Your SlideShare is downloading. ×
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

3,059
views

Published on


0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,059
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
177
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1) FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) &FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)2) IMPLIKASI FPK DAN FPGKEPADA PENDIDIKAN GURU OLEH: NOOR HIDAYAH BINTI GHAZALI NOOR MASITAH BINTI ZULKIFLY
  • 2. DEFINISI FALSAFAHPENDIDIKAN1. Educational Encyclopedia: merupakan sebahagian dari disiplin pendidikn, terlibat dengan tujuan-tujuan, kaedah atau hasil dari proses mendidik. „Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau bilik darjah.‟
  • 3. 2. John Dewey – „Democracy and education‟ „Falsafah pendidkan adalah mendekati falsafah hidup yang memberatkan pendidikan. Lebih mementingkan tujuan dan matlamat pendidikan satu satu masyarakat atau bangsa, mementingkan peraturan, penyampaian pentaksiran dan pemandangan praktikal ilmu dan pengalaman yang bersangkutan dengan pendidkan.‟
  • 4. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran
  • 5. APA ITU PENDIDIKAN? „Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri, masyarakat dan negara.‟
  • 6. MATLAMAT PENDIDIKANNEGARA Melahirkan warga negara yang mempunyai sahsiah yang baik,seimbang dan bersepadu dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berketrampilan. Berkeupayaan memberi sumbangan kearah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara.
  • 7.  Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
  • 8. TUJUAN PENDIDIKANNEGARA Membentuk peribadi warganegara yang seimbang. Memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan tingkahlaku manusia. Membentuk pekerja yang positif,cekap dan bertanggungjawab. Membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi. Membentuk individu yang berdaya usaha. Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup.
  • 9. IMPLIKASI FPK KEPADA PENDIDIKAN GURU Kurikulum sekolah perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya- budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
  • 10.  Kurikulum sekolah dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang
  • 11.  FPK telah menyebabkan perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat FPK. Hal ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
  • 12.  FPK telah menjana perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang. Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai- nilai murni dalam jiwa para pelajar.
  • 13. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU(FPG) “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
  • 14. MATLAMAT FPG Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan. Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
  • 15. IMPLIKASI FPG KEPADA PENDIDIKAN GURU Melengkapkan diri dengan pengetahuan am, pengetahuan dalam matapelajaran dan pengetahuan ikhtisas keguruan. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar.
  • 16.  Memyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti Mengunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.
  • 17. CIRI-CIRI GURU YANG BAIK Mesti mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri. Mesti bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas.
  • 18.  Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain.