut keperluan mereka. Pengetahuandan kemahiran yang diperolehi akan digunakan sebaik-baiknya didalam kehidupan sebenar mereka. Kedua, pelajar haruslah mampu 163
    • bekerjasama dengan rakan dan instruktor untuk mencapai objektifpembelajaran yang telah ditetapkan. Mereka seharusnya mampuuntuk memberi serta menerima maklum balas di samping dapatmembuat penilaian kendiri terhadap pencapaian mereka. Justeru,di dalam persekitaran e-Pembelajaran, pelajar diharapkan dapatbekerjasama secara kolaboratif bagi menjana kefahaman yang lebihmendalam dan kritikal. Ketiga, pelajar merupakan agen yang aktifdi dalam e-Pembelajaran di mana penglibatan anda adalah minimal.Peranan pelajar sebagai pengurus atau perancang pembelajarandipikul sebahagian besarnya oleh mereka sendiri. Anda perlu untukmenyerahkan sebahagian daripada autoriti kepada pelajar melaluipenurunan kuasa. Anda hanya perlu memantau proses pembelajaranagar ianya berjalan dengan lancar.Prinsip Pembangunan Bahan e-Pembelajaran e-Pembelajaran yang asas melibatkan bentuk penggunaanelemen multimedia asas sahaja: teks, grafik mudah dan interaksihiperlink. Manakala e-Pembelajaran yang lebih kompleks mengandungiinteraksi pelajar-komputer yang lebih banyak daripada hiperlink.Contoh interaksi yang dimaksudkan ialah aktiviti latih tubi interaktifbagi sesuatu mata pelajaran. Contoh aktiviti yang lebih kompleks pulamelibatkan simulasi seperti simulasi kapal terbang atau simulasi yangmelibatkan proses pembedahan dalam bidang perubatan. Sekiranya anda ingin menghasilkan bahan pengajaran danpembelajaran secara atas talian, beberapa prinsip perlu dipatuhi.Pertama ialah eskplorasi yakni menyediakan pelbagai kemudahan agarpelajar mampu menerokai pelbagai sumber informasi yang terdapatdalam Internet. Kedua ialah membina pengalaman yakni menyediakanpelbagai laluan pembelajaran bagi membolehkan pelajar menimbapengalaman yang pelbagai dan relevan. Ketiga ialah keterlibatanyakni menyediakan pelbagai tugasan dan aktiviti yang melibatkanpelajar. Keempat ialah kebertanggungjawaban yakni meletakkanpelajar dalam satu situasi dimana mereka perlu membuat keputusandan bertanggungjawab di atas keputusan yang mereka buat atau pilih.Kelima ialah keberkesanan yakni pelajar didedahkan kepada suasana164
    • pembelajaran yang berkesan selain kaedah tradisional berbentukkuliah. Keenam ialah mudah guna yakni isi kandungan pelajaran yangmudah dicapai merentas platform serta tempoh dan masa.Sistem Pengurusan e-Pembelajaran Sistem Pengurusan e-Pembelajaran atau e-LearningManagement System adalah suatu persekitaran elektronik yangmembolehkan penyampaian, pengurusan dan pentadbiran pelbagaiaktiviti pembelajaran, perkhidmatan, kandungan pembelajarandan data. Istilah lain yang biasa digunakan untuk merujuk kepadasistem pengurusan e-Pembelajaran ialah Persekitaran PembelajaranMaya (Virtual Learning Environment), Sistem Pengurusan Kursus(Course Management System) atau Sistem Pengurusan KandunganPembelajaran (Learning Content Management System). SistemPengurusan Pembelajaran biasanya digunakan untuk meningkatkantempoh dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sertakomunikasi dengan pelajar. Sistem Pengurusan e-Pembelajaran terdiri daripada beberapabentuk. Pertama ialah sistem yang berbentuk ‘off-the-shelf’ iaitu sistemyang hanya boleh diperolehi secara komersial seperti Blackboarddan WebCT. Kedua, terdapat beberapa sistem yang terdiri daripadaSistem Pengurusan Pembelajaran Sumber Terbuka atau Open SourceLearning Management System yang boleh diperolehi secara percumaseperti MOODLE (Gambarajah 11.1). Akhir sekali ialah sistem yangdibangunkan secara dalaman mengikut keperluan sesebuah institusiatau dikenali sebagai ‘In-house Customised System’. Contoh sistemyang dibangunkan untuk Fakulti Pendidikan secara internal ialahe-MaS (e-Learning Management System) oleh Prof. Dr. MohamedAmin Embi (Gambarajah 11.2); manakala sistem yang dibangunkanuntuk kegunaan warga UKM ialah SPIN atau Sistem PengurusanPengajaran dan Pembelajaran Interaktif (Gambarajah 11.3). 165
    • Gambarajah 11.1: MOODLE - Sistem Pengurusan Pembelajaran Sumber Terbuka Gambarajah 11.2: e-MaS (e-Learning Management System)166
    • Gambarajah 11.3: SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif)Penggunaan SPIN SPIN yang digunakan oleh UKM adalah sistem yang dibangunkanberdasarkan Inisiatif Pengetahuan Terbuka dan diintegrasikan denganSistem Maklumat Universiti terutamanya Sistem Maklumat Pelajar danSistem Maklumat Kakitangan. Sekiranya anda mengajar di KampusBangi, SPIN Bangi boleh dicapai di alamat http://www.spin.ukm.my; manakala sekiranya anda mengajar di Kampus KL, SPIN KKLboleh dicapai di dalam http://spin.medic.ukm.my. Untuk mendapatkanKata Laluan, klik butang ‘Pengajar’ di halaman utama SPIN Bangiatau SPIN KKL dan masukkan nombor pekerja anda seperti dalamGambarajah 11.4. 167
    • Gambarajah 11.4: Mendapatkan Kata LaluanKata Laluan anda akan dihantar oleh SPIN ke alamat mel elektronikyang telah anda daftarkan dalam Sistem Maklumat Kakitangan melaluie-Warga. Untuk masuk ke SPIN, anda hanya perlu masukan NomborPekerja di ruang ‘Pengenalan’, kata laluan dan klik butang ‘masuk’.Sebaik sahaja memasuki SPIN, anda akan melihat senarai kursusyang dikendalikan oleh anda pada sesuatu semester (seperti dalamGambarajah 11.5). Anda boleh memuatnaik gambar dan menukarkatalalaun dalam ruangan ‘My Profile’ sekiranya perlu.168
    • Gambarajah 11.5: Halaman Pensyarah dalam SPINAntara kemudahan yang disediakan dalam SPIN ialah pengumumanhebahan. Pengumuman boleh dibuat dengan menekan butang ‘Add’ diruangan ‘Announcements’ seperti dalam Gambarajah 11.6. Anda jugaboleh menghantar ‘Attachement’ sekiranya perlu. Gambarajah 11.6: Kemudahan Membuat PengumumanPihak Pengurusan Universiti telah menetapkan bahawa paling minimasetiap pensyarah perlu memuatnaik silibus kursus masing-masing kedalam SPIN. Untuk berbuat demikian, anda perlu klik butang ‘UploadCourse’, klik folder ‘Course Profile’ dan pilih butang ‘UPLOAD’ untukmemuatnaik fail silibus kursus yang berkaitan Gambarajah 11.7. 169
    • Gambarajah 11.7: Memuatnaik Silibus KursusUntuk memuatnaik nota kuliah, anda perlu klik butang ‘Upload Course’,klik folder ‘Lecture Notes’, klik ‘New Lesson’ dan tekan butang‘Upload Main File’ seperti yang ditunjukan dalam Gambarajah 11.8.SPIN membolehkan anda memuatnaik pelbagai fail dalam format doc,pdf, ppt, xls, swf dsb. Prosedur yang sama juga boleh digunakan untukmemuatnaik ‘Tutorials’ dan soalan lepas atau ‘Model Questions’. Gambarajah 11.8: Memuatnaik Nota Kuliah170
    • Untuk menambah sumber bacaan serta rujukan kendiri pelajar,anda perlu klik ‘Upload Course’, klik folder ‘References’ dan tekanbutang ‘Add URL’ (atau Add Book; Add Article sekiranya berkenaan)seperti dalam Gambarajah 11.9. Sekiranya anda ingin memuatnaikmaklumat tugasan yang perlu diketahui oleh pelajar anda, klik butang‘Assignment’, klik folder ‘Upload Assignment’, klik butang ‘NewAssignment’ dan masukkan maklumat seperti nama tugasan, modtugasan (individu atau kumpulan) serta tarikh makluman serta tarikhakhir penghantaran tugasan dalam ruangan ‘Add Assignment’ yangdisediakan dan menekan butang ‘Add’ (lihat Gambarajah 11.10). Gambarajah 11.9: Menambah Senarai Rujukan Pelajar Gambarjah 11.10: Memuatnaik Maklumat Tugasan Pelajar 171
    • Antara lain, SPIN juga menyediakan kemudahan untuk menguruskumpulan menerusi butang ‘Groups’ dimana anda boleh menggunakanfolder ‘Manage Groups’ dan ‘Assign Groups’ seperti yang ditunjukandalam Gambarajah 11.11. Di samping itu, anda juga bolehmenggunakan kemudahan komunikasi sinkronis (Chat) dan asikronis(E-Mail & Discussion Board) yang disediakan oleh SPIN untuk andaberinteraksi dengan pelajar. Gambarajah 11.11: Kemudahan Mengurus KumpulanBagi mengukuhkan pembelajaran yang diikuti oleh pelajar, anda bolehmembangunkan Quiz, Ujian Pra serta Ujian Pos. Menerusi bahagianQuiz Centre, anda terlebih dahulu perlu membangunkan beberapaBank Soalan menerusi folder ‘Question Bank’ dan membina item-itemujian melalui folder ‘Manage Questions’ seperti yang ditunjukkandalam Gambarajah 11.12. Setakat ini, hanya tiga jenis soalan yangboleh dibangunkan iaitu i) soalan berbentuk betul/salah, ii) soalananeka pilihan dengan satu jawapan betul, dan iii) soalan aneka pilihandengan lebih dari satu jawapan yang betul. Menerusi Quiz Centre, andajuga boleh menentukan masa dan tarikh ujian serta melihat keputusansetiap ujian.172
    • Gambarajah 11.12: Kemudahan Membangun & Mengurus QuizAkhir sekali, SPIN juga menyediakan kemudahan untuk memantaupenggunaan serta kemajuan pelajar melalui ruangan ‘Report’. Terdapattiga jenis laporan yang boleh dilihat iaitu i) Quiz Report, ii) ProgressReport, dan iii) Usage Report (lihat Gambarajah 11.13). Gambarajah 11.13: Kemudahan Menjana Statistik Penggunaan 173
    • PenutupDi kebanyakkan Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti UKM, e-Pembelajaran dilaksanakan secara sampingan atau adjunct berbandingsecara blended atau atas talian sepenuhnya seperti yang dilaksanakanoleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta terutamanya yangmengendalikan program pengajian secara jarak jauh. Ini bermaknapenggunaan e-Pembelajaran berfungsi sebagai pelengkap kepadapengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersemuka.Namun, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam modelektronik membolehkan pelajar anda mengikuti kandungan kursussecara akses kendiri, kadar kendiri dan pengajian kendiri.RujukanPalloff & Pratt 2005. Collaborating Online: Teaching Together InCommunity. John Wiley & Son Inc. San FranciscoWilson, D. & Smilanich, E. 2005. The Other Blended Learning. SanFrancisco. Pfeiffer.Bacaan TambahanAllen, M.W. 2003. Michael Allen’s Guide to E-Learning. John Wiley& Son Inc. MassachusettsAnderson, T. & Elloumi, F. 2004 (Teds). Theory and Practice of OnlineLearning. New York: Prentice HallCarliner, S. 2004. An Overview of Online Learning. Amherst. HRDPress.Jafari, A. 2000. Development of a New University-wide CourseManagement System. Hershey, PA: Idea Group Publishing.Kearsley, G. 2000. Online Education: Learning & Teaching inCyberspace. Wadsworth: United Kingdom.174
    • Piskurich, G.M. 2004. Getting the Most from Online Learning. SanFrancisco. Pfeiffer.Roberts. T.S. 2000 (Ed.) Online Collaborative Learning: Theory andPractice. Hershy, PA : Information Science Publishing.Rosenberg, M. 2001. E-learning. New York. McGraw Hill. 175
    • 176
    • BAB 12 Pengendalian Forum Atas Talian Supyan HussinPengenalan Bab ini membincangkan perkara berkaitan denganpengintegrasian forum atas talian untuk kursus di IPT. Meskipunforum atas talian sudah bertapak dalam alam siber sebelumwujudnya platform w.w.w. (world wide web), penggunaannyadalam kursus di IPT tempatan masih belum begitu meluas. Forummenekankan pentingnya penglibatan pelajar dalam perbincanganbagi mengukuhkan kefahaman pelajar mengenai konsep atau ideayang telah disampaikan oleh pensyarah. Bab ini akan menyentuhtiga perkara: kedudukan forum dalam pengajaran, penyediaan forumuntuk kursus, dan pengendalian forum.Kedudukan Forum dalam Pengajaran Di dalam pengajaran, terdapat empat proses yang harusdilaksanakan oleh pensyarah secara berurutan: (1) memperkenalkankonsep atau idea; (2) membimbing pelajar memahami konsep atau ideayang dikemukakan oleh pensyarah dengan mengemukakan contoh,ilustrasi, atau demonstrasi; (3) melatih-tubi pelajar untuk menguasaikonsep atau idea dengan cara mengaplikasi konsep atau idea dalamsiri-siri latihan termasuk penyelesaian masalah, ujikaji, simulasi, danperbincangan atau forum; dan (4) menguji sejauhmana pelajar telahmenguasai konsep atau idea yang dipelajari melalui peperiksaan,kertas kerja, dan persembahan. Forum adalah salah satu kaedah penting dalam memastikanproses penguasaan ilmu berlaku dengan lebih berkesan. Forum, yangbersifat dua hala, samada antara pensyarah dengan pelajar atau pelajardengan pelajar, melibatkan aras berfikir tahap pertengahan dan arasberfikir tahap tinggi seperti yang disebutkan dalam Taksonomi Bloom. 177
    • Melalui forum, pensyarah dapat membuat pemerhatian awal tahappenguasaan pelajar dalam mengaplikasikan konsep atau idea yangtelah disampaikan kepada mereka. Bagi pelajar pula, forum dapatmembantu pelajar berkongsi kefahaman dengan lebih mendalammengenai sesuatu konsep atau idea yang dipelajari. Kini diskusi atau forum ‘pensyarah-pelajar’ serta ‘pelajar-pelajar’ tidak lagi terhad kepada ruang fizikal dan ruang masa.Dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yangmenggunakan komputer, Internet dan telefon bimbit, diskusi atastalian atau dikenali juga sebagai forum atas talian atau e-forum,dapat membantu pensyarah memanjangkan dan menggiatkan lagiperbincangan di kalangan pelajar. Melalui forum atas talian, pelajarpula akan dapat belajar dan memperoleh maklumat lebih lanjutmengenai sesuatu yang dibincangkan dalam sesuatu kursus. Sudahpasti proses ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar selain daripadausahanya sendiri untuk memahami dan menguasai apa yang sedangdan telah dipelajari. Forum atas talian menawarkan ruang komunikasi yang lebihluas dan melangkau kekangan pertemuan fizikal dan kekangan masa.Forum atas talian menawarkan elemen privasi dalam interaksi maya dimana bagi pelajar yang pemalu atau pendiam di dalam kelas atau bilikkuliah tidak perlu bimbang diperhatikan oleh orang lain. Sesetengahpelajar yang tidak berani bercakap di hadapan khalayak ramai dalamkelas konvensional boleh menyatakan pandangan, harapan, idea,dan soalan tanpa perlu memperkenalkan diri mereka secara terbuka.Perasaan tertekan, takut membuat silap, takut diejek kerana lemahbahasa dapat diminimakan dalam forum atas talian bagi mereka yangbimbang akan kemampuan mereka dalam berbahasa. Sebagai pulanganmereka akan mempelajari dan memperolehi sesuatu yang baru dalamkursus mereka. Tidak sepertimana blog yang lebih bersifat peribadidan bebas fokus, forum atas talian lebih berfokus kepada kelompoktertentu, keahliannya terhad, dan topiknya berfokus mengikut temaatau sub-tema yang ditentukan oleh pengedalinya atau moderator iaitupensyarah kursus.178
    • Supyan (2005, 2006a, 2006b, 2008) menjalankan siri kajiantentang forum atas talian dalam kursus pengajian bahasa di UniversitiKebangsaan Malaysia mendapati 10 perkara yang harus diberiperhatian: (1) majoriti pelajar menyatakan bahawa forum atas talianmembantu mereka untuk memahami kandungan kursus yang merekaperolehi dari bilik kuliah dengan lebih baik; (2) kebanyakan pelajarbersetuju bahawa mereka mendapat manfaat dari sudut kemahiranberkomunikasi dan kemahiran berbahasa melalui forum atas talian disamping dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih baik; (3) majoritipelajar tahun tiga menunjukkan motivasi yang tinggi untuk aktif dalamforum atas talian berbanding pelajar tahun dua di UKM; (4) majoritipelajar yang terlibat dalam forum atas talian di dalam dua kursusyang mereka ikuti mahukan forum atas talian dijalankan juga dalamkursus-kursus lain; (5) terdapat rungutan daripada pelajar (kurang darisepuluh peratus) yang menyatakan sebahagian mesej yang dipaparkandalam forum atas talian adalah tidak relevan dan mengelirukan; (6)sebahagian pelajar (bidang Bahasa Inggeris) menyatakan kekanganmasa merupakan faktor yang menghadkan penglibatan aktif merekadalam forum atas talian didorong rasa kurang yakin terhadap tahappengusaan bahasa Inggeris mereka untuk digunakan dalam forumatas talian (8) sebahagian pelajar tidak ada kepastian bilakah rakanforum atas talian harus memberikan respon kepada input/mesej yangdipaparkan; (9) sebilangan kecil pelajar mengharapkan pensyarahmemberi respon segera kepada input/mesej dalam forum, tetapiberharap respon diberikan oleh pensyarah tidak lewat dari seminggu;(10) majoriti pelajar bersetuju bahawa forum atas talian akan lebihbermakna apabila ia ada kaitan dengan aktiviti lain dalam kursus,dalam tugasan, dan dalam penilaian.Menyediakan Forum Untuk Kursus Terdapat beberapa enjin atau sistem yang boleh digunakanoleh pensyarah untuk menyediakan forum atas talian dan seterusnyamengintegrasikan dalam kursus. Bagi IPT yang sudah memiliki LMS(Learning Management System) seperti MyLMS di OUM (OpenUniversity Malaysia), MLMS di MMU (Multimedia University), 179
    • dan SPIN di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), enjin bagimenyediakan forum sudah tersedia ada untuk digunakan olehpensyarah. LMS yang berasaskan open source seperti MOODLE,yang boleh didapati secara percuma, juga menawarkan penggunaanenjin forum. Begitu juga dengan LMS komersil seperti WEBCT danBLACKBOARD yang turut sama menyediakan ruang forum untukpenggunanya. Antara kelebihan enjin forum dalam LMS milik IPTmasing-masing ialah ia menjadi satu kebanggaan IPT berkenaan,mengumpul bahan perbincangan khusus untuk sesuatu kursus,meningkatkan tahap kemahiran TMK pensyarah dan pelajar, sertamemantau penglibatan pelajar dalam kursus. Bagaimanapun, terdapatkekangan yang mungkin bersifat sementera, misalnya, akses kepadakomputer pelayan universiti yang tidak mampu menampung tuntutanyang meningkat khususnya ketika waktu laluan trafik yang sibuk dilebuhraya maklumat, talian Internet yang terhad, data forum yang tidakdapat disimpan lama serta terpaksa dihapuskan pada semester seterusnyakerana kekurangan ruang dalam cakera padat, dan makluman mesej baruyang tidak dapat disampaikan kepada pelajar kecuali pelajar masuk keLMS untuk menyemak jika ada mesej baru dalam forum. Berbanding dengan enjin umum yang tidak dimiliki oleh IPTseperti Yahoo Groups (http://groups.yahoo.com/) (lihat Gambarajah12.1), Nicenet (www.nicenet.org), Wikea Forum (http://forums.wikia.com), dan Google Community (http://www.googlecommunity.com/),enjin ini boleh digunapakai oleh siapa sahaja untuk menyediakanforum bagi kursus masing-masing. Kelebihan enjin forum umumini mengatasi segala kekangan yang disebutkan di atas yang berlakudi IPT. Apa yang amat ketara dalam enjin forum umum ini ialah,misalannya dalam Yahoo Groups, pertama, setiap mesej yang dihantarke forum ini akan dimaklumkan kepada setiap ahli forum melalui emeldan satu salinan mesej disimpan di dalam forum. Ini bermakna pelajarbukan sahaja boleh membaca mesej berkenaan tanpa masuk ke dalamforum tetapi boleh juga menghantar mesej melalui emelnya sendiri.Kedua, data dalam forum atas talian ini akan terus tersimpan di dalamserver Yahoo selagi mana pemiliknya (pensyarah) tidak memadamatau memusnahkan akaunnya. Data yang tidak musnah ini juga boleh180
    • digunapakai semula untuk pengajaran kursus akan datang, dan bolehjuga dijadikan data untuk tujuan penyelidikan. Pensyarah bolehmemilih untuk menggunakan enjin forum dari LMS di IPT mahupunenjin forum yang umum. Pemilihannya bergantung kepada keperluandan tuntutan persekitaran. Gambarajah 12.1: Contoh Forum dari Yahoo GroupsPengedalian Forum Penentuan kejayaan sesuatu forum bukanlah isi kandunganforum atas talian semata-mata tetapi teknik bagaimanakah iadilaksanakan. Di sinilah keperluan aspek pedagogi harus ditelitidan diterjemahkan untuk mengintegrasikan forum atas talian dalampengajaran. Bagi mengendalikan forum atas talian, beberapa perkarapenting di bawah harus diambilkira. Pertama, forum atas talian bukan semata-mata pertukaran danpenghantaran mesej (idea, pandangan, soalan) di kalangan pelajartetapi ia adalah sebahagian dari tugasan dalam kursus. Apabila forumatas talian dilihat relevan dengan kuliah, tugasan, pengurusan kursus,dan penilaian, maka pelajar akan mengeksploitasi forum atas talian 181
    • secara optimum. Pelajar perlu difahamkan bahawa penglibatan merekadalam forum direkabentuk bagi menjadikan mereka bertanggungjawabke atas pembelajaran mereka dan penglibatan mereka menyumbangkepada kejayaan untuk memenuhi objektif kursus. Di dalam prosesperbincangan dalam forum, pelajar dilatih berfikir berasaskan TaksonomiBloom. Misalnya apabila pelajar menyelusuri Internet, mereka harusbersedia secara mental menjawab beberapa soalan yang diberikan olehpensyarah di dalam forum atas talian, disusuli dengan membaca lamanweb pilihan, mengenalpasti web maklumat yang relevan, membezakanmaklumat perlu dengan yang kurang perlu, mengklasifikasi maklumat,mensintesis maklumat, dan kemudiannya menkonsepsikan maklumatserta membina maklumat tadi dalam bentuk yang mudah difahamiuntuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan forum. Amalan ini dapatdilihat pada penulisan Doolittle (2001:5) yang menerangkan tentangpembinaan ilmu pengetahuan sebagaimana digariskan dalam teorikonstruktivis: Students interact with knowledge within a sociocultural environment. This external social experience causes the formation of internal mental structures that are influenced by the presence of social, cultural, contextual, and activity-based factors. The student does not acquire an exact representation of this knowledge, but rather, a personal interpretation of the external knowledge. The newly constructed knowledge will be based on the student’s prior knowledge and the impact of the social, cultural, and activity-based factors. Proses berfikir secara aktif untuk mengaitkan antara satuaktiviti dengan aktiviti yang lain akan menjadikan pelajar menghargaiilmu pengetahuan dan input yang diberikan. Satu contoh terbaik penggunaan forum dalam kursus “Web-based Language Learning” di UKM pada tahun 2007 dirakamkandi sini. Salah satu topik kuliah bagi kursus ini ialah ‘copyright andintellectual property’. Setelah konsep ‘copyright’ disampaikan dalamkuliah, pensyarah mengemukakan satu soalan mengenai ‘copyleft’.182
    • Pensyarah mendapati kesemua pelajar tidak pernah mendengar konsepatau kosakata ‘copyleft’. Lantas pensyarah meminta pelajar mencarimaklumat mengenai ‘copyleft’ di Internet dan dimasukkan ke dalamforum atas talian untuk dibincangkan. Pada peringkat pertama pelajarmenggunakan taksonomi berfikir aras rendah iaitu ‘mengenalpasti’maksud ‘copyleft’ melalui pencarian di Internet dan dikongsi bersamamaklumat berkenaan dan sumber URLnya di dalam forum atas talian.Pada peringkat kedua, pelajar diminta membandingkan ciri ‘copyright’dan ‘copyleft’ di dalam forum di mana pelajar perlu menggunakantaksonomi berfikir aras pertengahan iaitu ‘membezakan’. Manakala diperingkat ketiga pula, pelajar diminta untuk memutuskan samada untukbersetuju atau tidak bersetuju dengan ‘copyright’ dan ‘copyleft’ sertamemberikan rasional mereka. Di tahap ini pelajar perlu menggunakantaksonomi berfikir aras tinggi. Ringkasnya, pengukuhan konsep yangdikuliahkan boleh dilakukan dalam forum atas talian yang tidak kenalsempadan fizikal dan masa. Dalam contoh ini (lihat Gambarajah12.2), forum atas talian akan menjadi lebih relevan dan bermaknakepada pelajar kerana kandungannya berkait rapat dengan apa yangdisampaikan dalam kuliah sebelum ini. Gambarajah 12.2: Contoh Paparan Respon Pelajar 183
    • Kedua, oleh kerana forum atas talian adalah suatu bentukpengukuhan dalam proses pembelajaran, maka tugasan ini harusdiberikan markah atau insentif yang wajar agar ia dilihat berbaloidengan penglibatan mereka, dan relevan kepada pelajar. Pemberianmarkah yang munasabah akan meningkatkan motivasi pelajar untukterus terlibat dalam forum atas talian. Jumlah masa yang diberikan olehpelajar untuk mengakses forum atas talian, membaca serta menelitiinput/mesej yang diberikan oleh rakan forum atas talian dan memberirespon kepada mesej/input adalah suatu yang berbaloi dan perludiberikan ganjaran yang setimpal. Pengalaman masa lalu mendapatimarkah 5% bagi penglibatan dalam forum atas talian adalah terlalurendah dan tidak berbaloi serta tidak menggalakan pelajar untuk terlibatsama dalam forum atas talian. Paling minima markah yang dianggapberpatutan ialah antara 10-15% (Supyan 2006b, 2007). Markah lebihtinggi akan menjadi satu insentif yang mendorong pelajar untuk aktifdalam penyertaan e-forum. Biarpun begitu, markah tinggi bukan satu-satunya elemen ekstrinsik dalam memotivasi pelajar. Penghargaan daripensyarah juga boleh berlaku dalam bentuk pujian kepada pelajar dalamforum, menyatakan persetujuan pendapat dengan sesuatu pandangan,dan merakamkan pengesahan kepada apa yang disampaikan olehpelajar, sekaligus dapat menarik perhatian pelajar dan mempengaruhisikap pelajar terhadap aktiviti forum. Ketiga, penilaian ke atas pencapaian pelajar dalam forumatas talian tidak harus menghukum atau mengkritik penguasaanbahasa pelajar yang lemah jika tujuan forum itu ialah untuk menarikpelajar untuk memberi pandangan dan idea. Kesilapan nahu, ayattergantung, ringkasan perkataan, dan ayat struktur tidak formal yangdilakukan oleh pelajar tidak harus diberikan penalti kerana ia akanmelemahkan semangat pelajar dan membimbangkan pelajar untukmengambil bahagian dalam forum atas talian. Apa yang lebih utamaialah penglibatan aktif mereka dalam forum dengan penekanan kepadakandungan yang baik dan bukannya ketepatan dalam penggunaanbahasa, walaupun ketepatan itu pastinya dapat membantu memudahkanlagi orang lain memahami mesej/input yang disampaikan.184
    • Akhir sekali, peranan pensyarah dalam forum atas talian harusdiperjelaskan kepada pelajar bahawa pensyarah hanyalah bertindaksebagai pembimbing dan pemudahcara. Pensyarah tidak perlu mengajardalam forum atas talian sepertimana mereka lakukan dalam bilikkuliah. Tetapi pensyarah harus memanjangkan perbincangan dari bilikkuliah kepada forum atas talian untuk memantapkan kefahaman danmengkayakan ilmu pengetahuan dengan meminta pelajar mendapatkanmaklumat lanjut dari Internet dan berkongsi maklumat mereka dalamforum atas talian. Pensyarah juga perlu mencetuskan soalan-soalandan penyataan yang merangsang untuk menarik perhatian pelajar danmendorong pelajar untuk memberi respon mereka kepada input dalamforum atas talian. Soalan-soalan ini diharapkan dapat menggiatkanproses berfikir dan menggalakkan pelajar supaya bersedia memberikanmasa dan usaha tambahan dalam forum atas talian. Selain daripada itu,hasil perbincangan yang bertali arus melibatkan maklumat baru yangtidak dibincangkan dalam kuliah boleh dijadikan sebahagian dari kuizatau soalan peperiksaan. Dengan itu, pelajar tidak akan memandangsepi kandungan forum atas talian. Dalam masa yang sama pensyarahtidak perlu bersikap jumud apabila mengendalikan forum. Sekiranyapensyarah telah menggariskan peraturan awal sebagai panduan kepadapelajar untuk mengambil bahagian dalam e-forum, isu-isu rutin harian,politik, agama, sosial dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan kursusdapat dielakkan.Kesimpulan Jika forum atas talian dirancang dengan teliti denganmengambilkira prinsip-prinsip pedagogi, ia dapat meluaskan zonperkembangan minda pelajar di mana berlakunya proses pengukuhandan pemantapan kefahaman pada setiap individu pelajar. Peluasan zonini banyak bergantung kepada kemampuan, sikap dan motivasi pelajarsendiri untuk menguasai lebih banyak maklumat dan ilmu pengetahuandalam sesuatu kursus yang diikuti. Proses yang berterusan ini akanmendorong pelajar untuk berkendiri dalam zon yang mereka pilih danzon yang selesa serta sesuai dengan diri mereka. Dalam erti kata lain,penggunaan forum atas talian dalam pengajaran adalah suatu yang 185
    • amat praktikal dan munasabah. Malah ia menjadi satu norma dalamdunia pendidikan masakini. Dengan mengambil perhatian seriusterhadap infrastruktur, perkakasan, perisian, dan kemahiran asas TMKyang harus ada pada diri pelajar, pensyarah perlu memahami potensidan kelebihan forum atas talian. Apa yang lebih penting dari itu ialahpensyarah perlu tahu mengaplikasi prinsip pedagogi yang sesuai dalampelaksanaan forum atas talian bagi kursus yang mereka kendalikan.Menyedari akan kepentingan kualiti dalam perbincangan di forumatas talian dan sumbangan perbincangan itu dalam proses pembinaansemula maklumat dan ilmu pengetahuan dalam bilik kuliah, pensyarahharus membenarkan generasi pelajar masakini untuk mengambilbahagian dalam jaringan komunikasi yang lebih luas melalui forumatas talian yang bukan sahaja disediakan oleh pensyarah tetapi jugaforum atas talian yang dikendalikan oleh pihak lain yang berkaitandengan bidang yang mereka sedang ikuti. Ini akan dapat memupuksemangat dan budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalagan pelajarapabila mereka tamat pengajian di IPT. Bagi pensyarah yang berminatmeneruskan kajian berterusan, perbincangan demi perbincangan dalamforum atas talian yang dijalankan setiap semester boleh menjadi datayang kaya untuk dianalisis dan diwacanakan selagimana kandunganforum atas talian itu tidak dipadam pada akhir semester. Pembuat polisiharus menyediakan peruntukan dana untuk menaiktaraf komputerpelayan dan latihan sumber tenaga manusia supaya IPT hari ini dapatmenawarkan pendidikan yang lebih berkualiti untuk generasi masadepan.RujukanDoolittle, P. 2001. Integrating constructivism and cognitivism.Educational Psychology. (online) http://www.tandl.vt.edu/doolittle/research/icc.html. (18 Feb 2007)186
    • Supyan Hussin & Zaini Amir. 2005. Exploiting Online Forums in E-Community of Experts in Language Teaching. Proceedings for SEKOM05, Seminar on E-Community. Bangi: Center for E-Community,UKM.Supyan Hussin. 2006. Online forum in ELT Training Program:Constraints or Problems? Proceedings of 6th Annual Southeast AsianAssociation for Institutional Research SEEAIR 2006 Conference:Transforming Higher Education for the Knowledge Society. KualaLumpur: SEEAIR-OUM, 438 – 446.Supyan Hussin. 2006b. A Plenary paper: Revisiting online forum inlanguage teaching. Paper presented at ASIACALL. Organized byUPM. 26 – 28 Nov 2006.Supyan Hussin & Azhar Jaludin. 2006c. To go or not to go with On-line Forums? Procceding for e-learning seminar: Advancing Quality inHigher Education. Bangi: Center for Academic Development, UKM.Supyan Hussin. 2007. (Nov 2008). Creating a Bigger Z.P.D. for ESLLearners via Online Forum. The Collage Teaching Methods and StylesJournal. 4 (11): 1-9. 187
    • Bacaan TambahanAlan Jolliffe, Jonathan Ritter & David Stevens. 2001. The OnlineLearning Handbook. Kogan Page.Christopher R. Wolfe. 2001. Learning and Teaching on the WorldWide Web. Academic Press.Marc Eisenstadt & Tom Vincent. 2000. The Knowledge Web:Learning & Collaborating on the Net. Kogan Page.Marc J. Rosenberg. 2001. E-Learning Strategies for DeliveringKnowledge in the Digital Age. McGraw-Hill.Ormond Simpson. 2002. Supporting Students in Online, Open &Distance Learning. Second Edition. Kogan Page.188
    • BAB 13 Pengendalian Kuiz Atas Talian Norizan Abdul RazakPengenalan Pengujian atas talian ialah satu kaedah baru di dalampenilaian dan penaksiran. Kaedah ini menjadi popular sesuai denganperkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masakiniyang telah menjadi satu medium penting di dalam pengajaran danpendidikan di peringkat sekolah dan juga di universiti. Dalam bab inikonsep ujian atas talian dan kelebihan membangunkan dan mentadbirujian akan dibentang. Contoh sebuah ujian atas talian yang telahdibangunkan menggunakan perisian Hot Patatoes juga akan dihuraikan.Isu-isu penting berkaitan keselamatan, pentadbiran ujian dan jugapembangunan ujian juga akan dibincangkan di bab ini. Objektif babini adalah untuk memperkenalkan ujian atas talian dan seterusnyamembantu anda memahami konsep dan kaedah untuk membangunkansendiri ujian atas talian ini.Latarbelakang Ujian Atas Talian Ada banyak sebab mengapa kita perlu menguji pelajar kita.Ujian boleh diberi sebagai indikator untuk memastikan penempatanpelajar di dalam program atau untuk menilai kesediaan pelajarmemasuki topik-topik baru yang diperkenalkan di dalam kursus.Ujian juga untuk menilai kompetensi pelajar atau pemahaman merekamengaplikasikan bahan kursus. Ujian juga adalah untuk mengenalpastitahap pencapaian objektif pembelajaran pelajar kita di dalam kursusyang ditawarkan. Berasaskan teori yang diasaskan oleh Alderson(2000), penilaian seseorang pelajar bertujuan untuk mengenalpastikefahaman dan penguasaan fakta, konsep, proses dan juga pengetahuanstrategik seseorang. Ujian atas talian boleh menguji aspek-aspektersebut dan pada masa ini ujian berbentuk objektif atau jawapan 189
    • pendek, mengisi tempat kosong boleh dilaksanakan secara sinkronosdan ujian penulisan dan pertuturan yang memerlukan maklumbalasdan penilaian dilaksanakan secara asinkronous. Pada masa ini ujian atas talian ialah satu cara penilaian yangagak baru diperkenalkan di institusi pengajian tinggi dan ianya dapatmenilai tahap pengetahuan seseorang bermediumkan komputer,tanpa kertas atau alat penulisan yang lain. Kelebihan ujian atas talianialah ia membantu mengurangkan beban pengajar untuk memeriksakertas peperiksaan yang berbentuk objektif dan ujian bentuk iniboleh diambil oleh lebih ramai pengguna serentak di beberapa lokasi.Penggunaan komputer bukan sahaja dapat memberikan maklumbalasdan keputusan peperiksaan berbentuk objektif secara automatik malahjawapan boleh diprogramkan berbentuk interaktif dan berbentukduacara. Maklumbalas boleh diberikan di dalam bentuk maklumbalas“corrective” yang menyatakan betul atau salah atau “informative”yang memberikan penerangan lanjut mengapa jawapan adalah salahdan memberi pembayang kepada jawapan yang diperlukan. Kedua-dua maklumbalas ini bersesuaian untuk format ujian atas talianberbentuk “exploratory”. Ujian berperantaraan komputer juga bolehmembantu pengajar untuk mentadbir dan menganalisa keputusan sertamemberi laporan penuh prestasi pelajar dari segi peratusan, mediandan kesahihan setiap item ujian. Memandangkan ujian di atas talian dapat mencapai capaian-capaian lain dan boleh menerapkan unsur multimedia maka ujian yangdibangunkan adalah berformat agak berbeza dari ujian konvensionalyang hanya mempunyai teks dan grafik. Ujian atas talian bolehmenggunakan dialog, perbualan talefon ataupun klip video senariodan proses. Dari input multimedia ini soalan-soalan berkaitan inputtersebut dibina. Input lain seperti capaian-capaian yang relevan sepertimaklumat di sistem e-pembelajaran (SPIN) atau laman web, blog atauensaiklopedia juga boleh diletakkan sebagai bantuan kepada pelajaruntuk memahami konsep atau item yang diuji. Kelebihan penerapanmultimedia ini akan menjadikan ujian atas talian satu opsyen yangmenarik untuk pengajar kerana ia boleh menguji di dalam pelbagaibentuk.190
    • Perisian Pengujian Atas Talian Untuk membangunkan ujian atas talian, tenaga pengajar bolehmenggunakan pelbagai perisian seperti Hot Patatoes (http://web.uvic.ca/hrd/halfbaked/). Perisian ini membolehkan tenaga pengajarmembangunkan kuiz berbentuk aneka pilihan, ujian “cloze”, silangkata,soalan pilihan betul atau salah dan juga mengisi tempat kosong. Ujianini pula boleh dimuatnaik di dalam bentuk laman web untuk diaksesmelalui pelayar web seperti Internet Explorer, Opera, Mozilla dan lain-lain. Gambarajah 13.1 menunjukkan beberapa format item ujian. Gambarajah 13.1: Format Untuk Ujian Atas Talian Perisian lain yang boleh digunakan adalah seperti alatpengarangan seperti HyperCard dibangunkan oleh Apple danToolbook oleh Asymetrix yang juga membolehkan elemen multimediadimasukkan dan dipaparkan. Perisian yang lain adalah sepertiMaxAuthor, yang berasaskan sistem Window dan digunakan untukmembangunkan ujian Bahasa Inggeris. 191
    • Hot Potatoes Perisian Pembangunan Ujian Atas TalianPerisian Hot Potatoes mempunyai 6 aplikasi yang membolehkan andamembangunkan ujian berbentuk interaktif seperti berikut: • multiple-choice • short-answer • jumbled-sentence • crossword puzzle • matching/ordering • gap-fill exercises Gambarajah 13.2: Menu Utama Hot PotatoesHot Potatoes membolehkan ujian di atas talian dijalankan di dalamdua mod berbeza iaitu “exploratory” di mana anda boleh memprogramsupaya ujian diberi dalam bentuk demonstrasi dan pelajar diberipendedahan soalan-soalan untuk fasa cubaan format ujian tanpahad waktu. Mod kedua ialah “testing” atau peperiksaan dan pelajar192
    • menyiapkan ujian dalam waktu ditetapkan dan ujian tidak dapatdiakses selepas waktu yang telah diprogramkan.Langkah-langkah Menggunakan Hot Potatoes Bahagian ini akan memberikan tatacara untuk andamembangunkan ujian berbentuk anika pilihan.Pemasangan Perisian Hot Potatoes Versi 6Perisian Hot Potatoes versi 6 ini boleh dimuat turun dari laman webhttp://hotpot.uvic.ca/#downloads1. Anda perlu mendaftarkan perisianHot Potatoes ini untuk mendapat keseluruhan akses kepada aplikasiyang diberikan.Memulakan Aplikasi Hot Potatoes 1. Anda boleh memulakan perisian ini dengan mengklikStart > All Programs > Hot Potatoes 6 > Hot Potatoes ataupun ikondi desktop.Pembangunan Ujian Anika Pilihan (MCQ Test) 1. Klik ikon JQUIZ seperti gambarajah 13.2 untuk memulakan perisian Hot Potatoes. 2. Masukkan Tajuk ujian yang ingin dibangunkan di bahagian Title. 3. Untuk memasukkan teks bacaan untuk mereka yang mengambil ujian ini, klik Include a Reading Text atau klik di ikon buku di toolbar. 4. Klik Include a Reading Text dan klik Browse untuk mencari di mana lokasi fail sumber bacaan itu berada dan klik OK. 5. Kemudian masukkan soalan di ruangan Q1. 6. Taip pilihan jawapan anda dan tulis maklumbalas di kotak Feedback seperti mana anda mahu dipaparkan di skrin. Contohnya: SYABAS, jawapan anda betul atau SALAH sila cuba lagi. Untuk opsyen jawapan yang betul klik di kotak Correct di bahagian Settings untuk menetapkan jawapan yang betul. 193
    • 7. Pembangunan soalan pertama anda sudah selesai. Teruskan untuk soalan yang seterusnya dengan langkah yang sama. 8. Klik ikon gambar disket untuk simpan atau Save. Pastikan setiap perubahan yang dilakukan hendaklah disimpan.Konfigurasi HasilUjian yang dibangunkan boleh diwarnakan atau dimasukkan gambar didalam pelbagai saiz dan bentuk. Untuk memberikan satu antaramukayang baik dan sesuai klik Configure Output untuk opsyen tersebut. 1. Klik ikon Tag atau Options > Configure Output. 2. Anda boleh menetapkan dan meletakkan arahan, menukar butang arahan, meletakkan jangkawaktu ujian di sini. 3. Anda juga boleh menukar warna Title Bar, Page Background, Exercise Background dan lain-lain. Jangan lupa untuk klik Save setiap kali ada penambahan. Klik Load > dan Save > OK. 4. Untuk bahagian Prompts/Feedback, anda boleh menetapkan maklumbalas berbentuk maklumat atau BETUL SALAH di sini. 5. Seterusnya, bahagian Other ada pelbagai pilihan konfigurasi seperti merawakkan soalan dan menetapkan percubaan menjawab soalan kepada berapa kali yang anda rasa perlu. Jika ujian berbentuk exploratory boleh diberikan sehingga 3 kali cuba tetapi jika soalan berbentuk peperiksaan tiada percubaan langsung. Kemudian, klik Save. 6. Di bahagian CGI pula, pengguna boleh menetapkan ketetapan untuk mendapatkan maklumbalas atau markah ujian pelajar dihantar terus ke e-mel anda. 7. Taip lokasi pelayan anda dan alamat e-mel anda untuk tujuan ketetapan. Kemudian. Tulis arahan untuk pelajar menaipkan nama sendiri. Klik Save.Menerbit Ujian Anda 1. Klik ikon untuk eksport fail sumber ke luar. Save fail dalam bentuk .htm atau .html. Fail sumber boleh dimuatnaik di akaun194
    • Yahoo atau hos laman web yang lain seperti Tripod, Brinkster, Geocities dan lain-lain lagi. 2. Untuk tujuan semakan, klik View untuk memastikan semuanya betul. 3. Klik butang Allow blocked content di Toolbar Pelayar Web dan tekan butang Yes. 4. Ujian anda kini akan diterbitkan. Fail ini sedia untuk dimuatnaik ke pelayan anda. 5. Untuk memuatnaik sumber atas talian, anda mestilah mempunyai akaun web sendiri. 6. Anda boleh menggunakan perisian WS FTP untuk memuat naik fail-fail anda. 7. Jika anda tidak mempunyai akaun Yahoo, buka akaun Yahoo atau akaun di web hosting yang lain untuk mendapatkan akaun laman web anda. 8. Jika anda ingin membuat ujian secara luar talian, simpan semua soalan dalam satu fail dan pelajar kini hanya perlu klik nama fail sumber soalan tersebut dan mengambil ujian secara luar talian.Membuat Index & Pautan Soalan Ada empat cara mudah untuk membuat index soalan menggunakan MS Frontpage, MS Word, MS Powerpoint dan Hot Potatoes. Pertamanya anda perlu mengikuti langkah berikut: 1. Klik Create New Folder untuk meletakkan fail MCQ dan fail Powerpoint yang ingin dibangunkan. 2. Jika anda menggunakan FrontPage/ Powerpoint sebagai rekabentuk muka depan ujian anda paut Hyperlink rekabentuk tersebut kepada fail ujian MCQ yang dibangunkan sebelum ini. Kemudian simpan fail tersebut di dalam folder yang sama dengan fail sumber soalan yang dibangunkan menggunakan Hot Potatoes. 195
