Your SlideShare is downloading. ×
×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Ass ekonomi

2,305

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,305
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
57
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENGENALAN Inflasi boleh dikatakan wang yang akan berkurangan nilainya padamasa hadapan atau wang yang lebih banyak diperlukan untuk membelibarang yang sama. Contohnya, jika sebiji kuih sewaktu zaman nenekmoyang kita berharga RM 0.05 sebiji tetapi sekarang kita memerlukan RM0.30 – RM 0.50 untuk membeli sebiji kuih. Inflasi mempunyaikuasa menurunkan nilai kuasa beli anda terhadap barang. Di negara kitaMalaysia, peratusan inflasi sekitar 3% hingga 4% setahun. Contohnya, Jikamempunyai RM10.00 pada hari ini dan mampu membeli 4 bungkus nasi ayamberharga RM 2.50 setiap satu. Pada 15 tahun akan datang, RM10.00 jugatetapi hanya mampu membeli 2 bungkus nasi ayam sahaja kerana hargasebungkus nasi ayam pada masa itu ialah RM 4.30 (jika dikira inflasi setahunadalah 4%.) Pada umumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarntingkat harga urnum". "Harga umum" bermaksud harga yang menggambarkanparas harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalamsesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyakbilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka amat sulit untukmendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu,satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ini denganmengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakilikeseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomidan harga mereka diukur dengan menggunakan Indeks Harga. Sering kalikoleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan danperkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga inidinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks inidikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan. "Kenaikan yangberterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras hargaumum meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja.Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan hargaakibat musim kemarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadarcukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebeginihanya berlaku sekali sahaja. 1
  • 2. 2.0 INDEKS HARGA PENGGUNA Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakanuntuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga puratabarang -barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna.IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan danperkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa.Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras hargabarangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHPmengambil kira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yangdigunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure).Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;3.0 KADAR INFLASI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2006Jadual dibawah menunjukkan kadar inflasi (%) dari tahun 2000 hingga 2006 : Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Kadar inflasi (%) 1.4 1.4 1.8 1.2 1.4 3.0 3.9 Berdasarkan jadual, Pada tahun 2000 dan 2001 kadar inflasi adalahtidak berubah iaitu 1.4 peratus. Pada tahun 2002 kadar inflasi meningkatpada 1.8 iaitu peningkatan sebanyak 0.4 peratus. Pada tahun 2003 pulakadar inflasi berkurang kepada 1.2 peratus iaitu pengurangan sebanyak 0.6peratus. Pada tahun 2004 kadar inflasi bertambah kepada 1.4 peratus dimanajumlah penambahan adalah 0.2 peratus. Kadar inflasi terus meningkat padatahun 2005 dan 2006 iaitu kepada 3.0 peratus bagi tahun 2005 manakala 3.9peratus pada tahun 2006. Kenaikkan kadar inflasi pada tahun 2005 dan 2006yang agak tinggi adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak mentah di 2
  • 3. pasaran antarabangsa. Peningkatan inflasi akan berlaku apabila paras hargaumum terus meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh masa.Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan hargabarang atau perkhidmatan akibat daripada faktor bencana alam ataukenaikan harga kerana dasar kerajaan seperti menaikkan kadar cukaibarangan tertentu contohnya tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikanharga sedemikian hanya berlaku sekali sahaja. Tetapi kenaikan harga minyaksecara berterusan adalah contoh terbaik untuk mengilustrasikan faktorpenyebab berlakunya kenaikan kadar inflasi. Inflasi juga boleh wujud akibatdaripada aktiviti import. Keadaan ini boleh berlaku apabila rakyat cenderungmembeli barangan import. Kesannya dapat dilihat dengan ketara apabilaberlaku peningkatan harga barangan akibat daripada peningkatan kospengeluaran di negara pengeluar (asing) tersebut. Di samping itu kadarpertukaran wang di antara negara terlibat dan boleh juga menyumbangkepada peningkatan kadar inflasi. Sebagai contoh jika nilai tukaran ringgitjauh lebih rendah berbanding mata wang asing (negara pembekal) makasemakin tinggilah harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna untukmendapatkan barangan atau perkhidmatan yang diimport itu.3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASISecara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :1. Inflasi Tolakan Kos Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaranyang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan hargabagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jikakadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasamahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggikepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunandalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap 3
