• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Waj 3114 pembinaan insan guru yang seimbang 27 sept 2012
 

Waj 3114 pembinaan insan guru yang seimbang 27 sept 2012

on

  • 367 views

 

Statistics

Views

Total Views
367
Views on SlideShare
367
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
85
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Waj 3114 pembinaan insan guru yang seimbang 27 sept 2012 Waj 3114 pembinaan insan guru yang seimbang 27 sept 2012 Presentation Transcript

    •     ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬     ‫الحمد ل رب العالمين‬   ،‫والصل ة والسل م على أشرف البنبياء والمرسلين‬ ‫.وعلى آله وصحبه أجمعين‬   ‫السل م عليكم ورحمة ال وبركاته‬
    • Pembinaan Insan Guru  Yang Seimbang HAJI OMAR BIN ABDUL JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPGK PEREMPUAN MELAYU 27 SEPTEMBER 2012
    • Kerangka Ceramah • Guru sebagai insan mulia. • Kualiti peribadi dan profesionalisme  seorang guru. • Pembelajaran berterusan dan seluas  hayat.
    • Renungan 1 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:  “Seorang alim memberi peringatan dengan  ilmu dan adab. Sedangkan orang yang  bodoh memberikan peringatan dengan  pukulan dan marah”. 
    • Guru sebagai insan mulia Ilmu itu di dalam dada, bukan di dalam perenggan...
    • Siapa Guru? • Seorang yang sentiasa menyampaikan ilmu dan  membimbing murid dan anak didiknya • Perkataan Guru berasal dari bahasa Sanskrit, hasil  cantuman dua buah perkataan ia itu “Gu” dan “RU”. • “Gu” dalam Sanskrit bermaksud gelap, kegelapan,  kesesatan dan sebagainya. “Ru” dalam Sanskrit bermaksud cahaya, keterangan,  kebenaran, lurus dan sebagainya. • Guru ialah seorang yang membawa muridnya daripada  gelap kepada cahaya. Guru ialah seorang yang membawa  seseorang yang berada dalam kesesatan ke jalan yang  benar, lurus dan ke jalan yang penuh dengan cahaya Ilahi.
    • Educere • Maksud Didikan (educere) adalah tentang  komponen akliah atau intelek. Matlamat didikan  adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana  dan rasional dan pembinaan jiwa manusia yang  murni. Educere bermakna menzahirkan keupayaan diri  atau to lead out. Ini bermaksud pembelajaran  untuk membina manusia yang mencapai tahap  sedar-kendiri (self-realization) tentang kewujudan  diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk  lain, alam dan Maha Pencipta.
    • Ciri Educere • Proses pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia  merupakan pembelajaran untuk pembelajaran atau  pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan  (learning for the sake of learning).  • Hasil didikan tidak dapat dilihat secara eksplisit kerana  proses pendidikan adalah proses jangka panjang dan tidak  ada batas sempadan. • Bersifat normatif, konsepnya lebih ideal dan menyeluruh  tentang manusia terdidik dan menjurus kepada interdisiplin  ilmu dan kemahiran. • Didikan mengutamakan pendekatan child-centred –  pemusatan individu. Berpegang kepada pengukuhan  kemanusiaan iaitu untuk membina manusia yang berakal  rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf  manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk lain.
    • Educare • Educare (latihan) lebih berfokus kepada to train atau pembentukan kemahiran motor  atau gerakan misalnya apabila melakukan  sebarang kerja atau aktiviti mengikut  keperluan seperti keperluan hidup,  keperluan sosial, keperluan pembangunan  ekonomi dan sebagainya.
    • Ciri Educare • Educare berakhir apabila kemahiran yang diharapkan tercapai.  • Bersifat bukan istrumental dan bermatlamat implisit. Pendidikan adalah  sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. Education is not to be but is being  – pendidikan ialah menjadi terdidik. • Ciri-ciri educare adalah berteraskan kandungan dan menganggapkan  manusia sebagai `tin kosong` yang perlu diisi dengan berbagai  pengetahuan sama ada releven atau tidak. Pembelajaran pelbagai perkara  penting atas alasan dirasakan penting untuk dipelajari.  • Bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapat  sesuatu keperluan seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik.  Pendidikan itu semestinya releven dan pragmatik demi kemandrian  (survival) manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu  fungsi dan untuk manusia berfungsi. • Hasil latihan dapat dilihat dan diberi nilai, tertakluk kepada batas masa dan  tempat. Produk (output) latihan adalah pelajar yang menjalani latihan  dalam jangka masa yang ditetapkan. Bersifat tidak normatif kerana  terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk  memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.
    • GURU • orang yang kerjanya mengajar;  • pengajar;  • Pendidik.
    • Peranan Guru Dalam Islam Murabbi Mu’addib Mursyid Mu’allim Mudarris menyampaika n ilmu yang  benar menjayakan  proses  tarbiah membentuk  kepimpinan  insan menitipkan  pelajaran dan  kemahiran beri  contoh  yang  baik Qdwatun hasanah mengajarkan  adab dan budi  pekerti
    • Guru Insan Mulia Album : Zikir Fikir Munsyid : Adikku sayang http://liriknasyid.com  • Dia insan mulia.. berkorban jiwa raga Keikhlasan hatinya , keberkatan ilmunya Dia insan berjasa pada kita semua Mengasuh dan mendidik anak-anak bangsa, (C/O) Tika disekolah dialah ibu juga bapa kita Tanggungjawab itu tergalas di bahunya jua Menderhakainya samalah seperti keadaannya Kita menderhaka kedua ibu bapa kita Hormati dia dan patuh segala nasihat darinya Dia sentiasa inginkan hanya yang terbaik buat kita Kenangi la dia dan segala jasa baktinya Pohonlah restu ilmu yang dicurah Syarat untuk berjaya, ulang (C/O) Guru , kau insan mulia... Jasamu itu amat bermakna .... Dia insan mulia.. berkorban jiwa raga Keikhlasan hatinya , keberkatan ilmunya Dia insan berjasa pada kita semua Mengasuh dan mendidik anak-anak bangsa 
    • Di mana letaknya nilai kemuliaan  insan guru?
    • Kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru
    • 16 Guru berkualiti & profesional?
    • 17 Guru berkualiti & profesional?
    • 18 Guru berkualiti & profesional?
    • Profesionalisme Guru • Profesionalisme guru adalah kemampuan guru untuk melakukan tugas utamanya sebagai pendidik dan pengajar meliputi kemampuan merancang, mengaplikasi dan melakukan penilaian pembelajaran.
    • Enam Keperluan Seseorang Profesional (Cyril, 1969) 1. perlu mempertingkatkan diri dengan pengetahuan- pengetahuan baharu yang berkaitan dengan bidangnya. 2. perlu menekankan keperluan untuk menjadi pakar dalam bidangnya. 3. perlu melanjutkan pelajaran dalam disiplin-disiplin asas yang sealiran bidangnya. 4. perlu wujud sebagai insan dan juga seorang profesional. 5. perlu mempunyai pandangan-pandangan baru. Mereka mesti sentiasa mencari idea-idea dan prosedur-prosedur baharu tetapi tidak sekali-kali meninggalkan konsep- konsep asas. 6. perlu mengekalkan keupayaannya untuk belajar.
    • Karakteristik Profesionalisme Guru 1. Memahami dan menerima tanggungjawab dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas; 2. Komited menjalin kerjasama secara efektif dengan pelajar, rakan sejawat, ibu bapa pelajar, dan masyarakat; 3. bersedia mengembangkan visi dan meningkatkan profesionalisme secara berterusan; 4. mengutamakan pelayanan dalam tugas; 5. Mengutamakan pembinaan sahsiah dan akhlak pelajar; dan 6. melaksanakan kod etika profesion. (Rebore,1991)
    • 7. kemampuan berfikir abstrak (abstraction) yang tinggi bermaksud mampu merumuskan konsep, memahami, mengidentifikasi, dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas (Glickman, 1981) 8. memiliki komitmen (kemahuan kuat untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab) (Glickman, 1981) 9. memiliki kepakaran (expert) dalam melaksanakan tugas dan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme diri (growth) (Welker, 1992) 10.kemampuan dalam melaksanakan tugas, komitmen, tanggungjawab (responsibility) dan kebolehan berdikari (autonomy) (Glatthorm, 1990)
    • Pengembangan Profesionalisme Guru Tiga bidang utama pengembangan profesionalisme guru: 1. pengembangan intensif (intensive development), 2. pengembangan kooperatif (cooperative development), dan 3. pengembangan mandiri (self directed development) (Glatthorm, 1991).
    • Pengembangan intensif (intensive development) Pengembangan intensif (intensive development) biasanya dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah untuk meningkatkan kompetensi guru-guru secara intensif melalui latihan, kursus, bengkel dan penataran.  Analisis Keperluan (need analysis) akan dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui bidang-bidang latihan yang perlu diberikan kepada guru-guru terbabit.  Langkah seterusnya ialah merancang, melaksana, menilai dan mendapatkan maklum balas atau refleksi latihan atau kursus yang dikendalikan itu.
    • Pengembangan kooperatif (cooperative development) Pengembangan kooperatif (cooperative development) adalah suatu bentuk pengembangan guru yang dilakukan melalui kerja sama dengan teman sejawat dalam suatu kumpulan yang bekerjasama secara sistematik.  Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemampuan profesional guru melalui input, saranan, nasihat, atau bantuan rakan sejawat.  Teknik pengembangan yang digunakan bisa melalui program mentor-mante dan shadowing. Teknik ini disebut juga dengan istilah peer supervision atau collaborative supervision.
    • Pengembangan kendiri (self directed development) Pengembangan terarah kendiri (self directed development) adalah bentuk pengembangan yang dilakukan melalui pengembangan diri sendiri.  Bentuk ini memberikan autonomi secara luas kepada guru. Guru berusaha untuk merancang kegiatan, melaksanakan kegiatan, dan menganalisis maklum balas untuk pengembangan diri sendiri.  Teknik yang digunakan ialah penilaian kendiri (self evaluation) atau kajian tindakan (action research).
    • Restricted profesionaliti dan extended profesionaliti (Hoyle dalam Stenhouse, 1975) 1. Pengajaran guru adalah berpusatkan pelajar 2. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan dan memahami kehendak pelajar 3. Kepuasan kerja diperoleh daripada terjalinnya hubungan yang baik dengan rakan-rakan sejawat dan murid 4. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengurus bilik darjah 5. Menilai pencapaian melalui persepsi sendiri terhadap perubahan tingkah laku dan pencapaian pelajar 6. Menghadiri kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan tugas.
    • Extended Professionaliti 1. Memiliki semua kualiti “restricted professional” dan ditambah dengan ciri-ciri berikut: 2. Melihat aktiviti pengajaran (tugas) dalam konteks yang lebih luas merangkumi sekolah, komuniti dan masyarakat 3. Menilai kerjaya secara sistematik dan sentiasa bekerjasama dengan guru lain. 4. Lebih berminat dengan teori dan perkembangan terkini dalam pendidikan. 5. Banyak membaca buku, jurnal dan menceburi aktiviti profesional untuk meningkatkan profesionalisme diri 6. Mengaplikasi kajian dan teori dalam pelaksanaan tugas
    • Kualiti Peribadi 1. Ketulusan 2. Kerendahan Hati 3. Kesetiaan 4. Fikir Positif 5. Keceriaan 6. Bertanggungjawab 7. Percaya Diri 8. Kebesaran Jiwa 9. Memudahkan 10. Empati
    • Sindrom busy by doing nothing • Atau adakah tidak berlakunya sindrom guru-guru yang 'busy by doing nothing'? yang pandai berlakon dan bersandiwara, yang menjadi 'jelatang' dan 'petualang', yang menjadi 'duri dalam daging' kepada sekolah dan organisasi? Dan paling berat ialah guru-guru yang dihinggapi penyakit 'hati' yakni malas, culas, cuai, ghaflah, resah, gelisah, suka berborak, lambat bertindak, buat kerja hendak tak hendak, banyak masanya habis di kantin, datang sentiasa lambat tapi baliknya selalu pula cepat, sentiasa cari peluang untuk 'tuang', dan bersikap semua peraturan dan undang-undang tidak betul kecuali dirinya seorang!