    • Penambahan Set Soalan Yang Lain di dalam Fail MCQ yang Sama 1. Buka HotPotatoes seperti langkah PEMBANGUNAN MCQ TEST. Ulang semua langkah hingga habis langkah Konfigurasi Hasil Configure Output. Simpan fail tersebut sebagai MCQ 2. 2. Buka fail yang asal dan klik Configure Output dan klik butang untuk membuat pautan kepada fail MCQ2. Klik Browse di ruangan Next Exercise dan pilih fail MCQ2 di lokasi yang sama. 3. Klik OK dan simpan fail anda di lokasi yang sama. 4. Eksport fail tersebut dan sesi pembangunan ujian anda selesai.Contoh Pembangunan Ujian atas Talian E-MectGambarajah 13.3 adalah antaramuka dan Gambarajah 13.4 ialahmenu utama ujian atas talian (E-MECT) yang telah dibangunkanmenggunakan Hot Potatoes sebagai salah satu perisian. MECT ialahsatu Projek Ujian Bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh kumpulanNorizan Abdul Razak et al. (2006). Pengubahsuaian ujian atas kertasini di dalam bentuk atas talian dibuat pula oleh Shahrul Ridzuan Arshaddan Norizan Abdul Razak (2007) yang bertujuan untuk menilai empatkomponen utama Bahasa Inggeris iaitu kemahiran receptive sepertimendengar dan membaca dan kemahiran productive seperti menulisdan bertutur. Objektif ujian ialah untuk menilai kompetensi pelajar didalam kemahiran Bahasa Inggeris mengikut keperluan Bahasa Inggerisdi persekitaran kerja Malaysia.196
    • Gambarajah 13.3: Antaramuka Ujian E-MECT Gambarajah 13.4: Menu Utama Ujian Atas Talian (E-MECT) Ujian E-MECT bukan sahaja menggunakan Hot Potatoes tetapijuga menggabungkan pelbagai perisian lain seperti Adobe Photoshopuntuk rekabentuk antaramuka, Adobe Audition untuk kelancaransistem audio dan Macromedia Dreamweaver untuk sistem platformdan Microsoft Access, Apache, PHP and MySQL untuk pembangunansistem pengkalan data. Di dalam pentadbiran ujian ini pelajar bolehmengambil semua soalan dalam satu bahagian sahaja seperti ujianpembacaan set 1, set 2 dan set 3 atau mengambil ke empat-empat 197
    • kemahiran membaca, mendengar, penulisan dan pertuturan sertamarkah dijana dan dianalisa secara setiap set atau keseluruhannya.Setiap pelajar boleh mencapai ujian di mana-mana lokasi tetapi perlumendaftar dan mendapatkan kata kunci untuk memastikan kesahihanpengguna. Keunikan E-MECT ialah ia boleh menjana keputusan secaraautomatik, lebih mudah diurus kerana pemarkahan dan pemeriksaanujian berbentuk BETUL atau SALAH, anika jawapan atau jawapanpendek. E-MECT juga ternyata mempunyai antaramuka yang selamatdan data selamat dimasukkan dan disimpan atas talian. Gambarajah 13.5: Contoh Paparan Ujian MembacaIsu-Isu Penilaian Atas TalianKeselamatanAda beberapa isu utama di dalam penilaian atas talian. Yang utamaialah isu keselamatan di mana langkah-langkah perlu diambil supayaujian atas talian tersebut diambil oleh pelajar dan bukan orang lain dantidak ada unsur penipuan. Perkara ini dapat dielakkan jika ujian atastalian tersebut dilakukan secara berkawal di dalam makmal komputeryang diselia. Ujian boleh diambil serentak oleh 40 orang atau lebihdi beberapa makmal yang diselia. Ini dapat membendung kesahihanpengambil ujian tersebut.198
    • Kesahihan Pengambil UjianUntuk memastikan pelajar yang mengambil ujian adalah pelajar yangberdaftar dan sah, setiap pelajar perlu mendaftar dan mendapatkan katakunci (password). Soalan-soalan peribadi boleh ditanya setiap kali untukmemasuki bahagian baru ujian. Proses keselamatan ini adalah agakserupa seperti mana kita melakukan transaksi belian di atas talian di mananama ibu atau tanda lahir akan ditanya setiap kali transaksi dilakukan.Penipuan & PlagiatSoalan yang dibangunkan perlu banyak supaya soalan boleh dipilihsecara rawak dan setiap pelajar akan mendapat set soalan yangberbeza. Pemarkahan juga perlulah dibuat dengan teliti dan tidakmemperuntukkan jumlah markah yang besar untuk satu soalan.Markah untuk setiap item perlu sedikit dan ini menjadikan penipuanatau plagiat tidak berbaloi dilakukan.Keupayaan Pelayan KomputerPelayan mungkin akan menjadi terlalu padat dan tidak dapat berupayauntuk menangani pengguna yang ramai dan mungkin akan menjadilambat jika ujian perlu diakses di dalam web. Serangan virus danjuga penggodam komputer yang memasuki sistem akan merosakkankeselamatan sistem dan menjadikan soalan itu bocor. Keselamatanpelayan ini menjadi satu isu kerana pelayan akan diakses oleh ramaipengguna sepanjang hari.Kesimpulan Adalah diharapkan bab ini dapat membantu anda memahamikonsep dan tatakaedah pembangunan ujian atas talian. Kepesatan danpembangunan teknologi komputer yang semakin maju memungkinkanaspek yang lain seperti ujian penulisan dan pertuturan dapat dilakukansecara sinkronous dan mempunyai ciri-ciri kepintaran tiruan. Walaupunujian atas talian akan mengambil masa untuk membangunkannya tetapiapabila ianya siap, ujian tersebut boleh diakses oleh ramai pengguna dipelbagai lokasi pada bila-bila masa dan memungkinkan pembelajaranjarak jauh dapat dinilai. 199
    • RujukanAlderson, C. 2000. Assessing Reading. Cambridge, UK: CambridgeUniversity Press.American Educational Research Association, American PsychologicalAssociation, & National Council on Measurement in Education. 1985.Standards for educational and psychological testing. Washington, DC:American Psychological Association.Alderson, J. C., Clapham, C., & Wall, D. 1995. Language testconstruction and Evaluation New York: Cambridge University Press.Hughes A. 2000. Testing for Language Teacher. United Kingdom:Cambridge University Press.Muhammad Kamarul Kabilan, Norizan Abdul Razak, Mohamed AminEmbi. 2006.Online Teaching and Learning in ELT. Pulau Pinang: USM Press.Norizan Abdul Razak, Hazita Azman, Mohd Sallehhudin AbdulAziz, Wong Fook Fei and Azizah Yaacob. 2006. The Quality andMarketability Value of Local Graduates: Perspectives from theMalaysian Employers. Conference Proceedings. The Annual SEAAIRConference. Transforming Higher Aducation for the KnowledgeSociety. pp. 292 –299.Shahrul Ridzuan Arshad, Norizan Abdul Razak. 2007. E-MECT:A Model of Online Language Testing. Proceeding of E-CommunityResearch Center National Seminar on Bridging Digital Divide. BerjayaTimes Square Hotel: Kuala Lumpur.200
    • BAB 14 Bentuk Penilaian Ima Nirwana SoelaimanPendahuluan Bab ini tertumpu kepada bentuk-bentuk kaedah penilaian dangarispanduan penggunaannya. Secara am, kaedah penilaian yangdipilih harus berupaya untuk menilai hasil pembelajaran yang telahditentukan untuk sesuatu kursus berdasarkan Model Kompetensi yangdigambarkan oleh Piramid Miller (Gambarajah 14.1). MODEL TAHAP-TAHAP KOMPETENSI Melakukan dalam profesyen Menunjukkan bagaimana Aplikasi Pengetahuan ilmu Ilmu Asas Diubahsuai dari Miller GE. The assessment of clinical skills/performance, Academic Medicine (Supplement) 1990, 65: S67-S7. Gambarajah 14.1: Modul KompetensiPyramid Miller menggambarkan suatu model ringkas aras atautahap kompetensi yang sepatutnya diperolehi oleh pelajar semasapembelajaran. Aras pertama ialah Ilmu Asas (Knows). Pada arasini pelajar seharusnya mengetahui fakta-fakta asas sesuatu disiplinpelajaran. Aras kedua, Aplikasi Pengetahuan Ilmu (Knows How)menggambarkan kebolehan pelajar tersebut menggunakan atau 201
    • mengaplikasi ilmu pengetahuan asas teori. Aras ini mencerminkankeupayaan pelajar menganalisa maklumat seterusnya membuatkeputusan yang terbaik berdasarkan maklumat yang ada. Pada arasketiga, Menunjukkan Bagaimana (Shows How), pelajar telahmencapai kemahiran praktikal, iaitu mereka boleh menunjukkansesuatu kemahiran apabila diminta, biasanya dalam situasi peperiksaan.Perlakuan ini secara tidak langsung memerlukan pelajar tersebutmempunyai asas pengetahuan yang kukuh dan kebolehan mengaplikasipengetahuan. Aras keempat pula, Melakukan Dalam Profesyen(Does) menggambarkan kebolehan individu itu untuk mengaplikasikesemua yang telah dipelajari (aras 1 – 3) ketika bertugas dalamprofesyennya. Kebolehan begini merupakan matlamat akhir sesuatuaktiviti pembelajaran.Berikut adalah beberapa kaedah penilaian yang sesuai untuk mengujitahap kompetensi pelajar berdasarkan Piramid Miller:A. Ilmu Asas & Aplikasi Penggunaan Ilmu (Know & Knows How)Berikut adalah kaedah-kaedah penyelidikan yang sesuai digunakanuntuk menguji kompetensi pelajar pada aras 1 dan 2 Piramid Miller.1. Soalan Pelbagai Pilihan (Multiple Choice Questions, MCQ) Soalan MCQ ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis: i. ‘One-Best Answer’ (OBA) Vignette atau senario diikuti oleh 4 atau 5 opsyen. Pelajar harus memilih satu opsyen yang terbaik. Markah hanya diberi untuk pilihan yang tepat; ataupun skala markah diberi, di mana pilihan yang paling tepat menerima markah yang tertinggi, diikuti oleh pilihan-pilihan lain berdasarkan ketepatan jawapan. (Contoh soalan: lihat apendiks)202
    • ii. ‘Extended Matching Items’ (EMI) Satu tema dipilih, diikuti oleh 8 – 10 opsyen. Ini diikuti oleh dua atau lebih senario. Pelajar harus memilih jawapan yang paling sesuai daripada senarai opsyen yang diberi. (Contoh soalan: lihat apendiks).MCQ jenis (i) dan (ii) berupaya menguji pengetahuan pelajar diperingkat Ilmu Asas dan Aplikasi Penggunaan Ilmu (‘Knows’ dan‘Knows How’ pada Piramid Miller). Untuk menjamin kesahihan,adalah penting senario yang sesuai dibentuk untuk setiap soalandiguna menguji kebolehan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuanyang ada. Jumlah soalan boleh diperbanyakkan bagi meningkatkankebolehpercayaan.Jenis-jenis MCQ yang lain, seperti Benar/Salah (True/False), ‘OneCorrect Answer’, ‘Relational Questions’ tidak digalakkan keranasoalan demikian biasanya mempunyai satu jawapan betul, manakalayang lainnya salah. Ini tidak mendorong pelajar untuk menimbang danmemilih opsyen yang terbaik. Soalan MCQ tanpa senario juga tidakdigalakkan kerana ia hanya melibatkan hafalan fakta dan tidak mengujikemahiran mengaplikasi pengetahuan asas.2. Soalan Esei i. Esei panjang Soalan esei biasanya pendek, tetapi jawapannya panjang. Markah total diberi berdasarkan satu soalan sahaja. Sebaik-baiknya skema pemarkahan disediakan terlebih dahulu. ii. ‘Modified Essay Questions’ (MEQ) Satu senario yang sesuai dibentuk, diikuti oleh beberapa soalan berdasarkan senario yang ada. Jawapan yang diberi adalah pendek dan tepat pada maksudnya. Beberapa topik atau disiplin boleh diintegrasi dalam satu soalan. Skema pemarkahan disediakan terlebih dahulu. (Contoh soalan: lihat apendiks). 203
    • Soalan esei biasanya kurang ‘reliable’ memandangkan jawapan pelajarlebih terbuka dan pelbagai. Esei jenis (i) sesuai untuk menguji IlmuAsas pelajar, dan mungkin boleh menguji Aplikasi PenggunaanIlmu bergantung kepada soalan yang dibentuk. Soalan esei jenis (i)lebih sesuai untuk disiplin Sains Sosial di mana kebolehan pelajarmengolah cerita dan menggunakan bahasa dititikberatkan. Esei jenis(ii) pula sesuai untuk disiplin yang teknikal yang memerlukan jawapanlebih tepat dan berasaskan bukti. Esei jenis (ii) juga amat sesuai untukmenguji Aplikasi Penggunaan Ilmu.iii. ‘Key Feature Questions’ (KFQ) Formatnya hampir menyerupai MEQ, tetapi lebih menguji kebolehan pelajar membuat keputusan. Ciri utama sesuatu kes ditentukan dahulu, sebelum soalan-soalan yang sesuai di bentuk. Amat sesuai untuk disiplin profesional yang banyak melibatkan kemahiran membuat keputusan, seperti disiplin perubatan. Jumlah soalan boleh ditingkatkan untuk meningkatkan kesahihan ujian. Kebolehpercayaan kaedah ini untuk menguji kebolehan pelajar dalam Aplikasi Penggunaan Ilmu adalah tinggi.Secara amnya, soalan esei menguji pengetahuan pelajar pada aras 1dan 2 Piramid Miller.B. Ilmu Asas, Aplikasi Penggunaan Ilmu & Menunjukkan Bagaimana (Shows How)Berikut diberikan kaedah-kaedah penilaian yang sesuai untuk mengujikompetensi pelajar hingga ke aras 3 Piramid Miller.Penilaian PraktikalPeperiksaan praktikal atau amali menguji kebolehan pelajar dalammelakukan sesuatu kemahiran praktikal, sesuai dengan Piramid Milleraras 3. Kaedah penilaian praktikal ini amat berbeza, bergantung kepadadisiplin yang terbabit.204
    • i. ‘Objective Structured Practical Examination’ (OSPE) Di dalam ujian ini, soalan disusun dalam bentuk dereten. Setiap soalan digelar stesen. Ada beberapa jenis stesen yang boleh dibangun: a. Stesen visual Stesen ini menghendaki pelajar mengenalpasti spesimen makmal, gambarajah, gambar video, gambar X-ray, model atau rekabentuk tertentu. Ini diikuti dengan beberapa soalan yang perlu dijawab. Format jawapan dan skema pemarkahan ditentukan sebelum ini. b. Stesen ‘hands-on’ Stesen sebegini melibatkan pelajar menjalankan suatu eksperimen yang mudah, melakukan suatu prosedur ringkas dan sebagainya. Stesen ini mungkin diperhati oleh seorang pemeriksa. Markah diberi semasa pemerhatian mengikut skema yang telah ditentukan. c. Stesen Klinikal (Objective Structured Clinical Examination, OSCE). Stesen sebegini menguji kemahiran klinikal seseorang pelajar. Pelajar diuji dari segi mengambil riwayat pesakit, memeriksa pesakit, memberi nasihat dan kaunseling pada pesakit dan sebagainya. Stesen ini memerlukan seorang pemeriksa untuk memerhati dan seorang pesakit piawai untuk berlakon sebagai pesakit. Markah diberi semasa pemerhatian mengikut skema yang ditentukan. (Contoh soalan: lihat apendiks).Penilaian praktikal jenis (a) hanya menguji kompetensi pelajarhingga aras Ilmu Asas dan Aplikasi Penggunaan Ilmu.Walaubagaimanapun, penilaian jenis (b) dan (c) boleh menguji hinggake aras 3 Piramid Miller, iaitu kebolehan Menunjukkan Bagaimana(Shows How) sesuatu kemahiran itu dilakukan. Penilaian jenis OSPE/OSCE ini adalah boleh dipercayakan kerana soalan adalah berstrukturdan format jawapan serta skema pemarkahan telah ditentukan. Masa 205
    • yang terhad untuk setiap stesen juga membolehkan lebih banyakstesen disediakan, seterusnya meningkatkan kesahihannya. Kesahihanjuga tinggi kerana beberapa stesen diperhati secara langsung olehpemeriksa.ii. Peperiksaan praktikalDalam ujian praktikal, pelajar dikehendaki melakukan sesuatueksperimen yang panjang. Pelajar biasanya tidak diperhati semasamenjalankan praktikal tersebut, dan markah diberi berdasarkan hasileksperimen.iii. Peperiksaan kes panjangPeperiksaan ini khusus untuk disiplin perubatan, namun bolehdiubahsuai untuk disiplin-disiplin yang banyak berhubung denganmasyarakat, seperti psikologi, dietetik dan sebagainya. Pelajarmengambil riwayat penuh dan memeriksa pesakit sebenar tanpadiperhati. Pelajar kemudian diuji melalui peperiksaan oral denganbeberapa pemeriksa, samada bersama pesakit atau tanpa pesakit.Peperiksaan praktikal jenis (ii) dan (iii) adalah kurang dipercayaikerana kes atau eksperimen yang digunakan tidak homogenus danpelajar hanya dapat diuji dengan satu kes/eksperimen. Kesahihan jugarendah kerana pelajar tidak diperhati semasa aktiviti dijalankan.iv. Peperiksaan kes panjang diperhati (Observed Structured Long Case)Peperiksaan ini adalah modifikasi daripada (iii). Pelajar diperhatisemasa berinteraksi dengan pesakit. Format penilaian adalah berstrukturdengan skema penilaian yang ditentukan. Cara ini meningkatkansedikit kesahihan dan kebolehpercayaan kaedah ini.206
    • C. Ilmu Asas, Aplikasi Penggunaan Ilmu, Menunjukkan Bagaimana & Melakukan Dalam Profesyen (Does) Amnya, keadah-kaedah penilaian yang boleh digunakan di peringkat intitusi pengajian tinggi hanya mampu menguji sehingga ke tahap kompetensi aras 3. Walaubagaimanapun, untuk profesyen- profesyen yang melibatkan suatu tempoh ‘internship’, kaedah penilaian di bawah sesuai digunakan untuk menentukan calon tersebut sesuai disahkan dalam jawatannya. i. Penilian 3600 Ini ialah kaedah penilaian yang dilakukan dalam pekerjaan. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk menilai seseorang yang baru mula bekerja untuk tujuan pengesahan dalam pekerjaan, kenaikan pangkat dan sebagainya. Untuk disiplin perubatan, penilian ini juga sesuai untuk menilai para doktor yang sedang mengikuti kursus Sarjana Klinikal. Penilaian ini dilakukan oleh pelbagai individu yang memainkan peranan dalam pekerjaan harian calon yang dinilai. Penilaian ini melibatkan borang soal selidik yang perlu diisi oleh majikan, rakan sekerja, penyelia, kakitangan sokongan, pelanggan, pesakit dan sebagainya yang berinteraksi bersama calon dalam aktiviti kerja hariannya. Kesahihan dan kebolehpercayaan bergantung kepada mutu soal-selidik, jumlah kertas soal selidik yang dianalisa dan kepelbagaian latarbelakang individu yang terlibat sebagai penilai.Pengetahuan, Sikap & Kemahiran Selain daripada penilaian berdasarkan aras kompetensi PiramidMiller, penilaian juga perlu menguji ketiga-tiga domain di atas, iaituPengetahuan, Sikap dan Kemahiran. Domain Pengetahuan danKemahiran boleh dinilai dengan berkesan berpandukan PiramidMiller, namun penilaian Sikap adalah lebih sukar. Walaupun Sikapboleh dinilai ketika ujian OSCE, namun penilaian Sikap yang lebihmenyeluruh dan berkesan adalah melalui Penilaian Berterusan. 207
    • Penilaian BerterusanPenilaian Berterusan ialah penilaian yang dilakukan semasa dansepanjang tempoh pembelajaran. Penilaian ini mungkin jenis formatifatau sumatif. Tujuan penilaian berterusan ini ialah untuk menilaiprestasi pelajar sepanjang tempoh pembelajaran. Kaedah-kaedahpenilaian yang sesuai untuk Penilaian Berterusan ialah:1. Buku Log Buku Log ialah buku rekod aktiviti pelajar sepanjang suatu tempoh pembelajaran yang ditentukan. Di samping merekod aktiviti pelajar, markah boleh diperuntukkan untuk sesetengah aktiviti yang khusus. Pelajar dikehendaki menghantar Buku Log pada akhir sesuatu tempoh pembelajaran. Penghantaran Buku Log ini boleh dijadikan sebagai pra-syarat untuk lulus Penilaian Berterusan, ataupun sejumlah markah boleh ditentukan untuk aktiviti yang direkod. Markah ini dicampurkan kepada jumlah markah yang ditentukan untuk Penilaian Berterusan. Walaubagaimana sekalipun, penilaian berasaskan Buku Log ini seharusnya menitikberatkan keterlibatan pelajar dalam mengikuti kesemua aktiviti yang ditetapkan.2. Tugasan Bertulis Pelajar dikehendaki menulis laporan atas topik-topik yang diberi. Format laporan dan skema pemarkahan harus disediakan terlebih dahulu untuk menjamin objektiviti dan pemiawaian. Selain daripada laporan yang berdasarkan rujukan dan nukilan, sudut pandangan dan refleki pelajar perlu dimasukkan. Dengan cara ini kebolehan pelajar untuk memahami dan menganalisa sesuatu persoalan boleh dinilai. Menghantar tugasan yang lengkap pada akhir sesuatu tempoh pembelajaran boleh dijadikan pra-syarat ataupun markah diambil dan dijumlahkan kepada jumlah markah Penilaian Berterusan.3. Laporan Amali ni ialah laporan bertulis mengenai amali atau praktikum yang dijalankan sepanjang tempoh pembelajaran. Biasanya markah diberi berdasarkan teori, kaedah, analisis hasil dan kesimpulan.208
    • 4. Seminar Pelajar dikehendaki mengadakan seminar berdasarkan topik yang diberi. Seminar boleh juga diadakan berdasarkan lawatan sambil belajar secara berkumpulan; ataupun projek penyelidikan yang dijalankan secara individu atau berkumpulan. Pembentangan dijalankan secara individu atau berkumpulan. Markah boleh diberi kepada pelajar individu, ataupun markah diberi secara berkumpulan, di mana setiap pelajar di dalam kumpulan terbabit menerima markah yang sama. Format pembentangan dan skema pemarkahan yang ditentukan terlebih dahulu akan memudahkan penilaian.5. Projek Penyelidikan Sesetengah kursus mewajibkan pelajar menjalankan projek penyelidikan secara individu atau berkumpulan. Projek ini boleh dinilai sebagai sebahagian daripada Penilaian Berterusan, ataupun ia dinilai secara berasingan. Ini bergantung kepada berapa besarnya projek tersebut. Markah biasanya diberi untuk proposal penyelidikan, tesis/disertasi dan pembentangan.6. Laporan Penyelia Laporan penyelia ini khusus untuk kursus di mana pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil di bawah pengawasan seorang pensyarah. Laporan penyelia ini perlu merangkumi kehadiran, penyertaan dalam aktiviti berkumpulan, pra-persedian pelajar untuk sesuatu aktiviti pembelajaran, sifat kendiri dan yakin diri, sifat bertanggungjawab, kesopanan dan hemah diri. Format pemarkahan perlu disediakan terlebih dahulu untuk memastikan objektiviti dan pemiawaian. Laporan penyelia ini memainkan peranan yang besar dalam menilai sikap pelajar.7. Refleksi-diri Pelajar Perbincangan kumpulan kecil berdasarkan sesuatu scenario biasanya diikuti oleh aktiviti refleksi pelajar yang boleh dijalankan secara oral atau bertulis. Aktiviti ini memberi maklumat yang penting mengenai sikap seseorang pelajar. 209