  • 4. sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagimenampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kospengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akanmeningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekalilagi.2. Inflasi Tarikan Permintaan Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbanganantara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan danperkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jikaberlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding denganjumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabilapeningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada padatingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenagapenuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukardinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini,sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan.Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan olehpeningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akanmeninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akanmeningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Padakebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketikaekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.b) Peningkatan Penawaran Wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi bolehmeningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidakdikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairanyang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika 4
  • 5. terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit,maka inflasi akan wujud.3. Inflasi DiimportInflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan hargabarangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaranasing.i. Peningkatan Harga di Luar NegaraInflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Initerutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yangbanyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jikahargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada hargadalam negara.ii. Penurunan Kadar Pertulkaran WangInflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antaraMalaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wangMalaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukanuntuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysiaterpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangandan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi iniakan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.4. Jangkaan PenggunaInflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuatjangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanjasekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatuekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untukmengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.3.2 LANGKAH MEMBENDUNG INFLASIObjektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomimembangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha 5
  • 6. memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.Dasar Kewangan (Monetary Policy)Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkanpertumbuhan penawaranwang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yangtinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjamanserta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.Dasar Fiskal (Fiscal Policy)Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.Pentadbirani. Menggalakkan Persaingan Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yanglebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi,permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.ii. Memperbalki SistemPengangkutanSistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikanpengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usahamengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkanpeningkatan kapasiti pengeluaran.iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian,Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM),Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badanberkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.3.3 Kesan inflasi 6
  • 7. Inflasi yang berlaku di sesebuah negara akan memberikan dua kesaniaitu kesan negatif dan kesan positif.a. Kesan negatif.i. Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan merendahkan kuasa beli pengguna.ii. Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi telah mengurangkan pendapatan benar yang mereka terima.iii. Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi apabila berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma yang cekap dan mempunyai modal yang besar dapat membeli faktor pengeluaran yang semakin mahal semasa inflasi.iv. Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi lebih mahal dari harga import. Ini akan menambahkan import dan mengurangkan eksport dan seterusnya memburukkan imbangan pembayaran.v. Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan menyebabkan kejatuhan pelaburan asing.b. Kesan positif.i. Inflasi yang sederhana akan menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma akan menambahkan penawaran agregat untuk memenuhi pertambahan permintaan agregat.ii. Pertambahan pelaburan ini akan meningkatkan penggunaan guna tenaga. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran. 7
  • 8. iii. Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan peniaga akan menikmati keuntungan semasa inflasi. Misalnya harga harta tetap akan meningkat bagi pemilik harta tetap.iv. Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran negara jika ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh. Akibatnya pendapatan negara juga turut bertambah.v. Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak berubah, kadar syarat perdagangan negara bertambah baik.vi. Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat membaiki kedudukan imbangan perdagangan negara itu.3.4 LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaanekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalamusaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitulangkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.Dasar Kewangan (Monetary Policy) Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untukmengurangkan pertumbuhan penawaranwang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yangtinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjamanserta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan,barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya. 8
