Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)

13,983 views

Published on

Published in: Education, Technology, Business
0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
13,983
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
461
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)

  1. 1. 10.0 PANDUAN PENULISAN AKADEMIK 10.1 Spesifikasi Teknikal 10.1.1 Jenis dan Saiz Font Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi mestilah menggunakan font jenis Arial saiz 12. Saiz font dalam jadual, gambarajah dan grafik mengikut kesesuaian. Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Manakala nama- nama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam bentuk tulisan condong (italic). 10.1.2 Jidar (Margin) Pada amnya jidar kiri mestilah sekurang-kurangnya 1.5 inci manakala jidar kanan, atas dan bawah mestilah sekurang- kurangnya 1 inci. Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat seperti kepala teks dan gambarajah termasuk nombor muka surat hendaklah dalam lingkungan penulisan. 10.1.3 Langkau Baris (Spacing) Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau dua (double spacing) manakala jarak antara perenggan mestilah langkau empat. Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu (single spacing) : 1
  2. 2. (i) petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan.(ii) bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/ rujukan).(iii) keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang mengandungi lebih daripada satu baris.(iv) lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dan(v) tajuk dan subtajuk.10.1.4 Kriteria KertasHasil KKBI hendaklah ditaip di atas kertas putih 80 gm dan bersaizA4 (210 mm x 297 mm). Manakala kulit depan gunakan kertaswarna yang telah ditetapkan mengikut program masing-masingberpandukan para 10.1.8 (i-xi).10.1.5 PenjilidanHasil KKBI hendaklah dijilid dengan cara tape-binding.10.1.6 Paparan Muka Surat (Page Layout)Hasil KKBI hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali jadualdan gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape. 2
  3. 3. ` 10.1.7 Penomboran Muka Surat Semua muka surat hasil KKBI hendaklah dinomborkan. Nombor muka surat hendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah setiap muka surat. Penggunaan kurungan atau sebarang bentuk lain tidak dibenarkan. 10.1.8 Halaman Muka Kulit Depan Kerja Kursus Maklumat-maklumat berikut perlu diletakkan pada bahagian kulit depan KKBI : (i) NAMA PELAJAR (ii) NO. K.P. (iii) KUMPULAN/UNIT (iv) KOD DAN MATA PELAJARAN (v) NAMA PENSYARAH PEMBIMBING (vi) TARIKH SERAHAN Sila lihat contoh di Lampiran B. Kulit depan hasil KKBI menggunakan kertas polos (plain) 100 gm berwarna seperti berikut : (i) KDPM - Merah Jambu (Pink) (ii) KPLI (M) - Biru Tua (iii) KPLI (R) - Biru Muda (iv) KPLI (M) Mod LPBS - Merah Tua (Maroon) 3
  4. 4. (v) KPLI (R) Mod LPBS - Merah (vi) j-QAF Mod LPBS - Hijau Tua (vii) PISMP - Kuning Tua (viii) Persediaan PISMP - Kuning Muda (viii) KSPK - Oren (ix) KDP 14 Minggu - Ungu (x) Conversion 6 Minggu - Coklat (XI) KPDM Mod LPBS - Hijau Muda (XII) PGSR / PPG - Putih10.2 Format Penulisan Akademik 10.2.1 Halaman Pengakuan Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian KKBI. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman (Sila lihat contoh di Lampiran C). 10.2.2 Halaman Judul (Title Page) Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan. Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman (Sila lihat contoh dalam Lampiran D). 4
  5. 5. 10.2.3 Penghargaan Penghargaan biasanya mengandung kata-kata penghargaan atas tunjuk ajar dan bantuan daripada individu dan institusi, tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman10.2.4 Senarai Kandungan Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan yang berpadanan dengan nombor muka surat yang mengandung semua topik dan subtopik, tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman (Sila lihat contoh di Lampiran E).10.2.5 Kerangka Utama Penulisan (Body of Text) Kerangka utama penulisan KKBI hendaklah mengandung bahagian-bahagian berikut: (i) Pendahuluan (ii) Topik-topik/subtopik yang berkaitan (iii) Perbincangan/Rumusan/Cadangan Perincian kandungan kerangka utama KKBI perlulah dibincangkan bersama-sama dengan pensyarah pembimbing bagi memenuhi kehendak tugasan. 5
  6. 6. 10.2.6 Tajuk Jadual/Gambarajah/Graf Dalam Teks Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya hendaklah diletak di atas jadual tersebut (lihat contoh pada muka surat 7). Manakala gambarajah dan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah dan graf tersebut (lihat contoh pada muka surat 4, 15 @ 22).10.2.7 Petikan Dalam Teks (Citations) Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong (italic). Contoh cara menulis petikan dalam teks : Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau singkatannya COCOMO menyediakan model empirik bagi menganggar perisisan. Bagaimanapun, Boehm (1981) sendiri telah memberi pandangan beliau tentang COCOMO : Today, a software cost estimation model is doing well if it can estimate software development costs within 20% of actual costs, 70% of the time, and on its own turf (that is within the class of projects to which it has been calibrated) ……..That is not as precise as we might like, but it is 6