    • PortfolioPortfolio ialah suatu kompilasi bahan yang dihasilkan oleh seorangpelajar yang mendokumen pencapaian beliau dan termasuk refleksipelajar mengenai pencapaian tersebut. Penilaian portfolio boleh buatsecara formatif dan sumatif. Ia merupakan bahan bukti pencapaiandan perkembangan pelajar yang boleh dikesan. Kandungan portfoliomungkin meliputi: – Laporan bertulis projek penyelidikan – Sampel hasil penilaian performans – Buku log – Video interaksi pelajar-pesakit – Laporan bertulis insiden atau ‘event’ yang kritikal – Jurnal atau diari refleksi – Konsultansi yang direkod – Kritikan jurnalPenilaian portfolio merangkumi kesemua aras pada Piramid Millerdan juga ketiga-tiga domain Pengetahuan, Sikap dan Kemahiran.Walaubagaimanapun, penilaian portfolio agak rumit keranamemerlukan perancangan yang teliti dan tenaga akademik yangramai.Kesimpulan Terdapat pelbagai kaedah penilaian yang menilai aspek-aspekkompetensi pelajar yang berlainan. Pemilihan kaedah yang sesuaiakan memastikan aktiviti penilaian tersebut mencapai matlamatnyayang sebenar, iaitu untuk menilai pencapaian pelajar berdasarkanhasil pembelajaran yang telah ditetapkan untuk sesuatu kursus.Model kompetensi yang digambarkan oleh Piramid Miller memberipanduan yang berguna, namun ketiga-tiga domain Pengetahuan,Sikap dan Kemahiran juga perlu diambil kira. Diharapkan maklumatyang diberi di dalam bab ini dapat pembantu para pensyarah memilihkaedah penilaian yang sesuai untuk menilai pelajar berdasarkan hasilpembelajaran (learning outcomes) yang telah ditetapkan.210
    • RujukanMiller G.E. 1990. The assessment of clinical skills/performance.Academic Medicine (Supplement), 65: 563-567.Appendiks: Contoh-contoh soalanContoh soalan OBA In an animal experiment, x mg of drug X was given byintravenous injection, and the decrease in blood pressure wasnoted. Drug X was known to act on the α1 adrenoceptor. Tenminutes later, y mg of noradrenaline was given intravenously.The blood pressure did not increase after administration ofnoradrenaline. Which of the following statements best describesthe above experiment? A. Drug X binds to the α1 adrenoceptor by Van der Waal’s forces. B. Drug X is a non-competitive α1 adrenoceptor antagonist. C. Drug X is a partial agonist at the α1 adrenoceptor. D. The experiment demonstrates the effects of physiological antagonism. E. The experiment demonstrates the existence of spare receptors.Contoh soalan EMITheme: Antituberculous agentsOptions:A. CapreomycinB. CycloserineC. EthambutolD. EthionamideE. IsoniazidF. Para-amino salicylic acid 211
    • G. PyrazinamideH. RifampicinI. StreptomycinJ. ViomycinLead-in: Select the most likely drug involved in the conditionsbelow: 1. Mariah, a 50-year-old lady was recently diagnosed with pulmonary tuberculosis and was started on a combination of anti-tuberculous drugs. Unfortunately, after 2 weeks, she noticed that her clothes were stained orange after she perspired. Answer: Rifampicin (H) 2. Azam was initially treated with a combination of anti- tuberculous drugs for 3 months. However, his condition became worse despite compliance with medication. He was then put on a different combination of drugs. After 3 weeks on the new regime, he began to develop psychotic symptoms. Answer: Cycloserine (B)Contoh soalan MEQA 24-year old man was seen at the Emergency Department withchills, muscle aches, diarrhea and vomiting. On examination, hewas found to be hyperventilating and hyperthermic. There weremultiple puncture marks along his arms. Upon further questioning,he admitted to abusing heroin.a) Why was he having those signs and symptoms? (1 mark)Opioid withdrawal/abstinence syndrome.212
    • b) Classify heroin and briefly explain how the problem above can develop. (3 marks)Heroin – strong opioid agonistChronic use physiologic and psychological dependence.Physiological dependence abstinence syndrome when abruptlywithdrawnc) What drug can the doctor use to reduce the severity of his symptoms? Explain the mechanism. (3 marks)MethadoneLong half-life longer acting than heroin. When withdrawn, the drugconcentration in the body declines more slowly than heroin, so thewithdrawal syndrome is less svere and less sudden.After 3 days of admission, the patient was found missing from thehospital and a missing persons report was lodged with the police.Two weeks later he was found unconscious by the roadside and wasbrought to hospital by strangers. On examination, he was found tohave respiratory depression.d) What is the reason for his respiratory depression? What is the receptor subtype involved in this complication. (1½ mark)Heroin overdoseμ receptore) What drug can the doctor use to reverse his respiratory depression? Briefly explain the mechanism. (1½ mark)NaloxoneOpoid antagonist at all the receptors μ, κ, δ 213
    • 214
    • BAB 15 Penilaian Berdasarkan Hasil Pembelajaran Abdul Wahab MohammadPengenalan Setiap pensyarah yang akan memulakan proses pengajaransudah tentunya telah membentuk hasil pembelajaran kursus masing-masing. Hasil pembelajaran kursus ini akan dihubungkait dengan hasilpembelajaran program untuk memastikan apa yang diajar dalamkursus menyumbang kepada hasil pembelajaran program secarakeseluruhan. Pencapaian hasil pembelajaran program boleh diukurmelalui beberapa kaedah sumatif dan formatif yang khusus yang perludibentuk sendiri di peringkat program. Bab ini tidak membincangkanpengukuran hasil pembelajaran di peringkat program tetapi hanyamemfokus kepada hasil pembelajaran kursus. Oleh itu, tujuan bab ini ialah untuk memberi sedikit panduanmengenai penilaian dan pembentukan item ujian berdasarkan hasilpembelajaran yang telah ditetapkan untuk sesuatu kursus. Item ujianini boleh dijalankan melalui kuiz, peperiksaan, kerja projek, penulisandan sebagainya.Hasil Pembelajaran Kursus Penulisan hasil pembelajaran ini perlulah dalam bentukhasil (outcome) yang dimulakan dengan kata perbuatan menuruttaksonomi Bloom. Terdapat enam peringkat taksonomi Bloom yangmerangkumi: Pengetahuan (Knowledge), Kefahaman (Comprehension), Aplikasi (Application), Analisis (Analysis), Sintesis (Synthesis) dan Penilaian (Evaluation). 215
    • Hasil pembelajaran kursus perlu dipastikan merangkumisehingga ke peringkat sintesis dan penilaian bagi pelajar diperingkatpra-siswazah. Secara umumnya hasil pembelajaran yang dirangkaperlu berpandukan konsep SMART (Specific, Measurable, Achievable,Realistic and Timely) seperti dalam Gambarajah 15.1. Untuk memudahkan kefahaman, bab ini akan menggunakancontoh dari kursus saya iaitu kursus Proses Pemisahan (KKKR 3573).Kursus ini adalah kursus untuk pelajar tahun 3 Program KejuruteraanKimia. Bagi kursus ini, terdapat 9 hasil pembelajaran utama yang telahdi tetapkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 15.1.216
    • Jadual 15.1 Contoh Hasil Pembelajaran Utama Kursus ProsesPemisahanBil Hasil Pembelajaran Utama Peringkat berdasarkan taksonomi Bloom1 Menerangkan mekanisma pemisahan dan Kefahaman (Comprehension) menghubungkannya dengan jenis proses Peringkat 2 Menerangkan - explain2 Menentukan data keseimbangan yang diperlukan Applikasi (Application) Peringkat 3 untuk proses pemisahan Menentukan – determine3 Merekabentuk turus penyulingan kilat bagi Sintesis (Synthesis) Peringkat 5 sistem binari dan multikomponen Merekabentuk – design4 Merekabentuk turus penyulingan berperingkat Sintesis (Synthesis) Peringkat 5 menggunakan kaedah McCabe-Thiele Merekabentuk – design5 Merekabentuk turus penyerapan dan ekstraksi Sintesis (Synthesis) Peringkat 5 berperingkat Merekabentuk – design6 Merekabentuk struktur dalaman turus Sintesis (Synthesis) Peringkat 5 berperingkat dan cara-cara pengoperasian Merekabentuk – design7 Merekabentuk awal untuk sistem penyulingan, Sintesis (Synthesis) Peringkat 5 penyerapan dan ekstraksi multi-komponen Merekabentuk – design8 Merekabentuk struktur luaran dan dalaman turus Sintesis (Synthesis) Peringkat 5 terpadat termasuk cara-cara pengoperasian Merekabentuk – design9 Menilai dan membuat keputusan pemilihan Penilaian (Evaluation) Peringkat 6 jenis-jenis proses pemisahan yang digunakan di Menilai dan membuat keputusan industri - Evaluate and decide Dari senarai di atas dapat diperhatikan bahawa hasilpembelajaran tersebut telah ditulis berdasarkan taksonomi Bloom danperingkat taksonomi ditunjukkan dalam lajur ketiga dalam Jadual 15.1.Taksonomi tertinggi untuk kursus ini ialah peringkat 6 iaitu Penilaian.Pelajar diharap supaya dapat merekabentuk (design – synthesis) danmenilai (evaluate) proses pemisahan yang digunakan dalam industrikimia. Untuk setiap hasil pembelajaran di atas, terdapat hasil-hasilpembelajaran pada taksonomi yang lebih rendah yang mana pencapaiankeseluruhannya akan membantu pencapaian hasil pembelajaran utamayang ditetapkan. Ini dinamakan sebagai sub-hasil pembelajaran.Sebagai contoh hasil pembelajaran utama ke 4 iaitu - Merekabentukturus penyulingan berperingkat menggunakan kaedah McCabe-Thiele.Bagi mencapai hasil ke-4 ini pelajar-pelajar perlu mencapai beberapa 217
    • sub-hasil pembelajaran pada peringkat taksonomi yang lebih rendahatau sama peringkat seperti dalam Gambarajah 15.2 berikut.Gambarajah 15.2: Contoh pembentukan hasil pembelajaran untuk kursus Sub-hasil pembelajaran ini perlu dicapai oleh pelajar untukmembolehkan mereka mencapai hasil pembelajaran utama yang ke-4. Penulisan hasil pembelajaran (utama dan sub) seperti di atas akandapat membantu pensyarah membentuk item ujian bagi mengukurpencapaian pelajar melalui pelbagai kaedah penilaian dalam kelas danini akan diterangkan dalam seksyen berikutnya.Kaedah Pengukuran Pengukuran pencapaian pelajar berlaku di peringkat kursus danjuga di peringkat program. Bab ini hanya menumpu kepada pengukurandi peringkat kursus untuk melihat pencapaian pelajar terhadap hasil-hasil pembelajaran seperti yang telah dibincangkan di atas. Terdapatbeberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengukur pencapaianini antaranya: • Tugasan • Kuiz • Soalan lisan218
    • • Kerja projek • Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir • Laporan makmal (jika makmal adalah sebahagian dari kursus) Pencapaian setiap pelajar sudah tentunya akan mengambilkirakesemua jenis pengukuran ini dalam peratusan tertentu. Padakebiasaanya peperiksaan dan kerja projek mungkin akan diberikanperatusan yang lebih tinggi dibandingkan tugasan, kuiz, soalan lisandan laporan makmal. Oleh itu peperiksaan dan kerja projek bolehdigunakan untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran utamasebanyak sembilan seperti yang disenaraikan dalam Jadual 15.1.Tugasan dan kuiz adalah kaedah pengukuran yang boleh digunakanuntuk peringkat taksonomi yang lebih rendah memandangkan waktuyang diperuntukkan adalah terhad. Jadual 15.2 merumuskan beberapapanduan dalam menggunakan kaedah-kaedah ini dalam kontekstaksonomi Bloom dan juga kebaikan dan keburukan masing-masing.Jadual 15.2 Kaedah Pengukuran Pencapaian Hasil Pembelajaran dalamkelasBil Kaedah Panduan Kebaikan Keburukan1 Tugasan Kaedah berstruktur yang boleh Pelbagai bentuk Pelajar digunakan untuk mengukur soalan yang mengukur cenderung pencapaian hasil pembelajaran pencapaian pelajar untuk meniru. utama melalui pembentukan terhadap hasil soalan yang berpandukan sub- pembelajaran boleh hasil pembelajaran diberikan.2 Kuiz Boleh digunakan untuk Pengukuran secara Masa yang mengukur taksonomi rendah langsung keupayaan diperuntukkan (pengetahuan, kefahaman dan dan pencapaian pelajar. adalah terhad. aplikasi).3 Soalan lisan Boleh digunakan untuk Pengukuran secara Masa yang mengukur kefahaman langsung keupayaan diperuntukkan (peringkat 2 taksonomi) dalam dan pencapaian pelajar. adalah terhad. kelas. 219
    • 4 Kerja projek Boleh digunakan untuk Masa yang lebih Kebiasaannya mengukur hasil pembelajaran panjang diberikan dilakukan dalam utama dengan memberi item bermakna soalan kumpulan tugasan di peringkat tertinggi bersifat lebih terbuka dan ahli yang taksonomi. dan memerlukan kurang dominan sumber luar untuk tidak memberi penyelesaian. sumbangan.5 Peperiksaan Pengukuran pencapaian secara Soalan bersifat Masa lebih pertengahan keseluruhan. Soalan boleh keseluruhan terhad dan tahun dan direka bentuk untuk menguji pengukuran mungkin tidak akhir hasil pembelajaran utama. pencapaian pelajar. dapat mengukur melalui soalan yang bersifat terbuka dan memerlukan sumber luar.6 Laporan Pengukuran pencapaian Menghubungkait Pelajar makmal kognitif melalui aktiviti kefahaman dalam kelas cenderung psikomotor. dan aplikasi makmal. untuk meniru.Pembentukan Item Ujian Penulisan hasil pembelajaran yang baik akan memudahkanpembentukan item ujian untuk mengukur pencapaian pelajar dalamsesuatu kursus. Setelah hasil pembelajaran utama dan sub-hasilpembelajaran dimaklumkan kepada pelajar, pelajar akan mengetahuibagaimana untuk belajar bagi mencapai hasil pembelajaran yangdikehendaki. Pensyarah pula boleh membentuk kaedah pengukuranmelalui penggunaan mana-mana kaedah yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh menggunakan contoh hasil pembelajaran ke-4untuk kursus KKKR3573:220
    • Hasil utama ini boleh dicapai melalui penguasaan sub-hasilpembelajaran (iaitu jika sub-hasil ini dicapai, pelajar mencapai hasilutama pembelajaran ke-4): i. mengira imbangan jisim luaran dan dalaman untuk turus penyulingan ii. menerbitkan persamaan garis atas, persamaan suapan dan persamaan garis bawah iii. menentukan jenis-jenis suapan dan kesannya ke atas reka bentuk McCabe-Thiele iv. menerangkan konsep nisbah refluk minimum, refluk jumlah, dan jenis-jenis kecekapan v. mengira nisbah refluk minimum dan menentukan nisbah refluk sebenar vi. menggunakan kaedah Mc-Cabe Thiele untuk turus penyulingan kompleks vii. membuat keputusan mengenai penggunaan jenis-jenis kepelbagaian reka bentuk dalam turus penyulingan Mana-mana sub hasil pembelajaran i – vii boleh diuji melaluitugasan, kuiz, dan ujian lisan sepanjang semester. Tugasan yangdiberikan untuk topik berkaitan perlu memastikan semua sub-hasilpembelajaran di atas diukur dan pelajar diberi penerangan bagaimanadengan mencapai sub-hasil pembelajaran mereka boleh merekabentukturus penyulingan berperingkat menggunakan kaedah McCabe-Thiele(hasil pembelajaran ke-4). Peperiksaan pertengahan tahun atau akhir boleh digunakanuntuk mengukur pencapaian pelajar secara keseluruhan untuk hasilpembelajaran ke-4. Soalan boleh dibentuk untuk menguji pelajarsupaya peringkat taksonomi sintesis betul-betul dicapai oleh pelajar.Pembentukan soalan di peringkat sintesis perlu lebih terbuka (openended) supaya pelajar betul-betul diuji pemikiran mereka. Soalan-soalanini boleh dijadikan soalan-soalan ujian lisan semasa pembentangan.Soalan-soalan dalam peperiksaan juga boleh dipecahkan kepada sub-sub soalan dimana sub-sub soalan ini menguji pelajar berdasarkan sub-hasil pembelajaran yang ditetapkan. 221
    • Tajuk-tajuk projek yang diberikan juga boleh digunakanuntuk menyelesaikan masalah yang lebih mencabar misalnya masalahyang berkaitan dengan industri. Dalam penyelesaian masalah projekpelajar perlu dipastikan menggunakan sumber-sumber luar yang tidakdiberikan di dalam kelas. Sumber-sumber ini termasuklah ensiklopedia,jurnal, laman web, maklumat industri dan sebagainya. Melaluipenggunaan sumber-sumber ini, pelajar akan dapat mengimbangkanilmu pengetahuan teori yang dipelajari di kelas dengan apa yangdipraktiskan di industri.Kesimpulan & Panduan Garis panduan berikut dicadangkan untuk memberi sedikitpanduan mengenai pembentukan item ujian berdasarkan hasilpembelajaran untuk kursus: Pastikan hasil pembelajaran utama untuk kursus ditulis berpandukan taksonomi Bloom di peringkat tertinggi yang hendak diuji Setiap hasil pembelajaran utama perlu didokong oleh sub-hasil pembelajaran yang juga ditulis berpandukan taksonomi Bloom tetapi berpandukan peringkat Bloom yang sesuai. Tugasan adalah kaedah penting untuk menguji penguasaan pelajar terhadap setiap hasil pembelajaran. Soalan-soalan boleh dibentuk menurut sub-hasil pembelajaran yang berkaitan. Kuiz dan soalan lisan adalah kaedah untuk pengujian dalam masa yang terhad tetapi berkesan untuk menguji penguasaan di peringkat taksonomi yang rendah (kefahaman dan aplikasi). Peperiksaan adalah kaedah sesuai untuk menguji pencapaian setiap hasil pembelajaran utama pada peringkat taksonomi Bloom aras tinggi yang ditetapkan. Soalan yang dibentuk perlu secara sumatif menguji pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan. Projek adalah kaedah terbaik untuk menguji pelajar dengan soalan yang berbentuk terbuka dimana penyelesaiannya memerlukan masa yang lebih panjang dan penggunaan sumber luar kelas.222
    • Ujian dan laporan makmal sekiranya makmal adalah sebahagian dari kursus boleh digunakan untuk menguji pencapaian kognitif seiring dengan pengujian psikomotor tetapi masih berpandukan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pensyarah lebih mengetahui pembentukan item ujian yang paling baik untuk menguji pelajar berdasarkan apa yang diajar di kelas dan berpandukan hasil pembelajaran yang mengikut ciri SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic and Timely).Bacaan TambahanR. M. Felder, & R. Brent. 2003. Designing and Teaching Coursesto Satisfy the ABET Engineering Criteria, Journal of EngineeringEducation, January 2003.R. M. Felder, & R. Brent. 1999. How to improve teaching quality?,Quality Management Journal, 6(2), 9-21.R.M. Felder, RICHARD FELDER’S EDUCATION-RELATEDPUBLICATIONS at : http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/Education_Papers.html, Acessed July 2009. 223
    • 224
    • BAB 16 Penilaian Berasaskan Kompetensi Nabishah MohamadPengenalan Bab ini memberi fokus kepada bentuk penilaian berasaskankemahiran. Secara tradisi, penilaian banyak memberi tumpuan terhadapskop pengetahuan, dengan anggapan bahawa setelah memperolehiilmu, seseorang pelajar secara otomatis boleh melakukan tugasanyang melibatkan kemahiran teknikal. Selaras dengan perkembanganpendidikan kini yang memberi penekanan terhadap pembelajaranberasaskan hasil maka aktiviti pembelajaran dan penilaian haruslahseiring. Iaitu, apabila aktiviti pembelajaran diperkaya dengan aktivitipraktikal dan pendedahan kepada situasi sebenar maka penilaian jugaseharusnya tidak terhad kepada teori dan di dewan peperiksaan sahaja,sebaliknya penilaian pelajar perlu diperluaskan di tempat kerja. Namunbegitu, cabarannya adalah untuk mendapatkan kaedah penilaian yangtepat dan boleh dipercayaiDefinisi Kompeten ditakrifkan sebagai pengintegrasian kemahirankomunikasi, pengetahuan, kemahiran teknikal, penaakulan, perasaan,nilai, dan refleksi dalam amalan seharian untuk kebaikan peringkatindividu dan komuniti dengan pertimbangan yang wajar. Penilaianpula adalah pengukuran terhadap pencapaian seseorang pelajar. Untukmenentukan samada pelajar telah mencapai tahap kompetensi, makapenilaian yang dilakukan adalah sama ada penilaian kompetensi ataupenilaian prestasi. Penilaian performans ditakrifkan sebagai ujianyang memerlukan pelajar melakukan tugasan yang menyerupai tugasyang akan dilakukan setelah tamat belajar. Penilaian terhadap pelajardilakukan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukanmenggunakan pelbagai kaedah penilaian yang berterusan. 225
    • Penilaian jenis ini kerap digunakan dalam bidang profesionalseperti kejururawatan, arkitek, kejuruteraan dan perubatan. Kini diNegara Eropah dan Amerika Utara prinsip penilaian prestasi telah muladigunapakai di peringkat sekolah. Prestasi pelajar yang berasaskankerja (work-based) dinilai oleh penilai terlatih dan berpengalaman.Keputusan mengenai kualiti ‘kerja’ pelajar dinilai menggunakankriteria yang telah dipersetujui. Penilaian prestasi berbeza daripenilaian secara tradisional kerana penilaian prestasi menilai keupayaanpelajar melaksana sesuatu tugasan dengan mengaplikasi pengetahuanserta menggunakan pendekatan yang betul. Ini bermakna bahawapenilaian prestasi menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikapsecara integrasi. Sebagai contoh, untuk mengukur keupayaan bertuturdalam Bahasa Inggeris, penilaian performans memerlukan pelajardinilai semasa beliau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris denganmenggunakan tatabahasa yang betul dan intonasi suara yang sesuai.Ujian menulis dalam Bahasa Inggeris tidak termasuk dalam penilaianpeformans kerana keupayaan menulis dalam Bahasa Inggeris denganbaik tidak sama dengan keupayaan bertutur.Perbezaan Penilaian Kompetensi & PenilaianPerformans Kompetensi adalah keupayaan seseorang melakukan sebahagiandari sesuatu tugasan secara berasingan dan dalam jangkamasa singkat.Performans pula ialah keupayaan seseorang melakukan sesuatu tugasandalam situasi sebenar atau menghampiri situasi sebenar. Perbezaanpenilaian kompetensi dan penilaian performans dapat dijelaskandengan bentuk penilaian yang dilakukan dalam perubatan. Satu contohPenilaian Kompetensi ialah Objective Structured Clinical Examination(OSCE). Penilaian OSCE melibatkan 10 atau lebih stesen, soalandi setiap stesen memerlukan pelajar melakukan satu tugasan khususmenggunakan kompetensi khusus dalam masa 4 – 5 minit. Locengdibunyikan setiap 4 – 5 minit dan pelajar bergerak ke stesen berikutnyasehingga selesai. Semasa membentuk soalan, kriteria untuk menilaikompetensi pelajar untuk setiap stesen telah ditentukan.226