  • 9. Pentadbirani. Menggalakkan Persaingan Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yanglebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi,permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.ii. Memperbalki Sistern PengangkutanSistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikanpengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usahamengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkanpeningkatan kapasiti pengeluaran.iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian,Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM),Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badanberkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.3.5 KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan burukkepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orangberpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasimelalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran danperubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkahpositif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialahuntuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehinggamencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri.Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakatsupaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya: a) membeli barang buatan Malaysia b) mengelakkan pernbelian tidak dirancang c) membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan d) menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung 9
  • 10. e) mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit f) elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga. g) menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "InflasiSifar Sasaran Kita".3.6 Inflasi Sifar Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apakenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding denganIndeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekaldan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yangdilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaanmengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yangbiasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanyabagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan,pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dansebagainya.Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi.Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semulaperbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi.Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja keatas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlumempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalamkeadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atauperkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasiserta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentangbahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja merekaharuslah: 10
  • 11. • merancang perbelanjaan • dapatkan nilai bagi wang • elakkan perbelanjaan berlebihan4.0 KESIMPULAN Kini telah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia bergandingbahu memastikan kadar inflasi dapat dikawal dan diturunkan lagi danakhirnya mencapai tahap inflasi sifar. Secara umumnya, inflasi bolehdisebabkan oleh mana-mana satu daripada faktor-faktor ataupun kombinasifaktor-faktor seperti inflasi tolakan kos, tarikan permintaan dan inflasi yangdiimport. Untuk membendung inflasi tolakan kos, warga perniagaan iaitupengeluar perlu memastikan tahap keefisienan operasi mereka berada ditahap tertinggi. Peningkatan kos upah sebagai contohnya pasti akanmenurunkan kadar keuntungan mereka dan antara langkah popular yangsering diambil oleh syarikat untuk terus mengekalkan kadar keuntunganmereka ialah menaikkan harga barang. Apabila ini berlaku maka tingkat hargaumum akan meningkat dan penyusutan nilai ringgit akan terus berlaku ataudengan kata lain kadar inflasi akan meningkat naik lagi. Langkah-langkah mewujudkan persekitaran pasaran terkawal amatperlu dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna (KDNHEP) mengawal barangan tertentu denganpenetapan harga minimum dan siling sebagai contohnya adalah tepat padamasanya. Langkah ini pada dasarnya mampu membendung inflasi dariperspektif ini iaitu lebih dipengaruhi oleh faktor jangkaan pengguna. Usaha harus digembleng agar pengguna tidak membuat jangkaanyang harga akan naik pada masa hadapan. Ini adalah perlu kerana jikamereka mula panik maka senario krisis gula yang berlaku baru-baru ini akanberulang dan tidak mustahil berlaku ke atas barangan atau perkhidmatan lain. 11
  • 12. Dengan kata lain inflasi akan meningkat apabila pengguna berbelanja secara‘luar biasa’ akibat daripada andaian bahawa barangan akan kehabisan stokdan keadaan ini sering kali akan digunakan oleh pengeluar untuk meraihkeuntungan berganda dengan meningkatkan harga barang atauperkhidmatan yang ditawarkan itu sesuka hati mereka. Pendekatan semasa negara menerusi BNM iaitu mengamalkan DasarKewangan yang ketat dijangka mampu mengurangkan pertumbuhanpenawaran wang di pasaran. Di samping itu kaedah penetapan kadar faedahpinjaman berorientasikan keadaan semasa dijangka turut mampumewujudkan perbelanjaan awam terkawal terutamanya yang berorientasikanpinjaman. Selain itu dasar fiskal iaitu termasuk pengawalan cukai bagi baranganseperti makanan, barang-barang elektrik, elektronik dan barang-barang isirumah dijangka mampu menyumbang ke arah pengawalan kadar inflasi.Usaha-usaha kerajaan menggalakkan persaingan sihat antara industri agarmencapai tahap penghasilan produktiviti tertinggi, pemodenan teknologi dandaya saing industri dari segi harga produk harus terus disokong oleh wargaperniagaan. Dengan kata lain semua aspek yang menyumbang kepadapeningkatan kos seperti sistem pengangkutan dan penghasilan bekalanmakanan negara sebagai contohnya harus dipastikan berada pada tahapkecekapan maksimum. Secara keseluruhannya usaha membendung inflasi ini adalahtanggungjawab seluruh rakyat Malaysia. Kempen antiinflasi ataupun inflasisifar harus dirancakkan semula sehingga ia mampu menjadi isu utama semuapihak di setiap lapisan masyarakat.Kempen-kempen ke arah mewujudkan persekitaran inflasi sifar yang telahdiasaskan oleh kerajaan untuk membentuk pemikiran masyarakat penggunayang mampu menyumbang kepada pembanterasan inflasi harus terusdigembleng. 12
  • 13. Langkah-langkah ke arah menggalakkan rakyat membeli barang buatanMalaysia, merancang pembelian, membeli barang keperluan sahaja,membudayakan sifat berjimat cermat, meminimumkan pembelianmenggunakan kad kredit, menghapuskan amalan pencatuan di kalanganpeniaga di samping terus berusaha membentuk imej pengguna bijaksanaharus dipertingkat dari semasa ke semasa. Bibliografi 13
  • 14. http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1024&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive. Akses pada 01 oktober 2007http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/apa_itu_inflasi.asp . Akses pada 01 oktober 2007http://www.statistics.gov.my/malay/frameset_datapenting.php?fid=k.Aksespada 01 oktober 2007 14

×