  7. 7. accurate enough to provide a good deal of help in software engineering economic analysis and decision making. Boehm, B. (1981). “Software Engineering Economics.” Prentice-Hall.10.2.8 Format Penulisan Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalam hasilan KKBI format yang perlu digunakan adalah Sistem APA (American Psychological Association).10.2.9 Kaedah Menulis Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut : (i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contoh : “Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”. 7
  8. 8. (ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh : “Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”.(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh : “Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa”.(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama. Contoh : “Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi 8
  9. 9. kesan pada pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et al, 1995)”. (v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh : “Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a)”. “Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)”.10.2.10 Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain daripada Buku : (i) Jurnal Contoh jurnal : Valesky, T.C. & Hirty, M.A. (1992). Special Education Knowledge Requirements for school Administrators. Exceptional Children, 58 (5) : 399 – 406. Cara menulis dalam teks : Menurut, Valesky & Hirty (1992)……………….. (ii) Tesis 9
  10. 10. Contoh tesis : Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). “Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer, “ Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ph.D. Cara menulis dalam teks : Ahmad Zaki (1998), mengatakan bahawa ………………. (iii) Bahan dari halaman web Contoh web : Autor, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005. Cara menulis dalam teks : ……………………………………….. (Autor, 1999).10.3Format Penulisan Bibliografi Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut : (i) mengikut turutan abjad (ii) mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit (iii) baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab) Cara penulisan tersebut dijelaskan seperti dalam contoh-contoh penulisan bibliografi yang disenaraikan. (a) Manual 10
  11. 11. American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in the social sciences and education.)(b) BukuBrown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City: Publisher.(c) Sebahagian daripada bukuChin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley, S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-37). City:Publisher.(d) Kertas kerja yang diterbitkanClark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a published proceedings. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of the Society of Experimental Results (pp. 49-78). City: Publisher.(e) Kertas kerja yang tidak diterbitkanFourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an unpublished paper presented at a meeting. Paper presented at the 103rd annual meeting of the Society of Experimental Results, City of Meeting, ST.(f) Artikel dalam jurnalGoff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of Experimental Results, 1(3), 1-22.(g) Artikel dalam majalahGreen, M. (2000, January). This is the title of a magazine article. Magazine of Today, pp. 6-12.(h) Artikel dalam akhbar 11
  12. 12. Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper article. The Star, pp. 1, 6-8. (i) Laporan Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report (Report No. 90-1428). City : Publisher. (j) Tesis Miller, G. M. (2005). This is the title of a master’s thesis. Unpublished master’s thesis, University Malaya, City, ST. (k) Laman web Autor, Y. M. (1999). This is the title of a Web Page. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005. 10.4 Lampiran Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk rajah, jadual, carta, atur cara perisian, gambar dan lain-lain. Semua bahan-bahan lampiran hendaklah dilabelkan dan dinomborkan. Penomboran lampiran hendaklah dihitamkan (bold) dan ditulis di sudut atas sebelah kanan.11.0 PENUTUP Pelaksanaan KKBI dilihat sebagai salah satu cara memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan pengalaman dan 12
  13. 13. aktiviti pembelajaran dalam pelaksanaan kerja kursus. Dalam konteks pentaksiran, KKBI memberi maklum balas mengenai perkembangan intelektual pelajar di samping dapat memupuk budaya ilmu melalui perkongsian ilmu secara pintar di kalangan pelajar, pelajar dengan pensyarah dan masyarakat/agensi melalui pelbagai tugasan dan aktiviti KKBI. Kefahaman yang jelas ke atas konsep dan kepentingan KKBI membolehkan pelajar mencapai objektif pelaksanaannya. Prosedur pelaksanaan dan sistem yang seragam pula akan menjadikan hasil KKBI lebih berkualiti dan mempunyai kesetaraan. Justeru, dengan adanya buku panduan ini diharapkan para pelajar dapat memahami dengan jelas segala kehendak dan prosedur serta melaksanakan tugasan dengan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif KKBI.BIBLOGRAFIDewey, J. (1975). How we think. Henry Regney, Chicago : 9 13