    • Islam dan Profesionalisme • Ilmu bidang (pengkhususan) • Ilmu alat (ilmu bantu) • Ilmu fardhu ain (dosa-pahala, halal-haram)
    • Pembelajaran berterusan dan seluas hayat
    • Idea awal PSH • … pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya (Paul Lengrand, UNESCO, 965). • … capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia perlu disebatikan dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya (Laporan Learning To Be, UNESCO)
    • Manfaat PSH • Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. • Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenal pasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan)
    • Pembudayaan PSH • Akhirnya, ia menjadi satu pendekatan berintegrasi dengan progam yang lebih konkrit telah diimplementasikan pada tahun 2001. Pendekatan berintegrasi ini terhasil dari satu persidangan negara-negara Eropah iaitu The Lisbon European Council pada Mac 2000. Komisyen persidangan tersebut telah mengeluarkan memorandum ―A Memorandum of Lifelong Learning yang mendefinisikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai semua aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang kehidupan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam perspektif peribadi, sivik, sosial dan/atau pekerjaan. (all learning activity undertaken throughout life, with the aim of improving knowledge, skills and competences within a personal, civic, social and/or employmen-related perspective (A Memorandum of Lifelong Learning)
    • Definisi dan Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006; Hargreaves, 2004; Aspin et al, 2001; Gelpi, E. 1995).
    • Rangsangan PSH Perubahan dalam peringkat kehidupan menyebabkan keperluan belajar menjadi penting, tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. Selain itu, ia selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman, yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. Ini telah menyedarkan masyarakat terutamanya golongan dewasa bahawa pendidikan formal yang diperolehi semasa muda tidak lagi sesuai di sepanjang hayat mereka (Hargreaves,. 2004; Aspin et al,2001; Gelpi, E. 1995; Long,1990).
    • Konteks Dan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat 1. home schooling yang melibatkan pembelajaran tidak formal di rumah; 2. pendidikan dewasa iaitu usaha pembelajaran formal dan berstruktur untuk mendapatkan sijil atau kelayakan dan kemahiran kerja untuk kehidupan seterusnya; 3. menyambung pelajaran adalah progam pembelajaran formal dan berstruktur iaitu usaha meneruskan pengajian atau menghadiri kursus anjuran institusi pendidikan tinggi; 4. latihan dalam perkhidmatan (on-the-job training) meliputi perkembangan profesional dan latihan kerja, sama ada dilakukan atas usaha peribadi atau anjuran organisasi; 5. Pembelajaran maya (online learning) adalah persekitaran pembelajaran peribadi atau pembelajaran arahan kendiri sama ada secara formal atau tidak formal melalui pelbagai sumber dan alat multimedia secara atas talian (online).
    • Model Pembelajaran Sepanjang Hayat 1. Ciri utama PSH ialah fleksibiliti program yang membolehkan pembelajaran berlaku pada masa dan tempat yang sesuai dengan pelajar. 2. Ciri-ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat. Antara kumpulan sasaran utama PSH ialah golongan dewasa yang bekerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberikan sumbangan kepada negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran . 3. Terdapat pelbagai mod cara belajar tanpa batasan masa dan tempat. Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan bahan tutorial dimuat turun dalam bentuk video, audio, imejan dan slaid digital.
    • 4. Kaedah pembelajaran dpelbagaikan dengan bahan pembelajaran adalah direka berkonsepkan arahan kendiri (self-instructional), interaktif, mesra- pelajar (leaner friendly) dan sistematik (Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003) . 5. Wujud pembelajaran global dengan sistem pendidikan akan menggunakan alat perhubungan online sosial seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial seperti My Space dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan datang adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi teknologi.
    • Kerangka Ceramah • Guru sebagai insan mulia. • Kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru. • Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.
    • Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997). Mengenali diri ( Kesedaran Kendiri) Pembelajaran Sepanjang Hayat Penilaian Pembelajaran ( Pemantauan Kendiri) Perancangan Untuk Belajar ( Pengurusan Kendiri) Memahami Cara Belajar ( Meta Belajar)
    • Kitaran Empat Tonggak Utama PSH 1. Kesedaran kendiri (Self awareness) pelajar mengenal pasti identiti dan autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan kepercayaan sendiri, secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka semasa belajar (Candy 1991; Knowles et al., 2005). 2. Merancang Pembelajaran - Planning for learning (Self management): penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif tersebut. 3. Sedar apa yang perlu dipelajari - Understanding how to learn (Meta-learning); Menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa belajar dan pelbagai cara belajar. 4. Penilaian pembelajaran - Evaluating learning (Self monitoring): Menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison mendefinisikan self monitoring ialah tanggunjawab seseorang untuk menilai pengurusan pembelajaran mereka sendiri
    • PSH Tuntutan Islam • Itulah sebabnya Baginda Rasulullah SAW menjelaskan dalam Hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr bahawa mencari ilmu pengetahuan itu merupakan kewajiban ke atas setiap Muslim. Kewajiban mencari ilmu itu seharusnya difahami sebagai suatu proses sepanjang hayat dan bukan setakat pada tempoh atau umur tertentu. • Dalam satu episod Hadis yang lain, melalui periwayatan al-Tabrani, Abu Na'im dan Ibn Abd al- Barr, Baginda Rasulullah mengatakan bahawa tidak ada makna bagi hari yang dilalui sekiranya tidak berlaku pertambahan ilmu yang sifatnya boleh menambah nilai ketakwaan kepada dirinya. Bagi Baginda sinar mentari yang terbit pada hari itu tidak mengandungi keberkatan baginya.