    • Contoh Penilaian Performans pula ialah Portfolio. Portfolioialah koleksi ‘kerja’ yang dilakukan dalam bentuk cetakan, video, kaducapan dari pelanggan, penambahbaikan yang telah dilakukan dansebagainya yang menjadi bukti terhadap pencapaian seseorang. Unsurpenting dalam portfolio ialah muhasabah diri yang dilakukan olehpelajar secara kritikal (critical reflection). Pelajar menilai kekuatandan kelemahan mereka dalam melaksana tugasan, mengenalpasti isupembelajaran untuk meningkatkan keupayaan dan seterusnya berusahameningkatkan kecekapan. Penilaian portfolio ialah penilaian terhadapkandungan portfolio yang membuktikan pembelajaran, pembangunankendiri dan profesionalisme pelajar untuk satu jangkamasa samadasatu tahun, satu semester atau satu jangkamasa yang telah ditentukan.Ini berbeza dari penilaian, secara tradisional yang menilai pelajar padawaktu tertentu. Selain daripada itu, portfolio memberi penekananterhadap pembangunan individu dengan mengambilkira bahawa setiappelajar mempunyai tahap kecekapan yang berbeza pada peringkatpermulaan. Sedangkan penilaian, secara tradisional menganggap tahapkecekapan semua pelajar adalah sama. Kedua-dua penilaian kompetensi dan penilaian prestasi adakekuatan dan kelemahannya. Kedua-dua bentuk penilaian menekankankemahiran melakukan sesuatu tugas/kerja bukan sekadar pengetahuantentang tugas/kerja tersebut. Penilaian kompetensi misalnya OSCEmenilai sesuatu kompetensi yang khusus kepada semua pelajar padasesuatu masa, dengan tugasan yang sama dan pemarkahan adalahberdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, OSCE memberikannilai realibiliti yang tinggi. Kelemahan OSCE ialah tugasan yang terlalukhusus dan tidak ada kesinambungan dalam melakukan tugasan. Ianyajuga dilakukan dalam suasana peperiksaan dan ini mengurangkan nilaikeasliannya. Dalam portfolio, penilaian dilaksana untuk satu tempohyang panjang, mengambilkira keupayaan pelajar secara individu.Ini biasanya berlaku dalam keadaan sebenar dan bukan semasapeperiksaan. Justeru, penilaian menggunakan portfolio biasanya lebihbersifat autentik atau asli. Kelemahan portfolio adalah dari segi piawai.Setiap pelajar dinilai berdasarkan pengalaman yang mungkin berbeza.Justeru, banyak unsur subjektif dalam penilaian portfolio, dengan 227
    • ini menurunkan nilai reliabilitinya. Oleh itu, penilaian dalam bentukportfolio perlu diiringi dengan penilaian bentuk lain. Dalam bidang perubatan, penilaian prestasi telah diamalkansejak sekian lama menggunakan kes panjang dan kes pendek, dan kinimengalami evolusi kepada kes panjang yang diperhati dan portfolio.Contoh Penilaian KompetensiContoh 1: Bidang KomunikasiHasil pembelajaran: Berkomunikasi dengan berkesan secara lisan danbertulis.Kriteria:Komunikasi lisan dari seorang ke seorang individu (one to one) • Sebutan jelas • Respons gerak tubuh • Mendengar dengan tekun • Invite clarification • Membuat ringkasanContoh 2: Pendidikan Kesihatan kepada PesakitHasil pembelajaran: Memberi penerangan kepada pesakit mengenaipencegahan hepatitis B.Kriteria 1. Menerangkan kepada pesakit mengenai gejala dan komplikasi jangkitan hepatitis B 2. Menerangkan kepada pesakit mengenai vaksinasi hepatitis B 3. Memastikan pesakit faham penerangan yang diberiContoh soalan dan skema permarkahan untuk pendidikan kesihatanpesakit diberikan dalam Apendiks 16.1Contoh Penilaian PrestasiContoh 1: Bidang AkaunHasil pembelajaran: Membuat akaun pelanggan.228
    • Kriteria: 1. Dokumen dalaman dan luaran lengkap, tepat, kemas (legible). 2. Semua tandatangan atau authorization diperolehi untuk tindakan berikutnya. 3. Maklumat dan dokumen disampaikan kepada pelanggan secara tepat dan cepat 4. Transaksi tunai dan dokumen kewangan diproses dengan betul dan kerahsiaan terpelihara.Contoh 2: Kompetensi GenerikHasil pembelajaran: Pembelajaran sepanjang hayatKriteriaMelaporkan prestasi sendiri secara tepat dan objektif. 1. Membuat refleksi dan menilai prestasi kendiri dibandingkan dengan prestasi piawai. 2. Menunjukkan sensitiviti terhadap pelbagai perspektif. 3. Menganalisis secara kritikal maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber.KesimpulanPenilaian kompetensi adalah satu bentuk penilaian yang mengukurkeupayaan pelajar melakukan sesuatu tugasan dalam konteks sebenar.Penilaian bentuk ini mengukur keupayaan pelajar mengaplikasipengetahuan dalam melakukan kemahiran teknikal menggunakanpendekatan yang betul. Ini bermakna penilaian ini menilai domainpengetahuan, kemahiran teknikal dan sikap secara menyeluruh. Untukmenjadikan hasil penilaian sah dan reliable maka kaedah penilaianperlulah dipelbagai.Bacaan TambahanSallie-Anne Pearson, Isobel E Rolfe & Richard L Henry. 1998. Therelationship between assessment measures at Newcastle MedicalSchool (Australia) and performance ratings during internship. MedicalEducation. 32 : 40-45. 229
    • Erik Driessen, Jan Van Tartwijk, Cees Van Der Vleuten & Val Wass.2007. Portfolios In Medical Education: Why do they meet with mixedsuccess? A systematic review. Medical Education . 41: 1224–1 233Apendiks 16.1Year 2 Session 2008/09Instruction for studentYou are a General Practitioner, your patient is Mr. Ali, 35 year old carmechanic. His neighbour was recently diagnosed to have hepatitis B.He is worried that he might get hepatitis B, so he comes to your clinicto know more about Hepatitis B and get Hepatitis B vaccine. How areyou going to educate your patient about hepatitis B and Hepatitis Bvaccination? You have five minutes to do this task.Instruction for patientYou are Mr. Ali, 35 year old car mechanic. Your neighbour wasrecently diagnosed to have hepatitis B. You are worried that youmight get hepatitis B, and you read in health magazine about hepatitisB vaccination. So, here you are in a General Practitioner clinic toget more information about the hepatitis B and the vaccine and lastlywhether you can get yourself vaccinated.Instruction for examinerThis station is for assessment of patient education.Task: Patient education on Hepatitis and Hepatitis B vaccination.Duration: 5 minutesCriteria for patient educationPerformed satisfactory Performed task completely and gives reasonable instruction. Organizes instruction coherently Entitle for maximum scoreAttempted but not satisfactory Performed task incomplete and/or does not give reasonable instruction. Attempt to organize instruction but not coherent. Entitle for half of maximum scoreNot carried out Does not attempt at all, zero (0) mark230
    • Year 2 Session 2008/09STATION 20Student Name: Student ID :Examiner Checklist Criteria Maximum Carry out Attempted but Not Score satisfactory unsatisfactory carried out1. Introduce himself 12. Welcomes patient, establishes 2 rapport3. Explain about hepatitis B Mode of transmission 2 2 Symptoms and Complication 24. Talk clearly avoid 2 using jargon language, accommodates language or literacy barriers5. Invites clarifications 26. Explain about hepatitis B 2 carrier screening test7. Explains what types of 3 vaccines will be given based on the test result8. Explain that the vaccine is 2 given in three doses and the interval9. Explain the importance of 3 completing the doses10. Confirm that patient has 2 understood and inviting questions Total Marks: 231
    • 232
    • BAB 17 Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran Salleh AmatPendahuluan Bab ini membincangkan aspek yang berkaitan dengan motivasidalam proses pembelajaran yang perlu diketahui oleh pensyarahagar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan denganlebih berkesan. Bab ini ditulis secara praktikal, bukannya dalambentuk teori semata-mata agar konsep dan aktiviti yang dicadangkandapat diaplikasikan oleh pensyarah dalam proses pengajaran danpembelajaran di universiti. Sebelum anda terus membaca bab ini, cuba fikirkan beberapaperkara yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran yang andalalui semasa anda mengikuti pengajian di universiti. Fikirkan mengapaanda menghadiri sesuatu kuliah? Adakah anda benar-benar berminatuntuk mengetahui ilmu yang hendak disampaikan oleh pensyarah atauadakah anda takut pensyarah akan mengambil kedatangan pada haritersebut? Apakah subjek yang anda paling minati dan mengapakahanda meminatinya? Pernahkah anda hilang minat terhadap sesuatusubjek kerana anda tidak suka dengan pensyarah yang mengajar subjektersebut? Ada sesetengah pensyarah berkata, “kuliah saya pada pukuldua petang, pelajar mengantuk, sebab itu penglibatan pelajar dalamkelas saya tidak aktif.” Adakah anda bersetuju faktor masa kuliahmempengaruhi penglibatan pelajar dalam kuliah? Ada juga pensyarahyang berpendapat bahawa bilangan pelajar dalam kuliah merekaterlalu besar (antara 150-300 orang), oleh itu adalah sukar bagi merekauntuk menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar semasa kuliahdijalankan. Oleh itu, kaedah syarahan sepenuhnya digunakan. Andajuga pernah berada dalam dewan kuliah yang besar semasa menuntutdahulu. Adakah anda berminat menghadiri kuliah tersebut? Jika andamenjawab tidak, tentu anda mempunyai alasan tersendiri. 233
    • Konsep Motivasi Sebagai seorang pensyarah, anda tentunya mempunyaipemahaman sendiri tentang maksud motivasi. Secara umumnya,motivasi dapat dikaitkan dengan sikap atau keinginan seseorang untukmelakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan. Motivasi merangsangseseorang untuk melakukan sesuatu. Seseorang melakukan sesuatuperkara kerana desakan atau dorongan diri sendiri atau kerana didorongoleh faktor-faktor luaran. Secara umumnya, motivasi dapat dibahagikankepada dua kumpulan utama iaitu motivasi dalaman (intrinsik) danmotivasi luaran (ekstrinsik). Seorang pelajar pergi ke kuliah mungkinkerana keinginannya sendiri untuk mengetahui ilmu pengetahuan yanghendak disampaikan oleh pensyarah. Ada juga pelajar yang hadir kekuliah kerana dorongan oleh teman lelaki atau wanita masing-masing.Mungkin juga pelajar menghadiri kuliah kerana takut nama merekaakan digugurkan daripada senarai pelajar yang dibenarkan untukmemasuki peperiksaan akhir. Bila bercakap mengenai motivasi, kita tidak dapat lari untukmembincangkan teori keperluan Maslow ataupun lebih dikenali sebagai“hierarchy of needs” (Maslow 1954). Namun demikian tidak ramaiyang tahu bagaimana mengaplikasikannya dalam proses pengajaranterutama di peringkat universiti. Mungkin ramai yang beranggapanbahawa mereka (pelajar) sudah dewasa dan mereka tahu apa tugas dantanggungjawab mereka sebagai pelajar. Sekarang cuba kita lihat dua tahap yang paling asas dalamkeperluan tersebut iaitu keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan.Keperluan fisiologi adalah keperluan asas seperti tempat kediaman,makan minum dan juga kesihatan. Keperluan keselamatan puladikaitkan dengan keselamatan pelajar itu dari ancaman luar. Fikirkanbagaimanakah seseorang pelajar itu boleh mengikuti kuliahnya dengantenang jika beliau tidak mendapat keperluan fisiologi dan keperluankeselamatan yang sewajarnya dimiliki oleh seorang pelajar. Adakahseseorang pensyarah perlu mengetahui sama ada tahap keperluan asasseseorang pelajar itu telah dipenuhi atau sebaliknya? Para pensyarah juga perlu menyedari bahawa gaya pembelajarandi peringkat sekolah berbeza dengan gaya pembelajaran di universiti.234
    • Begitu juga gaya pembelajaran untuk kanak-kanak berbeza denganpembelajaran untuk orang dewasa. Bagaimanakah pensyarah dapatmembantu pelajar membina makna (make meaning) terhadap apa yangdipelajari. Sekiranya apa yang dipelajari itu memberi makna kepadapelajar, maka proses pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah sertapelajar akan belajar secara sukarela.Strategi Menarik Minat/Motivasi Pelajar Pelbagai kaedah atau strategi pengajaran boleh dilakukanbagi menarik minat pelajar. Namun demikian, bab ini tidak akanmembincangkan kaedah-kaedah atau strategi tersebut secara khusus.Sekarang akan dibincangkan beberapa langkah yang dapat menarikminat pelajar untuk belajar dan menyertai perbincangan semasakuliah.Perkembangan Manusia Berbeza-Beza Seorang pensyarah perlu sedar bahawa pelajar yang mengikutikursus mereka datang daripada latar belakang yang berbeza-beza. Kitatidak boleh mengandaikan bahawa tahap kecekapan atau keupayaanmereka untuk menerima pengajaran yang kita sampaikan adalah sama.Dari segi aspek psikologinya, Vail dan Cavanaugh (2007) menegaskanwalaupun seseorang individu itu mempunyai umur yang sama, tahapperkembangan mereka juga berbeza-beza. Oleh itu sudah pasti tingkahlaku seseorang juga akan berbeza-beza. Perbezaan ini pula akanmemberi kesan kepada proses pembelajaran seseorang. Satu kaedahpengajaran tidak akan dapat memberi kesan yang sama kepada semuapelajar.Memahami & Mengenali Pelajar Sejauh manakah anda mengenali pelajar dalam kelas anda?Adakah ada mengingati nama pelajar-pelajar anda? Mengapa kitasebagai pensyarah perlu mengenali dan mengetahui serba sedikit latarbelakang pelajar dalam kelas kita? Seseorang pensyarah memang boleh berkata bahawa pelajarbertanggungjawab mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kuliah 235
    • yang dipelajari. Oleh itu tugas pensyarah hanya mengajar dan tidakperlu mengambil tahu perkara-perkara peribadi yang dihadapi olehpelajar. Sebenarnya pengetahuan mengenai latar belakang pelajarmembantu pensyarah membuat persediaan yang bersesuaian denganlatar belakang pelajar di dalam kelas yang diajar. Untuk memahamipelajar ini, seseorang pensyarah seharusnya dapat menunjukkan sikapyang terbuka dengan sentiasa cuba melapangkan masa untuk berbincangdengan pelajar. Perbincangan ini bukan hanya tertumpu pada masalahakademik tetapi juga masalah-masalah peribadi mereka. Jika andatidak mampu mengendalikan permasalahan peribadi, pensyarah bolehmerujukkan pelajar terlibat kepada pihak kaunselor di universiti.Pensyarah boleh menyatakan dalam kuliah yang mana beliau sentiasamenggalakkan pelajar berjumpa dengannya untuk membincangkanpelbagai masalah yang dihadapi.Suai Kenal Kuliah Pertama Apakah yang anda lakukan apabila hari pertama atau minggupertama kuliah dijalankan? Kebiasaannya, kebanyakan pensyarah akanmemberikan satu sinopsis dan menerangkan segala tugasan dan tarikhakhir menghantar tugasan. Sememangnya ada kewajarannya andamenerangkan tugasan dan sinopsis kursus agar pelajar lebih bersedia.Namun demikian adakah strategi ini dapat menarik minat pelajar untukmengikuti kuliah anda atau menambahkan tekanan kepada merekadengan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan walaupun waktutersebut hanyalah pada hari pertama kuliah dijalankan. Mengapatidak diadakan sedikit aktiviti suai kenal (ice breaking) sebelum andamemberikan sinopsis kursus kepada pelajar. Perkara berikut bolehdilakukan oleh pensyarah pada permulaan kuliah: Pensyarah boleh mengalu-alukan kehadiran pelajar dengan bertanya beberapa ungkapan atau soalan umum seperti berkata; “Terima kasih kerana sudi menghadiri kuliah saya, walaupun saya sedar anda sibuk hari ini untuk mengatur jadual kuliah masing-masing,”236
    • “Adakah anda telah bersarapan/makan tengah hari?” “Selamat kembali semula ke kampus, dan saya harap anda masih ingat dewan-dewan kuliah di UKM ini,” “Ini kelas GB 1234, pastikan anda berada di dalam kelas yang betul,” “Adakah anda telah mendaftar untuk kursus ini,” Pertanyaan-pertanyaan di atas walaupun kelihatan agak remehtetapi ia mampu mewujudkan suasana yang ceria kepada pelajar.Keceriaan ini akan dapat meningkatkan motivasi pelajar, sekurang-kurangnya pensyarah memberi sedikit ruang kepada mereka untukbersedia menerima arahan atau tugasan daripada pensyarah. Seterusnya,anda boleh meminta pelajar mengeluarkan sehelai kertas dan mintamereka menulis mengapa mereka memilih kurus yang diikuti sekarang.Kemudian minta pelajar menyerahkan apa yang telah mereka nyatakantanpa menulis nama mereka dalam kertas tersebut. Anda boleh membacabeberapa jawapan yang telah diberikan tadi. Seterusnya minta pelajarlain memberi respons terhadap jawapan yang telah dinyatakan. Anda juga boleh meminta pelajar memperkenalkan diri kepadarakan-rakan lain semasa awal perkuliahan. Dalam masa lebih kuranglima minit, minta pelajar memperkenalkan diri masing-masing kepadarakan di sebelah mereka. Jika anda berada dalam dewan kuliah yangbesar, anda boleh meminta pelajar berjalan-jalan dalam dewan kuliahuntuk saling mengenali antara satu sama lain. Selepas selesai limaminit, minta pelajar secara sukarela memperkenalkan rakan-rakan barudalam kelasnya. Selepas beberapa aktiviti ini barulah pensyarah mengedarkansinopsis kursus untuk dibincangkan bersama pelajar. Dengan caraini pelajar akan dapat merasai bahawa pensyarah bukan hanya inginmengajar tetapi juga menunjukkan sikap seorang pensyarah yangprihatin. Anda perlu menunjukkan minat yang anda sentiasa cubamemahami mereka. 237
    • Sesi Perkuliahan Ada pensyarah masuk ke dalam dewan kuliah dan terus sahajamemulakan pengajaran tanpa mengambil kira sama ada pelajar itubersedia untuk belajar atau sebaliknya. Lebih buruk lagi ada pensyarahyang mengunci pintu dewan kuliah jika pelajar lewat masuk kekelasnya. Seharusnya anda memulakan kuliah dengan bertanya khabarkepada para pelajar, “apa khabar semua”, “saya harap anda semuatelah makan tengah hari,” “adakah ada bersedia untuk topik hari ini,”Pensyarah juga boleh meminta pelajar menyatakan apa yang telahdipelajari pada minggu lepas atau minggu sebelumnya. Bagaimana jikapelajar hanya mendiamkan diri? Pensyarah boleh menyatakan kepadapelajar bahawa penglibatan pelajar di dalam kuliah ini akan diberimarkah. Ini bermakna pada peringkat permulaan satu peneguhan perludiberikan kepada pelajar agar mereka dapat melibatkan diri semasaproses pembelajaran.Suasana Kelas Bayangkan anda berada di dalam sebuah bilik kuliah yangkecil tetapi padat dengan pelajar sehingga ada yang terpaksa duduk diatas lantai. Bayangkan sebuah bilik tutorial yang mampu menampung30 orang pelajar tetapi dipenuhi oleh 60 orang pelajar. Jika andamenjadi seorang pelajar, selesakah anda untuk belajar? Mungkinada pensyarah yang tidak ambil kesah dengan keselesaan pelajar lalumeneruskan sahaja pengajarannya. Pelajar pula mungkin tidak beraniuntuk menyatakan masalah bilik kuliah itu kepada pensyarah. Lebihburuk lagi jika pensyarah hanya menyatakan, “jika mahu selesa, lainkali datang awal.” Persoalannya bukan masalah datang awal atausebaliknya, tetapi keadaan bilik kuliah itu sendiri yang tidak dapatmenampung bilangan pelajar yang besar. Keselesaan bilik kuliah seperti keadaan meja dan kerusiyang baik, penyaman udara, keterangan lampu yang bersesuaian dankejelasan alat pembesar suara akan mempengaruhi motivasi pelajaruntuk belajar. Bayangkan anda mengajar dalam sebuah dewan kuliahyang besar dengan bilangan pelajar seramai 200 orang. Bagaimanakahanda dapat memastikan pelajar yang berada di belakang dewan kuliah238
    • dapat mendengar suara anda dengan jelas sekiranya alat pembesarsuara tidak berfungsi dengan baik. Begitu juga jika alat penyamanudara tidak berfungsi dengan baik yang menyebabkan pelajar tidakdapat menumpukan perhatian kepada syarahan atau pengajaran keranamereka sibuk mengipas diri masing-masing. Sebagai seorang pensyarah anda harus sensitif denganperubahan tingkah laku pelajar dalam bilik kuliah. Sudah tentupelajar tidak akan berasa selesa jika bilik kuliah yang panas atau jikamereka tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang disampaikan.Mungkin ada sesetengah pensyarah yang meneruskan sahaja apayang hendak disampaikan tanpa mempedulikan tingkah laku negatifyang ditunjukkan oleh para pelajar. Lebih buruk lagi jika pensyarahmengatakan, “Kalau anda tidak mahu belajar, itu bukan masalah saya,anda boleh keluar jika tidak berminat dengan kuliah hari ini,” Apakah yang anda harus lakukan sekiranya alat pendinginudara tidak berfungsi ketika kuliah sedang berjalan? Mungkin kuliahboleh diteruskan sekiranya keadaan bilik kuliah tidak terlalu panas.Namun demikian, anda sebagai pensyarah seharusnya mengakuibahawa keselesaan pelajar terganggu kerana ketiadaan alat penyamanudara. Anda boleh berkata, “saya sedar nampaknya bilik kuliah iniagak panas, kita cuba teruskan kuliah kita, jika keadaan terlalu panasmungkin saya akan berhentikan kuliah ini dengan lebih awal dan sayaakan berikan sedikit tugasan sebagai gantian kuliah kita hari ini,” Inimenunjukkan anda prihatin dengan keadaan pelajar. Keprihatinan iniakan menjadikan pelajar kurang tertekan walaupun mereka terpaksabelajar dalam keadaan yang kurang selesa. Begitu juga apabila anda mendapati alat pembesar suaratidak berfungsi dalam bilik kuliah yang besar. Maklumkan kepadapelajar yang alat pembesar tidak berfungsi dan anda terpaksa bercakapdengan lebih kuat lagi sambil meminta pelajar memberi kerjasama.Minta pelajar yang berada di belakang mengangkat tangan jika merekatidak mendengar apa yang anda perkatakan. Pensyarah juga bolehmeminta maaf kepada pelajar akan masalah yang dihadapi. Cara inimenunjukkan anda menghormati pelajar dan mengiktiraf hak pelajaruntuk belajar dengan selesa. 239