  14. 14. Hanipah Hussin (1999). Learning to be reflective : The content and nature ofprimary student teachers’ thinking during field experience in Malaysia.Unpublised PhD Thesis. Universiti of Sydney, Australia.Knowles, J. G., Cole, A. L. & Pressword, C. S. (1994). Through PreserviceTeacher’s Eyes : Exploring Field Experiences Though Narrative and Inquiry. NewYork : MerrillOja, S. (1990). Developmental theories and the professional development ofteacher. Paper presented at the annual meeting of the America EducationalResearch Association, Boston (ERIC Document Reprod. Serv. No ED352-351)Reid, (1993). “But we are doing it already”. Exploring a response through thereflective practice in order to improve its facilitation. Nurse Ed Today 13 : 305 -306Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner. How professionals think in action.New York : Basic Books.Senne, (1997). The Interactive Teaching Portfolio. A Developmental Approach toPromoting Proffesional Development in Physical Education Student Teachers.Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : RaleighWatson, (1995). Early Field Experiences in Teacher Education. A DevelopmentalModel. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh. 14
  15. 15. LAMPIRAN Lampiran AContoh Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus 15
  16. 16. NAMA PELAJAR : JAMIL HELMI BIN RASHIDN0. MATRIK : 2006182290032KUMPULAN : KPLI (R) - MT SEMESTER: 1MATA PELAJARAN : PENGAJIAN PROFESIONALPENSYARAH PEMBIMBING: PN. ROSNAH BT. AHMADTARIKH PERKARA YANG CATATAN T/ TANGAN DIBINCANGKAN13.2.06 Menerima soalan tugasan • Tugasan perlu dihantar t/t Taksiran B dan taklimat selewat-lewatnya pada (Rosnah daripada pensyarah mata 20 Feb. 2006 Ahmad) pelajaran – Pn. Rosnah.13.2.06 Memahami kehendak soalan • Membuat agihan tugas t/t tugasan – perbincangan • Membuat jadual kerja (Ramli Sarip) dengan 4 orang ahli kumpulan t/t (John ak Luat) t/t (Benedict Goh) t/t (Ab. Karim Abu)14.2.06 Mencari maklumat dari • Cetakan maklumat t/t internet/Pusat Sumber – internet (Rosfatimah mendapatkan bantuan • Nota ringkas Wasli) daripada Pustakawan • Catatan bibliografiTARIKH PERKARA YANG CATATAN T/ TANGAN DIBINCANGKAN14.2.06 Menyediakan draf • Menyusun maklumat t/t bersama ahli kumpulan 16
  17. 17. • Menganalisis maklumat (Ramli Sarip) berdasarkan kehendak t/t tugasan (John ak Luat) • Menghubungkait maklumat yang relevan t/t • Membuat huraian (Benedict terperinci Goh) • Menaip draf t/t (Ab. Karim Abu)15.2.06 Menghantar hasil sub- • Membetulkan ejaan t/t tugasan/ draf – semakan • Menyusun maklumat (Rosnah dan perbincangan dengan mengikut keutamaan Ahmad) pensyarah pembimbing • Memperincikan huraian • Memperbaiki cara penulisan bibliografi16.2.06 Berbincang dengan ahli • Membetulan semua t/t kumpulan untuk membaiki komen yang dibuat oleh hingga (Ramli Sarip) draf (sekiranya perlu) pensyarah pembimbing18.2.06 t/t (John ak Luat) t/t (Benedict Goh) t/t (Ab. Karim Abu)19.2.06 Menghantar hasil sub- • Pembetulan telah t/t tugasan/ draf selanjutnya dilakukan (Rosnah kepada pensyarah • Segala maklumat telah Ahmad) pembimbing lengkap • Lampiran yang perlu telah dimasukkan • Tugasan telah dijilid dengan kemas20.2.06 Menghantar tugasan Diterima dan direkodkan t/t 17
  18. 18. lengkap kepada pensyarah pembimbing (Rosnah Ahmad)Catatan :Sediakan dalam dua salinan. Satu salinan untuk perhatian pensyarahpembimbing yang dikepilkan bersama tugasan dan satu salinan untuk simpananpelajar. Lampiran B 18
  19. 19. Contoh Halaman Muka Kulit Depan Kerja Kursus LOGO INSTITUSI NAMA INSTITUSI TAJUK TUGASANNAMA PELAJAR : .............................................................NO K.P : .............................................................KUMPULAN/UNIT : .............................................................NAMA M.P : .............................................................NAMA PENSYARAH : .............................................................TARIKH SERAHAN : ............................................................. Lampiran C 19
  20. 20. Contoh Halaman Pengakuan“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ………………………………………………... Nama Penulis : ………………………………………………… Tarikh : ………………………………………………… Lampiran D 20
  21. 21. Contoh Halaman Judul TAJUK TUGASAN NAMA JABATAN NAMA INSTITUSI Lampiran E 21
  22. 22. Contoh Halaman Senarai Kandungan SENARAI KANDUNGAN MUKA SURATHALAMAN PENGAKUAN iPENGHARGAAN iiSENARAI KANDUNGAN iii1.0 PENDAHULUAN 12.0 TOPIK 3 2.1 Sub-Topik . 2.1.1 Sub-Sub Topik . 2.1.2 Sub-Sub Topik . 2.2 Sub-Topik . 2.2.1 Sub-Sub Topik . 2.2.2 Sub-Sub Topik 2.2.310.0…… .11.0…… .12.0…… .13.0RUMUSAN .BIBLOGRAFILAMPIRAN Lampiran A – Tajuk Lampiran Lampiran B – Tajuk Lampiran Lampiran C – Tajuk Lampiran 22

×