    • Insan/Guru Mulia • Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya
    • Keutamaan Ilmu Dalam Islam • Menuntut ilmu wajib bagi lelaki dan perempuan • Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat • "Sesungguhnya, malaikat akan meletakkan sayapnya (menaungi) pada pencari ilmu karena senang apa yg sedang dituntutnya". • Menurut hadits diatas, tempat-tempat majlis ilmu itu dinaungi malaikat, diberikan ketenangan (sakinah), disirami rahmat dan dikenang Allah di singgasana-Nya.
    • Keutamaan Ilmu Dalam Islam • menuntut ilmu, seperti yang terdapat dalam Qs Al Mujadalah ayat 11: ‫ا‬ُ ‫و‬َ ‫ت‬ٍ ‫جا‬َ ‫ر‬َ ‫د‬َ ‫م‬َ ‫ل‬ْ ‫ع‬ِ ‫ل‬ْ ‫ا‬ ‫توا‬ُ ‫أو‬ُ ‫ن‬َ ‫ذي‬ِ ‫ل‬ّ ‫وا‬َ ‫م‬ْ ‫ك‬ُ ‫من‬ِ ‫نوا‬ُ ‫م‬َ ‫ءا‬َ ‫ن‬َ ‫ذي‬ِ ‫ل‬ّ ‫ا‬ ‫ا‬ُ ‫ع‬ِ ‫ف‬َ ‫ر‬ْ ‫ي‬َ ‫ر‬ُُ ‫بي‬ِ ‫خ‬َ ‫ن‬َ ‫لو‬ُ ‫م‬َ ‫ع‬ْ ‫ت‬َ ‫ما‬َ ‫ب‬ِ • Maksudnya : • Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat (Q.s. al- Mujadalah : 11)
    • Keutamaan Ilmu Dalam Islam • Kewajiban menuntut ilmu ini ditegaskan dalam hadits nabi, yaitu : • ((‫ل‬ّ ‫ك‬ُ ‫لى‬َ ‫ع‬َ ‫ة‬ٌ ‫ض‬ِ ‫ي‬ْ ‫ر‬ِ ‫ف‬َ ‫م‬َ ‫ل‬ْ ‫ع‬ِ ‫ال‬ْ ‫ب‬ُ ‫ل‬َ ‫ط‬َ ‫البر‬ ‫عبد‬ ‫إبن‬ ‫رواه‬ ‫ة‬ٍ ‫م‬َ ‫ل‬ِ ‫س‬ْ ‫م‬ُ ‫و‬َ ‫م‬ٍ ‫ل‬ِ ‫س‬ْ ‫م‬ُ • Maksudnyanya : • Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin dan muslimat”(HR. Ibnu Abdil Bari)
    • Pembudayaan PSH • Mengamalkan Budaya Ilmu • Budaya ilmu bermaksud wujud satu keadaan setiap individu atau masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Setiap tindakan diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau syura. Selain itu, ia juga tidak mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu. Dalam zaman moden ini, makna ilmu telah disempitkan kepada pengetahuan tentang maklumat dan kemahiran sahaja.