    • Adalah lebih baik jika anda pergi ke dewan kuliah lebihawal atau memeriksa terlebih dahulu kemudahan yang ada dalambilik kuliah atau dewan kuliah sebelum kuliah dijalankan. Pastikanlampu yang sesuai, LCD dan alat pembesar suara berfungsi denganbaik, serta kerusi meja yang mencukupi untuk bilangan pelajar yangbersesuaian. Jika tidak, sila maklumkan kepada pejabat kedekananatau bahagian yang berkaitan dengan kawalan dewan/bilik kuliah agarpenyelenggaraan dapat disempurnakan dengan lebih awal.Peneguhan & Pengiktirafan kepada Pelajar Seperti pelajar di peringkat sekolah, pelajar di institusipengajian tinggi juga perlu pengiktirafan dan peneguhan dalamaktiviti pembelajaran mereka. Adakah anda mengiktiraf kehadiranmereka dalam kuliah anda? Pengiktirafan yang diberi akan memberipengukuhan terhadap tingkah laku pelajar itu (Morris & Maisto,2008). Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada merekayang hadir semasa permulaan kuliah. Walaupun senarai kehadiranperlu ditandatangani, ungkapan terima kasih daripada pensyarah akanmenambahkan motivasi pelajar untuk belajar. Pensyarah tidak perluhanya melihat kepada aspek negatif kehadiran pelajar seperti menguncipintu apabila memulakan pengajaran dan tidak membenarkan pelajarmasuk selepas kuliah dimulakan. Ada ketikanya pelajar sememangnya lewat hadir ke dewankuliah kerana mereka menghadiri kuliah lain sebelum menghadirikuliah kita yang mungkin dijalankan di fakulti atau tempat lain. Olehitu, adalah tidak wajar mereka tidak dibenarkan mengikuti kuliah kita.Lebih buruk lagi apabila pensyarah menegur atau memarahi pelajaryang lewat di khalayak ramai, “saya sudah perhatikan anda telahbanyak kali lewat ke kuliah saya.”Ini akan memalukan pelajar danmenurunkan minat mereka untuk belajar.Sebagai Role Model Sebagai seorang pensyarah anda adalah model yang terbaikuntuk dicontohi oleh pelajar. Apakah yang anda boleh tunjukkankepada pelajar selain daripada penyampaian isi kuliah? Pastikan240
    • anda berpakaian kemas, membuat persediaan yang baik, serta masukke dewan kuliah pada masa yang telah ditetapkan. Bagaimanakahpelajar akan menghormati seorang pensyarah sekiranya pensyarahitu sendiri sering lewat ke kuliah. Begitu juga perhatikan tutur kataanda semasa memberi kuliah. Komunikasi yang baik dan berkesanjuga akan memperlihatkan gaya keterampilan seorang pensyarah yangberwibawa. Sebagai seorang pensyarah juga anda seharusnya bersikapterbuka dengan pandangan pelajar. Sebagai contohnya mungkin adapelajar yang tidak bersetuju dengan pendapat yang kita berikan.Sebagai seorang yang bersikap terbuka kita boleh meminta pelajarmenjelaskan apakah perkara yang tidak dipersetujui serta memintapelajar tersebut menyatakan pandangannya. Seterusnya galakkan pulapelajar yang lain untuk memberikan pandangan masing-masing.Bina Matlamat Pembelajaran Bersama Pelajar Pada permulaan kuliah, pensyarah biasanya akan mengedarkansinopsis kursus yang merangkumi matlamat atau hasil pembelajaransesuatu kursus. Adakah ini bermakna pelajar akan hanya mengikutiapa sahaja yang telah ditetapkan oleh pensyarah? Adakah dengan caraini akan dapat membantu pelajar membina makna kepada apa yangdipelajari? Pada kebiasaannya, seseorang pelajar yang bermotivasi telahmembuat persiapan awal terhadap kursus-kursus yang akan diambilpada setiap semester. Pelajar sedar akan tajuk dan kandungan sesuatukursus secara umum. Penjelasan oleh pensyarah pada perjumpaanpertama akan membantu pelajar memperincikan matlamat yanghendak dicapai dalam kursus yang diikuti. Bagi menjadikan prosespembelajaran lebih bermakna, pensyarah boleh meminta pelajaritu sendiri menyediakan matlamat yang hendak dicapai pada akhirsemester nanti selaras dengan matlamat kurus yang telah ditetapkan.Minta pelajar menulis sendiri apa yang mereka inginkan daripadakursus yang diikuti. Seterusnya pensyarah boleh bertanya kembalikepada pelajar apa yang telah dipelajari beberapa minggu sebelumkuliah berakhir. Sekiranya bilangan pelajar adalah kecil, perbincangandalam kelas boleh dijalankan. Namun demikian jika bilangan pelajar 241
    • adalah ramai, pensyarah boleh meminta pelajar membuat refleksiterhadap pembelajaran yang telah dilalui serta matlamat yang telahdinyatakan di awal semester.Memberi Maklum Balas Tugasan Pelajar Maklum balas yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajarakan dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka.Anda tidak perlu menekankan kepada markah yang harus diberikankepada pelajar. Adalah lebih baik jika pelajar diberi peluang untukmemperbaiki kesilapan mereka daripada hanya memberi markahkepada tugasan tanpa memberi komen kepada tugasan yang diberikan.Lebih buruk lagi jika tugasan dihantar oleh pelajar pada akhir semesterdan mereka tidak ada peluang untuk mengetahui komen serta markahyang diberikan oleh pensyarah terhadap tugasan yang diberikan. Dalammemberi maklum balas ini, anda perlu memberikan maklum balas yanglebih khusus terhadap tugasan yang diberikan. Pujian dan galakkanakan meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar bukan sahajadalam kelas kita tetapi juga dalam kelas-kelas yang lain. Sekiranya tugasan yang diberikan tidak memuaskan, andatidak seharusnya memberikan komen yang negatif sepenuhnya kepadapelajar tersebut. Sudah tentunya ada aspek yang positif yang bolehdiberi peneguhan dalam tugasan yang tidak memuaskan tersebut.Anda mungkin boleh memberi peluang kepada pelajar untuk membuatsemula tugasan yang telah dihantar. Dengan cara ini, pelajar akan lebihmenghormati pensyarah. Bila memberi maklum balas yang negatifanda perlu menerangkan perkara yang perlu diperbaiki bukan melihatkepada peribadi pelajar berkenaan. Contohnya, “saya memang tidakpuas hati dengan tugasan yang anda hantar, anda memang seorangpelajar yang pemalas serta suka ponteng kuliah saya, saya sudah lamamemerhatikan tingkah laku anda.” Sepatutnya anda boleh menyatakan“saya harap anda dapat memperbaiki tugasan anda dan kemaskinikanbahagian rujukan”. Anda juga boleh memberikan kata-kata perangsang dalampenilaian tugasan yang dihantar oleh pelajar. Sekiranya anda berpuashati dengan tugasan yang diberikan, anda boleh membuat catatan242
    • seperti berikut; “saya seronok membaca refleksi anda”, “anda berjayamenjawab soalan yang diberikan, tahniah”, “saya berpuas hati dengantugasan anda”, “terima kasih kerana sudi berkongsi”, “tahniah danteruskan usaha anda”. Kepada tugasan yang kurang memuaskananda boleh membuat catatan seperti berikut; “walaupun anda berjayamenghantar tugasan seperti yang dikehendaki, saya dapati bahagianrujukan tidak mengikut gaya UKM, saya harap anda akan lebih telitipada masa hadapan”, “tahniah dan saya berpuas hati dengan tugasananda, namun demikian anda seharusnya dapat memperbaiki bahagianperbincangan”, “nampaknya tugasan anda tidak mengikuti arahanyang telah diberikan, anda boleh memperbaiki tugasan anda jika andamahu”.Alat Bantu Mengajar Penggunaan alat bantu mengajar akan dapat menambahkanminat pelajar untuk mengikuti kuliah. Penggunaan alat bantu mengajarmembantu pensyarah mempelbagaikan kaedah pengajaran sertamembantu memudahkan pelajar memahami topik atau isu yang hendakdisampaikan. Penggunaan “PowerPoint” adalah salah satu kaedahyang paling biasa digunakan. Penggunaan kertas mahjong, kertasberwarna, gambar rajah, tayangan video, lawatan ke perpustakaan,serta penggunaan SPIN boleh digunakan dalam proses pengajaran.Penglibatan Semasa Kuliah Penglibatan pelajar semasa kuliah sangat penting bagimemastikan suasana kuliah berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.Sekiranya pelajar tidak melibatkan diri, maka pensyarah akan hanyabersyarah tanpa henti sehingga tamat waktu kuliah. Melibatkan pelajardalam kuliah yang kecil adalah lebih mudah berbanding denganbilangan pelajar yang ramai. Bagi kuliah yang melibatkan pelajaryang ramai, anda boleh meminta pelajar untuk berbincang denganrakan-rakan bersebelahan mereka. Seterusnya minta beberapa orangdaripada mereka untuk menyatakan apa yang telah dibincangkan.Anda juga boleh memberi tugasan yang mudah dan minta pelajarmenuliskan jawapan mereka secara spontan. Selepas lima minit minta 243
    • pelajar mengembalikan kertas jawapan masing-masing. Anda bolehmembacakan beberapa jawapan yang telah diberikan oleh pelajar.Aktiviti-aktiviti lain yang dapat menarik minat pelajar adalah sepertipembentangan kumpulan, projek, forum serta kerja lapangan.Kesimpulan Pembelajaran di peringkat pengajian tinggi berbeza denganpembelajaran di peringkat sekolah. Semasa di peringkat sekolahpelajar secara umumnya tidak ada pilihan dalam pemilihan matapelajaran yang perlu diikuti. Malahan, tumpuan utama bukan kepadahasil pembelajaran yang dititik beratkan tetapi lebih kepada markahyang boleh diperoleh oleh pelajar. Namun demikian, pembelajaran diperingkat institusi pengajian tinggi seharusnya dapat membantu pelajarmencari makna terhadap mata pelajaran atau kursus yang diikuti.Pensyarah pula tidak seharusnya menjadi seorang guru semata-matatetapi berperanan sebagai seorang pemudah cara atau “facilitator”kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yangmemberi makna kepada pelajar akan memudahkan pelajar untukmengikuti sesuatu kursus dengan jayanya. Hanya pelajar yangbermotivasi untuk belajar sahaja yang akan dapat membina maknaterhadap apa yang dipelajari. Pensyarah pula memainkan peranan yangpenting dalam membina motivasi pelajar untuk belajar.244
    • RujukanKail, R. V. & Cavanaugh, J. C. 2007. Human development; A life spanview. Singapore: Thomson Wadsworth.Marcia L. Conner. 1996. Learning The Critical Technology: AWhitepaper on Adult Education in the Information Age. St. Louis,Missouri: Wave Technologies International, Inc.Maslow, A.H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper &Row. Morris, C. G. & Maisto, A. A. 2008. Understanding Psychology.8ed. Upper Saddle River, NJ.: Pearson Prentice Hall.Ken Bain. 2004. What the Best College Teachers Do. HarvardUniversity Press. 245
    • 246
    • BAB 18 Bimbingan & Mentoran Zuria MahmudPengenalan: Permentoran Sebagai Indikator Keinsanan Mentoran ialah hubungan membimbing yang berlaku antaraseorang yang lebih berpengalaman yang dipanggil ‘mentor’ dan seorangyang kurang berpengalaman yang dipanggil ‘mentee’ (Chiles, 2007).Program mentoran telah berlaku di luar negara mahupun dalam negaradi pelbagai organisasi korporat, institusi pengajian tinggi mahupundi sekolah menengah. Pada peringkat pengajian tinggi, mentoranboleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan antara pelbagai kumpulanmanusia. Terdapat program-program mentoran antara ahli akademiksenior (malim) dan ahli akademik junior, antara pelajar senior danpelajar junior, dan juga antara seorang ahli akademik dengan seorangatau beberapa orang pelajar. Proses mentoran di universiti dicirikanoleh hubungan yang mesra dan beretika antara mentee dengan mentoryang berpengalaman, prihatin, dan mampu menunjukkan contohperanan positif dengan tujuan menyumbang kepada perkembanganpositif mentee tersebut (Selwa, 2003). Mentoran pada waktu ini bukanlah indikator pencapaian utamaseorang ahli akademik di universiti di Malaysia. Antara domain-domainKPI (Key Performance Indexes) atau Penunjuk Prestasi Utama yangmenentukan pencapaian dan kenaikan pangkat seorang ahli akademikdi universiti ialah pengajaran, penyelidikan, penerbitan, konsultasi dankhidmat masyarakat, serta pentadbiran. Tugas-tugas ini amat menarik,mencabar, serta sudah cukup untuk memenuhi kehidupan seharianseorang ahli akademik. Oleh itu soalan yang sering ditanya ialahkenapa kita perlu membebankan diri dengan tugasan sebagai seorangmentor yang tidak dianggap sebagai KPI sesebuah universiti?Menurut Albert Pine, 247
    • “What we have done for ourselves dies with us, but what we have done for others and the world remains and is immortal”- Albert PineKata-kata ini menggambarkan bahawa bimbingan dan mentoran yangkita lakukan kepada manusia lain merupakan satu indikator yangsangat penting dalam kehidupan insan. Teori klasik Erik Erikson,menyatakan bahawa tahap yang ketujuh dalam perkembangan sosialmanusia ialah “generativity versus stagnation” di mana pada suatutahap sebelum manusia itu tua dan letih, dia diandai berkembangdengan baik bila dia dapat menyumbang kepada generasi seterusnyadan bukannya hanya memfokus kepada pencapaian sendiri sahaja.Sila lihat Jadual 18.1 berkenaan teori Psikososial Erikson yangrelevan kepada isu permentoran.Jadual 18.1: Perkembangan Insan Berdasarkan Teori PerkembanganPsikososial Erik Erikson Bayi dan Kanak-kanak Remaja DewasaTahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 Tahap 7 Tahap 8 Trust Autonomy Initiative Industry Identity Intimacy Generativity Integrity vs Vs vs vs vs vs Vs vsmistrust Shame Guilt Inferiority Confusion Isolation Stagnation Despair and Doubt Justeru, seseorang ahli akademik yang berjaya bukan sahajadapat meletakkan dirinya pada tahap pakar dalam sesuatu bidangtertentu sahaja, malah dia sepatutnya dapat membimbing manusia lainmenjadi sebaik dirinya sehingga dapat pula manusia yang dibimbingnyaitu terus menyumbang kepada generasi yang akan datang. Perlu diingatbahawa tahap kelapan dan terakhir dalam perkembangan sosial Eriksonialah “integrity versus despair”, di mana manusia yang telah banyakmembuat kebaikan semasa mudanya akan melalui zaman tua denganpenuh wibawa, manakala jika sebaliknya, kehidupan tuanya dipenuhidengan kekecewaan, dan kekesalan. Oleh kerana ahli akademik di universiti ialah manusia yangtelah melalui dan mencapai tahap tertinggi pendidikan, dan pendidikanpula sepatutnya mengajar manusia erti kehidupan, ahli akademik248
    • sepatutnya dapat membimbing manusia lain bukan sahaja dalambidang kepakarannya, tetapi juga dalam banyak hal tentang maknakehidupan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mencapaimakna tersebut. Apatah lagi, dalam hal mentoran di universiti, menteeialah pelajar. Apa yang dilalui oleh mentee ini adalah pengalaman-pengalaman awal yang telah dilalui oleh mentor-mentor yang kinitelah mencapai tahap akademik yang tertinggi (Broome, 2003). Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa permentoran yangberkualiti mendatangkan banyak faedah kepada kesinambungan dankestabilan sesuatu organisasi dan bidang kepakaran. Menurut Youngdan Perrewe (2000), permentoran memberi manfaat kepada organisasikerana terujudnya proses sosiolisasi yang sihat, maklumat dapatdisampaikan dengan lebih berkesan, serta produktiviti meningkat.Terdapat perasaan saling mempercayai, saling menghargai, dankeyakinan diri yang tinggi dalam organisasi bilamana mentoranberlaku dengan baik. Hubungan dengan seorang mentee memberikan nafas baruyang lebih segar kepada seseorang mentor . Mentor mudah mendapatkerjasama dari rakan pekerja baru yang teruja dengan maklumat-maklumat yang dikongsi, dan mentor sendiri perlu terus belajar perkara-perkara yang baru. Apabila menteenya berjaya, seorang mentor bukansahaja mendapat penghargaan rakan-rakan tetapi yang lebih pentingmendapat kepuasan sebagai seorang pekerja yang matang dan pakar.Dalam pengajian perubatan, proses permentoran, didapati lebihberkesan daripada syarahan biasa dalam menyampaikan etika klinikalkepada pelatih-pelatih (Selwa, 2007). Permentoran membolehkanmentor memodelkan ilmu-ilmu yang tersurat dalam bertingkahlakusebagai ahli kumpulan, cara memberi perhatian kepada pesakit, dancara mengaplikasikan nilai peribadi yang mulia. Menurut Selwa (2007)lagi, proses mentoran mempunyai kaitan dengan peningkatan dalampersediaan dan kemahiran penyelidikan, serta minat kepada kerjayaakademik dalam kalangan pelajar perubatan. Secara amnya, ahliakademik merasa selesa jika mengetahui mereka dapat memastikankesinambungan usaha-usaha mereka melalui permentoran. 249
    • Makna Permentoran kepada Mentee Ramai pelajar yang mampu bergraduat tanpa bantuan darimana-mana ahli akademik yang dianggap ‘mentor’. Bagaimanapun,pelajar yang berpeluang membina hubungan dengan seseorangmentor akan mendapati pembelajarannya lebih bermakna. Hubungandengan mentor memberi peluang kepada pelajar melihat prosespembelajarannya dari perspektif yang lebih luas, matang, dan penuhberinspirasi. Malah pelajar yang hampir putus asa pun boleh kembalilulus apabila diberi perhatian oleh seorang pembimbing yang sabardan memahami. Apatah lagi bagi seorang pelajar yang bijak, peluanguntuk menjadi cemerlang dan terserlah sentiasa terbuka apabiladibimbing oleh seorang mentor yang berinspirasi. Perbincangan dengan mentor membolehkan pelajar memahamidan memperbaiki pemikiran, perasaan, dan tingkahlakunya dalamproses pembelajaran yang sedang dilaluinya. Contohnya, apabilapelajar berhadapan dengan sesuatu projek, pelajar tersebut bolehmenceritakan tentang idea-ideanya dan meminta mentornya memberikomen. Seorang ahli akademik yang bijak dan berpengalaman sentiasaberpandangan luas sehingga dapat melihat kekurangan dalam sesuatuidea dan membantu menambahbaikkan pemikiran pelajar tersebut.Apabila pelajar gembira atau teruja, sedih, takut, atau risau, pelajarjuga boleh menyatakan perasaan itu pada seorang mentor tanparagu-ragu. Ini kerana sebagai seorang ahli akademik yang beretika,mentornya itu dapat menerima dirinya dan menghormati perasaanpelajar tersebut. Hubungan yang akrab juga melayakkan mentor itumenegur tingkahlaku pelajar bila dia melakukan kesilapan atau mulamelibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah. Young dan Perrewe(2000) menyatakan bahawa seorang mentee atau protégé yang sukamelibatkan diri dalam program mentoran ialah seorang yang sukaberjaya, mempunyai kawalan lokus dalaman, konsep kendiri yangtinggi dan kestabilan emosi yang tinggi berbanding orang yangtidak berminat kepada proses mentoran. Manakala Larose, Cyrenne,Garceau, Harvey, Guay, dan Deschenes (2009) pula mendapatipelajar yang berminat kepada program mentoring ialah mereka yangsentiasa terbuka kepada pengalaman dan pembelajaran baru.250
    • Jika pengalaman dengan rakan di universiti meninggalkankenangan pahit dan manis, kenangan dengan mentor sepatutnyamemberi kesan yang amat bermakna. Permentoran yang baik diuniversiti akan meninggalkan kesan positif pada pelajar. Hubunganini memberi pengajaran sepanjang hayat dan akan digunakan olehpelajar apabila mereka meninggalkan universiti dan akan disampaikanpula kepada generasi seterusnya. Penyataan seperti “saya masih ingatkata-kata profesor saya di universiti dulu..”, atau “saya masih ingatbagaimana profesor itu membantu saya melalui proses pengajiansaya dulu…” biasa didengar daripada mereka yang kini telah bergelarprofessor. Menurut Broome (2003), “if one talks to nurse leaders about the most single influential thing in the development of their career, most can name several mentors who inspired, challenged, and on occasion, moved them beyond their own limits. It was these mentors who provided them with the courage and inspiration to think beyond what was possible and try a new experience, daunting though it was”Memahami Isu-isu Pelajar Pembelajaran di universiti memberikan banyak cabaran kepadapelajar sehingga terdapat juga pelajar yang gagal untuk bergraduat.Pelajar di universiti perlu membuat penyesuaian supaya mereka dapatmenerima cara hidup di kampus. Antara aspek yang dianggap pentingialah aspek akademik, sosial dan emosi.Penyesuaian Akademik Cara pembelajaran di universiti agak berbeza dengan carapembelajaran di sekolah. Pelajar universiti perlu mampu berdikaridalam mencari maklumat dan tidak terlalu bergantung kepada kuliahpensyarah sahaja. Pelajar perlu memproses maklumat tersebut padatahap pembelajaran yang lebih tinggi dalam Bloom’s Taxonomy iaituaplikasi, sintesis dan analisis. Selain itu, pelajar juga perlu mempunyaipelbagai kemahiran belajar, contohnya pelajar perlu berada di luarkuliah, atau bekerja dalam kumpulan. Oleh kerana pembelajaran di 251
    • universiti juga lebih mengkhusus kepada sesuatu bidang tertentu,pelajar perlu mempunyai minat terhadap bidang tersebut untukberjaya. Jika pelajar berada dalam bidang yang tidak diminati, terdapatkemungkinan yang pelajar tersebut tidak bermotivasi untuk memberitumpuan. Untuk berjaya, pelajar juga perlu membina disiplin diri dalammembahagikan masa, serta mempunyai kemahiran dalam cara belajaryang berkesan, persediaan menghadapi ujian, serta penyelesaian tugaspada masa yang ditetapkan.Penyesuaian Sosial Salah satu perkara yang dianggap paling menarik bagi pelajaryang baru memulakan kehidupan di universiti ialah kebebasan darikawalan keluarga. Sebelum memasuki universiti pelajar sentiasaberada di dalam kawalan keluarga dari aspek penjagaan dirisehinggalah pemilihan rakan, sebaliknya apabila berada di universitipelajar membuat keputusan sendiri dalam segala hal. Kebebasan yangbaru diperolehi ini jika tidak ditangani dengan betul, boleh menjadicabaran yang amat besar sehingga pelajar boleh hilang punca. Pelajaryang tidak mempunyai nilai keluarga yang kukuh berkemungkinanbermasalah dalam memilih dan berhubung secara sihat dengan rakandan pensyarah. Pemilihan rakan yang tidak sesuai personalitinya bolehmenyebabkan pelajar sentiasa berkonflik tentang pelbagai perkarasehingga menganggu proses pembelajaran. Pelajar perlu bijak memilihaktiviti-aktivit yang sihat dan mendatangkan faedah kepada dirinya.Kajian Zuria, Noriah dan Shafrimen (2007) mendapati bahawa pelajar-pelajar lebih banyak berhadapan isu penyesuaian sosial berbandingisu-isu lain.Penyesuaian Emosi Cabaran yang dihadapi oleh pelajar universiti boleh memberiimpak kepada emosi jika tidak ditangani dengan baik. Antara perkarayang menganggu emosi pelajar ialah kesunyian bila berjauhan dengankeluarga, kerisauan apabila menghadapi peperiksaan, ketidakselesaantinggal di asrama, ataupun keresahan apabila berkonflik denganseseorang.252
    • Kebolehan seseorang menangani emosi mempunyai hubungandengan kesejahteraan diri. Pelajar yang datang dari latarbelakangkeluarga yang bermasalah menjadi lebih beremosi apabila berhadapandengan cabaran-cabaran di kampus (papalia, olds, feldman, 2002).Emosi-emosi negatif seperti risau, marah, takut, curiga, rasa rendahdiri serta tidak berkeyakinan menjadi penghalang untuk pelajarmengambil risiko dalam persahabatan mahupun untuk terus majudalam pembelajaran. Sebaliknya pelajar yang emosinya sejahtera dapatberhadapan dengan masalah dengan penuh keyakinan, menganggapmasalah sebagai cabaran, dan melihat kesilapan sebagai peluangbelajar. Pelajar ini dapat menerima kekurangan diri, dan akan tabahberusaha memperbaiki diri mereka.Pengetahuan & Kemahiran Mentoran Ramanan, Phillips, Davis, Silen dan Reede (2002) telahmenjalankan kajian dalam profesion perubatan dan mendapati menteemendapat kepuasan dalam proses permentoran apabila mentor memberiperhatian kepada aspek-aspek penting pembelajaran. Aspek-aspek iniialah: a) komunikasi di mana mentor sentiasa mengambil berat danberinteraksi berkenaan kemajuan pelajar, dan tidak menyalahgunakankuasa, b) sentiasa membimbing dalam kemahiran, penyelidikan, danakademik dengan memberi nasihat terhadap matlamat pembelajaran dankerjaya, memberi peluang mengukuhkan kemahiran berkomunikasi,memberi nasihat yang berhemah tentang penyelidikan, dan akhirsekali; c) perkembangan profesional di mana mentor memberi nasihattentang keputusan profesional dan instrumental dalam membinajaringan profesional mentee. Akhirnya, kumpulan penyelidik inimencadangkan bahawa mentor di institusi akademik akan berfungsidalam aktiviti mentoran jika mereka mendapat latihan yang sesuai.Psikologi Mentoran merupakan kegiatan yang memberi keutamaankepada membantu seseorang menjadi insan yang lebih baik. Justeruadalah wajar bagi seorang mentor untuk mempunyai pengetahuantentang psikologi atau perkembangan jiwa mentee yang dibimbingnya. 253
    • Pemikiran, emosi, tahap motivasi, dan tindakan yang dilakukan olehseseorang mentee dipengaruhi oleh personaliti dan latarbelakangnya.Pengetahuan tentang psikologi seseorang mentee membolehkan mentormemahami cabaran yang sedang dilalui oleh menteenya dan mencarikekuatan dan mengembangkan potensi mentee tersebut. Antara teori psikologi yang boleh digunapakai oleh mentor ialahteori perkembangan sosial oleh Erikson yang melihat perkembanganmanusia berdasarkan umur. Pelajar universiti selalunya berada padatahap awal dewasa (umur 20an), di mana perkembangan yang berlakuialah “intimacy versus isolation”. Ini bermaksud antara isu utamayang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah hubungan dengan pelbagaipihak seperti rakan sebaya, dengan orang berlainan jenis, mahupundengan ahli keluarga. Hubungan-hubungan ini boleh menjadi kekuatan(jika positif) dan boleh menjadi halangan (jika negatif) kepadaperkembangan pelajar-pelajar ini (Zainuddin, Zuria, Salleh, 2008).Pelajar yang gembira dan selamat dalam hubungan-hubungan ini akanjuga berasa selesa dan bermotivasi untuk menghayati kehidupannyadi kampus. Sebaliknya, pelajar yang bermasalah dengan orang-orangsekelilingnya akan resah, murung, dan tidak teruja untuk menyertaiprogram-program di kampus. Jika pun mereka yang bermasalah initerlibat, mereka lebih berkemungkinan bermasalah untuk berinteraksidengan orang lain, sukar menurut arahan, tidak mahu dipimpin atautidak mahu memimpin.Komunikasi Komunikasi berhemah, menghormati, menghargai, dan mesradapat membantu mengukuhkan hubungan antara mentor dan mentee.Dua bentuk komunikasi ialah lisan dan bukan lisan. Komunikasi lisanmelibatkan pilihan kata-kata yang dikeluarkan oleh mentor, manakalabukan lisan ialah tindakan, nada suara, cara dan jarak duduk dan lain-lain lagi. Komunikasi yang berkesan membolehkan mentee berasaselesa apabila bersama mentornya di mana dia akan rasa didengari,difahami, dan disokong dalam usaha-usahanya. Kejelasan komunikasiakan mengukuhkan hubungan mentoran dan memudahkan prosesmentoran.254
    • Terdapat segolongan ahli akademik yang pakar dalam bidang mereka,tetapi amat lemah dalam cara berkomunikasi. Mereka lebih gemarmemilih perkataan yang melukakan hati dan menggunakan nada suarayang tinggi sehingga menakutkan pendengar. Dalam anggapan mereka,cara berkomunikasi begini adalah yang terbaik kerana ia meninggalkanimpak negatif yang akan mengejutkan pendengar. Besar kemungkinanmereka juga telah menerima didikan yang sebegitu rupa dari keluargamahupun mentor mereka. Dalam proses permentoran, budaya beginisama sekali perlu dielakkan. Kajian-kajian menunjukkan bahawakeretakan dalam hubungan samada rumahtangga atau persahabatanadalah disebabkan oleh kegagalan komunikasi. Begitu juga diuniversiti, kebanyakan permintaan untuk menukar penyelia tesis ialahkerana kegagalan komunikasi antara penyelia dan pelajar. “Advice is like snow; the softer it falls, the longer it dwells upon, and the deeper it sinks into the mind.” - Samuel Taylor ColeridgeKemahiran berinteraksi dengan mentee • Bercakap jujur tetapi penuh berhemah • Tidak menilai tetapi membuat refleksi • Tanyakan soalan yang boleh dijawab • Beri fakta yang dapat membantu • Fokus kepada isu-isu di sini dan sekarang • Bertolak ansur • Senyum dan tunjukkan minat • Beri peluang pelajar pilih topik perbincangan • Sesekali beri peluang mentee menjadi ‘kanak-kanak’ • Gunakan sikap sabar dan bertenang • Tepati masa, telefon jika anda menjangka akan terlewat • Mulakan dengan positif dan terus bersikap positif 255
    • Penyelesaian Masalah Seorang Mentor perlu mempunyai pelbagai alternatif dalammenyelesaikan sesuatu isu yang dihadapi oleh menteenya. Kadangkalaseorang mentee memerlukan maklumat, terkadang dia memerlukanrangsangan dan motivasi, atau demonstrasi, atau jaringan, atausekadar seseorang pendengar yang memahami. Seorang mentor yangberkesan akan cuba membantu dengan pengetahuan dan pengalamansedia ada atau bersama-sama menteenya mencari maklumat baru yangdapat menyelesaikan masalah tersebut. Proses penyelesaian masalahboleh dijalankan secara individu mahupun secara kelompok. Bahagianseterusnya membincangkan langkah-langkah membimbing secaraindividu dan program-program kelompok.Langkah-langkah Membimbing Mentee: 6DDekati Walaupun dalam budaya Timur, orang yang lebih tinggidarjatnya (lebih tua, berpengalaman, atau status sosial ekonomi)sentiasa dihormati dan disegani, dalam hubungan mentoran orangyang dipandang tinggi ini perlu membuat sapaan pertama. Kemahiran“icebreaking” ini perlu dipelajari oleh sesiapa yang berhajat menjadimentor. Mentor perlu belajar berasa selesa untuk bermanis muka danmelunakkan suara untuk menghulurkan salam dan bertanya khabarkepada orang yang lebih muda. Cara yang paling baik ialah secara bersemuka pada waktuyang ditetapkan. Dalam program berstruktur, mentor menetapkanwaktu tertentu, hari tertentu, dan tempat tertentu setiap minggu atausetiap bulan untuk berjumpa. Bagaimanapun, dengan kesibukan ahliakademik, amat sukar untuk program ini distrukturkan secara rigid,oleh itu, ahli akademik boleh mendekati mentee melalui pelbagaiteknologi seperti telefon, atau email. Proses mendekati boleh dilakukansecara tidak lansung seperti makan bersama, beriadah di komplekssukan kampus, sebuah lawatan ke suatu tempat, ataupun terlibat dalamsesuatu projek amal. Jika diberi kepercayaan, pelajar universiti mampumerancang program-program mereka sendiri dan mentor mereka256
    • hanya perlu menasihati dan meluluskan cadangan tersebut. Apa yangpaling penting, dalam proses mendekati dan dalam langkah-langkahseterusnya, mentor perlu menjadi seorang sahabat, dan bukannyaseorang autoriti (kecuali perlu). Suasana yang tenang, kondusif, mesrajuga akan mempercepatkan icebreaking berlaku. “People will forget what you said. People will forget what you did. But people will never forget how you make them feel.” Bonnie Jean WasmundDengari Oleh kerana ahli akademik sentiasa sibuk dan mempunyaipelbagai idea, mereka mempunyai kecenderungan untuk tidak menjadipendengar yang sabar. Oleh itu, untuk menjadi mentor yang baik,mereka perlu belajar menjadi pendengar yang sabar, dan aktif di manamereka memberi laluan kepada mentee untuk menyampaikan sesuatuidea tanpa terburu-buru membuat penilaian atau memberi pandangan.Kemahiran mendengar melibatkan berdiam semasa orang lain bercerita,memandang orang yang sedang bercerita, memberi anggukan dandorongan minima tanda faham dan berminat.Dasari Mendasari bermaksud bertanya dengan lebih lanjut tentangsesuatu perkara dengan tujuan mendapat kefahaman yang mendalam.Proses mendasari membolehkan mentor faham kenapa seseorangpelajar tidak dapat menumpukan perhatian, kenapa pelajar tersebuttakut atau malu, kenapa pelajar tersebut sukar tidur malam, dan lain-lainlagi. Proses ini juga membolehkan mentor mengetahui punca-puncamasalah menteenya samaada disebabkan oleh a) faktor-faktor personalseperti fizikal, mental dan emosi atau b) faktor-faktor sistemik sepertikeluarga, rakan-rakan maupun sistem di institusi pengajiannya. 257
    • Sekali lagi, kemahiran berkomunikasi memain peranan di mana mentorperlu bertanya soalan-soalan yang sesuai dan dapat membantu menteemenceritakan masalahnya. Dua jenis soalan yang sering digunakanialah a) soalan tertutup dan b) soalan terbuka. Soalan tertutup akanmemberi jawapan yang pendek dan tepat, seperti (ya, tidak, berapakali, nama tempat, nama orang). Katasoal bagi soalan tertutup ialahbila?, berapa?, di mana?, dan siapa?. Contoh penggunaan soalantertutup dalam sebuah kumpulan mentoran ialah :“Bila kamu akan pulang ke kampung”?“Siapa dalam kumpulan kita yang mendapat CGPA 3 ke atas?” Sebaliknya, soalan terbuka membolehkan mentor mendapat penjelasantentang sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi. Soalan terbukamenggunakan kata soal seperti kenapa, apa, dan bagaimana? Contohsoalan terbuka termasuklah“Kenapa saudara memilih jurusan ini?”“Boleh jelaskan bagaimana saudara akan menyelesaikan masalah ini?”Daya Baiki Terdapat pelbagai strategi daya baiki yang boleh digunakanoleh seseorang mentor, bergantung kepada keadaan mental dan emosimentee. Bagi mentee yang tidak bermasalah mental atau emosi yang258
    • serius, mentor boleh menjalankan aktiviti bimbingan seperti kumpulantutor rakan sebaya, aktiviti sukarela, aktiviti lawatan, dan pelbagaiaktiviti beramah mesra (makan, sukan, rekreasi). Aktivit-aktiviti iniakan dibincang dengan lebih terperinci dalam bahagian akan datang.Sebaliknya jika mentor mendapati menteenya mempunyai masalah-masalah mental dan emosi yang dalam (selepas melalui proses Dasari),mentor bolehlah merujuk mentee tersebut kepada unit kaunseling diuniversiti.Dampingi Mentee perlu didampingi sehinggalah mereka bergraduatdari sesebuah institusi. Cara mentor mendampingi menteenya ialahbertanya tentang perkembangan diri mentee sepanjang pengajiannya.Pendampingan yang paling berkesan ialah apabila mentor prihatinkepada keadaan mentee terutamanya dalam situasi-situasi kritikalseperti selepas peperiksaan, pulih dari sesuatu kesakitan, selesaisesuatu pameran tugasan, pameran, pertandingan, ataupun ucapan padahari-hari istimewa seperti Hari Lahir, hari-hari perayaan, pada awaltahun, ataupun hari-hari keagamaan. Penulis masih teringat bagaimanapenyelia program doktoral menghadiahkan sebatang pen kepadapenulis dan beberapa rakan sekumpulan semasa hari konvokesyen. Mentor juga boleh menggalakkan hubungan erat dan salingmenghargai dalam kalangan mentee di bawah jagaannya denganberkongsi maklumat yang sesuai. Pada waktu ini terdapat pelbagaicara terutamanya media elektronik yang memudahkan seorang mentormenunjukkan keprihatinannya iaitu melalui telefon, kad ucapan digitalemel dan lain-lain lagi.Dokumenkan Secara idealnya, setiap mentor harus mendokumenkan interaksidengan mentee. Maklumat yang perlu disimpan dalam fail mentor ialahnama, alamat, telefon, email, gambar, dan perkembangan akademik.Dokumentasi membantu ahli akademik mengingati menteenya denganlebih jelas dan perkara-perkara yang berlaku sepanjang interaksi mereka.Sumbangan mentor terhadap penganugerahan pelajar cemerlang sangat 259
    • penting bilamana pihak fakulti memerlukan maklumat lebih lanjuttentang pelajar tersebut. Sebuah curriculum vitae yang mengandungikegiatan ko-kurikulum dan pengalaman-pengalaman tambahan selainpencapaian akademik akan membantu mentor dan fakulti menyokongpelajar untuk menerima anugerah tersebut. Maklumat ini jugamembantu mentor menulis surat sokongan terhadap sikap menteenyauntuk tujuan rekomendasi kepada bakal majikan.Aktiviti-aktiviti Bimbingan Mentor boleh menjadikan program mentoringnya menarik danberkesan melalui kegiatan-kegiatan bimbingan yang terancang. Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam menjayakan aktiviti bimbinganini ialah a) objektif b) orang yang terlibat c) pengisian program d)tempat, masa, tarikh e) keselamatan f) dan sumber kewangan. Berikutadalah contoh-contoh aktiviti bimbingan yang boleh dilakukan olehmentor-mentor di mana-mana institusi pengajian tinggi.1. Perbincangan kumpulan Perbincangan kumpulan membolehkan mentor membimbinglebih ramai mentee pada satu masa. Topik perbincangan boleh berkisarkepada apa sahaja bermula dari hal peribadi dan sosial sehinggalah halakademik dan sistem di institusi. Apa yang penting ialah kebolehanmentor menangani interaksi kelompok dengan baik agar semua ahlimendapat manfaat dari perbincangan tersebut. Mentee juga dapatbelajar untuk menjadi pendengar yang baik, menghormati pandanganorang lain, dan berlatih memberi pandangan dengan jelas dan difahami.Konsep kendiri mentee juga akan meningkat apabila dapat membantuahli lain samada dengan memberi pandangan mahupun denganperbuatan.2. Lawatan Lawatan bertujuan menambahkan ilmu dan mengeratkansilaturrahim. Lawatan boleh dilakukan ke tempat yang berkaitandengan bidang pengajian mahupun tempat yang santai. Mentor bolehbekerjasama dengan mentor kumpulan lain ataupun pensyarah bidangyang relevan boleh bersama-sama membawa pelajar ke sebuah universiti260
    • lain, ataupun sebuah tempat pameran. Sebaliknya persekitaran semulajadi boleh mewujudkan hubungan yang lebih tenang dalam suasanasantai. Perkhemahan, pendakian, ataupun eksplorasi alam semulajadi memberi peluang mentor dan mentee mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Dalam hal ini, mentor perlu memberipenekanan terhadap isu keselamatan dan langkah-langkah yang perludiambil. Sesebuah lawatan memerlukan perancangan yang rapi supayamasa tidak dibazirkan dengan perjalanan. Pada peringkat pengajiantinggi, mentee mampu melakukan perancangan dengan baik danpenuh tanggungjawab. Tugas mentor ialah memeriksa kertas kerjayang dijalankan sebelum menyokong untuk kelulusan pihak fakulti.3. Aktiviti Sukarela Aktiviti sukarela boleh dijalankan di pelbagai tempat yangsesuai termasuklah di fakulti mahupun luas kampus. Mentee bersamamentor boleh memilih untuk membersihkan makmal, kawasan fakultiataupun membina sesuatu struktur yang mendatangkan faedah fizikalmahupun estetika. Penulis bersama mentee di bawah jagaan pernahmelawat mangsa banjir di salah sebuah negeri di Malaysia sambilmengedarkan barang-barang keperluan yang dikumpulkan. Aktiviti initelah dijalankan secara kolaborasi badan bukan kerajaan. Pengalamanini telah mendedahkan mentee keindahan dan kepentingan nilaikemasyarakatan yang tinggi.4. Majlis Mesra Majlis ramah mesra adalah antara aktiviti paling mudahdijalankan dan patut dilakukan oleh mentor dan mentee. Faktor yangpaling penting ialah makanan yang sesuai dan suasana yang mesradapat dirasai melalui “potluck party” dan “brown bag lunches”. Konsepini bermakna mentee dan mentor membawa apa sahaja yang termampuuntuk dikongsi dengan rakan-rakan sekumpulan sambil berbincangisu-isu yang ringan. Mentor boleh juga merancang majlis mesra yanglebih teratur dengan menjemput mentee ke rumah sewaktu sesuatuhari perayaan. Adalah lebih menarik jika mentee terdiri dari pelajarpelbagai etnik, budaya mahupun negara. Perjumpaan mesra begini 261
    • bukan sahaja memberi peluang ahli kumpulan mengenali budaya yangberbeza, tetapi pelung mengujudkan jalinan kemanusiaan dan intelekyang berpanjangan.Amalan Terbaik dalam Mentoran • Menjadi seorang rakan, dan tidak sebagai seorang autoriti kecuali diperlukan. • Pastikan masa yang diluangkan dengan mentee terancang dan elakkan merasa terpaksa bersama mentee lebih dari masa yang dirancang. • Mempunyai ekspektasi yang realistik terhadap pencapaian pelajar. Perubahan kecil patut dihargai supaya pelajar teransang untuk membuat yang lebih baik. • Elakkan kecewa dan putus harap dalam menangani isu-isu mentee anda. • Berilah bimbingan secara ikhlas, iaitu tanpa menaruh harapan untuk dihargai. Kadangkala penghargaan mengambil masa yang lama untuk berlaku. Ramai manusia dapat menghargai kebaikan yang diterimanya hanya bila menjadi cukup matang.Rumusan Mentoran merupakan aktiviti yang sangat penting dalamproses pembudayaan insan. Kajian-kajian lepas telah menunjukkanbahawa mentoran mendatangkan kebaikan kepada mentor, mentee,dan juga organisasi. Pada waktu ini, proses mentoran antara ahliakademik dan pelajar tidak mendapat perhatian sewajarnya dariinstitut pengajian tinggi di Malaysia, walaupun terdapat keperluanyang amat tinggi untuk meningkatkan kualiti graduan. Kesibukanahli akademik menyempurnakan tugas-tugas mereka, kekurangankesedaran dan latihan dalam proses permentoran merupakan cabaran-cabaran yang perlu diatasi untuk membolehkan proses mentoranberjalan dengan berkesan.262
    • RujukanBroome, M. E. 2003. Mentoring: To everything a season. NursingOutlook. 51(6). 249-250.Chiles, T. 2007. The construction of an identity as ‘mentor’ in whitecollar and academic workplaces: A preliminary analysis. Journal ofPragmatics, 39, 730-741.Larose, S. Cyrenne, D. Garceau, O., Harvey, M., Guay, F. & Deschenes,C. 2009. Personal and Social support factors involved in students’decision to participate in formal academic mentoring. Journal ofVocational Behavior. 74, 108-116.Papalia, D. E., Olds, S. W. , Feldman, R. D. 2002. A Child’s World:Infancy Through Adolescence. Ninth Edition. Mc Graw Hills: Boston.Ramanan, A. Radhika, Phillips, R. S., Davis, R. B., Silen, W., & ReedeJ. Y. 2002. Mentoring in medicine: Keys to satisfaction. The AmericanJournal of Medicine, 112, 336-341.Selwa, L. M. 2003. Lessons in mentoring. Experimental Neurology,184, 542-547.Young, A. M. & Perrewe, P. L. 2000. The exchange relationshipbetween mentors and proteges: The development of a framework.Human Resourse Management Review, 10 (2), 177-209.Zuria Mahmud & Ahmad Jazimin Jusoh 2008. Kualiti KaunselorSekolah, Jurnal PERKAMA, 14,129-144.Zuria Mahmud, Noriah Mohd Ishak, Shafrimen 2005. PenyesuaianAkademik, Sosial, dan Emosi Pelajar-pelajar di Kampus.JurnalPersonalia, 429-435.Zainuddin, Zuria Salleh 2008. Pendekatan Kaunseling MenanganiMasalah kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Dua Kajian Kes, Jurnal Pendidikan, 34, 107-123. 263