    • Pembudayaan PSH 5 unsur Budaya Ilmu • Membaca • Berfikir • BerMuzakarah (Berbincang) • Berkarya • Muhasabah/refleksi
    • Tibanya makna ke dalam diri (Prof. Syed Mohammed Naquib Al-Attas) • Membaca • Memahami • Menghayati • Mengamalkan • Menyebarkan
    • Maksud Makna tiba ke dalam diri BACA TAAKULFIKIR FAHAM TAFAKUR TADABBUR HAYATI AMAL SEBAR DENGAR LIHAT ALAMI
    • Implikasi Tiada Budaya Ilmu • “Ketiadaan budaya ilmu bersepadu dalam tamadun hari ini telah mengakibatkan peluasan bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini telah melahirkan banyak kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia serta alam tabii. Dalam pemikiran dan akhlak, kejahilan atau kebebalan dan kemalasan intelektual dikaitkan (sebagai alasan) dengan pengkhususan; kedayusan moral disebut sebagai toleransi dan kesederhanaan; pembaziran dimaknakan dengan rekreasi atau mempertahankan kedudukan; korupsi akhlak dan ekonomi atau kedua- duanya sekali dimaafkan sebagai lumrah kehidupan moden; dan penjahanaman alam sekitar disebut sebagai harga tabii kemajuan.”
    • Kalau Guru …. Kalau guru malas membaca, ilmu diajar tidak tentu punca. Kalau guru tidak bersedia, dalam kelas banyak bercerita. Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk. Kalau guru tidak galak mencuba,murid sekadar asyik menerima. Kalau guru tak sukakan pelajar,tidak berkat ilmu yang diajar. Kalau guru sentiasa marah,murid keluar tak tentu arah. Kalau guru suka berdamping, semua murid dapat dibimbing. Kalau guru menunggu arah, semua kerja kena kerah.
    • Kalau Guru …. Kalau guru kenal pelajar, di luar sekolah dia tak liar. Kalau guru kurang merancang, dalam keras banyak temberang. Kalau guru banyak tak tahu, bimbinglah dia agar berilmu. Kalau guru ada kepandaian, bantulah dia dengan kemudahan. Apa guna menjadi guru, kalau fikiran masih bercelaru. Apa guna menjadi pelajar, kalau masih berkurang ajar. Jadilah insan yang seimbang yang sentiasa mendapat keredhan Allah S.W.T
    • ‫م‬ِِ ‫حمي‬ِ ‫ر‬َّ ‫نا ال‬ِ ‫حنم‬ْ‫ِنم‬ ‫ر‬َّ ‫هللا ال‬ِ ‫ما ا‬ِ ‫س‬ْ‫ِنم‬ ‫ب‬ِ ‫ر‬ِ ‫ص‬ْ‫ِنم‬ ‫ع‬َ‫ْص‬ ‫ل‬ْ‫ِنم‬‫وا‬َ‫ْص‬ ‫ر‬ٍ ‫س‬ْ‫ِنم‬ ‫خ‬ُ‫س‬ ‫ف يا‬ِ‫ل‬َ‫ْص‬ ‫ا‬‫ن‬َ‫ْص‬ ‫سنا‬َ‫ْص‬ ‫اَسن‬‫ل‬ْ‫ِنم‬ِ ‫نا ا‬َّ ‫إ‬ِ ‫ت‬ِ ‫حنا‬َ‫ْص‬ ‫ل‬ِ‫صنا‬َّ ‫لاواا ال‬ُ‫س‬‫نم‬ِ ‫ع‬َ‫ْص‬ ‫و‬َ‫ْص‬ ‫ناواا‬ُ‫س‬‫م‬َ‫ْص‬ ‫نا آ‬َ‫ْص‬ ‫ذني‬ِ‫ل‬َّ‫لا ا‬َّ ‫إ‬ِ ‫اواا‬ْ‫ِنم‬ ‫ص‬َ‫ْص‬ ‫اوا‬َ‫ْص‬ ‫ت‬َ‫ْص‬‫و‬َ‫ْص‬ ‫قا‬ِّ ‫ح‬َ‫ْص‬ ‫ل‬ْ‫ِنم‬‫بنا‬ِ ‫اواا‬ْ‫ِنم‬ ‫ص‬َ‫ْص‬ ‫اوا‬َ‫ْص‬ ‫ت‬َ‫ْص‬‫و‬َ‫ْص‬‫ب‬ِ‫ر‬ِ ‫ب‬ْ‫ِنم‬‫ص‬َّ ‫نال‬
    • ‫والهداية‬ ‫ق‬ُ ‫التوفي‬ ‫بلال‬ِ‫ا‬‫و‬ ‫وبركلاته‬ ‫ال‬ ‫ورحمة‬ ‫عليكم‬ ‫والسل م‬