    • 264
    • BAB 19 Profesionalisme dalam Pengajaran & Pembelajaran Khairul Anwar MastorPengenalan Profesionalisme dalam menjalankan tugas adalah elemenfundamental dalam semua bidang pekerjaan. Namun, bagi kerjayapensyarah, profesionalisme amat penting dalam semua aspek atau bidangtugas: pengajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan khidmatmasyarakat. Walau bagaimanapun, bab ini hanya membincangkanprofesionalisme dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di institusipengajian tinggi sahaja. Bab ini mengandungi empat bahagian utama.Bahagian pertama adalah konsep dan makna profesionalisme. Bahagiankedua menjelaskan kepentingan profesionalisme dalam pengajaran danpembelajaran. Bahagian ketiga menerangkan tentang profesionalismedalam pengajaran dan pembelajaran di UKM. Bahagian keempatpula menyentuh tentang etika profesionalisme dalam pengajiandan pembelajaran bagaimana pentingnya profesionalism dalamkecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajiantinggi. Di akhir bab ini (contoh-contoh sebenar mengenai perlanggarannilai profesionalisme dalam konteks pengajaran dan pembelajaranyang diceritakan kembali oleh pensyarah-pensyarah dalam tugasanPTK yang mereka duduki juga akan diberikan).Konsep & Makna Profesionalisme Profesionalisme dilihat dari dua aspek yang saling berkaitan– pertama, profesionalisme dan kedua, etika profesionalisme.Profesionalisme ditakrifkan sebagai ‘keupayaan dan kecekapanmelaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduanilmu dan latihan, serta kepakaran’ (Modul Kursus Asas Pengajarandan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, 265
    • KPT, 2006, halaman 6). Etika profesionalisme pula bermaksud‘satu panduan atau tatacara yang menentukan kualiti moral,profesional dan nilai atau kualiti hatibudi dan kerjabuat berdasarkankepada keupayaan dan kecekapan pelaksanaan sesuatu tugas dantanggungjawab berdasarkan kepada tatacara ilmu dan latihan sesuatukepakaran’ (halaman 6). Justeru itu, etika profesionalisme dikaitkandengan nilai-nilai etika dan moral seperti bertanggungjawab, jujur,amanah, menepati peraturan dan ikhlas dalam menjalankan tugas.Dengan menggabungkan kedua-dua konsep tadi, kita dapati bahawapengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti bukanlah hanyapenyampaian bahan ilmiah dalam kuliah sahaja tetapi ianya jugamengambilkira soal nilai dan etika pengajarannya juga. Trow (1993)mengatakan pengajaran adalah satu transaksi, proses dan melibatkanpertautan emosi dan intelek di antara pensyarah dan pelajar.Teaching is not an action, but a transaction; not an outcome, buta process; not a performance, but an emotional and intellectualconnection between teacher and learner. Therefore it cannot be assessedas an attribute or skill of a teacher or a department, independent ofthe learners who have their own characteristics which affect whetherand how much they learn (about what) from a particular teacher , and,indeed, how much they learn from them. (Trow 1993: 20) Transaksi dan proses yang betul hanya boleh berlaku jika asas-asas etika profesional dihayati dan diamalkan. Perbincangan dalambab ini menggunakan konsep bahawa profesionalism merangkumikedua-dua aspek keupayaan dan kecekapan bekerja dan amalanberetika dalam profesion pensyarah. Kita akan menggunakan konsepdan makna profesionalisme yang di atas dalam membincangkanprofesionalisme dan etika profesionalisme dalam konteks pengajarandan pembelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.Kepentingan Profesionalisme Ada tiga sebab utama mengapa profesionalisme penting dalampengajaran dan pembelajaran. Pertama, profesionalisme dari segi266
    • keupayaan dan kecekapan pengajaran akan menentukan keberkesananpengajaran dan pembelajaran. Jika pensyarah tidak berupaya dantidak cekap dalam menguasai bidang kepakarannya, masakan pelajar-pelajar akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalambidang ilmu yang dituntut. Pelajar memang mengharap pensyarahyang memiliki kelulusan tertinggi dalam bidang pengajiannya ituberupaya dan mampu membimbing dan berkongsi ilmu pengetahuandengan mereka. Sebab itulah, jika pensyarah dengan sengaja tidakmeningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan, dia bukanseorang yang profesional. Ilmunya masih ditakuk lama dan pelajarakan tidak menghormatinya sebagai seorang sarjana yang disegani.Profesionalisme bagi pensyarah boleh ditakrifkan sebagai satu aspekyang penting untuk memastikan pensyarah semasa meningkatkan ilmupengetahuan mereka selaras dengan tugas mereka sebagai seorangcendiakawan. Kedua, etika profesional akan memberi garispanduan kepadapensyarah tentang perkara-perkara yang sewajarnya diikuti danditinggalkan bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaran dapatdikendalikan dengan berhemah dan profesional. Contoh kes-kesperlanggaran etika di kalangan pensyarah-pensyarah di kebanyakaninstitusi pengajian tinggi tempatan adalah seperti pensyarah yangmenjalankan kerja-kerja luar semasa dalam waktu pejabat, pensyarahmenggunakan soalan peperiksaan yang sama berulangkali, pensyarahyang mengadakan hubungan peribadi intim dengan pelajar danpensyarah yang membatalkan kuliah di saat-saat akhir. Sikapmemandang kerjaya pensyarah sebagai kedudukan yang dihormatioleh masyarakat luar sedikit sebanyak akan terjejas jika kita sendiriyang tidak profesional dalam tindakan dan amalan pengajaran danpembelajaran. Oleh kerana itu, kesedaran dan kefahaman tentangetika profesional di kalangan pensyarah amat penting dan tidak bolehdinafikan. Ketiganya, pensyarah bukan sahaja berurusan langsungdengan pelajar dalam tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.Malah mereka juga berinteraksi di antara satu sama lain. Di universiti,terdapat kursus dikendalikan secara pengajaran berpasukan. Pengajaran 267
    • berpasukan memerlukan kesediaan ahli menjalankan tugas pengajaransecara bersama mengikut persetujuan antara ahli. Isu profesionalismeyang timbul adalah seperti pensyarah yang memperlekehkan danmemburukkan rakan pensyarah yang lain, pensyarah yang tidakmenjalankan tugas sebagaimana yang dipersetujui dalam pasukanberkenaan dan juga pensyarah yang ‘pecah amanah’ denganmemberitahu pelajar tentang soalan peperiksaan yang akan keluar danmemberitahu pelajar markah sebelum kelulusan Senat. Kesalahan seumpama ini melambangkan penghayatan amalanberetika yang rendah dan ini bersalahan dengan tanggapan masyarakattentang tingginya budi dan sahsiah pensyarah-pensyarah. Bagimengelakkan kes-kes seperti ini berterusan, maka kepentingan etikaprofesional dalam memertabatkan pensyarah tidak boleh disangkallagi. Kesimpulannya, menjadi pensyarah yang profesional denganmengamalkan nilai-nilai murni termasuk nilai etika dan moral dalamkerjaya adalah satu cabaran yang besar dan berat. Bukannya mudahuntuk menjadi pensyarah yang adil, bertanggungjawab, prihatin denganmasalah pelajar dan bertindak mengikut batas peraturan. Adakalanyadisebabkan keinginan untuk naik pangkat dan mendapat kedudukan,prinsip-prinsip etika dan moral dilanggari dan tidak diendahkanoleh segelintir golongan pensyarah. Keadaan ini boleh merendahkanmartabat kerjaya seorang pensyarah. Apatah lagi, kecemerlangansesebuah universiti terletak salah satunya, kepada kecemerlangantenaga pengajarnya. Kecemerlangan ini diukur bukan sahaja dari suduthasil kerja dan pengembangan akademik, tetapi juga dari sudut amalanprofesional, etika professional dan sahsiah setiap tenaga pengajarnyadalam semua aspek kerjayanya terutamanya bidang pengajaran danpembelajaran.Profesionalisme dalam Pengajaran & Pembelajaran Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di universiti,profesionalisme dan etika profesionalisme berjalan seiring. Disamping cekap dan kompeten dalam bidang pengkhususan masing-268
    • masing, pensyarah perlu menjalankan tugas-tugas pengajaran denganmengikuti etika atau garispanduan yang ditetapkan. Mari kita lihat dahulu bagaimanakah yang dikatakanprofesionalisme dalam konteks aplikasi pengajaran dan pembelajaran.Memang tidak sukar difahami bahawa sudah menjadi satu kemestianbagi seseorang pensyarah untuk cekap dan berwibawa dalam bidangkepakaran masing-masing. Sehubungan itu, pelantikan pensyarahhanya diberikan kepada individu-individu yang telah lulus diperingkat PhD. Mereka juga perlu melalui kursus-kursus asaspengajaran dan pembelajaran seperti dalam kursus PTK dan kursus-kursus induksi yang lain. Untuk pengesahan dalam jawatan pula,pensyarah mestilah telah menjalankan penyelidikan dan menerbitkanbeberapa makalah jurnal tempatan. Setiap proses kenaikan pangkatmesti mengambilkira peningkatan jumlah dan juga kualiti kerja-kerjapengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan. Pensyarah jugadikehendaki menyediakan fail kursus yang lengkap di akhir setiap sesipengajaran bagi memastikan bahan-bahan sumber pengajaran dan teknikpengajaran yang terkini digunakan. Kesemuanya ini menggambarkanbahawa tidak ada kompromi dalam soal membina kepakaran dalambidang masing-masing. Ini disebabkan profesionalisme pensyarahdipandang dari sudut kesarjanaannya yang menyerlah dan sentiasaberkembang. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil olehpensyarah bagi meningkatkan profesionalisme mereka: 1. Sentiasa mengemaskinikan pengetahuan tentang bidang kepakaran ilmu masing-masing. 2. Menjalankan penyelidikan yang relevan dengan bidang kepakaran dan pengkhususan masing-masing. Penglibatan dalam penyelidikan akan dapat menambahkaya dan memperkukuh kepakaran ilmu pensyarah. 3. Menjalinkan jaringan akademik dengan rakan-rakan akademik di dalam dan luar negara. 4. Mengemaskini nota-nota kuliah dengan penambahan fakta dan perbincangan yang ilmiah bersumberkan rujukan yang berotoriti. 269
    • 5. Melakukan persediaan pengajaran seawal mungkin. 6. Menyediakan senarai rujukan buku yang digunakan dalam pengajaran satu-satu kursus. 7. Memahirkan diri dengan penggunaan SPIN sebagai satu platform dinamik yang akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. 8. Membalas email pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dengan segera. 9. Memberi arahan yang jelas dan terperinci serta menyediakan garis panduan mengenai cara penyediaan tugasan. 10. Menyelia pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Sekiranya tidak dapat dilakukan cari pengganti (tutor/pensyarah gantian) yang dapat memikul tanggungjawab tersebut. 11. Meningkatkan pengetahuan mengenai nilai-nilai yang perlu ada untuk membentuk diri menjadi seorang pensyarah cemerlang. 12. Melakukan persiapan yang rapi dan secukupnya sebelum proses pengajaran dilakukan, yang meliputi: a) penyediaan objektif kursus b) menyenaraikan tajuk-tajuk yang akan diajar c) penyediaan nota kuliah d) penyediaan tugasan/amali untuk pelajar e) penyediaan soalan untuk kuiz dan peperiksaan 13. Menetapkan objektif pengajaran dan memaklumkan kepada pelajar supaya dapat memastikan bahawa objektif tersebut boleh tercapai 14. Berusaha untuk menjadikan sesi pengajaran menarik perhatian dan meningkatkan minat pelajar 15. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keberkesanan proses pengajaran dengan mengambil berat masalah pelajar dalam memahami ilmu yang disampaikan 16. Menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara positif semasa proses pengajaran270
    • 17. Menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dalam proses pembelajaran 18. Mempamerkan kededikasian yang tinggi dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pelajarEtika Profesionalisme dalam Pengajaran &Pembelajaran Intipati kepada profesionalisme pensyarah adalah pada rasabertanggungjawabnya kepada tugas-tugas yang diamanahkan. Rasatanggungjawab inilah yang mendasari nilai etika profesionalismepengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, profesionalisme dalampengajaran dan pembelajaran tidak dapat dipisahkan dari nilai etikaprofesional. Sebenarnya bukan sahaja rasa bertanggungjawab, tetapijuga nilai-nilai etika yang lain perlu diambilkira seperti amanah,bersungguh, kejujuran intelek, menepati masa dan lain-lain lagi. Etika profesionalisme berfungsi sebagai panduan. Panduanini berguna kepada pensyarah bagi memandu arah tingkahlaku danamalan pengajaran yang lebih berkualiti dan bermoral. Di antara etikaprofesionalisme seorang pensyarah dalam aspek pengajaran ialah: 1. Menyemak dengan teliti jadual kuliah bagi mengelak sebarang silap faham di antara pensyarah dengan pensyarah yang lain yang mengendalikan kursus secara berpasukan. 2. Pensyarah mematuhi etika berpakaian UKM semasa menjalankan tugas pengajaran. 3. Datang ke kuliah dengan menepati jadual waktu kuliah dan mengakhiri kuliah dalam tempoh masa yang sepatutnya. 4. Bersungguh-sungguh dalam menyampaikan kuliah 5. Berlaku adil dalam memberikan perhatian kepada pelajar- pelajar dalam kuliah 6. Tidak bersikap memilih kasih di kalangan pelajar-pelajar dalam semua urusan pengajaran. 7. Bersikap profesional kepada pelajar dalam menangani sebarang masalah yang timbul. 8. Tidak membatalkan kuliah di saat-saat akhir. 271
    • 9. Mengelakkan dari mempunyai hubungan peribadi intim dengan pelajar-pelajar berlainan jantina. 10. Memberikan soalan-soalan peperiksaan yang sesuai dengan skop silibus dan objektif pembelajaran kursus yang dikendalikan. 11. Berlaku adil kepada pelajar-pelajar dalam pembahagian markah peperiksaan dan lain-lain aspek penilaian 12. Tidak memberikan maklumat mengenai kandungan soalan- soalan peperiksaan kepada pelajar sebelum tiba masa peperiksaan. 13. Tidak memberitahu gred peperiksaan sebelum keputusan peperiksaan diluluskan oleh Senat Akademik. 14. Jika pelajar berlainan jantina datang ke pejabat pensyarah bagi tujuan perundingan, adalah disarankan pensyarah tidak menutup rapat pintu pejabat. Ini bagi mengelakkan sebarang perilaku yang kurang sopan yang mungkin berlaku di antara pensyarah dan pelajar yang berlainan jantina.Contoh Kes-kes Perlanggaran Etika Profesional Di antara nilai etika yang biasa dilanggari oleh segelintirpensyarah adalah bertanggungjawab, benar dan amanah. Sedangkanini adalah antara elemen-elemen nilai etika profesional yang palingutama yang perlu. Ada tiga kisah benar yang menarik tentang isuketidakbertanggungjawaban, tidak amanah dan tidak bercakap benardari segelintir pensyarah di institusi pengajian tinggi di negara kita. Isu-isu yang diketengahkan dalam bab ini adalah isu-isu yang disumbangkanoleh pensyarah-pensyarah dalam tugasan PTK mereka.Kisah Pertama: Isu tidak amanahDr. Nai (nama samaran) adalah seorang pensyarah yang telah hampir20 tahun bertugas di salah sebuah universiti tempatan dan telahdiberikan tugas untuk mengajar subjek kepakarannya sejak beliaumula bertugas. Pengalaman beliau yang lama telah membolehkanbeliau memegang beberapa jawatan pentadbiran dan berkecimpungdalam beberapa projek perundingan. Namun begitu, ganjaran yanglumayan dari kerja-kerja luar tersebut nampaknya lebih menarik272
    • perhatian Dr. Nai berbanding kerja-kerja pengajaran di dalamkampus. Justeru itu, Dr. Nai sering membatalkan kuliah atas alasanmenghadiri mesyuarat di luar kampus sedangkan beliau menjalankankerja-kerja perundingan semasa dalam waktu bekerja di universitiberkenaan. Sehubungan dengan itu, banyak kuliah yang tertinggal.Walau bagaimanapun, apabila tarikh peperiksaan akhir telahhampir, Dr. Nai sendiri merasa bersalah kepada pelajar-pelajarnyakerana tidak menyempurnakan silibus pengajarannya. Beliau telahmengadakan kelas tambahan khas bagi membantu pelajar-pelajarnyadengan juga memberitahu sebahagian besar daripada soalan yangakan keluar dalam peperiksaan akhir kepada pelajar-pelajarnya.Kisah Kedua: Isu ketidak bertanggungjawabDr. Pai tidak sempat untuk menyiapkan slide power point yangakan digunakan dalam sesi pengajaran beliau disebabkan faktorkelalaian beliau sendiri. Oleh kerana pembatalan kuliah tidak bolehdilakukan pada saat akhir, Dr. Pai telah merancang untuk mengubahgaya pembelajaran kepada sesi pembelajaran dalam kumpulan.Walaubagaimanapun, Dr. Pai tidak memberi senarai rujukan danmenyediakan panduan khusus untuk pelajar mengenai perkara yangperlu dibincangkan di dalam sesi pembelajaran kumpulan. Semasasesi pembelajaran kumpulan berlangsung, Dr. Pai hanya memberipenerangan ringkas dan membiarkan pelajar melakukan aktivitidalam tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu 45 minit. Selepas itu,Dr. Pai meninggalkan pelajar (tanpa pengawasan tutor/pengajar lain)dan kembali ke pejabat untuk melakukan kerja-kerja beliau yang lain.Selepas 40 minit Dr. Pai kembali ke kelas dan mengarahkan pelajaruntuk menyediakan satu laporan untuk setiap kumpulan berdasarkanperbincangan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Laporantersebut akan dinilai dan dimasukkan dalam sistem pemarkahanpelajar. 273
    • Kisah Ketiga: Isu tidak bercakap benarSeorang pensyarah bernama Dr Ter Ke Na, telah menelefon kerani dipejabat jabatan X pada awal pagi dan menyatakan yang beliau tidakdapat hadir bekerja kerana sakit teruk dan akan mendapatkan sijilsakit dari doktor di klinik panel beliau. Dr Ter Ke Na juga memintasupaya pihak pejabat membatalkan kuliah beliau yang sepatutnyabermula pada pukul 11 pagi pada hari tersebut. Pada pagi yang sama,ketua jabatan X telah mengarahkan pembantu am jabatan (PAJ) dipejabat jabatan untuk mendapatkan dengan segera sebuah katridjuntuk printer jabatan. PAJ tersebut telah mematuhi arahan ketuajabatan dan pergi ke kompleks membeli belah Y untuk mendapatkankatridj printer. Apabila masuk ke sebuah kedai komputer, PAJterserempak dengan Dr Ter Ke Na yang sedang tawar-menawar hargabeberapa peralatan komputer. Apabila melihat PAJ di situ, Dr TerKe Na menjadi panik dan merayu PAJ supaya jangan membocorkanrahsia beliau kepada sesiapa pun. Dr Ter Ke Na juga turut memberiPAJ wang sebanyak RM50 sebagai rasuah untuk mendiamkan diri.PAJ membeli katridj printer dan pulang terus ke pejabat jabatan X danmelaporkan mengenai perbuatan Dr Ter Ke Na kepada ketua jabatandan juga menyerahkan duit rasuah tersebut kepada ketua jabatan.Pada keesokan harinya, ketua jabatan memanggil Dr Ter Ke Na danmeminta beliau menerangkan kejadian yang berlaku pada hari yangsebelumnya. Dr Ter Ke Na tidak dapat lagi mengelak dan mengakubersalah atas tindakannya. Beliau insaf dan memohon maaf sertaberjanji tidak akan mengulanginya lagi.Dari tiga kisah yang dipaparkan di atas, kita mendapati bahawapensyarah boleh dengan sengaja meninggalkan tanggungjawabpengajaran di kampus jika melibatkan diri dengan kerja-kerja luarandi waktu bekerja ataupun disebabkan sikap memandang rendahkepada tugas-tugas pengajaran. Begitu juga dengan pensyarah yangsudah melakukan ’pecah amanah’ dengan memberitahu soalan-soalan peperiksaan kepada pelajar bagi tujuan membantu mereka.Ini merupakan contoh-contoh perlanggaran etika profesionalismepensyarah dan perlu dielakkan.274
    • Rumusan Adalah jelas bagi kita bahawa profesionalisme dan etikaprofesionalisme amat penting bagi kecemerlangan pengajarandan pembelajaran di peringkat universiti. Profesionalisme dapatmemastikan pensyarah-pensyarah memajukan diri secara berterusandari aspek kesarjanaan bagi meningkatkan mutu pengajaran danpembelajaran. Etika profesionalisme pula akan memandu pensyarah-pensyarah ke arah pengamalan nilai dan etika pengajaran danpembelajaran. Kesedaran dan kefahaman menyeluruh akan peripentingnya kedua-dua aspek tersebut di kalangan pensyarah akandapat membantu meningkatkan mutu dan tahap pengajaran danpembelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi khususnya di IPTtempatan.RujukanPusat Pembangunan Akademik. 2000. Etika dan Tatatertib Akademik.Penerbit UKM, BangiKementerian Pengajian Tinggi. 2006. Modul Kursus Asas Pengajarandan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA), UiTM, Shah Alam.Trow, M. 1993. The Business of Learning. The Times HigherOctober 8, 20-21. 275
    • 276